Dalam konteks
politik Malaysia,terma "Melayu" dipakai untuk payung
suku2 pribumi yg 'related each other' dengan Melayu mcm suku2
Jawa.Bugis,Banjar dan sebagainya,yang terbaru ialah Cham.terutama jika
anda perasan sebab lain seperti beragama Islam.Ia sebab
nak bantu dari
segi ekonomi dan keistimewaan ekonomi.
Melayu pula jadi 'melting
point' semua suku-suku Malayic yg berkaitan.Takkanlah orang Jawa lebih
'melt' kepada etnik Hokkien kerana budaya,agama dan kelompok bahasa yang
berbeza.Perkahwinan campur antara sesama suku (Melayu+Jawa,Melayu+Bugis
dll) adalah 'common sense' sosiobudaya sesama kelompok sama mcm
bangsa-bangsa Eropah seperti Frank,Dutch,Norman,Irish dll.Sebab itu,orang-orang Mendeling,Rawa,Boyan dan sebagainya lebih 'melt' kepada budaya Melayu atau bahasanya sebab
budaya mereka saling berkait dan bahasa mereka dalam kelompok linguistik yang sama
Sebab
tu,mereka yang berkaitan dipayung sebab nak bantu diorang survive dari
segi ekonomi dan memudahkan mendapat bantuan kerajaan.That's why,ada
yang nak 'jadi Melayu' atas sebab ekonomi semata-mata,juga...peluang
politik.
Dari segi sejarah,bangsa Melayu memang menggunakan
faktor ekonomi untuk penyatuan,tidak sepenuhnya menggunakan kekerasan
imperialisme.Srivijaya tertegak atas strategi 'syarikat perdagangan'
besar-besaran,bukan atas idea imperialisme barat.
Tidak seperti
penyatuan bangsa Han ke atas seluruh etnik Sino-Tibetan atau idea 'nam
tien' (dasar perluasan ke selatan) oleh Vietnam atau sejarah monarki
Thailand dan Burma yang lebih kepada pergerakan ketenteraan pada masa
silam,hegemoni empayar dan kerajaan Melayu menggunakan senjata dan
peluang ekonomi untuk penyatuan sesama suku.
Dalam sejarah politik Malaysia,tiada satu pun dasar kerajaan yang memaksa sesiapa jadi 'Melayu' sepertimana dasar Thailand yang memaksa rakyatnya menjadi 'Thai'.
Istilah Melayu Jawa,Melayu Banjar atau 'masuk Melayu' adalah sekadar
jargon di kalangan masyarakat dan bukannya dasar atau akta kerajaan.
Memasukkan suku-suku nusantara ke dalam term 'Melayu' adalah untuk memudahkan konteks dalam perlembagaan,gunanya untuk mudah menyalurkan bantuan ekonomi.'Melayu' & 'Bumiputra' adalah dua entiti yang diberi keistimewaan yang mana dipersetujui dalam Kontrak Sosial.
'Memudahkan konteks' di sini dengan kata lain,menjimatkan ruang dalam kertas.Untuk menyebut satu-satu etnik nusantara di dalam perlembagaan adalah kurang efisien.Maka disatukan dalam konteks 'Melayu'.
Kontrak Sosial secara ringkas bersetuju menerima para imigran yang jumlahnya agak besar ketika itu,dan pada masa yang sama,para imigran bersetuju menerima konsep hak keistimewaan pribumi.
Jadi konsep kena
faham.Tiada siapa paksa masuk Melayu.Di sana ada sesuatu yang mulia dan
pengorbanan tertentu
untuk melihat insan lain cukup makan dan
pakaian.Walau 1001 keburukan dan fitnah dicampak atas bangsa ini,insya
Allah,Dia Yang Maha Mengasihani pasti menjadi tempat terbaik untuk
mengadu.
~SK
gambar kredit: tedikustandi.files.wordpress
gambar sekadar hiasan.
ada juga yang "jadik islam" semata mata utk ekonomi. Akhirnya keluarga/waris runsing mau ditanam atau dibakar
ReplyDelete