Friday, November 13, 2015

Pandai Besi






Baru-baru ini Cik Seri ada menonton Majalah 3 (9nov) dan yang bestnye ada cerita pasal pandai besi di Kelantan.

Tepatnya di Bunut Susu,Pasir Mas.Menurut salah seorang rakan Cik Seri,kawasan ni memang terkenal dengan beberapa pandai besi.

Dalam program tu,Cik Seri menonton salah seorang dari mereka yang digelar Abe Lan.Beliau satu-satunya yang buat keris berpamor.

Beliau menyatakan bahawa untuk membuat sebilah keris yang ditempah,sebanyak 7-8 jenis besi hendaklah digunakan dan dicampur untuk menghasilkan karya yang bermutu tinggi.

Okay,setakat ini celoteh ringkas Cik Seri.

Jumpa lagi pada coleteh lain kalinya....












Saturday, August 15, 2015

Mengapa Sejarah Kamu Tak Jadi Kpop?



Saya nak bagitahu kepada cendekiawan atau cendawan-cendawan di luar sana,mengapa sejarah menjadi sesuatu yang agak membosankan dan tak kpop sebelum ini.

Sejarah tidak menjadi kpop kerana pendekatan kamu sendiri yang amat membosankan tahap neraka wisma 18 tingkat.Kamu dan kamu hanya membataskan sejarah itu di dalam forum-forum elit yang poyo dan memeramkan manuskrip dan artifak sejarah seperti kimchi yang busuk.

Kemudian,kamu rasa nak mengepopkan sejarah,kamu berfikir dengan teori goblok kamu iaitu dengan mengacau dan memprovokasi sejarah Melayu,dengan harapan portal-portal tajaan NED berminat untuk menaikkan tesis-tesis rasis kamu di dada-dada berbulu alam maya bunian.

Ini salah,wahai cendawan.Kamu tidak perlu mendowngrade-kan orang Melayu yang beragama Islam dengan memprovok kewujudan dan sejarah mereka.Ini adalah salah dan berdosa.Dosa kamu ialah kamu berbohong kerana berfikiran laksana Micheal Chick dan John Doe.

Kamu ingin menipu namun rekod-rekod Dinasti Liang,Song atau Ming mengatakan sebaliknya.Kamu ingin berbohong namun catatan para pengembara Arab dan Parsi menuliskan berbeza.Kamu ingin mengepopkan sejarah versi kamu tapi akhirnya kamu menjadi seperti aiskrim pop.Rapuh,nampak bodoh dan murah.

My history is immortal.Kamu dan kamu jika sangat miskin sehingga ingin merampas tanahair ini dari golongan marhaen pribumi yang tidak tahu apa-apa pasal muslihat politik,silakan.Silakan penuhkan sehingga bawa ke kubur dan jirat-jirat kamu.

But my history is immortal.Jika kamu berbohong,saya akan perintahkan roh emperor-emperor imperial China berbicara sejarah kami.Dari dinasti ke dinasti.

Sekarang kamu tahu mengapa sejarah kamu tak menjadi kpop.Keluarlah dari pejabat sejukbeku kamu dan belalah rakyat marhaen.Tidak perlu membela para Sosialis yang chauvinis,kerana sejarah bukan politik sampah mereka.

Sejarah adalah untuk mereka yang jujur,patriotik dan cintakan tanahair.

~Srikandi
Don't hide my Chronicles behind your blood of war.I'm vampire of history.

Untuk yang belum mendapat akses penuh ATBM V, klik sini: http://goo.gl/1QBIQK

Sunday, July 19, 2015

Sesi "Educate Urself" Di Pagi Raya

kredit: inagist.com




Salam semua!

Kali Cik Seri nak berceloteh tentang satu kejadian di pagi raya di kampung.Masa raya pertama tu,banyakla kaum kerabat Cik Seri berkumpul bersama-sama,termasuklah geng2 sepupu-sepupu Cik Seri,terutama sepupu-sepupu lelaki yang bajet hensem.

Sekarang ni dah diorang dah mula pakai baju raya berkilat2 pastu cam ada design "pangkat askar" kt bahu tu.Tapi itu lantak koranglah.

Diorang suka buat kecoh.Sekali nampak Cik Seri ada kat situ,mulalah nak provok Cik Seri.Diorang tau Cik Seri tutor subjek sejarah kat U tapi xtau Cik Seri ni adalah Srikandi yang undermetal kat internet tu hihi.

Diorang mula provok kat Cik Seri pasal bahasa Melayu yang ada perkataan Urdu.Persoalan tu dari sepupu Cik Seri yang belajar hadis kt madrasah di India.Dia kata bahasa Melayu ni berasal dari Sanskrit dan Urdu.

Jawapan Cik Seri:

Apa yang peliknye,tengok sekarang bahasa teknologi moden pakai istilah pinjaman Inggeris misalnya televisyen ni yg korang dok tengok sekarang.Radio,komputer,internet bla..bla...semua tu dari Bahasa Inggeris.Adakah sebab itu Bahasa Melayu asal dari Bahasa Inggeris?


(Sepupu belajo agama tp fail subjek antropologi): habis tu,perkataan Urdu/Sanskrit dalam bahasa Melayu apa citer?

Saya jawab: Faktor agama Hindu-Buddha dan perdagangan antarabangsa.Jadi masa ni serapan istilah berlaku.
Wei...korang yang terlampau duduk bawah mangkuk megi ni,pegi la tengok bahasa Thai,Kemboja,Burma semua...memang berlambak perkataan Sanskrit lagi2 sekarang mereka masih menganut agama Buddha.Tapi istilah Sanskrit mereka dalam slang bahasa mereka le.

Dah duduk bawah mangkuk megi...pastu salahkan bahasa sendiri.Ini common sense la...pertukaran bahasa,budaya takleh elak dalam budaya ekonomi antarabangsa.Lainla bangsa korang ni berniaga dengan monyet dalam hutan,dok hulu xtau pape.

Ada sepupu lain: Eh tul la,bahasa Thailand ada gak Sanskrit...tapi sebut loghat siam lah.

--------------------

Pastu ada pulak mamat sepupu ni pi kata Mahsuri tu keturunan Thailand.What the hell "keturunan Thailand"?????

Jawapan saya:

Apsal lak Mahsuri keturunan Thailand?Thailand pun baru muncul zaman moden tau tak?

Kalau korang nak tau,bangsa Thai ni asal duduk kat belah2 Yunnan sana tu,selatan China.Pastu dinasti Tang langgar kampung kerajaan diorang.Pastu dinasti Yuan langgar pulak...diorang diaspora ke Indochina.Diorang lama2 makin banyak dan kuat langgar pulak kerajaan Angkor kat Kemboja tu...

Sepupu menyampuk: Owh....Angkor Wat...

Saya sambung... : Pastu diorang ke selatan lagi,langgar pula kerajaan2 Melayu mcm Ligor,Singgora dan Patani,ni yang paling last jatuh.

Thai ni nak pegi selatan lagi,kalau boleh nak amik Kedah,Kelantan,Terengganu semua..tapi British sekat sebab mereka pun ada kepentingan kat negeri utara tu.Selepas perjanjian British-Siam tu,itule yg kita tengok hari ni.

Bila korang dah tau kisah ni,apsal lak Mahsuri asal Thailand,Thailand pun xde masa Mahsuri idup.

Sepupu: eh..nape budaya Kelantan ada mcm Siam?ni maknanya itu semua dari Thailand.

Saya: Kalau korang nak tau,bangsa Thai ni la bangsa peniru.Cube le google istana Kemboja macam mana,kan sama dengan design istana Thailand?Tapi Angkor Wat dan tamadun Angkor tu lebih tua dari bangsa Thai so bangsa Thai ni peniru je.

Bab tarian dan kesenian,mereka ada tiru dari kebudayaan Melayu lama kat Segenting Kra dan utara macam Kelantan tu.Menora,Mek Mulung wayang kulit dll semua asal dari Kelantan,bukan Kelantan cedok dari mereka,faham?

Muay Thai..asal dari Bokator atau tomoi Kemboja tu...buktinya kat dinding kompleks candi di Kemboja ada terukir aksi-aksi tumbukan siku dan lutut tu.

 Sepupu: wah!! ni xpernah dengar ni Iti....bestlah pulak aku dengor


Saya: Tu lerr...len kali baca....buta sejarahla korang ni hahaha



=================


~Cik Seri





Saturday, July 11, 2015

Catatan Ramadhan: Bahasa Melayu Lingua Franca Agama Islam




Pada sabtu,11 Julai 2015,saya telah 'ditemukan' dengan dua rancangan televisyen yang mengesankan.Satu di TV1 sebelah petang,satu lagi di TV3 sebelah malam.Ikuti catatan saya yang asalnya saya posting di status fesbuk saya.








            =====================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Area 33
   
          ======================================================

Tadi saya tengok rancangan Semarak Bahasa di TV1 "dari Kubang Pasu ke Segenting Kra".Ada seorang pengetua madrasah swasta Darul Maarif kata Bahasa Melayu slang Kedah di Satun (Setul) pada ketika ini hanya generasi lama yg fasih.Yg generasi muda ada yg cakap sekerat2 (mix Melayu-Thai) dan ramai yg cakap Thai je walau sesama melayu.

Tapi...

Beliau kata,sekarang ni,generasi Melayu di Satun terutama yg muda agak menyesal dan mereka mula menubuhkan institusi bahasa Melayu di politeknik dan universiti.

Mula2 saya pelik ttg "menyesal" tu.Kemudian ustaz tu bagi clue sikit.

Sbb bahasa Melayu ni bahasa perantaraan agama Islam di Thailand dan banyak ilmu2 agama sama ada kitab2 kuning atau moden dalam bahasa Melayu (pada abad ke-17,bahasa Melayu adalah bahasa utama ilmu2 Islam selain Arab dan Parsi).

Keduanya,bahasa Melayu masih bahasa utama Asia Tenggara dengan variasinya bahasa Indonesia yg meluas.Ustaz tu sebut "bahasa nusantara".

Kemudian saya menonton salah satu kelas bahasa Melayu.memang mereka semua cakap Kedah,dan cikgu tu pun mengajar dlm bahasa Kedah.Saya pelik tapi kemudian saya dah faham,mereka sebenarnya belajar istilah2 moden takde dlm bahasa Kedah Satun mereka yg ketinggalan berpuluh tahun.Sebabnya saya lihat mereka belajar istilah mcm "pejabat pos",lampu isyarat","pusat beli-belah" dll yg selama ini mereka pakai bahasa Thai utk sebut semua benda tu.

Buku teks tu pun ada gambar menara KLCC.

Kemudian ustaz tu minta Prof Dr. Asmah Hj Omar supaya war2kan bantuan buku2 dari pihak Malaysia.


Kul 9 tadi pulak saya menonton rancangan "Madrasah" kat TV3.Si Fitri pengacara tu pergi ke Vietnam menjejak sistem pengajian agama kat sana.Ada beberapa perkara menarik.

Semua imam dan bilal kat sana,xkira asalnya orang Cham ke atau mmg orang Vietnam yg ditemui Fitri semua fasih cakap Melayu.Terutama sekali yg bukak madrasah.Ada imam madrasah tu fasih 5 bahasa,Khmer,Melayu,Vietnam,Inggeris,Arab.

Kesimpulan yg saya buat,bahasa Melayu memang 'compulsory' dlm institusi keilmuan Islam di Vietnam.

Ada org makcik Vietnam/Cham yg menyanyi satu lagu mcm qasidah,ada sebut nama Allah sekali-sekala,bila saya fokus dengar,rupanya dalam bahasa Melayu tetapi slang dia pelik sangat.Saya mengesan perkataan "wajib beriman"..

Kebanyakan madrasah mesti ada sesi kelas belajar bahasa Melayu.Kitab-kitab agama mereka kebanyakan dalam bahasa Melayu tulisan jawi.Ini begitu mengesankan saya.
Saya begitu terharu ramai bebudak tahfiz bangsa Vietnam belajar bahasa Melayu dalam satu kelas.Bersungguh-sungguh mereka sebut perkataan,nombor dalam bahasa Melayu.Ini mengingatkan saya ttg gadis Satun yg menyebut "pejabat pos" dalam rancangan "Semarak Bahasa" siang tadi.



Saya terfikir betapa bahasa Melayu tetap berperanan sebagai medium ilmu agama di Indochina.Betapa Allah swt muliakan bahasa ini.Kesan sejarah yg mencatatkan pada abad ke-17,bahasa Melayu mula menjadi bahasa utama keilmuan Islam selain Arab dan Parsi masih kuat.Sampai sahaja para pencari ilmu agama Islam di Asia Tenggara,akan mendapati bahawa bahasa Melayu menjadi lingua franca semua madrasah dan institusi agama selain bahasa Arab.


~Cik Seri


 Klik sini untuk daftar kursus percuma saya >> http://historianlodge.historiansecret.com/?page_id=282

Friday, July 10, 2015

Logik Buta Sejarah



Saya telah menerima banyak soalan tentang satu kenyataan yang sebenarnya amat senang untuk dijawab dan berulangkali muncul dalam pelbagai gaya.

Siapa yang banyak membaca bagaimana  saya menjawab persoalan tentang sejarah Melayu di laman ini akan faham bagaimana untuk menangani masalah buta sejarah begini.

Provokasi jenis ini akan buat logikbodoh begini:

Hindu=Tamil

Kerana dalam sejarah Melayu sebelum kedatangan Islam,kebanyakan kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara menganut agama Hindu-Buddha.Jadi logik dia ni sebelum Islam,semua Hindu adalah orang Tamil,lepas Islam tetiba pulak muncul orang Melayu.

:D

Apa yang berlaku sebenarnya,orang Melayu beramai-ramai memeluk agama Islam dimulai dengan raja-raja Melayu,meninggalkan agama Hindu-Buddha,animisme dan lain-lain.

Cuba lihat logikbodoh itu diaplikasikan:








Ulasan:

1) Hindu bukan bermaksud Tamil."Parameswara" bukan jadi Tamil apabila menganut Hindu.Adakah orang Melayu beragama Islam maka tiba-tiba menjadi orang Arab?Ingat,AGAMA BUKAN BANGSA.

2) Tanpa Parameswara,banyak faktor-faktor lain yang akan memungkin orang Melayu masuk Islam.Orang kat Kedah,kat Johor,kat Kelantan malah orang Terengganu lebih awal memeluk Islam berbanding Melaka dengan bukti Batu Bersurat Terengganu.

3) Parameswara bukan emperor seluruh Asia Tenggara sampai boleh halang "Arab traders" masuk berniaga.

Moral:

Orang Melayu memang pribumi Malaysia.Sejarah dan kerajaan-kerajaannya diiktiraf sumber-sumber antarabangsa.Setakat pakai logik bodo Hindu=Tamil amatlah mudah untuk ditepis.Pendatang tetap pendatang walau nak spin laju mana sekalipun sebab sejarah tetap ada sampai kiamat.It's fact.Tinggal lagi siapa yg rasa warganegara Malaysia kena bersikap harmoni di antara satu sama lain,sama-sama cari makan dalam negara dgn aman.Kalau semua nak rasis,xpuashati sebab dulu nenekmoyang kena angkut British jadi kuli kat Tanah Melayu,susahlah semua orang dalam Malaysia hari-hari gaduh.


~Srikandi

Thursday, June 18, 2015

Terma "Melayu" Untuk Payung 'Mereka'





Dalam konteks politik Malaysia,terma "Melayu" dipakai untuk payung suku2 pribumi yg 'related each other' dengan Melayu mcm suku2 Jawa.Bugis,Banjar dan sebagainya,yang terbaru ialah Cham.terutama jika anda perasan sebab lain seperti beragama Islam.Ia sebab nak bantu dari segi ekonomi dan keistimewaan ekonomi.

Melayu pula jadi 'melting point' semua suku-suku Malayic yg berkaitan.Takkanlah orang Jawa lebih 'melt' kepada etnik Hokkien kerana budaya,agama dan kelompok bahasa yang berbeza.Perkahwinan campur antara sesama suku (Melayu+Jawa,Melayu+Bugis dll) adalah 'common sense' sosiobudaya sesama kelompok sama mcm bangsa-bangsa Eropah seperti Frank,Dutch,Norman,Irish dll.Sebab itu,orang-orang Mendeling,Rawa,Boyan dan sebagainya lebih 'melt' kepada budaya Melayu atau bahasanya sebab budaya mereka saling berkait dan bahasa mereka dalam kelompok linguistik yang sama

Sebab tu,mereka yang berkaitan dipayung sebab nak bantu diorang survive dari segi ekonomi dan memudahkan mendapat bantuan kerajaan.That's why,ada yang nak 'jadi Melayu' atas sebab ekonomi semata-mata,juga...peluang politik.

Dari segi sejarah,bangsa Melayu memang menggunakan faktor ekonomi untuk penyatuan,tidak sepenuhnya menggunakan kekerasan imperialisme.Srivijaya tertegak atas strategi 'syarikat perdagangan' besar-besaran,bukan atas idea imperialisme barat.

Tidak seperti penyatuan bangsa Han ke atas seluruh etnik Sino-Tibetan atau idea 'nam tien' (dasar perluasan ke selatan) oleh Vietnam atau sejarah monarki Thailand dan Burma yang lebih kepada pergerakan ketenteraan pada masa silam,hegemoni empayar dan kerajaan Melayu menggunakan senjata dan peluang ekonomi untuk penyatuan sesama suku.

Dalam sejarah politik Malaysia,tiada satu pun dasar kerajaan yang memaksa sesiapa jadi 'Melayu' sepertimana dasar Thailand yang memaksa rakyatnya menjadi 'Thai'.

Istilah Melayu Jawa,Melayu Banjar atau 'masuk Melayu' adalah sekadar jargon di kalangan masyarakat dan bukannya dasar atau akta kerajaan.

Memasukkan suku-suku nusantara ke dalam term 'Melayu' adalah untuk memudahkan konteks dalam perlembagaan,gunanya untuk mudah menyalurkan bantuan ekonomi.'Melayu' & 'Bumiputra' adalah dua entiti yang diberi keistimewaan yang mana dipersetujui dalam Kontrak Sosial.

'Memudahkan konteks' di sini dengan kata lain,menjimatkan ruang dalam kertas.Untuk menyebut satu-satu etnik nusantara di dalam perlembagaan adalah kurang efisien.Maka disatukan dalam konteks 'Melayu'.

Kontrak Sosial secara ringkas bersetuju menerima para imigran yang jumlahnya agak besar ketika itu,dan pada masa yang sama,para imigran bersetuju menerima konsep hak keistimewaan pribumi.

Jadi konsep kena faham.Tiada siapa paksa masuk Melayu.Di sana ada sesuatu yang mulia dan pengorbanan tertentu untuk melihat insan lain cukup makan dan pakaian.Walau 1001 keburukan dan fitnah dicampak atas bangsa ini,insya Allah,Dia Yang Maha Mengasihani pasti menjadi tempat terbaik untuk mengadu.


~SK


gambar kredit: tedikustandi.files.wordpress
gambar sekadar hiasan.

Tuesday, June 16, 2015

Sasterawan hamba politik




aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....


-A. Samad Said


Apa yang hendak dilakukan mestilah menguntungkan agama,bangsa dan akhir sekali diri sendiri.Mengutamakan keuntungan diri sendiri secara semborono akan membawa padah.

Jika padah itu pada dia seorang,aiman pun tak kisah,tetapi padah itu akan terpalit pada generasi dia nanti.

Orang Cina pada dasarnya adalah umat yang baik-baik dan dikurniakan kelebihan tertentu,namun mentaliti seberang laut,mereka mesti survive dalam apa jua cara sekalipun.Ini mesti difahami psikologi Cina seberang laut.

Di sana terdapat dua mentaliti:

1) Survive dalam ekonomi
2) Survive dalam politik

Jadi mereka bekerja keras untuk ke arah ekonomi yang selesa.Ini lumrah dan fitrah manusia.Tetapi terdapat puak kedua yang ingin survive dalam politik,dan dari sini lahirnya Komunis,Chauvinis dan Sosialis dari kaum itu.

Puak pertama dari pemikiran begitu adalah Komunisme.Ini bukan wayang atau main-main,sejarah membuktikan mereka adalah ganas dan melakukan pembunuhan.Matlamat tidak menghalalkan cara.Ini katakuncinya.

Puak kedua adalah DAP dan PAP yang merupakan serpihan dari perjuangan komunis dengan ideologi yang chauvinis.

Pak Samad mesti belajar sejarah.Tetapi mengapa beliau sanggup menjadi 'hamba DAP'?

Kepentingan diri.

Di sana ada konflik tentang buku dan kerjayanya yang bersangkut dengan kerajaan.

Isu paling kemuncak ialah sewaktu PPSMI dahulu.Meng-Inggeris-kan pendidikan negara dikhuatiri akan melingkupkan periuk nasi para sasterawan.

Kekecewaan.Kekecewaan kerana dilayan teruk semasa memperjuangkan isu.Jadi,ia mengimplankan ke dalam minda Pak Samad,bahawa kerajaan ini jahat,walaupun sebelum itu,beliau dilayan baik atas kerana bakatnya dan diberi anugerah lagi.

Spesis ini memang wujud.Tun Mahathir juga ke arah menjadi Dark Vader.Adalah lebih baik beliau sekali-sekala menasihat,supaya legasinya terpelihara dalam legenda dan penghormatan.

Sejarah telah membuktikan,bahawa negara dan tamadun boleh runtuh,malah nasib satu bangsa boleh jahanam kerana orang-orang yang kecewa dan tidak waras kerana emosi.

Menghukum kerajaan dan bangsa dengan memihak kepada paksi musuh adalah satu tindakan gila yang hanya dibikin oleh orang yang putus cinta.

Menghukum sekelompok manusia atau institusi dengan menghujamkan bom atom ke atas nasib satu bangsa adalah zalim dan barbarian.

Mengaku sanggup menjadi 'hamba' kepada institusi yang benci kepada bangsanya adalah sesuatu yang malang dan mengulang-ulang sejarah basi para pengkhianat yang kecewa dengan raja yang korup dan zalim.Jika tindakan para pengkhianat tadi hanya terkesan kepada sang raja atau politiknya tidak apa,tetapi selalunya para pengkhianat menembak seluruh rakyat dengan mesingan berpeluru besar untuk menawarkan dendam kesumatnya.

Ada cara lebih bijak dan berhikmah dari itu.Pasti ada.

Semoga Pak Samad menukar fikiran dari menjadi hamba DAP kepada menjadi hamba kepada Allah dengan bersolat jemaah di masjid,menghadirkan diri ke kuliah agama di surau atau masjid,membaca Quran dan berzikir atau menyokong usaha dakwah,kerana tanah perkuburan Islam sudah merindukan janggut Pak Samad ketika usia senja ini.Zaman-zaman revolusi dan anarki biarlah diterajui orang muda.

aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....


Adakah dengan menjadi hamba DAP,maka orang Melayu akan bersatu dan hebat?Sekali lagi matlamat tidak menghalalkan cara,dalam konteks ini,matlamat yang betul tidak menghalalkan cara yang bengong.

~SK









Sunday, May 10, 2015

Bangsa & Bangsat

Tak bertanah,dihalau,miskin.Semua ini akan dinikmati oleh anak cucu kamu bila sekarang kamu dan kamu tidak bergerak untuk membela nasib generasi kamu akan datang.



Apabila nasib sesuatu bangsa menjadi bangsat,adalah amat sukar untuk memulihkannya,biasanya mengambil masa bertahun-tahun.

Tanda-tanda sesuatu bangsa menjadi bangsat ialah apabila ia hilang kuasa ekonomi dan politik.

Kuasa ekonomi boleh jahanam apabila ada pihak yang diamanahkan supaya menjaga ekonomi,ia bersikap bangsat.

Dalam negara kita,ada beberapa badan awam yang jadi tabung duit rakyat macam KWSP,Baitulmal dan Tabung Haji.Badan-badan ini akan mula menjadi bangsat apabila dipaksa menjadi bangsat kepada masalah orang lain yang sememangnya bangsat.

Contohnya baru-baru ini masalah satu dana kerajaan telah diselewengkan oleh sekumpulan orang asing dan perasuah.Yang menyedihkan,yang kena tanggung semua 'dosa-dosa' mereka ini adalah Tabung Haji yang ada oportunisnya memiliki medulla oblongata di lutut-lutut mereka..

Dipaksarela untuk membeli sesuatu dengan harga tinggi adalah kaedah membodohkan Homo Sapien & Homo Erectus yang basi di mana Malaysia telah menjadi bengong kerana menjual air dengan harga rendah kepada Singapura dan membeli air terawat kembali dengan harga tinggi dari sana.

Hukum Pareto mengesahkan 20 peratus kesan akan menyebabkan 80 peratus kesan yang lain.20 peratus 'orang bijak' di dalam Tabung Haji mampu menyebabkan seluruh bangsa menjadi bangsat sepertimana orang Rohingya yang terpaksa memakan daun-daun kayu di dalam hutan di Thailand dan disembelih macam ayam oleh ejen penyeludup manusia apabila tiada duit nak bayar sewa 'kem konsentrasi' mereka.

Kenapa,bila dana awam diselewengkan oleh orang asing dan perasuah,yang kena tanggung adalah dana rakyat yang lain,terutama entiti orang Islam macam Tabung Haji?

Adakah kelembapan dan karenah birokrasi Pusat Zakat juga ada kaitan dengan benda-benda yang menyakitkan hati ini?





Kenapa kebodohan sekelompok manusia yang tamak,dipindahkan kepada Tabung Haji atau Baitulmal atau KWSP yang duitnya adalah duit dari majoriti golongan yang hidupnya siang malam berada di Rat Race dan di kuadran E dan S?

Nasib keluarga kamu tidak akan menjadi bangsat esok,tapi cucu-cicit kamu nanti bakal memakan daun-daun kayu macam pelarian Rohingya di Thailand jika kamu dan kamu tidak bersuara menekan para oportunis dalam badan-badan dana awam macam Tabung Haji atau KWSP dari memakan rasuah atau menjadi pengecut kepada 'tauke-tauke' yang memberi rasuah pula kepada ahli politikus yang sifatnya seperti tikus yang menggigit guni beras rakyat.

Bukankah lebih baik,jika masalah dana awam lesap dibebankan kepada 'tauke-tauke' yang menyelewengkan itu?Tidak boleh.Kenapa pula?Sebab tauke-tauke itu yang menyuapkan keluarga para pengkhianat itu api dan batu dari api neraka persekongkolan keji mereka.

Tanda-tanda nasib sesuatu keluarga itu menjadi bangsat ialah apabila ayah-ayah mencuri duit tabung masjid dan ibu-ibu mencuri di pasaraya.Jika kamu dan kamu tidak membetulkan semua kebodohan ini,kelak cucu cicit kamu akan memakan daun-daun kayu sebelum disembelih dan dicampak dalam kubur besar.

~SK




Monday, May 4, 2015

Sudirman & Leslie Cheung





Kita tahu bahawa Allahyarham Sudirman Hj. Arshad digelar 'Penghibur No. 1 Asia' ekoran kemenangan beliau dalam Salem Music Award pada tahun 1989 di Royal Albert Hall yang berprestij di tengah kota London.

Tetapi kemenangan beliau bukan mudah,beliau terpaksa bersaing dengan artis-artis terhebat pada zamannya dan penghibur-penghibur terhebat ini termasuk dirinya tidak pernah mampu diganti oleh artis-artis pada hari ini.

Antara saingan terkuat beliau adalah penyanyi bertahap diva di Filipina,Kuh Ledesma,Anita Sarawak dari Singapura ketika itu dan legenda Cantopop,Leslie Cheung.

Saya pada mulanya seakan tidak percaya mendiang Leslie Cheung turut menyanyi dalam acara itu kerana beliau ini memang cukup 'lejen' ketika itu dengan filem-filem kegemaran saya seperti The Better Tomorrow dan Once a Thief.

Walaupun di sana ada pepatah mengatakan 'yang patah tumbuh,yang hilang berganti' namun sehingga ke hari ini tiada seorang pun penyanyi di negara kita yang popularitinya merentas
segenap umur,bangsa dan zaman.Tiada yang berani membuat konsert percuma di tengah-tengah Kuala Lumpur jika tidak memiliki tahap seperti aura Allahyarham Sudirman Hj Arsyad.

~Srikandi

kredit: covenantartists.blogspot.com

p/s: dalam gambar ini kita boleh lihat Allahyarham Sudirman berada di tengah berkacamata hitam dengan mendiang Leslie Cheung berada di sebelah Anita Sarawak yang berada di kiri sekali.
 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore