Salam semua!
Hari ini Cik Seri nak 'highlightkan' satu batu bersurat yang pernah Cik Seri sebut dalam satu artikel yang lalu.Batu bersurat atau disebut prasasti ini amat penting,pertamanya ia memberitahu kita bahawa suku Cham yang pernah mendirikan kerajaan Champa yang terkenal itu adalah dalam rumpun Melayu dan keduanya,ini adalah bukti paling terawal yang diketahui bahasa Melayu tercatat pada prasasti.Sebelum ini sejarahwan barat mengenal Prasasti Kedukan Bukit yang ditemui di Sumatera sebagai bukti terawal prasasti berbahasa Melayu.
Ini dia,Prasasti Dong Yen Chau,Vietnam:
"Siddham! Ni yan Naga pun putauv, ya uran spuy di ko, kurun ko jmay labuh nari svarggah, ya uran peribhu di ko, kurun saribu tahun ko davam di naraka, dnan tijuh kulo ko"
Perhatikan beberapa perkataan Melayu purba yang masih digunakan sehingga ke hari ini,saya pernah sebut sebelum ini:
uran=orang
yan=yang
pun=pun
kurun=kurun
saribu=seribu
tahun=tahun
davam=diam
di=di
naraka=neraka
dnan=dengan
tijuh=tujuh
ni=ini
Prasasti ini berusia kira-kira abad ke-4 Masehi.Sebenarnya saya ada terbaca dalam jurnal sejarahwan Vietnam tentang prasasti Cham lebih awal dari itu,iaitu berusia abad ke-2 Masehi namun mungkin belum sampai ke pengetahuan pengkaji kita.Prasasti ini adalah paling tua dalam sejarah Indochina dan mengatasi apa jua prasasti Khmer,Mon,Burma,Dai-Viet,Lao mahupun Thai.Yang paling dekat dengan bahasa Melayu suku Cham ini adalah bahasa Mon dan Khmer di mana prasasti tertua masing-masing berusia abad ke-6 Masehi.Prasasti bahasa Burma seawal abad ke-11.Prasasti Thai abad ke-13.Dai-Viet pula dikesan menuliskan bahasanya seawal abad ke-15,di mana sebelum itu kemungkinan menggunakan bahasa-bahasa Cina era klasik.Sebab itu dalam sejarah bahasa di Indochina dan Asia Tenggara,bahasa Melayu dikategorikan dalam kumpulan 'ancient language' dan seringkali suku Cham dinamakan sebagai 'ancient nation'.Dari prasasti ini juga kita tahu bahawa bahasa yang digunakan oleh suku Cham dan kerajaan Champa pada masa dahulu adalah serumpun dengan bahasa yang juga digunakan oleh Empayar Sriwijaya (prasasti tertua berusia abad ke-7 Masehi).Cham adalah 'indigenous' Indochina dan rekod kewujudan orang Cham lebih awal dari orang Khmer berdasarkan bukti dari riwayat Khmer sendiri yang mengatakan ketika Kaundinya (bapa orang Khmer yang menurunkan bangsa Khmer) tiba ke Kampuchea (Kemboja),beliau telah bertemu dengan 'Cham King'.Legenda mengatakan bahawa raja-raja Cham dahulunya bertempat di Champassak iaitu di Laos sekarang dan candi-candi purba di sana dikatakan dibina oleh orang Cham bukan Khmer.Riwayat diraja Khmer melalui ulasan pengkaji Perancis mencatatkan kehadiran raja Cham dalam riwayat Kemboja ialah diperkirakan seawal 500 Sebelum Masehi dan ini adalah era Cyrus The Great!
Raja-raja Melayu sama ada dari Sumatera atau di tanah besar Asia (Indochina dan semenanjung) mempunyai standard tersendiri dalam mengabadikan kerajaan mereka.Mereka pasti memahatkan kewujudan kerajaan mereka dalam bahasa Melayu Kuno.Inilah kepentingan prasasti.Kamu anak-anak Melayu semua wajib kenal semua prasasti-prasasti ini.Prasasti ni sebagai 'senjata' untuk menangkis apa jua pembohongan sejarah.Nenek moyang telah bersusah payah mengabadikan bahasa dan sejarah bangsa pada batu bersurat;seakan kapsul masa pada hari ini.Jika anda semua belum nampak,saya akan ajukan satu kajian kes.Mangsa kajian saya kali ini ialah penulis Tausug Global iaitu Asreesulu.Maaflah ye sebab nak buktikan bahawa dengan adanya prasasti,maka kita boleh lihat siapakah yang berpijak di bumi dan siapakah yang berangan-angan.
Asreesulu mendakwa kerajaan Zabag yang bertempat di Suvarnadvipa,yang dilaporkan oleh dua pengembara Arab,Al-Biruni dan Mas'udi (masing-masing pada tahun 1030 M dan 943 M) adalah merujuk kepada kerajaan Tausug dan orang Tausug.Catatan dua pengembara itu ialah pada abad ke-10 dan ke-11 Masehi dan ini adalah zaman kerancakan empayar Sriwijaya.Kerajaan ini dikatakan menguasai Laut Champa.Laut Champa adalah nama lama bagi Laut China Selatan.Untuk menapis kenyataan ini,kita boleh buat ujian pertanyaan:
1-Adakah kerajaan Zabag yang hebat itu ada mengeluarkan prasasti berbahasa Tausug dan ditulis dalam tulisan Lontarsug?
2-Adakah kerajaan Zabag (Tausug) itu ada menghantar duta-duta ke negeri sekitarnya seperti China?Jika ada apakah sebutan China terhadap orang Tausug?
3-Adakah nama Tausug itu ada disebut dalam riwayat bangsa-bangsa lain?
Ok,kita lihat laut Champa yang dikatakan terletaknya kerajaan Zabag:
Dari geografi pun kita tahu bahawa lebih baik kerajaan Zabag duduk kat Borneo,semenanjung atau Sumatera kerana ketiga-tiga kawasan ini adalah laluan antarabangsa antara India ke China.Buat apa menyorok kat Kepulauan Sulu?Kerajaan Zabag akan bangkrup kalau duduk kat Sulu sebab hasil perdagangan dicantas oleh pelabuhan-pelabuhan kerajaan di Sumatera dan Semenajung.Sudah tentu kerajaan Zabag kaya-raya kerana perdagangan antarabangsa,bukan hanya merompak dan melanun.Lu fikirla sendiri.
Ok,sambil menanti-nanti saudara Asreesulu mengarang cerita dok muhong,biar saya beritahu kat belakang:
1-Kerajaan Zabag jadi-jadian Tausug tidak ada sepatah haram pun prasasti.Prasasti tertua di Filipina dan Sulu adalah Laguna Copperplate,hasil keluaran kerajaan Medang di bawah pemerintahan dinasti Sailendra.Sailendra adalah dinasti Melayu yang juga pernah memerintah Sriwijaya.Laguna Copperplate ditulis dalam bahasa Melayu Kuno dengan kehadiran istilah Sanskrit,Jawa Kuno dan Tagalog Kuno (bukan Tausug ye).
2-Kerajaan fantasi Tausug ini tiada pernah didengar oleh mana-mana kerajaan.Raja China pun tidak pernah menerima duta Tausug.Kerajaan Melayu memang ada,di mana di dalam rekod China di sebut Mo-lo-yu,Ma-li-yuer,Bok-lo-yu mengikut sebutan dinasti-dinasti China yang berbeza.Kalau orang Tausug ada menghantar duta,ia kemungkinan disebut Tao Sup dalam rekod China.Tapi minta maaflah,nama anda tiada dalam carta.Raja China ke India ke tak kenal siapa Tausug.
3-Sepanjang kajian sejarah,TIADA.Asreesulu pun tak berani nak petik riwayat Mon ke,Khmer ke,Thai ke atau sebagainya yang menyebutkan pasal Tausug.Dah tu memang takde.Asreesulu hanya berani memutarbelitkan catatan umum para pengembara atau para imperialis Barat berkenaan Asia Tenggara dan kerajaan-kerajaannya,di mana catatan itu didakwanya bersangkut paut dengan Tausug,padahal tidak.
Adakah kerajaan Zabag itu berkaitan dengan orang Melayu dan empayarnya?Mari kita lihat.
1-Sekitar abad ke 10 dan 11 terdapat beberapa buah prasasti yang dipahat oleh dinasti-dinasti besar Melayu Asia Tenggara.Laguna Copperplate oleh dinasti Sailendra dari kerajaan Medang (Mataram Kuno),tahun 900 Masehi.Prasasti Grahi pada tahun 1183 Masehi diukir oleh Maharaja Dharmasraya,Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa,waris Sriwijaya yang mengambilahlih seluruh wilayah kekuasaan Sriwijaya.Prasasti ini ditulis dalam bahasa Khmer.Prasasti Hujung Langit tahun 997 Masehi yang berisi urusan pemberian tanah,ditulis dalam bahasa Melayu Kuno.Ini prasasti yang bersangkutan dengan tiga dinasti Melayu iaitu Sailendra,Sriwijaya dan Mauli yang ada kaitan dengan empayar Sriwijaya.Saya tak masukkan lagi prasasti-prasasti sebelumnya seperti Kedukan Bukit,Kota Kapur,Gandasuli,Talang Tuwo,Ligor,Nalanda dan lain-lain.Ini semua prasasti raja-raja Melayu purba,majoriti ditulis dalam bahasa Melayu Kuno.
Jadi sekarang siapa yang berangan?Kerajaan sehebat Zabag tiada prasasti langsung dalam bahasanya sendiri iaitu Tausug?Malas menulis?Alasan yang akan digunakan oleh Asreesulu adalah dengan mendakwa raja Tausug menulis prasasti dalam bahasa Melayu kerana ia bahasa perdagangan.Ini sama seperti alasan Siam Mongol.Raja Jawa pun tulis prasasti dalam bahasa Melayu tapi mereka tulis juga dalam bahasa Jawa.Raja Sunda dan Aceh pun sama.Mereka masing-masing ada prasasti dalam bahasa suku sendiri.Jadi apa masalahnya?
2-Sekitar abad ke 10 dan 11,negeri China telah menerima banyak utusan dari Sanfotsi,iaitu Sriwijaya.Sanfotsi adalah sebutan China bagi Sanjaya,iaitu cabang keluarga Sailendra.Sebutan Sanfotsi digunakan setelah dinasti Sailendra mengambilalih kuasa pentadbiran dari dinasti Sriwijayamala,yang disebut sebagai 'Shih-li-fo-shih'.Sriwijaya menghantar duta pada tahun 960,962,980-983,988-992-1003,1008,1017 dan seterusnya.Sriwijaya juga menghantar para pelajar,pedagang dan duta ke kerajaan-kerajaan di India.Sehingga di Nalanda,India dijumpai satu prasasti tembaga padu yang mahal buatannya terpahat nama Balaputradewa,raja Sriwijaya dari dinasti Sailendra.Rekod-rekod duta ini penting kerana ia menunjukkan sesuatu kerajaan itu diketahui kewujudannya oleh kerajaan lain.Kerajaan yang tak menghantar duta ke negeri lain adalah kerajaan orang gua yang tak tahu hidup bermasyarakat.Orang lain pun tak peduli pasal dia,dia pun buat hal sendiri.
Seperkara yang menarik,kerajaan 'Prester John' yang hantar utusan kepada Muawiyah dan Umar Abdul Aziz, iaitu khalifah Bani Umayyah,yang di dalam suratnya memberitahu kerajaannya amat besar di Timur dan mengausai lautan adalah utusan kerajaan Sriwijaya.Maharaja ketika itu ialah Indravarman.
3-Carilah...di mana-mana dalam riwayat Khmer,Mon,Thai,Jawa dan lain-lain,nama Tausug dan Sulu memang tiada.Catatan tentang Sulu dan penduduknya hanya selepas era imperialisme.Catatan lain pun kerana ada satu-satunya kerajaan Tausug yang ada iaitu Kesultanan Sulu.Kesultanan ini wujud pun selepas diIslamkan oleh orang Melayu Johor peranakan Arab.Selepas masuk Islam dan dapat merasa jadi orang bertamadun,barulah boleh buka kerajaan.Sebelum itu satu dunia pun tahu,penduduk Sulu adalah lanun-lanun primitif.Asreesulu pun mengaku malah berbangga lagi.Ini pun ada hati nak dakwa Zabag itu Tausug?
Namun nama 'Malayu' itu jelas terpahat dalam prasasti,rekod dan manuskrip.Setakat ini setahu saya ada dua prasasti di Asia Tenggara yang terpahat amat jelas ejaan 'Malayu' itu.Pertama Prasasti Tembaga Jaya Singa Himat keluaran sekitar abad ke 10-13 Masehi,berbahasa Melayu Kuno.Kedua Prasasti Hanchey berusia abad ke-6 Masehi di Kemboja yang bertulisan Khmer dalam bahasa Khmer Kuno campur Sanskrit.Manakala di dalam manuskrip,jumlahnya amat banyak.Tidak termasuk pelbagai variasi sebutan mengikut dinasti di China dan sebutan rekod Tamil,Sinhala,Pali dan Sanskrit.Dalam rekod Jawa lagilah banyak.Dalam kakawin-kakawin era Majapahit memang tercatat kata 'bhumimalayu' dan 'malayupura'.Dalam rekod Thai terutama era Ayutthaya pun ada,tambahan pula bahasa Melayu antara bahasa pengantara dalam istana Ayutthaya.Ini saya ambil dari tesis oleh Davisakd Puaksom untuk Doktor Falsafahnya di Universiti Nasional Singapura.Beliau telah menemui banyak bukti mengejutkan tentang pengaruh bahasa Melayu sebagai lingua franca di dalam istana Ayutthaya.Maaflah bahasa Tausug tiada tempat dalam istana raja Siam.
Kesimpulannya,melalui prasasti,manuskrip dan rekod,kita mampu tersenyum megah dan hanya melihat gelagat para pembohong sejarah terkinja-kinja di hadapan kita.Modal mereka air liur dan cerita fantasi mereka.Kita ada prasasti,rekod dan manuskrip.Hanya orang gila sahaja yang menafikan kepentingan prasasti dan manuskrip.Tamadun yang malas menulis dan mencatat adalah tamadun orang gua dan monyet-monyet.Kita punya tamadun yang menulis dan mencatat.Kita setaraf tamadun Sumeria,Mesir Purba,China dan Lembah Indus.Semua tamadun itu meninggalkan bukti-bukti berupa rekod tulisan dan bahasa.Seluruh sarjana linguistik dan morfologi mengiktiraf prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno kita.Dahulu kita penguasa seluruh Asia Tenggara.Bahawa dahulu kita punya empayar yang agung.Kita pribumi Asia Tenggara.Di sini tempat tumpah darah kita!
Saya membawakan kajian kes seperti Siam Mongol,Ultrakiasu dan Asreesulu adalah untuk melatih anda supaya menggunakan semua bahan bertulis yang diusahakan oleh nenek moyang kita bagi menentang pembohongan sejarah.Ini semua ibarat senjata paling ampuh.Jika anda pandai menggunakannya anda akan jadi seperti saya.Semangat mereka seperti Siam Mongol dan Asreesulu dalam menaikkan prestij sukukaum mereka walaupun mereka tahu kaum mereka tidak punya apa-apa bukti,adalah sesuatu yang patut diinsafi oleh anak-anak Melayu.Kamu semua ada bukti yang kukuh,apa lagi,gunakan!!
I'm vampire of history.
Telahku semahkan darah pada batu bersurat,telahku perahkan limau pada keris wasiat.Sampai masa aku bangkit untuk berjuang.Biar tulang-temulang ku remuk seribu,kulitku bercaing jantungku dihempas ke batu,namun berundur tidak walau selangkah.Ku titiskan air limau ke atas liang lukaku,biar panas mendidih segenap hanahorragha,biar bergetar segala urat-urat dan daging.Urat menjadi dawai,daging menjadi besi...darah menjadi raksa.
Ku titiskan darahku ke dalam mangkuk diraja,buat santapan putera puteri pertiwi,biar keturunannya menjadi srikandi riwayat terahsia,gagah melawan bala bencana,teguh menahan badai daksima.Lohor jiwa dan raga.Lohor paksi agama.Lohor segenap bangsa!
~Srikandi
'Vampire blood in the chalice of the emperor'