Monday, May 6, 2019

Silap Mata Si Kitol



Salam semua!

Isu kali ni Cik Seri akan mendedahkan silap mata Si Kitol dalam usahanya mahu menipu rakyat terutama anak-anak Melayu berkaitan sejarah mereka.

Okay, mula-mula kita paparkan pembohongan Si Kitol:



Klik untuk besarkan:





Ini berpunca kerana saya telah mengkritik usaha mahu meng'hijack' buku teks oleh satu pihak. Rujuk sini:

Dalam laporan itu ada diberitahu bahawa Dr.  Ranjit Singh Malhi dan Dr. Sivachandralingam Sundara Raja mahu membikin 'buku teks sejarah alternatif'.

Saya ada meng-highlight-kan nama "Prof. Madya Dr.Sivachandralingam Sundara Raja"dalam foto di atas yang mana akan menjadi salah satu topik yang dikupas.





Si Kitol Membela Pasukan Hijack Buku Teks Sejarah


Si Kitol menaikkan status tu untuk menunjukkan kononnya nama Sivachandralingam Sundara Raja ada dalam barisan pakar rujuk buku teks. Jadi apa nak risau, apa nak kecoh, begitulah bebelannya.

Sekarang mari baca mengapa saya kritik usaha hijack buku teks sejarah oleh Ranjit Singh Malhi. Anda boleh menggugel "Pasukan Hijack Sejarah Swasta" untuk membaca kritikan saya.

Pertamanya, latarbelakang Ranjit Singh Malhi. Dia ni bermasalah dari segi sikap dan pandangannya terhadap sejarah orang Melayu dan muslim di Malaysia yang membentuk majoriti populasi Malaysia. Majoriti tau bukan minoriti dan orang Melayu ni adalah pribumi Malaysia.

Antara masalah dia:

1) Ada keluar slide mempertikaikan sejarah orang Melayu dan muslim selaku majoriti populasi dan pribumi di Malaysia. Kebetulan orang Melayu adalah majoriti beragama Islam.

Boleh baca atau muat turun sini: https://drive.google.com/file/d/1sFd3a3UNDm2sSHWDJtJw5ID1H2oh5PDQ/view

Buat pengetahuan pembaca, slide ini telah dipadam oleh penulisnya sendiri setelah status saya mengkritik rancangannya tular di media sosial. Pautan yang saya bagi tadi adalah inisiatif pembaca saya yang sempat memuat turun fail slide tersebut dan menaikkannya ke google drive, sebelum dipadam secara tiba-tiba dan penuh misteri.


Ini pautan pertama yang dipadam: https://dokumen.tips/documents/ranjit-singh-malhi.html…

Ketika orang ramai merasa pelik mengapa dia padam slide itu setelah kritikan saya tular, apa yang menarik dia padam pautan kedua pula: https://dokumen.tips/documents/ranjit-singh-malhi.html…

Memang dalam laman document.tips tu ada dua slide tersebut. Perbuatan kelam kabut dua kali memadam slide itu adalah sesuatu yang amat mengejutkan. Kenapa padam? Apa yang dia takut?

2) Masalah lain adalah pandangannya  terhadap kewujudan orang Melayu di Malaysia. Dia berpendapat orang Melayu di Malaysia juga PENDATANG atas faktor penghijrahan rumpun Nusantara ke Tanah Melayu pada awal dekad abad ke-20 dahulu.

Baca sini: https://www.malaymail.com/news/what-you-think/2017/04/27/on-the-founder-of-kuala-lumpur-ranjit-singh-malhi/1365477

Sebenarnya penghijrahan mana-mana pun takkan mampu memadam sejarah  bahawa orang Melayu adalah pribumi di  Malaysia. Kita ambil contoh mudah Srivijaya dan Kesultanan Melaka yang merupakan kerajaan Melayu. Penghijrahan mana-mana pun selepas kewujudan dua kerajaan Melayu itu tidak mampu memadam sejarah orang Melayu di Malaysia.

3) Dia juga berpendapat pengasas Kuala Lumpur hanya jatuh pada 2 orang sahaja, sama ada Hiu Siew atau Yap Ah Loy. Baca sini: https://www.malaymail.com/news/what-you-think/2017/04/27/on-the-founder-of-kuala-lumpur-ranjit-singh-malhi/1365477

Padahal di sebelah kita, ada pandangan sendiri yakni Sutan Puasa dan ini ada dibentangkan oleh Abdur-Razzaq Lubis dalam bukunya "Sutan Puasa: The Founder of Kuala Lumpur".



Selain Sutan Puasa, kita juga memiliki pandangan lain yakni Raja Abdullah. Profesor Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali berpandangan Raja Abdullah merupakan tokoh yang bertanggungjawab terhadap pembukaan dan kemajuan Kuala Lumpur pada hari ini. Manakala Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim berpandangan bahawa Sutan Puasa lebih layak dianggap sebagai pembuka Kuala Lumpur sekali gus menolak penamaan Yap Ah Loy dan Raja Abdullah.

Cik Seri lebih cenderung dengan dua pakar sejarah yang tersohor ini berbanding pandangan Ranjit Singh Malhi malah ini sepatutnya sejarah yang boleh diterima bagi isu pembukaan Kuala Lumpur. Hairan mengapa Si Kitol berhingus sangat membela Ranjit Singh Malhi. Ada apa-apa ke?

Bagaimana pula dengan Sivachandralingam Sundara Raja?




Misteri Sivachandralingam Sundara Raja


Beliau memang berada dalam panel pakar rujuk namun beliau tidak bebas di dalamnya kerana di situ terdapat 13 ahli panel yang lain.

Beliau ada kes mempertikaikan buku teks sejarah Tingkatan Satu yang ditulis oleh Brigidier Jeneral Profesor Datuk Dr. Ahmad Fawzi Mohd Basri (Allahyarham) dan lain-lain penulis. Rujuk: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2015/07/05/educationist-plays-down-history-textbook-error-denies-covert-agenda-against/927693

Dalam kes itu, beliau mempertikaikan tujuan Portugis datang menjajah adalah antara lain untuk menyebarkan Kristian. Katanya,

“Portugis datang ke Timur untuk mendapatkan rempah-ratus. Mereka datang untuk berdagang; bukan untuk menjajah dan mengambil alih seluruh negara; serta bukan sesekali untuk meneruskan Perang Salib."

Sebenarnya motif Portugis untuk menyebarkan ajaran Kristian dan menghancurkan Melaka bukanlah rahsia dan ini adalah fakta! Betapa besarnya fakta itu sehingga Ranjit Singh Malhi sendiri tidak bersetuju dengan Sivachandralingam Sundara Raja dalam isu ini. Perhatikan:

Amid a storm over a contentious entry in the current edition of the Form 1 History textbook, Ranjit Singh Malhi confirmed that the former European powerhouse’s “desire to continue the Crusades in the East was mentioned in the earlier textbooks” that date back to the 1960s.

“The main reason for the Portuguese conquest of Malacca was to gain control of the valuable spice trade. The other reasons were to spread Christianity and to weaken Islam (besides attaining glory).


“These reasons have been mentioned in the previous textbooks dating back to the 1960s, including those by N. J. Ryan and J. Kennedy,” the author of history books told Malay Mail Online last week in an email interview.


Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2015/07/07/crusades-quest-for-malacca-no-error-another-author-insists-in-history-row/928565



Kecelaruan Kedua-duanya

Ranjit Singh Malhi mula menunjukkan sikapnya yang sebenar sekitar 2013 dengan mengatakan Melayu juga adalah pendatang itu.  Berdasarkan pandangan-pandangan mutakhirnya terutama sekali isu slide itu sudah menunjukkan apa halatuju "buku teks sejarah" yang akan dikarangnya. 

Sivachandralingam Sundara Raja pula akan bebas menulis tanpa mengikut garis panduan kurikulum sejarah apabila bekerja di bawah Ranjit Singh Malhi dalam projek hijack sejarah ini berbanding di bawah kementerian pendidikan. Di kementerian, beliau perlu melepasi 13 pakar rujuk lain, kurikulum sejarah dan unit sejarah KPM yang memantau pakar rujuk dan penulis buku teks sejarah. Ini mengekang pandangannya.


Hakikatnya


Sudah tentu usaha Ranjit Singh Malhi dan Sivachandralingam Sundara Raja itu tidak disenangi oleh pakar-pakar rujuk yang lain. Ini disuarakan sendiri oleh Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Silibus Buku Teks Sejarah Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan dari 2014 hingga 2017 berkata, amat penting untuk mengekalkan fakta dalam buku teks sejarah sekolah tanpa ada sebarang tokok tambah bagi mengelakkan kecelaruan sumber rujukan dalam kalangan pelajar.

Katanya, buku teks sejarah mempunyai peranan besar dalam usaha kerajaan memupuk perpaduan antara kaum dalam negara dan tidak boleh dijadikan sebagai alat untuk meruntuhkan pemikiran anak bangsa.

“Lihat saja rakyat Singapura, Indonesia dan Amerika Syarikat yang hormat kepada sejarah tanah air mereka. Mengapa ada segelintir rakyat Malaysia sanggup mencabar dan mengacau dasar negara ini? Adakah sudah hilang rasa hormat kerana mudah mendapat kewarganegaraan berbanding negara lain?

“Bibit-bibit hilangnya semangat patriotisme dapat dilihat ketika ini apabila bahasa kebangsaan kita semakin dipinggirkan. Sekarang ada pula yang mahu ubah sejarah dengan alasan mahu maklumat lebih inklusif atau menyeluruh."
Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/politik/jangan-ubah-buku-teks-sejarah-sekolah-pakar-sejarah-1.855524

Ya... mahu maklumat lebih inklusif atau menyeluruh mengikut kacamata mereka sendiri.



Apa Motif Si Kitol?

Sudah tentu Si Kitol hanya bernafas di dunia hanya untuk menghapuskan saya walaupun terpaksa mengiyakan pihak yang saya kritik. Inilah peranan si Kitol. Dia bukannya ada akal untuk berfikir baik atau buruknya sesuatu perkara. Dia hanya copas atau menyalin sahaja apa yang dibacanya laksana program komputer atau robot. Dia tiada memiliki kemampuan analisis sejarah dan rujuksilang.

Dia hanya mampu up satu foto untuk mencipta persepsi namun tiada penjelasan lanjut, hanya membebel seolah-olah dia ada 'bukti hebat' yang mampu mematahkan hujah saya. Nothing. Dia tiada apa-apa hujah untuk ditunjukkan. Malah saya berani jamin dia tidak akan mampu menyediakan apa-apa hujah balasan bagi artikel ini yang saya berikan bukti lengkap dari pelbagai sumber dan pautan. Malah dia sebenarnya tidak faham dan tidak memiliki apa-apa pengetahuan langsung dalam isu yang saya ketengahkan.


~Cik Seri 

6 comments:

  1. Padat dan penuh fakta.. nampak Srikandi buat kerja

    ReplyDelete
  2. Masa dia up screen shot tu pun aku masih tak paham apa yang dia nak sampaikan. Orang lain pun tak berapa nak komen. Aku nak komen tapi dia tu hati tisu, cepat block orang yang tak sependapat dengannya. Jadi aku diam saja sambil skrol status lain.

    ReplyDelete
  3. Hehe terok kitol kena belasah

    ReplyDelete
  4. dia tak abis belajar pun... mana ada ijazah apa... pembantu arkib saja, kerja dgn sijil SPM

    ReplyDelete
  5. membongak je lebih dia tu, banding dgn serikandi, serikandi lebih jujur dan direct perjuangan dia bela sejarah melayu

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore