Baru-baru ini ada seorang fans saya mengadu tentang seorang mamat entah datang dari mana telah mengelirukan pembaca dengan memandai-mandai memutarbelitkan sejarah mengikut kepalanya sendiri. Saya difahamkan dia ini seorang mat ganja. Hmmm...sejarah akan jadi bengong jika jatuh kepada yang bukan ahlinya apatah lagi orang yang hisap gam dan dadah.
Melalui screenshot yang ditag oleh fans itu,saya sudah tersenyum betapa orang ini sebenarnya keliru antara Sulalatus Salatin (SL) dengan Hikayat Hang Tuah. Nampak benar dia ini hanya serkap jarang dan terburu-buru.
Orang ini ingin melawan Tun Seri Lanang (TSL) tetapi menggunakan isi dalam Hikayat Hang Tuah. Kasihan TSL! TSL bukan pengarang Hikayat Hang Tuah!
Buat pengetahuan bersama, dalam Sulalatus Salatin nukilan TSL, bukan Hang Tuah yang menculik Tun Teja tetapi Hang Nadim.
Watak Hang Tuah menculik Tun Teja hanya muncul di dalam Hikayat Hang Tuah. Fail pasal kedua kitab ini maka nampaklah begitu hina diri seseorang itu dalam sejarah Melayu. Baik diam je.
Dalam posting itu lagi, orang ini mendakwa Hang Tuah kononnya berlayar 7 hari (ini memang tiada langsung dalam SL) sahaja untuk melengkapkan perjalanan dari Melaka ke Pahang (Kota Beram). Orang yang cetek pengetahuan sejarah ini begitu terkesima dengan perkara ini.
Apa nak dihairankan, dalam Hikayat Hang Tuah ada lagi yang lebih ajaib, Hang Tuah berlayar dari Melaka ke Sri Lanka hanya mengambil masa 8 hari sahaja dan sampai ke Selatan India dalam masa 10-11 hari.
Klik untuk besarkan.
7 hari 7 malam Hang Tuah mampu berlayar ke Lautan Hindi, inikan pula dari Kuala Pahang ke Melaka? Kacang lanang jer.
Malah dalam pelayaran silam banyak pelayaran yang disangka mengambil masa lama namun sebenarnya tidaklah begitu.
Bayangkan Kanton ke 'Selat' dalam masa 18 setengah hari.
Menurut fans saya, orang ini suka memaksakan cerita bahawa Hang Tuah ikut satu jalan kononnya rahsia untuk lari dari pengejaran orang Pahang. Jalan yang dimaksudkan itu ialah melalui Endau dan keluar ke kawasan Batu Pahat.
Jika sudah dapat dikejar orang, maka jalan itu bukan lagi rahsia. Jalan rahsia untuk menyusup mestilah amat sukar dikesan musuh. Tambahan pula amatlah bingung jika Hang Tuah mengambil jalan merentasi semenanjung melalui sungai atau paya-paya dengan menggunakan kapal. Masalah yang timbul ialah:
TIADA ANGIN.
Maka Hang Tuah nak tak nak akan kembali mengerahkan orang-orangnya mendayung kapalnya macam kapal-kapal Greek dan Phoenicia zaman purba dulu. Ini terpaksa dalam keadaan dikejar.
Lainlah Hang Tuah duduk berdua dengan Tun Teja sambil berkayak :D
Namun itu juga taktik yang bangang kerana merentasi jalan benua adalah lebih membahayakan apabila pihak musuh boleh mengarahkan askar mereka menyerang dari tebing-tebing sungai atau paya dengan hanya berjalan kaki.
Jadi bagaimana Hang Tuah/Hang Nadim melarikan diri?
Dengan menggunakan jalan laut juga. Mengelilingi pantai Johor.
Rahsianya ialah: KEMAHIRAN MENGETAHUI ARAH ANGIN DAN MASA ANGIN BERTIUP.
Ini adalah rahsia pelayaran orang-orang dahulukala untuk bergerak pantas. Mari kita lihat data yang dikumpul dari pelayaran Munsyi Abdullah dalam perjalanan balik dari arah Pahang ke Singapura.
Keyword dia adalah 'Penyusuk'.
Dalam Sulalatus Salatin, Laksamana Khoja Hassan melarikan Ai Kening, gajah kepunyaan sultan Pahang, melalui route yang sama yang dilalui Hang Tuah/Hang Nadim ketika menculik Tun Teja. Pasukan Melaka juga dikejar askar Pahang, namun beliau dapat melepaskan diri dan bergerak ke 'Penyusuk'.
Sebelum sampai ke Penyusuk, dalam kes ini mereka bertemu di 'Sedili Besar' (Dalam SL, Hang Nadim bertempur dengan askar Pahang di sekitar Pulau Keban).
"Setelah Sultan Abdul Jamal mendengar kata orangitu, maka baginda pun
terlalu murk a, titah baginda, "Kita diperbuat oleh raja Melaka ini 'Mulut
disuapinya dengan pisang, pantat dikaitnya dengan onak'." Maka baginda
menitahkan segala hulubalang Pahang mengikut Laksamana. Maka segala hulubalang
Pahang pun pergilah, tiga puluh banyak kelengkapannya, Seri Akar Raja akan
panglimanya, dan Tun Aria pun pergi bersama-sama. Maka diikutnyalah Laksamana;
telah datang hingga Sedili Besar, maka bertemulah dengan Laksamana, lalu
diperangi oleh Seri Akar Raja, dan TunAria; dan segala hulubalang Pahang pun
tampillah. Maka oleh Laksamana, barang yang hampir itu dipanahnya, maka segala
orang Pahang pun dahsyat mendekati perahu Laksamana.
Sekarang kita perhatikan route Munsyi Abdullah seterusnya:
Kedudukan Pulau Tinggi:
Sungai Bedok/Tanah Merah Besar:
Perasan tak nakhoda Bugis kata sudah 4 hari meninggalkan 'Selat' (Singapura) ketika di Pulau Tinggi?
Jika mereka berlayar dari 'Selat' masuk ke Selat Melaka menuju ke Melaka,harus mencapai Batu Pahat dalam masa 4 hari juga.
Lebih kurang sama kalau nak kata berkayak dari Endau ke Batu Pahat boleh capai dalam masa 10 hari. Baik askar Melaka ikut jalan laut, tak payah kerahkan pendayung lawan arus sungai dan paya, pakai angin sahaja.
Tetapi nanti dulu, perhatikan berapa lama Munsyi Abdullah belayar....
21 April dari Tanjung Batu bawah sedikit dari Kuala Pahang, sampai Singapura 24 April.
Lebih kurang 3 hari sahaja!
Dari Singapura ke Selat Melaka kalau ambil jarak yang sama dalam masa 3-4 hari boleh sampai ke Negeri Sembilan!
Adakah Munsyi Abdullah naik kapal wap? Tak, dia naik kapal pakai layar biasa. Harapkan angin untuk bergerak.
JADI APA RAHSIA HANG TUAH SEBENARNYA?
Bukan ikut jalan yang kononnya rahsia, yang mana kononnya Tun Seri Lanang tipu pembaca. Tak. Mat ganja ini sebenarnya KENA TIPU dengan TSL.
Rahsianya ialah KEMAHIRAN MENGGUNAKAN ANGIN LAUT. Tahu arah mata angin dan bila angin bertiup. Kemudian let's go!
Kesimpulan kalau ikut jalan yang kununnya 'rahsia besar':
1) Tiada bantuan angin
2) Pergerakan lembab
3) Akan melalui kawasan berpaya
4) Laluan berliku-liku, melambatkan masa
5) Terpaksa mendayung untuk bergerak cepat
6) Terdedah kepada askar darat di kiri dan kanan tebing, terdedah dengan panah, panah berapi, sumpit dan balingan lembing.
7) Terdedah kepada dihalang di tengah jalan (blockade), dan kalau ini terjadi, mereka terpaksa melarikan diri ikut darat.
8) Tidak sesuai untuk situasi kejar-mengejar
Kalau ikut laut:
1) Ada bantuan angin
2) Pergerakan cepat, jika mendapat angin yang betul perjalanan kurang 10 hari
3) Boleh membelok sesukahati jika dihalang (blockade) sebab berada di laut lepas (open sea)
4) Laluan luas dan tidak berliku
5) Tiada masalah sungai sempit atau paya
6) Tak payah mendayung, pakai layar sahaja, guna kekuatan angin
7) Sesuai untuk situasi kejar-mengejar
Menurut fans saya lagi, untuk menipu pembaca yang tahyul maka dia kata TSL menulis dalam penjara, tertekan....jadi atas sebab itu TSL buat-buat tipu musuh dia, taknak bagitau 'laluan rahsia' larikan tunang orang ikut Endau keluar Batu Pahat :D
Takde mendenye, kat Aceh siap TSL dilantik jadi pembesar (uleebalang) malah diangkat jadi raja di Samalanga. Tertekan amendenye. Merepek.
Tulis pasal sejarah Johor seciput, tapi dia paksa orang baca macam baca seluruh sejarah Melayu dari A sampai Z. Sejarah lain dia ke laut especially sejarah Kelantan sebab dia ni alergik dengan orang Kelantan.
Fans saya memberitahu lagi selain suka hisap ganja, orang ini yang bekerja sebagai kuli kontrak jabatan muzium atau arkib ini suka melayan video yang tidak senonoh malah berbangga dengan maksiat itu yang dikongsikan dengan kawan-kawan seangkatannya di fesbuk.
Hmmm...no komenlah benda ni...just saya doakan orang itu mendapat hidayat dan insaf.
:)
~Cik Seri.
p/s: Batu Api Diraja (Dapunta Hiyang) sila laporkan ini kepada tok guru anda.