Pada artikel yang lepas saya telah menceritakan bagaimana saya telah diugut oleh orang yang dikatakan 'ahli sejarah' tapi sebenarnya belum ada sekeping ijazah dalam bidang sejarah. Orang ini begitu marah kepada saya kerana saya membalas makihamunnya dengan fakta dari Perjanjian Inggeris-Siam 1909 membuatkannya dibuli oleh saya setiap kali berkomen.
Akhirnya orang ini (disebut 'Poser') koyak dan mengugut untuk 'angkut' saya setelah kononnya berjaya mengesan IP saya.
Sebagai ulangkaji saya paparkan kembali kritikannya ke atas tulisan saya dan jawapan balas saya yang terkandung dalam ruangan komen pada status di fanpage saya itu.
1) Poser: Kelantan tidak pernah dijajah Siam.
Saya: Ini SALAH. Kelantan memang umumnya di bawah pengaruh Siam dan fakta ini paling jelas adalah dalam Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Malah ini direkodkan bahawa selepas Istana Balai Besar siap dibina pada tahun 1845, upacara pertama kali diadakan ialah Istiadat Menyambut Surat Sejabat atau pengiktirafan daripada Raja Siam kepada Sultan Muhammad II. Surat tersebut mengesahkan bahawa Tuan Long Senik Bin Long Tan sebagai sultan Kelantan yang bergelar Sultan Muhammad II diiktiraf oleh Raja Maha Besar Siam yang menjadi penaung Kelantan. Siam juga memberikan gelaran kepada Sultan Muhammad II sebagai 'Pia Lecha Kelantan'.
Rujuk: Sumber Arkib
Penjajahan Siam ke atas Kelantan ini memang ada perjanjian dan faktor-faktornya, bukannya tiada sebab. Ini berpunca dari perang saudara berlaku antara Tengku Muhammad (menantu Long Yunus) dan Long Muhammad (putera Long Yunus). Dalam pergolakan tersebut, Tengku Muhammad telah tewas dan berundur ke Terengganu. Pembesar Kelantan telah menabalkan Long Muhammad sebagai sultan dengan gelaran Sultan Muhammad I. Walau bagaimanapun baginda diancam oleh Terengganu dan demi menjaga keselamatannya, Sultan Muhammad I mendapatkan bantuan daripada Siam. Jadi penguasa Kelantan ketika itu memilih untuk menerima pengaruh Siam atas sebab mahu membebaskan diri dari pengaruh Terengganu.
2) Poser: 'Sultan (Kelantan) terpaksa akur dengan paksaan Siam sebab tiada bekap British'. Saya: INI SALAH.
Hubungan Kelantan dan Siam di mana Siam berpeluang meluaskan pengaruhnya ke atas Kelantan adalah kerana permintaan dari pemerintah Kelantan sendiri secara sukarela demi untuk mengusir pengaruh Terengganu. Akur apekebendanya. Merepek.
3) Poser: Perak bernasib baik sebab British duduk di Penang.
Ini SALAH. Perak bukan bernasib baik sebab Inggeris. Malahan semasa Perang Musuh Bisik 1821 ketika Siam juga menghantar angkatan perang untuk menyerang Perak, Inggeris di Pulau Pinang tidak pun membantu Perak. Siapa yang bantu Perak ketika itu? Selangor!
Perak berjaya mengusir penjajahan Siam sebab kuasa Allah yang gerakkan akal pemerintah-pemerintahnya ketika itu untuk bijak mempertahankan kemerdekaannya dari dijajah Siam. Para pemerintah Perak mengumpulkan angkatan tentera dan pergi berperang dengan Siam, menjalinkan sekutu dengan Selangor dan berdiplomasi dengan Inggeris melalui surat-surat. Pernyataan 'bernasib baik' itu adalah amat menghina disiplin ilmu sejarah. Ilmu sejarah ni macam ilmu sains juga, dia ada faktor-faktor dia, sebab-sebab dia, analisis dia atau kajian dia. Bukan main taram "...bernasib baik..." Kalau main nasib-nasib ni pergilah jadi tukang tilik.
Poser Cuba Jawab
Rupa-rupanya Poser cuba bangkit daripada terus dibuli oleh saya. Dia telah mengarang balasan kepada hujah-hujah saya yang telah mematahkan kritikannya. Sekarang kita lihat adakah dia menjawab hujah saya itu.
What
the hell? Tujuh perenggan yang panjang ini tak menjawab langsung hujah
saya sebaliknya melalut-lalut menceritakan sumber sejarah Perak atau
buku-buku tentang sejarah Perak. Pekebende ni.... melilo yob hehe.
Sejarah Perak banyak menggunakan sumber British? Ini SALAH kerana sejarah Perak juga berpandukan historiografi tempatan, bukan SEMATA-MATA DARI SUMBER BRITISH, malahan sumber British juga berpandukan bahan-bahan tempatan sebelum dikarang dan diulas dari kacamata mereka. Malah sumber British itu pula hanya efektif semasa zaman kolonial, padahal Perak BUKANLAH wujud semasa zaman kolonial British, ia wujud lama sebelum itu. Lepas tu dia mengomel pasal kepelikan. Apa yang pelik, yang peliknya ialah dia tak paham apa yang dia kritik dan tak paham apa yang dia baca, sebab itu dia tak dapat jawab balik hujah saya. Dia macam terpegun hujahnya dipatahkan dan kemudian membebel tentang sumber itu sumber ini, buku itu buku ini. Woi tengin, jawab je hujah saya takpayah kona sana kona sini. Kalau ada hujah dari sekian banyak buku yang kamu baca, maka keluarkanlah!
Simple kan? ^_^
Tapi part ini paling lawak. Dia mempersoalkan:
"Apakah buktinya yang mengatakan 'kelicikan' sultan Perak dalam perang ini benar?" Tapi anehnya dia jawab soalan ni balik: "Sedang perbuatan ini pernah juga dibuat oleh Kedah apabila menghantar bunga emas kepada Burma dan dalam masa kepada Siam NAMUN (haha ada namun pulak) "Kisah ini telah dinyatakan oleh sultan sendiri dalam Syair Sultan Maulana."
Saya ingatkan dia nak nafikan kes kelicikan sultan Perak itu, tapi dia seolah-olah membenarkannya dengan menyatakan bahawa sultan Kedah pun pernah buat macam kelicikan yang dibuat oleh sultan Perak. Yang tang NAMUN itu menunjukkan betapa terketaq-ketaqnya dia menaip nak counter hujah saya. Tak ketahuan punca dah. Hujah sendiri ada NAMUN pulak, memasukkan unsur keraguan dalam hujah sendiri hehehe
Saya yakin dia ni tak pernah tahu tentang Syair Raja Ahmad.
Selepas itu macam biasa, dia start melabel-label saya. Ini falasi ad hominem. Dia takde hujah apa, dia label 'pseudo' kepada saya. Kalau terer sangat patahkan hujah saya directly macam saya patahkan hujahnya direct to the point. Lepas tu dia ada sebut perjanjian-perjanjian lain sebelum Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Masalahnya, kritikan pertama dia ialah:
Kelantan tidak pernah dijajah Siam.
Dari kenyataan yang salah inilah saya keluarkan hujah dari Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Tak kira zaman apa, perjanjian apa...fakta sejarah menunjukkan Kelantan pernah dijajah Siam satu ketika dahulu. Pertuanan Siam ke atas Kelantan itu jelas. Tidak boleh dinafikan kerana ada sumber dari kedua-dua belah pihak dan diakui oleh tradisi dari kedua-dua pihak. Malah Perjanjian Inggeris-Siam 1909 itu menjelaskan perjanjian-perjanjian sebelumnya atau situasi sebelumnya. Kenapa Perak tidak terlibat dalam senarai negeri-negeri yang diserah Siam kepada Inggeris? Sebab Siam tidak pernah menjajah Perak. Simple.
Kesimpulan
His knowledge is under my feet |
Apa yang terjadi sebenarnya si Poser tidak memahami apa yang dikritikkan kepada saya. Sebab itu apabila saya jawab balik kritikannya SATU PERSATU, dia seperti kehilangan arah dan marah-marah seterusnya mengugut saya. Kemudian mungkin fikirannya sudah tenang sedikit, dia cuba mengarang hujah balasan, namun tujuh perenggan pertama yang panjang hanya membebel tentang buku itu buku ini tanpa mahu mengeluarkan hujah-hujah dari sekian banyak buku itu untuk mematahkan hujah saya. Mungkin dia mahu MENGERASKAN bahawa dia adalah seorang yang banyak membaca atau ingin memaksa audien mengiktiraf dia tetap hebat walau tak dapat menjawab hujah saya. Kemudian dia cuba mempersoalkan tulisan saya tapi anehnya dia seolah-olah membenarkan pula tulisan saya itu dengan mengaitkannya dengan Kedah. Jadi penolakannya kepada tulisan saya serta-merta menjadi lemah dan sebaliknya seolah-olah menyokong premis saya pula.
Orang macam ni... macam ada something wrong. Ramai orang boleh menulis. Ramai orang boleh berkongsi pasal sejarah dalam media sosial. Tetapi tak ramai orang boleh jadi pejuang sejarah yang benar sebenar-benarnya. Yang lasak, yang kompeten dan berkelayakan.
~Cik Seri cikgu lawa
Hairan mengapa herman tak mampu nak hadapi srikandi ni sejak dulu
ReplyDeleteSiam memang melebarkan pengaruhnya pada Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu pada masa dulu. Ini fakta sejarah. Kolonialisasi Siam ni ditandai dengan penghantaran ufti dari semua negeri2 terbabit secara berkala. Jika ufti dihantar sekali sekala atau atas kehendak pihak negeri Melayu, itu tidak dikira tanda penyerahan
ReplyDeleteAnak Pak Roslan ni hati tisu cepat koyak. Tak tahan dikritik,kaki block hahaha
ReplyDeleteTerbaik SK!
ReplyDeleteHerman dah sampai ambik course sejarah secara pjj pun masih semput nak lawan otak Srikandi. Nak komen apa lagi, Srikandi memang tak terlawan oleh Herman yang jujur aku kata, tak berbakat nak buat analisis sejarah, sekadar copas bolehla.
ReplyDelete