Sunday, October 1, 2017

Prasasti Berbahasa Jowo di Lembah Bujang?







Walaupun beberapa kali dinasihatkan supaya tidak merepek sesuka hati dan membuat kenyataan main sebat sahaja tentang sejarah Melayu terutama di Malaysia, Erwin Amiruddin masih berdegil dan semakin lama semakin merepek. Padahal dia berusaha bersungguh-sungguh menunjukkan kepada 'mangsa'nya dengan gambar-gambar dia 'turun padang' ke tapak-tapak arkeologi kononnya namun apabila membuat kenyataan, kebanyakan ke laut dan agak-agakan saja. Lebih baik menghantar para ketek dan macan ke tapak-tapak arkeologi kerana hasilnya sama sahaja. Apabila ditegur dan ditunjuk pendapat para sarjana yang memangkah pendapatnya, maka bersegeralah ia mengecop semua sarjana itu sebagai 'pseudohistory', menyesatkan dan sebagainya, malah menentang kajian sarjana kendatipun kajian itu sarjana dari negaranya sendiri semata-mata untuk menegakkan kesalahfahamannya. Bukan sahaja beza antara bahasa dan tulisan tidak difahaminya malah beza antara prasasti juga mendatangkan kekeliruan yang besar kepadanya.


Prasasti pun tak tau nak beza, dia main sebat je. Noob boleh la kena klentong.


Apakah lawak jenaka Erwin kali ini?





Prasasti Berbahasa Jawa di Lembah Bujang, Kedah? Biar benerr?







Ini adalah kesalahan yang AMAT FATAL. Malah dalam kenyataannya di atas, dia menambahkan dengan penuh confident sekali  

"kalau ngga percaya tanyakan pakar di sana...bla...bla.."

Siapakah  pakar yang berjaya menemui prasasti berbahasa Jawa Kuno itu di Lembah Bujang? Waduh..waduh ini aneh sekali. Siapa ya?


Jika mangsanya ialah seorang yang cetek ilmu pengetahuan pasti akan cepat percaya dan tunduk taat kepada scammer sejarah dari seberang ini. Sebagai negara yang besar berpopulasi ramai, Indonesia memang memiliki pakar-pakar yang hebat di kebanyakan bidang namun pada masa yang sama tidak boleh dinafikan ia juga menghasilkan para scammer, penipu dan pembohong yang aneh-aneh dalam jumlah yang besar juga. Yang penting kena selidik dahulu, bukan sahaja dari dalam negara sendiri apatah lagi dari negara luar.

Jawapannya ialah: TIADA PRASASTI BERBAHASA JAWA KUNO ditemui setakat ini di Lembah Bujang.




Beza Aksara Dengan Bahasa


Prasasti Kepingan Tembaga Laguna. Foto : Lucban HHCS



Setelah ditegur dan dikecam oleh netizen, barulah dia cuba membuat U-TURN dengan tergopoh-gapah tambahan pula dia ditegur oleh sarjana dari negara kita akan kesalahan fatal yang memalukannya itu.Sebenarnya memang tidak ada prasasti berbahasa Jawa yang ditemui setakat ini di Lembah Bujang. Yang ada kemungkinan ialah kepingan emas dan perak di Tapak 8 dan 10 yang AKSARANYA ada menunjukkan ciri-ciri tulisan Kawi atau kerap dilabelkan sebagai 'aksara Jawa Kuno'. Tulisan ini tidak semata-mata menuliskan dalam bahasa Jawa Kuno malah ia pernah dipakai untuk menuliskan bahasa Melayu Kuno. Contoh seperti Prasasti Kepingan Tembaga Laguna atau Laguna Copperplate di Filipina dan juga Prasasti Sojomerto di Jawa Tengah. 

Prasasti-prasasti di Tapak 8 dan 10 itu tidak berbahasa Jawa Kuno tetapi berbahasa Sanskrit.

Tiada yang pelik tentang hal ini dan bukanlah perkara yang baru malah ini mengukuh dan mengesahkan bahawa Lembah Bujang adalah pusat pengumpulan komoditi dan perdagangan yang hebat di masa lampau. Tulisan Kawi memang menjadi trend tertentu pada masa itu kerana pengaruh aksara Pallava yang sememangnya dipakai untuk menuliskan prasasti oleh kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara sekitar abad-abad awal Masehi.

Erwin perlu belajar kembali di Sekolah Dasar dengan bocah-bocah bagi membezakan antara bahasa dan huruf. Bahasa adalah cara manusia berkomunikasi. Huruf atau aksara pula ialah set simbol yang digunakan manusia untuk mewakilkan bunyi dalam sesuatu bahasa. Ada huruf yang sama namun dipakai untuk bahasa yang berbeza. Tulisan Rumi misalnya dipakai untuk mengungkapkan Bahasa Indonesia dan juga digunakan untuk mengungkapkan Bahasa Inggeris.



Kesimpulan


Erwin sering menunjukkan foto-foto dia kononnya turut serta dalam melawat tapak-tapak arkeologi di Indonesia. Ini sama seperti para scammer  beraksi di depan kereta-kereta mewah, banglo mewah dan sebagainya untuk meyakinkan si tolol bagi meraih kepercayaan kepada mereka. Ada orang yang lekas percaya semata-mata dia dari 'luar negara' (seberang jer pon). Apa yang penting ialah menyelidik apa yang keluar dari otak para scammer ini, okay ke tak? Tidak kira dari negara mana sekalipun. Tak payah nak goyang sangat. Bergambar di depan candi-candi atau tapak arkeologi, para pelancong, budak sekolah malah ketek dan macan juga mampu dengan jayanya. 

Kemungkinan kalau boleh, Erwin sangat mengharapkan ditemukan 'prasasti berbahasa Jowo' di Kedah seperti di bawah ini:






ayok mangan weteng nge wes ngeleh ki hehe





Friday, June 16, 2017

By Force Not By Chance Part II

Gambar ihsan pembaca dari Jabatan Warisan Negara








Sejarah jika jatuh ke tangan orang yang serabut dan kalut, akan menyebabkan jahanam fungsi dan menghuruharakan  intipati sejarah itu sendiri. Jika kita tiada bakat dalam menterjemahkan ilmu sejarah kepada masyarakat, kita kena bertenang dan akui kelemahan diri sendiri malah tidak angkuh dan sombong tetapi terus belajar lagi dan lagi, walaupun terpaksa belajar dari orang yang lebih muda dari kita..

Pengkritik dalam artikel lepas belum lagi menjawab balasan hujah saya, yang ada hanyalah makihamun sahaja. Sebenarnya benda ni simple je, hujah lawan hujah. Takpayahlah makihamun, marah-marah.

Dia tak dapat jawab, tapi yang termampu ialah menghantar seorang yang disebut sebagai 'ahli sejarah' oleh si pengkritik untuk cuba menjawab artikel itu, untuk tolong menjawabkan bagi pihaknya yang mati akal untuk menepis semua hujah balasan saya. Kira macam pakai 'talian hayat' lah, yakni minta bantuan dari seorang yang didakwa 'ahli sejarah'. Mari kita periksa pemikiran 'ahli sejarah' ini. Okay ke tak okay.




Siam= Ligor, Singgora? 

Klik untuk BESARKAN


Orang yang didakwa 'ahli sejarah' (kemudiannya mengaku sebagai 'graduan sejarah') yang bernama Hafez Ripin telah menyatakan beza antara Siam dan Thai ialah:

1) Siam adalah Ligor dan Singgora. Berbangsa Melayu dan beragama Buddha. Kebudayaan rapat dengan Thai.

2) Thai dahulu berpusat di Sukhotai, Ayutthiya dan terakhir di Bangkok.




Jawapan:

Siam adalah Ligor dan Singgora? Ini adalah SALAH SAMA SEKALI. Kedudukan Siam yang asal bukanlah di Ligor dan Singgora tetapi umumnya di tengah Thailand pada hari ini yakni di sekitar kebudayaan Dvaravati. Kesan-kesan kebudayaan ini juga terletak di Nakhon Pathom malah di Lopburi juga yang terletak di wilayah tengah Thailand pada hari ini. Ini juga dibuktikan dengan panggilan orang Burma kepada kerajaan Siam sebagai 'Dwarawadi' dalam inskripsi pada meriam Sultan Sulaiman.


"Ta Htaung Ta-Ya Hnit-HSe Shit-Khu Dwarawadi Thein Ya"
Terjemahan: Tahun 1128 ....diperolehi semasa menawan Dvaravati

(Inskripsi Burma pada Meriam Sultan Sulaiman)

Dalam The Siamese Brass Cannon in The Figure Court of The Royal Hospital, Chelsea, London oleh R.S Scrivener ada menjelaskan tentang ini:

The remaining material of interest in the archives of the Royal Hospital relates to the inscriptions
on the gun. There are 11 inscriptions in all. Two of these are in Burmese. One has been translated as "Taken Dwarawadi Year 1128" and an accompanying note states that Dwarawadi "is an ancient Burmese name for Siam," and that 1128 of the Burmese era is the equivalent of 1766-1767 A.D. The other inscription in Burmese has been translated "What King Gasndwah has attained cannot be taken". 


  
Kejatuhan Ayutthaya di tangan Burma ialah pada tahun 1767Sebutan 'Dwarawadi' ke atas Ayutthaya mengukuhkan bukti bahawa Siam adalah wilayah yang terletak di sekitar tengah Indochina.

Siam juga adalah lebih merupakan wilayah, bukan merujuk terus kepada sesuatu bangsa. Ia selalu dicatatkan sebagai "Benua Siam" dalam rekod-rekod tempatan. Ligor dan Singgora yang terletak di tanah genting yang sempit bukanlah ciri-ciri yang sesuai disebut "benua".

Oleh itu, merujuk Siam semata-mata sebagai berbangsa Melayu dan beragama Buddha adalah fakta yang salah. Siam adalah wilayah di sekitar wilayah tengah Indochina dan bertukar-tukar pemerintahan di sepanjang sejarahnya seperti pernah diperintah oleh kerajaan Funan, Mon, Khmer dan kemudian kerajaan-kerajaan orang Thai. Orang dari hegemoni wilayah Siam ini dilabelkan sebagai 'orang Siam'. Oleh kerana populasi teras wilayah ini majoriti orang Thai yang berbahasa kelompok Tai-Kadai, maka orang Thai lebih cenderung dan terkenal dipanggil sebagai orang Siam, sama ada di dalam riwayat-riwayat Melayu malah sumber-sumber Eropah. Tidak pernah dalam mana-mana sumber tempatan (riwayat Melayu) yang menyatakan Siam=Ligor dan Singgora.

Teori Hafez Ripin ini mengingatkan saya tentang Teori Anai-anai yang cuba membezakan Siam dengan Thai, yakni Siam adalah beragama Islam dan Thai beragama Buddha. Siam Islam dan Siam Buddha. Teori Hafez Ripin pula, Siam= Melayu Buddha yang tinggal di Ligor dan Singgora.Ini adalah teori yang merepek. Melayu Buddha yang tinggal di Patthalung, di Chaiya, Satun, Phuket, Trang  macam mana pula?Siam ka, Thai ka, Melayu ka?





Kontradiksi Antara Herman dan Hafez Ripin 


Oleh kerana si pengkritik yakni Encik Herman mewar-warkan dan secara membutatuli menyokong penuh pendapat so-called 'ahli sejarah', Hafez Ripin, maka mari kita lihat adakah definisi Siam= Ligor & Singgora ini dipersetujui sejujurnya oleh Herman? 

Rupanya tidak malah pendapat Hafez Ripin berlawanan dengan pendapat Herman sendiri!

Ini dibuktikan dalam salah satu bukunya dalam bab "Perbezaan Siam dan Tai", tiada langsung tempat untuk Teori Hafez Ripin ini. Tiada disebutkan bahawa Siam itu adalah Ligor dan Singgora dan orang Melayu Buddha. Dari mukasurat 12-17, langsung tidak menyatakan teori merepek ini.

Malah mengikut Herman (yang dikutip dari buku-buku bacaannya), "Orang-orang Tai sememangnya berasal dari China terutama dari dataran Yunnan dan dipercayai bahawa orang-orang Tai ini telah berasimilasi dengan kaum-kaum asli yang tinggal di sungai-sungai utama di dalam Siam".

Dia ada menyebut tentang, 'sungai-sungai di dalam Siam'. Di manakah Siam? Herman ada menyatakan:

"Sebelum kedatangan orang Tai, benua Siam dibentuk orang Mon, Khmer dan Melayu (kemudian ini akan disebut kaum asli Thai) yang kemudiannya membentuk kerajaan seperti Lavo, Dvaravati dan Angkor."

Lavo,  Dvaravati dan Angkor, ini semua terletak di Indochina dan bukannya di Segenting Kra seperti Ligor dan Singgora. Malah ini bertepatan dengan Lavo dan Dvaravati yang terletak di wilayah tengah Thailand seperti yang saya katakan tadi. Herman tidak boleh lari ke mana sebab rujukan dia adalah sumber-sumber dari buku-buku yang dikutipnya. Hanya Hafez Ripin berteori dari alam lain. Tidak ada sepicing pun yang menyebut Siam= Ligor dan Singgora, dalam buku Herman.

Adakah Herman sudah menyemak data-data merepek dari Hafez Ripin? Sudah tentu tidak kerana Herman mengharapkan so-called 'graduan sejarah' ini mampu mengkritik saya di kala dia sudah tidak berkemampuan menjawab hujah-hujah saya. Asalkan menentang artikel saya sudah cukup walaupun faktanya salah maka go on, malah yang menariknya berlawanan dengan apa yang ditulis Herman di dalam bukunya sendiri. 

Herman pula seolah-olah sudah lupa apa yang ditulisnya dalam bukunya sendiri. Ini adalah disebabkan dia hanya mengumpul bibliografi, kutip sana sini dan buat buku, tanpa memahami apa yang dibuat. Ini beza "pengumpul bibliografi" dengan sejarahwan. Seorang sejarahwan tulen mesti pandai membuat analisis sejarah dan hadam apa yang dibacanya. Bukannya ibarat keldai memikul kitab.




Sejarahwan Berkhayal Atau Hafez Ripin Yang Berkhayal?

Hafez Ripin, 'ahli sejarah' mendakwa: 

"...bab yg Siam pernah menyerang Perak dan kemudiannya kalah kepada pakatan Perak-Selangor tu plak, tu smua hanya khayalan si Srikandi je..."

 Jawapan: 

Ini SALAH, kerana situasi Perak dengan dibantu oleh Selangor yang mampu menewaskan seterusnya mengusir keluar askar-askar Siam yang datang menyerang sejak 1821 tersebut merupakan fakta sejarah dan tercatat dalam banyak sumber, malah dicatat dalam Cempakasari Negeri Perak. Sebagai contoh:

1)  "In 1822, the Siamese were expelled, and rightful chief restored by the powerful assistence of the late warlike chief of Salangore, Raja Ibrahim."

(Notices of the Indian Archipelago, and Adjacent Countries: Being a Collection of Papers Relating to Borneo, Celebes, Bali, Java, Sumatra, Nias, The Philippine Islands, Sulus, Siam, Cochin China, Malayan Peninsula oleh J.H. Moor, m/s 72)


2)  "To return for this digression, the Siamese again driven out in 1822, by the Rajah of Salangore, who restored the King of Perak by treaty..."

Dalam petikan seterusnya, telah diperkuatkan lagi dengan penyataan, "..."It must be evident that Siam can have no legitimate right over Perak..."

(The Asiatic Journal and Monthly Miscellany, Volume 35. m/s 152)


3) "The first Town is about 20 miles from the entrance, called Colong, it is situated at the right bank, and defended by several batteries. Here the King of Selangore reside at times. The inhabitants, before the war with the Siamese at Perak in 1822, were reckoned at about 1500..."

(Political and commercial considerations relative to the Malayan peninsula, and the British settlements in the straits of Malacca oleh John Anderson, m/s 198-199)


4) "Dalam tahun 1822, Selangor telah berjaya membantu Perak daripada orang-orang Siam. Berikutan ini, satu perjanjian Perak-Selangor telah ditandatangani pada 11hb. Julai, 1823 di mana Sultan Perak bersetuju membahagi dua hasil cukai bijih timah Perak. Untuk mengelakkan penyelewangan dan mengurangkan tekanan Siam, Sultan Selangor dan Sultan Perak bersetuju menempatkan Raja Hassan di Sungai Bidor. "

(Sumber Arkib Negara, http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=1495) 

5)  Raja Muda Abdullah merupakan orang yang berkuasa dalam tahun 1818 itu. Baginda telah mengendali urusan pertahanan negeri dari serangan dalam tahun 1821. Dengan bantuan Selangor, angkatan perang Siam dapat dihalau keluar dari negeri Perak."

(Cempakasari Negeri Perak, M.A Fawzi Basri m/s 35 -cetakan baru)


Maka di sini jelas kenyataan dalam buku Rentaka Sekalian Bijasura mengenai Pakatan Perak-Selangor mengusir keluar askar-askar Siam bukanlah rekaan saya tetapi dirujuk dari sumber-sumber yang sah terutamanya Cempakasari Negeri Perak yang jelas menyatakan angkatan perang Siam dapat dihalau keluar dengan bantuan Selangor.

Pelik juga 'ahli sejarah' tapi rekod-rekod ini semua tak tau. Memang lekeh kalau fakta-fakta dalam Cempakasari Negeri Perak pun tak tahu, tapi ada hati nak sembang sejarah Perak.

Sekarang, adakah semua rekod dan tulisan sejarahwan ini berkhayal atau orang yang mendakwa dirinya 'ahli sejarah' ini sebenarnya pening-pening lalat?

:)


Pendapat Bertentangan Dengan Fakta Sejarah

Dakwa 'ahli sejarah', Hafez Ripin:

"...Siam tak pernah langsung menyerang Perak secara fizikal kecuali semasa Perang Kedah-Perak..."


Jawapan:

Ini bertentangan dengan catatan John Anderson, "The inhabitants, before the war with the Siamese at Perak in 1822, were reckoned at about 1500..." yang menunjukkan situasi dari 1821 hingga 1822 di Perak itu adalah 'war' yakni perang dan jelas ia adalah perang dengan 'Siamese' yakni orang-orang Siam.

Malah ini bertentangan juga dengan fakta di dalam Cempakasari Negeri Perak:

"Raja Muda Abdullah merupakan orang yang berkuasa dalam tahun 1818 itu. Baginda telah mengendali urusan pertahanan negeri dari serangan dalam tahun 1821. Dengan bantuan Selangor, angkatan perang Siam dapat dihalau keluar dari negeri Perak."

Perenggan ini telah menjelaskan terdapat serangan pada tahun 1821, tahun yang sama Kedah telah diserang, dijarah dan dibumihanguskan. Frasa "angkatan perang Siam" dalam perenggan ini menunjukkan Siam menghantar angkatan perang  ketika serangan 1821 itu. Ini angkatan perang, bukan angkatan boria. Adakah ketika angkatan perang ini diusir keluar tanpa ada apa-apa perang fizikal? Adakah Sultan Perak hanya berkata "pergi!" maka semua askar-askar Siam cabut lari? 

Ini sudah cukup mempersoalkan kredibiliti 'ahli sejarah' yang dihantar oleh Herman. Semua hujah-hujahnya tiada asas malah bertentangan dengan rekod-rekod sejarah, sama ada gazet-gazet dari pihak Inggeris mahupun kajian di pihak sejarahwan tempatan. Malah repekan-repekannya bertentangan dengan sumber arkib! Hafez Ripin dan Herman memang melawan, tetapi melawan rekod-rekod sejarah yang sah.

Sepanjang peperangan tujuh tahun itu, Perak berdepan dengan pelbagai gangguan dan ancaman, sama ada secara pertempuran fizikal,  secara politik atau secara ekonomi, sebagai contoh dalam tahun 1826, pihak Siam telah menceroboh sempadan Perak dan membunuh banyak ternakan lembu di Perak dalam usaha melemahkan ekonomi Perak. Ini tercatat dalam A History of Perak. Definisi 'perang' bukan sempit hanya kepada pertempuran fizikal tetapi semua jenis peperangan. Objektif Siam adalah menjadikan Perak wilayah bawahannya, menghantar Bunga Emas dan tunduk kepada Bangkok. Maka bermula serangan tahun 1821 hingga Perjanjian Burney 1826 sehingga menjelang 1828, Siam masih gagal mencapai objektifnya secara sempurna ke atas Perak. Adakah kegagalan ini terjadi secara "by chance"? Tidak, ia terjadi secara "by force" dan ada faktor-faktor jelas yang memperlihatkan tindakan aktif dari sebelah pihak negeri Perak. Orang yang hanya berfikir mudah semua yang terjadi adalah "by chance" adalah berfikiran tahyul dan tidak layak bergelar 'ahli sejarah'. Setiap situasi ada penjelasannya yang akademik dan empirikal dari sumber-sumber yang sah. Orang yang senantiasa berfikir "by chance" biasanya orang yang belajar ilmu tilik nasib dan voodo.

Mengapakah kualiti 'ahli sejarah' (itupun jika benar) ini mencapai tahap begini? Saya difahamkan Hafez Ripin  yang dihantar Herman rupa-rupanya hanyalah pembaca tegar bukunya dan seorang graduan yang  menganggur.


Klik untuk BESARKAN



Bila guru kencing berdiri, maka anak murid pun kencing berlari.

'Graduan sejarah'? Malah paling melucukan Herman mendakwanya sebagai 'ahli sejarah'? Begitu banyak pendapatnya yang menyeleweng dari fakta sejarah. Tidak tahu dari mana 'ahli sejarah' ini dikutipnya. Herman ada sejarah hitam bersahabat baik dengan scammer yang minat sejarah seperti kes Amzarul Yuzrin. Dalam hal  ini, Herman seolah-olah mengalami denial syndrome terhadap fakta di dalam Cempakasari Negeri Perak, rekod-rekod dari pihak kolonial sendiri malah yang paling menarik apa yang dia tulis dalam bukunya sendiri.

Bidang sejarah tempatan boleh turun ke tahap rendah apabila kita hanya mampu mengeluarkan 'pengumpul bibliografi' yang lupa apa yang dibaca dan ditulisnya, malah menyokong pendapat entah siapa-siapa tanpa meneliti dahulu dengan cermat faktanya berbanding negara luar yang memiliki gradiuan-graduan sejarah tulen yang mampu menganalisis sejarah dan memanfaatkan sejarah untuk negaranya.













 


Friday, June 2, 2017

By Force, Not By Chance (UPDATE)

Gambar hiasan: Buku Teknologi Kesultanan Melaka yang mendapat sambutan hangat dan tersenarai dalam 10 Judul Terlaris di reruai Kafilah Buku semasa PBAKL2017



Ada pembaca memberitahu saya seorang penulis buku yang sedang bergelut dalam dilema, mengambil inisiatif untuk mengkritik satu bab dalam buku terbaru saya. Bagi saya ini bagus kerana ini menunjukkan populariti buku ini begitu baik sehingga sampai ke pengetahuannya dan terpaksa 'mengulasnya' sebagaimana insiden seorang pengacara radio menyebut-nyebut nama saya dan buku-buku saya tepat di hadapannya ketika ditemuramah tempoh hari.

Sebelum itu, buku terbaru saya itu telah lakukeras 10 hari berturut-turut no. 1 di kaunter penerbit saya semasa pestabuku tempoh hari, malah kehabisan stok pada akhir pestabuku dan terpaksa dicetak semula. 10 hari licin stok.











Okay. sekarang kita akan jawab kritikannya jika ada.







Apa Yang Dikritik Itu?


KLIK UNTUK BESARKAN


Perhatikan:

" ...saya belum baca lagi buku beliau."


Hai, belum baca buku itu ada hati nak kritik? Betapa tidak profesionalnya pengkritik ni. Kalau belum baca habis, beria-ria nak kritik juga, dia nak kritik macam mana? Berdasarkan cakap-cakap orang? Kritik pakai tin kosong? It's funny.

Dia tulis, mungkin betul 'dakwaan' itu, siap ada premis dia pasal 'siri-siri kematian Birch' tapi dia nak tegaskan berkali-kali dengan ayat, "apakah benar dakwaan penulis?"

Kita tengok sejauh mana kritikannya yang nak mengkritik tapi belum membaca buku yang hendak dikritiknya itu.




Kritik Atau Sokong Tanpa Sedar?


KLIK UNTUK BESARKAN


Perhatikan ayat, " Diakui oleh para orientalis bahawa memang Sultan ini seorang yang menentang.."

Sudah, tadi mengaku "mungkin betul dakwaan" sekarang "Diakui..."

Memanglah diakui oleh sejarahwan kolonial bahawa Sultan Abdul Malik Mansur Shah ini memang tegas dan menentang desakan dari pihak Siam. Ini tercatat dalam sejarah malah ini juga premis kuat dalam buku saya yang menyatakan orang Perak dan sultannya ketika itu MEMANG MELAWAN ANCAMAN SIAM.


KLIK UNTUK BESARKAN: Petikan dari Rentaka Sekalian Bijasura bab Seven Year's War


 Perhatikan 'kritikan' seterusnya :

Malah sewaktu Siam memberi amaran untuk menyerang Perak melalui Kedah, Sultan Malik mencadangkan agar Perak-Kedah bergabung melawan Siam namun cadangan ini telah ditolak oleh Sultan Kedah yang akhirnya membawa penawanan Perak pada tahun 1818. (Isu ini diperdebatkan begitu panjang oleh para sejarawan dan sehingga kini belum dapat dipastikan secara jelas bahawa Perak benar-benar ditawan seluruhnya kecuali sebuah surat yang diterima oleh SG Bonham, Gabenor Pulau Pinang (Booney:79:1974). Apa pun isunya Perak telah pun menghantar bunga emas/perak kepada Siam.



Perenggan ini tidak bernada kritikan. Bahkan ini juga premis yang menyokong ketegasan dan kecekapan cara berfikir sultan Perak tersebut. Sultan Abdul Malik mencadangkan penggabungan, bersatu melawan Siam. Memang ini pemikiran yang ke depan sebab hanya DENGAN BERSATU, KITA MAMPU MENCABAR kuasa musuh yang sememangnya bersatupadu sejak dari awal.

Lihat benda yang sama sudahpun tercatat dalam buku Rentaka Sekalian Bijasura:


KLIK UNTUK BESARKAN


It's funny, ini semua sudah ada dalam buku saya. Saya setakat ini tak nampak kritikan yang benar-benar kuat ke atas bab Perang Perak-Siam ni. Semua premis si pengkritik hanya mengulang poin-poin dalam buku saya sahaja. Soalannya, dia ni nak kritik ke nak sokong hujah-hujah dalam buku saya?? Lainla dia quote kelemahan sultan Perak, contohnya ada catatan pihak Inggeris menyatakan sultan Perak sukahati tido lepas makan durian ketika negerinya diserang Siam, atau sultan Perak menyembah kaki raja Siam tanpa melawan sedikit pun, barulah betul-betul mengkritik premis 'melawannya' sultan Perak ketika itu. Tapi semua poinnya menyokong betapa tegas dan melawannya sultan Perak dan ini juga menjadi asas kepada pelajaran sejarah di dalam bab Perang Perak-Siam tersebut.

Apa yang pengkritik ni nak sebenarnya? Dia faham tak benda yang dia nak kritik ni? (Okay, ini masalahnya belum baca tapi nak kritik)

Kita lihat lagi, mungkin ada satu kritikannya yang benar-benar 'mengkritik'. Yang benar-benar layak menyokong ayatnya, " Jadi sekali lagi saya tegaskan apakah benar dakwaan penulis?" Wow..seram ne.


KLIK UNTUK BESARKAN


Premis "Perak di bawah jajahan Kedah" adalah satu premis masih belum konkrit dan dipertikaikan kesahihannya. Malah sebenarnya pada tahun 1821, Perak juga diserang oleh Siam dan tahun berikutnya Perak berjaya mengusir pencerobohan Siam itu hasil bantuan dari Selangor. Malah penulis sendiri mengatakan ia patut dikaji semula sebagaimana petikan di dalam bukunya sendiri:


KLIK UNTUK BESARKAN


 "Oleh itu kajian Booney harus dikaji semula pada perihal ini..."

Perlu dikaji semula katanya tapi masih pakai pendapat si Booney. Apakah sebenarnya yang bermain di fikiran sang pengkritik. Ini semua hanya membuang masa. Di dalam buku tulis lain. Bila nak mengkritik tulis lain. Penduduk Perak yang ditemubualnya pun tak tahu menahu sebarang bentuk pendudukan Kedah di tempat mereka. Orang Kedah datang nak merantau berniaga atau nak bercinta kahwin dengan orang tempatan ada lah.

Sebenarnya masalah ini telahpun terjawab di dalam buku Cempakasari Negeri Perak tulisan
M. A. Fawzi Basri (1986)  terbitan Yayasan Perak bahawa pasukan Kota Lama Kiri di bawah Che Panjang Talib bin Maharaja Lela Uda Tahir (Tok Janggut) telah  berjaya mengadakan rundingan damai antara Perak dan Kedah supaya berhenti berperang sesama sendiri melalui diplomasi perkahwinan


Ada lagi hujahnya tapi tetap bukan kritikan malah juga premis yang menyokong buku saya :

"Sultan Perak menghantar Bunga Emas dan Perak serta 205 bahar timah kepada Ligor namun di rampas oleh angkatan tentera Selangor." (Gullick:74:1998)

Ini memang benar, angkatan tentera Selangor tiba-tiba muncul dan merampas timah dan persembahan ufti yang kononnya hendak dihantar ke Bangkok. Bagaimana angkatan tentera Selangor boleh tahu kedudukan tentera Ligor tersebut dan memintasnya? Sebab itu R.O. Winstedt dan R.J. Wilkinson sendiri keliru dengan strategi dan siasah sultan Perak ketika itu dan dalam percubaan mereka untuk memahami permainan politik Sultan Abdul Malik Mansur Shah ini mencatatkan situasi itu sebagai “trying to play off Siam against Selangor and Selangor against Siam” dalam buku mereka A History of Perak.

Poin peristiwa Selangor merampas 205 bahara timah dari tentera Ligor ada dicatatkan dalam buku saya:

KLIK UNTUK BESARKAN



Nah, ini semua disebut dalam buku saya sebagai salah satu peristiwa penting di sepanjang tujuh tahun peperangan Perak dan Siam. Sekali lagi, penulis buku ini mahu kritik atau sokong sebenarnya? Paling menarik, dia mengaku belum baca buku saya, namun semua premisnya sudah pun ada dalam buku saya.

Habis semua hujah (yang sebenarnya menyokong tanpa disedarinya) lihat kesimpulannya si pengkritik:

Ada banyak lagi faktor dan hujah yang dapat saya huraikan disini. Naum cukuplah saya memberi sedikit pandangan saya dalam perihal bab yang beliau tulis berkaitan Perak. Apa pun bagi saya Perak terselamat kerana Siam terpaksa melalui Pulau Pinang dari arah laut dan British juga telah memikirkan bahawa seandainya Perak ditawan oleh Siam maka mereka akan kehilangan sumber makanan dan bijih timah. Oleh itu pelbagai perjanjian telah dibuat oleh British dengan Siam agar dapat melindungi Perak bagi kepentingan Pulau Pinang.


Semua faktor dan hujahnya tidak jelas untuk mengkritik betapa melawannya sultan Perak dan rakyatnya. Malah hujahnya seolah-olah menyokong pula premis dalam buku saya. Mengapa ini terjadi?




1) Pengkritik belum pun membaca buku yang hendak dikritiknya. 


Ini dibuktikan dengan ayatnya sendiri, "mungkin, sebab saya belum baca lagi buku beliau"

Pengkritik ini ada reputasi terus memberikan komentar tanpa membaca dahulu bahan bacaan yang mahu dikomennya. Ini terjadi sebab gagal mengawal emosi.

Padahal saya pernah mengulas buku seorang penulis chapter by chapter lagi, promote lagi buku tersebut secara profesional. Buku itu berakhir dengan tragis di pestabuku yang lepas akibat penulisnya menyerang penulis buku lain di reruai yang sama di samping memburuk-burukkan buku penulis lain itu mengakibatkan masyarakat bersikap dingin dengan buku-buku penulis yang menyerang tadi. Sebaliknya buku yang diserangnya mendapat sambutan hangat.


2) Apabila belum membaca, si pengkritik mengkritik tanpa tujuan dan sasaran.

Niatnya hanya mahu mengkritik namun tidak tahu sasaran atau apakah intipati kritikannya. Ia ibarat orang menembak sambil matanya ditutup.


3) Apabila mengkritik tanpa tujuan dan sasaran, kritikannya lemah dan goyah malah seolah-olah menyokong pula subjek yang asalnya mahu dikritik itu.

Ada tak orang mengulas sesuatu buku tanpa menyentuh atau membaca buku tersebut? Tapi si pengkritik ni boleh buat! Apa yang dipelajarinya setelah bergelumang dengan semua 'buku-buku sejarah itu'? Ini aneh sekali. Apabila terjadi macam ni, dia sangka mengkritik tetapi sebenarnya tidak malah kenyataannya mengelirukan. Dia hanya boleh kelentong audien  yang turut sama sepertinya - tidak pernah menyentuh atau membaca buku itu. Mengulas dari balik angin yang nipis dan kosong...


Lihat ini:

"Apa pun bagi saya Perak terselamat kerana Siam terpaksa melalui Pulau Pinang dari arah laut ..."


 Ini salah kerana Siam bukanlah bodoh mahu menyerang dengan menggunakan satu jalan yakni jalan laut 'yang terpaksa melalui Pulau Pinang'. Contohnya dalam salah satu konflik, pada November 1826, seramai 30 orang askar Siam telah dihantar dan tiba di Pulau Kemiri di Sungai Pelus. Umum mengetahui terdapat jalan darat dari Hulu Perak ke Patani malah dari Kedah ke Ligor. Tambahan pula, Kedah sejak 1821 telahpun total di bawah penjajahan Siam. Kenapa pula mesti kena lancarkan serangan dari Trang atau Phuket contohnya? Sedangkan pangkalan Siam semasa menyerang Kedah adalah di Alor Ganu. Lebih baik serang Perak dari arah Kedah yang sudahpun ditawan. Tambahan pula kedudukan pusat pemerintahan Perak juga bukanlah di tepi pantai namun jauh ke darat di tebing Sungai Perak.

Apapun analisis sejarah adalah penting, bukan sekadar copy-paste bibliografi. Bibliografi ni fungsinya sebagai rujukan sahaja tetapi analisis dan kajian kena buat sendiri.

Perak bukan terselamat by chance tetapi by force. Itu hakikatnya. Tanpa desakan dan surat-surat para pemerintah Perak kepada pihak Inggeris maka Inggeris mungkin tidak dapat dipengaruhi untuk menyalurkan senjata api dan bantuan dengan alasan 'melindungi perdagangan Perak dengan orang Inggeris'. Sultan Perak juga berusaha membeli kelengkapan persenjataan dengan pendapatan negeri sendiri malah semasa perang 1821, Inggeris tidak mahu menolong walaupun sultan Perak memohon bantuan kapal perang. Maka sultan Perak berusaha bersekutu dengan Selangor sehingga berjaya dalam peperangan itu pada tahun berikutnya. Sultan Perak juga tegas melawan adat Bunga Emas itu yang mana wakil Inggeris mendesak sultan mematuhi saja desakan Siam pada awalnya. Ini terbukti apabila dalam Perjanjian Burney 1826, Perak satu-satunya negeri utara yang diberi pilihan (option) atau kebebasan untuk menghantar atau tidak, ufti kepada Siam. Sudah tentu Perak tidak menghantarnya. Ini bola tanggung buat Perak.


Bonus

Saya tertarik dengan sikap dan pandangan pada akhir tulisannya:

"Sejarah perlu dilihat secara holistik bukan sekadar hendak mencetuskan semangat cintakan sejarah tanah air. Apakah dengan cara menyembunyikan fakta akan menyebabkan orang melayu merasa bangga?, mungkin hari ini ya.. tapi bagaimana pula di masa depan?, kajian sejarah hari ini memberi kesan yang mendalam kepada generasi mendatang maka kita perlu berhati-hati dalam membuat penulisan. Sudahlah kita marahkan buku teks yang dianggap tidak menyebelahi orang Melayu dalam masa sama kita cuba menyelindungi kisah sebenar dalam sejarah Melayu.

Sejarah ini pedih,keras dan pahit dan itulah hakikatnya. Tiada yang boleh diubah, kecuali pandangan yang dilontarkan. Apa yang sudah tertulis itulah ia samada suka atau tidak."



Semua faktanya ada dalam buku saya. Apakah saya hendak menyembunyikan fakta? Malah kisah Perang Perak-Siam ini boleh dikatakan tiada yang mengupasnya secara terperinci malah seolah-olah tiada peristiwa Perak melawan Siam yang mana kisah Perang Kedah-Siam (Perang Musuh Bisik) begitu popular dan ditulis oleh ramai pengarang. Padahal data-data perang Perak melawan Siam ini ada namun berterabur dalam pelbagai tulisan termasuk di dalam buku Cempakasari Negeri Perak, apatah lagi dalam karya-karya penulis kolonial. Apa yang saya buat ialah menggali balik semua data-data ini termasuk Syair Raja Ahmad yang popular dikaitkan dengan perang tersebut dan ini adalah bukti lisan dan bukti tempatan menunjukkan perang tersebut benar-benar ada dan diwariskan syair ini turun-temurun. Maka ini bukan menyembunyikan fakta seperti yang didakwa si pengkritik ini tetapi MENAMPILKAN FAKTA yang sebenarnya.

Sebab itu bila penerbit buku ini mahu cuba-cuba mengkritik, kritikannya lemah dan pi mai pi mai tang tu sebab semua premisnya tidak mampu menentang data-data dari pihak kolonial yang mana amat disukai si penulis dan menjadi sumber utama penulisannya. Apabila data-data dari pihak kolonial gagal membantu kritikan untuk menjadi lebih solid mengkritik buku saya, maka akhinya semua hujahnya seperti menyokong buku itu.


 UPDATE:


 Ini adalah reaksi si pengkritik baru-baru ini apabila membaca artikel ini yang menjawab kekeliruannya:


SILA KLIK UNTUK BESARKAN





Beginilah sikap aneh seorang yang dikatakan seorang penulis buku sejarah dan penerbit buku-buku sejarah. Setakat inikah kredibiliti yang mampu ditampilkan kepada public? Hanya perkataan 'bangang' dan 'gila' mampu dijawab oleh seorang lelaki yang sepatutnya mampu mengawal kemarahan apatah lagi sedang berpuasa. Abaikan semua itu kerana ada satu lagi perkara yang lebih menarik.

Pengkritik ini kalut sangat nak bibliografi, logiknya, kalau dah semua premis dia semua dalam buku saya, apa dia nak expect lagi?

Rujukan Perang Perak-Siam ini antaranya:

1) Cempakasari Negeri Perak, M.A Fawzi Basri
2) Sejarah Negeri Perak, Buyong Adil
3) A History of Perak, Winstedt & Wilkinson
4) A History of Phuket and the Surrounding Region: Second Edition, Collin Mckay
5) Bahan-bahan dari Pejabat DYMM Sultan Perak

dan banyak lagi. Senarai bibliografi ini ada disertakan di belakang buku saya sebagaimana biasa.

Fakta lawanlah dengan fakta. Pernah tak jika anda menonton satu seminar atau temubual akademik, bila diajukan pertanyaan, bukan jawapan yang diberikan, tetapi senarai bibliografi? Tak ke pening tu?

Soalan matematik bukan dijawab dengan penyelesaian namun dijawab dengan senarai rumus matematik. Masalah Fizik bukan dijawab dengan penyelesaian sains, tetapi dibalas dengan senarai formula Fizik.

Kepada pengkritik, belajar buat analisis sejarah dari sekian banyak bibliografi, BUKANNYA MENYALIN BULAT-BULAT ATAU COPY-PASTE SEKERAT-KERAT LEPAS TU SEMUA CANTUM BANYAK-BANYAK SAMPAI JADI SATU BUKU.


Ada lagi yang lebih menarik, pengkritik ini menyuruh pula membaca tentang satu 'bab' :



"Tak baca ke bab Nakhoda Udin Kuala Kurau tu...aihh.." 



Menariknya, kisah mengenai Nakhoda Udin ini memang ada dalam buku saya! Contohnya pada mukasurat 419 mencatatkan:


KLIK UNTUK BESARKAN




Semua  premisnya tanpa disedari adalah data-data kolonial yang sebenarnya menyokong kewujudan Perang Perak melawan Siam selama tujuh tahun itu. Dia tidak boleh lari ke mana. Pi mai pi mai tang tu. Semua hujahnya sudah ada dalam buku saya. Dia jadi begini sebab terlampau sombong dan angkuh dengan beranggapan semua itu tiada disebut dalam buku saya. Lain kali bacala buku sebelum kritik, pakcik.




KESIMPULAN


Lihat pendapatnya mengenai sejarah: 

"Sejarah ini pedih,keras dan pahit dan itulah hakikatnya.."

Ini salah, sejarah bukanlah boleh ditafsirkan melulu semuanya pedih, keras dan pahit. Kenyataan ini menutup langsung apa itu fungsi sejarah yang sebenarnya kepada manusia. Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang kita boleh jadikan iktibar dan pelajaran untuk menghadapi masa kini dan masa depan. Orang yang menafsir melulu begini adalah orang yang down teruk, seolah-olah seluruh kehidupannya telah musnah sehinggakan dia buta dalam melihat pelajaran dan hikmah di sebalik sejarah. Siapa yang belajar sejarah dari orang begini akan mengalami simptom yang sama - down teruk, menangisi masa lampau, berpenglipurlara, meratap dan meraban tidak kesudahan.

Jika orang Jepun yang baru lepas dibom atom belajar sejarah cara begini, sudah tentu mereka juga akan down teruk dan sampai kini mereka tidak move on sepertimana hari ini sehingga umum dikatakan pasti ada barangan buatan Jepun di dalam rumah-rumah kita. Orang Jerman jika bergurukan sejarah dengan orang yang bersikap begini, maka masa depan mereka hancur sebagaimana negara mereka hancur selepas Perang Dunia Kedua malah dihukum seluruh bangsa-bangsa Eropah dan dunia akibat era Nazisme-nya. Hari ini Jerman adalah salah satu negara maju dan pemimpin dalam dunia teknologi.

Ingatlah, walau hitam atau putihnya sejarah itu, ia mesti mendidik kita menjadi berani dan kuat. Sejarah bukan lagi untuk berpenglipurlara mengalir airmata, tetapi sebagai azimat perjuangan membantai kelesuan hidup, mengalir sebagai adiwira.














 Sedikit Teguran Untuk Menambahbaikan...

 *Anggaplah ini adalah  lontaran pandangan saya kepada isu yang diketengahkan oleh pengkritik. Saya dimaklumkan bahawa penulis ini selalu merajuk dan marah-marah dek kerana follower-nya yang hanya bersuka-suka melihat gelagatnya di media sosial tapi haram taknak sokong beli buku-bukunya (korang belila buku dia, bantu la dia). Berpijaklah di dunia realiti. Satu lagi, mengumpul haters saya sebagai follower adalah silap besar, sebab majoriti haters saya adalah anti-sejarah Melayu, pro-negara asing atau tidak berminat baca buku sejarah, that's why ada buku sejarah yang terkeluar carta dan tidak laku. Sebaliknya buku seorang ustaz yang diserangnya dan difitnahnya, lakukeras pula. Duduk satu booth lagi. It's good karma for him. Takutnya nanti ibarat menanti planet Zargus di tengah panas terik. Followers lebat tapi tak support tak guna jugak. Si penulis ini kena belajar mengumpul followers yang berkualiti, yang benar-benar minat sejarah Melayu. Seperti para fans dan pembaca saya, mereka benar-benar berkualiti dan peminat sejarah Melayu yang tulen sebab itu setiap buku-buku saya bestseller dan dicetak berulangkali.


* Bulan puasa ni elok bersilaturrahim. Pergila jumpa bersemuka mana-mana yang diperasankan diri sedang bergaduh dengan mereka (dia perasan bergaduh dengan anak-anak muda ni, padahal diorang steady je, pergila ziarah di pejabat baru tu). Sebagai pangkat abang kepada anak-anak muda, sepatutnya lebih matang dan mampu bertindak secara berhikmah. Dah tua bangka pun nak gaduh-gaduh lagi. Malu dengan anak-anak muda ni. Malah sesama Islam pulak tu. Laungkan penyatuan, seolah-olah sayangkan bangsa tapi diri sendiri buat sebaliknya. Hidup ini terlampau singkat untuk tabur fitnah kepada anak-anak muda ini. Ini cakap tak serupa bikin. Pedih mengulang sejarah begini, pakcik.








 Rujukan: http://kitabsejarahmalaya.blogspot.my/2017/05/perang-perak-7-tahun-buku-rentaka.html

Tuesday, February 7, 2017

Umpama Ketek Mendapat Keyboard II








Hi...hiburan untuk kita datang lagi. Kali ini orang yang sama dalam posting sebelum ini. Orang yang menuduh sarjana-sarjana lain sebagai 'pseudo' dan 'menyesatkan'. Kenapa dia menuduh begitu? Ini disebabkan dia tidak mengetahui satu perkara penting yang normal dalam bidang epigrafi, yakni cara bacaan yang berbeza oleh para sarjana mengikut kemahiran dan pendapat masing-masing. Jadi apabila dia terbaca satu cara bacaan epigrafi, dia mula taksub dengan satu bacaan itu, padahal, ada pendapat lain atau cara bacaan lain yang dipakai oleh sarjana-sarjana lain. Ini ibarat katak di bawah tempurung.

Berbeza dengan para sarjana epigrafi, mereka menghormati cara bacaan rakan-rakan mereka dari seluruh dunia dan tidak menuduh sarjana lain sebagai 'pseudo' atau 'menyesatkan'. Walaupun berbeza pandangan atau cara bacaan, mereka tetap meraikan perbezaan pendapat di kalangan mereka. Ini berlainan sekali dengan ketek fesbuk yang mendapat keyboard, mereka akan melompat marah-marah dan memakihamun lantas menuduh para sarjana lain itu sebagai sesat dan sebagainya.

Okay, kali ini Erwin melompat apabila saya mengemukakan cara bacaan untuk Prasasti Grahi yang berbeza dari cara bacaan Coedes.






Sepertimana kes Prasasti Hanchey, di mana saya telah  merujuksilang dan membandingkan bacaan dari RC Majumdar, M. Honda dan lain-lain, begitu dalam kes Prasasti Grahi ini, saya menjadikan cara bacaan Coedes dan sumber Kemboja, program TICFIA (U.S. Department of Education) dan US Epigraphy Project sebagai rujuksilang. Setelah membandingkan barulah saya memilih atau cenderung dengan cara bacaan yang mana berdasarkan faktor-faktor tertentu. Dalam kes Prasasti Hanchey, saya cenderung dengan cara bacaan sarjana Kemboja.

Jadi dalam kes Prasasti Grahi, saya cenderung dengan cara bacan dari sumber Kemboja dan program TICFIA. Saya tidak cenderung dengan cara bacaan Coedes.

Perhatikan Erwin marah-marah apabila ada orang tag nama dia pada posting tentang 'Talanai' pada Prasasti Grahi. Saya tidak tahu siapa yang tag nama dia. Mungkin ada orang yang nak mengenakan dia.













Dia mengetawakan saya pakai cara bacaan 'Talanai' bukan 'Galanai' seperti yang dipakai oleh Coedes. Sebenarnya pada penerbitan tahun 1941, Coedes ada menyebutkan tentang 'Talanai' ini pada Prasasti Grahi. Erwin ingat saya main letak saja.




Perlu diperhatikan, cara bacaan ini (yang ada 'Galanai') muncul dalam  terbitan Coedes bertajuk Le Royaume de Çrīvijaya (1918).





Apakah Masalah Yang Mengelirukan Erwin?


Okay, setiap baru bersurat atau prasasti yang bertulisan kuno pasti tidak lepas dari cara bacaan yang berbeza-beza. Ini disebabkan huruf-huruf yang tidak jelas, yang diubahsuai, huruf yang masih tidak didekodkan atau sebahagian tulisan sudah hilang. Jadi, apa yang para sarjana ini buat ialah membacanya dengan pendapat masing-masing mengikut kemahiran dan pengetahuan mereka.

Dalam kes Prasasti Grahi juga begitu. Sudah tentu ada pelbagai penafsirannya ikut kepandaian masing-masing. Jadi dalam kes ini, ada dua cara bacaan sebagai contoh:

1) Cara bacaan George Cœdès (1918):









2) Cara bacaan sumber Kemboja/TICFIA/US Epigraphy Project 







 Lihat perbezaan antara kedua cara bacaan ini. Jadi dalam kes ini saya cenderung kepada cara bacaan kedua yang mengandungi kata 'Talanai' berbanding 'Galanai' seperti yang ditransliterasikan oleh Coedes.
Lihat pendapat J.G de Casparis:









Lihat beliau meletakkan 'Talanai' bukannya 'Galanai' seperti cara bacaan Coedes dalam Le Royaume de Çrīvijaya (1918). Paling menariknya, beliau merujuk kepada Coedes sendiri dalam Journal of The Greater India Society (1941) yang mana telah saya sebutkan tadi.

Jadi, apabila seorang sarjana bernama Slamet Muljana (Sriwijaya, 2006) menterjemahkannya, terjemahannya dalam bahasa Melayu moden jadi begini:

Pada tahun Saka 1105 (1183), atas perintah Kamraten An Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusanawarmadewa, hari ketiga bulan naik bulan Jyestha, hari Rabu, mahasenapati Gelanai yang memerintah Grahi menyuruh mraten Sri Nano membuat arca Buddha. Beratnya 1 bhara 2 tula, dan nilai emasnya 10 tamlin.

Oleh kerana beliau masih menggunakan kata 'Gelanai', ini bermaksud ia diterjemahkan dari transliterasi Coedes sekitar Le Royaume de Çrīvijaya (1918). Jadi saya menggantikannya dengan kata 'Telanai' mengikut pengaruh cara bacaan Casparis, Coedes (1941), sumber Kemboja dan sumber-sumber dari US Epigraphy.

Lengkapnya, ia akan jadi begini:

Pada tahun Saka 1105 (1183), atas perintah Kamraten An Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusanawarmadewa, hari ketiga bulan naik bulan Jyestha, hari Rabu, mahasenapati Telanai yang memerintah Grahi menyuruh mraten Sri Nano membuat arca Buddha. Beratnya 1 bhara 2 tula, dan nilai emasnya 10 tamlin.

Ini pula pendapat Erwin de KeyboardWarrios





Sangatlah bobrok dan tidak berpelajaran.






Kesimpulan





Erwin cuba menyatakan bahawa saya silap kerana menggunakan 'Talanai' (menjadi 'Telanai' dalam terjemahan bahasa Melayu) berbanding 'Galanai' (menjadi 'Gelanai' dalam terjemahan bahasa Melayu). Ini satu percubaan yang goblok kerana perkataan itu bukanlah rekaan saya. Erwin memikirkan saya mereka-reka perkataan itu sebagaimana baris dalam Prasasti Hanchey yang sebenarnya berasal dari sarjana Kemboja. Apabila saya membaca komen-komen Erwin yang sudah keliru sama ada "Talanai' atau 'Galanai', saya sudah mula menahan ketawa. 






Erwin memikirkan saya petik dari Coedes tapi sengaja sesukahati letak perkataan 'Talanai'. Salah, saya bukan ambil cara bacaan Coedes dalam Le Royaume de Çrīvijaya (1918).

Yang menariknya, apabila saya memberikan penjelasan tentang cara bacaan yang saya ambil, Erwin menjadi semakin keliru tentang apakah saya memakai 'Galanai' atau 'Talanai'. Padahal saya sudah menjelaskan berkali-kali yang saya memakai cara bacaan 'Talanai'. Kemudian yang paling menarik siapakah mangsa yang ditagnya.





Yeah...Minah selfie!! Menyedari kehabisan modal dan tidak puashati dengan penjelasan saya, sepertibiasa, egonya terancam dan mula memerlukan bantuan minahselfie malah kalau boleh satu dunia mahu di tagnya untuk memback-upnya. Ingin dinyatakan dengan jujur, percubaan mengadu kepada minahselfie amatlah useless dan satu amalan sia-sia.

:D :D :D

Saya sudah biasa berdebat dengan si Erwin ini, jika sudah habis modal, dia akan tag seberapa banyak makhluk yang mungkin untuk menyerang saya. Tidak sangka Erwin adalah lelaki yang lemah dan memiliki hati yang kecut. 

Saya akan sambung dengan satu lagi popcorn terbaru, kali ini Erwin menyangka saya 'mencuri' posting orang lain, padahal posting saya itu diambil dari tuan punya artikel, yang menariknya, posting yang dikatakan saya mencurinya juga merujuk kepada artikel asal itu. Yang paling menarik, tuan punya artikel asal itu telah memberi izin kepada saya memetik isi artikelnya. Yang paling menghiburkan lagi, ia berlaku pada tahun lepas, lama sebelum Erwin menuduh-nuduh pada awal tahun ini.

Okeh, geng-geng minahselfie dan mak lampir yang dok stalk sini boleh bagitau Erwin. Dia sudah kena sumpahan 'Srikandi'. Mesti dia akan panas seluruh badannya mendengarkan ini bahkan nama "Srikandi" sekalipun

:D

Gue permisi dulu yuk! 










 


 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore