Saturday, November 28, 2020

Ahli Persatuan Sejarah Keliru Antara Champa Dengan Khmer?

 
 
 
 
Bidang sejarah, bukanlah bidang yang anda boleh hafal, salin dan tampal (copy-paste) begitu sahaja. Untuk orang yang noobies atau forever noobies, inilah penyakit yang melanda mereka dalam menilai sejarah, sehingga yang acah-acah mahu mengajar orang sejarah pun ibarat robot, mencopas sahaja tanpa tahu apa yang dicopasnya. Bila dikritik, marah-marah saja tanpa menjawab dengan terperinci.

Bidang sejarah memerlukan analisis yang mendalam, kritikan dan jawapan, perbincangan dan penyelidikan dari semasa ke semasa. ANALISIS. Ini katakuncinya.

Dalam bidang akademik sekalipun, kertas jawapan yang memiliki analisis yang buruk maka akan dapat markah yang rendah. Saya akan terangkan perkara ini dengan contoh sebenar dalam kehidupan di akhir artikel ini.
 
 
 
 
 
 Kes Buta Sejarah, Demografi & Geografi
 

 

 
 
 
Ada peminat sejarah bertanyakan masalah ini: adakah dalam sejarah, raja Champa pernah dipenggal kepalanya oleh raja Srivijaya?
 
Apabila peminat sejarah menunjukkan sumber kes buta sejarah ini, saya tepuk dahi. Dia ni lagi. Tak abis-abis penyakit buta sejarahnya. Haha.
 
Sebagai pengetahuan tambahan, peminat sejarah itu  adalah rakan baik kepada si buta sejarah ini. Namun bagusnya, peminat sejarah ni adalah seorang yang analitikal juga, dan tidak mahu menurut sahaja si buta sejarah yang hanya pandai mencopas dan mengulang kembali apa yang dihafalnya. Masalahnya, tabiat ini ada buruknya. Buruknya ialah, bila dia menghafal atau mencopas sahaja apa jua ulasan sejarah dari pegawai penjajah British tanpa apa-apa kritikan dan tapisan. Ini menyebabkan penyimpangan sejarah Melayu kerana semata-mata mengambilkira ulasan sejarah penjajah. Dia juga gemar menafsir teks asal mana-mana sumber secara harafiah dan cenderung merendah-rendahkan orang Melayu. Kalau dia nak menunggang isu, lepas dia petik apa-apa sumber sejarah penjajah yang bias negatif kepada orang Melayu, akhirnya dia seru, "bangkitlah bangsaku!". Mana maunye. 
 
Apa yang bangkit? Nak pergi Thailand, lawan tentera Siam? Orang dah down, dia seru macam tu, keputusannya ialah semangat pembacanya akan naik sekejap, marah membuak-buak kepada Siam dan British, lepas tu akan hilang ibarat kentut yang berhembus lalu. Sebab pembaca dia akan keliru, apa yang bangkit? Nak lawan Siamkah, nak lawan Britishkah? Pada masa yang sama, dia membekap pandangan sejarah si pegawai British ke atas sejarah Melayu, sebagai benar-benar belaka. Kemudian macainya hina-hina Melayu pulak. Cacamarba tak ketahuan punca. Ponggah.
 
Kalau dia ni takde kerja apa, tak mengapalah. Bolehlah menunggang sejarah untuk mencari sesuap nasi atas dasar kasihan. Tapi masalahnya, dia ni penjawat awam dalam bidang pengkeranian rekod sejarah. Banyak lagi kerja sebenarnya. Akibat ada staff yang tidak fokus beginilah, bidang sejarah di negara kita berada di tahap menyedihkan.
 
Berbalik kepada soalan, adakah kenyataannya benar?

MESTI LA SALAH. Macam tak biasa je.


 
 
Benarkah Maharaja Srivijaya Memenggal Kepala Raja Champa?
 

 

 
 
Tidak ada. Yang ada adalah raja Khmer yang dipenggal kepalanya oleh maharaja Srivijaya yang disebut sebagai 'Zabaj' dalam teks-teks Timur Tengah. 
 
Contohnya dalam Rihlatus Sirafi (Sulaiman at-Tajir), raja yang dipenggal itu dinamakan sebagai 'raja Qumar' dan negerinya, negeri Qumar, Qamar atau Qimar, mengikut teks-teks berlainan yang menyebutkan kisah ini. Nama ini identik dengan 'Khmer' di Kemboja pada hari ini. Maka ia tiada kaitan dengan Champa. Mungkin orang ini keliru antara Champa/orang Cham dengan negeri orang Khmer. Mungkin disangka kaum yang sama. Dalam Prasasti Kaladi (Medang) pun ada dibezakan antara orang Champa dengan orang Khmer.
 
Negeri Qamar semasa peristiwa ini, dikenalpasti berlaku ketika era politik Chenla/Zhenla menurut rekod imperial China.
 
 
 
Dimanakah Champa dan Negeri Orang Khmer? 
 
 
 



Champa terletak di pantai timur Indochina. Manakala negeri orang Khmer atau Kemboja terletak di barat Champa, yang mana pada hari ini (sebagai Kerajaan Kemboja) bersempadan dengan Thailand, Vietnam (bersekali wilayah Champa) dan Laos.



 

Mungkin kerana letaknya berdekatan sebelah-menyebelah maka si buta sejarah terkeliru ingatkan maharaja Srivijaya memenggal kepala raja Champa, atau mungkin si buta sejarah fikir orang Khmer dan Champa ni satu kaum yang sama. Juga, mungkin si buta sejarah fikir Champa ni terletak di Kemboja.

 


Apa Yang Mengejutkan

 


Apa yang mengejutkan ialah, saya diberitahu yang si buta sejarah ini ahli persatuan sejarah! Bagaimana ahli persatuan sejarah boleh fail dalam sejarah, geografi dan demografi ni?

.

Tapi dijawab oleh peminat sejarah itu bahawa si buta sejarah mengaku sering gagal dalam kertas-kertas peperiksaan, malah dia hanya lulus dengan gred yang teruk untuk ijazah open university nya.

.

.

Saya nak ulas tentang perkara ini, sebenarnya bukanlah 'digagalkan' sebagaimana yang didakwa, dia ni gagal sebab memang kesalahannya sendiri yang buta sejarah dan tidak mahir dalam membuat analisis sejarah. Saya sudah katakan, yang dia ni hanya pandai mencopas sahaja, tetapi tang kesimpulan, dia jem. Saya pernah membaca satu 'makalah'nya...lepas pongpang pongpang tulis pasal British yang hantar kapal kepung pahlawan Kedah, di bahagian kesimpulan boleh pulak dia ajukan pertanyaan: "Adakah British telah bersekongkol dengan Siam?"

.

Ape ke bende soalan macam ni. Memanglah British bersekongkol dengan Siam, pakcik oi!

.

Maka hasilnya, dia tamat belajar dengan gred yang teruk. Ini memang saya jangkakan. Malah sebenarnya, dia tak layak pun dapat ijazah, tetapi para pensyarahnya kesian dengan dia. 

.

.

 Malah, kata peminat sejarah itu, si buta sejarah ini telah memburuk-burukkan guru-gurunya yang telah memberinya ilmu, terutama para pensyarah Melayu dengan membanding-bandingkannya dengan pensyarah kaum lain. Ini disebabkan kemarahannya kerana dapat gred rendah dalam percubaan dia menghabiskan pengajiannya.

.


 .

Pejam mata memudahkan permarkahan?! Mana boleh, setiap kertas jawapan mestilah diteliti adakah benar dari segi fakta sejarah dan adakah kesimpulannya menepati dengan kehendak soalan. Mana boleh minta pensyarah pejam mata saja. Ini ada unsur-unsur korupsi ni. Kalau nak berjaya, kenalah belajar bersungguh-sungguh pakcik oi. 

.

Sebenarnya memburuk-burukkan guru sendiri adalah sikap yang tidak berakhlak. Rakan-rakan dia mungkin tahu siapa pensyarah itu. Maka ini adalah sikap yang tidak baik. Akan menimbulkan persepsi negatif kepada pensyarah yang mengajar si buta sejarah. Kita mesti bertanya sendiri kepada para pensyarah terbabit mengapa mereka memberi markah yang rendah atau menggagalkan kertas si buta sejarah. Maka ilmu yang didapati jauh dari keberkatan.

.

 Sebenarnya si buta sejarah haruslah bersyukur kerana masih tamat belajar dengan diberi sekeping ijazah walau gred teruk. Kalau saya, saya akan gagalkan terus dengan tidak layak untuk graduasi. Balik kampung tanam jagung.

.

Pencapaian memalukannya apabila berdepan dengan dunia akademik memang sudah dijangka. Itu pun open university, jika dia ambil ijazah mengikut laluan akademik dari sekolah, saya jamin memang sangkut awal. 

.

Menulis pongpang pongpang dalam fesbuk tak sama dengan dunia akademik sebenar. Saya tahu liku-likunya sebab saya sudah mendapat sarjana dalam bidang sejarah dengan keputusan cemerlang dan kini diserap dalam perkhidmatan kerajaan secara tetap tahun lepas.


~SK

 

10 comments:

  1. Wah ada artikel baru. Parking.

    ReplyDelete
  2. Memang dapat gred teruk, maka terbukti dari segi akademik dia ni tak boleh pakai. Setakat copy-paste budak2 sekolah menengah boleh buat.

    ReplyDelete
  3. Khmer berbahasa dalam rumpun Austroasiatic manakala Cham berbahasa kelompok Austronesia. Sudah jelas situ bezanya.

    ReplyDelete
  4. Tulisan2 dia memang copas dari buku2 saja. Tulisan Buyung Adil, Osborn, Bonney dll. Dah lama tau. Takdak yg special apa. Sekadar baca boleh la. Tapi kalau buat tesis, fail la. Letak notakaki beratus bukan tanda aras lulus dari segi neraca akademik. Content dia yg penting.

    ReplyDelete
  5. Terkejut juga bila dia mengaku banyak kertas fail dan dapat CGPA rendah bila dia cuba nak amik ijazah jugak. Aku dah pesan kat dia yang penulisan akademik lain berbanding apa yang dia tulis selama ni yang banyak syok sendiri walau dia sangka akademik sebab bubuh notakaki bagai haha lain bro...

    ReplyDelete
  6. Huraian terbaik. More cik seri more!

    ReplyDelete
  7. Seronok baca tulisan srikandi

    ReplyDelete
  8. Champa dengan Khmer pun tak tau beza. Dulu ada dia marah2 sebab cik seri piat dia pasai nama ketua kongsi gelap cina yang dia salah petik. Padahal kononnya dia tulis buku pasal cina. Sebab itu pensyarah dia sendiri pun canang kekurangan dia pasai hal2 akademik sejarah ni.

    ReplyDelete
  9. ﺑِﺴْـــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

    سُبْحَانَ اللَّهِ
    وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ
    وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ
    وَ اللَّهُ أَكْبَر

    وَ لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ءال سيدنا محمد

    أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمِ اَلَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُوْمُ وَ أَتُوْبُ إِلَيْهٌ

    ْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore