Saturday, February 6, 2016

Fungsi Sejarah



 
 
 
 
Saya telah jelaskan, apa-apa tindakan dan keputusan mestilah nampak keuntungan dan kebaikan pada kita. Hanya budak-budak hingusan sekolah baru nak up sahaja yang suka membuat trolling dan gagal memahami bagaimana sejarah berfungsi untuk kebaikan kepada manusia.

Orang lain menggunakan sejarah bagi meningkatkan self-esteem, self-motivation, confident dan pride. Namun, sesetengah dari kita gemar memakai sejarah untuk down-kan orang lain, anak bangsanya. Gemar highlight-kan keburukan dan kenistaan dalam sejarah, dan kemudian meninggalkannya kepada masyarakat tanpa apa-apa pandangan bernas. Saya bagi contoh, dalam sejarah Kesultanan Melaka, this beruk akan gemar fokus kepada raja dan pembesar minum arak, berfoya-foya dan claim seolah-olah satu kaum perangai yang sama. Padahal di sana ada raja yang adil dan baik seperti Sultan Alauddin Riayat Syah malah makamnya masih wujud sehingga ke hari ini. This beruk tidak akan sebut nama-nama atau tokoh sebegini sebab kecetekan ilmu mereka dan gambaran yang bagaimana yang mereka mahu paksakan ke atas audien.

Setiap struktur masyarakat, pasti ada sisi terang dan gelap. Mana-mana bangsa sekalipun. Penjajah akan pilih sisi gelap bagi tujuan tertentu. Next, saka mereka yang hidup di zaman ini.

Bukan sahaja raja dan pembesar, malah tokoh agama yang berperangai hodoh juga dicanang-canangkan seolah-olah this beruk ini telah menemui 'Holy Grail' dalam sejarah Melayu Nusantara. Jika anda membaca buku 7 Wali Melayu tulisan Abdul Ghani Said, anda akan tahu this beruk ini hanya menemui kutu dalam sekampit beras. Si Useless akan sentiasa nampak benda-benda useless.

Namun, bukanlah nak mengatakan this beruk ini bodoh atau buta huruf. Tidak. Ada di antara mereka baca buku di library dan arkib. Ada yang memiliki kelulusan tertentu. Namun, masalahnya mereka ini masih belum layak untuk membuat apa-apa ulasan lagi. Berdiam diri bersama ratusan buku-buku para orientalis dan pegawai penjajah, telah menukarkan mereka menjadi saka kepada pemikiran penjajah tadi.

Orang yang true hadam sejarah ialah orang yang mampu melihat, bagaimana sejarah mampu memberikan faedah dan kebaikan kepada masyarakat. Jika ada kesilapan yang lalu, berikan pandangan yang bernas dan jelas, bagaimana untuk membaikinya. Hanya budak-budak baru nak up sahaja akan terkocoh-kocoh laksana beruk mendapat tahi.
 
 
~Srikandi

8 comments:

  1. Tu la dia... Saya dah cakap pemikiran yang penjajah bentuk dah taraf saka tapi terlalu ramai yang tak faham maksud saya. Akhirnya saya jumpa kat blog Cik Srikandi ini. Gembira sekaki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ler pasal, penjajah mmg nak jatuhkan motivasi anak negeri yg dijajahnye.skrg kita dah bebas,nape nak teruskan usaha penjajah :)

      ~Srikandi

      Delete
    2. sebab diorang takde "self-esteem", saya pernah baca komen di laman sesawang, ada melayu berterima kasih kat bangsa cina sebab memajukan negaa kita, walhal yang memajukan negara ialah pemerintah bukan bangsa cina.....

      Delete
    3. sebelum penjajah pulang pon sempat mereka suruh buat parti politik...sebab ini lah, wlpn diorang dh xde, but anytime diorang boleh datang balik...

      Delete
  2. Puan. saya terbaca satu kajian oleh Faisal Tehrani ttg keadaan istana dan raja melayu melaka dahulu bahawa mereka mmg dikelilingi dengan maksiat seperti arak dan wanita. Beliau mengambil bukti daripada beberapa manuskrip lama. Adakah ia boleh diterima atau bagaimana?

    ReplyDelete
  3. "Dikelilingi maksiat seperti arak dan wanita" itu hanyalah propaganda Faisal Tehrani yang masa itu menulis untuk membesar-besarkan keburukan Kesultanan Melaka yang bukan kerajaan yang mengambil Syiah sebagai ideologi agama.Sebenarnya semasa era itu,agama Islam masih tidak menyeluruh diamalkan dan kebiasaan orang Melayu ketika zaman Hindu-Buddha-animisme seperti meminum air tuak dan memasang gundik yang ramai (ini ditemui juga dalam lain2 'trend' feudalisme bangsa2 di dunia) masih diamalkan. It doesn't make sense.

    ~Srikandi

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore