Pada sabtu,11 Julai 2015,saya telah 'ditemukan' dengan dua rancangan televisyen yang mengesankan.Satu di TV1 sebelah petang,satu lagi di TV3 sebelah malam.Ikuti catatan saya yang asalnya saya posting di status fesbuk saya.
=====================================================
Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Area 33
======================================================
Tadi saya tengok rancangan Semarak Bahasa di TV1 "dari Kubang Pasu ke Segenting Kra".Ada seorang pengetua madrasah swasta Darul Maarif kata Bahasa Melayu slang Kedah di Satun (Setul) pada ketika ini hanya generasi lama yg fasih.Yg generasi muda ada yg cakap sekerat2 (mix Melayu-Thai) dan ramai yg cakap Thai je walau sesama melayu.
Tapi...
Beliau kata,sekarang ni,generasi Melayu di Satun terutama yg muda agak menyesal dan mereka mula menubuhkan institusi bahasa Melayu di politeknik dan universiti.
Mula2 saya pelik ttg "menyesal" tu.Kemudian ustaz tu bagi clue sikit.
Sbb bahasa Melayu ni bahasa perantaraan agama Islam di Thailand dan banyak ilmu2 agama sama ada kitab2 kuning atau moden dalam bahasa Melayu (pada abad ke-17,bahasa Melayu adalah bahasa utama ilmu2 Islam selain Arab dan Parsi).
Keduanya,bahasa Melayu masih bahasa utama Asia Tenggara dengan variasinya bahasa Indonesia yg meluas.Ustaz tu sebut "bahasa nusantara".
Kemudian saya menonton salah satu kelas bahasa Melayu.memang mereka semua cakap Kedah,dan cikgu tu pun mengajar dlm bahasa Kedah.Saya pelik tapi kemudian saya dah faham,mereka sebenarnya belajar istilah2 moden takde dlm bahasa Kedah Satun mereka yg ketinggalan berpuluh tahun.Sebabnya saya lihat mereka belajar istilah mcm "pejabat pos",lampu isyarat","pusat beli-belah" dll yg selama ini mereka pakai bahasa Thai utk sebut semua benda tu.
Buku teks tu pun ada gambar menara KLCC.
Kemudian ustaz tu minta Prof Dr. Asmah Hj Omar supaya war2kan bantuan buku2 dari pihak Malaysia.
Kul 9 tadi pulak saya menonton rancangan "Madrasah" kat TV3.Si Fitri pengacara tu pergi ke Vietnam menjejak sistem pengajian agama kat sana.Ada beberapa perkara menarik.
Semua imam dan bilal kat sana,xkira asalnya orang Cham ke atau mmg orang Vietnam yg ditemui Fitri semua fasih cakap Melayu.Terutama sekali yg bukak madrasah.Ada imam madrasah tu fasih 5 bahasa,Khmer,Melayu,Vietnam,Inggeris,Arab.
Kesimpulan yg saya buat,bahasa Melayu memang 'compulsory' dlm institusi keilmuan Islam di Vietnam.
Ada org makcik Vietnam/Cham yg menyanyi satu lagu mcm qasidah,ada sebut nama Allah sekali-sekala,bila saya fokus dengar,rupanya dalam bahasa Melayu tetapi slang dia pelik sangat.Saya mengesan perkataan "wajib beriman"..
Kebanyakan madrasah mesti ada sesi kelas belajar bahasa Melayu.Kitab-kitab agama mereka kebanyakan dalam bahasa Melayu tulisan jawi.Ini begitu mengesankan saya.
Saya begitu terharu ramai bebudak tahfiz bangsa Vietnam belajar bahasa Melayu dalam satu kelas.Bersungguh-sungguh mereka sebut perkataan,nombor dalam bahasa Melayu.Ini mengingatkan saya ttg gadis Satun yg menyebut "pejabat pos" dalam rancangan "Semarak Bahasa" siang tadi.
Saya terfikir betapa bahasa Melayu tetap berperanan sebagai medium ilmu agama di Indochina.Betapa Allah swt muliakan bahasa ini.Kesan sejarah yg mencatatkan pada abad ke-17,bahasa Melayu mula menjadi bahasa utama keilmuan Islam selain Arab dan Parsi masih kuat.Sampai sahaja para pencari ilmu agama Islam di Asia Tenggara,akan mendapati bahawa bahasa Melayu menjadi lingua franca semua madrasah dan institusi agama selain bahasa Arab.
~Cik Seri
Klik sini untuk daftar kursus percuma saya >> http://historianlodge.historiansecret.com/?page_id=282
Saya rasa dalam rancangan dokumentari TV1, orang Islam di Bangkok memberitahu kalau dia mengajar pendidikan Islam kepada anak-anaknya, mesti guna bahasa Melayu. Ini mungkin bahasa Thai tiada istilah agama Islam.
ReplyDeletePeliklah kerajaan kita kan..Kisah seperti di atas diwar-warkan (utk tujuan kemahsyuran?) ...tp x tahu (atau malas fikir sbb "takde tujuan buat apa fikir"..?) kenapa MELAYU itu sgt meluas bahasanya..?. Kenapa meluasnya bahasa MELAYU zaman dulu (& kini) mcm bahasa Inggeris sekarang?... x banggakah bahasa kita ramai penuturnya?..mengapa dlm bnyk2 bangsa dlm rumpun Melayu hanya bangsa kita sj dipanggil Melayu?..adkh kebetulan atau mmg kita bangsa yg tiada nama sampai menumpang kosakata Melayu itu?(teruk bebeno)..atau sememangnya Melayu itulah the real penakhluk( bcoz the winner make history, same like british etc) no.1 champion/juara/bangsa pertama yg terhebat/terkehadapan lg luas ketamadunannya(spt jenama Pampers,lampin pakai buang pertama, org tetap panggil pampers walau trhadap jenama lain..atau spt clorox ...kan?x trfikirkah (@ takut/kecut telo) org UMNO utk mengkajinya?...takkan hanya setakat berani keluar tv je..?x rasa pelikkah negara kita plg bnyk rajanya di dunia?..apakah rahsia tagline bangsa Melayu ,semenanjung Melayu, rumpun Melayu, bahasa Melayu, kepulauan Melayu itu?..dah habis kajikah kerajaan UMNO akan rahsia tagline KETUANAN MELAYU yg selalu dilaung2kan itu?..x hairankah UMNO cuma 2 kitab tersohor (SL & SM) yg kita ada sbg rujukan bangsa sedangkan kita adalah bangsa yg kuat sasteranya??..dan adakah memberi untung atau merugikan UMNO jika menanam dan semai kefahaman sejarah bangsanya yg hebat..?berdasarkan apakah yg membuatkan Hang Tuah SANGAT CONFIDENT cakap Takkan Melayu Hilang Di Dunia..? ..Siapa yg menjamin Melayu kekal ada? Sori sy rasa kerajaan kita perlu berpandangn lebih jauh ..jauhhhhhh lagi...iaitu dgn merutinkan sejarah kita...cari sejarah yg sebenar2nya (klu x arif serahkan sj bulat2 pd yg arif)...melalui sekolah dan..mengasimilasikan kekuatan itu
ReplyDelete