Thursday, December 16, 2010

Srikandi berceloteh....what's up?

Ini adalah  Masjid  Sultan Siam  Merong Mahawangsa di wilayah Prambanan yang kemudiannya dijadikan kuil Hindu oleh British,dengan menambahkan patung Hindu ke dalamnya.Dahulu di sini masyarakat Prambanan menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya beramai-ramai sambil mendengar khutbah dari ulama-ulama seluruh Benua Siam-sumber Kedah Cyber Saiburi.




Srikandi berceloteh....what's up?





Yeah!Saya kembali lagi....lamanya saya beraya kan? :D

OK,sekarang Srikandi nak berceloteh pasal...ermm...pasal kedat.Apa bendanya kedat tu?Kedat ni maknanya surat watikah.Watikah apa?Watikah untuk lantik raja-raja semua dari satu keturunan.Keturunan lain tak boleh.Tak mulia.Keturunan lain keturunan lanun-lanun darat dan penyamun takhta.Ini satu keturunan sahaja yang boleh jawat Khalifah Besar satu dunia.Orang Arab dengan Turki pun tak boleh jawat jawatan khalifah ini.

Anda nak tahu satu trivia?Khalifah Turki Usthmaniyyah itu sebenarnya tiada.Khalifah Turki itu sebenarnya raja daerah kepada Sultan Siam.Saya tak tahulah macam mana kaedahnya.Mungkin raja Turki kena dok mengadap tetiap tahun kepada Sultan Siam pi bayaq ufti :DDD

Ok,kali ni Srikandi nak hiburkan anda semua.Maaflah Srikandi lama sangat tak update blog.Sebab nak siapkan ATBM 3.5 kat MF.Jadi Srikandi nak hiburkan anda semua sebab ada yang marah Srikandi sebab biarkan blog RiwayatMelayu berhabuk.Haaa...ingat sejarah tak boleh menghiburkan?Terhibur beb... :DDD ;DDD   Terhiburla kalau anda faham,yang tak faham terkulat-kulatlah.Dah faham sekarang?Jadi yang faham duduk diam-diam,yang tak faham bertanya pada yang faham.Ok,saya tutup kedai.

.....





.....





.....





......




What? :P Ok,okla...Seri gurau aje.Sebenarnya Seri tak tahu nak mula kat mana.Lucu sangat.Nak mula tulis pun rasa nak tahan perut.Ada orang kata "Srikandi jangan layan mereka,beri publisiti percuma saja pada tuntutan mereka".Memanglah Seri taknak beri publisiti pada mereka tetapi kan Seri kata tadi,kita nak berhiburkan?Ok,sekarang badut sarkas sudah siap.Cerita tukang karut pun sudah dapat.Apalagi kita hentam sajalah!(dari dialog filem P. Ramlee).Ok,serius...seriusss.



....




.....





.....




;DDDDDDD Tak tahan gelak siot.Oklah.Srikandi serius.Amende lah Srikandi ni.Main-mainkan?

Nak mula kat mana ni.Alamak lupalah pulak (sambil tahan gelak).Ok...ok...kita mula dengan link ini.Anda baca dulu.Saya tolong promote la,sebab blog diorang tak ada lagi orang Melayu nak peduli dah.Rasa kesian pun ada.Yang komen pun orang yang sama.Ada profil yang dicipta khas ;D  ok,ini link dia:


http://kedahcybersyburi.blogspot.com/2010/11/one-khalifah-surat-terbuka-ytm-nai-long.html

http://kedahcybersyburi.blogspot.com/2010/12/one-khalifah-surat-tuntutan-ke-2-ytm.html



Dah baca?Dah faham?Ok,itu sahaja ye.That's all.

:)


Okla...(sudahla tu Seri,fuyula kau ni).Ok serius.Sebenarnya Seri nak bincang tentang banyak perkara-perkara yang tak masuk akal dalam tuntutan ini.Anda tahu,sudah berapa banyak orang tuntut takhta Raja-raja Melayu.Sila namakan.Yup...Raja Nor Jan Shah,'Sultan Melaka'.Ada seorang lagi dekat Perak,tuntut takhta.Dan sebenarnya ada banyak lagi tetapi tenggelam terus.Buat apa nak layan tuntutan mereka semua ini?Buang boreh kata orang nogori.Yang dah ada ni pun kadang-kadang pening jugak kita fikir.Rakyat kena tanggung makan pakai mereka.Yang kawal harga gula,minyak bukan raja.Perdana Menteri.Perdana Menteri yang kena kutuk,kena cemuh,kena puji,kena bodek.Raja terima elaun sahaja tetiap bulan.ITU YANG MEREKA NAK TU.Siapa tak nak makan minum berak cangkung?Jadi kita pertahankan sahaja takhta yang ada sekarang.Yang lain jangan nak mengada-ngada.Lagi-lagi takhta negeri Perak (oh...my lovely home).Sebab Sultan Perak satu-satunya adalah warisan Kesultanan Melaka.Yang lain dah ikut darah Bendahara dan Temenggung.Ada yang dari darah Bugis atau Orang Laut.Dan ini bermakna juga Kesultanan Perak adalah satu-satu warisan SRIWIJAYA YANG MASIH BERDAULAT!Sebab Kesultanan Melaka adalah dari sisa runtuhan Emperium Sriwijaya.

Apa kata kedat?Kedat yang dikarang oleh salah seorang keturunan Sultan Siam Al-Merong Puasa mengandungi perkara-perkara berikut:


1-Menuntut jawatan Yang Dipertuan Agong Malaysia
2-Menuntut jawatan Timbalan Yang Dipertuan Agong Malaysia
3-Diserahkan negara Malaysia.


What the hell of this?Ini lawak antarabangsa,kawan.Adakah apabila DS Najib bila baca watikah ini maka beliau rasa amat takut dengan ancaman 'Khutbah Wida' dan berkata "Oklah...you ambil Malaysia ini.Agong jangan risau,saya uruskan,sebab kekebalan raja sudah tiada.Ambil je jawatan Agong sekali.Opp..oopp...jangan lupa jawatan Timbalan Agong sekali tu,tercicir pulak.Agak-agaklah,jangan kelam kabut".

:DD

Mereka pergunakan agama untuk tuntut takhta.What the hell of this?Kenapa saya kata begitu?Ok,pertamanya sistem khalifah.Ok,anda kena belajar apa yang dinamakan sistem khalifah.Sistem bagaimana yang dikatakan sistem khalifah.Khalifah dilantik oleh satu suara ramai dari satu institusi yang dinamakan Majlis Syura.Majlis Syura ini hanya dianggotai oleh orang-orang yang benar-benar berwibawa dan faham agama dalam masyarakat.Majlis Syura ini dipilih oleh masyarakat sendiri.Jadi masyarakat akan berbincang untuk tentukan siapa yang layak duduk dalam Majlis Syura.Tiada parti-parti ek.Jadi tiada manipulasi,tiada propaganda,tiada penipuan,tiada janji-janji manis atau rayu undi.Amat senang sistem Islam ini.Apabila Majlis Syura terbentuk,maka siapa-siapa dalam Majlis Syura ini pula akan berbincang dan angkat siapa yang paling layak antara mereka.Tiada team A team B.Bermesyuarat ikut adab yang Rasullullah s.a.w ajarkan.Tidak boleh ada 'inner circle' punya mesyuarat.Tiada mesyuarat kecil-kecil atau tak rasmi.Apa yang diputus mesyuarat itulah dia.Jadi tiadalah tiba-tiba terangkat sang pembunuh atau peliwat negara (sebagai contoh,saya tak maksudkan sesiapa) atau tiba-tiba terangkat perompak rakyat atau perasuah terhormat.Sebab demokrasi bertunjangkan meraih undi.Dan cara meraih undi ikut faham Machiavelli.Matlamat menghalalkan cara.You understand me?

Anda boleh buat apa sahaja asalkan anda naik jadi pemimpin.Buat ceramah sana,buat ceramah sini.Tipu sana tipu sini.Lepas itu buat janji-janji manis.Sebar propaganda.Kempen sana kempen sini.Tetapi sistem Syura tidak.Ia sistem senyap yang praktikal.Yang benar-benar berkualiti sahaja yang akan naik jadi khalifah.
You see?

Tapi abang Mat dan Cik Kiah sekalian...INI BUKAN SISTEM KHALIFAH YANG DITUNTUT KETURUNAN SULTAN SIAM AL-MERONG,TETAPI SISTEM MONARKI.

Sistem monarki ini pula 'dipaksa'kan ke atas wilayah yang bukan pun milik dia.Anda tahu sistem monarki?Ia sistem raja secara warisan keturunan.Dalam kes ini sudah tentu yang akan jawat jawatan Khalifah Benua Malaysiam adalah keturunan SULTAN SIAM AL-MERONG PUASA.Keturunan lain tak boleh,terutama keturunan Merah Silu,sebab keturunan ini keturunan lanun-lanun perompak takhta Sultan Siam.Bila mereka naik nanti jadi 'ruling house' kat Malaysiam,keturunan raja-raja Perak akan disumbat dalam penjara bawah akta ISA kerana bersubahat dengan Sukuthai (suku kafir) dan Inggeris.

Ustaz Megat Cybertrooper Saiburi tak pernah belajar sistem khalifah ke?Memalukan.Buang boreh aje kita hantar dia belajar kat Jordan.Ini yang kita dapat?Hikayat Naruto dan Supersaiya yang mampu dihidangkan kepada kita?:DDD

Dok pi kutuk Universiti Al Azhar katanya universiti sekular.Ini balik dari Jordan...mak aii...sistem khalifah pun bukan,sistem sekular demokrasi pun bukan...tuuu diaaa....SISTEM MONARKI BERASASKAN KETURUNAN.Sistem Firaun rupanya yang dibawa.Masya Allah.

Oklah...saya berlembut sikit.Nampak kasaq kan?Wahai Ustaz Megat,saya nak tanya dengan ikhlas...ini sistem khalifah ke sistem monarki berasaskan keturunan.Layakkah keturunan Seri kalau ada nanti yang bijak bistari alim ulamak dilantik jadi Khalifah Benua Malaysiam?Keturunan abang Merah Silu macam mana?Layakkah.Bila anak Merah Silu besar nanti contohnya,bolehkan dia hantar application ke jawatan Khalifah?Hantar surat kedat macam yang ustaz Megat buat sekarang?

Lihat petikan ini:

"Dalam artikel ini ana siarkan surat terbuka bertarikh 15 September 2010 tentang tuntutan aset-aset dan tahkta Sultan Mahmud Syah Akhirul Zaman yang berpusat di Kota Lukut, Port Dickson Negeri Sembilan"


What the hell of this?Kenapa nak tuntut aset-aset dan takhta Sultan Mahmud Syah?Itu raja daerah sahaja.Saya nasihatkan tuntut aset-aset Sultan Syariff Syah Raja Ligor dan Raja Ayutthaya Borommoraja Ekathat.Baru syiok sikit ;DD

Anai-anai tuntut takhta Borommoraja Ekathat,yup...baru ana respek ustaz.Ini ustaz memandai tuntut takhta Melaka apahal?Susah nanti kena fight dengan Raja Nor Jan Shah.Tak ke naya nanti.


Kita petik lagi,jangan tak petik:

"Bandar Baru Pusat Pentadbiran Nagara " Putrajaya " atau nama lamanya Prang Besar menjadi saksi bagaimana Raja Daerah Minangkabau yang memberontak membantu pihak kafir Kristian Belanda merampas Kota Islam Portugis iaitu kota pertahanan tentera upahan Portugis Islam yang bertugas mengawal Selat Melaka dan mempertahankan kesultanan Ahlul-Bait Quraisy Kedah Tua Merong Maha Wangsa di negeri (Semenanjung) Melaka ini."

What the hell of this?Raja Daerah Minangkabau memberontak?Oh ya,itu yang orang Siam ni kata Minangkabau maksudnya Minang Derhaka.What the sick of that?Takkanlah orang Minang namakan negeri mereka kat Sumatera tu Minang Derhaka?What the kind of stupid they are?Very funny la ustaz Megat Siam ni.Apa dia?Kota Islam Portugis?Apekebende tu kata oghang Peghak.Ya?Tentera Upahan Portugis Islam?What the...owh...man (gelak berguling-guling).Lagi?Apa dia?Kesultanan Ahlul-Bait Quraisy Kedah Tua Merong Maha Wangsa.Wow!!What is this?Kami tidak pernah dengar pun (sambil kesat airmata menahan ketawa).

Kalau dulu saya respek tulisan Naim Firdausi berbanding Anai-anai,dan saya kira Anai-anai semakin merapu.Tetapi Ustaz Megat ini 100X kali supermerapu dari Anai-anai.Cuba periksa artikel terbaru Blogsejarahnagarakedah.Artikel Anai-anai lebih akademik dan berisi.

Anak mau petik lagi ya Ustaz:

"Sekian dan dengan ini di persembahkan Surat Tuntutan dari Dato' Bendahara iaitu Yang Teramat Mulia Tuanku Nai Long Kasim ibni Almarhum Nai Long Ahmad, semoga kita tahu siapakah pemilik asal kawasan Nusantara, Benua Siam atau Indo-China, Lautan Hindi hingga ke Sri Lanka dan Madagaskar sehinggalah ke kepulauan Oceana iaitu Australia, New Zealand, Hawaii, Solomon, Fiji dan lain-lain serta Timur Jauh, wassalam"


Owh man...you know what is this.Apa kes ni?Pemilik asal kawasan Nusantara, Benua Siam atau Indo-China, Lautan Hindi hingga ke Sri Lanka dan Madagaskar sehinggalah ke kepulauan Oceana iaitu Australia, New Zealand, Hawaii, Solomon, Fiji dan lain-lain serta Timur Jauh????????????????
Waras ke tak waras Ustaz Megat ni?Sampai Timur Jauh nun sana si Siam ni memerintah.Bila masa pulak?Oh ya,Ustaz Megat lupa nak sebut Eropah sekali sebab Anai-anai ada sebut Albania.Albania ni di bawah daulah Khalifah Quraisy-Siam PUasa Monggol-China Merong Jawi (panjangnya gelaran empayar).Saya dah tak tahu kaum apa Siam Kedah ni dicacamarbakan oleh Ustaz Megat ni.Jadi tak tentu hala.Campuran Monggol,India,China,Arab Quraisy kemudian anehnya bertukar!...jadi Melayu dan tulis Jawi.Pening,pening.

Lepas tu siap crop gambar lelaki sedang berdiri dalam satu peta Perancis dan tulis:

"SUDAH TERANG LAGI BERSULUH GAMBAR RAJA SIAM KEDAH SYBURI MERONG MAHA WANGSA DI DALAM PETA PERANCIS 1754 M JELAS TERPAMPANG MEMAKAI SERBAN, BERJUBAH DAN BERJANGGUT"


What's your problem?Ada tulis situ "Hai...saya Raja Siam Cadbury.Nak coklat?Ini no. tel saya 010-12345678.Call ye jangan tak call...bye..."

Memandai je Ustaz Megat buat kelakar.Gaya baju orang Eropah memang berjubah masa tu.Tengokla Captain Jack Sparrow macam mana.Siap berjanggut berpintal-pintal.Oh ya...saya lupa Ustaz tak layan filem.Ustaz berzikir dalam gua 24jam.Aduh...kerdilnya saya yang penuh dosa dan noda ini banding ngan Ustaz Cadbury.

Hai...rasa nak petik lagi tapi malaslah.Kalau rajin saya update sikit-sikit.Baca yang ada sementara ye.

Saya nak petik akhir...sekali tapi ini dari seorang pengikut tegar Ustas Siam dalam ruangan komen.Dia membahasakan diri sebagai Salahaddin.

Lihat ye:

"Merujuk pada nama MALAYSIA kemungkinan besasar MALAYSIAM atau MELAYU SIAM .XIAN,XIAMMEN,Siam,MALAYSIAM=MALAYSIA"

Ini anak murid Megat Al-Jefri.Suka buat karangan superdongeng Naruto Uzumaki Jiraiya.Kalau industri manga top kat Malaysia,ustaz Megat dan Salahaddin akan kaya sekelip mata.Tak payah tuntut takhta dah.Buat komik aja.

Tetapi Salahaddin,saya nak jawab satu persoalan anda.This is a good question:


"Saya tengok pada catatan Srikandi dan saudara Megat dan dari sumber ilmiah memang kita dah ada meriam ,senapang ,kapal perang ,duta ,peta navigasi.Boleh kata kejadian Hang Nadim pada zaman atau tahun 1600 masihi.KITA ada empayar hebat,Mellaka.Semua orang Melayu tau Melaka,pendek kata tau belaka.
PERSOALANNYA,MACAM MACAM PERKARA KITA buat MASA KITA SANGAT MAJU DI WAKTU ITU.Awat todak tu bahaya sangat ka?Pakai batang pisang ja.TAK ADA BOM IKAN?PUNYA CANGGIH TEKNOLOGI PUN BOM IKAN TAK ADA.Maju lagi budak lani buat bom bila raya mesti putus dan buta,bila bom ikan discharge sendiri(sumber PDRM)"



Salahaddin,

Peristiwa Singapura dilanggar todak itu bukan tahun 1600 Masehi.Ia ketika keluarga Parameswara,masih memerintah Singapura.JIka kini Kesultanan Melaka dipastikan bermula tahun 1262,maka kerajaan Temasek lebih awal dari itu.Dan teknologi persenjataan muncul pada abad ke-14,itu adalah teknologi musket.Sebelum itu sudah muncul prototaip musket yang awal,yang digunakan Portugis ketika menyerang Melaka.Jadi anda boleh fikir sendiri bagaimana situasi ketika itu.Jadi pengetahuan sejarah kena ada cross-reference dengan ilmu lain.

Okla,hiburan dah tamat.

Apa-apa nak tambah nanti saya update lain ye.











~Srikandi
Angel of history
 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore