Hmm...ini bukan lagu permintaan atau nak nyanyi lagu raya ya...lagi pun mood lagu-lagu raya ni pada minggu terakhir bulan puasa dan menjelang raya saja.Lepas tu dah suam-suam kuku dah.Saya ini pun masih di kampung (?).Seronok layan anak-anak buah.Nasib baik saya dah cepat tukar duit seringgit-seringgit di bank.Nampak saja muka saya,mereka mesti nak duit raya.Ingat saya ini muka duit ke? :DDD
Kali ini saya nak cerita dua perkara.Ok,tanpa membuang masa saya cerita kisah pertama.
Ketika itu saya baru habis solat raya.Ketika mengemas kain telekung untuk dimasukkan ke dalam beg,saya ditegur oleh seorang wanita muda di sebelah saya.Dari telor percakapannya saya mengesan kemungkinan wanita ini dari seberang.Namun bahasa Melayunya bukan versi sana,maksud saya,dia menggunakan bahasa Melayu Malaysia tetapi dalam telor Indonesia,macam gaya percakapan keturunan Jawa di Hulu Langat atau pun Batu Pahat contohnya.
Kebetulan selepas itu ada jamuan ringkas Hari Raya di dewan masjid,saya mengajak wanita itu menikmati jamuan Hari Raya bersama-sama.Saya ditemani dua orang adik saya dan tiga orang rakan baik saya.
Di dewan saya diperkenalkan dengan sepupunya;seorang lelaki yang berpakaian seperti kumpulan dakwah yang selalu datang dari pintu ke pintu rumah untuk berdakwah.Ketika menikmati hidangan,saya sempat berbual panjang banyak perkara,dari keluarga hingga ke politik...dan tentunya,sejarah.
"Orang seberang ya?atau orang sini?" saya bertanya.
"Saya pelajar UIA Gombak.Baru masuk tahun 2.Saya bukan orang sini.Saya dari Madura.Tepatnya Kepulauan Kangean," gadis itu yang bernama Ati membalas.
"Jadi Ati beraya di sinilah,tidak balik kampung?"
"Tidak...saya menumpang di rumah kakak saya di sini.Sepupu saya,Zainudin ini juga tinggal di sini."
"Zainudin,belajar juga atau sudah bekerja?" saya mengalihkan pertanyaan kepada sepupu Ati.
"Saya bekerja di tapak projek di Melaka.Saya pun tidak balik kampung sebab cuti yang diberi terlalu sedikit," kata Zainudin.
Kami berbual-bual tentang asal-usul dan tempat tinggal.Kemudian saya bertanyakan tentang Madura.
"Bagaimana orang Madura ya,orang di sana apa pekerjaannya?"
Ati menjelaskan,"Kami di sana kebanyakannya adalah petani,namun di sana juga ada orang-orang mendatang seperti orang Jawa,Minang dan Bugis.Mereka banyak bekerja di sektor oil & gas.Kangean punya banyak pulau,saya kira ada 30 buah pulau semuanya.Orang Madura orangnya garang..."
"...namun hatinya baik," celah Zainudin ketawa kecil.Ati mengangguk saja sambil tersenyum.
"Di sana juga ada orang Niek yang bila saya perhatikan bahasanya seperti orang Kelantan.Jika bahasa Melayu kata tiada,dia kata 'takdok'...sama seperti orang Kelantan," cerita Ati.
"Niek?Saya rasa itu adalah "Nik".Orang yang pakai nama Nik memang ada di Kelantan," kata saya."Mereka berasal dari mana?" saya menduga.
"Entah,mereka memang sudah ada di Madura zaman-berzaman.Di Indonesia terdiri dari bermacam-macam sukubangsa"
Saya memberikan pendapat,"Saya kira mereka adalah dari keturunan Champa yang lari dari pergolakan di Vietnam dahulu.Dahulu orang Champa ini ada kerajaan yang hebat di Vietnam sekarang,sebelum orang dari utara menyerang tanah mereka.Orang Champa ini ada yang lari ke Melaka dan ada yang sampai Aceh.Salah seorang dari mereka ada yang jadi raja Aceh."
"...Chempa...Jeumpa...ya Jeumpa," Zainudin mengulang-ngulang sambil menjeling ke arah saya sambil mengangguk tanda setuju.
Saya menyambung,"Dahulu di Indochina sudah ada orang-orang Melayu yang bina kerajaan.Prasasti yang tertua di sana adalah dalam bahasa Melayu Kuno atau Melayu Champa pada kurun ke-2 Masehi."
"...itu dalam bahasa Jawa," Ati mencelah.
Saya mula ingin tergelak,"...ya bercampur-campur dalam bahasa Melayu dan Jawa."
Sekadar tidak ingin memanaskan keadaan.
Zainudin membuka mulut,"Sebenarnya asal-usul kerajaan di sana adalah dari Majapahit.Majapahit punya jajahan yang luas."
Hmmm...saya mengerutkan dahi,"...mula-mula Sriwijaya yang menguasai kemudian barulah Majapahit..."
"Ya...ya...Sriwijaya...itu kerajaan lama," Zainudin mengangguk-angguk sambil matanya seakan-akan merenung jauh.Saya menyembunyikan senyum.Di sini saya dapat merasakan bahawa benarlah nama 'SRIWIJAYA' adalah seakan-akan satu 'brand' yang amat dihormati setidak-tidaknya di Asia Tenggara.Semua sukukaum atau etnik Asia Tenggara amat menghormati nama ini.Jika ada orang-orang dari seberang yang menggelarkan kata-kata yang jelek kepada orang Melayu atau Malaysia,namun bila terdengar nama ini,SRIWIJAYA...mereka akan terdiam.Penghormatan yang amat tinggi pada empayar Melayu Purba ini sampaikan mantera sami-sami Siam di Thailand memuja nama empayar ini.Ini bukanlah satu yang menghairankan,apabila Emperor-Emperor Sriwijaya dahulu mengamalkan konsep 'dewaraja',di mana rakyat mereka akan memuja mereka bagaikan dewa-dewa Hindu dan jelmaan Buddha.
"Sebenarnya semua berasal dari Indonesia...," Ati mula memberikan komentarnya."Kemudian Inggeris mengambil Tanah Melayu dan melantik raja-raja di sini sebagai cara mengukuhkan hak penjajahan ke atas semenanjung."
Apa dia?Inggeris melantik raja-raja Melayu untuk kukuhkan hak penjajahan?Jadi Sultan Melaka,Inggeris yang lantik jugakah?Kalau Portugis yang lantik saya boleh pertimbangkan.Saya mula senyum dengan sadisnya.
Dalam hati saya,hai...dah mula dah keluar Teori Pak Indonan dia tu.Tak kiralah yang Jawanya,Maduranya atau Melayu Sumateranya...semuanya dah dirasuk hantu Belanda.
"Sebenarnya...(saya berusaha mengatur kata-kata takut-takut Zainudin mengeluarkan buluh runcingnya-gurau saja ya) dahulu tiada apa yang dinamakan Indonesia atau Malaysia.Yang ada ialah RUMPUN MELAYU ATAU NUSANTARA.Orang Kedah buka tanah di Sumatera.Orang Jawa buka kampung di Johor.Orang Kelantan kahwin dengan orang Sunda.Orang Bugis merantau sampai ke Selangor.Jadi Nusantara ini IBARAT NEGARA MEREKA.Kampung halaman mereka.Tiada masalah.Tak perlu pasport.Kemudian ketika zaman penjajahan,Inggeris dan Belanda telah buat PENJANJIAN..."
Zainudin dan Ati kelihatan semakin merapat.Wajah mereka serius.Teman-teman saya sibuk berbual-bual dan bermain dengan adik-adik saya di satu sudut.
"...PERJANJIAN yang memisahkan wilayah seperti Sumatera,Jawa dan lain-lain ke tangan Belanda dan semenanjung ke tangan Inggeris.Mereka telah memisahkan rumpun Melayu ini seperti mencarik sekeping kertas..."
"...Rumpun Melayu...ya...NUSANTARA," Zainudin membeliakkan biji matanya."Ini semua perbuatan orang kafir.Orang kafir ini telah membuat rencana untuk pisahkan orang-orang Islam.Jika orang-orang Islam bersatu,maka kita akan jadi kuat.Jika semua fikir atas iman dan buat usaha atas iman maka Allah akan beri kekuatan."
Saya rasa macam pernah dengar ayat itu.Tapi di mana ya?
Kemudian 'sesi' perbincangan seterusnya berkisar tentang agama.Zainudin memang pandai berkata-kata tentang Islam seperti seorang ustaz lagaknya.Banyak juga yang saya tahu dan ambil peringatan darinya.Malah Zainudin juga menyentuh isu Palestin.
"...Orang Palestin lempar batu kepada Israel,tetapi pakai seluar pendek tidak tutup aurat,macam mana bantuan Allah mahu sampai?" kata Zainudin."Umat Islam perlu bersatu dan tidak patut bergaduh sesama sendiri," tambah Zainudin.
"...ya...seperti di Nusantara sendiri...," saya mencelah dengan selambanya.
"Ah,itu semua politik...," cebik Ati.Ya,Ati...memanglah itu semua politik,tapi mengapa sampai mahu cucuk orang Malaysia yang seagama dengan buluh runcing?
Pertemuan manis dan penuh makna itu berakhir dengan penuh kemesraan.Saya memeluk Ati dan berlaga pipi dengannya."Nanti habis belajar di UIa,Ati mahu kerja apa?"
"Saya mahu jadi pegawai Syariah atau pensyarah undang-undang Syariah," balas Ati tersipu-sipu.
"Nanti saya mahu hantar dia ke Aceh.Di sana penguatkuasa syariah memang amat diperlukan," celah Zainudin.Kami ketawa mendengar kata-kata Zainudin itu.
* * * * * * * *
OK,GENG...INI PULA CERITA KEDUA.
Ini kisah lama.Nak basi pun.Tapi yang basikan ialah geng mereka sendiri.Seronok juga bermain-main dan usik-mengusik dengan mereka.Mereka ini macam orang buta yang degil dan angkuh.Kita betulkan jalan dia,dia bertekak dengan kita.Kata kita salah,padahal dia itu buta.
;DDDDDDDDDD
Jika anda menjenguk Blogsejarahnagarakedah,anda akan dapat membaca artikel terbaru mereka.Yess!!akhirnya...
Sebelum itu anda kena ingat,hujah mereka yang mengatakan Kerajaan Ayutthaya itu adalah kerajaan Siam Islam.Jadi raja-rajanya macam Narai atau Naresuan ialah raja Islam dan ada nama Islamnya.Orang Melayu dan raja-raja Melayu adalah perampas takhta dan keturunan lanun.
Artikel kali ini membawakan semacam 'bukti' dari pihak lain yang kononnya membenarkan dakwaan mereka tentang Maharaja Siam Islam terakhir iaitu Syariff Abu BAkar.Sebenarnya bukti ini adalah ibarat jerangkap samar bagi mereka.Ini kerana secara tidak langsung MENDEDAHKAN RAHSIA SEBENAR MEREKA.
Saya sebenarnya sudah lama tahu pasal rahsia keturunan mereka sebelum keluar artikel ini lagi.Bacalah promo The House of Bani Jawi.
'Bukti' itu adalah kertas kerja oleh saudara Hamli Asadi yang dibentangkan pada Forum ceritera Sultan Syarif Syah pd 29 Ogos 2009 lalu di Dewan Theatrette, Muzium Negeri Kedah.Forum ini dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia,Cawangan Kedah.
Dalam paparan oleh saudara Anai-anai ini jelaslah bahawa Syarif Abu Bakar cuma gabenor di Ligor (Nakhorn Si Thammarat) kepada Kerajaan Ayutthaya.Hamli Asadi menyatakan beliau sebagai "Raja Siam Islam".Jadi mungkin beliau ini berketurunan Siam (Thai-Mon mix dengan Melayu atau berbudaya Melayu) yang memeluk Islam ketika itu.
Jadi dari sini kita tahu bahawa:
1)Ayutthaya bukan kerajaan Islam.
2)Syarif Abu Bakar bukan Maharaja Ayutthaya,beliau cuma gabenor atau 'raja daerah' kepada Raja Siam Ayutthaya.
3)Syarif Abu Bakar sebagai pemerintah Ligor cuba membebaskan diri dari Kerajaan Ayutthaya.Ketika itu Ayutthaya mula merosot selepas diserang Burma.
4)Syarif Abu Bakar berserta keluarga,kaum kerabat dan orang-orangnya lari apabila diserang Kerajaan Thai (ini adalah kerajaan Thaksin,general Ayutthaya yang cuba ligan balik wilayah-wilayah naungan Ayutthaya yang cuba membebaskan diri)
5)Mereka keturunan Siam yang ada perkahwinan campur dengan kerabat diraja Kedah.
Ini satu penemuan terbaru.Dahulu pendapat lebih kepada Raja Ayutthaya terakhir,Borommoraja Ekathat yang lari dari serangan Burma.Kini ada bukti lebih meyakinkan.Menariknya didedahkan oleh mereka sendiri.
Bayangkan selepas dua tiga tahun mencanangkan 'kebesaran' kerajaan Siam Islam Khaek Tesh Ayutthaya Puasa yang menjangkau Australia dan Albania sehingga semua kerajaan Asia Tenggara di 'Siam-Islamkan' termasuk Sriwijaya,Taungo dan Majapahit...rupa-rupanya Syarif Abu Bakar cuma 'raja daerah' bagi Raja Thai Ayutthaya.Dahulu raja-raja Melayu kononnya dikatakan raja daerah kepada Syarif Abu Bakar.Rupanya dia yang 'subcon' kepada 'maincon' Ayutthaya.Lawak...lawak.
Raja-raja Melayu?Raja-raja Melayu bukan subcon mana-mana.Mereka 'client' yang berdaulat.
:DDDD
Mana nak letak muka wahai ustaz Siam Cyber Saiburi?Herman MalayPress?Keturunan awak cuma berasal dari raja daerah kepada Raja Thai kafir Ayutthaya?Mana dia raja-raja Melayu keturunan lanun tu?Raja daerah mana pulak?Lawak...lawak.
Sebab itu bila blogsejarahnagarakedah tulis pasal sejarah keturunan mereka,saya tiada masalah.Tetapi bila meleret-leret kata orang Melayu tiru adat Siamlah,perampas takhtalah dan keturunan lanun...saya tak marah tapi mula sangsi.Curiga dengan tindakan terburu-buru anak cucu cicit kepada Raja Ligor bergelar Yamtuan Syarif Syah ini.
Perhatikan tulisan ini:
"Oleh kerana baginda wujud sebagai Yamtuan Kedah, maka dengan itu disebut dalam Undang Undang kedah ms 40, "..kepada Datuk Seri Bongsu, iaitu Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit". Jelas kepada kita bahawa d zaman dahulu, Yamtuan Kedah bukanlah Sultan Kedah. Sultan Kedah ketika itu hanyalah Perdana Menteri kepada Yamtuan Kedah. Gelaran Paduka Seri Bongsu adalah kerana Sultan Muhammad Jiwa berkahwin dgn adik bongsu Sultan Syarif Syah bernama Nang Che Puan. (lihat salasilah)
Bagaimana Sultan boleh jatuh bawah Yamtuan?Sultan adalah gelaran tertinggi bagi satu-satu negeri.Dia macam 'raja' tetapi sebab mahu ambil aura Islam maka gelaran 'raja' dinaiktaraf menjadi Sultan.Apa?Sultan Kedah jadi perdana menteri untuk Yamtuan?Ape ke he ni bak kata orang Peghak.Baik bagi je gelaran Sultan pada Syariff Syah dan Sultan Kedah pakai gelar Yamtuan saja.Ini sesuatu yang pelik.Gelaran Sultan tak pernah dijumpai berkhidmat sebagai perdana menteri dalam mana-mana sistem Sultan,mahupun di Tanah Arab.Yamtuan?Ini adalah gelaran bagi wakil-wakil raja.Kalau Yamtuan nak jadi raja,kena letak jadi 'Yamtuan Besar',macam kat Negeri Sembilan nun.Takkan inipun saya nak ajar.Lawak...lawak.
Sebagai kerja rumah,saya mahu anda semua kaji perkataan ini 'KHEK/KHAEK'.Ini akan membuka pekung Siam Nai ini lebih dalam.Dan dari sini anda juga dapat belajar hubungan Melayu Segenting Kra dan Kedah dengan orang Thai,Mon atau Siam (Thai-Mon berbudaya Melayu).
"Don't hide my Chronicles behind your blood of war.I'm vampire of history"
hahaha
ReplyDeleteSalam Srikandi... bila nok publish ATBM 3.5 ... lame doh tunggu ning !!!
ReplyDeleteSrikandi
ReplyDeletePengalaman perbualan yang menarik...sebenarnya,kita orang Melayu di Malaysia kalau boleh janganlah memandang rendah dan kadang-kala memanggil mereka 'Indon' kerana ini merendah-rendahkan mereka dan sebenarnya pada masa yang sama kita telah merendah-rendahkan rumpun bangsa kita sendiri.Sebenarnya orang Indonesia yang matang fikirannya amat-amat berbangga dan tersentuh hati apabila kita mengatakan bahawa kita dan mereka SERUMPUN.
mmmm...kadang-kadang saya dapat merasakan kita semua akan bersatu kembali...ahli-ahli keluarga kita...ya,kita akan bersatu...wallahualam.
KHEK/KHAEK bermaksud 'pendatang'
ReplyDeletebetul tak Srikandi?
Saya pernah terbaca perkataan tu dalam cerpen...tak silap menceritakan tu ada menceritakan nasib Melayu Pattani dijajah Siam...kalau salah sila betulkan saya.
Terima kasih Mendam Berahi dan semua...
ReplyDeleteEngkuh's,
Mung sabar dulu eh...Srikandi dok ghok nih makang lemang banyok sangat...2-3 minggu gi Srikandi posting neh?
Fazuan,
Emmm...itu dari kaca mata Thai.Tapi 'Khek' berasal dari Mon-Khmer.Ingat,sejarah Indocina tak boleh sesekali serah kepercayaan atau cedok dari sejarah Thai,sebab Thai 'imigran' baru Indocina jika dibandingkan dengan Khmer atau Melayu.Thai telah mencedok hampir kesemua budaya Mon,Khmer dan Melayu Segenting Kra.Gabungan semua 'mixed-culture' ini menghasilkan apa yang dinamakan 'Siam'.Lao,Sukhotai dan Ayutthaya berlainan gaya dan budaya mereka walaupun dari rumpun yang sama.Ayutthaya membawa budaya Siam,hasil percampuran dengan Melayu dan Khmer.Sukhotai dan Lanna bukan 'Siam',mereka bawa budaya Utara yang sinicized (Kecinaan).Tetapi Ayutthaya bawa budaya campuran Khmer-Melayu.Sebab itu kerabat diraja mereka ada yang pakai batik dan berkeris.Penari mereka tiru bulat-bulat gaya tarian dan kostum Khmer.
Khek adalah keturunan darah campuran Kamboja dan Melayu.Kamboja adalah puak Aryan yang berkasta Kesatria.Melayu ketika itu adalah kasta pedagang dan penguasa maritim.Campuran darah keduanya menghasilkan satu dinasti pemerintah paling berkuasa Asia Tenggara.Khek ada bau bacang dengan Khmer,sebab orang Khmer purba ada darah Kamboja juga,dipanggil Kam,budayanya digelar Kamara/Khemara/Khemir.Sebab itu negara mereka dinamakan Kamboja.Jadi Khek dan Khmer macam satu bapa lain mak.Khek beremakkan Melayu,Khmer beremakkan orang 'Funan'.Funan pula campuran Melayu/Cham dan Mon.
~Srikandi
Wan Azri_87
ReplyDeletesalam srikandi...Sy inginkan kepastian dan fakta yg terperinci ttg maklumat tasik Chini yg sy temui...Diharapkan Srikandi dpt membantu
Di katakan terdapat satu bandar purba Khmer terdapat di dasar tasik Chini ini tetapi projek selajutnya terbengkalai akibat masalah kewangan.
Satu suku orang asli yang tinggal ditebingnya menjadi tarikan pakar pengkaji bahasa kerana bahasa mereka mempunyai kaitan dengan bahasa Khmer, yang menjadi asas kepada teori bahawa penduduk asal Melayu telah turun dari kawasan utara ke selatan.
Azri amik dari wiki kan?
ReplyDeleteOk,terdapat dua kategori Orang Asli di Malaysia berdasarkan bahasa.Aslian dan Aborigine Malay.
Aslian berbahasa mirip bahasa-bahasa dalam kelompok Mon-Khmer manakala Aborigine Malay adalah termasuk dalam Proto-Malay yang bahasanya dikategorikan dalam kelompok Malayo-Polinesian.
Kaum Asli yang tinggal di sekitar tasik Chini adalah Orang Jakun dan mereka ini termasuk dalam Aborogine Malay.Jadi kajian terkini saya kuat mengatakan jika ada kota di dasar Tasik Cini,itu adalah kota purba MELAYU,bukan Khmer.Sebabnya semua mitos pasal Seri Gumum dan kota itu adalah dari mulut Orang Jakun itu dan mereka tidak kenal apa itu 'KHMER'.
Orang Jakun di sini ada perhubungan dengan suku Asli lain iaitu Orang Semelai yang tinggal di sekitar Tasik Bera.Orang Semelai inilah yang berbahasa Aslian iaitu mirip bahasa Mon-Khmer.Jika ada kota bawah Tasik Bera boleh dipertimbangkan ia kota Khmer,tetapi orang Semelai tiada mitos pasal Tasik Bera.Yang ada ialah mitos Tasik Cini,Seri Gumum dan kota purba dari Orang Jakun yang merupakan Proto-Malay.
Lama-kelamaan jika anda mengkaji semua misteri ini...anda akan dapati Melayu adalah induk paling awal di Nusantara.Sebab itu kini ramai pengkaji mengatakan tamadun terawal manusia kemungkinan besar bermula di Asia Tenggara bukannya di Sumeria.
:)
salam srikandi,
ReplyDeletehaha...sudah terang sangat dah, tak payah nak suluh2 lagi. Mereka mengaku sendiri sekarang. Kalau ada lagi yg percaya dgn teori mereka x tau la. saya ingat nk ulas dulu pasal artikel tu tapi srikandi dah buat dulu dari saya hehe...bagus lah.
saya memang tau pasal raja islam yg memerintah Ligor dan singgora, tapi tapi xtau nama dia sahaja. Rupanya keturunan puak mereka!
Hal ini ada kaitan dengan artikel yg saya tulis sebelum ni ttng penggunaan Keris di Ayuthia. Seperti yg saya tulis, memang Ayuthia ada banyak melantik orang Islam sebagai pegawai kerajaan malahan gabenor daerah. bukan di ligor dan Singgora sahaja malah di Mergui dan Ranong. Orang islam memang cukup berpengaruh di Istana siam terutama zaman Narai. jadi tak heran kalau syarif abu bakar tu adalah gabenor lantikan Ayutyhia untuk memerintah Ligor.
Tapi mengapa mereka beria-ia mengatakan mereka Maharaja? hehehe...sebab pada zaman tu gabenor Ligor memang mempunyai pengaruh dan kuasa yg besar. Mereka bertanggungjawab menjaga negeri2 selatannya di semenanjung. sebb itu kalau kita baca sejarah kedah, kelantan dan pattani jika berlaku sebarang pergolakan atau pemberontakan, yg biasanya akan dihantar oleh kerajaan Ayuthia untuk selesaikan adalah tentera Ligor , bukan terus dari Ayuthia. hanya jika tentera Ligor ini kalah dan tak mampu baru Ayuthia hantar tentera bantuan.
Sebab raja Ayuthia beri kuasa untuk kawal jajahan takluk siam di bahagian selatan ini maka mereka naik daun, mula besar kepala dan mengada-ngada dan bercita-cita untuk bebas dan jadikan kawasan negeri-negeri melayu sebagai jajahan terus mereka dan bebas dari pusat Ayuthia. sebb itu mereka memberontak!
sekarang semua dah jelas. bila mereka kalah dalam pemberontakan mereka larikan diri ke negeri2 melayu di selatan inilah! terutama Kedah! sebb seperti yg srikandi kata mereka ada pertalian darah dgn kerabat Kedah. jadi sekarang dah taulah asal-usul tuntutan mereka pada kedah...mereka memang pernah naungi atau selia kedah , kelantan dan pattani secara tak lansung dahulu apabila negeri-negeri ini berada di bawah naungan siam. namun bukan sebagai Maharaja tetapi gabenor sahaja beb! mereka yg lebih2. macam kaduk naik junjung. sebab mereka islam maka mereka sangka mereka berhak untuk memerintah negeri2 melayu islam yg lain!padahal mereka tali barut siam kafir...ish..ish..ish.
ibu naga seri gumum dinamakan naga seri kemboja...hehe kenape dinamakan SERI KEMBOJA gamoknye...srikandi?
ReplyDeleteNampak gaya bakal berkubur lar Teori Melayu Siam Islam ni... Hahaha...
ReplyDeleteM_M
Yup,Semantani...well done!
ReplyDeleteItulah yang saya fikirkan selama ini.Sebab itu dalam catatan-catatan saya terutama Catatan Srikandi III saya ada menyebutkan tentang Grahi.Sri Dharmaraja (Ligor/Nakhorn Si Tammarat) adalah wilayah penuh sejarah dan suka duka Melayu Segenting Kra,kerana di sinilah benteng kedua 'Malay-States' di utara jatuh ke tangan Thai.'Malay city-state' pertama yang diketahui setakat ini jatuh ke tangan Thai ialah Grahi atau Chaiya dalam wilayah Surat Thani sekarang.Kemaraan Sukhotai lebih ke selatan tamat apabila rajanya Ramakhamheang dibunuh oleh Cik Siti Wan Kembang dalam pertempuran atas gajah.Hebat jugak wanita Kelantan ek.
Syarif Syah adalah Sultan Ligor atau pemerintah Ligor (Ligor adalah nama yang popular di kalangan orang Eropah merujuk kepada Nakhorn Si Tammarat/Nagara Sri Dharmaraja) yang dibenarkan memerintah Ligor sebagai 'vassal-state' kepada Ayutthaya.Dan yess...raja-raja Ligor punya pengaruh ke atas negeri-negeri Melayu utara dan jadi ancaman kepada Kedah walaupun satu rumpun.Dalam filem Rahim Razali pun 'Dendam di Bumi Merkah' ada terakam kisah peperangan orang Kedah dengan Ligor.Orang lama Kedah tahu hubungan suam-suam kuku Kedah dengan Ligor,sebab Ligor buat pakatan dengan Thai untuk kekalkan kedaulatannya walaupun terpaksa mengancam Kedah.
Saya akan jelaskan seterusnya rahsia,konflik,perebutan,drama,suka duka dan tragedi yang terjadi di antara negeri-negeri utara semenanjung dengan negeri-negeri Melayu Segenting Kra termasuk hubungan mereka dengan kuasa Thai/Siam dalam ATBM v3.5.
Dan kisah Raja Langkasuka pertama memeluk Islam membuka negeri Patani dan permusuhannya dengan saudara kandungnya di Chaiya yang tetap beragama Buddha.Raja Melayu-Buddha Grahi inilah yang membuka jalan kepada kebanjiran imigran Thai ke Indochina dan buat pakatan dengan mereka kerana sama agama (Buddha) untuk serang Raja Melayu-Islam Langkasuka (Patani).
Saya akan ceritakan bagaimana orang-orang Melayu-Buddha Grahi dan Nagara Sri Dharmaraja mengajarkan orang-orang Thai yangbaru datang ini bahasa Sanskrit dan agama Buddha aliran Theravada.Sebab itu di Chaiya ada candi Buddha yang sama design dengan candi Srivijaya/Sailendra di Jawa.Pada masa silam,ketika agama Buddha 'merempat' di India akibat tekanan orang Hindu,pengajian agama Buddha berpindah ke Sriwijaya dan orang Melayu adalah pakar dalam bahasa Sanskrit yang mengajarkan dharma dan ajaran Buddha,sehingga sami-sami China terpaksa ke negeri-negeri Melayu belajar agama Buddha.
~Srikandi
Salam Srikandi...
ReplyDeleteMakin lama,semakin panas n panas....tak sabar nak tunggu artikel seterusnya,bleh jd panas dibuatnya hehe...
Oppsss...Cik Sri,nak tanya sikit ni...
Cik Sri pensyarah di IPTA mana ye? UPM,USM,UITM,UKM atau UM? Klu tak nak bagitau pun takpe,tak marah pun....
Mana tau kot2 kita satu bumbung hehe...
Taknak bagitau...biarlah rahsia :)
ReplyDeleteki3.. biarlah rashia. :p unik n klakar.
ReplyDeletewalaupun hati ini masih didalam kemusykilan/was-was tetapi hati ini tetap ingin mengatahui perihal "Melayu" sejauh / se-dalam yang mampu.
kerna ttg melayu ini seolah bila baca sebuah buku tetapi ada beberapa part yang koyak walaupn dapat tahu cerita buku itu secara kasar tetapi hilang beberapa klimax cerita kerana rashia/puzzle tersebut telah koyak. (termasuk juga tamadun Uthmaniah)
waalauhualam , kerna sy bukan "Ahlinya" maka anggaplah anggapan yang tidak seberapa. ;)
masa terus bergerak dan kita akan sampai hujungnya , hanya berkongsi nasihat
"harus sayangi org yg membenci kamu"
salam.
Srikandi...
ReplyDeletenegeri2 melayu segenting kera ni memang agak misteri sedikit. seolah-olah sejarah melupakan mereka bagai buih dilalu ombak. sekejap ada sekejap takda...baca sejarah siam lain, baca sejarah melayu lain. sebb tu ada org ambil kesempatan dalam kekelaman tersebut untuk buat teori bukan2 dan klaim macam2...hehe
saya masih ingat lagi beberapa tahun lepas semasa kusyuk membaca hikayat pattani ada suatu peristiwa didalam hikayat tersebut kalau tak silap saya masa zaman pemerintahan Ratu Ungu, berlaku perang besar diantara Pattani dan Ayuthia dengan sekutunya Ligor. salah satu yg menarik perhatian saya ialah taktik yang digunakan oleh raja perempuan pattani iaitu dengan menyuruh rakyat dan tenteranya masuk senyap-senyap ke kem tentera siam dan menyamar menjadi tentera siam.
kalau di ikut logik akal zaman ini terutama logik org x belajar sejarah secara mendalam perkara ini adalah mustahil kerana jumlah tentera yg dihantar oleh raja perempuan itu agak ramai dan tentu disedari oleh tentera siam, tapi kenapa berjaya? tentera pattani dihantar dengan tujuan untuk memakan bekalan makanan tentera siam! supaya bekalan mereka berkurangan!
kenapa tentera siam boleh tak sedar ada orang melayu datang kongsi makanan dengan mereka? adakah sebb mereka xtau bezakan rupa dan bahasa orng melayu? sebenarnya tentera siam yg dihantar untuk melanggar Pattani itu juga sebahagian besarnya adalah Melayu dari Ligor! mereka bermuka melayu, berpakaian macam orang melayu dan bertutur dalam bahasa melayu. sebb itulah tentera pattani boleh main masuk je dalam kem mereka dan pura-pura sebagai tentera siam untuk habiskan bekalan makanan...heheh..akhirnya terjawab sudah.
Rasa2,saya dah dapat hidu Cik Srikandi dari U mana,hehe... tp yang rahsia biarkan ia menjadi rahsia...
ReplyDeleteYg penting Alter Terahsia Melayu jangan dirahsiakan,nanti merana orang melayu itu sendiri....
Satu lagi nak tanya Cik Sri ni...
Nape waktu di ruangan komen yg terpapar ni tak sama dgn waktu saya post comment? Beza masa cukup jauh,kat blog mistisfiles pun sama mcm tu,ni yg wat musykil ni....
assalamualaikum
ReplyDeletemakin menarik ni....cepat skit cik sri kandi klua artikel terbaru.....
air missiles mcm nak ngorat je!
ReplyDeletetp nmpk gaya nye mcm x lps!
kuikuikui
teruskan menulis untuk bangsa kita biar ramai lagi anak bangsa kte bgn dr tidur.....
ReplyDeletekepada yg membaca dan mempunyai ilmu disini tolong sampaikan dan panjangkan kepada yang lain w/pun satu huruf..
salam
ReplyDeleteselamat hari raya kepada semua!
nampaknya sijahat penjajah british dan belanda sengaja mencipta cerita sejarah yg berbeza bukan saja utk memisahkan dua adik-adik serumpun dr segi fizikal tapi dr segi mentaliti.
org tanah seberang sememangnya terpaksa berperang dan berkorban darah dan nyawa utk mendapatkan kemerdekaan, termasuk habis semua kesultanan nusantara dicantas belanda.
pendatang2 dipaksa berasimilasi dgn bahasa dan adat budaya tanah seberang. jgn harap mereka nak tunjuk berani utk amalkan budaya kaum sendiri. samalah nasibnya dgn org melayu di segenting kra - dipaksa berasimilasi dgn bahasa dan budaya siam/thai. inilah yg paling ditakuti oleh puak2 ultra-kiasu dgn konsep ketuanan melayu- takut sgt kita larang mereka dr amalkan bahasa dan budaya nenek moyang mereka tuh. walhal kita telah diajar oleh adat budaya dan agama Islam supaya tidak menyebut2 apatah lagi menghina2 amalan serta pegangan mereka. tak baik supaya mereka tidak pula menghina balik agama anutan kita yg sememangya benar disisi Allah Yang Maha Esa.
tapi org2 di tanah melayu mendapat kemerdekaan 'semudah' tandatangan perjanjian diatas kertas sahaja. sultan2 masih ada walaupun hanya sbg lambang. pendatang2 dibenarkan utk mengekalkan bahasa, adat dan budaya masing2 hingga kesatu tahap lupa asal usul dan ada cubaan utk menghalau penduduk asal negara ini malahan nak hapuskan jugak sistem kesultanan tuh. tak patut betul.
hhmm..dahlah penjajah british memperbodohkan kita dgn sejarah tipu. org seberang pula bermentaliti bahawa kita ni lemah, lembik, tak kuat dan menurut kata perintah british je. Cik Srikandi pun terpaksa memilih dan menyusun kata2 yg terbaik dan paling berhikmah hanya utk menyedarkan mereka; bhw org2 ditanah melayu dipaksa dan terpaksa menerima perjanjian kemerdekaan dan hakikat sebenarnya kita semua adalah serumpun senusantara.
mungkin sebab tu juga sejarah melayu sriwijaya digelapkan krn ia akan mengingatkan nostalgia kerajaan yg hebat dan bertamadun pd masa lalu terutama kpd org2 diseberang.
kita ditanah melayu ni dah sahlah tak tahu menahu langsung.
sedihnya tapi tetap bersemangat...
Bukan nak ngorat,nak bermanja je hehe...
ReplyDeleteerk...aaaa
ReplyDeleteselamat ari raye..x sabar tunggu atbm volume 3.5 ni..huhuhu...
Adakah asal usul Funan masih diselubungi misteri tidak terungkai secara tepat? Kenapa timbul kenyataan "Funan = Melayu/ Champa + Mon?"
ReplyDeleteBukankah wujud hipotesis yg mengatakan bahawa Mon itu merujuk Melayu disebabkan dialek/ telo panggilan Siam? Contohnya Satun = Sentul?
Dihikayatkan bahawa Funan itu keturunan Brahmin + Bangsa Naga. Adakah Bangsa Naga ini merujuk Suku Naga di antara benua Indochina dan India? Didapati budaya suku Naga dan Proto Melayu hampir mirip tetapi bertutur berbeza bahasa; suku Naga berbahasa keluarga Austroasiatik manakala Proto Melayu berbahasa Austronesia.
Adakah suku Naga itu Mon dan Mon itu Melayu? Pening.
Apa pendapat Srikandi?
M_M
bole tumpng tanye..
ReplyDeleteapa pndirian cik sricandy yg sbnornye pd puak blog merong tu..?
jika mreka serong knapa tak buat laporn ke pihk trtentu atau bidasn di akbar2 meliht kpd cik,m.o dn geng2 gigih brsunggh2 dlm menegkkn sejrh melayu agung dblog masing2..?
jgn ckp tk perlu sbb mslah kecil la apa la..
skadr nk tau.......
hehehe..
ReplyDeletebest lah srikandi..
tengah beraya pun sempat berdebat pasai sejarah..
untung sapa yg kawin dgn srikandi ni..
:D
Acid Burn
Salam Dunia.
ReplyDeleteSeluruh Ahlul Bait dan Kesultanan Bani Jawi akan kita pertahankan.
terima kasih srikandi.
Sriwijaya dalam kenangan.. memori silam pembangkit semangat kami.
Salam Srikandi
ReplyDeleteKita mudah tersinggung dengan tanggapan kebanyakan warga Indonesia bahawa Malaysia ialah 'brain child' @ negara 'tajaan' penjajah Barat.
Tanggapan ini tak semestinya betul. Namun, bagaimana kita nak berdepan dengan fakta bahawa Penasihat Luar US, Rupert Emerson pernah bentang kertas kerja di Universiti Harvard pada 1937 berkenaan penubuhan Malaysia ?
Mohon Srikandi bagi ulasan & maklumat untuk clear the air. Warga tempatan sendiri pun dah ada yg musykil.
sumber : http://fa-10storiy.blogspot.com/ (entri 17 sept)
Wassalam. T.kasih.
t_a
dalam urban dictionary:
ReplyDelete1. khaek
thai slang for indian. sounds derogatory, but not really.
expl;
Shelley: "i was walking to the train the other day and there was a mob of indians blocking the stairs."
Harold: "yeah, khaeks tend to travel in packs."
dalam internet:
khek = pendatang Cina bangsa Hakka yg kasar
cam lawak pun ade
Salam..
ReplyDeleteapa telor2, mencarut ka? telo la mak cik sayang..
1. slamat ari raya, maap kalau ada yg masih simpan di dlm, ada umoq kita sambong lagi. wah..dah ada blog sendri, ada kemajuan.
2. Saya dah terbungkam n lidah kelu bila u ckp u tau semua sejarah siam sejak zaman u-thong lg (kat blog tuan seman). hebat..mmg hebat, tapi saya heran la..budak tingkatan 3 pon bleh crita jugak, dia kata semua ada kat buku n internet. saya pon terus pucat..budak ni lagi hebat.
3. Kesian..br tau ka depa ni keturunan raja ligor (kata dah tau semua pasai siam). dlm sejarah kedah dah mencatatkan tentang raja ligor yg lari mencari perlindungan dkedah, kota mengkuang tu la tempat semayam raja ligor yg last. Naim firdaus pon dah bg tau sejak tahun 2007 lg (klu x silap aku la).
4. Kita yg x tau pa terus kata..so depa ni keturunan raja ligor yg talam 2 muka le, muhong besaq betoi depa ni. yg lain kita x tgk dah. kita x sedaq yg proses ni bermula di mandalay burma..masa tu khalifah syarif ambik alih dlm usia yg cukup muda sebelom dibelasah..pindah p ayuthia kena belasah lagi..pindah p ligor kena belasah lagi..last kat kota mengkuang. Pas tu Long Jaafar ganti..long jaafar asai dia ligor kot? :))
5. Dah berkali2 depa sebut..depa nak ubah sejarah yg digarap oleh tangan2 ghaib. Susah sangat ka nak paham. jadi kita kena amek kira jugak fakta2 yg lain. Jgn terus hantam ..kaji..kaji..dan kaji.
6. Cik sirap girl (usik2 ja jgn mare) yg di sayangi..saya x berapa tau la pasai raja siam yg islam di abad ke 14, kedutaan thai di malaysia tau la cik kak. rakyat dia pon tau jugak. duta dia ada rekod..rakyat dia amek cerita turun temurun ja..tulun ye cik kak. saya nak perati je kesimpulan u plak. byk lagi klue2 yg saya nak bagi, klu u mau le.
skit ada tambahan, aku x dak kena mengena dgn depa..aku bergerak atas kapasiti aku sendiri. kalau dicerita keturunan aku..x abis 1001 mlm. jd u pon nak jadi penyerkap jarang yg mahir jugak ke.
skali lagi mintak sori klu ada yg kasaq...
KriZalid
cik sricandy sibok jual candy ..tak smpat nk jengok blog..
ReplyDeleteI hv heard.... On 1 saturday night in a pub,
ReplyDeletethere was a great crowd n people were enjoying,
suddenly , a stranger came fr the street n
announced in a pub
" I challenge anybody! My expertise is to tell
the make of the wine, the year it was made, the
company by which it was made- blindfolded, just
by tasting it, I can tell U about all kind of wines "
There was agreat interest; they were all wine lovers. Immediately, ablack cloth was put over his eyes. Wine after wine was produced....
" Lafitte Rothscild, 1938."
The pub was running out of its wines and each time he was right, about the make, about the year- even about the year! He had developed that sensitivity for almost half a century.
And in fact, that had been his familys business for centuries- they were famous for being able to taste a wine and determine its quality, to
decide the year of the wine.
Then somebody produced a glass- he sipped.....
look bewildered. He sipped again. He sipped again.
There was pindrop silence. He sipped a third time and he said
" My God this is urine!"
He pulled off the black cloth covering the glass and he said
" Hell u men! This Is pure urine fresh-still lukewarm!"
And in the crowd , fr the back came a small voice,
" but whose"
sekadar hiburan niat menyejukkan suasana apa pun ukhwah pada diri org Melayu tu yg paling penting
Terimakasih peminat sejarah semua,terutama yang beri maklumat tambahan dan pandangan tersendiri.
ReplyDeleteDiraja,
Suku Naga dengan 'Naga' dalam sejarah Funan lain.Nanti saya ceritakan dalam artikel Maulimalaraja dan Kambojaraja.
t_a,
Nama Malaysia memang cadangan orang luar.Mungkin ia adalah antara syarat kepada Tunku untuk merdeka.Tapi kita bersyukur kerana masih ada nama 'Malay' yang melambangkan bangsa Melayu.Kalau dinamakan dengan nama Elizabethland contohnya atau Georgesia sudah tentu amat hodoh dan menyedihkan.Tetapi pandangan Malaysia adalah 'tajaan' British adalah salah,yang betulnya ialah INDONESIA DAN MALAYSIA ADALAH TAJAAN PENJAJAH BELANDA DAN BRITISH.Siap ada perjanjian hitam putih lagi untuk memecahkan Nusantara ini.
Vandal,
Well done.Jadi ada banyak maksud untuk 'Khaek/Khek' bukan?Tetapi bagaimana dengan bangsa Khaek Tesh? :DD
Yess...saudara Krizalid sudah sampai...saya akan jawab komen seterusnya...
Selamat hari raya saudara Krizalid...
ReplyDeleteAwat hang terbungkam lidah?Demam pasai makan lemang banyak sangat ka? ;D
Budak form 3 pun hang hairan maknanya hang tak tau sejarah la?Terus pucat habaq hang...kalau sayala saya perati dulu apa dia dok sembang.
Sebenarnya saya dah tau lama,sebab tu saya senyum saja dengan kaum kerabat hang.Sampai bila dok muhong pembaca.Saya cuma nak provok saja.Naim Firdausi?Saya lebih suka cara dia bercerita berbanding Siam Khaek Tesh yang lain,banyak merapu.Sampai Siam dengan Siam berbalah sama sendiri ;DDD
Mandalay Burma pulak dia habaq mai...kejap mula kat Ayutia,kejap kat Kedah...ini dah habaq kat Burma sana nun pulak.Hai...macam-macam karenah depa ni :DD
Nak ubah sejarah yang digarap tangan ghaib ka atau nak ubah sejarah pi angkat kerabat sendiri naik takhta Kedah dan Agong?Macam kami semua tak tau niat hangpa.Jujuq la sama pembaca semua,jangan main sorok-sorok.
Saya pakai bukti yang disuakan oleh blogsejarahnagarakedah.Bukan bukti lain.Memang Syarif Abu Bakar itu Raja Ligor.Nanti saya bagitau awai-awai tak percaya pulak,kona sana dok pusing sini.Sekarang yang ditunggu sudah tiba...bukti datang sendiri dari pihak hangpa semua...Moyang Siam Nai Khaek Tesh Pasaima berasal dari Raja Ligor.Takkan nak habaq mai Raja Burma pula?Lawak...lawak.
Nanti saya report kat Naim Firdausi.;DD
Tak kisahla hang kerabat depa ka atau hang peminat depa ka,hang juai saya balun.
Takpa ya?Janji kita kita juai membeli atas nama sejarah.
~Srikandi
krizalid kata dia jadi raja masa muda kat mandalay di burma kemudian turun ke ayuthia dan terakhir ke Ligor??...macam tak logic pun ada...umur syarif ni panjang berapa ratuih tahun gamaknya? sebb kerajan Ayuthia pun dah berumur beratus tahun sebelum diserang burma...xlogik- xlogik. Kami memang tahu ada raja Ligor yg islam. tapi raja ni jugaklah yg tibai kaum seagama depa kat kedah, pattani dan negeri2 utara lain atas arahan tuan depa raja Thai di Ayuthia.
ReplyDeletesebenarnya raja Ligor inilah raja daerah bagi kerajaan Ayuthia...
Raja Ligor ini banyak,ada yang Buddha dan ada yang Islam terutama abad-abad terakhir pemerintahan beraja di Ligor.Saya tidak mahu berburuk sangka dengan Syariff Abu Bakar.Kemungkinan semasa pemerintahan beliau banyak tekanan dari Thai dan mungkin beliau sendiri berbelah bagi untuk menyerang saudara seagama sendiri.Atau saya berpendapat sejak Raja-raja Ligor sudah menerima Islam,maka ini menimbulkan perasaan kurang senang pemerintah Thai maka mereka pun menyingkirkan Raja Siam Islam itu.
ReplyDeleteTapi yang pasti apa2 pun kerajaan ayuthia secara keseluruhannya bukan diperintah oleh raja siam islam. Ya ligor pernah diperintah orang islam tapi bukan Ayuthia. dan yg pasti albania, algeria dan australia bukan jajahan takluk raja ligor...hang tuah bukan keturunan depa...jawatan khalifah siam yang digilir2 untuk nusantara memang x wujud...sultan Iskandar muda aceh bukan siam...dan portugis melaka bukan portugis islam yg disuruh siam untuk menawan melaka kerana derhaka...
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteserikandi
saya sokong
http://massahar-tiga.blogspot.com
p/s seandainya islam dan melayu seiring akan menjadilah kuasa besar dunia
assalamualaikum
Salam Srikandi,
ReplyDeleteMohon tanya, Yamtuan Abu Bakar ni adakah keturunan dari Okya Deca atau nama Melayunya Raja Muhammad? Pemerintah Ligor yang berbangsa Melayu tapi tunduk kepada Maharaja Ayutthia. Okya Deca inilah Raja Ligor yang berperang dengan Raja Ungu dari Patani dahulu.
Ayah kepada Yamtuan Abu Bakar pula bernama Yamtuan Muhiyuddin. blog anai2 ambil jalan mudah dgn mengatakan Yamtuan Muhiyuddin adalah Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, Sultan Kedah. Tapi tak logik sebab perbezaan umur yang jika dikira menjangkau hampir seratus tahun.
Jika Yamtuan Abu Bakar bin Yamtuan Muhiyuddin ini sememangnya keturunan Okya Deca, maka jelaslah kajian yang saya buat selama ini.
Terima kasih.
pecah silat duduk sila
ReplyDeletegendah kandir mamir diri
Pernah juga terdengar, ada yg mengatakan, raja yg sebenarnya raja yg besar adalah yang datang dari Pagaruyung? Cuma tak ketahuan mengapa raja yg besar ini memakai gelaran YamTuan. Mungkin berdasarkan fakta ini lah yg dikatakan anai2. Saya mendengarnya sejak kecil dan kueri jugak pasal perkataan Yamtuan ini. Satu2nya negeri yg memakai YamTuan adalah negeri sembilan. Kalau tak salah raja pertama yg menjadi sultan yg dipertuan agung malaysia adalah berasal dari Negeri Sembilan. Itulah gambarnya yg ada dalam note RM negara kita. Majlis Raja2 sebulat suara memilih beliau. Ini mungkin rakyat jelata tak tau fakta tapi yg raja2 mesti tau cerita mengapa dan kenapa.
ReplyDeletealah, korang2 dan aku bukan hidup di zaman beratus2 malah beribu2 tahun kebelakang dizaman cerita2 ini berlaku, semuanya berdasarkan fakta2 yg ada dan tertinggal maka masing2 berdasarkan congakan dan fakta masing2 mula melakar larakan apa yg sepatutnya berlaku, sampai kiamat pun setiap satu lakaran lara setiap org akan berlainan dari satu sama lain.
ReplyDeleteHasilnya, mana yg tak boleh ditegur, telinga mula berasap, ada yg mulut keluar berapi2, ada yg nak jadi naga, ada yg dakwa keturunan naga, siapa nak jadi panglima panji itam pun ada, ada yg jadi penglipur lara pemegang cerita melayu, macam produer dan tuan direktor. Ada pulak yg kata naga ada kaki empat, ada yg andaikan sebagai buaya, tak kurang ada yg dakwa ular dan cicak pun ada, bila besar jadi naga.
Cerita mulut rakyat tokok tambah jadi bahan nyata, yg takda jadi ada, sorang pun tak tau mana satu yg diada-adakan. Yang kelakor yg berminat nak jadi panji itam, baca quran pun tak tau atau gagap2 macam darjah satu mengeja, usah harap lah nak tergolong dalam hafiz atau hafizah.
Yang palik lawak, semua tak hidup dizaman beratus atau beribu tahun dulu, tapi laga2 kepala berasap antara satu sama lain. Last2 jawapan standard dapat info dari jin dan mambang.
Udah termasuk bab syirik pulak, kalau dah syirik mana mungkin dapat jadi ahli panji itam, dah tu tak dapat info benar dari jin islam, melainkan jin kapir tiada lain melainkan kapir hanyut belaka.
Jin islam, dorang pun sembah allah dan menganut islam syariat nabi muhammad, takmo dia buat kerja2 syirik menduakan allah dan melarakan kau keluar dari islam. Sapa nak tanggung beb, semua org takmo tanggung termasuk jin.
Yang boleh menanggung tentulah yg sama2 nak masuk ke neraka, maklum cari geng seramai mungkin meramaikan neraka.
Yang Dipertuan Agung mungkin sebagai satu bentuk nama mengambil dari contoh nama Yam untuk menunjukkan yg teratas. Intead of using Yam, sebab Yam dah ada di Negeri Sembilan, mengambil dari kata dasar Yam ini, jadi nama "Yang" diujudkan.
ReplyDeleteSebab perkataan yang dalam perkataan Melayu hanyalah penyambung kata. Kenapa tak buat research mula perkataan "Yang" itu supaya tak disalah ertikan oleh melayu2 skrg yg dah tak macam melayu pun, dikemudian hari. Ini supaya Melayu terkemudian di zaman kita, tahu asal usul cerita dan salasilah sendiri.
Ini lebih baik dari masing2 membenarkan "kem" masing2, lebih baik cari jalan penyelesaian. Kalau pun ada yg salah dakwa, lama2 dia akan tau juga sendiri. Lebih baik melayu bersatu dari berpecah dua, kalau tidak jadi lah macam UMNO dan PAS dan dipecahkan lagi dengan adanya PKR.
srikandi..
ReplyDeletebangsa indonesia sekarang memang agak sensitif dengan istilah 'melayu'.saya minta maaf bila saya katakan begini, tapi sebenarnya bangsa indonesia rata-rata pemimpinnya dari keturunan jawa, dan amat berbangga dengan majapahitnya. mereka amat anti dengan keturunan melayu akibat sentimen peperangan-peperangan besar antara keturunan melayu dan jawa pada masa silam (terutamanya dengan pelancaran ekspidisi pa-malayo oleh pateh gajah mada).
kerana itulah orang jawa (maksud saya jawa indonesia, bahkan segelintir jawa di malaysia) 'tidak masuk' sangat tune-nya dengan orang melayu.
alhamdulillah, di malaysia, semua keturunan/ras nusantara kita terima sebagai bangsa melayu.semua nikmati hak dan keistimewaan yang sama di bawah hak keistimewaan melayu.
sejarah bahasa bangsa indonesia sendiri bermula dari bahasa melayu ie bahasa melayu kuno.ini terbukti dengan terjumpanya inskripsi terawal (dalam konteks bahasa) di indonesia (kalau tak silap saya (maaf, kalau saya tersalah) adalah bahasa melayu kuno, lebih kurang pada zaman awal perkembangan kerajaan sriwijaya --> sedangkan perbezaan tahun antara munculnya kerajaan sriwijaya dengan kerajaan majapahit amat jauh!!
jadi mustahil benar bahasa prasasti (seperti yang dinyatakan oleh Ati) itu bahasa jawa, kerana pada masa prasasti Kedukan Bukit itu muncul, kerajaan majapahit (yang pure jawa)masih belum muncul.
itulah dia akibat sentimen 'kejawaan' yang kuat yang diterapkan oleh kerajaan indonesia.
kasihan melayu, sejarahnya tinggi, di tempat orang dibuang, di tanah sendiri cuba disisihkan.
namun bangsa melayu tetap bangsa melayu, dari dahulu hingga sekarang bicaranya mengutum senyum walaupun marah, marahnya pula bersulam sindir, supaya tak lah nampak sangat sikap terburu-buru 'nak berperangnya'. tapi bila melayu berperang...'biar putih tulang, jangan putih mata' dan 'hingga ke titisan darah yang terakhir'.
sekadar nak berkongsi pandangan.
salam.
ReplyDeletesaudara Siddiq Al-Malayuwiy, saya copy semula kata2 anda ya, sebagai peringatan yang paling menusuk kalbu.
"kasihan melayu, sejarahnya tinggi, di tempat orang dibuang, di tanah sendiri cuba disisihkan"
Terima kasih saudara Siddiq atas perkongsian.Juga maklumat-maklumat baru dan pendapat dari para pembaca lain yang saya tidak sebutkan di sini.
ReplyDeleteTuan Siddiq,sebenarnya saya tahu tentang prasasti terawal dalam bahasa Melayu,bukan Jawa tetapi untuk 'mengambil hati' Ati sebab itu saya kata 'bercampur-campur antara bahasa Melayu dan Jawa'.Saya tidak mahu pasal bahasa dan bangsa pertemuan di Aidilfitri jadi keruh pula.
Ibnu Rusydi,semakin menarik nampak kajian tentang Melayu Segenting Kra ini ya?Yamtuan Syarif Abu Bakar memang raja Ligor dan kita kena cari nama Siam beliau,maksud saya apa orang Thai panggil dia.Contohnya Nong Chik dipanggil Nunchit.Phya Sina Nunchit ini memang wakil Thai di Kedah dan anak Raja Ligor pulak tu!!Cuba cari Paduka Seri Sultan Nong Chik dalam salasilah Raja Ligor Syarif Abu Bakar.
Saya rasa ada kaitan mereka dengan semua ini.Kaji apa yang berlaku di Ligor.Dan saya sebenarnya telah tahu apa yang berlaku ketika Thaksin melucutkan jawatan Raja Ligor.Semuanya semakin jelas.
Keadaan keturunan Syariff Abu Bakar adalah sama dengan keturunan Melayu Selatan Thai sekarang.Apabila mereka lari beramai-ramai ke Kedah,budaya bercakap Siam masih ada walaupun mereka dikatakan Melayu sebab percampuran dengan orang Thai-Khmer.Samalah seperti jika orang Narathiwat misalnya buka restoran di KL,mereka akan bercakap Thai sesama sendiri walaupun Melayu Patani (golongan muda biasanya).
Saya bukan apa.Saya mahukan KEBENARAN.Dakwaan bahawa ada kerajaan Siam Islam yang teramat besar sampai menjangkau Monggol India,China dan seluruh Nusantara termasuk Australia hingga ke Albania (macammana tiba-tiba sesat ke Eropah pulak) dan Jordan BUKANLAH KEBENARAN.Itu adalah repekan yang teramat pelik lagi memeningkan.
:D
~Srikandi
saya tahu srikandi 'tahu' fakta prasati terawal itu dalam bahasa melayu kuno =D dan saya tahu srikandi reply sebegitu kepada Ati atas dasar tidak mahu mengeruhkan suasana =D
ReplyDeletealhamdulillah..itulah tindakan yang terbaik dan terhormat, moga-moga dengannya nanti bangsa indonesia akan 'tersedar' sedikit dengan sikap 'ultra abang'nya terhadap malaysia itu.
maaf, saya agak emosi juga sebenarnya dengan sentimen buluh runcing dari pihak mereka.dan dari perbincangan saya pun dengan beberapa kenalan indonesia, rata-rata yang berdemonstrasi 'lebih-lebih' tu pun adalah dari keturunan jawa yang tidak islam.bahkan ramai kiyai2 dan guru2 agama yang tak menyokong perbuatan mereka itu...
akhirnya tembelang pecah..semuanya atas dasar percaturan politik =) maka 'puak-puak' itu pun mulai 'diam' dan 'senyap'..
orang nusantara memang pandai bersandiwara..hahaha
kalau tidak takkan sampai ke albania itu pun jadi tanah jajahan 'org depa'..hehe
upss..
gurau je
selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin
=D
saudara wangsa..
ReplyDeletesilalah, tuan. moga-moga ada kebaikannya buat kita. =)
paling tidak pun, mengingatkan tentang 'asal' kita, jangan sampai mudah dipijak2..
salam perkenalan
=)
setuju dgn srikandi...
ReplyDeletesaya pun nak cari kebenaran jugak, sebb sebelum tu artikel2 dalam blog tuh banyak yg masuk akal. tapi bila masuk bab australia, albania, china manchu, shih huang ti dan jordan ngan portugis islam tu yg buat saya penin!
pasal bahasa siam yg depa dok sorak tu saya rasa saya ada hipotesisnya. sememangnya penduduk di segenting kera bermula dari surat thani, ligor, singgora hinggalah ke utara semenanjung adalah melayu . sebb memang dah jelas daripada prasasti2 kuno zaman hindu buddha yang mengesahkan kemelayuan mereka.
pada hemat saya bahasa yg disebut mereka itu bukanlah bahasa siam dan mereka bukan bangsa siam. mereka adalah melayu segenting kera, dan bahasa mereka gunakan tersebut adalah sub dialek kepada bahasa melayu dan bukan sino-tibetan. mungkin kerana hubungan yg begitu lama dengan orang thai,khmer dan mon maka bahasa2 suku tersebut telah terserap dan terpengaruh dalam bahasa melayu segenting kera tersebut.
jadi apa yg saya tidak setuju dgn tuan anai2 ialah apabila beliau mengatakan bahawa bahasa tersebut adalah bahasa siam dan mereka adalah bangsa siam padahal mereka adalah melayu segenting kera yg bercakap dalam dialek melayu yg unik hasil campuran bahasa thai-khmer dan mon. penakrifan beliau mengenai melayu itulah yg menyebabkan hujah beliau disangkal. beliau kata melayu itu xwujud adalah suatu kenyataan yg sesat.
namun yg jadi persoalan, sejak bila Ligor menerima seorang islam sebagai raja mereka? sebb sebelum tu mereka memang kuat dengan hindu-buddha. sebb walaupun negeri2 melayu di semenanjung dah islam tapi mereka masih tidak.
mereka dikatakan telah bersekutu dengan sukhotai dan kemudian ayuthia secara rela sebb pegangan agama yg sama. namun jika kita baca blog anai2, kebanyakan artikelnya adalah berkisar sekitar zaman ayuthia 1400-1700. zaman ini kedudukan Ligor agak kabur dalam sejarah. x tahu samada ianya telah islam atau masih buddha. tapi yg pasti Ligor menjadi negeri naungan ayuthia pada masa tersebut. jika mereka telah islam adakah sebb diislamkan oleh saudagar arab golongan syarif? ( dari nama syariff abu bakar).
dan lagi satu, mengapa ligor menyerang kerajaan-kerajaan sebangsa dan seagama mereka di negeri2 utara mengikut arahan Ayuthia? mengapa mereka tidak bersatu sahaja mengalahkan Ayuthia? Raja ungu dari pattani dikatakan enggan tunduk dengan thai kafir dan ligor telah disuruh untuk menyerang pattani. persoalannya mengapa negeri2 melayu segenting kera seperti singgora dan ligor tidak mahu bersatu dengan negeri2 melayu semenanjung untuk menentang Ayuthia. mengapa mereka lebih rela tunduk dibawah thai?
saya rasa atas dasar inilah maka raja2 melayu utara semenanjung tidak suka dengan raja ligor walaupun mereka islam dan melayu. mereka lebih rela tunduk dengan kafir daripada bersatu dengan negeri islam yg lain. Pattani, kelantan, kedah, perak, pahang dan johor pernah bersatu diatas nama bangsa dan agama untuk menyerang tentera-tentera siam yg ingin menakluk Pattani. namun Ligor pula pada masa yg sama bersekutu dengan ayuthia untuk menyerang pattani...tak ke pelik tu...mungkin ada rahsia disebalik perkara ini. harap srikandi dapat tolong rungkaikan serba sedikit persoalan ni nanti.
lagi satu...harap srikandi terangkan ttg Sujitaraja dari ligor dan kaitannya dengan Angkor dan haripunjaya.
lagi...saya berpendapat bangsa Mon ni sebenarnya juga adalah sub group dari bangsa melayu atau mala. mungkin sebb ia dipanggil Mon kerana cara sebutan atau pelat yg digunakan oleh orang siam Mala jadi Mon...mingkin lah.
and...betul ke ada pengkaji Khmer yg kata mon sebenarnya berasal dari semenanjung dan memang Melayu pun. malah pengasas kerajaan Mon hamsavati iaitu vimala dan samala dikatakan sebagai melayu sebb perkataan MALA tersebut.
pasal naga tersebut saya rasa saya dah dapat faham dah...hanya anon2 tertentu saja lagi yg terpinga2 melalak tak tentu pasal...oh...panjang sungguh perjalanan bangsa mala ni ye srikandi...dari sebelah sana ke sebelah sini memakan masa beributahun...
Tahniah srikandi!kali ini saya sudah tau kebenaran setelah sekian lama mengikuti blogsejarahnagarakedah.
ReplyDeleteYup,Semantani...dalam promo The House of Bani Jawi pun saya sudah sebut tentang itu.Saya ceritakan tentang adik beradik Samala dan Vimala.Ingat,katakuncinya ialah Melayu sebagai 'ruling class'.Rakyat mungkin Mon-Khmer,tetapi kelas pemerintah dan pedagang adalah Melayu atau orang-orang Austronesia.Sama seperti Suryavarman I.Kini ramai sudah tahu bahawa beliau adalah anak raja Melayu dari istana Nagara Sri Dharmaraja.Tiada siapa boleh membantah sekalipun para nasionalis Khmer sendiri sebab ada terakam dalam petitih-petitih lama terutama dalam Chronicles of Chiang Mai.Raja-raja Angkor terawal majoritinya punya darah Sriwijaya.Terus terang saya katakan Empayar Angkor dibayangi oleh Sriwijaya dan orang Khmer banyak belajar cara mentadbir kerajaan dari empayar Melayu ini yang menjadi legenda paling manis seluruh Asia Tenggara.Tiada satu pun empayar yang mampu mencantumkan begitu banyak budaya dan bangsa dalam satu 'federation' sebagaimana Sriwijaya.
ReplyDelete~Srikandi of Sriwijaya
Jika akhir sejarah semua Melayu Purba berbalik kembali kepada Sriwijaya... adalah mencemaskan jika diingatkan kembali kenyataan Srikandi satu ketika dahulu bahawasanya Sriwijaya diasaskan satu di Sumatera dan satu di Semenanjung... Satu yg belayar mengharung samudera dan satu lagi yg berjalan menetap berasimilasi dan tiba di Semenanjung...
ReplyDeleteHmmm... betul ke ingatan sejarah saya ni?
M_M
Anda lupa tentang Proto-Mala dan Deutro-Mala.
ReplyDelete:)
Pusat kerajaan srivijaya berubah-ubah ikut dinasti dan keadaan pilitik semasa. adakalanya di kepulauuan dan adakalanya di daratan. sebb itu empayarnya dikatakan mahabesar sekali! ia pernah juga dibahagi dua, satu kuasai laut dan satu kuasai darat. malah nama ibu negeri dan empayar juga bertukar2 dari beberapa zaman.
ReplyDeleteBegitu jugak dengan majapahit. orang indonesia hanya tahu akan majapahit di pulau jawa tetapi mereka tak tahu bahawa ada lagi satu majapahit di semenanjung iaitu Majapahit ii empayar cermin tanah serendah sekebun bunga kedah pasai ma...hehe.
Yeah...ibukota Sriwijaya tetap menjadi misteri sebab jika dikatakan di Palembang,maka kesan-kesannya mungkin tenggelam oleh Sungai Musi.Jika di Kelantan atau sebelah pantai timur Segenting Kra,maka di kawasan ini kerap dilanda banjir dan angin monsun sehingga menghapuskan kesan-kesan sejarahnya.Perlu diingat bahawa kerajaan orang Melayu majoritinya adalah kerajaan berasaskan maritim.Jadi mereka bertumpu di sepanjang kawasan pantai.Ibukota pun dibina di tebing muara atau di tepi pantai.Kerajaan Angkor atau kerajaan-kerajaan di Indochina (termasuk Ayutthaya) cenderung ke arah agraria.Ingat,penempatan di tepi pantai mudah dibedil dari laut menggunakan meriam kapal perang.Sebab itu Borobudur dan Angkor Wat selamat dan masih wujud sebab terletak jauh ke dalam hutan rimba.
ReplyDeleteMaaf, ingin mencelah, bila disebut austronesia, ia lebih merujuk kepada bahasa, yakni bahasa melayu mengikut kajian barat dan para cendekiawan, ia di masukkan kepada sub austronesia. Kalau dalam bentuk fizikal, org2 austronesia, adalah seperti maori dan suku2 org asli yg lain yg rupanya menyerupai melayu.
ReplyDeleteNow, mari kita buat analisa sedikit, org cina kahwin melayu pun muka boleh jadi macam melayu, adakah ini membuatkan mereka dikatakan austronesia, jika hilang fakta mengenai asal usul keturunan nya iaitu cina dan india yg terletak bukan di nusantara.
Cuma, setakat ini melayu di subjek kan sebagai austronesia. Teori ini sehingga kini, sehingga ada yg boleh mendatangkan fakta untuk mengatakan bukan.
Bila ingin mengatakan bukan, kita kena ambil tahu asal muasal bangsa melayu itu sendiri. Melayu bacaan di mistisfiles dan blog2 lain juga wiki dan research sendiri, melayu dikatakan berasal dari satu bangsa yg hebat di zaman dulu iaitu, saka@sakas@sakai yg akhirnya menurunkan keturunan kambujas hasil percampuran dengan sedikit iran, sedikit sana dan sini yg sy juga tak pasti dari negara mana. Bangsa misteri ini menjadi kajian Hitler dan German pun mengaku merupakan descendants dari keturunan ini. Bila mereka ini bergerak dan berpecah ke negara lain kerana mereka adalah bangsa yg adventure, maka menurunkan rupa2 yg berbagai.
Di India, kambujas menguasai kesultanan yg dinama Kesultanan Deccan dan Delhi kalau tak silap. Kerana itu kita dapati kitab2 mereka mempunyai saduran atau elemen2 yg ditinggalkan oleh kambujas ini. Tidak mustahil Sriwijaya adalah serpihan dari kambujas. Iaitu kita sendiri, melayu itu sendiri. Tidak ketahuan berapa banyak etnik yg ada dalam bangsa kambujas. Jawa dan Melayu agak berlainan, walaupun rupa hampir sama, seperti yg dikatakan antara percampuran cina dan india. Mungkin etnik kambujas, mungkin salah satu etnik india. Wallahualam. Yang nyata setelah berabad2, asimilasi dan kahwin campur, semuanya menjadi melayu utk negara malaysia. Cuma tidak pasti mengapa jawa tidak mahu dikenali melayu. Ini membuatkan saya berfikir mereka memang berbeza.
Now, sekarang tukar topik pasal jawa, balik kepada india pula. Di india ada satu kaum yg dipanggil Malayalee@Malayalem. Mereka2 ini boleh dikatakan putih2 belaka. Kalau ada yg gelap dan coklat mungkin sebab dah berkahwin campur dengan india yg agak gelap.
Setakat yg saya kenali, mereka ini agak klas dan beradab dan dikatakan dari klas brahmin. Adakah mereka ini another section dari kambujas yg berkahwin dengan penduduk setempat ini dan akhirnya hilang agama islam nya dan menjadi penganut india.
Ralat
ReplyDeleteMaaf, untuk perenggan kedua....maksud saya org cina kawin india...
Perenggan ke 3 dari akhir, maksud saya,
ReplyDeletedi indonesia, jawa tidak mahu dikenali melayu, mengapa?
Bahasa dan budaya melambangkan bangsa.Dua entiti ini adalah penentu kepada bangsa itu sendiri.Jika cina kawin dengan india dan melahirkan seseorang berupa seperti melayu,maka lihat bahasa dan budayanya.Jika bukan termasuk dalam kelompok Austronesia maka bukanlah.Very simple.Maka rupa bukanlah penentu mutlak kepada bangsa.Lebih-lebih lagi dalam dunia global hari ini.
ReplyDeleteTentang Melayu dan Jawa ia adalah dua sub-etnik dalam kelompok Austronesia.Melayu,Jawa,Bugis,Sunda dan lain-lain adalah etnik-etnik Austronesia SAMALAH SEPERTI FRANK,NORMAN,GERMANIC TRIBE,ENGLISH,SCOT,IRISH,RUSSIAN DAN LAIN-LAIN ADALAH ETNIK-ETNIK DALAM KELOMPOK CAUCASIAN.
Lihat budaya orang Jerman dengan orang Perancis.Lebih kurang sama bukan?Sebab mereka satu rumpun iaitu bangsa-bangsa Eropah.Semua bangsa-bangsa Eropah ini mempengaruhi antara satu sama lain dari segi bahasa dan budaya,samalah seperti kita.
Anon Sept 21
ReplyDeleteAustronesia (bermaksud orang-orang yang tinggal di Pulau Selatan) itu adalah nama yang diberikan oleh para Sarjana luar untuk bangsa Melayu yang mendiami Nusantara begitu juga dengan Malayo Polinesia,kedua-dua nama ini adalah nama 'diluar' kepulauan Melayu. Jadi nama yang paling sesuai untuk bangsa yang tinggal di Nusantara,Kepulauan Pasifik dan Madagascar ialah BANGSA MELAYU.
Nama untuk bangsa kita di Kepulauan Melayu adalah Melayu oleh sebab itulah Malayo itu adalah perkataan Belanda yang bermaksud Melayu (Cuba test tengok pakai Google Translator).
Melayu Proto adalah Melayu Induk yang mula-mula tinggal di Nusantara selepas banjir besar (berlaku 6000 tahun dahulu) malah sebenarnya sebelum banjir besar lagi Melayu Proto ini telah lama berdiam di Nusantara sebab itulah Nabi Nuh mengarahkan mereka pulang ke 'Tanah Asal' selepas banjir surut.
Dalam jangkamasa 2000 tahun dahulu bermulalah 'persemendaan' dengan bangsa-bangsa luar terutamanya dari Kambujadesa (bangsa yang berperang di perbatasan India dan membawa ajaran Vedic) dan orang Melayu Proto mengganggap mereka sebagai orang Parsi kerana mereka membawa kebudayaan Parsi oleh kerana itulah dalam Sejarah Melayu mengatakan bahawasanya keturunan raja-raja Melayu berasal dari Iskandar Zulkarnain (Cyrus The Great) yang berbangsa Parsi. Fikirkan asal-usul Pedang Cura Si Manjakini seperti yang diceritakan oleh LodgeKeeper MistisFiles.
Dan sepanjang persemendaan itulah bermulanya Kerajaan Melayu Funan,Champa dan Gangga Negara. Melayu Deutero telah terhasil dan kitalah waris yang mewarisi darah keturunan Kambujadesa dan lain-lain bangsa oleh sebab itulah kita mendapat gelaran Bani Jawi iaitu dalam bahasa Arab bermaksud 'mixture' atau campuran.
Oleh kerana itulah Melayu masih survive sebab Melayu adalah bangsa yang tertua.
Cik Srikandi kalau saya salah tolong betulkan.huhuhu.!!!
Petikan Artikel:
ReplyDelete"Sebenarnya semua berasal dari Indonesia...," Ati mula memberikan komentarnya."Kemudian Inggeris mengambil Tanah Melayu dan melantik raja-raja di sini sebagai cara mengukuhkan hak penjajahan ke atas semenanjung."
Komen:
Huhuhu...macam tu rupanya pandangan diorang kat kita. Macam Korea Utara pandang Korea Selatan.
Harap2 diorang ambik le initiatif baca sejarah yang betul. Tak logik sungguh Inggeris yang lantik.
CikBedah
di indonesia, jawa tidak mahu dikenali melayu, mengapa?
ReplyDeleteBalas saya:
Ini sebab semangat kesukuan yang tebal.Di Indonesia,politik dan pemerintahn pusat di Jawa,jadi apa sebab mereka mahu mengaku Melayu.Di Malaysia,politik dipegang oleh orang Melayu maka yang Jawanya juga mengaku Melayu...ya..Melayu keturunan Jawa.
Nama 'Melayu' begitu kuat dan berkuasa di Malaysia sehingga saya boleh jamin jika ada orang Jawa yang naik jadi Perdana Menteri Malaysia sekalipun,dia tetap akan mengaku Melayu dan berjuang untuk bangsa Melayu(contohnya Dr. Khir Toyo).Sama seperti pemimpin-pemimpin sebelumnya,ada yang berketurunan Siam,ada yang punya darah Turki.Yang sekarang pun memang asal orang Bugis.Jadi di Malaysia agak istimewa sedikit.
~Srikandi
wan azri_87
ReplyDeletesaya petik maklumat ini dari blog http://wzwh.blogspot.com/2010/08/pahang-negeri-tua.html
Menurut rekod-rekod China seperti "Nan Shih" dan "Sejarah Sung", negeri Pahang ada seorang Raja yang bernama Seri Palavarman. Baginda telah menghantar satu utusan ke China dengan membawa sebanyak 41 hadiah dalam TM 449.
Maharaja China telah mengisytiharkan raja ini sebagai raja dalam negeri Pahang. Dalam TM 451 dan 456 Seri Palavarman mengutus pula ke China seorang ahli sejarah negerinya yang bernama Danapati TM 459 dengan satu bingkisan dan juga hadiah-hadiah. Danapati telah dikurniakan gelaran "Panglima Gagah Perkasa".
Dalam TM 459 pula raja Pahang ini telah mengirimkan sepasang burung kakak tua; seekor putih dan seekor merah kepada Maharaja China. Seorang lagi ahli sejarah negeri Pahang yang bernama Dasurawan telah datang ke China dalam TM 464 sebagai pengiring utusan negeri Pahang.
Seperti Danapati, ahli sejarah ini diminati oleh Maharaja China. Baginda memberikan gelaran kepada kedua-dua ahli sejarah Pahang ini dengan gelaran "Panglima Kuda-Naga". Selama ini WZWH ingat hanya Parameswara pengasas kesultanan Melayu Melaka merupakan orang Melayu pertama menjejak "Kota Larangan" di Beijing pada tahun 1407 tapi rupanya dua orang diplomat Pahang telah mula-mula menjejaknya pada tahun 449, 451, 456, 459, 464 dan 466 iaitu Danapati dan Dasurawan.
Maharaja China telah mula-mula mengiktiraf kedaulatan kerajaan beraja Pahang lebih dulu dari kerajaan kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan beraja Pahang lebih tua dan lama dari Kerajaan Seriwijaya yang diasaskan pada tahun TM 683 dan Kerajaan Majapahit yang diasaskan pada tahun TM 1293. Sebab itu Pahang adalah negeri paling tua di Semenanjung Tanah Melayu sudah punyai orang cerdik pandai beribu-ribu tahun dulu. Orang Pahang pandai dan bijak memerintah sebab itu negeri Pahang yang paling besar dalam Semenanjung Tanah Melayu. Kalau kita baca sejarah Pahang moden dulu Kemaman, Endau, Rembau, Bahau itu dulu dalam negeri Pahang.
...Kerajaan ape yg memerintah pahang sebelum datangnye Srivijaya...Setahu saya, menurut penulis eropah Kerajaan Pahang tidak terikat dengan mana2 Kerajaan awal di Kepulauan Melayu.Dikatakan juga Pahang mempunyai pemerintahan sendiri di Pulau Tawar atau Chini sehinggalah ianya ditakluki oleh Siam pd abad ke 14
Sy hanya ingin pendapat dr Srikandi dn anda semua
Tak jugak, Jawa khir toyo, dalam ceramah dok cerita pasal tempe jawanya amat tak sesuai dengan majlis yg sedang dijanlankan. Lari topik. Pendek kata, walaupun tak kena ngan majlis "ada dia kisah" cerita membesarkan jawa gak. Kan sama ngan indonesia gak ciri2nya.
ReplyDeleteYerlah, kalau ikutkan stail kat malaysia, jawa pun jadi melayu. Tapi apasal jawa indonesia tak mau bagi melayu ngaku jawa dan seperkara lagi melayu indonesia pun takmo ngaku dia jawa.
Pelik. Mesti sebenarnya dorang serupa tapi tak sama. Pendapat aku ler berdasarkan pemerhatian.
cerita burung kakak tua putih dan merah tu macam pernah ku dengar dari atuk ku dulu.
ReplyDeleteSifat2 kesukuan dan bangsa yg kuat ni macam satu suku tu yg satu dunia tarak suka punya...u know who lah..
ReplyDeleteperlu ker kesukuan, bukan itu yg halang perpaduan ker???? kite sayang pada bangsa perlu ker develop sifat persukuan???? and baru2 nie kuar isu bangga pada bangsa, boleh ker kite bangga???? pasal tengok pada cara org yang bangga beri komen kat fesbook macam bukan melayu dah caci maki macam air liur jer kuar.....org macam nie langsung tak membanggakan, padahal melayu itu satu bangsa yang sopan
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletekalau diberi kebenaran, nk sgt sy kenal srikandi ni secara peribadi.. kecintaan sy pd sejarah yg pernah hampir padam makin mendalam sejak sy mula mengikuti hasil tulisan beliau.. dlm kesibukan pembelajaran dan kerja yg mendatang.. sy membuat target utk memulakan pengajian sejarah dan policy study saya 5 thn dari sekarang.. kenapa 5 thn?.. 2 thn kene jd housemen.. 3 thn lg compulsory service..
seorg bijak pandai pernah mengatakan ini kepada saya " kenapa semua yg pelajar2 terbaik yg bijak2 dihantar mengikuti kursus perubatan dan kejuruteraan.. mereka pttnya dihantar belajar sejarah bangsa.. dari sejarah kita boleh mula kembali membina bangsa.. kerana mereka diperlukan utk mentadbir negara dimasa hadapan"
Ahli panji2 hitam yg menegakkan Islam, sudah barang tentu, hafiz atau hafizah, seorang yg penuh didada nya dengan ilmu2 islam dan berpegang kuat dengan perintah Allah dan undang2 Islam. Baru lah hatinya boleh menjadi kepingan2 besi. Islam menjadi kuat bila semua penduduk mendokong perintah Allah.
ReplyDeleteJadi, marilah kita semaikan benih2 cinta kepada allah, mengikut seperti mana yg dilunaskan dalam agama Islam agar diri kita menjadi kuat dan teguh. Dan jika tidak kita menjadi ahli2 panji hitam, maka didiklah anak2 kita agar satu masa nanti, mereka boleh menjadi anggota panji2 hitam itu, bila masa dan panggilan itu tiba.
Insyaallah.
Confuse pulak saya ni. Ahli2 Panji Hitam wajib/mesti di kalangan hafiz & Hafizah ?
ReplyDeleteJika gitu, kasihanlah para sahabat2 dahulu yg hanya mampu hafal 4 Qul dan beberapa surah shj.
Kasihan jugalah pada sahabat2 yg pada asalnya buruk akhlaq & 'samseng' penentang tegar Nabi s.a.w. Cthnya macam Khalid al Walid. Tapi bila dapat hidayah, mampu menjadi panglima perang Islam terunggul. Nampak gaya, macam darjat mereka lagi rendah dari ahli2 Panji Hitam aje...
Anyway selamat maju jaya. Mudah2an cita2 murni saudara/saudari berkenaan untuk menjadi Ahli Panji Hitam ni akan termakbul. amin...
Saya kalau setakat dapat jadik tukang angkut barang2 Panji Hitam ni pun dah cukup baik. hehehe
salam
ReplyDeletejauh sgt bercerita nak jd panji hitam...benda yg selalu berlegar disekeliling kita selalu dilupakan..dalam surah al baqarah ayat 278 smpi 281 yg mengharamkan riba. Apakah kita mampu menghindarkankan diri kita dari riba dakyah yg terbesar dari penyembah lucifer..wallahualam
Selepas dia jadi panglima perang hatinya tak hitam lagi cam samseng atau anon 7:37.
ReplyDeleteTak dikira masa lalu, kira selepas tu. Ala ciannya nak jadi ahli panji rupanya, tersangatlah ingin, sampai dakwa dakwi lagik..heheh
Kira oklah kalau berniat/bercita2 untuk BERSAMA2 membantu perjuangan 'mereka' (panji @ pembantu2 IM). Tercapai atau tidak, layak @ tidak, pahala atas niat dah ade. hehe. Tak perlu dakwa dakwi pun, en/cik anon 2:46. Hadis pun ada sebut tentang 'merangkak di atas salji' mencari mereka....
ReplyDeleteKalau anon 2:46 bercita2 nak bersama2 dgn kumpulan politik ke, NGO waima luciferian pun tak ape. Tak payah dakwa dakwi @ war2kan. Kayuh ajelah...asal bahagia Hehehe
Orang-orang melayu perlu tahu asal usul dan sejarah mereka. Ramai orang Melayu hari ini rasa rendah diri kerana tidak tahu asal usul mereka. Kalau mereka tidak rasa rendah diri pun, mereka lebih mengagungkan budaya dan sejarah lain seperti sejarah orang eropah & Cina. Kebanyakkan mereka yang lebih merasa kagum ke atas budaya eropah dan Cina adalah dikalangan mereka yang terpelajar dan kaya.
ReplyDeleteSelain daripada peruntukkan hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan, sejarah orang-orang Melayu adalah sama penting. Apa yang saya khuatirkan ialah, peruntukan hak istimewa orang Melayu satu hari nanti akan dihapuskan oleh mereka yang buta sejarah dan terlalu liberal. Lihat sahaja sejarah Hang Tuah yang cuba diputar cerita malah dapat sokongan pula daripada orang politik PAS. Ibrahim Ali (PERKASA) mengatakan perlembagaan itu sendiri adalah alat strategik bagi kelangsungan sosial dan ekonomi orang-orang Melayu serta perlu dipertahankan. Bagi saya, SEJARAH ORANG-ORANG MELAYU ITU SENDIRI ADALAH ALAT YANG PALING STRATEGIK BAGI MEMBANGKITKAN ALTER TERAHSIA MEREKA.
ReplyDeleteTahun hadapan, 2011 merupakan ulangtahun ke-500 Kesultanan Melayu Melaka jatuh. Tahun 2011 juga antara tahun-tahun kemungkinan berlakunya pilihanraya negeri (Sarawak)
ReplyDeleteatau umum di Malaysia. (Singapura juga bakal berhadapan pilihanraya umum pada tahun itu). Tahun berikutnya pula 2012 digambarkan sebagai tahun menggemparkan.
So ada sesiapa yg dapat beri pendapat dlm bentuk propechy? Srikandi?
M_M
salam..senyap je? bila nak keluar artikel baru? tak sabar saya tunggu..hehe
ReplyDeleteRasa lawak baca cerita no 2 tu..
ReplyDeletemeh lawat blog saya skli...
ReplyDeletenurpelita.blogspot.com
saje nak kongsi2 kisah skit...
:-)
Mana pegi cikgu sejaroh ni... gi wat haji ke..??
ReplyDeletePembaca alter terahsia,
ReplyDeleteSaya minta maaf kerana tidak dapat update.Saya tidak dapat akses ke akaun blog Mistis Organization.M.O juga sudah lama tidak menghubungi saya.ATBM 3.5 sudah lama siap,tunggu masa dan ketika saja untuk 'dilepaskan'.
~Srikandi
hu..ye ke..harap blh release dgn cepat...cik sri kandi..sy jengah ke kedan apa tu cyburi..gi la tgk komen kat sana
ReplyDeleteAlamak apa yang telah terjadi kepada MO? mana dia dah pergi? tapi harap-harap masih boleh berkokok lagi
ReplyDeletesalam kakak srikandi
ReplyDeleteberapa peratuskah kepercayaan yg boleh di letakkan dalam hikayat SS versi raffles 19??
dan versi manakah yang elok untuk di baca dan apakah perbezaan2 antara versi2 utama yang ada...terima kasih...
-CIK.MahaMeru-
50% sebab ada tempat yg masih boleh dipercayai dari segi arkeologi dan turutan sejarah.
ReplyDeleteLagi elok baca versi jawinya.Versi yg asal tanpa ada campurtangan Winsted,Shallebear dan Raffles
updates jer la nenek srikandi kat riwayatmelayu. Tak payah tunggu MO yg entah ke mana tue
ReplyDeletebila nk update??
ReplyDeletelama sudah diri ini mencari-cari..
M.O. mne??
salam alaikum srikandi
ReplyDeleteSaya rasa tak perlulah update di MF, update di sini lebih baik. Tolonglah cepat update kat sini. Kita pun tak tahu umur kita ada lagi ke tidak.
Saya nak update tp takleh akses ke akaunblog.Saya kini dah siapkan kajian ttg Pentas Sunda dan bangsa Austronesia.Kaitan piramid Maya dan satu empayar purba pra-Sriwijaya.Orang Melayu sudah sampai ke Amerika Selatan sejak zaman-berzaman!
ReplyDeleteSrikandi, saya anon 16 Okt 8:12
ReplyDeleteSayangnya saya kepada sejarah melayu tidak terkira. lebih-lebih lagi selepas membaca atbm di MF. Sekarang saya ikuti ATBM, Melayu Nusantara, Sangtawal, dan Ibnu Rusydi.
Saya bukanlah pengkaji tapi amat meminati apa yang anda tulis. Jadi amatlah rugi sekali dan terasa besar kehilangannya kalau tulisan2 srikandi tidak dapat disiarkan.
Saya ialah Melayu Sarawak. Saya berminat dengan sejarah Melayu apabila mencari asal-usul sendiri. Tak sangka, selepas membaca ATBM, rupa-rupanya sejarah melayu begitu jauh sekali. Saya ceritakan maklumat ini kepada keluarga dan kawan-kawan, ternyata ia membangkitkan 'alter' mereka.
Saya sebenarnya ada permintaan :
1. Srikandi, Sangtawal, Al- Semantani, dan Ibnu Rusydi perlu berjumpa dan berbincang supaya terwujudnya kumpulan yang betul2 mengkaji sejarah melayu ini.
2. Teruskan tulisan anda semua biar apapun terjadi.
3. Ini komen sikit (maaf ya) kalau boleh laras tulisan srikandi dapat diadjust sikit supaya tidak seperti dalam ATBM di MF sebelum ini. Lebih elok tulisannya lebih tersusun dan sumber-sumber rujukannya jelas.
Apa-apa pun itu komen hamba yang buta sejarah bangsanya. Harapannya tulisan-tulisan anda semua mencelikkan kita semua.
Sebenarnya jauh di sudut hati, ingin hamba bertemu dengan keempat-empat anda (srikandi, sangtawal, al-semantani, dan ibnu rusydi). Terlalu banyak yang ingin saya dengar dan cerita daripada anda semua.
Saya pun kurang mengerti kenapa identiti anda semua terlalu rahsia. Mungkin atas faktor keselematan tidak mengapa.
Teruskan menulis kebenaran. Teruskan berjuang.
salam sri kandi..
ReplyDeleteagaknya password kena hack kot..cuba buat recovery password..huhu
salam srikandi, saya rasa seronok sangat dapat jumpa blog ini, buat pengetahuan srikandi, saya ada beli dvd cerita queen of langkasuka, menarik gak ceritanye cuma sayang dalam cerita tu pahlawan melayu cakap siam la pulak.cerita tu terbitan thailand bukan malaysia. dari segi prop dier agak power gak ler... cuma harap kita kat sini boleh terbitkan filem macamtu
ReplyDeletesaya lebih tertarik dengan cerita pertama, masa zaman kolonial nampaknya.. bukan saja tanah melayu yang telah dikenakan tindakan pecah dan perintah.. tapi sebenarnya satu nusantara,
ReplyDeleteNenek Srikandi, hati2 lar bila buat kajian tentang melayu dh smpi amerika selatan sejak dulu2 lg. Silap2 jadik mcm anai2 punya teori nti.
ReplyDeletesalam cik srikandi
ReplyDeletedi mana saya boleh dapatkan versi jawi sebab kat perpustakaan kat sini x ada versi tersebut..
apakah salasilah yang disebutkan dalam raffles 19 tersebut kebanyakannya benar???..
-CIK.MahaMeru-
salam srikandi,
ReplyDeletealhamdulillah syukur pada allah kerana saya dapat "tumpang singgah" di blog ini dan mistisfiles. bagaimanapun saya mohon maaf sebab kerana terlalu teruja, ramai rakan2 saya yg telah saya link kan ke blog ini dah mistisfiles, sekali lagi saya mohon maaf pada srikandi dan mistisfiles ...wassalam
sangat kagum dengan cara srikandi menyampaikan hujah-hujah secara bersahaja, namun padat dan berbisa. Lebih mudah untuk dingati dan dihayati bersama. demi memudahkan audiens (para bloggers dan pembaca misteri) rasanya kurang enak laras bahasa itu ditukar kepada akademik 100%... dan tiada salahnya menggunakan laras bahasa biasa yang boleh difahami oleh semua orang... syabas dan tahniah Srikandi! saya mewakili pembaca-pembaca misteri diluar sana ingin benar untuk membaca keluaran artikel anda mengenai sejarah melayu yang belum terungkai sepenuhnya itu... dan terima kasih diatas input-input yang dikongsikan dlm blog ini... terima kasih!!!
ReplyDeletesalam sri kandi,
ReplyDeletesaya selalu mengikuti tulisan saudari dah lama dah. syabas dan ini lah salah satu anak melayu yg bisa di andal kan ijazah nya dlm bidang pengajian nya. tak ramai anak melayu yg seperti saudari yg ada gelaran master , phd da sebagainya yg mana banyak diantara mereka itu telah menjadi org2 orientalis dan di kawal mindanya oleh THH. baik lah saya nak srikandi citer lah sikit ttg melayu biduanda pulak memandangkan saya sedang tercari2 jati diri kemelayuan saya sendiri yg dalam pengajian saya kurang bahan2 rujukan maksud nya melayu asli yg dipanggil biduanda ni. ibu saya biduanda jakun dan bapa saya biduanda jawa, malang nya saya masih tertanya2 asal dan usul saya ni dari jawa kah , dari sumatrakah atau dari tanah melayu.
Salam Srikandi,
ReplyDeleteSaya baru sahaja mengikuti artikel saudari dan sangat tertarik dgn fakta2 yg dikemukakan.
Cuma saya inginkan kepastian disebabkan ada keraguan ketika membacanya. Adakah majoriti penduduk di semenanjung ini adalah dari salasilah melayu Srivijaya?
Dan adakah Kelantan serta kedah pula dari salasilah Majapahit? Jadi adakah boleh dikatakan Kelantan dan Kedah majoritinya bukan keturunan melayu?
Terima kasih dan saya sentiasa menunggu hasil kajian saudari yang seterusnya. Salam
Ruangan yang sangat menarik.... banyak perkara yang dibahaskan dan perbahasan seumpama ini menjadikan kita lebih matang dalam mengenali sejarah kita sendiri....
ReplyDeleteTerimakasih semua,saya amat sibuk
ReplyDeleteizinkan saya jawab soalan hanismalik
Istilah 'salasilah Melayu Sriwijaya' tidak tepat.Sriwijaya didirikan oleh salasilah bangsa bernama Melayu.Kelantan dan Kedah bukan dari salasilah Majapahit.Orang Kelantan dan Kedah memang Melayu
Harap ini membantu
~Srikandi
Owh...terima kasih byk2 kerana menjawab soalan sy itu. Hampir2 sy ingtkan orang Kelantan itu keturunan Jawa sbb terkeliru dgn artikel saudari. Harap maaf.
ReplyDeleteTentang ATBM 3.5 bila akan keluar ye? atau sudah tersiar? Saya setiap hari menjenguk blog mistisFiles utk melihat sama ada artikel itu sudah tersiar atau belum. Promo saudari ttg artikel itu berkaitan Raja Parahu, Pemaisuri Hati, keris Melayu, kaitan dengan Piramid dan sebagainya amat menarik perhatian saya. Saya cadangkan supaya saudari boleh membuat satu fan page Facebook utk ATBM supaya mudah utk kami mengetahui perkembangan artikel selanjutnya.
Terima kasih kerana membongkar rahsia sejarah. Akhirnya saya meminati bidang sejarah :)
Salam Srikandi
ReplyDeleteSaya ada sedikit kekeliruan antara artikel Pelajaran IV:Mengenal kategori Orang Asli dengan artikel Alter Terahsia Bangsa Melayu II.
Dalam artikel mengenal kategori Orang Asli saudari mengatakan Orang Melayu adalah Orang Asli iaitu pribumi pertama di Tanah Melayu.
Tetapi dlm ATBM II saudari mengatakan Orang Negrito telah ada di Tanah Melayu sejak 8000 SM.
Manakala Melayu Proto mula datang di Tanah Melayu pada 2500 SM.
Boleh x saudari jelaskan dengan lebih jelas ttg Orang Negrito ini?
Mohon pencerahan.
Hanismalik,saya sudah terangkan di MF.Teori Negrito adalah hasil kajian sarjana lain,cuba check pada ATBM II.
ReplyDeleteItu bukan kajian saya.
Salam Srikandi.
ReplyDeleteTiba2 saya mendapat satu idea iaitu bagaimana orang-orang Melayu ketika empayar Srivijaya pandai membina bangunan seperti Borobudur dan Angkor Wat sedangkan saudara mereka orang-orang Mala ketika itu masih belum begitu bijak.
Ini adalah kerana hasil kesenian Nabi Ibrahim a.s yang membina Kaabah diperturunkan kepada anak cucu cicit memandangkan kita adalah berasal daripada baginda.
Adakah teori ini benar?
bagus betul sedara hanismalik, sbb ske bertanya.. ni membantu pembaca lain mmahami siri ATBM. harap Srikandi tak jemu menjawab walopon sibuk, mugkin mmriksa paper exam..
ReplyDeleteastr09
As salam. Saya ingin mengetahui lebih lanjut ttg bangsa Mada ini. Anda mengatakan mereka daripada keturunan Keturah. Adakah semua anak2 Keturah adalah Melayu? Atau dari anak yang mana terjadinya Melayu?
ReplyDeletesaya rasa anda kena cari kronologi masa. ilmu senibina tu rasanya disebarkan dengan pelbagai cara dan mengambil masa jugak. kalaulah zaman Nabi Nuh, manusia dah boleh buat kota batu yg besar2, lpas tu jadi banjir besar.segala ilmu,manuskrip yg ditulis mesti hancur,hilang etc.sy pernah terbaca yg nabi ibrahim a.s pernah hidup sezaman dengan tamadun Hittite.ilmu senibina dan ukiran dah maju.mgkinkah soalan saudara tu nak cakap yang nabi ibrahim ajar orang mala buat bangunan?kesimpulannya saudara nak cakap nabi-nabi dahulu diutuskan untuk mengajar manusia membuat bangunan..bila siri ATBM ckp bangsa mala dari keturah dan merupakan isteri nabi Ibrahim dan merupakan pembina kaabah,maka anda nampak pembangunan material bangsa mala hingga sriwijaya semuanya berasal dari nabi Ibrahim a.s. bukankah seorang nabi diutuskan di kota2 sesebuah tamadun yang hebat untuk memberi peringatan?
ReplyDeleteSrikandi..
ReplyDeleteAku pernah bersumpah dengan Nama ALLAH, bahawa tak nak beri komen lagi di blog Mistisfiles. Pukul 4.00am tadi aku dapat gerak dari ALLAH supaya baca sepintas lalu apa yg ada pada entri yang khusus tsbt. saja.
Skrg aku dah tahu kenapa ALLAH gerakkan hati aku supaya baca entri tu. Kau boleh cakap apa saja pasal Melayu, Kesultanan Melayu, asal usul Melayu atau Malayakadun atau Malayu sebabnya engkau orang Melayu.
Kau JANGAN LEBIH TULIS pasal:-
1) "MERONG" & "KETURUNAN MERONG" sebab aku ni KETURUNAN MERONG. Nai Long Mazlan Benua Siam Islam tu descendant Syarif Abu Bakar, tapi aku ni direct descendant dari MERONG yang tak campur dgn Syarif Abu Bakar. Maka hati2 sikit bila melabel "KETURUNAN MERONG". Keturunan Syarif tu kacuk 1/2 Nabi Muhammad + 1/2 Merong. Keturunan aku tak kacuk langsung dengan keturunan Nabi Muhammad. Kau boleh tulis "Keturunan Syarif" atau "Keturunan Nabi Muhammad" tapi jgn babitkan keturunan aku, KETURUNAN MERONG!!
2) Kau boleh tulis apa saja pasal Melayu sebabnya kau orang keturunan Melayu, tapi... JANGAN LEBIH TULIS pasal BANI JAWI!!! Sebabnya genetik keturunan aku ni hibrid MERONG + BANI JAWI.
3) Nama gelaran keturunan aku LONG (dari MERONG), CHE'/KHEK/KHAEK (dari JAWI) jangan kau buat main-main teka ikut suka tanpa ilmu.
Kalau aku cakap bukan-bukan pasal Keturunan Melayu, kau dan keturunan kau dan pemberi2 komen di sini pasti "naik angin". Maka oleh dengan itu janganlah TULIS YANG MEMBUTA TULI pasal keturunan aku sebab "angin MERONG + angin JAWI" tak sama dengan "angin Melayu".
Kalau tak tahu asal usul MERONG janganlah GATAL BIJI nak quote benda2 sejarah karut macam yg kau quote pd entri:
""Cukuplah Merong Mahawangsa yang diupah untuk membawa putera Rom menemui puteri China menggunakan kapalnya.Inilah kisah profesion purba orang 'Kunlun' yang terakam kemas dalam hikayat Melayu dahulukala.Sebab itu saya katakan dahulu,membaca hikayat-hikayat Melayu perlu punya pengetahuan sejarah yang luas supaya dapat membaca secara 'READ BETWEEN THE LINES'.Di dalamnya penuh kod-kod rahsia yang hanya mampu dipecahkan jika pengetahuan kronologi sejarah kita kuat.Orang Melayu dahulukala memang suka berkias-kias.
Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan sekelompok orang yang menggelarkan diri mereka 'Keturunan Merong' menuntut takhta Sultan Kedah dan Yang Dipertuan Agong dengan cara memutarbelitkan sejarah dan mengisi lompang sejarah Melayu dengan versi sejarah karut mereka.""
"BELAJARLAH MENGHORMATI KETURUNAN ORANG LAIN SEPERTI MANA ANDA MAHU KETURUNAN ANDA DIHORMATI"
Sekian peringatan dari hamba yg rendah:
Long Sayyid Zaid bin Long Sayyid 'Ali bin Long Sayyid 'Aziz bin Long Sayyid Ahmad....bin "Long Tambang" bin Long Sayyid Muhammad bin... "MERONG"...bin Usamah bin Zaid bin Harithah r.a. bin...Khidhr bin...Nuh a.s. hamba ALLAH.
Che' Zaid binti Che' Asma binti Che' Embun binti Che' Fatimah binti Che' 'Aisya binti....Che' "Puteri Hijau" binti...Bunyamin bin Yakqub bin Ishaqq bin Ibraaahim a.s. hamba ALLAH.
c.c: http://mistisfiles.blogspot.com/2010/10/catatan-srikandi-iv.html
srikandi.. camner nak jd invited readers kat mistisfiles? Masuk tadi dah takleh?.
ReplyDeleteSalam Srikandi,
ReplyDeleteSaya pembaca setia (silent reader) saudari di Mistisfiles. Malah hampir setiap hari saya akan check blog Mistisfiles untuk posting baru atau membaca komen.
Hari ini seperti biasa saya cuba masuk blog tersebut tetapi gagal dengan dipaparkan mesej "This blog is open to invited readers only." Terkejut juga, tak tahu mengapa jadi begitu.
Harap saudari beritahu semua peminat sedia tetang hal ini di dalam satu posting khas di Mistisfiles. Harap juga saudari beritahu bagaimana nak jadi "invited readers."
Jangan hampakan harapan semua peminat setia (yang "genuine") saudari. Terima kasih.
berikan emel anda,nanti saya submit pada M.O
ReplyDelete~Srikandi
sila submit email saya juga ye. Terima kasih
ReplyDeletehanismalik@gmail.com
Salam Srikandi,
ReplyDeleteTerima kasih kerana menjawab. Email saya:
zulabdullah60@gmail.com
Terima kasih.
Salam Srikandi,
ReplyDeleteSaya juga pembaca setia Mistisfiles dan saya juga menghadapi masalah yang sama untuk masuk blog tersebut.
Harap Srikandi dapat bantu.
dsmt83@gmail.com
Salam Srikandi, MO & semua pembaca.
ReplyDeleteBagi blog MO, saya juga tidak dapat masuk atas alasan yang sama, walaupun telah menjadi salah seorang 'followers'.
Dalam blogging ni, 'team members' dan 'followers' merupakan dua status yang berbeza.
Apa yang MO buat tu bagus untuk menapis 'anon-anon'.
Kalau MO terbaca komen ini juga, ini e-mail saya dan harap boleh sahkan,
abdelhmyd@gmail.com
Wassalam.
Salam Srikandi,
ReplyDeleteSaya juga salah seorang 'silent reader' yang telah banyak mendapat manfaat dari blog saudari dan juga MO.
Mohon jasa baik saudari srikandi untuk didaftarkan sebagai 'invited reader' di blog MO.
Terima kasih.
md.hazimm@gmail.com
salam srikandi..saya salah seorg peminat mistic file malang hari nie tak dpt masuk pula jd sy mohon budi baik sriakandi utk daftarkan sy sbg invited reader.sekian terima ksih ini emails sy hizam.mohd@yahoo.com
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesila sertakan email saya sekali
taquiddin@gmail.com
terima kasih
assalamualaikum srikandi..
ReplyDeletemohon srikandi daftarkan saya sekali di MO.
TQVM!
emirkura@google.com
eh silap plak..
ReplyDeleteemirkura@gmail.com
sori2
srikandi...
ReplyDeletemohon daftarkan saya sekali
angker09@gmail.com
terkejut hr ini kerana x leh nk buka blog M.O
terima kasih
salam
ReplyDeleteini email sy pulak...
sy pn silent reader site mistisfiles jugak,
tp pernah gk komen 2 3 kali kt sini ngn kt mistisfiles...
ansys86@gmail.com
or
ansys86@googlemail.com
thanks
Salam Srikandi, MO & semua pembaca.
ReplyDeleteKenapa blog mistifiles diterhadkan utk invited readers shj kalau Srikandi atau mo boleh tolong jelaskan adakah krn gangguan anon2 yg tak diketahui identitinya atau sebab teknikal
terimakasih
Salam,
ReplyDeleteSaya minta semua pembaca bersabar.Biasanya M.O buat begini jika ada renovation atau mengelakkan 'public espionage'
Malam ni ucapan pembukaan akan release
Mungkin invited jiggers dapat baca dahulu.
-Srikandi
ini email saya harap srikandi boleh tolong daftarkan sbg invited jiggers
ReplyDelete786ebiztechno@gmail.com
salam srikandi,
ReplyDeletehai sy pun x boleh masuk.
mohon add sy.
terimakasih
Aduh,, macam ni susah ler nak baca mistisfiles.
ReplyDeleteTolong masukkan saya juga. renman271@gmail.com
Terima kasih yer Sri Kandi.
invited jiggers tu apa?
ReplyDeletemaksud saya daftar invited readers maaf kalau ada kekeliruan
Sabar semua alters yang disayangi...MF akan open juga...selepas ucapan pembukaan saya keluar ;)
ReplyDeletesalam...klu boleh add saya juga...huhuhu...sedih ni x dpt baca mistisfile...:(
ReplyDeleteazzira@gmail.com
terima kasih
-azzira-
Salam Seri,
ReplyDeleteSaya berminat untuk mengetahui sejarah Melayu dari awal.
1. Benarkah Iskandar Dzulkarnain yang melahirkan bangsa Melayu?
2. Adakah dia Alexander The Great yang berketurunan Greek atau Cyrus The Great yang berketurunan Parsi?
3. Apa kaitan dia dengan Raja Suran, Malim Dewa / Malim Demang, Merong Mahawangsa, Parameswara dan seumpamanya.
4. Bagaimana pula ia berkait dengan Siti Keturah, Bani Jawi dan sejarah peradaban Mesir (Punt, Perehu, Horus, Book of the Dead... etc)?
5. Benarkah bangsa Melayu ada kaitan dengan tamadun Lemuria & Atlantis?
Terlalu banyak persoalan dan juga "possibilities" tapi saya belum ketemui jawapannya. Minta tolong Seri perjelaskan... sila hubungi saya di mikhqail@hotmail.com. Terima kasih.
Salams,
ReplyDeleteSy tunggu MF dibukak pada public jer la, rasanya kalau dh nama blog nie patut dibuka pada public.
Tp mgkn ada alasan la MF buat mcm tue. Cuma tertanya2 knp utk sebahagian org sahaja baca dulu.
Adoyai... saspen betul....bak kata En. Tengah...pasrah je laaa...sob sob...
ReplyDeletesalaam
ReplyDeletesaya peminat setia mistisfiles siri atbm sahaja tapi tak dapat masuk tolong masukkan saya sebagai pembaca. e-mail saya abdullahsharip@gmail.com
salam... nape MF x bole dibaca
ReplyDeletesaya juga..
ReplyDeleteaSSALAMUALEYKUM..WAHAI SAUDARA SEISLAM KU SEKALIAN YANG RAJIN MEMBACA BLOK BLOK YANG SAYA AMATI...AMAT BAIK JUGA MENDUKACITAKAN...KERANA TUAN TUAN SEMUA HANYA BERTANYA DENGAN SUMBER SRIKANDI...CUBA TUAN TUAN FIKIR DAN RENUNGKAN KEMBALI DENGAN MATA HATI....TANYA MAKCIK SRIKANDI YANG ALIM WARAK SEJARAH VERSINYA...KENAPA KITAB SOLAT SYEIKH DAUD AL FATANI ADA PADA BAHAGIAN AKHIR KALAM BUKU INI ADA CERITA RAJA ATAU MAHARAJA?PELAJAR UIA ADA MENGKAJINYA?SIAPA RAJA ITU?PI TANYA SRI KANDI DAN LAGI TEMAN TEMANKU SEKALIAN, KENAPA PERPUSTAKKAN UNIVERSITI AL MADINAH MENYINPAN BANYAK KITAB KITAB BERASAL DARI ZAMAN TAI TI SUNG SAMPAI KEPADA ABAD KE 19,SEMUA BERASAL DARI DAERAH ISLAM YANG DISEBUT BLOKSEJARAHNEGARAKEDAH DAN BLOK KAWASAN KAPIAQ YANG KAWASANNYA DITULIS SRI KANDI.LANI MACAMNI,TANG MANA ADA NABI MUHAMMAD DISITI ADA ABU JAHAL DAN ABU JAHIL,ADA YAHUDI...SAMPAI PADA MASA INI...TUAN TUAN KENA TENGOK SAPA DIANTARA BLOK INI ADA VERSI SEJARAH IKUT YAHUDI DAN PEMINAT YAHUDI MELAYU INI..... DARI ..SALAHADDIN...
ReplyDeleteWa'alaikummussalam,
ReplyDeleteTerimakasih Salahaddin kerana jenguk teratak Seri yang tidak seberapa ini.Janganlah panggil makcik kat Seri.Seri muda lagi tau.
"...BERASAL DARI DAERAH ISLAM YANG DISEBUT BLOKSEJARAHNEGARAKEDAH DAN BLOK KAWASAN KAPIAQ YANG KAWASANNYA DITULIS SRI KANDI"
Ini apa kes ni?Daerah Islam yang disebut Bloksejarahnagarakedah????Salahaddin ini umur berapa?Pernah pergi sekolah tak?(saya minta maaf kalau anda adalah warga emas)
Saya rasa anda dengar-dengar sahaja ataupun dikelentong hidup-hidup oleh Ustaz Megat yang bijak bistari.Mana ada daerah Bloksejarahnagarakedah,sayang...
Yang ada ialah Blohsejarahnagarakedah,iaitu satu blog (blog ni kena mengaji bab internet dulu ye) yang diwujudkan oleh Anai-anai.
Wasiat dengar-dengar ni yang bahaya nih.Itu pasal saya tak hairan dalam wasiat itu dituntut negara Albania dan Australia.Sebab ketika wasiat tengah 'passing' ada mamat atau minah yang suka mereka-reka cerita,tambah cerita campoq ramuan sesedap rasa...nyam...nyamm.Buat kapla tau nooo....
~Cik Srikandi
Salam,
ReplyDeleteBaru berjumpa site yg menarik ini ... dah jauh ketinggalan sy ni ... baru nak baca dari awal ... akhir 2011 baru habis kut !!!
Sy selalu baca Malay Press ... Herman Malay Press tu pakar sejarah ke ?
Dulu sy baca kapal yg Raffles bawa benuh berisi manuskip Melayu lama - termasuk bab sejarah dan Qanun - terbakar di Acheh. Kini ada yg kata menuskip tu sebenarnya dibawa ke Oxford U dan ade pengkaji Melayu yg ingin membawanya semula ke Malaysia.
Srikandi - your update on these manuscripts pls.
Lily
salam cik seri..
ReplyDeletesaya harap dapat tempat rujukan untuk baca kisah-kisah lama dan asli Ketolamala,Mahawangsa,Mahidhara,Kamara serta Wirawangsa
biarlah yang telah diterjemah,tapi tidak berubah strukturnya..
saya terasa tertipu dengan movie merongmahawangsa versi k.r.u malaysia..fakta yang tanpa kajian..semacam bodoh
generasi baru seperti saya tak mampu untuk cari semua fakta dengan senang.