Gambar ihsan pembaca dari Jabatan Warisan Negara |
Sejarah jika jatuh ke tangan orang yang serabut dan kalut, akan menyebabkan jahanam fungsi dan menghuruharakan intipati sejarah itu sendiri. Jika kita tiada bakat dalam menterjemahkan ilmu sejarah kepada masyarakat, kita kena bertenang dan akui kelemahan diri sendiri malah tidak angkuh dan sombong tetapi terus belajar lagi dan lagi, walaupun terpaksa belajar dari orang yang lebih muda dari kita..
Pengkritik dalam artikel lepas belum lagi menjawab balasan hujah saya, yang ada hanyalah makihamun sahaja. Sebenarnya benda ni simple je, hujah lawan hujah. Takpayahlah makihamun, marah-marah.
Dia tak dapat jawab, tapi yang termampu ialah menghantar seorang yang disebut sebagai 'ahli sejarah' oleh si pengkritik untuk cuba menjawab artikel itu, untuk tolong menjawabkan bagi pihaknya yang mati akal untuk menepis semua hujah balasan saya. Kira macam pakai 'talian hayat' lah, yakni minta bantuan dari seorang yang didakwa 'ahli sejarah'. Mari kita periksa pemikiran 'ahli sejarah' ini. Okay ke tak okay.
Siam= Ligor, Singgora?
Klik untuk BESARKAN |
Orang yang didakwa 'ahli sejarah' (kemudiannya mengaku sebagai 'graduan sejarah') yang bernama Hafez Ripin telah menyatakan beza antara Siam dan Thai ialah:
1) Siam adalah Ligor dan Singgora. Berbangsa Melayu dan beragama Buddha. Kebudayaan rapat dengan Thai.
2) Thai dahulu berpusat di Sukhotai, Ayutthiya dan terakhir di Bangkok.
Jawapan:
Siam adalah Ligor dan Singgora? Ini adalah SALAH SAMA SEKALI. Kedudukan Siam yang asal bukanlah di Ligor dan Singgora tetapi umumnya di tengah Thailand pada hari ini yakni di sekitar kebudayaan Dvaravati. Kesan-kesan kebudayaan ini juga terletak di Nakhon Pathom malah di Lopburi juga yang terletak di wilayah tengah Thailand pada hari ini. Ini juga dibuktikan dengan panggilan orang Burma kepada kerajaan Siam sebagai 'Dwarawadi' dalam inskripsi pada meriam Sultan Sulaiman.
"Ta Htaung Ta-Ya Hnit-HSe Shit-Khu Dwarawadi Thein Ya"
Terjemahan: Tahun 1128 ....diperolehi semasa menawan Dvaravati
(Inskripsi Burma pada Meriam Sultan Sulaiman)
Dalam The Siamese Brass Cannon in The Figure Court of The Royal Hospital, Chelsea, London oleh R.S Scrivener ada menjelaskan tentang ini:
The remaining material of interest in the archives of the Royal Hospital relates to the inscriptions
on the gun. There are 11 inscriptions in all. Two of these are in Burmese. One has been translated as "Taken Dwarawadi Year 1128" and an accompanying note states that Dwarawadi "is an ancient Burmese name for Siam," and that 1128 of the Burmese era is the equivalent of 1766-1767 A.D. The other inscription in Burmese has been translated "What King Gasndwah has attained cannot be taken".
Kejatuhan Ayutthaya di tangan Burma ialah pada tahun 1767. Sebutan 'Dwarawadi' ke atas Ayutthaya mengukuhkan bukti bahawa Siam adalah wilayah yang terletak di sekitar tengah Indochina.
Siam juga adalah lebih merupakan wilayah, bukan merujuk terus kepada sesuatu bangsa. Ia selalu dicatatkan sebagai "Benua Siam" dalam rekod-rekod tempatan. Ligor dan Singgora yang terletak di tanah genting yang sempit bukanlah ciri-ciri yang sesuai disebut "benua".
Oleh itu, merujuk Siam semata-mata sebagai berbangsa Melayu dan beragama Buddha adalah fakta yang salah. Siam adalah wilayah di sekitar wilayah tengah Indochina dan bertukar-tukar pemerintahan di sepanjang sejarahnya seperti pernah diperintah oleh kerajaan Funan, Mon, Khmer dan kemudian kerajaan-kerajaan orang Thai. Orang dari hegemoni wilayah Siam ini dilabelkan sebagai 'orang Siam'. Oleh kerana populasi teras wilayah ini majoriti orang Thai yang berbahasa kelompok Tai-Kadai, maka orang Thai lebih cenderung dan terkenal dipanggil sebagai orang Siam, sama ada di dalam riwayat-riwayat Melayu malah sumber-sumber Eropah. Tidak pernah dalam mana-mana sumber tempatan (riwayat Melayu) yang menyatakan Siam=Ligor dan Singgora.
Teori Hafez Ripin ini mengingatkan saya tentang Teori Anai-anai yang cuba membezakan Siam dengan Thai, yakni Siam adalah beragama Islam dan Thai beragama Buddha. Siam Islam dan Siam Buddha. Teori Hafez Ripin pula, Siam= Melayu Buddha yang tinggal di Ligor dan Singgora.Ini adalah teori yang merepek. Melayu Buddha yang tinggal di Patthalung, di Chaiya, Satun, Phuket, Trang macam mana pula?Siam ka, Thai ka, Melayu ka?
Kontradiksi Antara Herman dan Hafez Ripin
Oleh kerana si pengkritik yakni Encik Herman mewar-warkan dan secara membutatuli menyokong penuh pendapat so-called 'ahli sejarah', Hafez Ripin, maka mari kita lihat adakah definisi Siam= Ligor & Singgora ini dipersetujui sejujurnya oleh Herman?
Rupanya tidak malah pendapat Hafez Ripin berlawanan dengan pendapat Herman sendiri!
Ini dibuktikan dalam salah satu bukunya dalam bab "Perbezaan Siam dan Tai", tiada langsung tempat untuk Teori Hafez Ripin ini. Tiada disebutkan bahawa Siam itu adalah Ligor dan Singgora dan orang Melayu Buddha. Dari mukasurat 12-17, langsung tidak menyatakan teori merepek ini.
Malah mengikut Herman (yang dikutip dari buku-buku bacaannya), "Orang-orang Tai sememangnya berasal dari China terutama dari dataran Yunnan dan dipercayai bahawa orang-orang Tai ini telah berasimilasi dengan kaum-kaum asli yang tinggal di sungai-sungai utama di dalam Siam".
Dia ada menyebut tentang, 'sungai-sungai di dalam Siam'. Di manakah Siam? Herman ada menyatakan:
"Sebelum kedatangan orang Tai, benua Siam dibentuk orang Mon, Khmer dan Melayu (kemudian ini akan disebut kaum asli Thai) yang kemudiannya membentuk kerajaan seperti Lavo, Dvaravati dan Angkor."
Lavo, Dvaravati dan Angkor, ini semua terletak di Indochina dan bukannya di Segenting Kra seperti Ligor dan Singgora. Malah ini bertepatan dengan Lavo dan Dvaravati yang terletak di wilayah tengah Thailand seperti yang saya katakan tadi. Herman tidak boleh lari ke mana sebab rujukan dia adalah sumber-sumber dari buku-buku yang dikutipnya. Hanya Hafez Ripin berteori dari alam lain. Tidak ada sepicing pun yang menyebut Siam= Ligor dan Singgora, dalam buku Herman.
Adakah Herman sudah menyemak data-data merepek dari Hafez Ripin? Sudah tentu tidak kerana Herman mengharapkan so-called 'graduan sejarah' ini mampu mengkritik saya di kala dia sudah tidak berkemampuan menjawab hujah-hujah saya. Asalkan menentang artikel saya sudah cukup walaupun faktanya salah maka go on, malah yang menariknya berlawanan dengan apa yang ditulis Herman di dalam bukunya sendiri.
Herman pula seolah-olah sudah lupa apa yang ditulisnya dalam bukunya sendiri. Ini adalah disebabkan dia hanya mengumpul bibliografi, kutip sana sini dan buat buku, tanpa memahami apa yang dibuat. Ini beza "pengumpul bibliografi" dengan sejarahwan. Seorang sejarahwan tulen mesti pandai membuat analisis sejarah dan hadam apa yang dibacanya. Bukannya ibarat keldai memikul kitab.
Sejarahwan Berkhayal Atau Hafez Ripin Yang Berkhayal?
Hafez Ripin, 'ahli sejarah' mendakwa:
"...bab yg Siam pernah menyerang Perak dan kemudiannya kalah kepada pakatan Perak-Selangor tu plak, tu smua hanya khayalan si Srikandi je..."
Jawapan:
Ini SALAH, kerana situasi Perak dengan dibantu oleh Selangor yang mampu menewaskan seterusnya mengusir keluar askar-askar Siam yang datang menyerang sejak 1821 tersebut merupakan fakta sejarah dan tercatat dalam banyak sumber, malah dicatat dalam Cempakasari Negeri Perak. Sebagai contoh:
1) "In 1822, the Siamese were expelled, and rightful chief restored by the powerful assistence of the late warlike chief of Salangore, Raja Ibrahim."
(Notices of the Indian Archipelago, and Adjacent Countries: Being a Collection of Papers Relating to Borneo, Celebes, Bali, Java, Sumatra, Nias, The Philippine Islands, Sulus, Siam, Cochin China, Malayan Peninsula oleh J.H. Moor, m/s 72)
2) "To return for this digression, the Siamese again driven out in 1822, by the Rajah of Salangore, who restored the King of Perak by treaty..."
Dalam petikan seterusnya, telah diperkuatkan lagi dengan penyataan, "..."It must be evident that Siam can have no legitimate right over Perak..."
(The Asiatic Journal and Monthly Miscellany, Volume 35. m/s 152)
3) "The first Town is about 20 miles from the entrance, called Colong, it is situated at the right bank, and defended by several batteries. Here the King of Selangore reside at times. The inhabitants, before the war with the Siamese at Perak in 1822, were reckoned at about 1500..."
(Political and commercial considerations relative to the Malayan peninsula, and the British settlements in the straits of Malacca oleh John Anderson, m/s 198-199)
4) "Dalam tahun 1822, Selangor telah berjaya membantu Perak daripada orang-orang Siam. Berikutan ini, satu perjanjian Perak-Selangor telah ditandatangani pada 11hb. Julai, 1823 di mana Sultan Perak bersetuju membahagi dua hasil cukai bijih timah Perak. Untuk mengelakkan penyelewangan dan mengurangkan tekanan Siam, Sultan Selangor dan Sultan Perak bersetuju menempatkan Raja Hassan di Sungai Bidor. "
(Sumber Arkib Negara, http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=1495)
5) Raja Muda Abdullah merupakan orang yang berkuasa dalam tahun 1818 itu. Baginda telah mengendali urusan pertahanan negeri dari serangan dalam tahun 1821. Dengan bantuan Selangor, angkatan perang Siam dapat dihalau keluar dari negeri Perak."
(Cempakasari Negeri Perak, M.A Fawzi Basri m/s 35 -cetakan baru)
Maka di sini jelas kenyataan dalam buku Rentaka Sekalian Bijasura mengenai Pakatan Perak-Selangor mengusir keluar askar-askar Siam bukanlah rekaan saya tetapi dirujuk dari sumber-sumber yang sah terutamanya Cempakasari Negeri Perak yang jelas menyatakan angkatan perang Siam dapat dihalau keluar dengan bantuan Selangor.
Pelik juga 'ahli sejarah' tapi rekod-rekod ini semua tak tau. Memang lekeh kalau fakta-fakta dalam Cempakasari Negeri Perak pun tak tahu, tapi ada hati nak sembang sejarah Perak.
Sekarang, adakah semua rekod dan tulisan sejarahwan ini berkhayal atau orang yang mendakwa dirinya 'ahli sejarah' ini sebenarnya pening-pening lalat?
:)
Pendapat Bertentangan Dengan Fakta Sejarah
Dakwa 'ahli sejarah', Hafez Ripin:
"...Siam tak pernah langsung menyerang Perak secara fizikal kecuali semasa Perang Kedah-Perak..."
Jawapan:
Ini bertentangan dengan catatan John Anderson, "The inhabitants, before the war with the Siamese at Perak in 1822, were reckoned at about 1500..." yang menunjukkan situasi dari 1821 hingga 1822 di Perak itu adalah 'war' yakni perang dan jelas ia adalah perang dengan 'Siamese' yakni orang-orang Siam.
Malah ini bertentangan juga dengan fakta di dalam Cempakasari Negeri Perak:
"Raja Muda Abdullah merupakan orang yang berkuasa dalam tahun 1818 itu. Baginda telah mengendali urusan pertahanan negeri dari serangan dalam tahun 1821. Dengan bantuan Selangor, angkatan perang Siam dapat dihalau keluar dari negeri Perak."
Perenggan ini telah menjelaskan terdapat serangan pada tahun 1821, tahun yang sama Kedah telah diserang, dijarah dan dibumihanguskan. Frasa "angkatan perang Siam" dalam perenggan ini menunjukkan Siam menghantar angkatan perang ketika serangan 1821 itu. Ini angkatan perang, bukan angkatan boria. Adakah ketika angkatan perang ini diusir keluar tanpa ada apa-apa perang fizikal? Adakah Sultan Perak hanya berkata "pergi!" maka semua askar-askar Siam cabut lari?
Ini sudah cukup mempersoalkan kredibiliti 'ahli sejarah' yang dihantar oleh Herman. Semua hujah-hujahnya tiada asas malah bertentangan dengan rekod-rekod sejarah, sama ada gazet-gazet dari pihak Inggeris mahupun kajian di pihak sejarahwan tempatan. Malah repekan-repekannya bertentangan dengan sumber arkib! Hafez Ripin dan Herman memang melawan, tetapi melawan rekod-rekod sejarah yang sah.
Sepanjang peperangan tujuh tahun itu, Perak berdepan dengan pelbagai gangguan dan ancaman, sama ada secara pertempuran fizikal, secara politik atau secara ekonomi, sebagai contoh dalam tahun 1826, pihak Siam telah menceroboh sempadan Perak dan membunuh banyak ternakan lembu di Perak dalam usaha melemahkan ekonomi Perak. Ini tercatat dalam A History of Perak. Definisi 'perang' bukan sempit hanya kepada pertempuran fizikal tetapi semua jenis peperangan. Objektif Siam adalah menjadikan Perak wilayah bawahannya, menghantar Bunga Emas dan tunduk kepada Bangkok. Maka bermula serangan tahun 1821 hingga Perjanjian Burney 1826 sehingga menjelang 1828, Siam masih gagal mencapai objektifnya secara sempurna ke atas Perak. Adakah kegagalan ini terjadi secara "by chance"? Tidak, ia terjadi secara "by force" dan ada faktor-faktor jelas yang memperlihatkan tindakan aktif dari sebelah pihak negeri Perak. Orang yang hanya berfikir mudah semua yang terjadi adalah "by chance" adalah berfikiran tahyul dan tidak layak bergelar 'ahli sejarah'. Setiap situasi ada penjelasannya yang akademik dan empirikal dari sumber-sumber yang sah. Orang yang senantiasa berfikir "by chance" biasanya orang yang belajar ilmu tilik nasib dan voodo.
Mengapakah kualiti 'ahli sejarah' (itupun jika benar) ini mencapai tahap begini? Saya difahamkan Hafez Ripin yang dihantar Herman rupa-rupanya hanyalah pembaca tegar bukunya dan seorang graduan yang menganggur.
Klik untuk BESARKAN |
Bila guru kencing berdiri, maka anak murid pun kencing berlari.
'Graduan sejarah'? Malah paling melucukan Herman mendakwanya sebagai 'ahli sejarah'? Begitu banyak pendapatnya yang menyeleweng dari fakta sejarah. Tidak tahu dari mana 'ahli sejarah' ini dikutipnya. Herman ada sejarah hitam bersahabat baik dengan scammer yang minat sejarah seperti kes Amzarul Yuzrin. Dalam hal ini, Herman seolah-olah mengalami denial syndrome terhadap fakta di dalam Cempakasari Negeri Perak, rekod-rekod dari pihak kolonial sendiri malah yang paling menarik apa yang dia tulis dalam bukunya sendiri.
Bidang sejarah tempatan boleh turun ke tahap rendah apabila kita hanya mampu mengeluarkan 'pengumpul bibliografi' yang lupa apa yang dibaca dan ditulisnya, malah menyokong pendapat entah siapa-siapa tanpa meneliti dahulu dengan cermat faktanya berbanding negara luar yang memiliki gradiuan-graduan sejarah tulen yang mampu menganalisis sejarah dan memanfaatkan sejarah untuk negaranya.