Wednesday, September 15, 2010

Satu Hari Di Hari Raya....oleh Srikandi




Hmm...ini bukan lagu permintaan atau nak nyanyi lagu raya ya...lagi pun mood lagu-lagu raya ni pada minggu terakhir bulan puasa dan menjelang raya saja.Lepas tu dah suam-suam kuku dah.Saya ini pun masih di kampung (?).Seronok layan anak-anak buah.Nasib baik saya dah cepat tukar duit seringgit-seringgit di bank.Nampak saja muka saya,mereka mesti nak duit raya.Ingat saya ini muka duit ke? :DDD

Kali ini saya nak cerita dua perkara.Ok,tanpa membuang masa saya cerita kisah pertama.

Ketika itu saya baru habis solat raya.Ketika mengemas kain telekung untuk dimasukkan ke dalam beg,saya ditegur oleh seorang wanita muda di sebelah saya.Dari telor percakapannya saya mengesan kemungkinan wanita ini dari seberang.Namun bahasa Melayunya bukan versi sana,maksud saya,dia menggunakan bahasa Melayu Malaysia tetapi dalam telor Indonesia,macam gaya percakapan keturunan Jawa di Hulu Langat atau pun Batu Pahat contohnya.

Kebetulan selepas itu ada jamuan ringkas Hari Raya di dewan masjid,saya mengajak wanita itu menikmati jamuan Hari Raya bersama-sama.Saya ditemani dua orang adik saya dan tiga orang rakan baik saya.

Di dewan saya diperkenalkan dengan sepupunya;seorang lelaki yang berpakaian seperti kumpulan dakwah yang selalu datang dari pintu ke pintu rumah untuk berdakwah.Ketika menikmati hidangan,saya sempat berbual panjang banyak perkara,dari keluarga hingga ke politik...dan tentunya,sejarah.

"Orang seberang ya?atau orang sini?" saya bertanya.

"Saya pelajar UIA Gombak.Baru masuk tahun 2.Saya bukan orang sini.Saya dari Madura.Tepatnya Kepulauan Kangean," gadis itu yang bernama Ati membalas.

"Jadi Ati beraya di sinilah,tidak balik kampung?"

"Tidak...saya menumpang di rumah kakak saya di sini.Sepupu saya,Zainudin ini juga tinggal di sini."

"Zainudin,belajar juga atau sudah bekerja?" saya mengalihkan pertanyaan kepada sepupu Ati.

"Saya bekerja di tapak projek di Melaka.Saya pun tidak balik kampung sebab cuti yang diberi terlalu sedikit," kata Zainudin.

Kami berbual-bual tentang asal-usul dan tempat tinggal.Kemudian saya bertanyakan tentang Madura.

"Bagaimana orang Madura ya,orang di sana apa pekerjaannya?"

Ati menjelaskan,"Kami di sana kebanyakannya adalah petani,namun di sana juga ada orang-orang mendatang seperti orang Jawa,Minang dan Bugis.Mereka banyak bekerja di sektor oil & gas.Kangean punya banyak pulau,saya kira ada 30 buah pulau semuanya.Orang Madura orangnya garang..."

"...namun hatinya baik," celah Zainudin ketawa kecil.Ati mengangguk saja sambil tersenyum.

"Di sana juga ada orang Niek yang bila saya perhatikan bahasanya seperti orang Kelantan.Jika bahasa Melayu kata tiada,dia kata 'takdok'...sama seperti orang Kelantan," cerita Ati.

"Niek?Saya rasa itu adalah "Nik".Orang yang pakai nama Nik memang ada di Kelantan," kata saya."Mereka berasal dari mana?" saya menduga.

"Entah,mereka memang sudah ada di Madura zaman-berzaman.Di Indonesia terdiri dari bermacam-macam sukubangsa"

Saya memberikan pendapat,"Saya kira mereka adalah dari keturunan Champa yang lari dari pergolakan di Vietnam dahulu.Dahulu orang Champa ini ada kerajaan yang hebat di Vietnam sekarang,sebelum orang dari utara menyerang tanah mereka.Orang Champa ini ada yang lari ke Melaka dan ada yang sampai Aceh.Salah seorang dari mereka ada yang jadi raja Aceh."

"...Chempa...Jeumpa...ya Jeumpa," Zainudin mengulang-ngulang sambil menjeling ke arah saya sambil mengangguk tanda setuju.

Saya menyambung,"Dahulu di Indochina sudah ada orang-orang Melayu yang bina kerajaan.Prasasti yang tertua di sana adalah dalam bahasa Melayu Kuno atau Melayu Champa pada kurun ke-2 Masehi."

"...itu dalam bahasa Jawa," Ati mencelah.

Saya mula ingin tergelak,"...ya bercampur-campur dalam bahasa Melayu dan Jawa."

Sekadar tidak ingin memanaskan keadaan.

Zainudin membuka mulut,"Sebenarnya asal-usul kerajaan di sana adalah dari Majapahit.Majapahit punya jajahan yang luas."

Hmmm...saya mengerutkan dahi,"...mula-mula Sriwijaya yang menguasai kemudian barulah Majapahit..."

"Ya...ya...Sriwijaya...itu kerajaan lama," Zainudin mengangguk-angguk sambil matanya seakan-akan merenung jauh.Saya menyembunyikan senyum.Di sini saya dapat merasakan bahawa benarlah nama 'SRIWIJAYA' adalah seakan-akan satu 'brand' yang amat dihormati setidak-tidaknya di Asia Tenggara.Semua sukukaum atau etnik Asia Tenggara amat menghormati nama ini.Jika ada orang-orang dari seberang yang menggelarkan kata-kata yang jelek kepada orang Melayu atau Malaysia,namun bila terdengar nama ini,SRIWIJAYA...mereka akan terdiam.Penghormatan yang amat tinggi pada empayar Melayu Purba ini sampaikan mantera sami-sami Siam di Thailand memuja nama empayar ini.Ini bukanlah satu yang menghairankan,apabila Emperor-Emperor Sriwijaya dahulu mengamalkan konsep 'dewaraja',di mana rakyat mereka akan memuja mereka bagaikan dewa-dewa Hindu dan jelmaan Buddha.

"Sebenarnya semua berasal dari Indonesia...," Ati mula memberikan komentarnya."Kemudian Inggeris mengambil Tanah Melayu dan melantik raja-raja di sini sebagai cara mengukuhkan hak penjajahan ke atas semenanjung."

Apa dia?Inggeris melantik raja-raja Melayu untuk kukuhkan hak penjajahan?Jadi Sultan Melaka,Inggeris yang lantik jugakah?Kalau Portugis yang lantik saya boleh pertimbangkan.Saya mula senyum dengan sadisnya.

Dalam hati saya,hai...dah mula dah keluar Teori Pak Indonan dia tu.Tak kiralah yang Jawanya,Maduranya atau Melayu Sumateranya...semuanya dah dirasuk hantu Belanda.

"Sebenarnya...(saya berusaha mengatur kata-kata takut-takut Zainudin mengeluarkan buluh runcingnya-gurau saja ya) dahulu tiada apa yang dinamakan Indonesia atau Malaysia.Yang ada ialah RUMPUN MELAYU ATAU NUSANTARA.Orang Kedah buka tanah di Sumatera.Orang Jawa buka kampung di Johor.Orang Kelantan kahwin dengan orang Sunda.Orang Bugis merantau sampai ke Selangor.Jadi Nusantara ini IBARAT NEGARA MEREKA.Kampung halaman mereka.Tiada masalah.Tak perlu pasport.Kemudian ketika zaman penjajahan,Inggeris dan Belanda telah buat PENJANJIAN..."

Zainudin dan Ati kelihatan semakin merapat.Wajah mereka serius.Teman-teman saya sibuk berbual-bual dan bermain dengan adik-adik saya di satu sudut.

"...PERJANJIAN yang memisahkan wilayah seperti Sumatera,Jawa dan lain-lain ke tangan Belanda dan semenanjung ke tangan Inggeris.Mereka telah memisahkan rumpun Melayu ini seperti mencarik sekeping kertas..."

"...Rumpun Melayu...ya...NUSANTARA," Zainudin membeliakkan biji matanya."Ini semua perbuatan orang kafir.Orang kafir ini telah membuat rencana untuk pisahkan orang-orang Islam.Jika orang-orang Islam bersatu,maka kita akan jadi kuat.Jika semua fikir atas iman dan buat usaha atas iman maka Allah akan beri kekuatan."

Saya rasa macam pernah dengar ayat itu.Tapi di mana ya?

Kemudian 'sesi' perbincangan seterusnya berkisar tentang agama.Zainudin memang pandai berkata-kata tentang Islam seperti seorang ustaz lagaknya.Banyak juga yang saya tahu dan ambil peringatan darinya.Malah Zainudin juga menyentuh isu Palestin.

"...Orang Palestin lempar batu kepada Israel,tetapi pakai seluar pendek tidak tutup aurat,macam mana bantuan Allah mahu sampai?" kata Zainudin."Umat Islam perlu bersatu dan tidak patut bergaduh sesama sendiri," tambah Zainudin.

"...ya...seperti di Nusantara sendiri...," saya mencelah dengan selambanya.

"Ah,itu semua politik...," cebik Ati.Ya,Ati...memanglah itu semua politik,tapi mengapa sampai mahu cucuk orang Malaysia yang seagama dengan buluh runcing?

Pertemuan manis dan penuh makna itu berakhir dengan penuh kemesraan.Saya memeluk Ati dan berlaga pipi dengannya."Nanti habis belajar di UIa,Ati mahu kerja apa?"

"Saya mahu jadi pegawai Syariah atau pensyarah undang-undang Syariah," balas Ati tersipu-sipu.

"Nanti saya mahu hantar dia ke Aceh.Di sana penguatkuasa syariah memang amat diperlukan," celah Zainudin.Kami ketawa mendengar kata-kata Zainudin itu.


                                                                 * * * * * * * *


OK,GENG...INI PULA CERITA KEDUA.

Ini kisah lama.Nak basi pun.Tapi yang basikan ialah geng mereka sendiri.Seronok juga bermain-main dan usik-mengusik dengan mereka.Mereka ini macam orang buta yang degil dan angkuh.Kita betulkan jalan dia,dia bertekak dengan kita.Kata kita salah,padahal dia itu buta.

;DDDDDDDDDD

Jika anda menjenguk Blogsejarahnagarakedah,anda akan dapat membaca artikel terbaru mereka.Yess!!akhirnya...

Sebelum itu anda kena ingat,hujah mereka yang mengatakan Kerajaan Ayutthaya itu adalah kerajaan Siam Islam.Jadi raja-rajanya macam Narai atau Naresuan ialah raja Islam dan ada nama Islamnya.Orang Melayu dan raja-raja Melayu adalah perampas takhta dan keturunan lanun.

Artikel kali ini membawakan semacam 'bukti' dari pihak lain yang kononnya membenarkan dakwaan mereka tentang Maharaja Siam Islam terakhir iaitu Syariff Abu BAkar.Sebenarnya bukti ini adalah ibarat jerangkap samar bagi mereka.Ini kerana secara tidak langsung MENDEDAHKAN RAHSIA SEBENAR MEREKA.

Saya sebenarnya sudah lama tahu pasal rahsia keturunan mereka sebelum keluar artikel ini lagi.Bacalah promo The House of Bani Jawi.

'Bukti' itu adalah kertas kerja oleh saudara Hamli Asadi yang dibentangkan pada Forum ceritera Sultan Syarif Syah pd 29 Ogos 2009 lalu di Dewan Theatrette, Muzium Negeri Kedah.Forum ini dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia,Cawangan Kedah.

Dalam paparan oleh saudara Anai-anai ini jelaslah bahawa Syarif Abu Bakar cuma gabenor di Ligor (Nakhorn Si Thammarat) kepada Kerajaan Ayutthaya.Hamli Asadi menyatakan beliau sebagai "Raja Siam Islam".Jadi mungkin beliau ini berketurunan Siam (Thai-Mon mix dengan Melayu atau berbudaya Melayu) yang memeluk Islam ketika itu.

Jadi dari sini kita tahu bahawa:

1)Ayutthaya bukan kerajaan Islam.

2)Syarif Abu Bakar bukan Maharaja Ayutthaya,beliau cuma gabenor atau 'raja daerah' kepada Raja Siam Ayutthaya.

3)Syarif Abu Bakar sebagai pemerintah Ligor cuba membebaskan diri dari Kerajaan Ayutthaya.Ketika itu Ayutthaya mula merosot selepas diserang Burma.

4)Syarif Abu Bakar berserta keluarga,kaum kerabat dan orang-orangnya lari apabila diserang Kerajaan Thai (ini adalah kerajaan Thaksin,general Ayutthaya yang cuba ligan balik wilayah-wilayah naungan Ayutthaya yang cuba membebaskan diri)

5)Mereka keturunan Siam yang ada perkahwinan campur dengan kerabat diraja Kedah.

Ini satu penemuan terbaru.Dahulu pendapat lebih kepada Raja Ayutthaya terakhir,Borommoraja Ekathat yang lari dari serangan Burma.Kini ada bukti lebih meyakinkan.Menariknya didedahkan oleh mereka sendiri.

Bayangkan selepas dua tiga tahun mencanangkan 'kebesaran' kerajaan Siam Islam Khaek Tesh Ayutthaya Puasa yang menjangkau Australia dan Albania sehingga semua kerajaan Asia Tenggara di 'Siam-Islamkan' termasuk Sriwijaya,Taungo dan Majapahit...rupa-rupanya Syarif Abu Bakar cuma 'raja daerah' bagi Raja Thai Ayutthaya.Dahulu raja-raja Melayu kononnya dikatakan raja daerah kepada Syarif Abu Bakar.Rupanya dia yang 'subcon' kepada 'maincon' Ayutthaya.Lawak...lawak.

Raja-raja Melayu?Raja-raja Melayu bukan subcon mana-mana.Mereka 'client' yang berdaulat.

:DDDD

Mana nak letak muka wahai ustaz Siam Cyber Saiburi?Herman MalayPress?Keturunan awak cuma berasal dari raja daerah kepada Raja Thai kafir Ayutthaya?Mana dia raja-raja Melayu keturunan lanun tu?Raja daerah mana pulak?Lawak...lawak.

Sebab itu bila blogsejarahnagarakedah tulis pasal sejarah keturunan mereka,saya tiada masalah.Tetapi bila meleret-leret kata orang Melayu tiru adat Siamlah,perampas takhtalah dan keturunan lanun...saya tak marah tapi mula sangsi.Curiga dengan tindakan terburu-buru anak cucu cicit kepada Raja Ligor bergelar Yamtuan Syarif Syah ini.

Perhatikan tulisan ini:

"Oleh kerana baginda wujud sebagai Yamtuan Kedah, maka dengan itu disebut dalam Undang Undang kedah ms 40, "..kepada Datuk Seri Bongsu, iaitu Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit". Jelas kepada kita bahawa d zaman dahulu, Yamtuan Kedah bukanlah Sultan Kedah. Sultan Kedah ketika itu hanyalah Perdana Menteri kepada Yamtuan Kedah. Gelaran Paduka Seri Bongsu adalah kerana Sultan Muhammad Jiwa berkahwin dgn adik bongsu Sultan Syarif Syah bernama Nang Che Puan. (lihat salasilah)

Bagaimana Sultan boleh jatuh bawah Yamtuan?Sultan adalah gelaran tertinggi bagi satu-satu negeri.Dia macam 'raja' tetapi sebab mahu ambil aura Islam maka gelaran 'raja' dinaiktaraf menjadi Sultan.Apa?Sultan Kedah jadi perdana menteri untuk Yamtuan?Ape ke he ni bak kata orang Peghak.Baik bagi je gelaran Sultan pada Syariff Syah dan Sultan Kedah pakai gelar Yamtuan saja.Ini sesuatu yang pelik.Gelaran Sultan tak pernah dijumpai berkhidmat sebagai perdana menteri dalam mana-mana sistem Sultan,mahupun di Tanah Arab.Yamtuan?Ini adalah gelaran bagi wakil-wakil raja.Kalau Yamtuan nak jadi raja,kena letak jadi 'Yamtuan Besar',macam kat Negeri Sembilan nun.Takkan inipun saya nak ajar.Lawak...lawak.

Sebagai kerja rumah,saya mahu anda semua kaji perkataan ini 'KHEK/KHAEK'.Ini akan membuka pekung Siam Nai ini lebih dalam.Dan dari sini anda juga dapat belajar hubungan Melayu Segenting Kra dan Kedah dengan orang Thai,Mon atau Siam (Thai-Mon berbudaya Melayu).








"Don't hide my Chronicles behind your blood of war.I'm vampire of history"









Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya semua pencinta Sejarah Melayu









Saya,Srikandi dari kolum antara terhangat di MistisFiles,ingin mengucapkan






SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILDITRI KEPADA SEMUA PEMBACA ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU.




Saya mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa,tersinggung tutur kata.Sekali lagi ingin saya jelaskan bahawa saya hanya mengkritik dan membelasah pendapat dan hujah sahaja BUKAN PERIBADI.

Kepada peminat sejarah Teori Siam Ayutthaya terutama Encik Krizalid yang dikasihi...saya minta maaf.Anggaplah kita hanya berbincang dan bergurau senda usik mengusik.Di Hari Raya,semua rumpun Melayu bersatu tidak kira Siam,Jawa,Minang,Bugis dan sebagainya.

Sekurang-kurangnya Islam telah menyatukan kita seandainya kita masih ada sikap kesukuan yang menggelikan tali perut ;D

Dahulu Sriwijaya dan empayar maritimnya telah menyatukan kita semua.Kemudian Kesultanan Melaka.Maka sebab itu bahasa di Indonesia,Brunei dan Malaysia adalah berasaskan BAHASA MELAYU.Ini adalah bahasa prestij perdagangan maritim di Asia Tenggara pada masa lampau.Tanyalah Orang Laut,Bugis,Sulu dan Bajau,siapa itu Datu-datu,Laksamana dan Raja-raja Melayu dahulukala yang menguasai Laut Cina Selatan yang ketika itu orang Cina sendiri pun masih takut belayar ke selatan kerana ganasnya DEWA ANGIN yang hanya mampu ditundukkan oleh Emperor-emperor Sriwijaya.Katakuncinya ialah 'Kunlun'.Siapa orang Kunlun yang dikagumi dalam hal ehwal laut dalam manuskrip-manuskrip kuno China?

Kini Islam telah menyatukan kita dan menguatkan rumpun Melayu ini.Betapa bertuahnya kita kerana Allah s.w.t telah pilih kita semua untuk menjunjung agama-Nya yang mulia ini.Jika kita dilahirkan sebagai Thai,Khmer atau Viet...sudah pasti tidak semudah itu kita dapat hidayah Ilahi yang amat berharga ini lebih dari dunia dan segala isinya.

Jadi di Hari Raya ini,mari kita bersyukur dilahirkan sebagai rumpun Melayu sekaligus sebagai orang Islam.Ketika rombongan pedagang Arab sampai ke pesisir pantai pelabuhan Sriwijaya pada masa silam,ada seorang Emperor Sriwijaya yang amat berminat mendengar tentang Islam lantas baginda telah menulis surat kepada Khalifah Umar Ibnu Khattab.Inilah bibit-bibit bermulanya Keislaman kita semua sebagai rumpun Melayu,waris terahsia dari The House of Bni Jawi.


Sekali lagi dari penyusun kata warha bicara,salam Aidilfitri,maaf zahir batin...


~Srikandi
 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore