Friday, June 2, 2017

By Force, Not By Chance (UPDATE)

Gambar hiasan: Buku Teknologi Kesultanan Melaka yang mendapat sambutan hangat dan tersenarai dalam 10 Judul Terlaris di reruai Kafilah Buku semasa PBAKL2017



Ada pembaca memberitahu saya seorang penulis buku yang sedang bergelut dalam dilema, mengambil inisiatif untuk mengkritik satu bab dalam buku terbaru saya. Bagi saya ini bagus kerana ini menunjukkan populariti buku ini begitu baik sehingga sampai ke pengetahuannya dan terpaksa 'mengulasnya' sebagaimana insiden seorang pengacara radio menyebut-nyebut nama saya dan buku-buku saya tepat di hadapannya ketika ditemuramah tempoh hari.

Sebelum itu, buku terbaru saya itu telah lakukeras 10 hari berturut-turut no. 1 di kaunter penerbit saya semasa pestabuku tempoh hari, malah kehabisan stok pada akhir pestabuku dan terpaksa dicetak semula. 10 hari licin stok.











Okay. sekarang kita akan jawab kritikannya jika ada.







Apa Yang Dikritik Itu?


KLIK UNTUK BESARKAN


Perhatikan:

" ...saya belum baca lagi buku beliau."


Hai, belum baca buku itu ada hati nak kritik? Betapa tidak profesionalnya pengkritik ni. Kalau belum baca habis, beria-ria nak kritik juga, dia nak kritik macam mana? Berdasarkan cakap-cakap orang? Kritik pakai tin kosong? It's funny.

Dia tulis, mungkin betul 'dakwaan' itu, siap ada premis dia pasal 'siri-siri kematian Birch' tapi dia nak tegaskan berkali-kali dengan ayat, "apakah benar dakwaan penulis?"

Kita tengok sejauh mana kritikannya yang nak mengkritik tapi belum membaca buku yang hendak dikritiknya itu.




Kritik Atau Sokong Tanpa Sedar?


KLIK UNTUK BESARKAN


Perhatikan ayat, " Diakui oleh para orientalis bahawa memang Sultan ini seorang yang menentang.."

Sudah, tadi mengaku "mungkin betul dakwaan" sekarang "Diakui..."

Memanglah diakui oleh sejarahwan kolonial bahawa Sultan Abdul Malik Mansur Shah ini memang tegas dan menentang desakan dari pihak Siam. Ini tercatat dalam sejarah malah ini juga premis kuat dalam buku saya yang menyatakan orang Perak dan sultannya ketika itu MEMANG MELAWAN ANCAMAN SIAM.


KLIK UNTUK BESARKAN: Petikan dari Rentaka Sekalian Bijasura bab Seven Year's War


 Perhatikan 'kritikan' seterusnya :

Malah sewaktu Siam memberi amaran untuk menyerang Perak melalui Kedah, Sultan Malik mencadangkan agar Perak-Kedah bergabung melawan Siam namun cadangan ini telah ditolak oleh Sultan Kedah yang akhirnya membawa penawanan Perak pada tahun 1818. (Isu ini diperdebatkan begitu panjang oleh para sejarawan dan sehingga kini belum dapat dipastikan secara jelas bahawa Perak benar-benar ditawan seluruhnya kecuali sebuah surat yang diterima oleh SG Bonham, Gabenor Pulau Pinang (Booney:79:1974). Apa pun isunya Perak telah pun menghantar bunga emas/perak kepada Siam.



Perenggan ini tidak bernada kritikan. Bahkan ini juga premis yang menyokong ketegasan dan kecekapan cara berfikir sultan Perak tersebut. Sultan Abdul Malik mencadangkan penggabungan, bersatu melawan Siam. Memang ini pemikiran yang ke depan sebab hanya DENGAN BERSATU, KITA MAMPU MENCABAR kuasa musuh yang sememangnya bersatupadu sejak dari awal.

Lihat benda yang sama sudahpun tercatat dalam buku Rentaka Sekalian Bijasura:


KLIK UNTUK BESARKAN


It's funny, ini semua sudah ada dalam buku saya. Saya setakat ini tak nampak kritikan yang benar-benar kuat ke atas bab Perang Perak-Siam ni. Semua premis si pengkritik hanya mengulang poin-poin dalam buku saya sahaja. Soalannya, dia ni nak kritik ke nak sokong hujah-hujah dalam buku saya?? Lainla dia quote kelemahan sultan Perak, contohnya ada catatan pihak Inggeris menyatakan sultan Perak sukahati tido lepas makan durian ketika negerinya diserang Siam, atau sultan Perak menyembah kaki raja Siam tanpa melawan sedikit pun, barulah betul-betul mengkritik premis 'melawannya' sultan Perak ketika itu. Tapi semua poinnya menyokong betapa tegas dan melawannya sultan Perak dan ini juga menjadi asas kepada pelajaran sejarah di dalam bab Perang Perak-Siam tersebut.

Apa yang pengkritik ni nak sebenarnya? Dia faham tak benda yang dia nak kritik ni? (Okay, ini masalahnya belum baca tapi nak kritik)

Kita lihat lagi, mungkin ada satu kritikannya yang benar-benar 'mengkritik'. Yang benar-benar layak menyokong ayatnya, " Jadi sekali lagi saya tegaskan apakah benar dakwaan penulis?" Wow..seram ne.


KLIK UNTUK BESARKAN


Premis "Perak di bawah jajahan Kedah" adalah satu premis masih belum konkrit dan dipertikaikan kesahihannya. Malah sebenarnya pada tahun 1821, Perak juga diserang oleh Siam dan tahun berikutnya Perak berjaya mengusir pencerobohan Siam itu hasil bantuan dari Selangor. Malah penulis sendiri mengatakan ia patut dikaji semula sebagaimana petikan di dalam bukunya sendiri:


KLIK UNTUK BESARKAN


 "Oleh itu kajian Booney harus dikaji semula pada perihal ini..."

Perlu dikaji semula katanya tapi masih pakai pendapat si Booney. Apakah sebenarnya yang bermain di fikiran sang pengkritik. Ini semua hanya membuang masa. Di dalam buku tulis lain. Bila nak mengkritik tulis lain. Penduduk Perak yang ditemubualnya pun tak tahu menahu sebarang bentuk pendudukan Kedah di tempat mereka. Orang Kedah datang nak merantau berniaga atau nak bercinta kahwin dengan orang tempatan ada lah.

Sebenarnya masalah ini telahpun terjawab di dalam buku Cempakasari Negeri Perak tulisan
M. A. Fawzi Basri (1986)  terbitan Yayasan Perak bahawa pasukan Kota Lama Kiri di bawah Che Panjang Talib bin Maharaja Lela Uda Tahir (Tok Janggut) telah  berjaya mengadakan rundingan damai antara Perak dan Kedah supaya berhenti berperang sesama sendiri melalui diplomasi perkahwinan


Ada lagi hujahnya tapi tetap bukan kritikan malah juga premis yang menyokong buku saya :

"Sultan Perak menghantar Bunga Emas dan Perak serta 205 bahar timah kepada Ligor namun di rampas oleh angkatan tentera Selangor." (Gullick:74:1998)

Ini memang benar, angkatan tentera Selangor tiba-tiba muncul dan merampas timah dan persembahan ufti yang kononnya hendak dihantar ke Bangkok. Bagaimana angkatan tentera Selangor boleh tahu kedudukan tentera Ligor tersebut dan memintasnya? Sebab itu R.O. Winstedt dan R.J. Wilkinson sendiri keliru dengan strategi dan siasah sultan Perak ketika itu dan dalam percubaan mereka untuk memahami permainan politik Sultan Abdul Malik Mansur Shah ini mencatatkan situasi itu sebagai “trying to play off Siam against Selangor and Selangor against Siam” dalam buku mereka A History of Perak.

Poin peristiwa Selangor merampas 205 bahara timah dari tentera Ligor ada dicatatkan dalam buku saya:

KLIK UNTUK BESARKAN



Nah, ini semua disebut dalam buku saya sebagai salah satu peristiwa penting di sepanjang tujuh tahun peperangan Perak dan Siam. Sekali lagi, penulis buku ini mahu kritik atau sokong sebenarnya? Paling menarik, dia mengaku belum baca buku saya, namun semua premisnya sudah pun ada dalam buku saya.

Habis semua hujah (yang sebenarnya menyokong tanpa disedarinya) lihat kesimpulannya si pengkritik:

Ada banyak lagi faktor dan hujah yang dapat saya huraikan disini. Naum cukuplah saya memberi sedikit pandangan saya dalam perihal bab yang beliau tulis berkaitan Perak. Apa pun bagi saya Perak terselamat kerana Siam terpaksa melalui Pulau Pinang dari arah laut dan British juga telah memikirkan bahawa seandainya Perak ditawan oleh Siam maka mereka akan kehilangan sumber makanan dan bijih timah. Oleh itu pelbagai perjanjian telah dibuat oleh British dengan Siam agar dapat melindungi Perak bagi kepentingan Pulau Pinang.


Semua faktor dan hujahnya tidak jelas untuk mengkritik betapa melawannya sultan Perak dan rakyatnya. Malah hujahnya seolah-olah menyokong pula premis dalam buku saya. Mengapa ini terjadi?




1) Pengkritik belum pun membaca buku yang hendak dikritiknya. 


Ini dibuktikan dengan ayatnya sendiri, "mungkin, sebab saya belum baca lagi buku beliau"

Pengkritik ini ada reputasi terus memberikan komentar tanpa membaca dahulu bahan bacaan yang mahu dikomennya. Ini terjadi sebab gagal mengawal emosi.

Padahal saya pernah mengulas buku seorang penulis chapter by chapter lagi, promote lagi buku tersebut secara profesional. Buku itu berakhir dengan tragis di pestabuku yang lepas akibat penulisnya menyerang penulis buku lain di reruai yang sama di samping memburuk-burukkan buku penulis lain itu mengakibatkan masyarakat bersikap dingin dengan buku-buku penulis yang menyerang tadi. Sebaliknya buku yang diserangnya mendapat sambutan hangat.


2) Apabila belum membaca, si pengkritik mengkritik tanpa tujuan dan sasaran.

Niatnya hanya mahu mengkritik namun tidak tahu sasaran atau apakah intipati kritikannya. Ia ibarat orang menembak sambil matanya ditutup.


3) Apabila mengkritik tanpa tujuan dan sasaran, kritikannya lemah dan goyah malah seolah-olah menyokong pula subjek yang asalnya mahu dikritik itu.

Ada tak orang mengulas sesuatu buku tanpa menyentuh atau membaca buku tersebut? Tapi si pengkritik ni boleh buat! Apa yang dipelajarinya setelah bergelumang dengan semua 'buku-buku sejarah itu'? Ini aneh sekali. Apabila terjadi macam ni, dia sangka mengkritik tetapi sebenarnya tidak malah kenyataannya mengelirukan. Dia hanya boleh kelentong audien  yang turut sama sepertinya - tidak pernah menyentuh atau membaca buku itu. Mengulas dari balik angin yang nipis dan kosong...


Lihat ini:

"Apa pun bagi saya Perak terselamat kerana Siam terpaksa melalui Pulau Pinang dari arah laut ..."


 Ini salah kerana Siam bukanlah bodoh mahu menyerang dengan menggunakan satu jalan yakni jalan laut 'yang terpaksa melalui Pulau Pinang'. Contohnya dalam salah satu konflik, pada November 1826, seramai 30 orang askar Siam telah dihantar dan tiba di Pulau Kemiri di Sungai Pelus. Umum mengetahui terdapat jalan darat dari Hulu Perak ke Patani malah dari Kedah ke Ligor. Tambahan pula, Kedah sejak 1821 telahpun total di bawah penjajahan Siam. Kenapa pula mesti kena lancarkan serangan dari Trang atau Phuket contohnya? Sedangkan pangkalan Siam semasa menyerang Kedah adalah di Alor Ganu. Lebih baik serang Perak dari arah Kedah yang sudahpun ditawan. Tambahan pula kedudukan pusat pemerintahan Perak juga bukanlah di tepi pantai namun jauh ke darat di tebing Sungai Perak.

Apapun analisis sejarah adalah penting, bukan sekadar copy-paste bibliografi. Bibliografi ni fungsinya sebagai rujukan sahaja tetapi analisis dan kajian kena buat sendiri.

Perak bukan terselamat by chance tetapi by force. Itu hakikatnya. Tanpa desakan dan surat-surat para pemerintah Perak kepada pihak Inggeris maka Inggeris mungkin tidak dapat dipengaruhi untuk menyalurkan senjata api dan bantuan dengan alasan 'melindungi perdagangan Perak dengan orang Inggeris'. Sultan Perak juga berusaha membeli kelengkapan persenjataan dengan pendapatan negeri sendiri malah semasa perang 1821, Inggeris tidak mahu menolong walaupun sultan Perak memohon bantuan kapal perang. Maka sultan Perak berusaha bersekutu dengan Selangor sehingga berjaya dalam peperangan itu pada tahun berikutnya. Sultan Perak juga tegas melawan adat Bunga Emas itu yang mana wakil Inggeris mendesak sultan mematuhi saja desakan Siam pada awalnya. Ini terbukti apabila dalam Perjanjian Burney 1826, Perak satu-satunya negeri utara yang diberi pilihan (option) atau kebebasan untuk menghantar atau tidak, ufti kepada Siam. Sudah tentu Perak tidak menghantarnya. Ini bola tanggung buat Perak.


Bonus

Saya tertarik dengan sikap dan pandangan pada akhir tulisannya:

"Sejarah perlu dilihat secara holistik bukan sekadar hendak mencetuskan semangat cintakan sejarah tanah air. Apakah dengan cara menyembunyikan fakta akan menyebabkan orang melayu merasa bangga?, mungkin hari ini ya.. tapi bagaimana pula di masa depan?, kajian sejarah hari ini memberi kesan yang mendalam kepada generasi mendatang maka kita perlu berhati-hati dalam membuat penulisan. Sudahlah kita marahkan buku teks yang dianggap tidak menyebelahi orang Melayu dalam masa sama kita cuba menyelindungi kisah sebenar dalam sejarah Melayu.

Sejarah ini pedih,keras dan pahit dan itulah hakikatnya. Tiada yang boleh diubah, kecuali pandangan yang dilontarkan. Apa yang sudah tertulis itulah ia samada suka atau tidak."



Semua faktanya ada dalam buku saya. Apakah saya hendak menyembunyikan fakta? Malah kisah Perang Perak-Siam ini boleh dikatakan tiada yang mengupasnya secara terperinci malah seolah-olah tiada peristiwa Perak melawan Siam yang mana kisah Perang Kedah-Siam (Perang Musuh Bisik) begitu popular dan ditulis oleh ramai pengarang. Padahal data-data perang Perak melawan Siam ini ada namun berterabur dalam pelbagai tulisan termasuk di dalam buku Cempakasari Negeri Perak, apatah lagi dalam karya-karya penulis kolonial. Apa yang saya buat ialah menggali balik semua data-data ini termasuk Syair Raja Ahmad yang popular dikaitkan dengan perang tersebut dan ini adalah bukti lisan dan bukti tempatan menunjukkan perang tersebut benar-benar ada dan diwariskan syair ini turun-temurun. Maka ini bukan menyembunyikan fakta seperti yang didakwa si pengkritik ini tetapi MENAMPILKAN FAKTA yang sebenarnya.

Sebab itu bila penerbit buku ini mahu cuba-cuba mengkritik, kritikannya lemah dan pi mai pi mai tang tu sebab semua premisnya tidak mampu menentang data-data dari pihak kolonial yang mana amat disukai si penulis dan menjadi sumber utama penulisannya. Apabila data-data dari pihak kolonial gagal membantu kritikan untuk menjadi lebih solid mengkritik buku saya, maka akhinya semua hujahnya seperti menyokong buku itu.


 UPDATE:


 Ini adalah reaksi si pengkritik baru-baru ini apabila membaca artikel ini yang menjawab kekeliruannya:


SILA KLIK UNTUK BESARKAN





Beginilah sikap aneh seorang yang dikatakan seorang penulis buku sejarah dan penerbit buku-buku sejarah. Setakat inikah kredibiliti yang mampu ditampilkan kepada public? Hanya perkataan 'bangang' dan 'gila' mampu dijawab oleh seorang lelaki yang sepatutnya mampu mengawal kemarahan apatah lagi sedang berpuasa. Abaikan semua itu kerana ada satu lagi perkara yang lebih menarik.

Pengkritik ini kalut sangat nak bibliografi, logiknya, kalau dah semua premis dia semua dalam buku saya, apa dia nak expect lagi?

Rujukan Perang Perak-Siam ini antaranya:

1) Cempakasari Negeri Perak, M.A Fawzi Basri
2) Sejarah Negeri Perak, Buyong Adil
3) A History of Perak, Winstedt & Wilkinson
4) A History of Phuket and the Surrounding Region: Second Edition, Collin Mckay
5) Bahan-bahan dari Pejabat DYMM Sultan Perak

dan banyak lagi. Senarai bibliografi ini ada disertakan di belakang buku saya sebagaimana biasa.

