Ada pembaca melaporkan kelibat mamat ini yang sekali lagi 'high' di dalam satu komen di sebuah fanpage perkongsian ilmu. Mamat ini mengomen di dalam satu artikel yang menyebutkan tentang 200,000 tentera Jawa menyerang Singapura Purba.
Klik untuk lebih jelas |
Sulalatus Salatin versi A. Samad Ahmad |
Dari maklumat dalam perenggan di atas kita tahu bahawa:
1) 300 jong terlibat
2) Kapal-kapal jenis lain seperti banting, jongkong, kelulos yang banyak, ini digambarkan dengan frasa "tiada berbilang lagi".
3) Dua keti rakyat Jawa yakni askar-askar yang pergi berperang.
Keti bermaksud ratus ribu:
Klik untuk lebih jelas |
Jadi dua keti bermaksud : 200,000.
Jadi secara langsung kita tahu bahawa sebanyak 200,000 orang askar pergi berperang dengan menggunakan 300 jong dan berserta kapal-kapal jenis lain iaitu banting, jongkong, kelulos yang tidak disebut berapa jumlahnya namun amat banyak.
Jadi mari kita lihat apakah yang menjadi masalah yang menserabutkan kepala otak mamat ini:
Dari sini kita tahu bahawa mamat ini bebel pasal :
1) mempersoalkan 200,000 askar dibawa dalam 300 jong.
2) Something tentang 'sampan'.
3) Jarak dan berapa kali trip dan masa perjalanan.
4) 'Spirit of Majapahit' hanya 14 orang boleh muat, yang mamat ni sangka kononnya 'jong'.
Pertamanya, kita kena tahu bahawa selain 300 jong itu ada kapal-kapal kecil yang amat banyak terlibat di dalam ekspedisi itu. Lihat kembali:
Klik untuk lebih jelas |
Jadi, oleh kerana jumlahnya tidak diberitahu dalam sumber asalnya, maka ia menjadi satu nilai yang subjektif. Apabila ini terjadi paling tidak pun, jumlah askar akan ditampung oleh kapal-kapal kecil ini, jika 300 jong itu sudah penuh.
Kita akan kembali kepada 300 jong tadi.
Poin nombor 3 tidak relevan, sebab sekarang kita membincangkan bolehkah 200,000 askar Jawa di bawa dengan 300 jong + kapal-kapal kecil seperti banting dan lain-lain.
Adakah Majapahit diberi tempoh masa tertentu untuk berperang dengan Singapura Purba? Sudah tentu tidak, jadi berapa lama sekalipun ia bukan persoalannya. Begitu juga dengan jarak yang mempengaruhi masa perjalanan, juga tidak relevan atau tidak mempengaruhi jumlah askar dan kapal yang terlibat.
Poin keempat, 'Spirit of Majapahit' sebenarnya diambil dari model 'Kapal Borobudur' dimana ia bukanlah dari jenis jong untuk tujuan peperangan tetapi sebaliknya adalah kapal layar bercadik bagi tujuan perdagangan.
Klik foto untuk lebih jelas |
Spirit of Majapahit |
Main sebat sahaja mamat ini sebenarnya. Namun sesetengah worshipper-nya melulu percaya dengan temberangnya tanpa mahu menyelidik terlebih dahulu. Nampak sangat para worshipper-nya adalah dari jenis pemalas dan tingtong juga. Makin mamat ni mencarut makin kagum pulak.
:D
Jadi adakah 300 buah jong boleh muat untuk 200,000 askar?
Malangnya...MEMANG BOLEH.
:D :D :D
Malah lebih dari itu.
Sekarang mari kita lihat kapal galleon Mary Rose yang terkenal sekitar abad ke-16:
Klik foto untuk lebih jelas |
Sekarang mari kita lihat perbandingan jong dan galleon:
Klik untuk lebih jelas |
Terkejut?
Ada lagi...lagi mengejutkan...
Klik untuk lebih jelas |
Jong boleh muat 6000 hingga 7000 orang. Setakat 666 orang apa la sangat. :D
Bila kapal-kapal ni ada? Sejak abad ketiga dan kelapan lagi dah ada.
Jadi sekali lagi mamat ni bila sentuh lagi bab kapal dan pelayaran memang fail. Jong pun tak tau. Merepek sejarah Johor seciput macam nak paksa orang percaya dia tengah tulis sejarah Bumi.
Moralnya. dia memang tak layak langsung cakap pasal bab ini sebab banyak merepek dan tahyul kuat. Pakai bahasa carutan ala-ala koboi gitew ingat orang takutla. Nampak uncivilised ada la.
Orang-orang yang bodoh sahaja boleh cepat percaya dan kagum temberang dia. Mungkin takut kena carut dengan mamat ini agaknya. So, memang layaklah pengikut-pengikutnya mendapat carutan itu sebab sebenarnya mamat ini sedang mengelengtong orang-orang yang bodoh ini.
Hehe.
Idiot,i rest my case.
haha checkmate lagi morazzi dgn cik seri
ReplyDeleteMemang best aku baca.Betulla mamat ni tak dapat beza antara jong dengan kapal layar berdagang Borobodur tu.
ReplyDeleteKipidap Srikandi!
Aku tengok semakin lama si unek ni semakin mengarut.
ReplyDeleteDah xde idea agaknya
unek ni aku seronok juga baca tulisan dia.
ReplyDeletetapi dia masih takboleh lawan srikandi hehe
kahkahkah
ReplyDeleteJong memang besar.
ReplyDeleteRazi ni kena belajar lagi jenis2 kapal.
oh.. budak seeking attention ni,aktif kt satu forum...dekat group pewaris khurafat dia ni disembah mcm dewa atau pendeta hehe kt sini senang2 kena pancung
ReplyDeleteTerima kasih atas penerangan Cik Srikandi.
ReplyDeleteKepada Malaya Bersatu sini semua yg komen setakat ni dan penulis semua orang Malaysia, jngn kau nak cop kami sebagai jawa hihihihi luaskan pengetahuan tu...jngn jadi bodoh sombong
ReplyDeletekepada Malaya Bersatu, kami yg pengkomen semua sini orang Malaysia , penulis Blog pon oramg Malaysia. Jangan kau nak cop kami Jawa ye. Hiduo Melayu!!!
ReplyDeletehaha betul st. Loco...kat grup pewaris khurafat budak ni disembah dan dipuja2 walau diorang kena maki kena carut dengan budak ni kikihkih
ReplyDeletesrikandi win!
ReplyDeleteaku suka cara kau jawab balik org2 yg konon berlagak bijak ni but actually stupid
Ohh, mamat "I'm partying like animal" bookworm Nerd ni...setakat jd bahan scoobysnack je pun kt forum Cari.
ReplyDeleteWell.. bukan nak cakap ape lah ye.. at least si morazzi ni attacking his opponent in foreign turf.. xde kat wall dia sendiri, debating his way in dalam MHHC, JMBRAS. Real global player. Ape kate cik Sri pegi sane confront him rather than layan perasaan kt padang sendiri ;)
ReplyDeletereal global player? kahkahkah ko baca tak posting kat atas? ko sedar tak morazzi temberang ko? debating his way in dalam MHHC, JMBRAS??? high kuat ni kahkah
DeleteHi srikandul. Bacul jugak ker?? x brani publish statement yg u berani kt dalam page sendiri jer. huhuuuuu
ReplyDeletebro morazzi tu cuma soal jer, mungkin dia takde ilmu pasal kapal jong.
ReplyDeletetapi salah gak dia sebab kata orang idiot. kalau lawan debat baru bukak mulut morazzi ni kena kick dari arena profesional..
Screenshot fanpage atas sekali tulis '300 kapal perang'
ReplyDeleteKesilapannya dia tak tulis '300 jong' nampak tak? Perkataan 'kapal' itu umum, 'jong' spesifik. Kalau dari awal ditulis 'jong' pembaca akan google cari maksudnya. Bukan semua orang ada naskhah Sulalatus Salatin atau hafal isi kandungannya 100%. Perkataan '300 kapal perang' itu yg mengelirukan.
Bak kata orang tua-tua yang telus mata
Yang menampi padi antah dan sekam
Yang mengail di lubuk dalam
Sekilas ikan di air
Tahu jantan betinanya
Kalau guru kencing berdiri
Anak murid kencing berlari
Kalau guru berak di tangga
Murid berak atas kepala
Wallahua'lam.
Kalau ditulis jong lagi tidak spesifik sebab ada jong untuk perdagangan. Tapi ini jong untuk berperang,lain spec dia.
DeleteJadi 'kapal perang' itu lebih spesifik dan jika begini, saiz jong itu akan dibikin sesuai seperti sebuah kapal perang.
~Srikandi
Kapal perang? Lebih spesifik? Kenapa tidak dari awal tulis saja Jong Jawa, yg diguna utk perdagangan atau peperangan. Dan lakaran perbandingan jong dan galleon ada sedikit kemusykilan. Galleon boleh isi sehingga 700 org, tapi 'cramped'. Sepatutnya lakaran utk jong adalah 10 kali ganda besar dari lakaran galleon, baru boleh isi 6000 ~ 7000 org. Nampak skala lakaran jong itu seperti 3 atau 4 kali ganda dari galleon.. Kalau guna logik akal, dgn muatan 6000 hingga 7000 org, dan waktu pelayaran yg panjang, ditambah dgn bekalan, peralatan dan sebagainya... boleh ke? Jadi utk Cik Sri atau Professor Madya Dr Zuliskandar Ramli, boleh bentangkan fakta2 yg betul supaya tak jadi kekeliruan, dan tidak dianggap sebagai exaggerating sahaja..???
DeleteBerburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
Wallahua'lam.
Anda sendiri tulis "Jong Jawa, yg diguna utk perdagangan atau peperangan". Itu tidak spesifik.
DeleteLebih spesifik kapal perang.
Tentang saiz jong dan galleon itu, itulah bukti yang jelas dari sarjana dan bersumberkan lakaran dan pemerhatian Godinho. Jangan tanya saya bolehke? Tanya diri sendiri kenapa aku tidak mahu belajar sejarah dengan betul.
:)
~Srikandi