Saya telah menerima banyak soalan tentang satu kenyataan yang sebenarnya amat senang untuk dijawab dan berulangkali muncul dalam pelbagai gaya.
Siapa yang banyak membaca bagaimana saya menjawab persoalan tentang sejarah Melayu di laman ini akan faham bagaimana untuk menangani masalah buta sejarah begini.
Provokasi jenis ini akan buat logikbodoh begini:
Hindu=Tamil
Kerana dalam sejarah Melayu sebelum kedatangan Islam,kebanyakan kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara menganut agama Hindu-Buddha.Jadi logik dia ni sebelum Islam,semua Hindu adalah orang Tamil,lepas Islam tetiba pulak muncul orang Melayu.
:D
Apa yang berlaku sebenarnya,orang Melayu beramai-ramai memeluk agama Islam dimulai dengan raja-raja Melayu,meninggalkan agama Hindu-Buddha,animisme dan lain-lain.
Cuba lihat logikbodoh itu diaplikasikan:
Ulasan:
1) Hindu bukan bermaksud Tamil."Parameswara" bukan jadi Tamil apabila menganut Hindu.Adakah orang Melayu beragama Islam maka tiba-tiba menjadi orang Arab?Ingat,AGAMA BUKAN BANGSA.
2) Tanpa Parameswara,banyak faktor-faktor lain yang akan memungkin orang Melayu masuk Islam.Orang kat Kedah,kat Johor,kat Kelantan malah orang Terengganu lebih awal memeluk Islam berbanding Melaka dengan bukti Batu Bersurat Terengganu.
3) Parameswara bukan emperor seluruh Asia Tenggara sampai boleh halang "Arab traders" masuk berniaga.
Moral:
Orang Melayu memang pribumi Malaysia.Sejarah dan kerajaan-kerajaannya diiktiraf sumber-sumber antarabangsa.Setakat pakai logik bodo Hindu=Tamil amatlah mudah untuk ditepis.Pendatang tetap pendatang walau nak spin laju mana sekalipun sebab sejarah tetap ada sampai kiamat.It's fact.Tinggal lagi siapa yg rasa warganegara Malaysia kena bersikap harmoni di antara satu sama lain,sama-sama cari makan dalam negara dgn aman.Kalau semua nak rasis,xpuashati sebab dulu nenekmoyang kena angkut British jadi kuli kat Tanah Melayu,susahlah semua orang dalam Malaysia hari-hari gaduh.
~Srikandi
Jawapan yang benar, tepat dan tuntas.
ReplyDeleteOleh sebab cita-cita politik dangkal, ramai orang Melayu tak kira daripada parti pemerintah atau pembangkang menjadi apologetik dan mengangguk-angguk mengikut irama buta sejarah.
terima kasih banyak-banyak cik seri.
salam cik sri,
ReplyDeletesedikit info utk di kongsikan : hindu adalah orang yang berasal dari negara India ... bukan agama . sila dengar penjelasan dari dr zakir naik ini
https://youtu.be/KOOqgx4z6R8
untuk anon October 18, 2015 at 10:39 AM,
ReplyDeleteItu definisi secara geografi,dlm artikel ini ia definisi agama.
~Srikandi
Suka dengan penjelasan dr zakir naik tentang hindu.
ReplyDeleteHindu tu agama asal nya adalah yazidi
ReplyDelete