Mukaddimah :
Satu laman Facebook (fanpage) telah menaikkan status pembohongan sejarah berunsurkan penghinaan dan perkara-perkara yang tidak benar kepada orang Melayu. Ini menimbulkan respon negatif daripada netizen dan kebanyakan anak-anak muda Melayu menjawab dengan hujah-hujah namun dipadamkan oleh admin page tersebut.
Oleh kerana admin page itu menyekat hujah-hujah secara sihat dan ilmiah maka, jawapan kepada penyelewengan dan pembohongan sejarah Melayu ini telah dinaikkan di page The Patriots Malaysia, satu page perkongsian ilmu yang diuruskan oleh majoritinya anak-anak muda Malaysia berlatarbelakangkan dari pelbagai kaum, pandangan politik dan bidang. Ia dengan cepat telah dikongsi lebih 600 perkongsian walaupun masih baru dinaikkan.
Admin kepada page yang membuat pembohongan sejarah tadi tidak mampu menyangkal jawapan-jawapan ini dan apa yang mereka mampu buat ialah report kepada Facebook dengan mengatakan post yang berisi jawapan-jawapan menyangkal pembohongan sejarah tersebut bersifat rasis. Mempertahankan sejarah sendiri dituduh rasis? Belum lagi jika kita mempertahankan nyawa atau tanah, adakah kita nanti akan dituduh 'teroris' sebagaimana yang terjadi di luarnegara?
Di bawah ini adalah jawapan kepada pembohongan tersebut yang memang dibuat salinan. Semua hujah-hujah ini mengambilkira pandangan ahli akademik dan ada rujukannya.
~saya hanya bantu menyebarkannya.
_________________________________________________________________
DAKWAAN DANGKAL DAN CETEK MENGENAI SEJARAH ASAL USUL NAMA #MELAYU DAN RAJA CHOLAN OLEH ADMIN PAGE MALAYSIAN INDIAN FORUM
1. ASAL USUL MELAYU DARI RAJA RAJENDRA CHOLAN?
Dakwaan :
Kaum Melayu yang kamu semua bermegah-megah dan angkuh itu, adalah nama berian RAJA RAJENDRA CHOLAN (ராஜ ராஜேந்திர சோழன்) seorang India Tamil,dalam abad ke 5 yang bermakna Malai (மலை)=Gunung ; Kaum Gunungan yang beragama HINDU and animisma)
Ulasan :
Walaupun terdapat teori popular yang mengatakan perkataan "Melayu" yang dinisbahkan kepada bangsa Melayu ini berasal dari perkataan "Malai" atau "Malaya", tetapi perlu diingatkan bahawasannya tiada bukti kukuh yang menunjukkan nama "Melayu" itu diberi oleh Raja Rajendra Cholan.
Perkataan "Melayu" yang tertua direkodkan dalam sejarah dicatatkan dalam buku atlas Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis yang dilukis oleh seorang Greek bernama Claudius Ptolemius pada sekitar tahun 150 AD.
Dalam peta Aurea Chersonese (diterjemahkan sebagai Semenanjung Emas) yang terdapat dalam atlas tersebut, anda akan menemui perkataan yang disebut sebagai Maleu-kolon atau Malaiu-kolon di mana menurut pendapat Gerolamo Emilio Gerini, kawasan yang dilabelkan sebagai Maleu-kolon itu terletak di sebuah tempat bernama Tanjung Kuantan di Semenanjung Tanah Melayu (Malay Peninsula) kini.
Persoalannya jika nama "Maleu-kolon" sudah dicatatkan dalam peta seorang pengembara Greek yang diterbitkan sejak tahun 150 AD lagi, bagaimana anda boleh mengatakan yang nama Melayu ini diberi oleh seorang raja Tamil yang hidup pada abad ke 11 Masihi?
Dari sini terbukti nama "Melayu" yang merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu kini sudah wujud 1000 tahun sebelum Rajendra Chola lahir ke dunia lagi.
Satu lagi, kami tidak menafikan bahawa ada sesetengah pakar sejarah dan etimologi yang berpendapat bahawa nama Melayu berasal dari perkataan "Malai" atau "Malaiur" dalam bahasa Tamil atau Sanskrit. Namun perlu diingatkan juga bahawa terdapat juga pendapat lain mengenai asal usul etimologi Melayu yang banyak diutarakan oleh pakar sejarah lain.
Ada pendapat yang mengatakan perkataan "Melayu" atau "Malaya" berasal dari perkataan Himalaya di mana dalam bahasa Sanskrit bermaksud Tempat Bersalji. dan ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari perkataan "Malaya" dalam bahasa Tagalog yang bermaksud "bebas".
Setakat ini saya pernah belum mendengar pendapat yang menyetujui bahawa nama Melayu itu diberi oleh Rajendra Chola, melainkan pendapat karut tersebut hanya dibuat oleh orang syok sendiri sahaja.
Nota : Perkataan Κώλον pada "Μαλεου Κώλον" (Maleou Kolon) pada peta Ptolemy itu memang terdapat dalam kosakata Greek Purba dan muncul dalam dialek Greek Purba yang disebut Attic Greek seawal 500 tahun sebelum Masehi. Kemudian ia muncul dalam teks-teks era abad pertama Masehi pada zaman pendudukan Rom di Mesir Purba, ketika era Cleopatra, Octavian dan era Aegyptus. Kemudian muncul sekitar abad ke-4 dalam dialek Koine Greek terutama sekitar Alexandria.
Kemudian tercatat pada abad ke-10 Masehi
dalam bahasa yang digunakan ketika era Byzantin dan seterusnya di
Constatinople pada abad ke-15.
Etimologi untuk Κώλον atau Kolon adalah
variasi dari maksud induknya iaitu ‘bahagian dari’.Ia digunakan seperti
bahagian dari tubuh badan (jantung,usus,limpa) atau organisasi (ahli)
atau bangunan (dinding,tingkap). Malah,dari perkataan colon yakni
usus besar dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan Κώλον ini yang
membawa maksud ‘sebahagian dari anggota badan’ dalam kes ini adalah
organ usus besar.
Dalam kes Μαλεου Κώλον pula,ia menjadi
‘Malayu-kolon’ yang membawa erti ‘bahagian dari Malayu’. Dalam konteks
geografi,ia membawa maksud sebagai ‘Tanah Malayu’,’Semenanjung Malayu’
atau ‘wilayah Malayu’.
Ini terbukti dalam peta Ptolemy
berbahasa Latin, ia ditulis ‘Prom' (promunturium) yang bermaksud ‘tanjung’
(Maleou-Kolon Prom), bersesuaian dengan bentuk geografi semenanjung Malaysia yang menganjur berbentuk sebuah tanjung yang besar.
2. RAJENDRA CHOLA MEMBUKA KEDAH TUA?
Dakwaan :
Raja Raja Cholan ayanda Rajendran Cholan adalah Raja terunggul dunia yang pernah wujud : Mengujudkan kerajaan Kadaram (கடாரம்-Kedah ) di lembah bujang (பூஜாங் பள்ளதாக்கு) dan di selatan Kota Kalinggi ( di sorokan kewujudanya )
Sehingga itu, kaum kamu tidak bernama atau bertamadun langsung. Saya tidak berminat untuk memperkecilkan kaum kamu tetapi ingin memperjelaskan fakta dan sejarah semata-mata. Maaf kalau tersinggung. Kalau kamu inginkan rujukan janganlah buat rujukan sejarah dari text gubahan Malaysia yang karut dan dongeng semata-mata. Tetapi rujukan sejarah dari text Thailand, Indonesia, India, Austraia, Singapura, England and Dunia.
Ulasan :
Saya sedikit rasa lucu melihat dakwaan syok sendiri yang dibuat oleh admin page tersebut yang mengatakan Raja Raja Cholan dan Rajendra Chola sebagai "raja terunggul dunia yang pernah wujud". Dakwaan ini nampak melampau dan seolah-olah memperkecilkan banyak raja agung dalam sejarah dunia, yang jauh lebih agung dari raja-raja Chola seperti Alexander The Great, Aurangzeb, Khalifah Harun al Rasyid, Shih Huang Ti, Peter The Great dan banyak lagi.
Rajendra Chola bukanlah pengasas kerajaan Kedah Tua, jauh lagi mengasaskan Kota Gelanggi. Dalam sejarah, Rajendra Chola hanya melakukan penjarahan sahaja ke atas kerajaan Kedah Tua yang pada masa itu sudah lama wujud dan mempunyai tamadun yang tersendiri. Berdasarkan Prasasti Tanjore yang mencatatkan tempat-tempat yang dijarah oleh Rajendra Chola, tiada disebut langsung nama yang merujuk kepada Kota Gelanggi atau Kalinggi.
Kaum Melayu sudah lama membina tamadun yang gemilang jauh sebelum kelahiran Rajendra Chola lagi. Tamadun tertua yang dibina oleh bangsa Melayu direkodkan terletak di Sungai Batu, Kedah yang sudah wujud sejak tahun 500 SEBELUM MASIHI. Ini kemudian diikuti oleh kerajaan Funan (abad pertama Masihi), Champa (abad pertama Masihi), Sri Dharmaraja (abad pertama Masihi) dan Empayar Srivijaya (abad keenam Masihi). Semua nama ini ialah nama-nama kerajaan yang dibina oleh bangsa Melayu dan sudah wujud sejak Rajendra Chola lahir ke dunia lagi.
3. AGAMA ISLAM DI KEPULAUAN MELAYU DIBAWA OLEH ORANG TAMIL SAHAJA?
Dakwaan :
Agama Islam di tanah "Malai" ( மலை நாடு-Malai Nadu) adalah usaha Ustaz-Ustaz dan pendakwah-pendakwah Tamil yang datang ke "Malai Nadu" - Tanah Melayu untuk berdagang sambil berdakwah lebih kurang dalam abad ke 14/15 semasa
pemerintahan Parameswara (பரமேசுவரன்) and keturunanya.
Ulasan :
Sangat lucu membaca dakwaan semberono yang dibuat oleh anda sendiri, seolah-olah seperti ingin mengatakan bahawa penyebaran agama Islam di Asia Tenggara hanya dibuat oleh orang Tamil sahaja walhal anda hanya membuat andaian tanpa bukti kukuh.
Penulisan rekod-rekod klasik orang Melayu sendiri kebanyakan menceritakan bahawa pengIslaman raja-raja di Kepulauan Melayu dilakukan oleh pendakwah-pendakwah berketurunan Arab. Hal ini menjadi bukti kukuh bahawasannya penyebaran Islam di Asia Tenggara secara majoritinya dilakukan oleh orang orang dari Timur Tengah. Walaupun begitu, kami tidak pernah menafikan yang ada pendakwah dan ulama dari India dan China dalam sejarah, yang bertanggungjawab menyebarkan agama Islam di sini, sehingga akhirnya agama ini menjadi agama Persekutuan Malaysia kini mengikut peruntukan dalam Perlembagaan negara kita sendiri.
Sulalatus Salatin (The Malay Annals) dengan jelas menceritakan bahawa Raja Kechil Besar pemerintah Melaka telah memeluk Islam oleh Sayyid Abdul Aziz dari JEDDAH. Raja Kechil Besar kemudiannya menukar namanya kepada Sultan Muhammad Shah (1424 - 1444 M).
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, pengIslaman raja Kedah yang bernama Raja Phra Ong Mahawangsa telah dilakukan oleh seorang syeikh dari BAGHDAD yang bernama Syeikh Abdullah Yamani. Phra Ong Mahawangsa kemudiannya menukarkan namanya menjadi Sultan Mudzaffar Shah (1136 - 1179 M).
Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai, pengIslaman pemerintah kerajaan Samudera-Pasai di Sumatera, Raja Merah Silu (atau Merah Silau) dilakukan oleh Syeikh Ismail yang berasal dari MAKKAH. Baginda kemudian menukar namanya kepada Sultan Malikus Salleh (1267 - 1297 M).
Semua tempat yang disebut itu terletak di Timur Tengah, bukannya dari India.
Jadi admin page Malaysian Indian's Forum selepas ini mohon jangan suka sangat menyebarkan tulisan-tulisan syok sendiri, terutamanya tulisan-tulisan yang memuatkan perkara-perkara palsu dan tidak mempunyai bukti sejarah yang kukuh.
4. BAHASA MELAYU HANYA BERUSIA 600 TAHUN?
Dakwaan :
Usia Bahasa Melayu hanyalah lebih kurang 600 tahun sahaja tetapi Tamil berusia 20 ribu tahun berasaskan benua Kumari (குமரி காண்டம்)( Bahasa pertama dunia - digelar bahasa klasik antarabangsa) : Kalau tidak kerana orang India, Tanah Melayu mungkin masih seperti Bali beragama Hindu.
Ulasan :
Adakah anda mengetahui tentang kewujudan Prasasti Dong Yen Chau (Dong Yen Chau Inscription), Prasasti Kedukan Bukit (Kedukan Bukit Inscription), Prasasti Talang Tuwo (Talang Tuwo Inscription) dan Batu Bersurat Terengganu (Terengganu Inscription)? Kesemua batu-batu bersurat (prasasti) tersebut ialah bukti bertulis yang menunjukkan Bahasa Melayu sudah wujud sebelum zaman Kesultanan Melaka lagi.
Prasasti Kedukan Bukit (ditemui di Kampung Kedukan Bukit, Palembang, Sumatera Selatan) yang mencatatkan peristiwa tahun 605 Saka (682 Masihi) ini diukir dalam Bahasa Melayu Kuno dengan banyak kosakata dari bahasa Sanskrit. Prasasti milik kerajaan Srivijaya ini mempunyai banyak kosakata bahasa Melayu Kuno yang masih digunakan dalam bahasa Melayu Moden sehingga kini. Berikut merupakan petikan yang terdapat di atas batu bersurat Kedukan Bukit tersebut ;
svasti śrī śakavaŕşātīta 605 (604?) ekādaśī śu-
klapakşa vulan vaiśākha ḍapunta hiyang nāyik di
sāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşa
vulan jyeşţha ḍapunta hiyang maŕlapas dari minānga
tāmvan mamāva yaṃ vala dualakşa dangan ko-
duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu
tlurātus sapulu dua vañakña dātaṃ di mata jap
sukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula<n>
laghu mudita dātaṃ marvuat vanua
śrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa
Perhatikan banyak perkataan bahasa Melayu Kuno dalam petikan prasasti ini yang masih lagi digunakan sehingga sekarang.
vulan = bulan
ḍapunta hiyang nāyik di sāmvau = Dapunta Hiyang naik di sambau (kapal)
marlapas dari minānga tāmvan = berlepas dari Minanga Tamvan
mamāva yaṃ vala dualakşa dangan ko- = membawa bala dua laksa (dua ribu) dengan
duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu = dua ratus pawang di sambau (kapal) dengan jalan seribu
tlurātus sapulu dua vañakña dātaṃ di mata jap = tiga ratus sepuluh dua banyaknya datang di Matajap
mudita dātaṃ marvuat vanua = mudik datang membuat benua
(nota : perkataan yang mengandungi huruf V dalam bahasa Melayu Kuno akan ditukar kepada huruf B dalam bahasa Melayu Moden)
Kewujudan perkataan bahasa Melayu Kuno dalam Prasasti Kedukan Bukit yang berusia 1400 tahun ini menunjukkan bahawa hipotesis anda bahawa bahasa Melayu hanya berusia 600 tahun adalah salah dan mengarut sama sekali.
Tidak kurang daripada itu, sarjana berpendapat bahawa Bahasa Proto-Austronesia, iaitu nenek moyang kepada Bahasa Melayu telah wujud sejak 5000 SM, iaitu 7000 tahun yang lalu!
Perkataan-perkataan Melayu yang muncul dalam Prasasti Dong Yen Chau (Champa) |
5. 70% PERKATAAN BAHASA MELAYU BERASAL DARI TAMIL
Dakwaan :
Perbendaharaan kata Bahasa Melayu itu sekali banyak berasal dari Bahasa Tamil(தமிழ்), Sanskrit(சமஸ்கிருதம்),
Hindi(இந்தி), Telegu(தெலுங்கு), Urdu(உருது): Lebih Kurang 70% daripada Bahasa Melayu adalah bahasa pinjaman dari bahasa-bahasa berasal dari India. Kalau tak silap bahasa Melayu hanya mewarisi 3 perkataan asal sahaja. satu daripadanya adalah perkataan "babi"(பன்றி).
Ulasan :
Tidak hairan apabila Bahasa Melayu mempunyai banyak kosakata pinjaman dari bahasa-bahasa asing termasuklah Sanskrit, Arab, Inggeris dan Cina. Lokasi Kepulauan Melayu itu sendiri terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antarabangsa antara India dan China.
Tetapi pinjaman sebuah bahasa dari bahasa lain tidak pernah menjadikan darjat sebuah bahasa direndahkan. Faktor utama yang mewujudkan kepada pinjaman ini adalah kerana sebuah bahasa itu merupakan lingua franca. Sebagai contoh, bahasa Inggeris sering didabikkan sebagai bahasa antarabangsa telah meminjam daripada bahasa Melayu itu sendiri apabila terdapat pertembungan antara tamadun Inggeris dan juga Tamadun Melayu.
Mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu hanya mempunyai 3 buah perkataan, izinkan saya untuk matikan fantasi dan mimpi basah admin page Malaysian Indian Forum.
Mari saya kongsikan kepada anda antara perkataan-perkataan asli dalam bahasa Melayu.
~~air, akar, aku, alu (pasangan kepada lesung), alur, anak, api, balai, **barat, bara, baru, bau, bayang, benua, beras, beri, besi, betina, bibir, bintang, buah, bukit, bulan, bulu, bunuh, cucuk, dahi, danau, dapur, darah, darat, daun, dekat, dendam, dengar, duri, ekor, gatal, habuk, hampar, hanyut, hantar, hantu, hari, hati, hidung, hirup, hujan, hulu, huma, ikan, induk, ini, itu, jahit, jarum, kail, kanan, kayu, kerbau, ketawa, kiri, kita, kuku, kulit, kutu, labah-labah, labuh, langit, laut, layar, leher, lelap, lesung, lintah, liput, luar, ludah, makan, malam, mati, mentah, mimpi, minum, nanah, nasi, nyiur, orang, padi, pahit, paku, palu, panah, peha, penuh, puluh, putih, ratus, rumah, tahi, tampi, tanah, tanak, tanam, tangis, telinga, telur, timur, tiup, tua, tuli, ubi, udang, urat, yu (ikan).~~
Bahasa Melayu terkelompok secara linguistik dalam bahasa-bahasa Malayo-Polinesia atau keluarga Austronesia |
6. KETURUNAN RAJA-RAJA MELAYU MELAKA BERASAL DARI INDIA
Dakwaan:
Keturunan and warisan Raja Raja Melayu adalah warisan dari Raja Raja berasal dari Raja Parameswara seorang Putera Hindu Majapahit yang berasal dari India. Tapi kita tahulah Sejarah Malaysia ingin mengaburi minda muda telah mengubal sejarah untuk memajukan agenda "ketuanan Melayu" secara palsu and mengkhianati sejarah sebenar Malaysia. HARAM semata-mata.
Ulasan:
Bercakap pasal entiti Parameswara ini, ianya sebenarnya merujuk kepada dua entiti. Apa yang dipaparkan dalam buku teks adalah salah kerana ianya memetik catatan Tom Piresyang menceritakan tentang seorang putera raja dari Sumatera lalu ke Singapura dan membuka kerajaan baru. Konon putera raja ini membunuh seorang pentadbir Singapura bernama Temagi sebelum melarikan diri lagi dan membuka Melaka.
Versi kedua pula adalah Sri Tri Buana atau juga dikenali dalam sejarah Melayu sebagai Sang Nila Utama yang tiba di Sungai Singapura. Dan tahukah anda bahawa Sri Tri Buana atau Sang Nila Utama ini adalah daripada Srivijaya.
Dari keturunan Sang Nila Utama inilah lahirnya pemerintah Singapura Purba yang akhirnya bersambung pada Iskandar Shah pembuka Melaka. Diceritakan bahawa kota ini diserang oleh Majapahit atau Singgahsari yang lebih awal ketika itu kalau kita ikut timeline. Dan ketika itulah Iskandar Shah ini lari ke Melaka dan membuka kota Melaka.
Dari kerajaan yang manakah asalnya Parameswara sebab India bukan sebuah kerajaan yang kecil sahaja tetapi sebuah kerajaan yang besar. Jadi, tiada penjelasan yang kuat. Ada banyak kerajaan yang berdiri di India ketika itu dan perlunya menyebut sebuah kerajaan dari Benua India itu sendiri.
Perlu juga diketahui bahawa sesungguhnya Majapahit itu sendiri merupakan kerajaan orang Jawa dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana putera raja India. Adalah sebuah pembohongan yang terlalu bebal apabila tidak mampu untuk membezakan antara sebuah kerajaan orang Jawa dan juga India. Kami orang Melayu yang merupakan adik-beradik serumpun dengan orang Jawa dan juga terdapat orang Jawa yang sudah berasimilasi ke dalam bangsa Melayu agak terkilan apabila kerajaan Majapahit yang menjadi kebanggaan orang Jawa pun mahu di-India-kan hanya kerana beragama Hindu suatu masa dahulu.
Sebelum kita ke point seterusnya, hadam kata-kata dibawah:
“It is clear that he (Parameswara) was a prince of Malayu and that he was a Malay. This fact is corroborated in Tome Pires’ account where the Parameswara himself acknowledged that he was a Malayu. His father was a king or ruler, the Sang Aji, of Palembang.”
(al-Attas, 2011; hlm 43)
7. SEMUA BUDAYA MELAYU BERASAL DARI INDIA
Dakwaan:
Seni permainan seperti congkat, adalah berasal dari India : Peralatan musik seperti Kompang, Gendang, Gong and lain lain lagi juda mempunyai asal usul India : Seni mempertahakan diri seperti Silat itu adalah berasal dari "Silambam & Kalari " : Adat Perkahwinan - seperti Tepung Tawar,Bersanding, Berinai, Hantaran, Sirih/Pinang and pelbagainya adalah adat istiadat India berasakan Hindu. : Seni Logam, Logam hiasan, Tarian and pelbagai lagi adalah tempisan adat India-Hindu.
Permakanan : Kaum Gunungan ( Melayu) - Di abad Ke 5 : Cara pemakanan mereka adalah beraskan Ulam, Rebusan, Tumbukan Sahaja dan tangkapa sungair/Laut ataun Hutan. Cara pemasak beresepi, pengunaan minyak, tumisan, rempah ratus, cili, beras dan sebagainya mempunyai hubungan dari benua India-Hindu.Kuih-kuih seperti Roti Canai, Kari,Muruku, Kuih Ros,Thumbi, dan banyak lagi adalah berasakan permakanan dari India. Yang Benarnya tak terkira dan melaului masa semua bercampur aduk.
Dalam abad ke 18 datanglah ramai orang dari India untuk memajukan Tanah Melayu and sekaligus membangunkan ekonomi tempatan : Lebih kurang 1.2 juta orang India berkorban dalam jangga masa 100 tahum bermula 1850 ke 1950 untuk meneroka tanah ini. Pengorbanan kerana - gigitan ular, penyakit tropika, Malaria and kekurangan pemakanan berkhasiat ,Kalau tidak kerana orang India tidak adalah adalah estet-estet yang mendokong ekonomi kita lebih dari satu kurun. Orang Indian sahaja melalui estet menyumbangakan lebih daripada 50% GDP dari 1850 to 1950.
Ulasan:
Ini sebuah dakwaan yang tidak berasas. Untuk membuat sebuah dakwaan bahawa sebuah budaya atau adat itu datang daripada sebuah tamadun, ianya memerlukan analisis yang mendalam. Sebagai contoh, anda mengatakan bahawa silat berasal daripada seni bela diri silambam. Maka di sini saya mahu melihat apakah falsafah-falsafah silat itu masih mampu dapat dipenuhi di sini ataupun tidak. Sekurangnya falsafah keris itu mesti wujud di mana-mana tempat di India.
Falsafah Keris itu juga sangat tinggi. Sebagai contoh, umumnya, orang Melayu mensisipkan keris di pinggang, iaitu dibahagian hadapan badan dengan menaruhkan harapan dan ketuahan kepada keris lebih utama daripada diri mereka sendiri. Apabila dilihat dari hadapan, musuh atau lawan sudah berandaian bahawa si pemakai keris sebenarnya sudah siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Manakala bagi orang Jawa, keris disisipkan dibahagian belakang badan mereka dengan niat untuk sentiasa berwaspada dan keris dicabut daripada sarung apabila diperlukan. Lantaran itu, keris yang disembunyikan dibelakang badan juga bertujuan untuk mengelirukan lawan.
Apabila hulu keris dihadapkan ke arah badan, iaitu sama ada dibahagian hadapan atau pun belakang si pemakai, ia membawa maksud ‘aku datang dengan aman’.
Sekiranya, hulu keris dihadapkan keluar, ia merupakan tanda amaran kepada musuh atau lawan dan memberi pengertian ‘aku siap untuk bertarung’.
Terdapat 10 simbol dan falsafah keris itu dalam masyarakat Melayu wahai saudara. Keris dalam masyarakat Melayu ialah sebagai lambang maruah, kejantanan, harga diri, jati diri, daulat, senjata, batang tubuh, penjaga diri, pembantu dan pakaian.
Itu belum lagi saya menceritakan mengenai Falsafah pembinaan keris, falsafah bilah keris, falsafah adab dan rahsia dan falsafah anatomi keris. Apakah di India mempunyai sesuatu yang seumpama dengannya? Apakah Silambam menggunakan senjata yang tinggi falsafahnya? Itu saya bicara mengenai soal keris sahaja tuan. Belum lagi soal semua budaya-budaya yang didakwa datang dari India. Dakwaan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya tuan. Anda perlu berdasarkan analisis dan bukti yang jitu.
Itu belum lagi kami bicarakan sesuatu seperti gendang misalnya. Untuk pengetahuan semua, gendang yang wujud di Nusantara adalah berusia 600 SM, kira-kira 400 ratus tahun sebelum permulaan era Sanggam di selatan India. Gendang Dong Son namanya. Gendang Dong Son banyak ditemui di seluruh Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Gendang Dong Son di Malaysia ditemui di Batu Buruk, Terengganu dan Sungai Lang, Selangor.
Atau kami bicarakan mengenai perbezaan penggunaan rempah dalam masakan, tentang rempah masakan India adalah rempah kering manakala di Nusantara menggunakan rempah-rempah basah. Bahkan Nusantara ini adalah tempat asal kepada rempah seperti cengkih, kayumanis, dan pala.
Dari segi musik, paling mudah mematahkan hujah kerana alat muzik India lebih tertumpu pada jenis drums, string instrument dan flute.
Ini jauh berbeza dari alat muzik Nusantara/Melayu yang menggunakan jenis bronze ensemble termasuk gong, gamelan yang merangkumi sauron, demong, kenong dan bonang. Alatan seperti canang juga unik di Nusantara.
Kalau soal seperti tarian, ianya lebih kompleks kerana ada tarian yang memang lokal genius tempatan, tetapi dalam masa yang sama bercampur dengan pengaruh Parsi, india, Arab, China dan banyak lagi.
Oh ya, nak bagitahu makanan dari India seperti maruku, capati dan roti canai sememangnya dari India, tidak pernah pula didengar ada orang Melayu klaim bahawa itu makanan tradisi kami. Tetapi adalah tidak munasabah apabila mengatakan bahawa semua makanan yang dibuat oleh orang Melayu berasal dari India? Adakah belacan dan tempoyak misalnya berasal dari India juga?
Perlu diketahui bahawa Kepulauan Melayu merupakan sebuah wilayah yang menjadi rebutan kerana kekayaan rempahnya. Adalah tidak munasabah apabila pribumi yang sudah selalu bergelumang dengan rempah-ratus yang kaya ini tidak tahu untuk memasak? Kalau macam tu, sebelum orang India datang ke sini, kami di sini memang tak pandai memasak makanan sendiri la ya? Kebuluran gitu?
Menarik betul logik akal saudara.
Terakhir...
Boleh kami dapat rujukan kepada sumbangan 50 peratus GDP pada tahun 1850 negara kita?
-HE dan RAD-
Rujukan:
1. Gerini, Gerolamo Emilio (1974), Researches on Ptolemy's geography of eastern Asia (further India and Indo-Malay archipelago, Oriental Books Reprint Corporation, pp.101
2. Arokiaswamy, Celine W.M. (2000). Tamil Influences in Malaysia, Indonesia, and the Philippines. Manila s.n. pp. 37, 38, & 41.
3. Guy, John. (7 April 2014). Lost Kingdoms: Hindu-Buddhist Sculpture of Early Southeast Asia. Metropolitan Museum of Art. p. 21
4. Abdul Rashid Melebek; Amat Juhari Moain (2004), Sejarah Bahasa Melayu (History of the Malay language), Utusan Malaysia. Pg 27
5. Abdul Rahman Al-Ahmadi (1991), "Old Malay scripts (pre-Jawi) of Champa and Srivijaya", Excerpta Indonesica, Centre for Documentation on Modern Indonesia, Royal Institute of Linguistics and Anthropology, 42-48
5. Shahrir Mohd Zain (2003). Penyebaran Orang Rumpun Melayu Pra-Islam dan Perkembangan Tulisan Bahasa Melayu. pp129-146
6. Dr. Md. Salleh Yaapar. (2014) Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu: Ke arah Pencerahan yang Dinantikan oleh Prof. Dato’ Seri Dewan Bahasa Dan Pustaka
7. Paul Michel Munez. (2004) Early Kingdom Of The Indonesian Archipelago And The Malay Peninsula
8. Mohd. Zariat Abdul Rani, Antara Islam dan Hinduisme di Alam Melayu : Beberapa Catatan Pengkaji Barat dalam Jurnal Sari edisi 23 (2005), p.67 – 82
9. Ahmad Jelani Halimi (2008), Sejarah dan tamadun bangsa Melayu pg. 24 – 50
10. Mahyudin Al-Mudra (2009). Melacak Asal-Usul Keris dan Peranannya Dalam Sejarah Nusantara. Sari 27-44.
11. Khamid Mohamad & Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman (2013). Falsafah dan Isu Masa Kini. International Journal of the Malay World and Cilivization (Iman): 45 – 43.
12. Video Pembentangan Prof Mokhtar Saidin Tentang Sungai Batu (Link: https://www.youtube.com/watch?v=OSZU3JxDcxY)
13. http://www.tagalogtranslate.com/tl_en/13635/malayo
14. http://www.tagalogtranslate.com/tl_en/13633/malaya
Terbaik..
ReplyDeleteApe punya pemikiranlah diorang nih..patutla Samy Vellu pun pernah tegur kaum dia agar kurangkan tengok filem tamil/hindustan tu...apelah..but Kipidap Cik Seri..bak kata boboyboi terbaekkkk
ReplyDeletepuas aku bacanya haha terbaik cik seri!!
ReplyDeleteBersyukurlah diberi peluang cari makan sini.
ReplyDeleteIngatlah kata2 Tun Sambathan.
Pengaruh filem kabali xabis2. Angan2 fiksyen abis. Nak wat cmne lembu pon ditabik hormat. Haih
ReplyDeleteTu belum sebot bab brahmin lagi punye bnyk depa cedok ..
ReplyDeleteterbaik cik seri
ReplyDeleteCik Sri,
ReplyDeletesaya pinjam dan gunakan beberapa perenggan dalam penulisan ni tentang perkataan-perkataan asal dalam Bahasa Melayu tu untuk terangkan tentang kefahaman kawan-kawan yang mengatakan perkataan asal Bahasa Melayu cuma dua perkataan je. Harap Cik Sri izinkan. Terima kasih
Sila2
Delete~Srikandi
Ini semua kerja orang gila punya la.. itulah saya punya komen.. Orang Gila la..
ReplyDeleteSekarang banyak orang sudah gila, dia layak untuk masuk ke Hospital Tanjung Rambutan atau Hospital di Tampoi.
- Samy Vellu (politikus berbangsa tamil)
ulasan yang sangat memberi kepuasan membacanya
ReplyDeleteRaja Chola tu kulit dia india putih atau hitam? Haha
ReplyDeleteEnter your comment...ha ha terbaik lah
ReplyDeleteEnter your comment...terbaik lah
ReplyDeletekahkahkahkahk keling mabok mana ni nak tunjuk pandai.Pandai auta saja lah pariah ni
ReplyDeletesempoi..
ReplyDeleteMmg nasionalisma kaum tamil sedunia sedang membara skrg. Di India pun mereka bertelagah dgn kaum Hindi di utara...siapa lg hebat bla bla
ReplyDeleteAda pepatah melayu dulu kata kalau jumpa ular dengan keling mana yg patut di bunuh dulu? ;)
ReplyDeleteni India geng 36TOP ke ??? pandai pulak dia tulis sejarah melayu....kah kah kah ...meroyan macam beruk makye !!!!
ReplyDeleteKELING klu bercakap , mna pernah nk jatuh . mesti ke atas punya . yg part asal perkataan melayu cuma 3 perkataan tu lawak . dan yg paling lawak , silat berasal dari kalari payat & silambam . setahu aku , silambam mula dipraktikkan , dilatih dengan dlm bentuk pelajaran yg ada silibus abad ke 2 sebelum masihi . manakala kalaripayat dlm abad ke 3 sebelum masihi. dan untuk silat , telah gunapakai sebagai senjata perperangan sejak dari zaman kerajaan Funan hingga Melaka . pasal funan tengok atas. cik seri ade bg rujukan . so kalau nk sebut senioriti , silat adalah abg , bapak kpd silambam & kalari . sebelum Keling reti berpencak , melayu dah menawan dunia dengan silat. itu faktanya.
ReplyDeletesebagai org silat , aku membantah 100% hujah admin forum keling tu . sebab dia bodoh dan malas membaca sejarah. dia menulis artikel pakai ikut sedap jari dia menaip dan campur pembohongan otak klentong keling dia.
Terbaik lah Cik Seri.
ReplyDeleteKepada komentor yang lain, jangan le ngutuk. Kalau tak, sama je level kita dengan admin page tu.
-Cik Bedah-
Ptolemy tu filosofer bkn pengembara.
ReplyDeleteTerbaik dari Cik Seri. Banyak fakta yg pernah saya baca tapi penghujahan ini sangat jitu dan menarik sekali. Tentang makanan mereka tidak arif dgn makanan tradisional kita.
ReplyDeleteKita makan kari seperti mana kita makan burger, popia, pasta dan sebagainya. Bagi masyarakat kita di kampung-kampung tradisional, kari bukanlah menu utama seperti di masyarakat di bahagian utara. Tempoyak, budu, belacan merupakan menu kegemaran. Masakan kari bukan terdapat di India sahaja, malah di persekitaran Asia Tenggara yg subur dengan sumber rempah ratus. Tiada siapa yg boleh lay claim whatsoever seperti tiada siapa yg boleh claim nasi berasal dari mereka.
Tentang silat pula, saya pernah memerhati pergerakan silambam dan Kalari Payat dan saya dapati tiada terdapat kehalusan seni dalam pergerakannya, nampak sangat kasar dan 'sumbang' dari perspektif pergerakan silat. Sebaliknya ia kelihatan seolah-olah klon dari silat yg tidak sempurna.
Jika mereka berasa hebat semestinya mereka sudah seperti US, Jepun, Eropah atau China sejak dahulu lagi. Yg kita baca 'negara-negara' di benua keling asyik telan menelan sesama sendiri. Kini negara tumpangan mereka pula ingin di telan pula.
Ya, pasal makanan ni universal dan senang cair dalam silangbudaya. Itu bermaksud dahulu nenek moyang kita memang berhubung dengan pelbagai bangsa ni.
DeleteHmm... sikap mecam ni yang akan menyusahkan mereka di kemudian hari.
~Srikandi
Salam. Tahniah pada Cik Seri.
ReplyDeleteAdat orang berilmu begitulah, menerangkan kepada yang tidak tahu dan bebal dengan penuh berhemah, teliti dan menuntut kesabaran yang tinggi. Itulah sebenarnya jati diri kita sebagai Melayu Muslim sejati yang dihormati oleh masyarakat luar seantero dunia.Semangat, usaha,dan dedikasi dan apa yang ditunjukkan oleh Cik Seri inilah perlu diteladani oleh kita semua, insyallah, moga kita menjadi umat terbaik di dunia dan akhirat. Moga Allah jua memberkati usaha dan keikhlasan Cik Seri dalam memperjuangkan wadah ketulusan, kebijakan dan kecendiakiawan umat bangsa Melayu, bangsa yang dikagumi dan dihormati.
Salam
DeleteTerimakasih atas sokongan dan pandangan
:)
~Srikandi
Tatkala teritera salib menyerang mendatangkan kerosakkan yang besar keatas kerajaan-kerajaan Melayu dan orang-orang Melayu, ada satu peristiwa yang agak pelik telah dilakukan oleh paderi besar yang bersama-sama dalam angkatan mereka itu telah 'menanam' / 'memasang' 'kunci' di atas puncak bukit di suatu kawasan di tanjung Kuantan. diberitakan bahawasanya 'kunci' itu telah pun di'buka' pada saat dan ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan oleh alim ulama' yang arif. betapa tanah bertuah ini amatlah sulit serta penuh rahasia nyata mahupun ghoib. Perjuangan hamba Melayu tiada henti tiada bertepi, sampai hancur bulan dan bintang tetaplah terpatri sumpah nan janji.
ReplyDeletewassalam adindaku
assalamualaikum wbth. adinda cik seri, jika pada suatu ketika dahulu, pada waktu/zaman nya akan terentera salib menyerang dan menghancurkan ketamadunan ummat Melayu yang pada ketika itu Melaka lah menjadi pusat bagi Empayar Melayu yang berkesimnambungan daripada kerajaan-kerajaan Melayu yang terdahulu. mengikut peristiwa yang disampaikan oleh orang tua-tua yang arif, bahawasanya selepas pada ketamadunan kerajaan Melaka dihancurkan termasuklah Masjid dan kota serta bangunan pembendaharaan, terentera salib seterusnya lanjutkan serangan mereka ke perlabuhan dan kota yang terletak di sebelah timur semenanjung tanah ujung tanah ini yakni Inderapura / Pahang, kuala pahang, pekan (pekan tua) semuanya hancur dibedil mereka, dan juga 'kuala kuantan' di kuala kuantan ini lah dikatakan bahwasanya akan 'paderi besar' yang memegang 'true cross' dalam serangan membawa nama 'terentera salib' ini telah menanam suatu yang dikatakan 'kunci/sekatan/ikatan' yang dikatakan 'kunci' ini bagi menahan kebangkitan tanah ujung tanah ini dengan menggunakan sihir yang besar pada sesuatu yang dinamakan 'kunci' itu. benda 'kunci' ini dikatakan ditanam di puncak bukit yang terletak disalah satu bukit yang terdapat di kuala kuantan yang mana sekarang ini kawasan tersebut digelar tanjung api serta kawasan yang meliputi kuala / tanjung yang tersebut yang menjadi penghujung aliran sungai pahang ke lautan lepas.
ReplyDelete'kunci' ini telah pun dibuka/ditawarkan/dicabut-buang oleh beberapa orang alim arif lagi berilmu dengan arahan raja-raja Melayu ketika itu pada bertepatan waktu dan ketikanya penetapan tarikh kemerdekaan tanah Melayu yang bertuah ini.
perihal ini mungkin diketahui juga oleh sesiapa yang pada zaman ini telah disampaikan kepada mereka oleh orang tua-tua yang mengetahui akan perkara ini, dikatakan juga, kunci ini ditanamkan pada empat penjuru tanah ujung tanah ini, dan semuanya telah dibuang dan ditawarkan akan sihirnya oleh Hamba Malayu yang arif lagi berilmu dengan pengetahuan yang tinggi akan telah termakhtub pengetahuannya oleh raja-raja Melayu.
sungguh akan tanah bertuah ini ada padanya akan rahasianya, dan jika tiba pada waktu dan saatnya beserta dengan izin-Nya yang empunya segalanya akan termakhtub pula lah segala isi yang disimpan oleh perut bumi terkeluar lah ia dan kembalilah kepada yang berhak akan salasilah nya.
dan padabilamana tibanya saat itu, akhiran bagi segala peperangan di atas muka bumi akan bermulalah akan ia. pada hukum Allah Ta'ala lah pada hari yang tersebut segalanya akan yang berlaku akan dia. semuga sentiasa lah pada hanyasanya akan pada kebenaran sahajalah akan ummat Melayu itu diteguhkan pada paksi kewujudannya akan dia.
wassalam.
jaga diri peribadi molek-molek adinda cik seri.
mb.
assalamualaikum wbth. adinda cik seri, jika pada suatu ketika dahulu, pada waktu/zaman nya akan terentera salib menyerang dan menghancurkan ketamadunan ummat Melayu yang pada ketika itu Melaka lah menjadi pusat bagi Empayar Melayu yang berkesimnambungan daripada kerajaan-kerajaan Melayu yang terdahulu. mengikut peristiwa yang disampaikan oleh orang tua-tua yang arif, bahawasanya selepas pada ketamadunan kerajaan Melaka dihancurkan termasuklah Masjid dan kota serta bangunan pembendaharaan, terentera salib seterusnya lanjutkan serangan mereka ke perlabuhan dan kota yang terletak di sebelah timur semenanjung tanah ujung tanah ini yakni Inderapura / Pahang, kuala pahang, pekan (pekan tua) semuanya hancur dibedil mereka, dan juga 'kuala kuantan' di kuala kuantan ini lah dikatakan bahwasanya akan 'paderi besar' yang memegang 'true cross' dalam serangan membawa nama 'terentera salib' ini telah menanam suatu yang dikatakan 'kunci/sekatan/ikatan' yang dikatakan 'kunci' ini bagi menahan kebangkitan tanah ujung tanah ini dengan menggunakan sihir yang besar pada sesuatu yang dinamakan 'kunci' itu. benda 'kunci' ini dikatakan ditanam di puncak bukit yang terletak disalah satu bukit yang terdapat di kuala kuantan yang mana sekarang ini kawasan tersebut digelar tanjung api serta kawasan yang meliputi kuala / tanjung yang tersebut yang menjadi penghujung aliran sungai pahang ke lautan lepas.
ReplyDelete'kunci' ini telah pun dibuka/ditawarkan/dicabut-buang oleh beberapa orang alim arif lagi berilmu dengan arahan raja-raja Melayu ketika itu pada bertepatan waktu dan ketikanya penetapan tarikh kemerdekaan tanah Melayu yang bertuah ini.
perihal ini mungkin diketahui juga oleh sesiapa yang pada zaman ini telah disampaikan kepada mereka oleh orang tua-tua yang mengetahui akan perkara ini, dikatakan juga, kunci ini ditanamkan pada empat penjuru tanah ujung tanah ini, dan semuanya telah dibuang dan ditawarkan akan sihirnya oleh Hamba Malayu yang arif lagi berilmu dengan pengetahuan yang tinggi akan telah termakhtub pengetahuannya oleh raja-raja Melayu.
sungguh akan tanah bertuah ini ada padanya akan rahasianya, dan jika tiba pada waktu dan saatnya beserta dengan izin-Nya yang empunya segalanya akan termakhtub pula lah segala isi yang disimpan oleh perut bumi terkeluar lah ia dan kembalilah kepada yang berhak akan salasilah nya.
dan padabilamana tibanya saat itu, akhiran bagi segala peperangan di atas muka bumi akan bermulalah akan ia. pada hukum Allah Ta'ala lah pada hari yang tersebut segalanya akan yang berlaku akan dia. semuga sentiasa lah pada hanyasanya akan pada kebenaran sahajalah akan ummat Melayu itu diteguhkan pada paksi kewujudannya akan dia.
wassalam.
jaga diri peribadi molek-molek adinda cik seri.
mb.
Terima kasih cik Srikandi.
ReplyDeleteSaya Dino Zain, youtuber.
Saya ambil point2 penting dari blog ini ye untuk tambah n perkuatkan hujah di video saya tentang Melayu benar pribumi Malaysia dan Asia Tenggara.
Satu lagi....kalau refer explaination ketua team saintis Oxford University UK, Prof Stephen Opihiemer di youtube Malay origin under Malaysiakini, beliau sebut orang asli Semang dan orang asli Proto Malay adalah kumpulan manusia tertua dan pertama yang mula2 sampai mendiami Malaysia, malah nenek moyang masyarakat Asia Tenggara dan Asia Timur.
ReplyDeleteMacam mana pula, catatan di blog, laman Web, wikipidea yang ditulis bukan Melayu kaum immigrants meletakkan orang asli Proto Malay wujud kemudian selepas kedatangan orang asli Senoi (Mongoloids) dari Indochina?
Seolah kaum immigrants yang suka masuk campur sejarah Asia Tenggara dan Malaysia menidak-kan dan menjatuhkan kedudukan orang asli Proto Malay, sebab mereka ini macam rasa panas, rasa terbakar dengan perkataan "Malay".
Lalu para penulis kaum immigrants yang suka masuk campur hal sejarah Malaysia dan Asia Tenggara ini mencipta teori sendiri merubah explaination saintis Oxford kononnya orang asli Proto Malay adalah pendatang terkemudian dari Yunan migrasi ke Malaysia.
Ada ke saki baki Melayu di Yunan?
Genetik Melayu pun tak jumpa di Yunan sana.
Macam mana boleh sesat dari Yunan pula?
Orang Melayu semuanya berasal mula dan datang dari Indonesia juga dicipta kaum immigrants yang terlajak pandai masuk campur hal sejarah Malaysia dan Asia Tenggara.
Geng Chola Malaysia nak jadi pribumi....kalau pribumi, kenapa tak pernah wujud satu pun kerajaan Tamil India yang berkuasa dengan kota penempatan penduduk Tamil India di mana2 wilayah Southeast Asia?
ReplyDeleteTamadun India pun tak ada..tanda apa pun tak ada.
Patung saja? Kenapa kecil patung nya?
Itu patung dibawa pedagang n pelayar atau pendakwah Hinduism ke sini.
Lepas ni buat lah sejarah tipu, jadikan patung besar Hindu di Batu Caves tu di bina oleh Chola 1.
Catatan dinasti China sana, pelayar China hanya tulis Melayu dan kerajaan Melayu saja dari abad awal Masehi hingga lah kesultanan Melaka.
Sampai abad ke 7, catatan China tulis kerajaan Melayu berkuasa di laluan laut antara selatan India hingga negeri sebelah barat selatan Melaka.
Oooppps! Macam mana i-tsing abad 7 masehi boleh tau nama negeri Melaka?
Parameswara mana pula yang mengasaskan Melaka pada abad tu?
Habis Melaka diasaskan dan diberi nama pada abad 14 Masehi itu, Parameswara mana pulak?
Kalau admin Cik Srikandi ada maklumat atau saya tersalah catatan i-tsing tu, mohon betul kan.
Ma Huan yang membantu Cheng Ho ketika menulis catatan tentang Melaka, dia tulis budaya, buku2, adat tradisi dan perkahwinan penduduk Melaka seperti Jawa. Itu Melayu.
Bila masa pulak budaya Jawa Melayu jadi budaya Tamil..?
Ada ke budaya mana2 suku Melayu kepala penari geleng..geleng..geleng..ketika menari macam orang Tamil?
Bila pulak Tamil buat tarian dangdut?
So jangan la racist dan rakus sangat nak claim sampai cacing tanah yg hidup dalam tanah Asia Tenggara pun dikatakan migrasi cacing India sana.
Satu lagi, kerajaan Sriwijaya bukan bermula di Palembang, sebab catatan luar negara maksudkan Palembang itu hanya jajahan Sriwijaya saja.
Habis candi dan prastasi tu?
Catatan China ada tulis, Sriwijaya mengirim utusan ke China mohon maharaja China beri nama candi yang dibina Sriwijaya di kota jajahan nya.
Sebab tu tak ada kota Tamadun Manusia bercirikan Sriwijaya yang dibangunkan di Pelembang.
Istana tak ada..komplek pemerintahan tak ada, kota penduduk perdagangan tak ada, kompleks militer pun tak ada, pelabuhan dan jeti pun tak ada, kapal 2 sisa pun tak ada.....
Macam mana boleh dikatakan kota pemerintahan Sriwijaya?
Kedah Tua di Sungai Batu utara Malaysia tu yang dibina pada 500SM..sebelum Masehi masih lagi ada sisa arkeology dan monumen suatu Tamadun Manusia, dengan kompleks, sisa jeti pelabuhan, monumen animisme... even banyak runtuhan dan tenggelam dalam tanah.
Tak kan Sriwijaya yang bermula ujung abad 7 masehi just tertenggek 3 tonhkol candi dan prastasi saja?
aku baru baca artikel ni tahun 2020, itupun sbb Covid19.
ReplyDeleteBiasa lh paria dalit kasta yg sama taraf dgn najis binatang
ReplyDeleteI like the discussion. Tapi at the same time author ni tak dapat bidas some of the points brought by these patriots are actually legitmate. Yes banyak adat Kita Dari hindu, tapi Ada adat Dari Kita sendiri. Seperti penulis katakan tentang falsafah keris.
ReplyDeleteNamun tidak ni nafikan, adat istiadat perkahwinan banyak berunsur Hindu. Contoh tepung tawar, Ada 7 warna Dan sebagainya. Dalam agama Hindu 7 warna Ada simbolik kepada Tuhan Tuhan Yang tertentu dan upacara membedaki, atau upacara renjis memang Dari hindu. Dan sanding juga..
Even Nama patik adalah berasaskan Hindu caste system. Patik berarti anjing. Dalam bahasa kuno. And it's common to hear people calling themselves in that way as Hindu tend to have this social structure that is very strict that will either uplift groups of people ie brahama or menjatuhkan Maruah sestengah pihak seperti dalit.
But yes many of the cultural practices are Hindu based.
Bersanding itu adalah adat universal satu dunia, bukannya semata-mata 'dari Hindu'. Sama seperti 'membedak' atau menepung tawar atau merenjis itu adalah semuanya universal malah ditemui dalam adat Orang Asli terutamanya dari kelompok Proto Melayu. Semua adat asli ini ada yang ditafsirkan semula menurut falsafah Hindu-Buddha apabila rantau sebelah sini masuk ke era Hindu-Buddha. Malah kemudian apabila masuk era Islam, ada adat/budaya/busana Melayu ditafsirkan semula menurut falsafah berunsur Islamik.
Delete~Srikandi