Fakta lawanlah dengan fakta. Pernah tak jika anda menonton satu seminar atau temubual akademik, bila diajukan pertanyaan, bukan jawapan yang diberikan, tetapi senarai bibliografi? Tak ke pening tu?

Soalan matematik bukan dijawab dengan penyelesaian namun dijawab dengan senarai rumus matematik. Masalah Fizik bukan dijawab dengan penyelesaian sains, tetapi dibalas dengan senarai formula Fizik.

Kepada pengkritik, belajar buat analisis sejarah dari sekian banyak bibliografi, BUKANNYA MENYALIN BULAT-BULAT ATAU COPY-PASTE SEKERAT-KERAT LEPAS TU SEMUA CANTUM BANYAK-BANYAK SAMPAI JADI SATU BUKU.


Ada lagi yang lebih menarik, pengkritik ini menyuruh pula membaca tentang satu 'bab' :



"Tak baca ke bab Nakhoda Udin Kuala Kurau tu...aihh.." 



Menariknya, kisah mengenai Nakhoda Udin ini memang ada dalam buku saya! Contohnya pada mukasurat 419 mencatatkan:


KLIK UNTUK BESARKAN




Semua  premisnya tanpa disedari adalah data-data kolonial yang sebenarnya menyokong kewujudan Perang Perak melawan Siam selama tujuh tahun itu. Dia tidak boleh lari ke mana. Pi mai pi mai tang tu. Semua hujahnya sudah ada dalam buku saya. Dia jadi begini sebab terlampau sombong dan angkuh dengan beranggapan semua itu tiada disebut dalam buku saya. Lain kali bacala buku sebelum kritik, pakcik.




KESIMPULAN


Lihat pendapatnya mengenai sejarah: 

"Sejarah ini pedih,keras dan pahit dan itulah hakikatnya.."

Ini salah, sejarah bukanlah boleh ditafsirkan melulu semuanya pedih, keras dan pahit. Kenyataan ini menutup langsung apa itu fungsi sejarah yang sebenarnya kepada manusia. Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang kita boleh jadikan iktibar dan pelajaran untuk menghadapi masa kini dan masa depan. Orang yang menafsir melulu begini adalah orang yang down teruk, seolah-olah seluruh kehidupannya telah musnah sehinggakan dia buta dalam melihat pelajaran dan hikmah di sebalik sejarah. Siapa yang belajar sejarah dari orang begini akan mengalami simptom yang sama - down teruk, menangisi masa lampau, berpenglipurlara, meratap dan meraban tidak kesudahan.

Jika orang Jepun yang baru lepas dibom atom belajar sejarah cara begini, sudah tentu mereka juga akan down teruk dan sampai kini mereka tidak move on sepertimana hari ini sehingga umum dikatakan pasti ada barangan buatan Jepun di dalam rumah-rumah kita. Orang Jerman jika bergurukan sejarah dengan orang yang bersikap begini, maka masa depan mereka hancur sebagaimana negara mereka hancur selepas Perang Dunia Kedua malah dihukum seluruh bangsa-bangsa Eropah dan dunia akibat era Nazisme-nya. Hari ini Jerman adalah salah satu negara maju dan pemimpin dalam dunia teknologi.

Ingatlah, walau hitam atau putihnya sejarah itu, ia mesti mendidik kita menjadi berani dan kuat. Sejarah bukan lagi untuk berpenglipurlara mengalir airmata, tetapi sebagai azimat perjuangan membantai kelesuan hidup, mengalir sebagai adiwira.














 Sedikit Teguran Untuk Menambahbaikan...

 *Anggaplah ini adalah  lontaran pandangan saya kepada isu yang diketengahkan oleh pengkritik. Saya dimaklumkan bahawa penulis ini selalu merajuk dan marah-marah dek kerana follower-nya yang hanya bersuka-suka melihat gelagatnya di media sosial tapi haram taknak sokong beli buku-bukunya (korang belila buku dia, bantu la dia). Berpijaklah di dunia realiti. Satu lagi, mengumpul haters saya sebagai follower adalah silap besar, sebab majoriti haters saya adalah anti-sejarah Melayu, pro-negara asing atau tidak berminat baca buku sejarah, that's why ada buku sejarah yang terkeluar carta dan tidak laku. Sebaliknya buku seorang ustaz yang diserangnya dan difitnahnya, lakukeras pula. Duduk satu booth lagi. It's good karma for him. Takutnya nanti ibarat menanti planet Zargus di tengah panas terik. Followers lebat tapi tak support tak guna jugak. Si penulis ini kena belajar mengumpul followers yang berkualiti, yang benar-benar minat sejarah Melayu. Seperti para fans dan pembaca saya, mereka benar-benar berkualiti dan peminat sejarah Melayu yang tulen sebab itu setiap buku-buku saya bestseller dan dicetak berulangkali.


* Bulan puasa ni elok bersilaturrahim. Pergila jumpa bersemuka mana-mana yang diperasankan diri sedang bergaduh dengan mereka (dia perasan bergaduh dengan anak-anak muda ni, padahal diorang steady je, pergila ziarah di pejabat baru tu). Sebagai pangkat abang kepada anak-anak muda, sepatutnya lebih matang dan mampu bertindak secara berhikmah. Dah tua bangka pun nak gaduh-gaduh lagi. Malu dengan anak-anak muda ni. Malah sesama Islam pulak tu. Laungkan penyatuan, seolah-olah sayangkan bangsa tapi diri sendiri buat sebaliknya. Hidup ini terlampau singkat untuk tabur fitnah kepada anak-anak muda ini. Ini cakap tak serupa bikin. Pedih mengulang sejarah begini, pakcik.








 Rujukan: http://kitabsejarahmalaya.blogspot.my/2017/05/perang-perak-7-tahun-buku-rentaka.html

49 comments:

  1. Buku Rentaka Bijasura ini di mana saya boleh dapatkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat https://terfaktab.com/
      Kat MPH pun ada yang had baru tu beli online, masa pestabuku habis ramai tak dapat beli

      Delete
    2. Ini yang penuhnya: http://terfaktab.com/product-tag/cik-srikandi/

      Terima kasih Panglima Berkuda, buat masa ni MPH belum masuk lagi. Kinokuniya, FIXI dan beberapa ejen persorangan sudah boleh didapati buku terbaru itu.

      Harap maklum.

      ~Srikandi

      Delete
  2. Wow! Terbaiklah. Orang Perak memamg melawan masa tu. Itu hakikat.

    ReplyDelete
  3. aku setuju dengan tulisan cik seri.
    bosan dengan menuduh sejarah itu semuanya pahit, pedih. macamla tak buleh move on.

    ReplyDelete
  4. Sultan Abdul Malik ni memang antara sultan Perak yang hebat. Masa pemerintahan baginda memang banyak cabaran dan ujian terutama ancaman dari Siam. Tapi semua itu dapat dihadapi dengan kebijaksanaannya.

    ReplyDelete
  5. Nak kritik tapi lastly macam tersokong pulak. Aku dah lama perasan artikel dia tu. Ramai yang dah tegur tapi degil.

    ReplyDelete
  6. Hahaha lawakla.
    Nak hentam ke nak tersokong. Lainkali baca buku tu kasi habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu yang bengong di internet suka baca headline berita saja lepastu terus komen membutatuli.

      ini belum baca buku mau kritik...kohkoh lagi problem.

      Delete
  7. Haha aku kenal siapa pakcik ni.
    Banyak melalut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa pakcik tu? kaw2 kena dengan cik seri haha

      Delete
  8. Pewaris Keramat version 2June 2, 2017 at 9:14 PM

    Makin lama pekung makin terbukak. Hangpa tanyala ustaz hasanudin tu apakah sikapnya yg sebenar. Semua bebudak ni dipm-nya dengan canang fitnah dan keburukan kpd ... haha kalau aku sebut boleh termakihamun dia bulan posa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamlah ko kenal dia. Tak bek buat cerita bro

      Delete
    2. Pewaris Keramat version 2June 2, 2017 at 9:21 PM

      La...aku friend fb dia la. Aku tau la. Dia saja cari gaduh dengan budak2 minat sejarah ni padahal dia penerbit buku sejarah. Pelik sikap dia ni. Hari tu ramai kena block haha meroyan tak abis.

      Delete
  9. "Ini salah kerana Siam bukanlah bodoh mahu menyerang dengan menggunakan satu jalan yakni jalan laut 'yang terpaksa melalui Pulau Pinang'. Contohnya dalam salah satu konflik, pada November 1826, seramai 30 orang askar Siam telah dihantar dan tiba di Pulau Kemiri di Sungai Pelus"

    Totally true. Terbaik Cik Sri

    ReplyDelete
  10. Aku ada beli buku dia yang pasal kongsi gelap Cina tu. Sorry to say la, persembahan buku dia memang teruk. Tapi aku beli jugak konon nak sokong Melayu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kertas melekat sampai koyak bila nak selak ke muka surat lain haha.

      Delete
  11. Hakikatnya buku dia tak laku masa pesta buku ari tu. Aku ada sembang dengan staff kat booth yang jual buku2 dia. Tak tau apa silapnya. Tapi kalau betul dia pi sakitkan hati ustaz buku Teknologi Melaka tu, fitnah dia macam2, aku rasa itu pembalasan Tuhan buat dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud ko si pengkritik ni ke

      Delete
    2. Haha betul tu. Maksud maharaja pertiwi tu pengkritik ni la. Aku selalu follow status dia. Asyik nak bergaduh saja. Malahan cik seri pun ditohmahnya macam2 padahal seingat aku, cik seri ada promote buku dia. Aku beli buku dia pasal kedah siam tu dari rekemen cik seri la bagitau aku beli dari abang zahamri tamanpustaka.

      Delete
    3. Ya, yang dok kritik tapi tak baca buku ni nama dia Herman Bin Roslan, kerja arkib tapi emo tak bertempat. Memalukan pekerja arkib saja.

      Delete
  12. Betul apa yang Srikandi tulis. Perak menang perang dengan Siam tahun 1822 dengan bantuan Selangor Ini fakta sejarah.

    ReplyDelete
  13. Status dia asyik meroyan je
    Hari tu dia marah2 orang suh beli buku dia haha lawak. Aku tak minat beli buku dia, sbb tuannya perangai teruk

    ReplyDelete
  14. Aku belum diblock nya lagi. Dia kata orang hati tisu padahal dia 1000x hati tisu, meroyan mengalahkan mak nenek. Tegur sikit, terus block berjemaah, kawan baik dia yg dok selalu komen pun kena sekali bhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bajang n the geng khabarnya kena block betul ke? kekekeh

      berkawan dgn emo akhirnya kena block juga

      Delete
  15. Dia diam-diam je... Rupanya mengarang celoteh... Hahaha

    ReplyDelete
  16. hahahaha! thorbaekkkk!!!!
    Srikandi win!

    ReplyDelete
  17. Perang Perak-Siam tu memang ada dalam sejarah. Ia terjadi zaman Sultan Abdul Malik dan anaknya Sultan Abdullah. Apa yang Srikandi tulis itu adalah benar. Hairan juga pengkaji sejarah MHerman menafikan dan membawa fakta yang salah.

    ReplyDelete
  18. Mohd Herman Roslan ni bukan ke partner-in-crime Amzarul Yuzrin si scammer tu? Masa Amzarul kutuk TP seronok gila Herman kutuk sama. Aku tak heran sebab sebab sahabat baik scammer jadi macam ni. Korang tanyala Herman ni mana pergi Amzarul. Tanya sekali duit buku korang bhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes bro... hari tu dia mengamuk sebab orang kaitkan dia dengan mamat rusia tu. entah2 bersekongkol kita pun tak tau. dulu diorang ni memang bestfriend siap comolot lagi kahkah

      Delete
    2. Haha. Pakcik MHS ni jenis xleh kritik. Terus sentap merajuk. Kritik orang dia pandai.

      Delete
  19. Rentaka ni memang laku keraslah. Nak beli masa pesta buku kl lepas tak dapek. Dah licin.

    ReplyDelete
  20. Aku sebagai follower Herman Roslan pun mengaku buku2 Herman tak laku mungkin pasal dia buruk2 kan buku ustaz hasanudin ni Teknologi Kesultanan Melaka. Pembalasan kat dunia mungkin. Moga Herman minta maaf pada ustaz Hasanudin.

    ReplyDelete
  21. Cik seri... Herman Tino dah start bangangkan orang bhahaha hujah lawan hujah la bro...

    Hati tisu cepat sentap bhahahaha

    ReplyDelete
  22. Aku dah baca tadi, aku dah agak mesti dia bangangkan Cik Sri, sebab hanya itu yang dia mampu. Siap petik nama aku lagi haha. Aku cuma harap Mohd Herman Bin Roslan bermaafan di bulan puasa ni dan kurangkan nafsu ammarah dalam diri. Kesal orang sejarah begini sifatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari gaya ko aku rasa tau ko sape dlm friend dia haha aku pun baca status baru dia...fuyooo bangangkan Cik Srikandi. Tapi aku tak terkejut.

      Memang camtu sifat dia.

      Delete
    2. Aku tak suka gaduh2 bro...lagi2 orang macam Mohd Herman Roslan. Ramai dah orang cakap pasal dia ni, sampai dia ni takde kredibiliti dah. Aku dan lain2 just diamkan je. Berharap dia ni akan berubah kelak.

      Delete
  23. Bukan setakat bangang bro... gila dia maki Cik Srikandi haha begini ke nak jadi pahlawan? Hati tisu sungguh, aku rasa zaman Siam kat Kedah dulu, dia ni pi terejun laut dulu. Kalau dapat tangkap dek Siam, aku rasa Siam jadikan dia bapuk menari lakoncatri hahaha

    ReplyDelete
  24. Nice article. Banyakkan lagi genre macam ni.
    Banyak yang dapat dipelajari. Kagum kesungguhan orang negeri Perak melawan penjajahan Siam.

    ReplyDelete
  25. Aku dah kata dah, degil Mohd Herman Bin Roslan ni. Dah jadi bahan. Dengan Cik Sri ni kena tolerate sikit sebab dia pun pengkaji yang macam2 pengalaman dia berdepan dengan benda2 macam ni. Yang dibangangkan Cik Sri dah kenapa? Jawabla hujah lawan hujah. Buku sendiri pun dah kontradiksi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terkejut dia makihamun Srikandi macam tu. Saya follow kedua-duanya. Sekarang saya sudah ragu-ragu dengan MHRoslan. Tidak sepatutnya beliau mengeluarkan kata-kata kesat seperti itu di bulan yang mulia ini.

      Delete
  26. Perak melawan yob, kalah Siam...ini fakta. Tanyala keturunan Raja Ahmad.

    Nak nafikan apa lagi? Syabas Srikandi.

    ReplyDelete
  27. Herman Amzarul ScammerJune 3, 2017 at 10:46 PM

    Mohd Herman Roslan dah melalut dalam facebook dia. Sentap betul dia dengan Cikseri. Hujah lawan hujah la bro bukan makuhamun bangang, bunian, gila ke apa. Apa daaa...

    ReplyDelete
  28. Setuju dengan Srikandi.
    Balasan yang mantap.
    Sejarah tak semua pedih, tapi siapa yang bijaksana akan mendapat hikmah dan ibrah darinya

    ReplyDelete
  29. Dari fb dia aku cari sampai juga sini. Aku perati betul la kata Srikandi yg kelakarnya semua poin Herman dah pun ada dalam buku Srikandi. Bibliografi Srikandi pun dah suap kat artikel ni. Aku syak Herman memang tak pernah sentuh buku dia. Main kritik ja. Dalam buku tu pun ada bibliografi. Aku boleh rumuskan yang Herman ni denial syndrome huhu

    ReplyDelete
  30. Mungkin cik Srikandi boleh adakan majlis Iftar beramai -ramai dan berdepan bersama En. Herman secara face to face. Barulah digelar bangsa "melawan".Iye ke idok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Herman ni kat pesta buku kl ari tu pun agak sombong bro, aku cadangkan dia datangla jumpa budak2 ni baru gentle, dia lebih tua... lagipun Cik Seri baru jentik sikit pun dah gelabah, 2-3 hari status meroyan, belum lagi jumpa mau goyang bro bhahaha

      Delete
  31. Hujah2 Srikandi spertimana biasa amat padu.
    Dakwaan MHRoslan aku taknampak kuatnya kat mana.
    Tidak ketahuan punca, hujah2 yg lemah (yg sebenarnya menyokong hujah Srikandi tanpa disedarinya), hanya kesimpulan akhirnya seolah2 selesai mengkritik Srikandi namun sebenarnya kontra kepada dakwannya ke atas penulisan Srikandi.

    ReplyDelete
  32. Aku follow jugak MHS ni. Xleh kena kritik. Terus sentap dan block orang. Pembenci Srikandi dan TP. Aku xtahu apa masalah. Kena ikut pendapat dia saja.

    Untuk kali ni dia kritik Srikandi, dia memang bodoh. Salah diri sendiri. Yang paling aku xpuas hati bila dia kritik negeri aku Kelantan. Mentang2 Hikayat Patani lagi besar pada Kelantan, boleh dia kata Kelantan xde dalam sejarah? Semata2 nama Kelantan tidak disebut? Apakah? Haha

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore