Saturday, May 21, 2016

Terlajak Perahu Boleh diundurkan, Terlajak Selfie Memori Kong

foto gettyimages




Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, adalah pepatah yang memberi pengajaran kepada kita bahawa kita mestilah berfikir dahulu dengan berhati-hati sebelum membuat apa-apa tindakan. Orang yang kurang matang dan terlebih dayatujah emosinya sahaja yang kurang akal untuk mengawal perlakuan, perangai atau keangkuhan sendiri. Bertuahnya, kita ada contoh yang baik di sini :)

Ingat tak kisah minahselfie yang lepas? Selepas membaca artikel Cik Seri yang lepas, minahselfie dilaporkan begitu marah dan terganggu kerana semua keangkuhannya musnah bagaikan api yang disiram air. Mari kita perhatikan apa lagi rungutan minahselfie yang bermasalah ini :




Minahselfie telah menegaskan di sini bahawa dia tidak pernah menggelarkan mana-mana sarjana sebagai 'pseudo-historian'.Adakah benar demikian?


Mari kita lihat apa yang telah dinyatakannya :









Minahselfie telah menyatakan di situ bahawa : Ayat yang diterjemahkan oleh Dr. Nasha ialah 'manamalumam damalam'. Tetapi ayat itu telah ditafsir oleh pseudo historian sebagai 'MALA MALAYU IVA MALAYAM RAJA'  dan seterusnya...

Soalannya: Adakah tafsiran 'Mala Malayu iva Malayam raja' itu adalah direka-reka sahaja atau ditafsir oleh
apa yang digelarnya sebagai 'pseudo-historian'?

Jawapannya : SALAH sama sekali

Frasa 'Mala Malayu iva Malayam raja' itu ditafsir oleh seorang sarjana dari Kemboja yang bernama Lem Chuck Moth. Saya ada memetik cara bacaannya di dalam artikel yang lepas. Mari kita ulangkaji :

1) RC Majumdar : mala malu ivamalam -raja
2) M. Honda :  mala-malum ivamalam -raja
3) Lem Chuck Moth : mala malayu iva malayam-raja
4) Kou Nari : mala malayu iva malaya-raja
5) Nasha Rodziadi Khaw (menurut petikan)  : manamalumam damalam
(perkataan yang diwarnakan untuk menunjukkan kontra antara perkataan)


Analisis ringkas: Jika kita perhatikan, cara bacaan (1) (2) (3) & (4) memiliki konsep bacaan yang mirip dan 'serumpun' antara satu sama lain, menunjukkan tafsiran dari sarjana-sarjana Kemboja bukanlah direka-reka atau syok sendiri.

Kesimpulan: Frasa 'Mala Malayu iva Malayam raja' bukanlah ditafsir oleh apa yang digelar oleh Minahselfie sebagai 'pseudo-historian' tetapi ditafsir oleh seorang pengkaji dari Kemboja, yakni tempat di mana Prasasti Hanchey ditemui.

Apabila Minahselfie menuduh dengan angkuhnya tafsiran 'Mala Malayu iva Malayam raja' itu ditafsir oleh 'pseudo-historian' maka secara langsung dia telah menuduh Lem Chuck Moth sebagai pseudo-historian, juga sarjana-sarjana Kemboja yang berkongsi cara bacaan, juga melecehkan secara tidak langsung tafsiran-tafsiran dari RC Majumdar, Honda, Nari, Seam malah Barth dan Kern sekadar menamakan beberapa nama.

Minahselfie rupanya tersalah tembak. Dia ingatkan frasa tu main-main dan direka-reka oleh orang-orang yang tidak disukainya, yakni peminat sejarah Melayu. Terlajak Perahu Boleh diundurkan, Terlajak Selfie Memori Kong.


Sebagai hiburan tambahan, 'boyfren' Minahselfie yang memakai nama 'Erwin' juga sudah terheret sama angkara durjana kekeliruan dan stupidity yang melanda Minahselfie :




Erwin secara emosi membutatuli menebak bahawa: "perkataan mala malayu iva malayam raja adalah kata-kata pseudo historian...".

Erwin juga menambah "...tak perlu teori diikuti teori pseudo historian yang menyesatkan.."

Wow! Ini lebih berani dari 'girlfren'-nya. Ini sudah lebih sudu dari kuah. Sangat memalukan apabila dia mengheret nama seorang pensyarah arkeologi Malaysia dalam sikap terburu-buru dan memberikan kepercayaan 100% kepada Minahselfie yang sebenarnya pun sesat jalan.

Kesimpulannya tuduhan 'pseudo-historian' yang dilemparkan kepada para sarjana lain adalah sangat berat. Sebaliknya tuduhan tersebut sesuai dibalikkan ke mukanya. Maka jadilah seorang 'pseudo-historian' menuduh orang lain sebagai 'pseudo-historian' mengatakan bahawa dia menuduh sarjana lain sebagai 'pseudo-historian'. Berapa banyak 'pseudo-historian' daaa...

:D






~CS

52 comments:

  1. respek cik seri! good job!

    ReplyDelete
  2. alahai takde butang like pulak..oldskool betul lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko taip la LIKE mcm ni. xkan itu pun aku kena ajar

      Delete
  3. hahaha checkmate!

    ReplyDelete
  4. inilah akibatnya tak meraikan kepakaran dan pandangan pakar2 epigrafi dari negara lain, main sebatnye tuduh sarjana lain pseudohistorian

    ReplyDelete
  5. post baru! komen dulu baru baca hehe

    ReplyDelete
  6. atiqah budak siam tu memang emosi berlebihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa atiqah tu

      Delete
    2. atiqah nadwa moyangnya dari laos. datang sini cari kehidupan baru AKA minahselfie

      Delete
    3. patutla anti sejarah melayu

      Delete
  7. seronok tul aku baca,ayat2 cik seri melantun2 kena muka minahselfie hehe

    ReplyDelete
  8. tang menuduh pakar2 sejarah sebagai pesudohistorian tu memang xpatut.sedih lihat generasi skrg

    ReplyDelete
  9. manamalammalamtadiMay 21, 2016 at 3:09 AM

    atikah ko dah salah tembak orang kekeke

    ReplyDelete
  10. double thumbs up!

    ReplyDelete
  11. Atiqah mmg kena sailang dgn cik cerry kali ni haha aku xleh nak backup ape lagi

    ReplyDelete
  12. siapa erwin sial ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tertera kt atas boyfren minahselfi

      Delete
    2. erwin ni facebooker indon mazhab buluh runcing.dia ni memang anti melayu.

      Delete
  13. thanks Cik Seri atas pencerahannya

    ReplyDelete
  14. Sesiapa yang familiar dengan sistem tulisan abugida seperti Telugu, Kannada, Tamil, Jawa, Khmer dan tidak terkecuali Pallava akan nampak pattern atau corak susun aksara pada Prasasti Han Chey. Itu sebab cara bacaan yang dibuat para sarjana mirip-mirip sahaja.

    Jadi kesimpulannya, kita jangan cepat emosi dan menuduh orang lain yang bukan-bukan walaupun kita tidak bersetuju dengan pendapat orang tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila lihat cara bacaan yang saya buat di ruangan komen artikel:

      Maksud perkataan 'Melayu'

      di facebook Srikandi https://www.facebook.com/srikandisejarah/

      ~ Kataha Suvarnabhumi

      Delete
  15. memang sentap bertingkek2 hehe

    ReplyDelete
  16. atiqah nadwa checkmate.nama sudah busuk

    ReplyDelete
  17. kesal juga atiqah nadwa heret nasha dalam street fight ini.cik cerry memang smart.dia ni licik.berapa banyak tumbang lawan dengan dia.takziah tu atiqah nadwa

    ReplyDelete
  18. stupid Atiqah Nadwa.bring shame to Dr. Nasha's name and credibility

    ReplyDelete
  19. brilliant cik seri.
    artikel yg pis yo!

    ReplyDelete
  20. "Qul haatuu burhaanakum in kuntum saadiqeen" - "Say 'Produce your proof if you are truthtul.'" [Al Baqarah: 111]

    Nampaknya orang-orang belah sana dah diam tak berkutik. Nak menyerang orangpun biar berasas dan bagila bukti.

    Lain kali jangan dok tengok sang penyampai mesej saja. Kena hadam betui-betui isi mesej yang cuba disampaikan.

    Good job Cik Seri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul bro... aku tengok geng sinetron saja yg gagah bekap si Atiqah.belah2 sini yang dok ampu dia dah sengap dah.

      melaporkan dari mole

      Delete
    2. geng kejawen ke? aku tengok menyalak xtentu hala dah.
      disalahkan goggle pulak
      dituduh sarjana kemboja x valid lah haha

      Delete
  21. hehe si Maharani Mak Lampir dok sebar blog ni kat Atiqah & Erwin.

    Bagus2 jadi kakitangan percuma Cik Seri kekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tulis sejarah mak lampir bolehla hehe

      Delete
    2. Dendam Mak Lampir episod 1

      Delete
    3. yang atas ini win haha

      Delete
  22. Arkeolog ataupun sejarawan sejati tidak main blog melulu.... macam mana dgn kalian....

    ReplyDelete
  23. damalam pitido

    ReplyDelete
  24. nasionalist Indonesia buat mcm pandai sejarah pulak... sejarah jawatotok kau tau laa.. tnya sejarah semenanjung dan indochina dan gelabah teloq.

    ReplyDelete
  25. semua sudah jelas.
    terimakasih Cik Seri.

    ReplyDelete
  26. sudah terang lagi bersuluh
    xboleh nak kata apa dah

    ReplyDelete
  27. Tajuk cik sri buat tu pon dah win...hahaha

    ReplyDelete
  28. Syabas kepada admin. Walau penjelasan begini agak santai dan bersahaja namun saya kagum dengan pengetahuan dan cross-reference yang disajikan oleh admin. Moralnya tidak beretika menuduh tafsiran epigrafi sarjana lain sebagai pseudo-historian lebih-lebih lagi pandangan sarjana dari tempat asal prasasti itu ditemui, sudah tentu beliau telah mengkaji sedalam-dalam mengikut kepakaran yang dimilikinya.

    -Syed Hadi Kelang

    ReplyDelete
  29. Kat fb dia kata malaya tu gunung/pergunungan. Tapi lain pulak yang dia kata kat sini. http://nusanaga.blogspot.my/2014/08/gunung-toba-himalaya-dan-sundaland.html

    ReplyDelete
  30. saya xde fesbuk..so tumpang LIKE kt sini jela yehh..LIKE LIKE LIKE..

    ReplyDelete
  31. Budak ni setakat sembang ayam pencen dalam reban blkg rumah aku lagi hebat berkokok.

    ReplyDelete
  32. Jgn cakap atok tak tanam dalam..haha

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore