Monday, May 4, 2015

Sudirman & Leslie Cheung





Kita tahu bahawa Allahyarham Sudirman Hj. Arshad digelar 'Penghibur No. 1 Asia' ekoran kemenangan beliau dalam Salem Music Award pada tahun 1989 di Royal Albert Hall yang berprestij di tengah kota London.

Tetapi kemenangan beliau bukan mudah,beliau terpaksa bersaing dengan artis-artis terhebat pada zamannya dan penghibur-penghibur terhebat ini termasuk dirinya tidak pernah mampu diganti oleh artis-artis pada hari ini.

Antara saingan terkuat beliau adalah penyanyi bertahap diva di Filipina,Kuh Ledesma,Anita Sarawak dari Singapura ketika itu dan legenda Cantopop,Leslie Cheung.

Saya pada mulanya seakan tidak percaya mendiang Leslie Cheung turut menyanyi dalam acara itu kerana beliau ini memang cukup 'lejen' ketika itu dengan filem-filem kegemaran saya seperti The Better Tomorrow dan Once a Thief.

Walaupun di sana ada pepatah mengatakan 'yang patah tumbuh,yang hilang berganti' namun sehingga ke hari ini tiada seorang pun penyanyi di negara kita yang popularitinya merentas
segenap umur,bangsa dan zaman.Tiada yang berani membuat konsert percuma di tengah-tengah Kuala Lumpur jika tidak memiliki tahap seperti aura Allahyarham Sudirman Hj Arsyad.

~Srikandi

kredit: covenantartists.blogspot.com

p/s: dalam gambar ini kita boleh lihat Allahyarham Sudirman berada di tengah berkacamata hitam dengan mendiang Leslie Cheung berada di sebelah Anita Sarawak yang berada di kiri sekali.

2 comments:

  1. tahniah dan terima kasih ada posting terkini

    ReplyDelete
  2. urang ida'an antara yg paling kuno(melayu kuno) drpd mana2 bangsa yg trdpt d nusantara pd pendpt sayela cik sri..dlm artikel ini prof. tu kata org dusunic tp sbenarnya lbh kpd org ida'an pd pndpt saya,,perhatikan persamaan perkataan dgn org melayu moden...dan lagi sejarah/legenda raja apoi yg memerintah sabah dulu2,,mungkin (ida'an) keturunan pemerintah/bangsawan yg ditinggalkan slps banjir besar(nabi NUH a.s)... org asli taiwan sebut api iaitu apoi kalau tak silap saya...
    ini link kamus bahasa ida'an >>www.lotpublications.nl/Documents/107_fulltext.pdf ....
    link sejarah ringkas org ida'an>>http://idahansabahcommunity.blogspot.com/2009/04/hikayat-raja-sabah.html

    mohon jasa baik dr cik sri utk tolong kaji tmpt2 kuno org ida'an yg Mungkin ditimbus ladang kelapa sawit atau dihilangkan/disembunyikn oleh british dll .. slmt maju jaya

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore