Tuesday, February 7, 2017

Umpama Ketek Mendapat Keyboard II








Hi...hiburan untuk kita datang lagi. Kali ini orang yang sama dalam posting sebelum ini. Orang yang menuduh sarjana-sarjana lain sebagai 'pseudo' dan 'menyesatkan'. Kenapa dia menuduh begitu? Ini disebabkan dia tidak mengetahui satu perkara penting yang normal dalam bidang epigrafi, yakni cara bacaan yang berbeza oleh para sarjana mengikut kemahiran dan pendapat masing-masing. Jadi apabila dia terbaca satu cara bacaan epigrafi, dia mula taksub dengan satu bacaan itu, padahal, ada pendapat lain atau cara bacaan lain yang dipakai oleh sarjana-sarjana lain. Ini ibarat katak di bawah tempurung.

Berbeza dengan para sarjana epigrafi, mereka menghormati cara bacaan rakan-rakan mereka dari seluruh dunia dan tidak menuduh sarjana lain sebagai 'pseudo' atau 'menyesatkan'. Walaupun berbeza pandangan atau cara bacaan, mereka tetap meraikan perbezaan pendapat di kalangan mereka. Ini berlainan sekali dengan ketek fesbuk yang mendapat keyboard, mereka akan melompat marah-marah dan memakihamun lantas menuduh para sarjana lain itu sebagai sesat dan sebagainya.

Okay, kali ini Erwin melompat apabila saya mengemukakan cara bacaan untuk Prasasti Grahi yang berbeza dari cara bacaan Coedes.






Sepertimana kes Prasasti Hanchey, di mana saya telah  merujuksilang dan membandingkan bacaan dari RC Majumdar, M. Honda dan lain-lain, begitu dalam kes Prasasti Grahi ini, saya menjadikan cara bacaan Coedes dan sumber Kemboja, program TICFIA (U.S. Department of Education) dan US Epigraphy Project sebagai rujuksilang. Setelah membandingkan barulah saya memilih atau cenderung dengan cara bacaan yang mana berdasarkan faktor-faktor tertentu. Dalam kes Prasasti Hanchey, saya cenderung dengan cara bacaan sarjana Kemboja.

Jadi dalam kes Prasasti Grahi, saya cenderung dengan cara bacan dari sumber Kemboja dan program TICFIA. Saya tidak cenderung dengan cara bacaan Coedes.

Perhatikan Erwin marah-marah apabila ada orang tag nama dia pada posting tentang 'Talanai' pada Prasasti Grahi. Saya tidak tahu siapa yang tag nama dia. Mungkin ada orang yang nak mengenakan dia.













Dia mengetawakan saya pakai cara bacaan 'Talanai' bukan 'Galanai' seperti yang dipakai oleh Coedes. Sebenarnya pada penerbitan tahun 1941, Coedes ada menyebutkan tentang 'Talanai' ini pada Prasasti Grahi. Erwin ingat saya main letak saja.




Perlu diperhatikan, cara bacaan ini (yang ada 'Galanai') muncul dalam  terbitan Coedes bertajuk Le Royaume de Çrīvijaya (1918).





Apakah Masalah Yang Mengelirukan Erwin?


Okay, setiap baru bersurat atau prasasti yang bertulisan kuno pasti tidak lepas dari cara bacaan yang berbeza-beza. Ini disebabkan huruf-huruf yang tidak jelas, yang diubahsuai, huruf yang masih tidak didekodkan atau sebahagian tulisan sudah hilang. Jadi, apa yang para sarjana ini buat ialah membacanya dengan pendapat masing-masing mengikut kemahiran dan pengetahuan mereka.

Dalam kes Prasasti Grahi juga begitu. Sudah tentu ada pelbagai penafsirannya ikut kepandaian masing-masing. Jadi dalam kes ini, ada dua cara bacaan sebagai contoh:

1) Cara bacaan George Cœdès (1918):









2) Cara bacaan sumber Kemboja/TICFIA/US Epigraphy Project 







 Lihat perbezaan antara kedua cara bacaan ini. Jadi dalam kes ini saya cenderung kepada cara bacaan kedua yang mengandungi kata 'Talanai' berbanding 'Galanai' seperti yang ditransliterasikan oleh Coedes.
Lihat pendapat J.G de Casparis:









Lihat beliau meletakkan 'Talanai' bukannya 'Galanai' seperti cara bacaan Coedes dalam Le Royaume de Çrīvijaya (1918). Paling menariknya, beliau merujuk kepada Coedes sendiri dalam Journal of The Greater India Society (1941) yang mana telah saya sebutkan tadi.

Jadi, apabila seorang sarjana bernama Slamet Muljana (Sriwijaya, 2006) menterjemahkannya, terjemahannya dalam bahasa Melayu moden jadi begini:

Pada tahun Saka 1105 (1183), atas perintah Kamraten An Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusanawarmadewa, hari ketiga bulan naik bulan Jyestha, hari Rabu, mahasenapati Gelanai yang memerintah Grahi menyuruh mraten Sri Nano membuat arca Buddha. Beratnya 1 bhara 2 tula, dan nilai emasnya 10 tamlin.

Oleh kerana beliau masih menggunakan kata 'Gelanai', ini bermaksud ia diterjemahkan dari transliterasi Coedes sekitar Le Royaume de Çrīvijaya (1918). Jadi saya menggantikannya dengan kata 'Telanai' mengikut pengaruh cara bacaan Casparis, Coedes (1941), sumber Kemboja dan sumber-sumber dari US Epigraphy.

Lengkapnya, ia akan jadi begini:

Pada tahun Saka 1105 (1183), atas perintah Kamraten An Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusanawarmadewa, hari ketiga bulan naik bulan Jyestha, hari Rabu, mahasenapati Telanai yang memerintah Grahi menyuruh mraten Sri Nano membuat arca Buddha. Beratnya 1 bhara 2 tula, dan nilai emasnya 10 tamlin.

Ini pula pendapat Erwin de KeyboardWarrios





Sangatlah bobrok dan tidak berpelajaran.






Kesimpulan





Erwin cuba menyatakan bahawa saya silap kerana menggunakan 'Talanai' (menjadi 'Telanai' dalam terjemahan bahasa Melayu) berbanding 'Galanai' (menjadi 'Gelanai' dalam terjemahan bahasa Melayu). Ini satu percubaan yang goblok kerana perkataan itu bukanlah rekaan saya. Erwin memikirkan saya mereka-reka perkataan itu sebagaimana baris dalam Prasasti Hanchey yang sebenarnya berasal dari sarjana Kemboja. Apabila saya membaca komen-komen Erwin yang sudah keliru sama ada "Talanai' atau 'Galanai', saya sudah mula menahan ketawa. 






Erwin memikirkan saya petik dari Coedes tapi sengaja sesukahati letak perkataan 'Talanai'. Salah, saya bukan ambil cara bacaan Coedes dalam Le Royaume de Çrīvijaya (1918).

Yang menariknya, apabila saya memberikan penjelasan tentang cara bacaan yang saya ambil, Erwin menjadi semakin keliru tentang apakah saya memakai 'Galanai' atau 'Talanai'. Padahal saya sudah menjelaskan berkali-kali yang saya memakai cara bacaan 'Talanai'. Kemudian yang paling menarik siapakah mangsa yang ditagnya.





Yeah...Minah selfie!! Menyedari kehabisan modal dan tidak puashati dengan penjelasan saya, sepertibiasa, egonya terancam dan mula memerlukan bantuan minahselfie malah kalau boleh satu dunia mahu di tagnya untuk memback-upnya. Ingin dinyatakan dengan jujur, percubaan mengadu kepada minahselfie amatlah useless dan satu amalan sia-sia.

:D :D :D

Saya sudah biasa berdebat dengan si Erwin ini, jika sudah habis modal, dia akan tag seberapa banyak makhluk yang mungkin untuk menyerang saya. Tidak sangka Erwin adalah lelaki yang lemah dan memiliki hati yang kecut. 

Saya akan sambung dengan satu lagi popcorn terbaru, kali ini Erwin menyangka saya 'mencuri' posting orang lain, padahal posting saya itu diambil dari tuan punya artikel, yang menariknya, posting yang dikatakan saya mencurinya juga merujuk kepada artikel asal itu. Yang paling menarik, tuan punya artikel asal itu telah memberi izin kepada saya memetik isi artikelnya. Yang paling menghiburkan lagi, ia berlaku pada tahun lepas, lama sebelum Erwin menuduh-nuduh pada awal tahun ini.

Okeh, geng-geng minahselfie dan mak lampir yang dok stalk sini boleh bagitau Erwin. Dia sudah kena sumpahan 'Srikandi'. Mesti dia akan panas seluruh badannya mendengarkan ini bahkan nama "Srikandi" sekalipun

:D

Gue permisi dulu yuk! 










 


12 comments:

  1. Erwin ni serabut betul la haha jadi bahan je

    ReplyDelete
  2. Aku berpandangan lain,kebodohan Erwin merupakan rahmat bagi aku untuk belajar benda2 macam ni. Sangat menyeronokkan.

    Terima kasih Cik Seri atas artikel ini.

    ReplyDelete
  3. cara bacaan lain2.
    apa benda la si erwin ni

    ReplyDelete
  4. wow...terbaik srikandi

    ReplyDelete
  5. Siapa yang dok kacau hidup erwin ni woi haha
    masuk territory cik seri memang kena belasah la jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada orang nak kenakan dia la tu.kalau ko baca post2 lepas,si erwin ni memang lemah epigrafi.acah2 tau.ntah2 satu habuk pun xtau.stick satu bacaan saja.cikseri cross reference dia banyak

      Delete
  6. Berpusing2 aku tengok erwin ni. Btw penjelasan yang mantap dari cik seri. batu bersurat ni guna tulisan2 yang kuno dan terdedah kepada kesan2 alam, tak hairanlah bacaan setiap ahli sejarah ni beza2. aku rasa erwin dah trap bila cik seri bagitau dia pilih cara bacaan mana, tapi nak tegakkan benang basah, dok ulang2 keliru yang sama

    ReplyDelete
  7. Erwin ni penah sanggah pandangan ahli arkeologi kita...sorang lagi budak malaysia nama atiqah selalu sokong Erwin ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. atiqah tu lagi? dia minahselfi tu kan?kan ke dia dah malu besar dulu tuduh sorang sarjana kemboja sbg pseudohistori

      Delete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore