Sunday, August 15, 2010

Srikandi berceloteh...




Penyakit Buta Sejarah boleh menyebabkan dirasuk jin


Bagaimana tajuk di atas?Nampak santai?Atau melucukan?Ada sebab saya katakan begitu kerana saya dapati orang yang dijangkiti penyakit buta sejarah akan meracau-racau tidak ketahuan punca sambil bercerita kisah dongeng yang mengarut.Orang begini ubatnya ialah disimbah dengan sebaldi air supaya mampu berfikir dengan lebih waras.

:DD

Kali ini mari kita lihat satu contoh dari blog ini :http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com/2010/04/56-takkan-melayu-hilang-di-dunia-kata.html
Blog ini saya kira kepunyaan wak dukun yang pandai (atau buat-buat pandai?) dalam soal perbomohan.Wak ini adalah satu contoh manusia yang masih keliru dengan status Hang Tuah.Buat pengetahuan anda,wak dukun ini adalah pengikut Shahabudeen Jalil.Berinspirasikan Teori Kecinaan Hang Tuah oleh Encik Shahabudeen maka wak dukun ini memutarkan sebanyak 360 darjah perkataan Hang Tuah kepada Hwang Tou Ah.Satu percubaan yang kreatif dari wak dukun ini.Berani berbeza dari mentornya.

Tanpa membuang masa saya petik dari artikelnya:

"Melayu berarti 'Melarikan diri', bukan bererti 'Mala, yakni Kaum Mala'. 'MELAYU' adalah berasal dari bahasa JAWI atau jawa yang bermaksud 'berlari'. Tanah Melayu adalah istilah yang tercipta dizaman bahasa jawa banyak diguna pakai terutama zaman Majapahit berkuasa, Kerajaan Melaka, dan Kerajaan Demak. Keseluruhan pemerintahnya adalah ramai dari raja jawa berbahasa jawa. Bahasa melayu dijadikan bahasa istana pada mulanya dahulu. Bahasa jawa atau jawi serta tulisan jawinya yang mengandungi huruf tambahan dari koleksi hijaiyahnya iaitu 'ga' dan 'nga' kerana bahasa jawa dan akhirnya dimelayukan ini terpaksa menambah dua huruf tersebut untuk disesuaikan dengan lahjah jawa yang banyak perkataan sengau dari yang lain. Ini hanya sangkaan saya, setelah saya dapatkan sedikit sebanyak petunjuknya dari perkhabaran alam ghaib"






ulasan:

'Melayu' bererti melarikan diri?Siapakah manusia yang terlampau bijak menamakan bangsanya sendiri adalah 'melarikan diri'?Ini pembohongan yang memalukan.Ok,saya tahu wak dukun mengambilnya dari terjemahan bahasa Jawa.Tetapi wak dukun tidak tahu bahawa 'Malaya'/'Melayu' itu bermaksud 'bebas' dalam bahasa Filipina.Saya sudah bosan dengan wak-wak buta sejarah yang berdegil mengatakan 'Melayu' itu maksudnya 'melarikan diri'.Adakah semata-mata ada maksud yang sama dalam bahasa Jawa,maka tiba-tiba kita boleh buat teori bahawa Melayu itu ialah 'melarikan diri'.Ini samalah apabila kita berdegil mengatakan negara Cuba itu adalah bermaksud 'cuba' maka kita mereka-reka cerita bahawa dahulunya ada satu kaum yang 'cuba' mempertahankan tanah-tanah mereka bla...bla....

Bagaimana dengan bahasa Filipina yang mengatakan 'Melayu' itu bermaksud bebas?

Kita tahu bahawa sebelum kedatangan Sepanyol,Borneo dan Kepulauan Filipina diduduki oleh etnik-etnik Melayu.Apakah artifak paling tua di Filipina?Ia adalah Laguna Copperplate.Ini disepakati adalah warisan Empayar Srivijaya kerana pengaruh bahasa Melayu Tua terukir di atas kepingan tembaga itu.Kepada siapakah hendak kita percaya?Teori Jawa Totok ataupun Teori Filipina?

Bahasa Jawa banyak terpakai?Bila tu...bila...?Majapahit mungkin memakai bahasa Jawa namun bukan Melaka,wak dukun ini benar-benar dirasuk jinnya sendiri :D

Keseluruhan rajanya ialah raja Jawa?Majapahit dan Demak mungkin tetapi bukan Melaka kerana Melaka ialah kerajaan Melayu Tulen dan memakai bahasa Melayu Klasik dalam semua urusannya.Bahasa Jawa hanya berputar di Jawa sahaja tetapi semua orang tahu bahasa Melayu adalah LINGUA FRANCA pada masa dahulu di Asia Tenggara malah raja-raja Jawa pun terpaksa belajar bahasa Melayu untuk berdagang.JIka puak Siam Sam-sam mengatakan bahasa Melayu cuma bahasa perdagangan,si wak dukun ini pula kata bahasa Melayu adalah bahasa istana!Sungguh melucukan.JIka kata Siam Nai,Raja Ayutthia bila berdagang pakai bahasa Melayu,wak dukun ini pula kata raja Jawa bila masuk istana sahaja...tiba-tiba berbahasa Melayu.Pening-pening bila melayan manusia-manusia yang buta sejarah.

Wak dukun ini juga mendakwa bahasa Melayu adalah bahasa Jawa yang 'diMelayukan'.Bagaimana itu?Bagaimana memelayukan bahasa Jawa?? :DDD

Wak dukun ini menaip seolah-olah dalam keadaan histeria :DDD

Dari mana wak dukun dapat sumbernya?Akhirnya kita tahu bahawa dia mendapatkannya dari 'alam ghaib' iaitu dari jin-jin yang juga suka merapu meraban.Itulah,lain kali jangan suka berkawan dengan jin.Kan dah kena tipu :DD


SElepas itu wak dukun menyambung kembali marang perapu kepunden parang sekeperr nya dengan mengatakan kita semua adalah pelarian.Kesian.Wak dukun 'downgrade' dirinya sendiri.Jika jumpa dengan Cina Ultrakiasu mahu diperlinya wak dukun ini "Lu pun sama pelarian punya olang,apa mau bising-bising?"

Hmmm...itu wak dukun...imigran dari Jawa.Saya tidak.Saya penduduk asal sini.SAYA BUKAN PELARIAN DARI MANA-MANA.Tidak kiralah Arab datang kawin dengan Melayu,Cina datang kawin dengan Melayu,India datang kawin dengan Melayu...atau siapa sahaja.Orang Melayu memang asal-usulnya di sini.Di Asia Tenggara.Di Nusantara.

Katalah kot mana pun.Orang Arab,Cina,India atau orang putih...MENGAPA MEREKA JADI MELAYU DAN BERCAKAP MELAYU??KENAPA WAK DUKUN TULIS BLOG DALAM BAHASA MELAYU BUKAN BAHASA JAWA?




Wak dukun menulis:

"Adik saya bangsa melayu keturunan jawa kahwin dengan anak keturunan mamak penang yang berkahwin dengan pelarian dari jawa, duduk di Penang samalah seperti Tun Dr Mahadir, asal usulnya dulu dari Negara India tok neneknya, mana ada melayu. Mana melayunya, tidak ada, melainkan orang pendatang juga"

Ulasan:

Adik wak dukun bangsa Melayu keturunan Jawa maka Melayulah dia.Wak dukun mengaku adiknya 'berbangsa Melayu' namun akhirnya seperti orang hilang akal mengatakan " mana ada melayu. Mana melayunya, tidak ada..." ;DDD

Siapa tok nenek Tun Dr. Mahathir yang datang ke Malaysia dan berkahwin dengan orang tempatan yakni orang Melayu?Jika tok nenek Tun berkahwin dengan orang Tamil atau Benggali,alamat Tun pada hari ini sudah tentulah bukan Melayu.Ini pun wak dukun tidak boleh berfikir?Mahu saya ajarkan juga??

lagi:

"Kawan saya Rahim tinggal di Padang Jawa, dia orang bugis kawin keluarga bugis datang dari bugis bukan orang asal bumi malaysia dia disebut melayu berpindah hijrah ke tanah ini yang akhirnya disebut oleh tokoh tokoh besar kerajaan jawa negeri ini sebagai Tanah Tempat Berpindah Randahnya Manusia, ringkasnya Tanah Melayu"

Ulasan:

Itu kata anda yang dirasuk jin.Saya tidak mahu memandang sejarah bangsa saya dari kaca mata 'tokoh-tokoh besar kerajaan jawa negeri ini'.Lantak pi lah kata orang utara.Mana dia 'kerajaan Jawa negeri ini' seperti yang disebutkan oleh wak dukun Tuan Kelarias?Tidak habis-habis nampaknya meracau meraban macam puak Sam-sam.

Saya cadangkan Tuan Kelarias pergi mengubat puak Sam-Sam yang semaking gering penyakitnya akibat dirasuk jin Siam.Penyakit mereka semakin menjadi-jadi apabila mendakwa Jordan berasal dari kata Siam selepas Albania dan Australia ;DDD

Saya rasa setakat itu sahaja saya berceloteh.Selamat berjumpa lagi.




Friday, August 13, 2010

Kajian Kes:Shahabudeen Jalil dan Hang Tuah








Hari ini ramai yang mengalami penyakit buta sejarah.Orang yang buta sejarah lebih menyusahkan dari orang yang buta matanya.Orang yang buta sejarah mampu meruntuhkan sejarah dan peradaban sesuatu bangsa.Orang yang buta sejarah mampu menggadaikan tanahairnya kepada orang lain.Jika kita di zaman raja-raja dahulu,orang yang buta sejarah ini mungkin patut disula kerana memporak-perandakan salasilah dan hikayat bangsa.Jika anda bertemu dengan ular dan orang yang buta sejarah pada masa yang sama,anda patut ketuk kepala orang yang buta sejarah ini dahulu ;D

Dalam artikel santai ini,saya akan tunjukkan kepada anda contohnya pendapat orang yang buta sejarah apa kesannya kepada sejarah bangsa.Kita akan kaji satu persatu pendapat mereka.Kemudian saya akan ulas.Dari sini,kita boleh belajar cara-cara berfikir orang yang buta sejarah.Bahasa saya santai dan tidak serius.Tidak semestinya kita belajar sejarah dengan bahasa skema yang terlampau saintifik serius-mius.Janji rock.
; )

Saya petik dari artikel oleh Shahabudeen Jalil di blog Suara Anum:


"Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan ‘manusia mati meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu"

Ini adalah pendapat yang dangkal dan kurang berpengetahuan luas.Nama tidak semestinya menunjukkan sesuatu bangsa.Nama si penulis sendiri menunjukkan percanggahan yang jelas.'Shahabudeen Jalil',jika dikaji oleh seorang penulis lain 500 tahun akan datang kemungkinan menganggap beliau ialah seorang lelaki Arab atau dari Timur Tengah,atau dari keturunan Mamak.Bagaimana dengan seorang lelaki Cina yang tinggal di Thailand atau Indonesia?Jeneral Sonthi Boonyaratglin adakah benar-benar seorang Thai?Bob Hassan atau Sudono Salim,adakah seorang lelaki Melayu atau Indonesia?Tidak,mereka adalah 'Chinese Indonesian'.Bagaimana dengan Agnes Monica?

Bagaimana dengan Parameswara?Adakah beliau seorang lelaki dari India yang menubuhkan Melaka?Srivijaya adalah sebuah kerajaan orang Telegu di Nusantara?Tidak.Dvaravati adalah kerajaan orang Tamil di Thailand Tengah?Bukan,ia kerajaan orang Mon.Adakah Fan Shih Man adalah seorang raja China?Salah,beliau raja Funan.

JADI NAMA TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN BANGSA.Yang penting kita kena kaji dari pelbagai aspek.Jika nama penulis sendiri mampu menyelindungkan keturunannya,bagaimana pula dengan nama-nama orang Melayu lain?Jika nama Munshi Abdullah ada juga di antara kita terkeliru mengenalinya,apatah lagi lelaki bernama Shahabudeen Jalil ini.

"Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya"

Bagaimana Shahabudeen Jalil mengatakan "bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya",siapa yang kata?Mungkin dari pemikiran dangkal penulis kerana asal-usul Hang Tuah telah diceritakan dalam dua sumber terbesar yang mempopularkannya,iaitu Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.Bagaimana si penulis boleh mengakui kewujudan Hang Tuah,namun menolak premis tentang asal-usul Hang Tuah sedangkan sumber cerita Hang Tuah adalah dari punca yang sama?Penulis mengakui kewujudan Hang Tuah namun tentang asal-usulnya,beliau terpaksa mereka-reka cerita lain.Apa motifnya?Kajian hipotesis?Siapa yang jalankan?Sudah pasti Shahabudeen Jalil yang menjalankannya sendiri.Hanya hipotesis sahaja?Hipotesis ialah agak-agakan atau andaian dalam sesuatu eksperimen di mana ia BELUM TERBUKTI LAGI.Sekiranya ia terbukti,ia akan menjadi SATU TEORI.Dan jika ia menjadi satu teori yang sukar disanggah atau mustahil ditumbangkan,ia akan menjadi satu FAKTA.Asal-usul Hang Tuah HANYA dikaji berdasarkan 'nama' manusia sahaja?Ini kerja pemalas namanya.Kajilah asal-usul Hang Tuah berdasarkan aspek-aspek lain.Ibu-bapanya,tempat beliau dilahirkan,rakan-rakannya.Jika ibu-bapanya adalah orang Melayu dari Sungai Duyong atau dari keturunan Bugis,takkanlah nak berkeras juga mengatakan bahawa Hang Tuah adalah 'orang Cina' semata-mata terdapat nama 'Hang' itu.

"Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya"

Inilah hasil karya dari seseorang yang kurang membaca,atau banyak membaca namun hanya membaca majalah gosip dan komik Hong Kong seperti Dewata Raya atau Pedang Setiawan.Bagaimana Shahabudeen Jalil mendapat 'perbendaharaan' nama-nama orang Melayu zaman Kesultanan Melaka?Cuba siarkan 'senarai' perbendaharaan nama-nama itu kalau ada.Masalahnya si penulis kurang membaca sumber yang juga adalah punca kepada cerita Hang Tuah.Sebenarnya selain Hang Tuah,Hang Jebat,Hang Kasturi dan lain-lain terdapat juga Hang Isap,Hang Hassan,Hang Iskandar dan sebagainya yang merupakan pahlawan-pahlawan Melaka.Jika 'Hang Tuah' Shahabudeen Jalil memusingnya kepada 'Hang Too Ah',Hang Lekir kepada 'Hang Lee Ker',bagaimana pula 'Hang Iskandar'?Hang Isap?Hang Ali?

Adakah Hang Ali menjadi 'Hang A. Lee?'.Encik Shahabudeen Jalil ini sebenarnya amat melucukan!

Shahabudeen Jalil juga menyatakan nama-nama Cina bangsa Cina bermula dari Hang,Tan,Maa dan Lee.Saya nak sentuh tentang 'Hang' dan 'Tan'.Berapa banyak orang Cina pada masa dahulu mempunyai nama bermula dari 'Hang'?Sila nyatakan satu tokoh Cina zaman monarki yang punya pangkal nama 'Hang'.Tentang 'Tan' pula,bagaimana dengan gelaran 'Tan' (digandingkan dengan 'Sri') yang dianugerahkan oleh raja-raja Melayu sekarang?Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari contohnya,adakah 500 tahun kemudian,sekiranya ada seorang penulis yang sama spesis dengan Shahabudeen Jalil,akan menyangka beliau adalah berketurunan Cina?

Lihat kedangkalan hipotesis beliau:

"Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya"

Jika sekarang gelaran 'Tan Sri' boleh diterima oleh sebagai gelaran pada masa sekarang,bagaimana pula gelaran 'Hang' tidak boleh?Adakah menunggu sehingga orang-orang Melayu dahulukala hanya punya pangkal nama 'Mat','Tun','Pandak' dan sebagainya barulah dikatakan benar-benar Melayu?Sumber utama cerita tentang Hang Tuah adalah dari Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Hikayat Hang Tuah,jadi saya menyeru Shahabudeen Jalil sambil-sambil memborong ke China berusahalah menyelongkar semua arkib-arkib negeri China mencari tokoh bernama 'Hang Too Ah' itu (padahal sebenarnya nama itu dicipta sendiri oleh beliau)

:DD

"Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika"

Nak petik sumber biarlah sampai habis.Jangan tangkap muat semata-mata buktikan teori dangkal sendiri.Bagaimana dengan Seri Bija Diraja?Tun?Shahabudeen Jalil perlu dihantar kursus belajar sistem gelaran Kesultanan Melaka pada zaman dahulu,atau nama-nama orang Melayu zaman dahulu.Pangkal nama 'Hang' kerapkali ditemui pada para pahlawan Melaka.Ini adalah sama seperti kita menyelusuri keturunan pahlawan Bugis yang kerap memakai pangkal nama 'Daeng'.Ini berbeza dengan sistem nama orang-orang Cina di mana pangkal nama mereka adalah merujuk kepada nama keluarga.Adakah Shahabudeen Jalil tidak tahu tentang ini?Atau buat-buat tidak tahu?Sia-sialah duduk di Malaysia bertahun-tahun bersama-sama dengan kaum Cina di sini.Bertambah sia-sialah berulang-alik ke China memborong barangan namun tidak mahu belajar beza antara pangkal nama orang Cina dengan pangkal nama orang Melayu.Jadi adakah 'Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew' adalah adik-beradik ataupun satu keturunan?Bagaimana Maharaja Cina boleh mengumpulkan keturunan 'Hang' untuk dihantar ke Melaka?Shahabudeen Jalil bolehlah mengkaji di perpustakaan Beijing sambil-sambil memborong untuk mencari sejarah keturunan 'Hang' yang 'dipaksa' berkhidmat kepada Sultan Melaka.

:DD

Saya petik lagi:

"Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.


Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka"

Ulasan:
Nampaknya kenyataan Shahabuden Jalil menjerat dirinya sendiri.Sungguh melucukan.Beliau berkata tidak pula Paduka Mamat dinamakan Paduka Hang Mamat kerana ibunya adalah Hang Li Po.Jadi katanya,ini membuktikan 'Hang' bukanlah gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan (atas alasan untuk menghargai Paduka Mamat kerana ibunya juga dapat gelaran 'Hang')

Saya akan jawab,ada dua sebab mengapa ia tidak jadi demikian:

1)Jika benar pangkal nama 'Hang' pada Li Po adalah nama keluarga beliau yang asli,anaknya iaitu Paduka Mamat tidak boleh dinamakan 'Hang' kerana nama keluarga (surname) hanya boleh diwarisi dari belah lelaki.Jadi poin "tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po" adalah 'doesn't make sense' :D

2)Sebenarnya 'Hang' adalah gelaran yang diberikan oleh Sultan Melaka.'Surname' puteri dari Cina itu ialah 'Li' (Lee).'Surname' Li adalah satu nama keluaga yang terhormat dalam ranking 'surname' masyarakat Cina.Bagaimana pula ada dua 'surname' dalam nama orang Cina?Shahabudeen Jalil masih bertatih-tatih rupanya untuk memahami budaya orang Cina.Ini bukan satu '1Malaysia' namanya :D

Lain kali bertegur sapalah dengan jiran Cina sebelah.

Jadi gelaran 'Paduka' adalah gelaran yang sesuai bagi anak baginda,bukannya 'Hang' kerana 'Hang' adalah gelaran yang dianugerahkan untuk orang kebanyakan.Bagaimana pula Sultan mahu menganugerahkan gelaran 'Paduka Hang' kepada anak baginda?Ini adalah sesuatu yang janggal dalam sistem gelaran Sultan Melaka.'Paduka' tidak boleh digandingkan dengan 'Hang'.Sila nyatakan siapa dalam sejarah Melaka yang punya nama 'Paduka Hang' pada pangkal namanya?MEMANG TIADA.Bagaimana pula Sultan mahu menganugerahkan gelaran 'Hang' pula menjadi 'Hang Mamat'?Jatuhlah standard anak Sultan dan orang Melaka pun menjadi keliru.'Paduka' adalah gelaran untuk keturunan/kerabat raja.'Hang' untuk orang kebanyakan yang terpilih.

Selepas itu bermulalah aktiviti mereka-reka,menyesuaikan dan mencinakan nama-nama pahlawan Melaka oleh Shahabudeen Jalil:

"Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu"

Ulasan:

Saya nasihatkan supaya berhentilah melakukan kerja-kerja pembohongan ini.Janganlah jadi hamba politik sampai sanggup menjadi alat untuk pihak lain yang punya agenda tertentu.Bagaimana pula Hang Kasturi diragui pula padahal beliau adalah salah seorang kawan seperguruan Hang Tuah?Sebab lebih 3 perkataan,jadi nama Hang Kasturi diragui?Sebenarnya JARANG ORANG CINA PUNYA SURNAME DI DEPAN SURNAME 'LEE'.Surname 'Lee' (atau Li) itu sendiri adalah nama keluarga yang banyak melahirkan tokoh-tokoh dan bijak pandai.Siapa Lee Kuan Yew?Siapa Li Desheng?Amat jarang orang Cina memakai surname 'Hang'.Cuba google perkatan 'Li surname' anda akan dapat keputusan yang amat memberansangkan.Cuba google 'Hang surname' anda akan dapat keputusan yang berkisar pasal Hang Tuah!
Jadi 'Hang' adalah ekslusif kepada isu Hang Tuah dan Melayu sahaja!

Lihat kajian hipotesis yang mencapai tahap merapu komik Dewata Raya:

"Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau."

Ulasan:
Hipotesis pertama adalah umum.Kemungkinan ada orang Melayu yang berkawan dengan rombongan Hang Li Po.Namun MASALAHNYA KISAH HANG TUAH TELAH ADA SEBELUM TIBA PLOT TENTANG KEDATANGAN ROMBONGAN HANG LI PO.Sekiranya dalam Sejarah Melayu menampilkan kisah Hang Tuah lima sekawan selepas cerita rombongan Hang Li Po,mungkin Shahabudeen Jalil ada poin yang bagus.Tetapi realitinya tidak.

Hipotesis kedua amat teruk.Shahabudeen Jalil menulis bagaikan hendak mengarang cerita kanak-kanak untuk darjah dua.Orang Cina tidak sewenang-wenangnya memberi 'surname' mereka kepada orang lain.Sesama orang Cina sendiri pun tidak melakukan perbuatan begitu apatah lagi terhadap bangsa lain.Contohnya seorang yang memiliki surname Li tidak boleh sewenang-wenangnya 'menganugerahkan' nama keluarga 'Li' kepada seorang yang punya nama keluarga Zhao.Jika namanya Zhao Jingshen,dia tidak boleh tiba-tiba digelar Li Jingshen atau Li Zhao Jingshen!

NAMA KELUARGA ADALAH IBARAT MARUAH KEPADA ORANG CINA.

Shahabudeen Jalil kena belajar lagi budaya orang Cina sebelum memporak-porandakan budaya Cina dan sejarah Melayu.

Susah sangatkah menyebut nama Cina sampai terpaksa memberikan nama Melayu kepada 'Hang Kasturi'?Hipotesis ketiga adalah rekaan yang amat memalukan.Sungguh tinggi imaginasi Shahabudeen Jalil.

Seterusnya penulis hipotesis terus berhipotesis secara melulu dan merapu-rapu tanpa berpijak di bumi yang nyata.Kemudian:

"Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah"


Ulasan:
Shahabudeen Jalil percaya kisah Hang Tuah dan MENGAKU HIKAYAT HANG TUAH lebih banyak kelebihan tetapi menentang asal-usul Hang Tuah seperti yang ditegaskan oleh Hikayat Hang Tuah.Bagaimana kajian secara hipotesis sahaja boleh membuktikan sesuatu?Hipotesis tidak boleh menjadi fakta,ia perlu dibuktikan dahulu.Adakah Hang Tuah telah di 'Melayu'kan?TIDAK SAMA SEKALI.Hang Tuah memang orang Melayu.Adalah sia-sia sahaja untuk meMelayukan Hang Tuah.Lebih baik pengarang Hikayat Hang Tuah meMelayukan Maharaja Ming atau Laksamana Cheng Ho,sudah tentu ini akan menjadi satu kemegahan yang dasyat :D



Rumusan

Shahabudeen Jalil hanya berhipotesis sahaja.MASALAHNYA ada orang lain yang melihat hipotesis Shahabudeen Jalil sebagai FAKTA.Contohnya Dr. Mujahid Yusof Rawa melihat semua ini sebagai fakta tanpa mengkajinya terlebih dahulu.Apabila ada orang bertaraf Dr. melihat hipotesisnya sebagai FAKTA,Sahabudeen Jalil semakin syok sendiri.Beliau semakin percaya cerita yang direka-rekanya adalah FAKTA kini,dan terlupa bahawa sebenarnya semua itu adalah hipotesis sahaja seperti yang berulangkali diberitahu dalam artikelnya.Dr. Mujahid Yusof Rawa yang memegang Lajnah Perpaduan dalam parti politiknya terpaksa melacurkan sejarah bangsa sendiri demi menarik perhatian orang Cina.Beliau perlu berbuat sesuatu untuk menampakkan 'kewujudannya' dalam jawatan yang dipegangnya.Malangnya,demi perpaduan sesama kaum dalam Pas,orang Melayu terpaksa menyerahkan maruah sejarahnya untuk diperkosa habis-habisan.Malangnya yang melacurkan sejarah sendiri adalah orang Melayu juga,kemudian perlahan-lahan bangsa lain tumpang sekaki sama-sama menikmati 'hidangan' yang disediakan.

Kerana marahkan Umno,sejarah Melayu dibakar.Melayu dan sejarahnya seolah-olah DOSA dan NODA bagi sesetengah pemimpin Pas dek kerana Umno yang memanipulasikannya.Mungkin selepas Umno di'Cina'kan barulah Melayu dan sejarahnya dibiarkan hidup.

Sudahlah Umno menjadi dungu dan buta sejarah demi politik Ketuanan Melayunya,Pas pula terpaksa melacurkan sejarah bangsa demi mencari sesuap nasi dalam politik negara.Yang rugi adalah Melayu sendiri.Padan muka.

Ini adalah politik Pak Kaduk.Menang sorak,kampung tergadai.Seseorang yang bertaraf Dr. tidak semestinya celik sejarah.Malah buta sejarah mereka kadang-kadang lebih kroniknya daripada mat despatch di ibukota.

Dr. Mujahid dan Dr Hj Mohd Hasyim mahu buat seminar tentang kecinaan Hang Tuah akibat terjangkit penyakit Shahabudeen Jalil.Lepas itu semua orang Cina yang Ultrakiasu (bukan semua ya,yang Ultrakiasu sahaja) akan bangkit semangat mereka untuk sama-sama berganding bahu memporak-porandakan sejarah bangsa.Orang Melayu akan terpinga-pinga.Kemudian kitab-kitab seperti Sejarah Melayu dikatakan fantasi padahal di universiti-universiti luar negara,kitab ini dianggap masterpiece sastera sejarah yang diakui keunggulannya.Apabila Sejarah Melayu dikatakan fantasi,Kesultanan Melaka juga fantasi dan selepas itu orang Melayu adalah fantasi.Kemudian Tanah Melayu dikatakan kepunyaan Maharaja Cina dan sebenarnya orang Melayu itu adalah pendatang...entah dari mana (dari planet Zargus mungkin) yang tiba-tiba merampas Tanah Melayu dari orang Cina.Orang Melayu akan hilang rasa prestijnya,hilang semangat dan maruahnya.Produktiviti dan kreativiti bangsa Melayu semakin menurun.Lama-lama orang Melayu Malaysia akan hilang kuasa politik dan akhirnya menyertai saudara-saudara mereka di Singapura dan selatan Thailand yang dijajah di bumi sendiri.Proses ini tidak berlaku dengan cepat,namun mengambil masa berpuluh tahun.

Apabila cucu-cicit kita membaca sejarah,mereka pasti akan menyumpah-nyumpah kebodohan moyang mereka walaupun moyang mereka bertaraf Dr. ataupun usahawan berjaya.Sebab moyang mereka,akhirnya bangsa Melayu menjadi hina dan dina.

Menariknya dalam medium yang sama,dikhabarkan seorang Cina bernama Kenny Chee telah mengemukakan pendapatnya yang jauh lebih bernas dari hipotesis Shahabudeen Jalil:

"Ayah Hang Tuah adalah batin kepada Orang Laut Bintan, dan seorang panglima perang Sultan Iskandar Shah, sultan Melaka yang pertama (baginda yang bergelar Parameswara atau Permaisura sebelum beragama Islam). Hang Mahmud terlibat dalam pembukaan negeri Melaka oleh Sultan Iskandar, yang sebelum itu bersemayam di Kelang, Palembang, Singapura dan Muar, sebagai maharaja empayar Sri Vijaya atau Selangor Tua"

dalam perenggan yang lain:

"Mengenai Hang Li Po, puteri dinasti Ming di China itu adalah Li Po sahaja dan panggilan Hang diberi kepadanya oleh Sultan Mansur Shah, yang mengahwininya. Hang adalah panggilan rakyat jelata yang berkhidmat untuk Sultan Melaka menerusi sistem kerah. Ini melibatkan ketua-ketua orang Asli (Melayu Proto) dan orang bukan Melayu, termasuk yang menjadi isteri muda raja-raja Melayu. Anak Sultan Mansur dengan Li Po bergelar Paduka Tun Mamat kerana dilantik sebagai pembesar yang menjaga daerah Kelang (sekarang Selangor moden), satu daripada ibu negeri kedua Melaka, selain daerah Johor.

Hang Tuah bukan pengikut Hang Li Po kerana Hang Tuah adalah menteri pertahanan atau Laksamana Melaka semasa Sultan Mansur Shah melawat negara China untuk meminang puteri Li Po. Hang Tuah mengiringi Sultan Mansur Shah ketika melawat negara China kerana dia adalah Laksamana Melaka, yang anggota tenteranya adalah Orang Laut Bintan"

Adakah Kenny Chee hanya polemik sahaja,padahal sebenarnya artikelnya ditulis oleh seorang Melayu?Jika beliau benar seorang Cina,nampaknya ini amat memalukan Shahabudeen Jalil dan Dr. Mujahid Rawa kerana masih buta sejarah walaupun disedarkan oleh orang Cina sendiri.

Kepada Dr. Mujahid Rawa dan Dr Hj Mohd Hasyim,saya ingin beritahu satu rahsia asal-usul Hang Tuah (jangan beritahu sesiapa ya!)

Hang Tuah sebenarnya ialah Maharaja Ayutthia.

:DDDDDDDDDD
;DDDDDDDDDD

(saya sebenarnya bergurau sahaja,dakwaan Hang Tuah adalah seorang Maharaja Siam adalah teori saudara Anai-anai and the geng,ini pun satu lagi masalah)

Sebab itu pakar sejarah Malaysia (dan Melayu juga!) yang terkenal adalah dari kalangan Cina.Siapa tidak kenal Tan Sri Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim?Ahli sejarah Malaysia yang tersohor.Saya tidak hairan jika Kenny Chee adalah benar-benar orang Cina,kerana orang Melayu sendiri ramai yang buta sejarah bangsa sendiri.Bila orang lain mempertikaikan sejarahnya,mereka mula goyang dan gayat.Kemudian,seperti biasa...mengalami 'inferiority complex' perasaan rendah diri yang tiba-tiba.Kemudian meracau-racau.Merapu.Meraban.Kemudian terkeliru sampai diri sendiri pun tidak kenal.Dikata berasal dari orang Cina.Angguk.Dikata dari orang gua.Angguk.Dikata bodoh.Angguk lagi.

Angguk angguk.Geleng geleng.









~Srikandi

Dilema Melayu dan Siam








Dilema Melayu dan Siam





Sementara menunggu tulisan-tulisan di makam dan kuil permaisuri Firaun dinyahkodkan,mari kita ikuti ulasan dari Srikandi tentang kekeliruan sesetengah pihak tentang nama 'Melayu' dan dalam artikel ini juga,Srikandi akan membuat kesimpulan atau menyelesaikan sebahagian misteri Ayutthaya,sebagaimana dakwaan blog Sejarahnagarakedah.

Ini adalah artikel pengiring ATBM 'X' Edition,kesinambungan dari artikel 'Melayu:Bahasa atau Bangsa' dan 'The Tombs of Ayutthayan Kings'.



-M.O















Kekeliruan tentang asal-usul orang Melayu bukan sahaja dijangkiti oleh orang bukan Melayu malah merebak kepada orang Melayu sendiri dan juga orang yang mendakwa dari rumpun Melayu.Kekeliruan ini terjadi kerana kadangkala kita percaya kepada satu sumber saja,dan tidak merujuk kepada sumber-sumber yang lain.Inilah yang terjadi kepada pandangan penulis blogsejarahnagara kedah,juga blog yang sealiran dengan mereka.Dalam artikel ini,saya (Srikandi) akan mengulas beberapa pandangan penulis blog Sejarahnagarakedah tentang orang Melayu dan Siam.Dan perlu diingatkan,'Siam' di sini merujuk kepada era Ayutthaya dan bukan merujuk kepada orang Thai.'Siam' ini juga merujuk kepada keturunan pemerintah Ayutthaya sebagaimana yang didakwa oleh penulis blog berkenaan di mana keturunan mereka menggunakan pangkal nama 'Nai'.

Dalam artikel ini juga,saya akan cuba menyelesaikan 'puzzle' yang menghantui pembaca blog berkenaan tentang nama semenanjung Melaka,semenanjung Siam dan asal-usul nama 'Melayu' yang didakwa Anai-anai (penulis blog tersebut),'tiada keputusan muktamad'.

Pertama sekali mari kita dengar dahulu dakwaan Anai-anai tentang orang Melayu dan warisannya.Saya akan petik pandangannya kemudian saya akan jawab satu-persatu berdasarkan pengetahuan saya dalam bidang sejarah Nusantara.

Dari blog beliau dalam artikel bertajuk 'Renungan' April 2008,merujuk soalan-soalan yang ditanya oleh penulis The Malay Press (TMP) dalam ruangan komen:

Quote:

"Bagi kami, hari ini kita di melayukan kerana menggunakan bahasa Melayu dalam wilayah penjajah yang memelayukan kita melalui penguasaan mereka. Ungkapan Bahasa Jiwa bangsa ini pun propaganda juga untuk menegakkan ketuanan Melayu. Apabila bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan menggantikan bahasa daerah, kita pun menerima pakai ungkapan ini. Macam betullah bunyinya. Kenapa penjajah inggeris dahulu belajar bercakap bahasa melayu? Sebab mudah untuk berniagadan menguasai wilayah.Tulisan kita pun berkembang dari Pali>kawi>jawi dan akhir sekali rumi.

Di UK atau United Kingdom (united sebab 4 wilayah yang disatukan) mereka menggunakan bahasa Inggeris untuk bertutur akan tetapi mereka sebenarnya terdiri dari 4 bangsa iaitu English (England), Irish (Ireland), Welsh (Wales) dan Scottish (Scotland). Bahasa Irish di Ireland, bagi saya yang mahir bahasa Inggeris tidak dapat fahami, macam bahasa Jawa bunyinya. Inggeris @ English hanya merujuk kepada England sahaja sementara British merujuk kepada gabungan kesemua/keseluruhan wilayah"


Ulasan:

Orang Melayu bukan 'dimelayukan'.Orang Melayu bernama 'Melayu' kerana itu memang nama mereka.Mengapa orang Melayu tidak memanggil nama bangsa mereka 'MALAY' kerana itu baru tepat nama yang disebut Inggeris,jika teori memelayukan oleh Inggeris diterimapakai.Bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan sahaja,bukan bahasa suatu kaum?Jadi siapa yang terlampau bijak ini boleh menciptakan bahasa perdagangan untuk seluruh nusantara?Kemudian memaksa seluruh nusantara memakai bahasa perdagangan yang dicipta olehnya?BAHASA MELAYU SEBENARNYA ADALAH BAHASA ASAS ATAU BAHASA INDUK NUSANTARA,kemudian terpecah-pecah mengikut slang atau loghat di tempat-tempat berlainan di seluruh Nusantara.Pakar linguistik dalam kajian mereka mendapati terdapat kelompok bahasa yang menepati tatabahasa dan ciri-ciri yang sama,dan ini dinamakan kelas bahasa Malayo-Polynesian.Setiap bahasa dalam kelompok ini dari Hawaii,Samoa dan sebagainya di Kepulauan Pasifik sehingga ke Afrika mempunyai tatabahasa dan corak bahasa yang sama dengan bahasa Melayu.Kosakata mereka pun sama ada berbunyi bahasa Melayu atau pun bahasa Jawa.Dan bahasa Melayu dan Jawa tergolong dalam Malayo-Polynesian Barat.Bahasa Latin juga adalah bahasa perdagangan dan sastera namun semua orang tahu ia berasal dari Itali dan dikembangkan oleh Empayar Rom.Begitu juga bahasa Melayu.Ia dikembangkan dan dimajukan oleh Empayar Melayu Srivijaya,kemudian disambung oleh Majapahit,walaupun Majapahit adalah 'pure' kerajaan orang Jawa.Prasasti yang mengandungi ucapan Patih Gajah Mada,Perdana Menteri Majapahit direkodkan dalam bahasa Melayu Lama.Seterusnya disambung oleh Empayar Melaka dan kerajaan Johor-Riau.Kenapa orang Inggeris belajar bahasa Melayu?Ini bukan sahaja soal untuk berniaga,tetapi memudahkan urusan mereka ketika berada di Kepulauan Melayu.Ini perkara biasa dan hanya logik akal yang umum sahaja.Ini tiada kaitan pun untuk mengukuhkan Teori Memelayukan Oleh Inggeris sebagaimana yang dicipta oleh Anai-anai.Lebih baik orang Inggeris 'menginggeriskan' sahaja orang Melayu,ini lebih untung dan sebagai bonus,mengkristianan semuanya sepertimana yang dibuat oleh SEpanyol ke atas Filipina.Atau pun sekurang-kurangnya sebagaimana Thailand mampu 'menthaikan' orang Melayu,Cina dan India di dalam Thailand.

Contoh yang diberikan oleh Anai-anai memakan dirinya kembali.Anai-anai mengaku bahasa Inggeris merujuk kepada penduduk England.Mengapa tidak mengatakan bahawa 'English' itu bahasa perdagangan sahaja?Dicipta oleh seorang raja Eropah untuk memudahkan dia berniaga di England,Ireland,Wales dan Scotland?Jadi bagaimana dengan bahasa Melayu?Adakah Anai-anai akan berkata,ia CIPTAAN INGGERIS UNTUK MEMUDAHKAN MEREKA BERNIAGA DI NUSANTARA?Ini sungguh melucukan.

INGAT KATAKUNCI INI,DAHULU ORANG MELAYU MENGUASAI SELURUH NUSANTARA,SEBAB ITU BAHASA MEREKA MENJADI LUAS DARI PASIFIK HINGGA KE MADAGASKAR.Ini sama juga seperti bahasa Inggeris yang meluas kini,hasil dari Empayar Imperialis British yang luas dan peranan orang Inggeris di Benua Amerika.Jika Perancis yang mengambil posisi ini,tidak mustahil hari ini bahasa kedua kita adalah bahasa Perancis.Jika kerajaan Siam yang dibangga-banggakan Anai-anai itu sangat luas sehingga sampai ke Albania dan Australia,mengapa bahasa Siam terpinggir dan minoriti?Tiada siapa yang mahu berbahasa Siam,kecuali orang Siam dan Thai.Orang Thai pula didakwa oleh geng Anai-anai mencedok bahasa Siam.Jadi sebelum itu apa bahasa orang Tai ini?Adakah bahasa orang gua dan orang hutan?Kasihan orang Thai ini,sudahlah budaya dan tulisan dicedok dari orang Khmer,bahasa dicedok dari Siam Ayutthaya,senibina dicedok dari Melayu Tambralingga.Patutlah ada cendekiawan Barat mengatakan sejarah Thai adalah khayalan sahaja.


Quote:

"Melayu itu akar bangsa atau akar bahasa di nusantara ini, CBT?"


Ulasan:

Ini soalan provokasi,biar saya tolong jawab.'Melayu' adalah nama lain bagi rumpun Nusantara.Namun telah dipolitikkan oleh Inggeris.Okey,biar saya bagi contoh.Orang Laos dan Thai,ini sebenarnya dari akar bangsa yang sama.Namun telah berpecah kerana masing-masing mahu bernegara sendiri.Menariknya,orang Lao bermati-matian mendakwa berbeza dengan Tai padahal budaya dan bahasa tidak jauh beza.Orang Lao berasal dari orang Tai yang berhijrah dahulu ke Indochina dan bercampur dengan orang Mon dan rumpun Melayu Indochina.Percampuran ini menjadikan sedikit perbezaan dengan etnik Tai lain (yang menjadi Thailand sekarang) yang berpindah lebih lewat ke selatan Indochina kemudiannya.SEhinggakan orang Lao mencipta identiti sendiri yang membezakan dengan ciri-ciri Tai yang menjadi induk mereka.Kemudian ini diburukkan lagi dengan penjajahan Perancis.Orang Lao pun berjaya bernegara sendiri.Saya sudah terangkan bagaimana istilah 'Melayu' ini dipolitikkan oleh Inggeris.Namun bangkai gajah yang cuba ditutup oleh Inggeris tetap berbau kerana bagaimana orang-orang di Kepulauan INdonesia sekarang memilih bahasa Melayu sebagai bahasa mereka??Soalan khas saya kepada Anai-anai dan gengnya,MENGAPA PENDUDUK MALAYSIA DAN INDONESIA TIDAK MEMILIH BAHASA SIAM AYUTTHAYA SEBAGAI BAHASA PERSATUAN NUSANTARA??(padahal kata Anai-anai Empayar Ayutthaya-Monggol begitu luas).



Anai-anai boleh menuduh orang penduduk Tanah Melayu di'melayukan' oleh Inggeris namun bagaimana dengan Indonesia??Adakah Inggeris terlupa berpesan kepada Belanda supaya menJawakan seluruh Indonesia supaya propaganda Inggeris 'memelayukan' Tanah Melayu nampak 'smart' dan sukar dipertikaikan lagi?

Siam Ayutthaya iaitu nenek moyang Anai-anai pernah menguasai seluruh Nusantara,kata Anai-anai.Tetapi BAHASANYA TIDAK MENJADI TREND DI NUSANTARA,padahal berapa lama sejarah Ayutthaya tegak memerintah?Fakta sejarah yang betul,ialah Empayar Melayu Srivijaya pernah memerintah seluruh Nusantara,sebab itu bahasa Melayu menjadi lingua franca seluruh Nusantara.Ini tidak boleh disangkal lagi,sama ada sejarah realiti atau sejarah fantasi.Siap ada manuskrip dan prasasti.


Quote:

"Haha...Saya setuju, tetapi root bahasa melayu bukan semestinya bangsa Melayu"


Ulasan:

Jadi 'root' Melayu merujuk kepada apa?Bangsa Alien dari planet Zargus?



Quote:

"Kalau serumpun, disatukan, rumpun Siamlah kita ini sebab raja-raja daerah kita mengamalkan adat istiadat raja siam. Hari ini raja daerah dah jadi Sultan negeri. Perkataan ‘Melayu’ ini saya belum jumpa lagi dalam Undang-Undang Kedah walau pun ia bahasa pengantar Undang –Undang kedah. Kebaikkan tu banyak lah, antaranya menjelaskan semula sejarah kita. Saya mengaku saya dari rumpun siam. Ramai penduduk dari kedah ini adalah dari rumpun Siam dan mengaku bahawa datuk dan nenek mereka dahulu boleh bertutur dalam bahasa Siam, bukan bahasa thai. Ada yang berasal dari Patani, Yala, Phuket(nama lamanya, Hujung Salang) dan Trang. Di sebelah Yan pula, mereka dari rumpun Acheh seperti Datuk Sanusi Junid, pembaca berita TV3 Yushanani Yushak berasal dari Yan, Kedah. Sementara itu, kenalan saya dari Selangor, ramai dari rumpun Jawa. Namun begitu,bagi kami bekas ikatan utamanya, Siam dan bukannya melayu"



ulasan:

Yess...inilah agenda sebenar penulisan blog sejarahnagarakedah.AGENDA MENSIAMKAN SELURUH NUSANTARA.TMP bertanya,jika bukan rumpun Melayu (kerana kata Anai-anai 'Melayu' itu konsep INggeris),rumpun apa?Lantas bagaikan mengantuk disorongkan bantal,Anai-anai menjawab rumpun Siam inilah.Bagaimana adat istiadat raja Siam itu?Sejak bila raja Siam menakluk seluruh nusantara sehingga semua raja-raja beradatkan raja Siam?Perkataan 'Melayu' belum jumpa dalam undang-undang Kedah?SEbab itu menafikan kewujudan 'Melayu' itu malah menuduh kata 'Melayu' itu ciptaan Inggeris?Baru kita tahu penyakit sebenar Anai-anai ini.Beliau terlalu berkiblatkan Undang-undang Kedah (UUK).Bacalah buku sejarah lain.Sumber-sumber lain.Biar saya beritahu mengapa UUK tiada perkataan 'Melayu' jika benar tiada langsung kata itu di dalamnya (saya percaya kejujuran beliau).UUK adalah lebih kepada manuskrip undang-undang ketika Kedah berada di bawah pengaruh Ayutthaya.SEbab itu tiada kata 'Melayu' kerana ketika itu politik Siam lebih mempropagandakan budaya Siam.Namun hujah Anai-anai 'terkantoi' dengan 'kitab saktinya' itu sendiri kerana kitab asal ditulis di dalam tulisan Jawi dan berbahasa Melayu.Mengapa tidak ditulis dalam bahasa Siam Ayutthaya kebanggaan Anai-anai?Kenapa 'menyembah' bahasa Melayu yang dipandang serong oleh Anai-anai?

Saya bagi cadangan baik untuk Anai-anai.Tuliskan bahawa bahasa Melayu itu asal namanya bahasa Siam,namun Inggeris telah 'memelayukan' bahasa Siam ini. :D

Bagus tak cadangan saya?



Quote:

"Raja-raja daerah ini tak payah kerja dan dengan itu bertindak menyerahkan wilayah Syah Alam Yang Maha Mulia kepada Penjajah. Penjajah ini pula networkingnya bagus,bukannya bodoh macam raja daerah"

Ulasan:

Amboi,sedapnya bahasa,sultan-sultan Melayu (raja-raja daerah) dikatakan 'bodoh'.Sudahlah direndahkan sebagai hanya raja daerah,kemudian dituduh bersekongkol dengan Inggeris kemudian menjadi bodoh menyerahkan wilayah sendiri kepada Inggeris.Jadi ini samalah menuduh nenek moyang raja-raja Melayu ini pengkhianat bangsa lah ye.

Saya bukan tidak tahu sejarah raja-raja Melayu diperangkap oleh Inggeris.Namun tuduhan penulis blog ini amat berat dan ada unsur penghinaan.Jika dilaporkan kepada Suruhanjaya Menyiasat Penghinaan Ke Atas Sultan,bagaimana agaknya?Jangan sampai penulis blog ini jadi seperti Andika Teruna.


Dalam ruangan komen itu,selepas jawapan dari Anai-anai itu,TMP kelihatan mula terpengaruh dengan teori Anai-anai.Pada mulanya karakter TMP ini seperti bijak,namun akhirnya menjadi 'cair' dan ter'mindcontrol' dengan sendirinya.Ini disebabkan TMP tidak mempunyai pengetahuan sejarah yang luas.Ini samalah seperti pengaruh ajaran sesat.Orang yang tidak punya asas agama yang kukuh akan cepat terpengaruh dengan dakyah ajaran sesat.TMP mula goyang dan percaya dirinya bukan lagi Melayu tetapi Siam Islam.Seolah-olah TMP mula malu menjadi Melayu yang kononnya agenda Inggeris.Mahu 'murtad' dari Melayu dan masuk ke dalam Siam Islam.Lihat,prinsip ini sama seperti modus operandi ajaran sesat,mula-mula timbulkan keraguan.Kemudian ruang kosong dari keraguan tadi diisi dengan dakyah sesat tadi,bukan kebenaran sebenar.


Kita lihat senario TMP ini:

Kembali, satu perkara lagi, apa yang saya cuba faham dari apa yang saudara cuba sampaikan disini ialah Jawa, Mandailing, Kelantan, Perak, Johor semuanya adalah daerah yang melahirkan loghat dan bahasa masing2, tetapi tiada satu pun daerah yang konkrit untuk kaum melayu , betul?

Saya akan bersetuju jikalau dikatakan bahawa tiada satu pendapat yang MUKTAMAD mengenai asal-usul bangsa melayu itu.

Kecuali dari fakta yang saya dapat dari buku sejarah pertumbohan bahasa kebangsaan kita oleh Drs.Ismail Hussein (1966) yang mengatakan melayu itu asal dari sg.melayu bertempat di sumatera.

Persoalan, bagaimana pula tempat sebegitu kecil umpama kuala lumpur (agaknya) boleh mendatangkan bahasa yang sungguh berpengaruh dinusantara?

Dan bagaimana pula ia mengambil tempat sebagai rumpun bangsa?

ulasan:

Memanglah tiada daerah untuk 'sukukaum' Melayu.Tiada kaum yang bernama Melayu atau loghat Melayu.SEBAB ETNIK-ETNIK NUSANTARA YANG BERKAITAN ADALAH SEMUANYA MELAYU.Tiada pendapat muktamad tentang asal-usul Melayu?Ini nada para orientalis Barat atau sarjana Barat yang berjaya mengelirukan diri sendiri.Atau nada seorang anak Melayu yang tidak tahu langsung asal-usulnya.

Melayu berasal dari Sungai Melayu di Sumatera?JIka saya katakan orang Greek berasal dari Grik di Perak bagaimana?Nama tempat tidak semestinya melambangkan asal-usul bangsa.JIka hari ini saya namakan parit kecil dibelakang rumah saya sebagai PARIT JERMAN,adakah 300 tahun lagi orang Jerman mendakwa mereka berasal dari parit kecil dibelakang rumah saya?

Soalan akhir TMP menampakkan kemusykilan yang menjerat Anai-anai,dan menariknya,Anai-anai tidak menjawab kemusykilan TMP ini.

Kemudian TMP berjaya direkrut sebagai ejen Anai-anai secara percuma.Kita saksikan kenyataan dari TMP:

"Saya telah pun menjadikan fakta dalam blog ini sebagai salah satu dari sumber rujukan dalam penulisan saya.

Saya berharap pihak tuan mengizinkan jika saya mencedok beberapa point yang saya rasakan dapat menyokong hujah saya. lebih2 lagi bab2 perang"


Lagi pengakuan TMP:

"Jangan takut, dalam banyak2 hal saya akan refer pada blog ni...dalam membawak citer ni keluar saya pun kena faham fakta juga...sebab ramai yang bertanya soalan yang bukan2...nak suh refer suh baca kadang2 depa malas....:-)

Konsep bangsa berasaskan bahasa yang dicanang oleh stamford raffle, dan sejak bila semenanjung Melaka di tukar ke semenanjung Melayu telah saya tulis didalam blog saya"


ulasan:

Ini adalah poin yang terbaik untuk membenamkan hujah Anai-anai tentang peta-peta yang dicanangkannya untuk menidakkan sejarah Melayu dan lebih aneh lagi,beliau menggunakan peta-peta ini sebagai hujah bahawa Inggerislah yang 'memelayukan' penduduk 'semenanjung Melaka'.Dan ini kemudiannya dianut oleh TMP yang mula percaya dirinya bukan Melayu tetapi Siam Islam.



Saya ingin beritahu lompang dalam dakwaan Anai-anai ini dan rahsia kerajaan Ayutthaya yang menjadi kiblat Anai-anai.Pertama sekali kita kaji peta-peta Anai-anai ini.Semua peta-peta Anai-anai adalah peta yang dilukis oleh penjajah.Antara peta kebanggaan Anai-anai ialah peta Perancis bertarikh 1730,yang menunjukkan negara Siam.Kemudian satu peta lain yang merujukkan tanah semenanjung sebagai 'Semenanjung Melaka'.




Pertama saya nak ulas peta 'SEmenanjung Melaka'.Peta ini digunakan oleh Anai-anai untuk mencanangkan bahawa kononnya dahulu semenanjung ini dinamakan 'SEmenanjung Malacca' tetapi Inggeris telah menukarnya menjadi Semenanjung Tanah Melayu.Padahal peta ini dilukis oleh orang Eropah,bukannya orang Melayu atau orang Siam Islam versi Anai-anai.Dan satu lagi,mengapa tidak ditulis sahaja 'SEmenanjung Ayutthaya' atau 'SEmenanjung Siam' sahaja?Bukankah kerajaan Siam besar ketika itu mengikut dakwaan Anai-anai?Dan hujah yang diberi oleh Anai-anai ini menjerat dirinya kembali.Ini kerana secara tidak langsung mengakui bahawa Melaka dahulu mempunyai empayar besar sehingga mencakupi seluruh Tanah Melayu.Mengapa Syah Alam Yang Maha Mulia (gelaran raja Siam versi Anai-anai) tidak sempat memberitahu pelukis ini supaya menamakan semenanjung ini sebagai 'SEmenanjung Ayutthaya Siam Kedah' ???Tidak cukup gah kah kerajaan Siam Islam itu?SEhingga dilupakan oleh pelukis peta??Mengapa nama Melaka lebih dikenali??

Dan peta abad ke 16 itu pula menunjukkan bahawa semua dakwaan Anai-anai mengenai adat Siam,nama Melayu yang dicipta Inggeris dan pelbagai lagi adalah propaganda sahaja dan andaian Anai-anai yang tidak berpuas hati menjadi Melayu di Malaysia.Kalaulah Anai-anai diterima menjadi Perdana Menteri Malaysia,perkara pertama yang dilakukan MUNGKIN MENSIAMKAN SEMUA MELAYU DI MALAYSIA INI.Membuang semua perkataan 'Melayu',dan menggantikannya dengan Siam Islam.


Perhatikan tembelangnya semakin pecah dengan menghuruharakan asal-usul orang Melayu:


"Saya dan rakan-rakan tak kisah pun samada saudara setuju atau tidak kerana kami pun tidak meminta persetujuan sesiapa. Todahe facts are so clear. Sila saudara baca kesemua artikel dan ambil faham, itu sahaja. Ramai pun yang sudah faham apabila meneliti penulisan diblog ini secara terperinchi.

Saudara hanya menceritakan ketuanan Melayu dalam konteks hari ini sedangkan sultan-sultan yang ada hari ini dilantik oleh PENJAJAH INGGERIS DAN THAI. Mereka bukan waris yang sebenar kecuali Raja Perlis , Sultan Selangor dan Sultan Pahang sahaja.

Saya tidak keliru dengan perkataan “Malay Supremacy”, cuma ramai yang menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri dan ramai yang tidak faham pun, pak turut saja. By the way, Malay Supremacy at whose expense, but if not the Malays themselves who don’t even know their own history. Melayu tu datang dari mana? Dari Xian, China (disebut Sian). Apa makna Melayu itu? Maknanya, Mari-lah-sini. Sedarlah sikit, Melayu pun China juga, Cuma gelombang kedatangan kesini jauh lebih awal saja.You and many others discover something new here"


ulasan:

Pertamanya,beliau mendakwa sultan-sultan dilantik penjajah,dan bukan waris sebenar.Nasihat saya,jangan berani berkokok di dalam internet,usahakan bawa Tuan Nai Long Kassim,pergi jumpa raja-raja Melayu dalam Majlis Raja-raja dan tanya salasilah mereka...atau kasarnya cabar salasilah mereka betul atau tidak,kemudian bandingkan dengan salasilah dalam wasiat.Berani atau tidak?Bawa berbincang dengan mereka (raja-raja Melayu) untuk menghentikan segala kekeliruan.Jangan terburu-buru menuduh raja-raja Melayu keturunan pengkhianat,bersekongkol dengan Inggeris,jika tidak benar...dapat dosa kering sahaja.

Keduanya,ini paling menggelikan hati.Anai-anai mendakwa Melayu itu dari Xian,China?Kalau dari YUnnan tidak mengapa juga kerana orientalis pun ada mengatakan begitu.Tetapi dalam profilnya Anai-anai mendakwa Melayu dari Yunnan pula.Bagaimana ni?Sekejap YUnnan,sekejap Xian?SEkejap jadi Siam,sekejap jadi Melayu,huru-hara jadinya.Ini macam Identity Disorder.Kecelaruan identiti.

Dakwaan Anai-anai ini serupa dengan dakwaan golongan Racist dari kaum bukan Melayu.Saya nak bagitahu,Cina..Cinalah...Melayu Melayulah...ia tidak sama.JIka kita tanya sesetengah orang Thai,mereka pun ada mengatakan asal-usul mereka dari Xian.Dan Siam itu bukan dari Siam Islam ini tetapi merujuk pada Xian,negeri nenek moyang orang Tai (ini saya ambil dari pengakuan warga Thai dalam sejarahnagarakedag.blogspot).Jadi segalanya jadi cacamarba di tangan Siam dan Thai ini.Anai-anai mahu 'menghalau' orang Melayu ke Xian,padahal orang Tai kata itu negeri nenek moyang mereka.DI AKHIR CERITA,ORANG TAI DAN MELAYU DIHALAU KE XIAN,DAN ANAI-ANAI MENGAMBILALIH SELURUH BENUA SIAM DAN TANAH MELAYU.Bagus...bagus...




KESIMPULAN


Peta-peta Anai-anai dalam lingkungan abad ke-15 ke 17 Masehi.Melaka adalah negeri Melayu yang berpengaruh ketika itu,jadi tidak hairanlah pelukis peta ERopah merujuk kepada kata 'Malacca'.

Peta-peta ini tidak ada kaitan dengan Teori Memelayukan Oleh Inggeris.INI KERANA REKOD CHINA MENYEBUTKAN PERKATAAN MO-LO-YU SEAWAL ABAD KE-5 MASEHI LAGI.Belum lagi saya bacakan riwayat sastera Sanskrit seperti Ramayana dan Arya Purana yang menjangkau 400 tahun SEbelum Masehi!!Ketika itu tidak wujud langsung orang Siam versi Anai-anai.Semuanya masih di alam roh lagi.Tiada manuskrip sekurang-kurangnya seawal abad 5 Masehi menyebutkan perkataan 'SIAM'.Tetapi perkataan 'MELAYU' (dan variasinya bergantung kepada loghat) memang ada!JADI SIAPA YANG JADI MELAYU SEKARANG?Melayu jadi Melayu atau Siam Islam yang jadi Melayu di negeri Melayu?

JADI SAYA CABAR ANAI-ANAI KELUARKAN PETA ABAD KE-5 HINGGA KE 11 MASEHI YANG MENUNJUKKAN KERAJAAN SIAM ISLAM INI.Baru dakwaan Melayu adalah pendatang atau perampas takhta Siam nampak 'authentic'.MEMANG TIADA,DAN JIKA ADA,MUNGKIN DILUKIS OLEH ANAI-ANAI MENGGUNAKAN PHOTOSHOP.Mengapa?

Biar saya beritahu sejarah Ayutthaya.Ia bermula pada abad ke 12 Masehi,tepatnya sekitar 1351 sehingga 1767 Masehi.Ketika ini Empayar Srivijaya sudah mengalami perpecahan.Akibatnya semua wilayah-wilayah jajahannya membebaskan diri dari pengaruh Srivijaya.Kerajaan Angkor semakin maju.Di Jawa,muncul Kediri dan Majapahit (Selepas kemangkatan Hayam Wuruk,pengaruh Majapahit mula merosot dan berpecah menjelang abad ke 14).Di Sungai Chao Phraya,muncullah kerajaan Ayutthaya ini.Apabila kuasa kerajaan Ayutthaya semakin kuat,pengaruhnya mencapai seluruh Indochina dan negeri-negeri Melayu semenanjung.Terutamanya Kedah,sebab ia mempunyai pelabuhan yang baik.Di masa inilah munculnya UUK itu.Ketika ini Kedah dibayangi pengaruh Siam Ayutthaya.

Ini samalah seperti hari ini,dahulu British berkuasa dan membayangi negera-negara di dunia.Kemudian hari ini Amerika tidak dinafikan masih lagi kuasa dunia dan ia membayangi semua negara dunia pada hari ini.

Jadi sejak Ayutthaya menjadi kerajaan,barulah nama 'Siam' ini dipolitikkan oleh raja-raja Ayutthaya.Jadi apa yang boleh saya simpulkan,kerajaan Ayutthaya inilah yang memperkenalkan 'Siam' kepada dunia luar.Nak harap Sukhotai?Inskripsi RamKhamhaeng pun sudah mula diragui keasliannya.Dan nama raja itu pun tiada dalam rekod sarjana bangsa lain.Jadi Ayutthayalah yang membina hubungan antarabangsa pertama secara besar-besaran bagi Benua Siam selepas kejatuhan Champa dan Funan.Jadi ini logik mengapa manuskrip atau peta tentang 'Siam' hanya wujud tidak lebih awal dari abad ke 15.

Melaka tidak disenangi oleh Ayutthaya kerana memotong peluang Ayutthaya mengaut keuntungan lebih.Ini ibarat raja Pelabuhan Kelang yang tidak menyenangi Pelabuhan Singapura kerana 'mencuri' kapal-kapal yang mahu lalu ke Selat Melaka.SEbab itu peta-peta Anai-anai yang menunjukkan 'Empayar Siam Nagarakedah Pasai Ma' itu antara abad ke 15 hingga 17.TIdakkan ada Siam Islam versi Anai-anai lebih awal dari abad ke 11 atau 12 Masehi.Keturunan Siam Anai-anai hanya wujud kerana Ayutthaya.Anai-anai adalah Ayutthaya.Ayutthaya adalah Anai-anai.Itu saja.

Saya tidak mahu sentuh pasal sejarah kedatangan Islam (salah satu senjata Anai-anai).Kerana saya pun tahu Islam telah pun tiba di Nusantara seawal Rasulullah s.a.w masih hidup lagi.CUma ketika itu,bukan seluruh umat Melayu mendadak masuk Islam.Ia mengambil proses beransur-ansur yang memakan jangka masa tertentu.

Saya petik lagi dari artikel 'Siapakah Yang Membuka Melaka?':

"Melaka dikatakan dibuka oleh Parameswara dalam tahun 1400 dan kononnya putera raja Majapahit tanpa memberi bukti asal usul keturunan dan salasilahnya. Kefahaman kita mengenai sejarah ini adalah kerana kita membaca buku-buku yang ditulis dizaman Inggeris menjadi penjajah. Akan tetapi bukan Inggeris yang menulis sejarah Melaka sebegini kerana Inggeris datang terkemudian, selepas Portugis dan Belanda tidak banyak yang merka tahu ketika itu. Penulis sejarah ini tak lain dan tak bukan ialah Marhum Melaka, Raja Kota Setar yang melarikan diri ke sana dari Kedah kerana bersubahat membunuh Maharaja Benua Islam Siam, Khalifah Sharif dalam tahun 1821"


Ulasan saya...salah,salah dan salah.Ini bukti hanya UUK sahaja rujukan Anai-anai.Melaka dibuka oleh putera raja Srivijaya yang mengalami perpecahan dan kemerosotan ketika itu,bukan Majapahit.Majapahit adalah kerajaan Jawa.Jika putera Majapahit
yang membuka Melaka,maka tiadalah Sultan Melaka.Yang ada ialah Bentara Melaka.Cubalah kaji sejarah secara meluas,jangan duduk di dalam tempurung Ayutthaya,UUK dan Siam sahaja.JIka Ayutthaya menakluk seluruh Nusantara,mana nak campak Prambanan dan Borobudur itu?Mana nak campak candi-candi Srivijaya di Thailand itu?Anai-anai dan kelompoknya takut sekali nak menyebutkan tentang Srivijaya kerana ia adalah EMPAYAR NUSANTARA TERBESAR DI ASIA TENGGARA.Tiada kerajaan di Asia Tenggara sehebat Srivijaya.Yang ada menyaingi sedikit ialah Empayar Khmer.Apatah lagi Ayutthaya yang berkali-kali gagal menakluk Melaka.Dan Melaka hanya dapat dikalahkan oleh kuasa Eropah seperti Portugis,itupun setelah rahsia pertahanan dan jambatan Melaka dipecahkan oleh pembelot.Tetapi Ayutthaya dikalahkan oleh Burma sahaja dicampur orang Thai yang memberontak.

Saya bukan menulis untuk menafikan wasiat Anai-anai.Saya menulis bukan kerana nama...(eh,tersasul pulak).Saya menulis adalah untuk memastikan penulisan Anai-anai selepas ini lebih mantap dari segi kronologi sejarah.JIKa persoalan yang ditimbulkan oleh penulis sejarahnegarakedag.blogspot pun tidak terjawab malah dijawab secara maki hamun (ini dakwaan Adulyadeh,penulis blog itu) dan emosi,bagaimana untuk menghadapi yang lain-lain?Saya nampak poin dari penulisan Anai-anai tetapi menjadi kecewa dengan tuduhan-tuduhan kurang berpelajaran tentang asal-usul Melayu.

Saya tidak mahu mengesahkan tentang benar atau tidak salasilah keturunan Nai itu,kerana saya bukan orang Siam dan hanya kerabat mereka yang faham dan tahu sendiri salasilah keturunan mereka.Saya tiada masalah jika mereka mendakwa raja-raja Ayutthaya itu adalah nenek moyang mereka.Lagi pun ini wasiat turun temurun (seperti yang dikatakan Anai-anai).Yang ingin saya TEKANKAN IALAH PANDANGAN ANAI-ANAI TENTANG ASAL-USUL MELAYU ITU.Itu yang memang boleh dipertikaikan.Dan saya juga bukan mahu mempertikaikan kesahihan UUK.Bagi saya,kitab ini penuh rahsia dan wajib dikaji oleh pakar sejarah berkenaan hubungan negeri-negeri Melayu dengan kerajaan di Benua Siam (Indochina).

Bagi saya,Anai-anai hanya 'expert' dalam sejarah Kedah dan Siam Ayutthaya,tetapi bukan asal-usul Melayu dan orang Melayu.Kena belajar lagi,seperti saya yang masih cuba belajar memahami rumpun Siam itu sendiri.













~Srikandi





Celoteh dari Srikandi




Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat datang ke teratak saya,Srikandi...

Laman ini khas untuk tempat permainan Cik Seri dan kawan-kawannya.Kadang-kadang Cik Seri main batu seremban...kadang-kadang main guli dengan kawan-kawan.Cik Seri paling suka main pondok-pondok dan masak-masak.

;D

Siapa yang kena main,jangan marah kat Cik Seri ya...
 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore