Monday, September 21, 2020

Pensyarah Singapura Mempromosikan Kursani Segenap Bimasakti?

 



Ada di kalangan haters saya masih memutarkan 'bahan promosi' oleh seorang pensyarah luarnegara yang diambil dari sebuah penerbitan tempatan yang menganjurkan sebuah bengkel perbincangan tahun lepas. Bengkel tersebut jika mengikut kenyataan dari penerbitan tempatan tersebut bertarikh 8 September 2019.

.

Ketika promosi itu giat dijalankan, saya hanya senyum sahaja kerana sedang memerhatikan jualan buku Kursani Segenap Bimasakti, buku yang dikritik dan dikecam itu mendapat sambutan luarbiasa ketika itu. Mengapa ini terjadi? Ini kerana bahagian yang dikecam itu sebenarnya adalah perangkap kepada pensyarah dan pengikutnya, mungkin saja pensyarah itu tidak membaca KESELURUHAN buku tetapi hanya bekerja mencari-cari 'kesalahan' yang boleh dijadikan isu. 

.

Maka rakyat marhaen pun mencari-cari buku ini dan ingin mengenali siapakah Cik Srikandi. Isi buku itu membumi dan merakyat, tidak bermain dengan jargon-jargon yang angkuh dan tidak mempromosikan 'elitis ilmu'. Ia santai dan mudah. Itu menyebabkan ia laris ketika itu.



Mempromosikan Cik Srikandi




Dalam senarai penulis yang dikecam, nama saya paling atas. Ini menunjukkan saya adalah penulis 'paling bahaya' dan most wanted 😄. Kebetulan, saya baru 'menang perang' dengan pasukan hijack buku teks sejarah sekolah rendah yang bersarang di dalam Kementerian. Malah saya juga telah menghalang satu senarai panel pakar rujuk baharu yang dicadangkan untuk menggantikan senarai pakar rujuk sedia ada. Ada beberapa 'pakar rujuk' yang ingin diimport dari Singapura, yang bagi saya tidak perlu. Sudah pupuskah cerdik pandai dalam Malaysia?

.

Kepincangan dalam Kementerian itu akhirnya terbongkar apabila ia didedahkan oleh mantan pegawai khas kepada mantan menteri pendidikan dalam satu artikel yang disiarkan dalam sebuah portal tempatan.

.



Mantan pegawai khas ini juga mantan CEO kepada sebuah penerbitan, yang juga pernah menerbitkan buku pensyarah Singapura terbabit.

.

Amat-amat ironi, kan?

.

Mari kita lihat promosi percuma dari pensyarah Singapura.

.

Pertamanya pensyarah itu melabelkan kecaman kepada bahagian-bahagian tertentu yang dikutip dari buku-buku yang ingin dikecamnya. Sebagai contoh:

.



Tasjil Anis Salatin adalah kajian dan tulisan oleh Farahana Shuhaimi (bukan Farhana ye, lain kali eja nama orang dengan betul) yang memiliki Sarjana dalam bidang Sejarah, Politik dan Strategi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau  memiliki kepakaran khusus dalam bidang Sejarah Perubatan dan Kesihatan di Negeri-Negeri Selat dan Tanah Melayu amnya, malah merupakan bekas penyelidik kepada Profesor Adnan Nawang dalam kajian berkenaan Za’ba di Arkib Negara Malaysia.

.

Masalahnya, pensyarah Singapura itu hanya melabel 'Klaim Sejarah Tanpa Bukti Kukuh'. Apa bukti yang tidak kukuh itu? Itu tidak diberitahu. Hanya melabel sahaja. Sudah tentu buku ini ditulis berdasarkan sumber-sumber yang dinyatakan di akhir buku, dan ini adalah kajian penulis (Farahana Shuhaimi) selama beberapa tahun. Mungkin pensyarah Singapura ini tidak setuju sebab beliau ada sumber lain, dari sumber orientalis mungkin. Ini hanya perbezaan pandangan sejarah dan tidak sepatutnya terus dilabel, 'Klaim Sejarah Tanpa Bukti Kukuh'.

.

Ada yang lebih menarik.

.

Dalam satu petikan dari sebuah buku, pensyarah Singapura meletakkan label 'Klaim Kesempurnaan Ilmu'. 

.

 


 .

 Maklumat tentang 'Universiti Baitulrahman' di Acheh disergah oleh pensyarah Singapura itu:

.



 .

Sebenarnya sejarah universiti itu yang dipanggil sebagai Universiti Baiturrahman atau Jamiah Bayt al-Rahman itu memang wujud! Dalam kajian Dr. Mohd. Koharuddin Bin Mohd. Balwi dari Universiti Teknologi Malaysia, dalam makalah bertajuk Tradisi Keilmuan & Pendidikan Dalam Tamadun Melayu Di Nusantara ada menyebutkan tentang universiti ini:

.





.

Nampak?

.

Jadi pertanyaan semberono seperti "Kalau betul semegah itu universiti di Aceh wujud, bilang kepada saya, di mana perpustakaannya?" adalah tidak perlu, kerana sejarah telah mencatatkan peperangan demi peperangan semasa zaman kolonial Belanda dahulu di bumi Acheh telah menyebabkan pelbagai kemusnahan. Malah perpustakaan diraja Lombok (Cakranegara) juga musnah semasa ekpedisi ketenteraan Belanda pada tahun 1894, contohnya.

.

Istana Sultan Acheh sendiri dilaporkan amat luas, utusan Perancis menyatakan tak kurang dari dua kilometer persegi. Istana itu bernama  Istana Darud Dunya. Ada taman-taman, ada sungai kecil, ada bangunan-bangunan. Tapi mana semua kemegahan itu sekarang? 

.

Jadi tuan pensyarah bergelar doktor ini perlu berfikir secara waras dan teratur untuk mengetahui rahsia manusia dan bagaimana sejarah manusia beroperasi.

.


Pemusnahan istana Cakranegara di Lombok oleh pihak Belanda. Jadi padang jarak padang terkukur.

.

Makalah yang mengandungi maklumat tentang Universiti Baiturrahman ini ditulis oleh seorang ahli akademik yang ada gelar 'Dr.'. Bukan pendapat tepi jalan tau. Maka ahli akademik dari Singapura mengecam secara semberono kajian ahli akademik dari Malaysia. Itu sebenarnya yang terjadi. Ini penyakit sebenarnya. Barah dalam dunia so-called intelektual. Sejenis penjahanaman intelektual. Kritikan harus jelas. Kajian dari ahli akademik lain harus dikritik dengan rasa hormat juga. Tidak boleh main sergah seperti pergaduhan jalanan. Harus dibahas dengan teliti. Bukan sekadar label-melabel. Kalau setakat label-melabel ni budak darjah 6 pun pandai.

.

Namun saya sedar bahawa pensyarah terbabit bukanlah berlatarbelakangkan sejarah tulen, ia cenderung kepada sastera. Jadi, kesilapan begini adalah biasa bagi orang yang bukan betul-betul berada di bidang yang dia cuba nak into scene itu. 

.

Hai... bila nak sampai turn Cik Srikandi, penulis paling berbahaya dan most wanted tu?

.

Sabar..sabar 😄


.

.

Pensyarah Singapura Menjelaskan Operasi Kursani Segenap Bimasakti

.

 


 .

Inilah bahagian yang ditunggu-tunggu. Sebelum itu saya nak perkenalkan buku yang ditakuti dan dimarah-marah itu. Buku ini berjudul KURSANI SEGENAP BIMASAKTI. Mengandungi kumpulan tulisan saya yang menumpukan kepada isu-isu sejarah, kritikan sejarah dan sejarah Melayu.

Buku ini setebal lebih 600 halaman dan paling mahal berbanding buku-buku saya yang lain. Buat pengetahuan am, buku-buku saya yang lain adalah:

.

.

 Buku-buku saya berkisar tentang sejarah Melayu, kritikan sejarah dan analisis sejarah yang dibikin khas untuk masyarakat terbanyak.

.

 Okay, mari kita lihat apakah kecaman terhadap buku Kursani Segenap Bimasakti setebal lebih 600 halaman ini.

 .

.

Pertamanya, ini bukan tulisan saya. Ini adalah tulisan salah seorang penyumbang prakata di dalam buku tersebut. 

.

Keduanya, saya nak ulas label pensyarah tersebut yang diberikan kepada petikan ini yakni 'Klaim Ketuanan'. Itu semua adalah ILUSI pensyarah terbabit yang mungkin alergik jika ada orang Melayu cuba mempertahankan haknya. Jika Melayu lembek dan membiarkan haknya dirampas sesukahati, mungkin itu tanda kemajuan agaknya bagi beliau. Label 'Ketuanan' secara semberono begini sebenarnya dipengaruhi oleh sentimen politik di Malaysia. Pensyarah terbabit kena belajar mengasingkan dunia akademik dengan emosi politik. Mempertahankan hak sendiri tiada kaitan dengan 'Ketuanan' dalam fahaman politiknya.

.

Sebenarnya tidak ada satu pun perkataan 'Ketuanan' dalam petikan ini. Petikan ini berkisarkan mempertahankan hak yang ada dan berjuang untuk melawan penindasan dan ketidakadilan. Jika mempertahankan hak sendiri pun dikatakan perkauman, apa boleh buat...

.

Pertahankanlah hak sendiri.  

.

Jangan pedulikan apa orang lain kata. Khalas.

.

 Aduh, mana dia kecaman kepada tulisan saya ni. Kalau ada kesilapan ke apa ke, saya nak jawab ni.

.

.

.


Tidak Ada Kritikan Isi, Hanya Gaya Penyampaian

 .

 .

Ini adalah petikan kedua dari dua petikan yang ada. Petikan ini dilabelkan sebagai "Rancu dan reduksionis" (sic).

.

Wah, permainan jargon. Boleh satu level ni dengan "Mat Jargon" (seorang ahli politik di Malaysia yang terkenal dengan penggunaan jargon-jargon yang pelik-pelik yang sukar difahami orang kampung). 

.

Pertamanya, apakah 'rancu'? Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua menyatakan:

.

 

 
.

Sebenarnya memang bahasa yang digunakan dalam petikan itu bercampur aduk dan agak tidak formal kerana ia diambil dari salah satu artikel saya di media sosial. Ia ditulis dalam keadaan santai dan disengajakan dalam bahasa pasar sedemikian untuk menyampaikan mesej tertentu kepada audien saya.

.

Audien saya yang terdiri dari pekerja kilang, petani, pekebun, pekerja pejabat, kerani, buruh, pekerja am, pelajar dan sebagainya yang bukan merupakan golongan akademik atau acah-acah akademik. Malah ia bukannya ditujukan kepada golongan sasterawan sehingga saya perlu berpuisi bagai atau kepada golongan elitis intekletual atau 'intelekjual' yang memerlukan saya sesat barat dalam ribut jargon yang menggila.

.

Jika saya berhubung dengan rakyat marhaen dengan ayat begini, misalnya:

 .

 


 .

 

Maka sudah tentu orang-orang kampung, rakyat marhaen akan tercangak-bangak dihempas ribut jargon yang menggila sebegini.

.

Apakah pula 'reduksionis'? Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua menyatakan:

.

 


.

Penyokong reduksionisme? Ape bende tu? Alahai...benda mudah disusah-susahkan buat apa. Terpaksalah kita semak lagi dalam kamus:

 .

.
Tulis situ:

.
Definisi : (réduksionisme) 1. men­cerakin data yg kompleks menjadi juzuk yg kurang kompleks; 2. teori yg menyatakan bahawa idea, sistem, dll yg kompleks boleh difahami melalui bahagian atau komponen­nya yg kurang kompleks.

.

Nah! Itulah fungsi Kursani Segenap Bimasakti. Ia bertugas untuk memudahkan perkara yang asalnya rumit atau kompleks menjadi lebih mudah difahami rakyat marhaen. Ia sesuai dengan kata-kata profesor saya dulu:

 .

"Sembah Salam", dalam buku Rentaka Sekalian Bijasura

.

Jadi, semua label yang diberikan oleh pensyarah dari Singapura ini sebenarnya HANYA MENJELASKAN FUNGSI DAN OPERASI buku saya. Mungkin pensyarah itu sebenarnya minat dalam diam dan mempromosikan peranan buku-buku saya kepada masyarakat.

.

.

.


Akibat Kecaman Dari Pensyarah & Para Penyokongnya

 .

 

.

Hasil kerja keras sang pensyarah bersama-sama para penyokong yang bertaklid buta sahaja maka buku saya itu, Kursani Segenap Bimasakti telah meningkat laris jualannya di pasaran.

.

Malah ia terus direbut oleh orang ramai sampai diiktiraf ke tahap lakukeras dan akhirnya...

 .

HABIS.

 .

 


 

 .


Ini adalah beberapa gambar dari ratusan gambar yang dikirimkan pembaca kepada saya.


.





.

 Seperti yang saya katakan, saya membikin buku-buku ini bukanlah ditujukan kepada ahli akademik atau yang acah-acah akademik. Saya buat buku untuk menghubungkan tembok menara elitis akademik dengan pasar-pasar marhaen. Tulisan-tulisan saya buat masyarakat terbanyak. Tolong jangan 'salah channel'.

.

 Jadi kesimpulannya, marilah kita beri laluan kepada pesanan penaja kita:

.

.

 😋

.

~SK




 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore