Saya,Srikandi dari kolum antara terhangat di MistisFiles,ingin mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILDITRI KEPADA SEMUA PEMBACA ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU.Saya mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa,tersinggung tutur kata.Sekali lagi ingin saya jelaskan bahawa saya hanya mengkritik dan membelasah pendapat dan hujah sahaja
BUKAN PERIBADI.Kepada peminat sejarah Teori Siam Ayutthaya terutama Encik Krizalid yang dikasihi...saya minta maaf.Anggaplah kita hanya berbincang dan bergurau senda usik mengusik.Di Hari Raya,semua rumpun Melayu bersatu tidak kira Siam,Jawa,Minang,Bugis dan sebagainya.
Sekurang-kurangnya Islam telah menyatukan kita seandainya kita masih ada sikap kesukuan yang menggelikan tali perut ;D
Dahulu Sriwijaya dan empayar maritimnya telah menyatukan kita semua.Kemudian Kesultanan Melaka.Maka sebab itu bahasa di Indonesia,Brunei dan Malaysia adalah berasaskan
BAHASA MELAYU.Ini adalah bahasa prestij perdagangan maritim di Asia Tenggara pada masa lampau.Tanyalah Orang Laut,Bugis,Sulu dan Bajau,siapa itu Datu-datu,Laksamana dan Raja-raja Melayu dahulukala yang menguasai Laut Cina Selatan yang ketika itu orang Cina sendiri pun masih takut belayar ke selatan kerana ganasnya DEWA ANGIN yang hanya mampu ditundukkan oleh Emperor-emperor Sriwijaya.Katakuncinya ialah '
Kunlun'.Siapa orang
Kunlun yang dikagumi dalam hal ehwal laut dalam manuskrip-manuskrip kuno China?
Kini Islam telah menyatukan kita dan menguatkan rumpun Melayu ini.Betapa bertuahnya kita kerana Allah s.w.t telah pilih kita semua untuk menjunjung agama-Nya yang mulia ini.Jika kita dilahirkan sebagai Thai,Khmer atau Viet...sudah pasti tidak semudah itu kita dapat hidayah Ilahi yang amat berharga ini lebih dari dunia dan segala isinya.
Jadi di Hari Raya ini,mari kita bersyukur dilahirkan sebagai rumpun Melayu sekaligus sebagai orang Islam.Ketika rombongan pedagang Arab sampai ke pesisir pantai pelabuhan Sriwijaya pada masa silam,ada seorang Emperor Sriwijaya yang amat berminat mendengar tentang Islam lantas baginda telah menulis surat kepada Khalifah Umar Ibnu Khattab.Inilah bibit-bibit bermulanya Keislaman kita semua sebagai rumpun Melayu,waris terahsia dari The House of Bni Jawi.
Sekali lagi dari penyusun kata warha bicara,salam Aidilfitri,maaf zahir batin...
~Srikandi
yee haa..1st
ReplyDeleteselamat hari raya semua..
Selamat Hari Raya kepada Sri Kandi dan pengikut-pengikut Blog Alter Terahsia Bangsa Melayu & blog Mistisfiles.
ReplyDeleteSekiranya ada silap & salah, saya juga ingin memohon kemaafan. Sama-samalah kita bermaaf-maafan. Ramadhan bulan mensucikan diri akan meninggalkan kita. Semoga Ramadhan kali ini telah dapat membangkitkan Alter terahsia kita yang telah lama terpendam. Dan ini hanyalah suatu permulaan yang baru tercetus. Mistisfiles dan Sri Kandi adalah pencetusnya.
Terima kasih kepada Sri Kandi & Mistisfiles serta peminat setia dan silent rider yang sering bersua tinta disini. Semoga kita akan bersua lagi selepas hari raya nanti.
Maaf Zahir & Batin.
selamat hari raya, srikandi
ReplyDeletemaaf zahir batin
ucapan hari raya boleh dapat ilmu baru
selamat hari raya kak/mak cik/nenek srikandi . hahahah
ReplyDeletesaya dah jumpa apa yang srikandi cakap kan pasal pertanian di asia tenggara tuu
ReplyDeletesaya dah jumpa klue dan kajian terkini mengenai tamadun pertama didunia adalah di Asia Tenggara,bukan calang2 orang yang tulis dan saya rasa Srikandi kenal orang tu,channelling saya dapat merasakan srikandi,MO dan orang ini ada hubungkait (hahaha,channelling saya cap ayam jer,cuma saya sedang teruja membaca sebuah buku ini bertajuk Tamadun Alam Melayu terbitan Persatuan Sejarah Malaysia...)
selamat hari raya srikandi,balik kampung mana srikandi ini tahun ??? tahun ini saya planning nak balik Baling daaa huhuhuhuhu !!!!
SELAMAT HARI RAYA SEMUA KAWAN-KAWAN !!!!!
Salam c. Srikandi dan semua pembaca ATBM.
ReplyDeleteNampaknya tak ramai kat ruang komen ni, mungkin sibuk beramal tak buat persiapan lebaran.
Apa pun saya dan rakan masih terus mengikuti perkembangan catatan SriKandi.
Selamat Beraya Jumaat nanti.
Maaf zahir batin.
Ramli Sirap dan rakan-rakan.
salam, selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog2 yg sama waktu dengan blog ini. semoga eaya ini memberikan kita kesedaran akan pentingnya sejarah dalam membentuk keperibadian. hari raya ni sambil makan lemang n rendang cuba channelkan bagaimana agaknya orang melayu dahulu kala menyambut hari-hari kebesaran mereka...sama atau lebih grand!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya buat Srikandi dan semua pembaca ATBM. Semoga Allah menerima segala amalmu dan amal kami, amin...
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteselamat hari raya wau ucapkan kepada serikandi dan semua
wasalam
Selamat hari raya Srikandi. maaf jika ada tersalah komen terkasar bahasa.
ReplyDeletenext time terangkan 'kunlun' tu eh...
kebetulan awal pagi tadi pukul 4 dapat tengok dokumentari Raiders of Sulu Warrior di 555... dapatlah saya tangkap beberapa bahasa yg bg saya sgt selesa untuk saya faham dan kagum dengan kepahlawanan Sultan2 dan raja2 org tausug, Samal dan Illanun (lanun ker?)...
nak tanya kalau tak keberatan.... ada kawan tanya kunci ke gelanggi dari mana? kalau Srikandi dah channel ke sana la... saya baru cuba2 ikut guru jer... jalan sebelah leh la... :)
-abuhakeem-
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSalam 1 Syawal saya ucapkan kepada prof. srikandi..
sempena raya ni saya nk kongsi satu link yg saya jumpa dalam facebook.sekali tengok nak tergelak pun ada dengan teori ni. tapi nak mintak jugak la pendapat prof. srikandi...
ni link dia:
http://luf-kin.blogspot.com/2010/09/gempar-unsur-unsur-kafirsyaitan.html
salam. subhanallah srikandi!!...srikandi ada sebut yg srikandi ada tahu ttg sesuatu dibawah kita (pnts Sunda) sudah satu hari satu malam saya cuba channeling dan akhirnya berjaya juga. saya rasa saya tahu apa yg srikandi mksudkan. bende ada di depan mata saya selama ini , malah bertindan diatas meja saya bersama fail-fail reasearch saya yg lain sudah bertahun. baru sekarang saya dapat link-kan semula .Puzzle dah makin menyatu saya rasa memang betul kata anda.
ReplyDeletesaya dah faham hujung pangkal dakwaan anda terhadap 'tanah asal' ini...kalau dulu saya kaji sesaje tanpa ada clue bhwa ianya berkait rapat antara satu sama lain. sekarang bila saya beza bandingkan...tersentak saya! malahan makin banyak saya carik , makin banyak pula persamaanya. ramai sejarawan dan antropologist serta ilmuan-ilmuan yg handal-handal dari seluruh dunia pun mengesahkan perkara ini bila saya serch kat tenet...subhanallah. diharapkan apa yg srikandi jumpa adalah sama seperti yg sama jumpa. jika srikandi kata srikandi baru tahu 1% saya rasa saya baru tahu separuh dari 1% yg srikandi tahu...wallah hu a'lam
Apabenda dekat pentas sunda tu Al Semantani.. gitaula 1% dari yang awak tau =)
ReplyDeleteSementara itu, salam eidulfitr & maaf zahir batin kepada semua peminat sejarah alam Melayu =)
Nusantarian
anon x-nemes...mintak srikandi ulas kenyataan ini:
ReplyDeleteBy the pictorial hieroglyphic inscription found on the walls of the temple of the Queen Hatshepsut at Der-el-bahri, we see that this Punt can be no other than India. "It is testified by Herdotus, Plato, Salon, Pythagoras, and Philostratus that the religion of Egypt proceeded from India. "
The land of Punt in the Egyptian ethnological traditions has been identified by the scholars with the Malabar coast of Deccan. From this land ebony, and other rich woods, incense, balsam, precious metals, etc. used to be imported into Egypt."
harap srikan di boleh illuminate sedikit berkenaan dakwaan ini kerana ciri2 punt yg dibincangkan selama ini selain dari mempunyai banyak persamaan dgn nusantara ia juga ada persamaan dgn india selatan. kebudayaan india selatan dan alam melayu juga ada banyak persamaan. begiru juga dgn flora dan faunanya.
begitu juga dgn ciri2 fizikal org punt dan tempat tinggalnya. mungkin rumah bertiang itu kita xnampak sekarang di india tetapi x mustahil ia pernah wujud kerana keadaan cuaca dan bentuk mukabumi serta pola penempatan orng dravidia di india selatan hampir sama dgn alam melayu.
assalamualaikum
ReplyDeleteselamat menyambut raya aidilfitri,selamat tunai zakat fitrah....
Majalah Milenia Muslim bulan September ada mengulas pasal isu penduduk asal Tanah Melayu. Kesimpulan yang dibuat, memang Melayu berasal dari Nusantara dan pendatang tetap pendatang. Minta Serikandi kalau boleh ulas artikel-artikel di dalam majalah tu. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin.
ReplyDeleteAl Semantani
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kepada anda...
Apa benda yang anda nampak tu?
Saya tak nampak apa2 pun,..kelam dan kabur je...banyak asap la saya punya channelling...tak nampak sangat,pakai teropong nampak kot...hehehehe
Sepanjang saya belajar Sejarah Melayu dari Srikandi dan MO saya difahamkan bahawasanya Melayu memang berasal dari tanah Nusantara bukan berasal dari mana2.
Selepas banjir besar melanda seluruh dunia dan meranapkan tamadun dunia (LodgeKeeper mengatakan pada ketika itu kemajuan manusia jauh lebih hebat dari hari ini),LAPISAN MANUSIA PERTAMA telah tiba ke Nusantara,mereka ini adalah dari keturunan Nabi Nuh AS dan mereka inilah Bangsa Mala atau Proto Melayu atau Bangsa Melayu Asli.
Lalu, Nabi Ibrahim AS berdakwah ke Timur iaitu rantau sebelah sini selepas menghantar Hajar dan anakandanya Ismail AS dan berkahwin dengan Keturah dimana nama dalam Bahasa Ibrani ini bermaksud 'dupa' atau wangi-wangian. Keturah ini berasal dari Champa Kemboja.
Mereka dikurniakan 6 orang anak,dan Ibrahim mengarahkan mereka berhijrah ke Timur dimana tempat Bonda mereka berasal. Pulanglah mereka ke timur dan sepanjang laluan ke timur mereka banyak singgah dan berkahwin lalu menghasilkan beberapa bangsa.
Akhirnya, bangsa Kambujadesa iaitu dari jurai keturunan anak-anak Nabi Ibrahim (yang pernah berperang di perbatasan India dan menekan puak-puak India jauh ke selatan India dan pada masa yang sama membawa ajaran Vedic yang menggunakan bahasa Sanskrit dimana Sanskrit itu berasal dari bahasa Parsi Kuno) terus bergerak ke Asia Tenggara dan 'bersemendalah' mereka dengan bangsa Proto Melayu dan menghasilkan bangsa Melayu Deutero dan inilah bangsa Melayu sekarang yang mendominasi Malaysia,Indonesia dan Brunei kini.
Adapun Bangsa Melayu Proto ini buat ribuan tahun telah mula bertebaran ke seluruh Lautan Pasifik (dalam bahasa Melayu Lautan Pasifik dipanggil Lautan Teduh) dan Madagascar dengan keupayaan mereka berlayar dengan perahu katir (outrigger).
Inilah ringkasan sejarah yang saya pelajari dari Srikandi dan LodgeKeeper/MO.
Adapun tentang 'Tanah Asal' seperti Al Semantani dan Srikandi temui itu mungkin anda sudah jumpa 'sesuatu' yang saya tidak tahu cumanya saya ingin sampaikan apa yang saya tahu setakat ini bahawasanya Stephen Oppenheimer mengatakan bahawa dahulunya Nusantara adalah Benua Atlantis (atau Benua Lemuria,wallahualam) yag tenggelam. Beliau mengatakan banjir berlaku sebanyak 3 kali dan yang terakhir berlaku lebih kurang 8000 tahun dahulu.
Jadinya sebelum banjir besar berlaku sudah ada orang tinggal di Nusantara lalu menaiki bahtera dan selepas banjir surut mereka yang berasal dari Nusantara disuruh pulang ke 'Tanah Asal' kerana mereka memang berasal dari sini.
Wallahualam, kitalah yang mewarisi darah mereka sehingga ke hari ini dan 'TAK SALAH' kata-kata LodgeKeeper dan Srikandi mengatakan bahawasanya kita adalah bangsa tertua atau bangsa purba yang masih bertahan sehingga ke hari ini. Dan kata-kata mereka disokong oleh Mohd Arof Ishak,pengarang Tamadun Alam Melayu terbitan Persatuan Sejarah Malaysia tahun 2009.
Jadinya,untuk tidak mengulangi kejatuhan Funan, Champa, Sriwijaya, Majapahit dan Kesultanan Melaka...berpeganglah kepada 2 perkara iaitu Al Quran dan As Sunnah Rasulullah SAW...warisan tauhid sejak Nabi Nuh AS,Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW...Allah Hu Akbar !
Dan satu lagi misteri mengenai Land Of Punt, saya sebenarnya amat-amat menyokong pandangan Srikandi bahawasanya ia adalah benua Nusantara yang dimaksudkan dalam The Egyptian Book Of Dead.
ReplyDeleteBukan itu sahaja,hujah Srikandi disokong oleh pengarang buku Tamadun Alam Melayu pada muka surat 50 berbunyi (dari pendapat Oppenheimer):-
'Oppenheimer mengutarakan pendapat bahawa pada hakikatnya,"Idea Guru yang datang dari arah Timur bukanlah suatu perkara yang baru". Katanya, dua calon utama untuk gelaran tamadun yang pertama didunia-iaitu Mesir dan Sumeria-mempunyai cerita dan dalil berkenaan pengaruh yang datang dari arah Timur pada peringkat awal sejarah tamadun mereka. Kata Oppenheimer, ada "ahli-ahli arkeologi yang telah berhujah menegaskan perihal adanya pengaruh awal dari Timur yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat di Mesir sebelum bermulanya zaman dinasti di sana, yakni sebelum tahun 3000 SM.;dengan contoh-contoh yang diberikan seperti ukiran-ukiran timbul yang indah,senibina dan lukisan ,seramik serta pembuatan tembikar yang dihias dengan bentuk-bentuk patung yang kelihatan seperti wanita Timur bermata sepet dan seperti bertatu, (dan bahawasanya bertatu merupakan suatu amalan meluas di serata Kepulauan Melayu), dan bukti-bukti lain yang menunjukkan wujudnya pengaruh yang datang dari arah Timur. Oppenheimer merujuk kepada sastera kuno Mesopotamia (Iraq sekarang) yang ada mengisahkan tentang "pedagang pelarian,dan pelarian yang mahir" dari Timur. Oppenheimer juga berjaya membuktikan jalur hubungan genetik atau baka yang jelas "dari Asia Tenggara menyusur sepanjang laluan dagang melalui India, ke Emiriah Arab Bersatu dan Mesopotamia sehinggalah ke LAut Mediterranean. Akhir kata,rumusan Oppenheimer ialah cuma dalam zaman 2000 tahun yang kebelakangan ini sahaja berlaku 'pengaliran budaya ke arah sebaliknya-iaitu dari arah Barat ke Timur dan dari arah India dan China ke Asia Tenggara. Untuk beribu-ribu tahun sebelum itu, Asia Tenggaralah yang menyebarkan budaya dan ketamadunan manusia ke pelbagai rantau dunia.
-Sekian dari buku tersebut-
Jigsaw-jigsaw yang saya terfikir sepintas lalu-
ReplyDelete1) Senjata Tekpi yang dipaparkan dalam Filem P.Ramlee Enam Jahanam dimana P Ramlee yang memegang watak hero dan memegang tekpi adalah senjata yang sama digunakan dalam Filem Hollywood The Mummy Return (tak silap saya) dimana terdapat babak pertarungan 2 orang puteri Firaun (atau gundik Firaun) menggunakan senjata tekpi sabagai alat pertempuran,senjata tekpi tersebut ada menyimpan 'sesuatu' yang perlu dirungkaikan asal-usulnya.
2.Amalan bertatu terdapat pada kaum Iban dan lain-lain kaum di Nusantara,orang-orang yang tinggal di Kepulauan Pasifik dan New Zealand seperti Maori dan lain-lain seperti yang disebutkan oleh Oppenheimer untuk membuktikan Land Of Punt adalah tanah Nusantara (rujuk komen Sep 10,2010 0919PM)
Jigsaw-jigsaw ini hanyalah dari pemikiran saya,boleh ditenyeh atau dipersoalkan kerana saya pun sedang mengumpul jigsaw untuk membina gambar yang lebih besaaaaarrr punyaaaaaaaaaa !!!! hehehehehe
salam aidil fitri juga pada anda, wah saya rasa anda dah semakin faham pengajaran srikandi nampaknya. tahniah atas usaha anda. semoga ilmu yg anda dapat bermanfaat untuk anda dan untuk semua. tahniah juga kerana anda rajin menelaah. kalaulah semua penduduk malaysia terutama melayu rajin membaca bahan-bahan sejarah seperti anda nescaya tidak ada masalah untuk bangsa kita maju seperti dahulu kala. teruskan usaha.
ReplyDeletesemalam sambil menjamu rendang saya berborak dgn ibu saudara yg merupakan seorang guru sekolah menengah. menurutnya pencapaian para pelajar malaysia semakin tahun semakin merosot dalam subjek sejarah sehinggakan pihak berwajib terpaksa menurunkan tahap lulus SPM dan STP dalam subjek sejarah keparas yg sangat rendah!
Wan Azri_87
ReplyDeletesalam srikandi...Sy inginkan kepastian dan fakta yg terperinci ttg maklumat tasik Chini yg sy temui...Diharapkan Srikandi dpt membantu
Di katakan terdapat satu bandar purba Khmer terdapat di dasar tasik Chini ini tetapi projek selajutnya terbengkalai akibat masalah kewangan.
Satu suku orang asli yang tinggal ditebingnya menjadi tarikan pakar pengkaji bahasa kerana bahasa mereka mempunyai kaitan dengan bahasa Khmer, yang menjadi asas kepada teori bahawa penduduk asal Melayu telah turun dari kawasan utara ke selatan.
Salam Al Semantani
ReplyDeleteTerima Kasih.
Wahh,tak ajak saya ke join makan rendang dan ketupat sekali dengan awak?
Sejarah adalah subjek yang paling saya minat sejak dulu lagi dan tak hairanlah saya berjaya mendapat A dalam Sejarah SPM padahal subjek2 lain saya dapat kredit cukup2 makan jer...heheheheh,sebab tu tak masuk Universiti macam awak dan kawan2 yang lain huhuhuhuhu...!
Mengenai isu pelajar sekarang semakin hari semakin merosot prestasinya disebabkan fesyen atau skema pembelajaran Sejarah itu sendiri sangat-sangat membosankan pelajar dimana mereka 'disogokkan' dengan menghafal dan mengingat tarikh-tarikh tertentu dalam subjek ini padahal bukan itu sebenarnya 'pati' dalam mempelajari sejarah.
Gaya pembelajaran yang tidak up to date,tiada brainstorming dan tak tahu langsung apa bestnya dan faedahnya mempelajari Sejarah jika dibandingkan dengan subjek-subjek Sains dan Matematik yang kononnya akan memberikan peluang pekerjaan yang hebat dan menarik. Disinilah kegagalan sistem pendidikan kerana hanya menumpukan aspek mendapat pekerjaan semata-mata (duniawi) bukan membina sahsiah atau pembangunan spiritual. Sebab itu,kita lihat sekarang ramai orang memiliki ijazah dan kelulusan yang tinggi-tinggi akan tetapi memiliki akhlak yang tidak serupa dengan kelulusan yang ada.
SISTEM PELAJARAN SEKARANG HANYA BERFUNGSI UNTUK MENDAPATKAN PEKERJAAN SAHAJA,TAK LEBIH DARI ITU.
Saya harap suatu hari nanti dengan berkat usaha Srikandi,MO,LodgeKeeper,Al Semantani dan lain-lain blogger yang dilihat cenderung ke arah artikel berbentuk pembinaan spiritual manusia akan dapat melahirkan sekumpulan golongan manusia yang berfikiran diluar kotak dimana ia kecil pada mulanya dan akan membesar dan membentuk 'revolusi' menuju ke arah kemajuan yang berasaskan Al Quran dan AsSunnah...demi menewaskan musuh terbesar...Al Masih Dajjal Al Muntazhor dan Iblis Laknatullah..!
Salam
ReplyDeleteSelamat menyambut Aidil Fitri kepada Srikandi dan semua pembaca pembaca siri ATBM ni.
Wassalam
salam hari raya kpd tuan rumah dan user yang budiman
ReplyDeletehari raya 1 hari saje.. tp mazhab melayu 1bulan
hehe
atlantis versi org putih tp yg sebenar ialah lemuria
selamat hariraya Srikandi
ReplyDeletesalam srikandi sy nk minta pandangan sri kandi berkaitan dgn blog yg sy baca ni
ReplyDeletehaap bole kasi sedikit komen
http://khairulzamri.blogspot.com/2010/09/penubuhan-malaysia-perancangan-usa.html
Slamat Hari Raya...~
ReplyDeletesalam serikandi...sy pengikut baru yg terjumpa blog ni....dr ibnu rushdi..misti file..higga lah ke sini...x mengapalah 2....minta srikandi terangkan tentang melayu minangkabau...bukan ape..sebab sy rs..kaum melayu satu ni yg dikatakan bersal dr seberang...telah menetap dan membentuk negeri di semenanjung....mungkin keterangan sy silap.maklumlah..sy bukan org arif..malah x tahu apa2....sy percaya dengan kepakaran yg ada dah latar belakang srikandi mungkin boleh menerangkan asal usul minagkabau di semenajung sehingga membentuk negeri sendiri....sy sndiri dr keturunan minang..nk kaji..tp x tau nk mula di mana..dan bagai mana..minta srikandi dapat lah membantu..sy rs mungkin rmi yg ingin tahu...bukan waris2 n9 shj...ini bg saya ats semangat rumpun melayu..terima kasih...
ReplyDelete-pelajar jurutera yg x mahu buta sejarah-
Salam alaikum,
ReplyDeleteSaya sedang menyiapkan penjelasan ttg salahsilah Sultan Melaka dan Hang Tuah sebagai sebahagian tugas sebagai pemandu pelatih.
Jika tidak keberatan, saya ingin berbincang ttg cara memadatkan bahan-bahan untuk penerangan sesingkat 5 minit ini.
Syukur Alhamdulillah, saya telah menemui penulisan Oppenheimer tapi terdapat kecenderungan ke arah teori Bellwood di kalangan dosen di sini.
Sekian, terima kasih.
Wassalam,
Telah sampai ke pengetahuan saya yang mana berkemungkinan semasa pemerintahan era Empayar Sriwijaya telah wujud hubungan (persaudaraan) diantara Kesultanan Pahang purbakala (Gunung) dengan Kesultanan di sebelah negeri Punt (Brunei) yang sememangnya ianya kerajaan besar yang meliputi keseluruhan pulau (Sabah/Serawak sekarang). Mungkin Saudari boleh mengkajinya, kerana ianya terkait dengan sebahagian asal-usulku. Semoga saudari Cik Seri Srikandi baik-baik selalu hendakNya. Wassalam
ReplyDeleteMb_aa.(ampuzzler)
Bahasa Melayu Moden start zaman ape?
ReplyDeleteKetika era Pendeta Zaaba yang menyusun kembali tatabahasa moden bahasa Melayu.
ReplyDelete~Srikandi