Mukaddimah :
Satu laman Facebook (fanpage) telah menaikkan status pembohongan sejarah berunsurkan penghinaan dan perkara-perkara yang tidak benar kepada orang Melayu. Ini menimbulkan respon negatif daripada netizen dan kebanyakan anak-anak muda Melayu menjawab dengan hujah-hujah namun dipadamkan oleh admin page tersebut.
Oleh kerana admin page itu menyekat hujah-hujah secara sihat dan ilmiah maka, jawapan kepada penyelewengan dan pembohongan sejarah Melayu ini telah dinaikkan di page The Patriots Malaysia, satu page perkongsian ilmu yang diuruskan oleh majoritinya anak-anak muda Malaysia berlatarbelakangkan dari pelbagai kaum, pandangan politik dan bidang. Ia dengan cepat telah dikongsi lebih 600 perkongsian walaupun masih baru dinaikkan.
Admin kepada page yang membuat pembohongan sejarah tadi tidak mampu menyangkal jawapan-jawapan ini dan apa yang mereka mampu buat ialah report kepada Facebook dengan mengatakan post yang berisi jawapan-jawapan menyangkal pembohongan sejarah tersebut bersifat rasis. Mempertahankan sejarah sendiri dituduh rasis? Belum lagi jika kita mempertahankan nyawa atau tanah, adakah kita nanti akan dituduh 'teroris' sebagaimana yang terjadi di luarnegara?
Di bawah ini adalah jawapan kepada pembohongan tersebut yang memang dibuat salinan. Semua hujah-hujah ini mengambilkira pandangan ahli akademik dan ada rujukannya.
~saya hanya bantu menyebarkannya.
_________________________________________________________________
DAKWAAN DANGKAL DAN CETEK MENGENAI SEJARAH ASAL USUL NAMA
#MELAYU DAN RAJA CHOLAN OLEH ADMIN PAGE MALAYSIAN INDIAN FORUM
1. ASAL USUL MELAYU DARI RAJA RAJENDRA CHOLAN?
Dakwaan :
Kaum Melayu yang kamu semua bermegah-megah dan angkuh itu, adalah nama
berian RAJA RAJENDRA CHOLAN (ராஜ ராஜேந்திர சோழன்) seorang India
Tamil,dalam abad ke 5 yang bermakna Malai (மலை)=Gunung ; Kaum Gunungan
yang beragama HINDU and animisma)
Ulasan :
Walaupun
terdapat teori popular yang mengatakan perkataan "Melayu" yang
dinisbahkan kepada bangsa Melayu ini berasal dari perkataan "Malai" atau
"Malaya", tetapi perlu diingatkan bahawasannya tiada bukti kukuh yang
menunjukkan nama "Melayu" itu diberi oleh Raja Rajendra Cholan.
Perkataan "Melayu" yang tertua direkodkan dalam sejarah dicatatkan dalam
buku atlas Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis yang dilukis oleh seorang Greek
bernama Claudius Ptolemius pada sekitar tahun 150 AD.
Dalam peta
Aurea Chersonese (diterjemahkan sebagai Semenanjung Emas) yang terdapat
dalam atlas tersebut, anda akan menemui perkataan yang disebut sebagai
Maleu-kolon atau Malaiu-kolon di mana menurut pendapat Gerolamo Emilio
Gerini, kawasan yang dilabelkan sebagai Maleu-kolon itu terletak di
sebuah tempat bernama Tanjung Kuantan di Semenanjung Tanah Melayu (Malay
Peninsula) kini.
Persoalannya jika nama "Maleu-kolon" sudah
dicatatkan dalam peta seorang pengembara Greek yang diterbitkan sejak
tahun 150 AD lagi, bagaimana anda boleh mengatakan yang nama Melayu ini
diberi oleh seorang raja Tamil yang hidup pada abad ke 11 Masihi?
Dari sini terbukti nama "Melayu" yang merujuk kepada Semenanjung Tanah
Melayu kini sudah wujud 1000 tahun sebelum Rajendra Chola lahir ke dunia
lagi.
Satu lagi, kami tidak menafikan bahawa ada sesetengah
pakar sejarah dan etimologi yang berpendapat bahawa nama Melayu berasal
dari perkataan "Malai" atau "Malaiur" dalam bahasa Tamil atau Sanskrit.
Namun perlu diingatkan juga bahawa terdapat juga pendapat lain mengenai
asal usul etimologi Melayu yang banyak diutarakan oleh pakar sejarah
lain.
Ada pendapat yang mengatakan perkataan "Melayu" atau
"Malaya" berasal dari perkataan Himalaya di mana dalam bahasa Sanskrit
bermaksud Tempat Bersalji. dan ada juga pendapat yang mengatakan bahawa
perkataan "Melayu" berasal dari perkataan "Malaya" dalam bahasa Tagalog
yang bermaksud "bebas".
Setakat ini saya pernah belum mendengar
pendapat yang menyetujui bahawa nama Melayu itu diberi oleh Rajendra
Chola, melainkan pendapat karut tersebut hanya dibuat oleh orang syok
sendiri sahaja.
Nota : Perkataan Κώλον pada "Μαλεου Κώλον" (Maleou Kolon) pada peta Ptolemy itu memang terdapat dalam kosakata Greek Purba dan muncul dalam dialek Greek Purba yang disebut
Attic Greek seawal
500 tahun sebelum Masehi. Kemudian ia muncul dalam teks-teks era abad
pertama Masehi pada zaman pendudukan Rom di Mesir Purba, ketika era
Cleopatra,
Octavian dan era
Aegyptus. Kemudian muncul sekitar abad ke-4 dalam dialek Koine Greek terutama sekitar Alexandria.
Kemudian tercatat pada abad ke-10 Masehi
dalam bahasa yang digunakan ketika era Byzantin dan seterusnya di
Constatinople pada abad ke-15.
Etimologi untuk Κώλον atau Kolon adalah
variasi dari maksud induknya iaitu ‘bahagian dari’.Ia digunakan seperti
bahagian dari tubuh badan (jantung,usus,limpa) atau organisasi (ahli)
atau bangunan (dinding,tingkap). Malah,dari perkataan colon yakni
usus besar dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan Κώλον ini yang
membawa maksud ‘sebahagian dari anggota badan’ dalam kes ini adalah
organ usus besar.
Dalam kes Μαλεου Κώλον pula,ia menjadi
‘Malayu-kolon’ yang membawa erti ‘bahagian dari Malayu’. Dalam konteks
geografi,ia membawa maksud sebagai ‘Tanah Malayu’,’Semenanjung Malayu’
atau ‘wilayah Malayu’.
Ini terbukti dalam peta Ptolemy
berbahasa Latin, ia ditulis ‘Prom' (promunturium) yang bermaksud ‘tanjung’
(Maleou-Kolon Prom), bersesuaian dengan bentuk geografi semenanjung Malaysia yang menganjur berbentuk sebuah tanjung yang besar.
2. RAJENDRA CHOLA MEMBUKA KEDAH TUA?
Dakwaan :
Raja Raja Cholan ayanda Rajendran Cholan adalah Raja terunggul dunia
yang pernah wujud : Mengujudkan kerajaan Kadaram (கடாரம்-Kedah ) di
lembah bujang (பூஜாங் பள்ளதாக்கு) dan di selatan Kota Kalinggi ( di
sorokan kewujudanya )
Sehingga itu, kaum kamu tidak bernama atau
bertamadun langsung. Saya tidak berminat untuk memperkecilkan kaum kamu
tetapi ingin memperjelaskan fakta dan sejarah semata-mata. Maaf kalau
tersinggung. Kalau kamu inginkan rujukan janganlah buat rujukan sejarah
dari text gubahan Malaysia yang karut dan dongeng semata-mata. Tetapi
rujukan sejarah dari text Thailand, Indonesia, India, Austraia,
Singapura, England and Dunia.
