Tak bertanah,dihalau,miskin.Semua ini akan dinikmati oleh anak cucu kamu bila sekarang kamu dan kamu tidak bergerak untuk membela nasib generasi kamu akan datang. |
Apabila nasib sesuatu bangsa menjadi bangsat,adalah amat sukar untuk memulihkannya,biasanya mengambil masa bertahun-tahun.
Tanda-tanda sesuatu bangsa menjadi bangsat ialah apabila ia hilang kuasa ekonomi dan politik.
Kuasa ekonomi boleh jahanam apabila ada pihak yang diamanahkan supaya menjaga ekonomi,ia bersikap bangsat.
Dalam negara kita,ada beberapa badan awam yang jadi tabung duit rakyat macam KWSP,Baitulmal dan Tabung Haji.Badan-badan ini akan mula menjadi bangsat apabila dipaksa menjadi bangsat kepada masalah orang lain yang sememangnya bangsat.
Contohnya baru-baru ini masalah satu dana kerajaan telah diselewengkan oleh sekumpulan orang asing dan perasuah.Yang menyedihkan,yang kena tanggung semua 'dosa-dosa' mereka ini adalah Tabung Haji yang ada oportunisnya memiliki medulla oblongata di lutut-lutut mereka..
Dipaksarela untuk membeli sesuatu dengan harga tinggi adalah kaedah membodohkan Homo Sapien & Homo Erectus yang basi di mana Malaysia telah menjadi bengong kerana menjual air dengan harga rendah kepada Singapura dan membeli air terawat kembali dengan harga tinggi dari sana.
Hukum Pareto mengesahkan 20 peratus kesan akan menyebabkan 80 peratus kesan yang lain.20 peratus 'orang bijak' di dalam Tabung Haji mampu menyebabkan seluruh bangsa menjadi bangsat sepertimana orang Rohingya yang terpaksa memakan daun-daun kayu di dalam hutan di Thailand dan disembelih macam ayam oleh ejen penyeludup manusia apabila tiada duit nak bayar sewa 'kem konsentrasi' mereka.
Kenapa,bila dana awam diselewengkan oleh orang asing dan perasuah,yang kena tanggung adalah dana rakyat yang lain,terutama entiti orang Islam macam Tabung Haji?
Adakah kelembapan dan karenah birokrasi Pusat Zakat juga ada kaitan dengan benda-benda yang menyakitkan hati ini?
Kenapa kebodohan sekelompok manusia yang tamak,dipindahkan kepada Tabung Haji atau Baitulmal atau KWSP yang duitnya adalah duit dari majoriti golongan yang hidupnya siang malam berada di Rat Race dan di kuadran E dan S?
Nasib keluarga kamu tidak akan menjadi bangsat esok,tapi cucu-cicit kamu nanti bakal memakan daun-daun kayu macam pelarian Rohingya di Thailand jika kamu dan kamu tidak bersuara menekan para oportunis dalam badan-badan dana awam macam Tabung Haji atau KWSP dari memakan rasuah atau menjadi pengecut kepada 'tauke-tauke' yang memberi rasuah pula kepada ahli politikus yang sifatnya seperti tikus yang menggigit guni beras rakyat.
Bukankah lebih baik,jika masalah dana awam lesap dibebankan kepada 'tauke-tauke' yang menyelewengkan itu?Tidak boleh.Kenapa pula?Sebab tauke-tauke itu yang menyuapkan keluarga para pengkhianat itu api dan batu dari api neraka persekongkolan keji mereka.
Tanda-tanda nasib sesuatu keluarga itu menjadi bangsat ialah apabila ayah-ayah mencuri duit tabung masjid dan ibu-ibu mencuri di pasaraya.Jika kamu dan kamu tidak membetulkan semua kebodohan ini,kelak cucu cicit kamu akan memakan daun-daun kayu sebelum disembelih dan dicampak dalam kubur besar.
~SK
SALAM SIK SRI..
ReplyDeleteboleh tak tolong kaji tntng org ida'an..API=apoi..org asli taiwan api=apoi kalau tak silap...
http://idahansabahcommunity.blogspot.com/2009/04/hikayat-raja-sabah.html
http://idahansabahcommunity.blogspot.com/2009/04/lagenda-nenek-apoi-menceritakan.html
www.lotpublications.nl/Documents/107_fulltext.pdf
pendpt saya..
-org ida'an raja/bangsawan/pemerintah asal sabah
-caounter-attack blog/fb asree sulug/moro tu..yg balik2 claim sabah dorg punya...
-selebihnya(kajian)
utk keamanan sabah..
Terimakasih!
ReplyDeleteYa,saya memang tidak bersetuju dengan Asreesulu sebab orang Tausug sudah miliki tanahair sendiri iaitu Kepulauan Sulu,tuntutan ke atas Sabah itu hanyalah semata2 faktor ekonomi.
Salam cik sri,bolehkah andainya cik sri menghantar emel kepada saya di whitecup59@gmail.com?..saya ingin bertanya sesuatu kepada cik sri..
ReplyDeleteemelkan saja kpd srikandisejarah@gmail.com untuk apa2 pertanyaan
ReplyDelete~Srikandi