Baru-baru ini ada seorang fans saya mengadu tentang seorang mamat entah datang dari mana telah mengelirukan pembaca dengan memandai-mandai memutarbelitkan sejarah mengikut kepalanya sendiri. Saya difahamkan dia ini seorang mat ganja. Hmmm...sejarah akan jadi bengong jika jatuh kepada yang bukan ahlinya apatah lagi orang yang hisap gam dan dadah.
Melalui screenshot yang ditag oleh fans itu,saya sudah tersenyum betapa orang ini sebenarnya keliru antara Sulalatus Salatin (SL) dengan Hikayat Hang Tuah. Nampak benar dia ini hanya serkap jarang dan terburu-buru.
Orang ini ingin melawan Tun Seri Lanang (TSL) tetapi menggunakan isi dalam Hikayat Hang Tuah. Kasihan TSL! TSL bukan pengarang Hikayat Hang Tuah!
Buat pengetahuan bersama, dalam Sulalatus Salatin nukilan TSL, bukan Hang Tuah yang menculik Tun Teja tetapi Hang Nadim.
Watak Hang Tuah menculik Tun Teja hanya muncul di dalam Hikayat Hang Tuah. Fail pasal kedua kitab ini maka nampaklah begitu hina diri seseorang itu dalam sejarah Melayu. Baik diam je.
Dalam posting itu lagi, orang ini mendakwa Hang Tuah kononnya berlayar 7 hari (ini memang tiada langsung dalam SL) sahaja untuk melengkapkan perjalanan dari Melaka ke Pahang (Kota Beram). Orang yang cetek pengetahuan sejarah ini begitu terkesima dengan perkara ini.
Apa nak dihairankan, dalam Hikayat Hang Tuah ada lagi yang lebih ajaib, Hang Tuah berlayar dari Melaka ke Sri Lanka hanya mengambil masa 8 hari sahaja dan sampai ke Selatan India dalam masa 10-11 hari.
Klik untuk besarkan.
7 hari 7 malam Hang Tuah mampu berlayar ke Lautan Hindi, inikan pula dari Kuala Pahang ke Melaka? Kacang lanang jer.
Malah dalam pelayaran silam banyak pelayaran yang disangka mengambil masa lama namun sebenarnya tidaklah begitu.
Bayangkan Kanton ke 'Selat' dalam masa 18 setengah hari.
Menurut fans saya, orang ini suka memaksakan cerita bahawa Hang Tuah ikut satu jalan kononnya rahsia untuk lari dari pengejaran orang Pahang. Jalan yang dimaksudkan itu ialah melalui Endau dan keluar ke kawasan Batu Pahat.
Jika sudah dapat dikejar orang, maka jalan itu bukan lagi rahsia. Jalan rahsia untuk menyusup mestilah amat sukar dikesan musuh. Tambahan pula amatlah bingung jika Hang Tuah mengambil jalan merentasi semenanjung melalui sungai atau paya-paya dengan menggunakan kapal. Masalah yang timbul ialah:
TIADA ANGIN.
Maka Hang Tuah nak tak nak akan kembali mengerahkan orang-orangnya mendayung kapalnya macam kapal-kapal Greek dan Phoenicia zaman purba dulu. Ini terpaksa dalam keadaan dikejar.
Lainlah Hang Tuah duduk berdua dengan Tun Teja sambil berkayak :D
Namun itu juga taktik yang bangang kerana merentasi jalan benua adalah lebih membahayakan apabila pihak musuh boleh mengarahkan askar mereka menyerang dari tebing-tebing sungai atau paya dengan hanya berjalan kaki.
Jadi bagaimana Hang Tuah/Hang Nadim melarikan diri?
Dengan menggunakan jalan laut juga. Mengelilingi pantai Johor.
Rahsianya ialah: KEMAHIRAN MENGETAHUI ARAH ANGIN DAN MASA ANGIN BERTIUP.
Ini adalah rahsia pelayaran orang-orang dahulukala untuk bergerak pantas. Mari kita lihat data yang dikumpul dari pelayaran Munsyi Abdullah dalam perjalanan balik dari arah Pahang ke Singapura.
Keyword dia adalah 'Penyusuk'.
Dalam Sulalatus Salatin, Laksamana Khoja Hassan melarikan Ai Kening, gajah kepunyaan sultan Pahang, melalui route yang sama yang dilalui Hang Tuah/Hang Nadim ketika menculik Tun Teja. Pasukan Melaka juga dikejar askar Pahang, namun beliau dapat melepaskan diri dan bergerak ke 'Penyusuk'.
Sebelum sampai ke Penyusuk, dalam kes ini mereka bertemu di 'Sedili Besar' (Dalam SL, Hang Nadim bertempur dengan askar Pahang di sekitar Pulau Keban).
"Setelah Sultan Abdul Jamal mendengar kata orangitu, maka baginda pun
terlalu murk a, titah baginda, "Kita diperbuat oleh raja Melaka ini 'Mulut
disuapinya dengan pisang, pantat dikaitnya dengan onak'." Maka baginda
menitahkan segala hulubalang Pahang mengikut Laksamana. Maka segala hulubalang
Pahang pun pergilah, tiga puluh banyak kelengkapannya, Seri Akar Raja akan
panglimanya, dan Tun Aria pun pergi bersama-sama. Maka diikutnyalah Laksamana;
telah datang hingga Sedili Besar, maka bertemulah dengan Laksamana, lalu
diperangi oleh Seri Akar Raja, dan TunAria; dan segala hulubalang Pahang pun
tampillah. Maka oleh Laksamana, barang yang hampir itu dipanahnya, maka segala
orang Pahang pun dahsyat mendekati perahu Laksamana.
Sekarang kita perhatikan route Munsyi Abdullah seterusnya:
Kedudukan Pulau Tinggi:
Sungai Bedok/Tanah Merah Besar:
Perasan tak nakhoda Bugis kata sudah 4 hari meninggalkan 'Selat' (Singapura) ketika di Pulau Tinggi?
Jika mereka berlayar dari 'Selat' masuk ke Selat Melaka menuju ke Melaka,harus mencapai Batu Pahat dalam masa 4 hari juga.
Lebih kurang sama kalau nak kata berkayak dari Endau ke Batu Pahat boleh capai dalam masa 10 hari. Baik askar Melaka ikut jalan laut, tak payah kerahkan pendayung lawan arus sungai dan paya, pakai angin sahaja.
Tetapi nanti dulu, perhatikan berapa lama Munsyi Abdullah belayar....
21 April dari Tanjung Batu bawah sedikit dari Kuala Pahang, sampai Singapura 24 April.
Lebih kurang 3 hari sahaja!
Dari Singapura ke Selat Melaka kalau ambil jarak yang sama dalam masa 3-4 hari boleh sampai ke Negeri Sembilan!
Adakah Munsyi Abdullah naik kapal wap? Tak, dia naik kapal pakai layar biasa. Harapkan angin untuk bergerak.
JADI APA RAHSIA HANG TUAH SEBENARNYA?
Bukan ikut jalan yang kononnya rahsia, yang mana kononnya Tun Seri Lanang tipu pembaca. Tak. Mat ganja ini sebenarnya KENA TIPU dengan TSL.
Rahsianya ialah KEMAHIRAN MENGGUNAKAN ANGIN LAUT. Tahu arah mata angin dan bila angin bertiup. Kemudian let's go!
Kesimpulan kalau ikut jalan yang kununnya 'rahsia besar':
1) Tiada bantuan angin
2) Pergerakan lembab
3) Akan melalui kawasan berpaya
4) Laluan berliku-liku, melambatkan masa
5) Terpaksa mendayung untuk bergerak cepat
6) Terdedah kepada askar darat di kiri dan kanan tebing, terdedah dengan panah, panah berapi, sumpit dan balingan lembing.
7) Terdedah kepada dihalang di tengah jalan (blockade), dan kalau ini terjadi, mereka terpaksa melarikan diri ikut darat.
8) Tidak sesuai untuk situasi kejar-mengejar
Kalau ikut laut:
1) Ada bantuan angin
2) Pergerakan cepat, jika mendapat angin yang betul perjalanan kurang 10 hari
3) Boleh membelok sesukahati jika dihalang (blockade) sebab berada di laut lepas (open sea)
4) Laluan luas dan tidak berliku
5) Tiada masalah sungai sempit atau paya
6) Tak payah mendayung, pakai layar sahaja, guna kekuatan angin
7) Sesuai untuk situasi kejar-mengejar
Menurut fans saya lagi, untuk menipu pembaca yang tahyul maka dia kata TSL menulis dalam penjara, tertekan....jadi atas sebab itu TSL buat-buat tipu musuh dia, taknak bagitau 'laluan rahsia' larikan tunang orang ikut Endau keluar Batu Pahat :D
Takde mendenye, kat Aceh siap TSL dilantik jadi pembesar (uleebalang) malah diangkat jadi raja di Samalanga. Tertekan amendenye. Merepek.
Tulis pasal sejarah Johor seciput, tapi dia paksa orang baca macam baca seluruh sejarah Melayu dari A sampai Z. Sejarah lain dia ke laut especially sejarah Kelantan sebab dia ni alergik dengan orang Kelantan.
Fans saya memberitahu lagi selain suka hisap ganja, orang ini yang bekerja sebagai kuli kontrak jabatan muzium atau arkib ini suka melayan video yang tidak senonoh malah berbangga dengan maksiat itu yang dikongsikan dengan kawan-kawan seangkatannya di fesbuk.
Hmmm...no komenlah benda ni...just saya doakan orang itu mendapat hidayat dan insaf.
:)
~Cik Seri.
p/s: Batu Api Diraja (Dapunta Hiyang) sila laporkan ini kepada tok guru anda.
haha...mat ganja
ReplyDeletewow....terbaik!
ReplyDeletegood job cik seri!penjelasan yg baik
ReplyDeletewei sricandy,masalahnya jalan tu memang adala...ada org berjaya ikut laluan tu
ReplyDeletekalau ade pun,hang tuah tidak bodoh mcm mat ganja ni.dia takkan ikut laluan tu.open sea lagi selamat dlm situasi kejar-mengejar
Deletemerepek mat ganja tu...hidup cik seri!
ReplyDeletewow
ReplyDeleteAha dia tak cukup ganja lagi tu sebab tu merepek tak sudah2 kalau cukup ganja dia tidur terus kah kah kah setedi cik sri
ReplyDeleteterbaik!!
ReplyDeletebetul...msalah kalau ikut laluan peninsular pass tu ialah still kena dayung kapal tu dalam sungai
ReplyDeletehehe sikuneks tu mmg senget sikit.perasan bagus je.jadi kuli arkib dah eksyen
ReplyDeletesiapa batu api diraja tu hahaha sempoi sricandy
ReplyDeletebatu api diraja? dapunta hiyang? hehe bongkar cik seri sape dia hehehe
ReplyDeleteSalam owner blog.tumpang tanya,ada x buku2 sejarah yang mention secara terperinci mengenai hubungan antara kesultanan Melayu dan Wali Songo/Majapahit?
ReplyDeleteContohnya semua orang tahu hang Tuah mendapat keris taming sari selepas mengalahkan Taming Sari di Tanah Jawa.
Masalahnya jarang orang yang tahu nama tempat dan nama raja(adipati/kabupaten) majapahit yang mengundang Hang Tuah ke majapahit.
Maksud buku yang saya cari ialah buku yang boleh memberi maklumat yang mendalam mengenai sejarah hubungan Kesultanan Melayu dan Majapahit.
Contohnya mcm menjelaskan dengan terperinci nama tempat dan raja majapahit semasa Hang Tuah bertarung dengan Taming Sari.lagi bagus kalau siap dengan tahun berlakunya sesuatu peristiwa.
Antara sebab yang mendorong saya ialah saya ingin mengetahui sejauh mana kemajuan tamadun majapahit dan Kesultanan Melayu (Srivijaya) pada masa lalu.
Terdapat pakar psikologi yang menjelaskan,antara sebab terdapat jurang pendapatan individu dalam sesuatu negara ialah pengaruh kepercayaan sosial (sosial trust).
Secara mudahnya,semakin tinggi kepercayaan sosial oleh setiap individu dalam suatu komuniti masyarakat,pendapatan individu dalam komuniti akan bertambah baik dan sebaliknya.
Saya ingin mengetahui faktor2 yang mempengaruhi kepercayaan sosial masyarakat di zaman Majapahit dan kesultanan melayu pada masa lalu berdasarkan sumber yang boleh dipercayai.
Selain itu juga,terdapat rumour yang mengatakan majapahit saling bermusuhan dengan Srivijaya sebelum abad ke-12 lagi.
harap owner blog sudi meluangkan masa untuk memberi petunjuk mengenai buku2 sejarah yang boleh memberi informasi yang saya perlukan.
Sekian,terima kasih.
salam,study dulu sulalatus salatin.kat situ ada gambaran hubungan kesultanan melayu dgn majapahit
Deletesalam cik ceri...koneks kata cik ceri offer dia tulis buku sama cik ceri.ada betui ka?
ReplyDeletewhat?mabuk ke ape?haha sampai cam tu sekali nakkan perhatian saya?kenal pun tak,datang pun ntah dari mana2.takpernah saya offer apa2 pada budak kecik nakkan perhatian tu.takde masa nak layan dia.kerja saya banyak :D
Deletewei sricandy...ni aku tag kunek ngamuk ni:
ReplyDeletemcmane kapal hang tuah boleh lalu Indau-Sembrong route : tapi lupe fact yg TSL ckp hang tuah ikut jln penarikan, yg xde angin, yg ade 700 meter darat lagi, kne angkat kapal. Ape nerake boleh pulak???
hmm...dia ni masih keliru antara SL dan HHT.
Delete1) TSL takde sebut HT ikut 'penarikan' yg ada disebut jelas adalah sultan ahmad dan ayahnya.
2) artikel tu counter teori dia kununnya semasa pengejaran tu,hang tuah ikut 'jalan rahsia' dan jimatkan masa.masa nak datang ke pahang takpayahla ikut jalan rahsia biol dia tu.ikut penarikan pun xpe.nak ikut jalan laut pun tak kisah.ada date due ke misi amik tunang orang hehe
3) ganja xcukup lagi tu.minta dia isap 2 beg lagi,baru leh sembang sejarah.
:D
masa datang ikut penarikan,masa balik ikut laut sbb nak cepat kena kejar.
Deleteok,aku paham
carigold telah mmbawa aku ke sini...
ReplyDeletehaha terbaik srikandi,mula2 aku baca uneks punya teori mcm bagus ja...kira hebatla jumpa lorong rahsia,tapi teori ko mmg logik,sbb kalau ikut jalan konon terahsia tu,hang tuah still dayung gak mcm ikut penarikan.lagipun org pahang dah tau jln tu sampai sempat kejar lagi hehe brilliant srikandi cintaku
hehehe..mcm tau sapa mat ganja yg tulis pasal sejarah johor tu...ada gak baca blog dia...yg mana positif ada fakta kita amik..yang mana negatif, kita tegur mcm cik sri tegur..hehe..
ReplyDeletekalau ikut banyak salah dia ni.tapi malas amik pot nanti sentap ngamuk satu kampung huhu
Deletehaha well done cik seri! sy lihat mamat tu berlagak gile perbodohkan org yg baca post2 dia,takde sape yg berani nak menentang teori dia,semua takde pengetahuan.just cik seri je yg rilek downkan dia ni haha
ReplyDeleteNi potret Tun Teja.
ReplyDeletehttps://amnaj.files.wordpress.com/2012/01/teja1a-jpg.jpe
Kebetulan sama dengan gambar farai_i7 kat instagram.
Kebetulan atau tidak, ada banyak lagi persamaan. Macam Tun Teja, fara_i7 adalah anak seorang pembesar Pahang, akan menjadi tunangan anak tengku mahkota pahang. Cuma kali ni nasib baik Melaka takde Sultan nak hijack..
Bkn org johor ke farai7 ni
DeletePotret tun teja tu hanya gambaran pelukis bukan wajah sebenar tun teja...
DeleteHehe mcm blog untoldhistory je cik sri hehe
ReplyDeletePelabuhan Melaka bukan lah kecil anak, begitu juga yang di Kuala Pahang. Perahu dulu layaran, sampan itu dayungan ada juga bertiang ia. bukan sebarangan kecilnya apatah lagi besarnya. gamaknya sipolan itu hendak dia kaitkan pula terusan yang sudah lama dahulu lagi tertutup ia pada zaman perangnya kerajaan gangganegara itu. teramat jauh jarak zamannya. berbagai ragam sungguh manusia dunia zaman sekarang. Adinda Cik Seri, molek benar cara tegurannya, dipatah dengan lembut, dipulas dengan isi. suka hati membaca petah, bangga hati kekanda kendiri adinda semakin ramai berjati-diri.
ReplyDeletehikayat hang tuah hanyalah alat propaganda untuk membangkitkan rasa patriotisme melawan kolonial barat.. namun kenyataany gagal dan semenanjung tetap dijajah...
ReplyDeletesalah,sebab kerajaan Melaka dan tokoh Hang Tuah telahpun disebut dalam Sulalatus Salatin yang wujud sblm zaman kolonial barat
DeleteAmendernyer...loghat pahang gak tu cik sri...hehehe...
ReplyDeleteKlu pasal si 'brasball' sorg tu mmg spesis kepala die je yg btul...nk cerita sejarah johor sampai lubang kubur x kesah tp apahal die nk kondem sejarah negeri org len yg konon x sehebat johor....kelantan tu pun wujud sebelum melaka nk bandingkan dgn johor wujud selepas melaka runtuh...
Hang loghat utara.
ReplyDeletesi uneks gila babi tu jangan dilayan la cik sri... budak lahir x cukup bulan memang macam tu. Sumpah geli geleman aku layan dia, dengan aku alamatnya makan seranah aje la.
ReplyDeleteSejarah apa yang dia tahu? Gila likers je tu... Dia ingat dengan bahasa macam tu aku takut dengan dia? pergi jahanam la dengan budak misai kontot tu