Ulasan :
Saya sedikit rasa
lucu melihat dakwaan syok sendiri yang dibuat oleh admin page tersebut
yang mengatakan Raja Raja Cholan dan Rajendra Chola sebagai "raja
terunggul dunia yang pernah wujud". Dakwaan ini nampak melampau dan
seolah-olah memperkecilkan banyak raja agung dalam sejarah dunia, yang
jauh lebih agung dari raja-raja Chola seperti Alexander The Great,
Aurangzeb, Khalifah Harun al Rasyid, Shih Huang Ti, Peter The Great dan
banyak lagi.
Rajendra Chola bukanlah pengasas kerajaan Kedah Tua,
jauh lagi mengasaskan Kota Gelanggi. Dalam sejarah, Rajendra Chola
hanya melakukan penjarahan sahaja ke atas kerajaan Kedah Tua yang pada
masa itu sudah lama wujud dan mempunyai tamadun yang tersendiri.
Berdasarkan Prasasti Tanjore yang mencatatkan tempat-tempat yang dijarah
oleh Rajendra Chola, tiada disebut langsung nama yang merujuk kepada
Kota Gelanggi atau Kalinggi.
Kaum Melayu sudah lama membina
tamadun yang gemilang jauh sebelum kelahiran Rajendra Chola lagi.
Tamadun tertua yang dibina oleh bangsa Melayu direkodkan terletak di
Sungai Batu, Kedah yang sudah wujud sejak tahun 500 SEBELUM MASIHI. Ini
kemudian diikuti oleh kerajaan Funan (abad pertama Masihi), Champa (abad
pertama Masihi), Sri Dharmaraja (abad pertama Masihi) dan Empayar
Srivijaya (abad keenam Masihi). Semua nama ini ialah nama-nama kerajaan
yang dibina oleh bangsa Melayu dan sudah wujud sejak Rajendra Chola
lahir ke dunia lagi.
3. AGAMA ISLAM DI KEPULAUAN MELAYU DIBAWA OLEH ORANG TAMIL SAHAJA?
Dakwaan :
Agama Islam di tanah "Malai" ( மலை நாடு-Malai Nadu) adalah usaha
Ustaz-Ustaz dan pendakwah-pendakwah Tamil yang datang ke "Malai Nadu" -
Tanah Melayu untuk berdagang sambil berdakwah lebih kurang dalam abad ke
14/15 semasa
pemerintahan Parameswara (பரமேசுவரன்) and keturunanya.
Ulasan :
Sangat lucu membaca dakwaan semberono yang dibuat oleh anda sendiri,
seolah-olah seperti ingin mengatakan bahawa penyebaran agama Islam di
Asia Tenggara hanya dibuat oleh orang Tamil sahaja walhal anda hanya
membuat andaian tanpa bukti kukuh.
Penulisan rekod-rekod klasik
orang Melayu sendiri kebanyakan menceritakan bahawa pengIslaman
raja-raja di Kepulauan Melayu dilakukan oleh pendakwah-pendakwah
berketurunan Arab. Hal ini menjadi bukti kukuh bahawasannya penyebaran
Islam di Asia Tenggara secara majoritinya dilakukan oleh orang orang
dari Timur Tengah. Walaupun begitu, kami tidak pernah menafikan yang ada
pendakwah dan ulama dari India dan China dalam sejarah, yang
bertanggungjawab menyebarkan agama Islam di sini, sehingga akhirnya
agama ini menjadi agama Persekutuan Malaysia kini mengikut peruntukan
dalam Perlembagaan negara kita sendiri.
Sulalatus Salatin (The Malay
Annals) dengan jelas menceritakan bahawa Raja Kechil Besar pemerintah
Melaka telah memeluk Islam oleh Sayyid Abdul Aziz dari JEDDAH. Raja
Kechil Besar kemudiannya menukar namanya kepada Sultan Muhammad Shah
(1424 - 1444 M).
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, pengIslaman
raja Kedah yang bernama Raja Phra Ong Mahawangsa telah dilakukan oleh
seorang syeikh dari BAGHDAD yang bernama Syeikh Abdullah Yamani. Phra
Ong Mahawangsa kemudiannya menukarkan namanya menjadi Sultan Mudzaffar
Shah (1136 - 1179 M).
Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai, pengIslaman
pemerintah kerajaan Samudera-Pasai di Sumatera, Raja Merah Silu (atau
Merah Silau) dilakukan oleh Syeikh Ismail yang berasal dari MAKKAH.
Baginda kemudian menukar namanya kepada Sultan Malikus Salleh (1267 -
1297 M).
Semua tempat yang disebut itu terletak di Timur Tengah, bukannya dari India.
Jadi admin page Malaysian Indian's Forum selepas ini mohon jangan suka
sangat menyebarkan tulisan-tulisan syok sendiri, terutamanya
tulisan-tulisan yang memuatkan perkara-perkara palsu dan tidak mempunyai
bukti sejarah yang kukuh.
4. BAHASA MELAYU HANYA BERUSIA 600 TAHUN?
Dakwaan :
Usia Bahasa Melayu hanyalah lebih kurang 600 tahun sahaja tetapi Tamil
berusia 20 ribu tahun berasaskan benua Kumari (குமரி காண்டம்)( Bahasa
pertama dunia - digelar bahasa klasik antarabangsa) : Kalau tidak kerana
orang India, Tanah Melayu mungkin masih seperti Bali beragama Hindu.
Ulasan :
Adakah anda mengetahui tentang kewujudan Prasasti Dong Yen Chau (Dong
Yen Chau Inscription), Prasasti Kedukan Bukit (Kedukan Bukit
Inscription), Prasasti Talang Tuwo (Talang Tuwo Inscription) dan Batu
Bersurat Terengganu (Terengganu Inscription)? Kesemua batu-batu bersurat
(prasasti) tersebut ialah bukti bertulis yang menunjukkan Bahasa Melayu
sudah wujud sebelum zaman Kesultanan Melaka lagi.
Prasasti
Kedukan Bukit (ditemui di Kampung Kedukan Bukit, Palembang, Sumatera
Selatan) yang mencatatkan peristiwa tahun 605 Saka (682 Masihi) ini
diukir dalam Bahasa Melayu Kuno dengan banyak kosakata dari bahasa
Sanskrit. Prasasti milik kerajaan Srivijaya ini mempunyai banyak
kosakata bahasa Melayu Kuno yang masih digunakan dalam bahasa Melayu
Moden sehingga kini. Berikut merupakan petikan yang terdapat di atas
batu bersurat Kedukan Bukit tersebut ;
svasti śrī śakavaŕşātīta 605 (604?) ekādaśī śu-
klapakşa vulan vaiśākha ḍapunta hiyang nāyik di
sāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşa
vulan jyeşţha ḍapunta hiyang maŕlapas dari minānga
tāmvan mamāva yaṃ vala dualakşa dangan ko-
duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu
tlurātus sapulu dua vañakña dātaṃ di mata jap
sukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula<n>
laghu mudita dātaṃ marvuat vanua
śrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa
Perhatikan banyak perkataan bahasa Melayu Kuno dalam petikan prasasti ini yang masih lagi digunakan sehingga sekarang.
vulan = bulan
ḍapunta hiyang nāyik di sāmvau = Dapunta Hiyang naik di sambau (kapal)
marlapas dari minānga tāmvan = berlepas dari Minanga Tamvan
mamāva yaṃ vala dualakşa dangan ko- = membawa bala dua laksa (dua ribu) dengan
duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu = dua ratus pawang di sambau (kapal) dengan jalan seribu
tlurātus sapulu dua vañakña dātaṃ di mata jap = tiga ratus sepuluh dua banyaknya datang di Matajap
mudita dātaṃ marvuat vanua = mudik datang membuat benua
(nota : perkataan yang mengandungi huruf V dalam bahasa Melayu Kuno akan ditukar kepada huruf B dalam bahasa Melayu Moden)
Kewujudan perkataan bahasa Melayu Kuno dalam Prasasti Kedukan Bukit
yang berusia 1400 tahun ini menunjukkan bahawa hipotesis anda bahawa
bahasa Melayu hanya berusia 600 tahun adalah salah dan mengarut sama
sekali.
Tidak kurang daripada itu, sarjana berpendapat bahawa
Bahasa Proto-Austronesia, iaitu nenek moyang kepada Bahasa Melayu telah
wujud sejak 5000 SM, iaitu 7000 tahun yang lalu!
 |
Perkataan-perkataan Melayu yang muncul dalam Prasasti Dong Yen Chau (Champa) |
|
5. 70% PERKATAAN BAHASA MELAYU BERASAL DARI TAMIL
Dakwaan :
Perbendaharaan kata Bahasa Melayu itu sekali banyak berasal dari Bahasa Tamil(தமிழ்), Sanskrit(சமஸ்கிருதம்),
Hindi(இந்தி), Telegu(தெலுங்கு), Urdu(உருது): Lebih Kurang 70% daripada
Bahasa Melayu adalah bahasa pinjaman dari bahasa-bahasa berasal dari
India. Kalau tak silap bahasa Melayu hanya mewarisi 3 perkataan asal
sahaja. satu daripadanya adalah perkataan "babi"(பன்றி).
Ulasan :
Tidak hairan apabila Bahasa Melayu mempunyai banyak kosakata pinjaman
dari bahasa-bahasa asing termasuklah Sanskrit, Arab, Inggeris dan Cina.
Lokasi Kepulauan Melayu itu sendiri terletak di tengah-tengah jalan
perdagangan antarabangsa antara India dan China.
Tetapi pinjaman
sebuah bahasa dari bahasa lain tidak pernah menjadikan darjat sebuah
bahasa direndahkan. Faktor utama yang mewujudkan kepada pinjaman ini
adalah kerana sebuah bahasa itu merupakan lingua franca. Sebagai contoh,
bahasa Inggeris sering didabikkan sebagai bahasa antarabangsa telah
meminjam daripada bahasa Melayu itu sendiri apabila terdapat
pertembungan antara tamadun Inggeris dan juga Tamadun Melayu.
Mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu hanya mempunyai 3
buah perkataan, izinkan saya untuk matikan fantasi dan mimpi basah admin
page Malaysian Indian Forum.
Mari saya kongsikan kepada anda antara perkataan-perkataan asli dalam bahasa Melayu.
~~air, akar, aku, alu (pasangan kepada lesung), alur, anak, api, balai,
**barat, bara, baru, bau, bayang, benua, beras, beri, besi, betina,
bibir, bintang, buah, bukit, bulan, bulu, bunuh, cucuk, dahi, danau,
dapur, darah, darat, daun, dekat, dendam, dengar, duri, ekor, gatal,
habuk, hampar, hanyut, hantar, hantu, hari, hati, hidung, hirup, hujan,
hulu, huma, ikan, induk, ini, itu, jahit, jarum, kail, kanan, kayu,
kerbau, ketawa, kiri, kita, kuku, kulit, kutu, labah-labah, labuh,
langit, laut, layar, leher, lelap, lesung, lintah, liput, luar, ludah,
makan, malam, mati, mentah, mimpi, minum, nanah, nasi, nyiur, orang,
padi, pahit, paku, palu, panah, peha, penuh, puluh, putih, ratus, rumah,
tahi, tampi, tanah, tanak, tanam, tangis, telinga, telur, timur, tiup,
tua, tuli, ubi, udang, urat, yu (ikan).~~
 |
Bahasa Melayu terkelompok secara linguistik dalam bahasa-bahasa Malayo-Polinesia atau keluarga Austronesia |
6. KETURUNAN RAJA-RAJA MELAYU MELAKA BERASAL DARI INDIA
Dakwaan:
Keturunan and warisan Raja Raja Melayu adalah warisan dari Raja Raja
berasal dari Raja Parameswara seorang Putera Hindu Majapahit yang
berasal dari India. Tapi kita tahulah Sejarah Malaysia ingin mengaburi
minda muda telah mengubal sejarah untuk memajukan agenda "ketuanan
Melayu" secara palsu and mengkhianati sejarah sebenar Malaysia. HARAM
semata-mata.
Ulasan:
Bercakap pasal entiti Parameswara
ini, ianya sebenarnya merujuk kepada dua entiti. Apa yang dipaparkan
dalam buku teks adalah salah kerana ianya memetik catatan Tom Piresyang
menceritakan tentang seorang putera raja dari Sumatera lalu ke Singapura
dan membuka kerajaan baru. Konon putera raja ini membunuh seorang
pentadbir Singapura bernama Temagi sebelum melarikan diri lagi dan
membuka Melaka.
Versi kedua pula adalah Sri Tri Buana atau juga
dikenali dalam sejarah Melayu sebagai Sang Nila Utama yang tiba di
Sungai Singapura. Dan tahukah anda bahawa Sri Tri Buana atau Sang Nila
Utama ini adalah daripada Srivijaya.
Dari keturunan Sang Nila
Utama inilah lahirnya pemerintah Singapura Purba yang akhirnya
bersambung pada Iskandar Shah pembuka Melaka. Diceritakan bahawa kota
ini diserang oleh Majapahit atau Singgahsari yang lebih awal ketika itu
kalau kita ikut timeline. Dan ketika itulah Iskandar Shah ini lari ke
Melaka dan membuka kota Melaka.
Dari kerajaan yang manakah
asalnya Parameswara sebab India bukan sebuah kerajaan yang kecil sahaja
tetapi sebuah kerajaan yang besar. Jadi, tiada penjelasan yang kuat. Ada
banyak kerajaan yang berdiri di India ketika itu dan perlunya menyebut
sebuah kerajaan dari Benua India itu sendiri.
Perlu juga
diketahui bahawa sesungguhnya Majapahit itu sendiri merupakan kerajaan
orang Jawa dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana putera raja
India. Adalah sebuah pembohongan yang terlalu bebal apabila tidak mampu
untuk membezakan antara sebuah kerajaan orang Jawa dan juga India. Kami
orang Melayu yang merupakan adik-beradik serumpun dengan orang Jawa dan
juga terdapat orang Jawa yang sudah berasimilasi ke dalam bangsa Melayu
agak terkilan apabila kerajaan Majapahit yang menjadi kebanggaan orang
Jawa pun mahu di-India-kan hanya kerana beragama Hindu suatu masa
dahulu.
Sebelum kita ke point seterusnya, hadam kata-kata dibawah:
“It is clear that he (Parameswara) was a prince of Malayu and that he
was a Malay. This fact is corroborated in Tome Pires’ account where the
Parameswara himself acknowledged that he was a Malayu. His father was a
king or ruler, the Sang Aji, of Palembang.”
(al-Attas, 2011; hlm 43)
7. SEMUA BUDAYA MELAYU BERASAL DARI INDIA
Dakwaan:
Seni permainan seperti congkat, adalah berasal dari India : Peralatan
musik seperti Kompang, Gendang, Gong and lain lain lagi juda mempunyai
asal usul India : Seni mempertahakan diri seperti Silat itu adalah
berasal dari "Silambam & Kalari " : Adat Perkahwinan - seperti
Tepung Tawar,Bersanding, Berinai, Hantaran, Sirih/Pinang and pelbagainya
adalah adat istiadat India berasakan Hindu. : Seni Logam, Logam hiasan,
Tarian and pelbagai lagi adalah tempisan adat India-Hindu.
Permakanan : Kaum Gunungan ( Melayu) - Di abad Ke 5 : Cara pemakanan
mereka adalah beraskan Ulam, Rebusan, Tumbukan Sahaja dan tangkapa
sungair/Laut ataun Hutan. Cara pemasak beresepi, pengunaan minyak,
tumisan, rempah ratus, cili, beras dan sebagainya mempunyai hubungan
dari benua India-Hindu.Kuih-kuih seperti Roti Canai, Kari,Muruku, Kuih
Ros,Thumbi, dan banyak lagi adalah berasakan permakanan dari India. Yang
Benarnya tak terkira dan melaului masa semua bercampur aduk.
Dalam abad ke 18 datanglah ramai orang dari India untuk memajukan Tanah
Melayu and sekaligus membangunkan ekonomi tempatan : Lebih kurang 1.2
juta orang India berkorban dalam jangga masa 100 tahum bermula 1850 ke
1950 untuk meneroka tanah ini. Pengorbanan kerana - gigitan ular,
penyakit tropika, Malaria and kekurangan pemakanan berkhasiat ,Kalau
tidak kerana orang India tidak adalah adalah estet-estet yang mendokong
ekonomi kita lebih dari satu kurun. Orang Indian sahaja melalui estet
menyumbangakan lebih daripada 50% GDP dari 1850 to 1950.
Ulasan:
Ini sebuah dakwaan yang tidak berasas. Untuk membuat sebuah dakwaan
bahawa sebuah budaya atau adat itu datang daripada sebuah tamadun, ianya
memerlukan analisis yang mendalam. Sebagai contoh, anda mengatakan
bahawa silat berasal daripada seni bela diri silambam. Maka di sini saya
mahu melihat apakah falsafah-falsafah silat itu masih mampu dapat
dipenuhi di sini ataupun tidak. Sekurangnya falsafah keris itu mesti
wujud di mana-mana tempat di India.
Falsafah Keris itu juga
sangat tinggi. Sebagai contoh, umumnya, orang Melayu mensisipkan keris
di pinggang, iaitu dibahagian hadapan badan dengan menaruhkan harapan
dan ketuahan kepada keris lebih utama daripada diri mereka sendiri.
Apabila dilihat dari hadapan, musuh atau lawan sudah berandaian bahawa
si pemakai keris sebenarnya sudah siap sedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan yang akan berlaku.
Manakala bagi orang Jawa, keris
disisipkan dibahagian belakang badan mereka dengan niat untuk sentiasa
berwaspada dan keris dicabut daripada sarung apabila diperlukan.
Lantaran itu, keris yang disembunyikan dibelakang badan juga bertujuan
untuk mengelirukan lawan.
Apabila hulu keris dihadapkan ke arah
badan, iaitu sama ada dibahagian hadapan atau pun belakang si pemakai,
ia membawa maksud ‘aku datang dengan aman’.
Sekiranya, hulu keris
dihadapkan keluar, ia merupakan tanda amaran kepada musuh atau lawan
dan memberi pengertian ‘aku siap untuk bertarung’.
Terdapat 10
simbol dan falsafah keris itu dalam masyarakat Melayu wahai saudara.
Keris dalam masyarakat Melayu ialah sebagai lambang maruah, kejantanan,
harga diri, jati diri, daulat, senjata, batang tubuh, penjaga diri,
pembantu dan pakaian.
Itu belum lagi saya menceritakan mengenai
Falsafah pembinaan keris, falsafah bilah keris, falsafah adab dan rahsia
dan falsafah anatomi keris. Apakah di India mempunyai sesuatu yang
seumpama dengannya? Apakah Silambam menggunakan senjata yang tinggi
falsafahnya? Itu saya bicara mengenai soal keris sahaja tuan. Belum lagi
soal semua budaya-budaya yang didakwa datang dari India. Dakwaan tidak
boleh dibuat sewenang-wenangnya tuan. Anda perlu berdasarkan analisis
dan bukti yang jitu.
Itu belum lagi kami bicarakan sesuatu
seperti gendang misalnya. Untuk pengetahuan semua, gendang yang wujud di
Nusantara adalah berusia 600 SM, kira-kira 400 ratus tahun sebelum
permulaan era Sanggam di selatan India. Gendang Dong Son namanya.
Gendang Dong Son banyak ditemui di seluruh Asia Tenggara termasuklah
Malaysia. Gendang Dong Son di Malaysia ditemui di Batu Buruk, Terengganu
dan Sungai Lang, Selangor.
Atau kami bicarakan mengenai perbezaan
penggunaan rempah dalam masakan, tentang rempah masakan India adalah
rempah kering manakala di Nusantara menggunakan rempah-rempah basah.
Bahkan Nusantara ini adalah tempat asal kepada rempah seperti cengkih,
kayumanis, dan pala.
Dari segi musik, paling mudah mematahkan
hujah kerana alat muzik India lebih tertumpu pada jenis drums, string
instrument dan flute.
Ini jauh berbeza dari alat muzik
Nusantara/Melayu yang menggunakan jenis bronze ensemble termasuk gong,
gamelan yang merangkumi sauron, demong, kenong dan bonang. Alatan
seperti canang juga unik di Nusantara.
Kalau soal seperti tarian,
ianya lebih kompleks kerana ada tarian yang memang lokal genius
tempatan, tetapi dalam masa yang sama bercampur dengan pengaruh Parsi,
india, Arab, China dan banyak lagi.
Oh ya, nak bagitahu makanan
dari India seperti maruku, capati dan roti canai sememangnya dari India,
tidak pernah pula didengar ada orang Melayu klaim bahawa itu makanan
tradisi kami. Tetapi adalah tidak munasabah apabila mengatakan bahawa
semua makanan yang dibuat oleh orang Melayu berasal dari India? Adakah
belacan dan tempoyak misalnya berasal dari India juga?
Perlu
diketahui bahawa Kepulauan Melayu merupakan sebuah wilayah yang menjadi
rebutan kerana kekayaan rempahnya. Adalah tidak munasabah apabila
pribumi yang sudah selalu bergelumang dengan rempah-ratus yang kaya ini
tidak tahu untuk memasak? Kalau macam tu, sebelum orang India datang ke
sini, kami di sini memang tak pandai memasak makanan sendiri la ya?
Kebuluran gitu?
Menarik betul logik akal saudara.
Terakhir...
Boleh kami dapat rujukan kepada sumbangan 50 peratus GDP pada tahun 1850 negara kita?
-HE dan RAD-
Rujukan:
1. Gerini, Gerolamo Emilio (1974), Researches on Ptolemy's geography of
eastern Asia (further India and Indo-Malay archipelago, Oriental Books
Reprint Corporation, pp.101
2. Arokiaswamy, Celine W.M. (2000).
Tamil Influences in Malaysia, Indonesia, and the Philippines. Manila
s.n. pp. 37, 38, & 41.
3. Guy, John. (7 April 2014). Lost
Kingdoms: Hindu-Buddhist Sculpture of Early Southeast Asia. Metropolitan
Museum of Art. p. 21
4. Abdul Rashid Melebek; Amat Juhari Moain
(2004), Sejarah Bahasa Melayu (History of the Malay language), Utusan
Malaysia. Pg 27
5. Abdul Rahman Al-Ahmadi (1991), "Old Malay
scripts (pre-Jawi) of Champa and Srivijaya", Excerpta Indonesica, Centre
for Documentation on Modern Indonesia, Royal Institute of Linguistics
and Anthropology, 42-48
5. Shahrir Mohd Zain (2003). Penyebaran Orang Rumpun Melayu Pra-Islam dan Perkembangan Tulisan Bahasa Melayu. pp129-146
6. Dr. Md. Salleh Yaapar. (2014) Peri Nama, Asal Usul dan Identiti
Melayu: Ke arah Pencerahan yang Dinantikan oleh Prof. Dato’ Seri Dewan
Bahasa Dan Pustaka
7. Paul Michel Munez. (2004) Early Kingdom Of The Indonesian Archipelago And The Malay Peninsula
8. Mohd. Zariat Abdul Rani, Antara Islam dan Hinduisme di Alam Melayu :
Beberapa Catatan Pengkaji Barat dalam Jurnal Sari edisi 23 (2005), p.67
– 82
9. Ahmad Jelani Halimi (2008), Sejarah dan tamadun bangsa Melayu pg. 24 – 50
10. Mahyudin Al-Mudra (2009). Melacak Asal-Usul Keris dan Peranannya Dalam Sejarah Nusantara. Sari 27-44.
11. Khamid Mohamad & Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman (2013).
Falsafah dan Isu Masa Kini. International Journal of the Malay World and
Cilivization (Iman): 45 – 43.
12. Video Pembentangan Prof Mokhtar Saidin Tentang Sungai Batu (Link:
https://www.youtube.com/watch?v=OSZU3JxDcxY)
13.
http://www.tagalogtranslate.com/tl_en/13635/malayo
14.
http://www.tagalogtranslate.com/tl_en/13633/malaya