Thursday, December 16, 2010

Srikandi berceloteh....what's up?

Ini adalah  Masjid  Sultan Siam  Merong Mahawangsa di wilayah Prambanan yang kemudiannya dijadikan kuil Hindu oleh British,dengan menambahkan patung Hindu ke dalamnya.Dahulu di sini masyarakat Prambanan menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya beramai-ramai sambil mendengar khutbah dari ulama-ulama seluruh Benua Siam-sumber Kedah Cyber Saiburi.




Srikandi berceloteh....what's up?





Yeah!Saya kembali lagi....lamanya saya beraya kan? :D

OK,sekarang Srikandi nak berceloteh pasal...ermm...pasal kedat.Apa bendanya kedat tu?Kedat ni maknanya surat watikah.Watikah apa?Watikah untuk lantik raja-raja semua dari satu keturunan.Keturunan lain tak boleh.Tak mulia.Keturunan lain keturunan lanun-lanun darat dan penyamun takhta.Ini satu keturunan sahaja yang boleh jawat Khalifah Besar satu dunia.Orang Arab dengan Turki pun tak boleh jawat jawatan khalifah ini.

Anda nak tahu satu trivia?Khalifah Turki Usthmaniyyah itu sebenarnya tiada.Khalifah Turki itu sebenarnya raja daerah kepada Sultan Siam.Saya tak tahulah macam mana kaedahnya.Mungkin raja Turki kena dok mengadap tetiap tahun kepada Sultan Siam pi bayaq ufti :DDD

Ok,kali ni Srikandi nak hiburkan anda semua.Maaflah Srikandi lama sangat tak update blog.Sebab nak siapkan ATBM 3.5 kat MF.Jadi Srikandi nak hiburkan anda semua sebab ada yang marah Srikandi sebab biarkan blog RiwayatMelayu berhabuk.Haaa...ingat sejarah tak boleh menghiburkan?Terhibur beb... :DDD ;DDD   Terhiburla kalau anda faham,yang tak faham terkulat-kulatlah.Dah faham sekarang?Jadi yang faham duduk diam-diam,yang tak faham bertanya pada yang faham.Ok,saya tutup kedai.

.....





.....





.....





......




What? :P Ok,okla...Seri gurau aje.Sebenarnya Seri tak tahu nak mula kat mana.Lucu sangat.Nak mula tulis pun rasa nak tahan perut.Ada orang kata "Srikandi jangan layan mereka,beri publisiti percuma saja pada tuntutan mereka".Memanglah Seri taknak beri publisiti pada mereka tetapi kan Seri kata tadi,kita nak berhiburkan?Ok,sekarang badut sarkas sudah siap.Cerita tukang karut pun sudah dapat.Apalagi kita hentam sajalah!(dari dialog filem P. Ramlee).Ok,serius...seriusss.



....




.....





.....




;DDDDDDD Tak tahan gelak siot.Oklah.Srikandi serius.Amende lah Srikandi ni.Main-mainkan?

Nak mula kat mana ni.Alamak lupalah pulak (sambil tahan gelak).Ok...ok...kita mula dengan link ini.Anda baca dulu.Saya tolong promote la,sebab blog diorang tak ada lagi orang Melayu nak peduli dah.Rasa kesian pun ada.Yang komen pun orang yang sama.Ada profil yang dicipta khas ;D  ok,ini link dia:


http://kedahcybersyburi.blogspot.com/2010/11/one-khalifah-surat-terbuka-ytm-nai-long.html

http://kedahcybersyburi.blogspot.com/2010/12/one-khalifah-surat-tuntutan-ke-2-ytm.html



Dah baca?Dah faham?Ok,itu sahaja ye.That's all.

:)


Okla...(sudahla tu Seri,fuyula kau ni).Ok serius.Sebenarnya Seri nak bincang tentang banyak perkara-perkara yang tak masuk akal dalam tuntutan ini.Anda tahu,sudah berapa banyak orang tuntut takhta Raja-raja Melayu.Sila namakan.Yup...Raja Nor Jan Shah,'Sultan Melaka'.Ada seorang lagi dekat Perak,tuntut takhta.Dan sebenarnya ada banyak lagi tetapi tenggelam terus.Buat apa nak layan tuntutan mereka semua ini?Buang boreh kata orang nogori.Yang dah ada ni pun kadang-kadang pening jugak kita fikir.Rakyat kena tanggung makan pakai mereka.Yang kawal harga gula,minyak bukan raja.Perdana Menteri.Perdana Menteri yang kena kutuk,kena cemuh,kena puji,kena bodek.Raja terima elaun sahaja tetiap bulan.ITU YANG MEREKA NAK TU.Siapa tak nak makan minum berak cangkung?Jadi kita pertahankan sahaja takhta yang ada sekarang.Yang lain jangan nak mengada-ngada.Lagi-lagi takhta negeri Perak (oh...my lovely home).Sebab Sultan Perak satu-satunya adalah warisan Kesultanan Melaka.Yang lain dah ikut darah Bendahara dan Temenggung.Ada yang dari darah Bugis atau Orang Laut.Dan ini bermakna juga Kesultanan Perak adalah satu-satu warisan SRIWIJAYA YANG MASIH BERDAULAT!Sebab Kesultanan Melaka adalah dari sisa runtuhan Emperium Sriwijaya.

Apa kata kedat?Kedat yang dikarang oleh salah seorang keturunan Sultan Siam Al-Merong Puasa mengandungi perkara-perkara berikut:


1-Menuntut jawatan Yang Dipertuan Agong Malaysia
2-Menuntut jawatan Timbalan Yang Dipertuan Agong Malaysia
3-Diserahkan negara Malaysia.


What the hell of this?Ini lawak antarabangsa,kawan.Adakah apabila DS Najib bila baca watikah ini maka beliau rasa amat takut dengan ancaman 'Khutbah Wida' dan berkata "Oklah...you ambil Malaysia ini.Agong jangan risau,saya uruskan,sebab kekebalan raja sudah tiada.Ambil je jawatan Agong sekali.Opp..oopp...jangan lupa jawatan Timbalan Agong sekali tu,tercicir pulak.Agak-agaklah,jangan kelam kabut".

:DD

Mereka pergunakan agama untuk tuntut takhta.What the hell of this?Kenapa saya kata begitu?Ok,pertamanya sistem khalifah.Ok,anda kena belajar apa yang dinamakan sistem khalifah.Sistem bagaimana yang dikatakan sistem khalifah.Khalifah dilantik oleh satu suara ramai dari satu institusi yang dinamakan Majlis Syura.Majlis Syura ini hanya dianggotai oleh orang-orang yang benar-benar berwibawa dan faham agama dalam masyarakat.Majlis Syura ini dipilih oleh masyarakat sendiri.Jadi masyarakat akan berbincang untuk tentukan siapa yang layak duduk dalam Majlis Syura.Tiada parti-parti ek.Jadi tiada manipulasi,tiada propaganda,tiada penipuan,tiada janji-janji manis atau rayu undi.Amat senang sistem Islam ini.Apabila Majlis Syura terbentuk,maka siapa-siapa dalam Majlis Syura ini pula akan berbincang dan angkat siapa yang paling layak antara mereka.Tiada team A team B.Bermesyuarat ikut adab yang Rasullullah s.a.w ajarkan.Tidak boleh ada 'inner circle' punya mesyuarat.Tiada mesyuarat kecil-kecil atau tak rasmi.Apa yang diputus mesyuarat itulah dia.Jadi tiadalah tiba-tiba terangkat sang pembunuh atau peliwat negara (sebagai contoh,saya tak maksudkan sesiapa) atau tiba-tiba terangkat perompak rakyat atau perasuah terhormat.Sebab demokrasi bertunjangkan meraih undi.Dan cara meraih undi ikut faham Machiavelli.Matlamat menghalalkan cara.You understand me?

Anda boleh buat apa sahaja asalkan anda naik jadi pemimpin.Buat ceramah sana,buat ceramah sini.Tipu sana tipu sini.Lepas itu buat janji-janji manis.Sebar propaganda.Kempen sana kempen sini.Tetapi sistem Syura tidak.Ia sistem senyap yang praktikal.Yang benar-benar berkualiti sahaja yang akan naik jadi khalifah.
You see?

Tapi abang Mat dan Cik Kiah sekalian...INI BUKAN SISTEM KHALIFAH YANG DITUNTUT KETURUNAN SULTAN SIAM AL-MERONG,TETAPI SISTEM MONARKI.

Sistem monarki ini pula 'dipaksa'kan ke atas wilayah yang bukan pun milik dia.Anda tahu sistem monarki?Ia sistem raja secara warisan keturunan.Dalam kes ini sudah tentu yang akan jawat jawatan Khalifah Benua Malaysiam adalah keturunan SULTAN SIAM AL-MERONG PUASA.Keturunan lain tak boleh,terutama keturunan Merah Silu,sebab keturunan ini keturunan lanun-lanun perompak takhta Sultan Siam.Bila mereka naik nanti jadi 'ruling house' kat Malaysiam,keturunan raja-raja Perak akan disumbat dalam penjara bawah akta ISA kerana bersubahat dengan Sukuthai (suku kafir) dan Inggeris.

Ustaz Megat Cybertrooper Saiburi tak pernah belajar sistem khalifah ke?Memalukan.Buang boreh aje kita hantar dia belajar kat Jordan.Ini yang kita dapat?Hikayat Naruto dan Supersaiya yang mampu dihidangkan kepada kita?:DDD

Dok pi kutuk Universiti Al Azhar katanya universiti sekular.Ini balik dari Jordan...mak aii...sistem khalifah pun bukan,sistem sekular demokrasi pun bukan...tuuu diaaa....SISTEM MONARKI BERASASKAN KETURUNAN.Sistem Firaun rupanya yang dibawa.Masya Allah.

Oklah...saya berlembut sikit.Nampak kasaq kan?Wahai Ustaz Megat,saya nak tanya dengan ikhlas...ini sistem khalifah ke sistem monarki berasaskan keturunan.Layakkah keturunan Seri kalau ada nanti yang bijak bistari alim ulamak dilantik jadi Khalifah Benua Malaysiam?Keturunan abang Merah Silu macam mana?Layakkah.Bila anak Merah Silu besar nanti contohnya,bolehkan dia hantar application ke jawatan Khalifah?Hantar surat kedat macam yang ustaz Megat buat sekarang?

Lihat petikan ini:

"Dalam artikel ini ana siarkan surat terbuka bertarikh 15 September 2010 tentang tuntutan aset-aset dan tahkta Sultan Mahmud Syah Akhirul Zaman yang berpusat di Kota Lukut, Port Dickson Negeri Sembilan"


What the hell of this?Kenapa nak tuntut aset-aset dan takhta Sultan Mahmud Syah?Itu raja daerah sahaja.Saya nasihatkan tuntut aset-aset Sultan Syariff Syah Raja Ligor dan Raja Ayutthaya Borommoraja Ekathat.Baru syiok sikit ;DD

Anai-anai tuntut takhta Borommoraja Ekathat,yup...baru ana respek ustaz.Ini ustaz memandai tuntut takhta Melaka apahal?Susah nanti kena fight dengan Raja Nor Jan Shah.Tak ke naya nanti.


Kita petik lagi,jangan tak petik:

"Bandar Baru Pusat Pentadbiran Nagara " Putrajaya " atau nama lamanya Prang Besar menjadi saksi bagaimana Raja Daerah Minangkabau yang memberontak membantu pihak kafir Kristian Belanda merampas Kota Islam Portugis iaitu kota pertahanan tentera upahan Portugis Islam yang bertugas mengawal Selat Melaka dan mempertahankan kesultanan Ahlul-Bait Quraisy Kedah Tua Merong Maha Wangsa di negeri (Semenanjung) Melaka ini."

What the hell of this?Raja Daerah Minangkabau memberontak?Oh ya,itu yang orang Siam ni kata Minangkabau maksudnya Minang Derhaka.What the sick of that?Takkanlah orang Minang namakan negeri mereka kat Sumatera tu Minang Derhaka?What the kind of stupid they are?Very funny la ustaz Megat Siam ni.Apa dia?Kota Islam Portugis?Apekebende tu kata oghang Peghak.Ya?Tentera Upahan Portugis Islam?What the...owh...man (gelak berguling-guling).Lagi?Apa dia?Kesultanan Ahlul-Bait Quraisy Kedah Tua Merong Maha Wangsa.Wow!!What is this?Kami tidak pernah dengar pun (sambil kesat airmata menahan ketawa).

Kalau dulu saya respek tulisan Naim Firdausi berbanding Anai-anai,dan saya kira Anai-anai semakin merapu.Tetapi Ustaz Megat ini 100X kali supermerapu dari Anai-anai.Cuba periksa artikel terbaru Blogsejarahnagarakedah.Artikel Anai-anai lebih akademik dan berisi.

Anak mau petik lagi ya Ustaz:

"Sekian dan dengan ini di persembahkan Surat Tuntutan dari Dato' Bendahara iaitu Yang Teramat Mulia Tuanku Nai Long Kasim ibni Almarhum Nai Long Ahmad, semoga kita tahu siapakah pemilik asal kawasan Nusantara, Benua Siam atau Indo-China, Lautan Hindi hingga ke Sri Lanka dan Madagaskar sehinggalah ke kepulauan Oceana iaitu Australia, New Zealand, Hawaii, Solomon, Fiji dan lain-lain serta Timur Jauh, wassalam"


Owh man...you know what is this.Apa kes ni?Pemilik asal kawasan Nusantara, Benua Siam atau Indo-China, Lautan Hindi hingga ke Sri Lanka dan Madagaskar sehinggalah ke kepulauan Oceana iaitu Australia, New Zealand, Hawaii, Solomon, Fiji dan lain-lain serta Timur Jauh????????????????
Waras ke tak waras Ustaz Megat ni?Sampai Timur Jauh nun sana si Siam ni memerintah.Bila masa pulak?Oh ya,Ustaz Megat lupa nak sebut Eropah sekali sebab Anai-anai ada sebut Albania.Albania ni di bawah daulah Khalifah Quraisy-Siam PUasa Monggol-China Merong Jawi (panjangnya gelaran empayar).Saya dah tak tahu kaum apa Siam Kedah ni dicacamarbakan oleh Ustaz Megat ni.Jadi tak tentu hala.Campuran Monggol,India,China,Arab Quraisy kemudian anehnya bertukar!...jadi Melayu dan tulis Jawi.Pening,pening.

Lepas tu siap crop gambar lelaki sedang berdiri dalam satu peta Perancis dan tulis:

"SUDAH TERANG LAGI BERSULUH GAMBAR RAJA SIAM KEDAH SYBURI MERONG MAHA WANGSA DI DALAM PETA PERANCIS 1754 M JELAS TERPAMPANG MEMAKAI SERBAN, BERJUBAH DAN BERJANGGUT"


What's your problem?Ada tulis situ "Hai...saya Raja Siam Cadbury.Nak coklat?Ini no. tel saya 010-12345678.Call ye jangan tak call...bye..."

Memandai je Ustaz Megat buat kelakar.Gaya baju orang Eropah memang berjubah masa tu.Tengokla Captain Jack Sparrow macam mana.Siap berjanggut berpintal-pintal.Oh ya...saya lupa Ustaz tak layan filem.Ustaz berzikir dalam gua 24jam.Aduh...kerdilnya saya yang penuh dosa dan noda ini banding ngan Ustaz Cadbury.

Hai...rasa nak petik lagi tapi malaslah.Kalau rajin saya update sikit-sikit.Baca yang ada sementara ye.

Saya nak petik akhir...sekali tapi ini dari seorang pengikut tegar Ustas Siam dalam ruangan komen.Dia membahasakan diri sebagai Salahaddin.

Lihat ye:

"Merujuk pada nama MALAYSIA kemungkinan besasar MALAYSIAM atau MELAYU SIAM .XIAN,XIAMMEN,Siam,MALAYSIAM=MALAYSIA"

Ini anak murid Megat Al-Jefri.Suka buat karangan superdongeng Naruto Uzumaki Jiraiya.Kalau industri manga top kat Malaysia,ustaz Megat dan Salahaddin akan kaya sekelip mata.Tak payah tuntut takhta dah.Buat komik aja.

Tetapi Salahaddin,saya nak jawab satu persoalan anda.This is a good question:


"Saya tengok pada catatan Srikandi dan saudara Megat dan dari sumber ilmiah memang kita dah ada meriam ,senapang ,kapal perang ,duta ,peta navigasi.Boleh kata kejadian Hang Nadim pada zaman atau tahun 1600 masihi.KITA ada empayar hebat,Mellaka.Semua orang Melayu tau Melaka,pendek kata tau belaka.
PERSOALANNYA,MACAM MACAM PERKARA KITA buat MASA KITA SANGAT MAJU DI WAKTU ITU.Awat todak tu bahaya sangat ka?Pakai batang pisang ja.TAK ADA BOM IKAN?PUNYA CANGGIH TEKNOLOGI PUN BOM IKAN TAK ADA.Maju lagi budak lani buat bom bila raya mesti putus dan buta,bila bom ikan discharge sendiri(sumber PDRM)"



Salahaddin,

Peristiwa Singapura dilanggar todak itu bukan tahun 1600 Masehi.Ia ketika keluarga Parameswara,masih memerintah Singapura.JIka kini Kesultanan Melaka dipastikan bermula tahun 1262,maka kerajaan Temasek lebih awal dari itu.Dan teknologi persenjataan muncul pada abad ke-14,itu adalah teknologi musket.Sebelum itu sudah muncul prototaip musket yang awal,yang digunakan Portugis ketika menyerang Melaka.Jadi anda boleh fikir sendiri bagaimana situasi ketika itu.Jadi pengetahuan sejarah kena ada cross-reference dengan ilmu lain.

Okla,hiburan dah tamat.

Apa-apa nak tambah nanti saya update lain ye.











~Srikandi
Angel of history

64 comments:

  1. aik...tadi saya nampak entri ni kat MF la nie kat RM plak? padanlah tiba2 je hilang entri ni dari MF...kena pindah ke sini ghupe2 nya...

    ReplyDelete
  2. salam srikandi,


    mngkn disini selesa sikit bersembang. ^_^


    kesian kamukn di MF, takpe itulah nikmat perjuangan..


    bila dihina,dicaci,difitnah tetapi kita mampu mempertahankan akidah kita.


    itu lah satu nikmat yang tak terhingga. :D


    ttg channeling tu... boleh emailkn pada sy apa maksud channel bg seri dan adakah ia memerlukan beberapa elemen.


    ataupn..


    cuba channel terus pada saya. bg tahu result dia.


    harap tak membebankan seri.


    terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Apa maksud Bani?Beberapa elemen?Dari segi teknikal ke atau anda nak tahu keputusan dia?

    ReplyDelete
  4. Memandangkan Bani telah bertanya, sy pun nak tahu juga apa itu konsep channel spt Srikandi katakan sblm ini ttg telah channel Anwar. Jika tidak dpt diterangkan di sini, harap dpt email kpd sy hanismalik@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Hanismalik,rajin juga awak jenguk blog saya ni.Tima kacih ;DD

    Oklah,channeling ni macam psikik.Sebenarnya ia satu ilmu sains dan bukan sihir atau ramalan dari makhluk halus.Setiap orang ada potensi untuk belajar dan mahir dalam channelling ini.Ia berkaitan potensi minda anda.Kuasa minda.Tetapi tidak dinafikan,individu yang ada bakat dalam psikik maka ia mudah menguasai ilmu ini.Ilmu ini sudah berkembang sedikit di Malaysia tetapi saya lihat banyak yang merapu dan masih di tahap 'tadika'.

    Saya tidak boleh beritahu keputusannya.Minta maaf.Awak kena mahir baca 'clue' yang saya bagi dalam setiap komen balas.Tetapi ingat!Jangan berburuk sangka sesama saudara Islam.Kita doakan mereka berdua ya?

    ReplyDelete
  6. hee~

    kalu tidak keberatan..


    boleh ceritakan saya ttg konsep apa seri guna channel atau kata mudah, pakai kasyaf @ mmg ada alat tertentu(fizikal) yang boleh channel org.

    dan tetang keputusan pn boleh juga. cuma. tulung emailkan pada saya ye. atau seri boleh tulis disini dengan kiasan kerana pelik dibuat orang nnt sbb takut seri dituduh itu ini.


    waallahualam. :)

    ReplyDelete
  7. Slalu sy jenguk masih slmt hari raya...kebetulan nampak di MO ada artikel terbaru di sini..:D

    Owh...kuasa psikik tu...sy pecaya benda tu wujud...sbb tu ada sesetengah pengamal perubatan homepathy mampu merawat dr jauh...sy tinggal bersebelahan pusat Al-Arqam jd pernah mendengar cerita mereka mampu mencari mangsa yg ada di dlm hutan (tersesat atau terhempas helikopter) juga melalui kuasa2 spt ini lah...

    Ilmu tu mmg ada, tp klu org xpecaya mungkin akan anggap pertolongan jin...

    Owh, ok...kdg2 ada perkara yg lebih baik kita tidak tahu drp tahu. InsyaAllah sejak sy membaca sejarah Melayu saudari, akhirnya ia bersambung kepada sejarah dunia, bersambung juga dengan sejarah Islam...sejak itu saya baru ada inisiatif untuk mempelajari lanjut sejarah dan salasilah Nabi, Iskandar Zulqarnain dsb.

    Dr pembelajaran sejarah, akhirnya sy dpt menilai sendiri wpun tidak diminta oleh sesiapa iaitu kita perlu mempertahankan bangsa dan berbaik2 sesama kita.

    Sbb itu byk hadis juga menyebut ttg kaum, contohnya "suatu kaum akan bangkit dr Timur...", "...kaum bermata sepet(Yakjuj & Makjuj) akan keluar..." dan juga hadis "Kaum Rom bangsa paling ramai pada hari kiamat..".

    InsyaAllah saya akan melatih diri mendoakan mereka semua.

    p/s: dimana nak belajar ilmu psikik ni? :D

    ReplyDelete
  8. ;)

    Alhamdulillah.


    siapa kita hendak membenci manusia itu , adakah mulia sgt kita sehingga boleh menghukum seseorang @ suatu bangsa tersebut.


    insyaAllah kita cuba yang terbaik.

    -bani

    ReplyDelete
  9. saya baru sahaja abis baca artikel kamu cik seri.


    hehe..


    terhibur juga hadir ini yang sentiasa sayu dan hiba . ^_^


    - Bani

    ReplyDelete
  10. salam

    ok..saya ikut srikandi ke sini pulak.
    sampai ati srikandi buat cite lawak cam ni...huhu..
    saya dah declare ngan al semantani bhw saya adalah org yg telah tertipu hidup2 dan buta2 ngan cite benua siam islam ni.
    habis saya promote kat tok nek kat kpg pasal siam islam dan mereka pun percaya..huhu..
    tapi bila baca blog tu ada la berlaku sedikit kebengongan sebab macam betul tapi macam ada yg tak munasabah, macam ada munasarawak.....munasiam lagi la banyak..
    sampai sekarang saya tak tahu camna nak maafkan diri sendiri diatas 'kecuaian' menerima teori siam islam tu bulat2.

    ReplyDelete
  11. srikandi dan wangsa..

    saya juga ditipu bulat2 oleh geng2 siam puasa ni...huhu,,, dulu bukan main semangat saya cerita kat kawan2 tentang sejarah siam ni... pasal time tu nampak memang ada kronologi nyer..heheh... maklum la... dalam sejarah kita yang rompong sana sini, dipersembahkan pula sejarah yang 'wow' untuk di digest...:P

    thanx srikandi dan MF pasal bagi pencerahan... heheh

    ReplyDelete
  12. Salam Srikandi. Teruskan pendedahan tentang Alter Bangsa Melayu itu. Sesungguhnya bangsa melayu akan berdaulat jika ia mengikuti islam. Saidina Abu Bakar telah berkata bahawa bangsa arab hanya akan berdaulat jika mereka mengikut Islam. Bukannya mengikut yahudi dan Inggeris.

    ReplyDelete
  13. saya harap serikandi menggunakan bahasa melayu yang betul. Jangan campuradukkan bahasa melayu dengan inggeris. Aku amat mencintai bahasa melayu. Bahasa inggeris adalah bahasa yang tidak sempurna . Hurup dan sebutan nya bercacamerba. Kadang kadang C dibaca sebagai K. X sebagai Z. Sebab itu orang california menulis KALIFORNIA. Oleh itu jangan lah kita membanggakan bahasa inggeris itu. Cintailah bahasa melayu.

    ReplyDelete
  14. Apa pendapat Serikandi mengenai Laman sesawang ini. Saya amat meminati laman sesawang ini.


    http://melayuonline.com/ind#

    ReplyDelete
  15. penulisan sejarah menitikberatkan garis masa, juga reconcile dlm sejarah tamadun lain.. barulah benar kesahihannya.
    Manusia ada bermacam gila, adalah lebih baik seri tak menjawab & tp terus postkan artikel ilmiah ttg bangsa... relic kekhalifahan hanya berada di turki skrg ini selepas diserah oleh khalifah bani abbas yg terakhir kpd sultan selim... gila.. itu saja :)
    from >jouhar

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, tq kpd srikandi ats artikel2 saudari. saya ader soaaln berkenaan kesultanan perak.betulkah ketika raja yg hendak ditabal untuk menjadi raja di perak dalam perjalnn ke perak telah ditahan di beting beras basah n disuruh mencampakkn segala alat2 kebesaran diraja.dan alat kebesaran itu akn dipulangkan kpd yg hak pd waktu yg sesuai.
    nie sjarah http://www.cikgusejarah.com/beting/beting_darat.html

    ReplyDelete
  17. Salam 1 melayu,

    Saya tahu kenapa Srikandi mencampuradukkan kenyataannya dengan bahasa inggeris... dan benar sekali pengamatan anda bahawa bahasa inggeris itu adalah satu bahasa yang tidak sempurna. Kerana ke-tidak-sempurnaannyalah ianya sesuai sekali sebagai peluah emosi dalam bentuk kata-kata kesat. Hehehe!

    Saya pun sama jugak... bila nak cakap baik-baik, bersopan, beradab dan berlapik... saya cakap dalam bahasa Melayu. Bila nak maki jek tukar mode guna bahasa Inggeris. Namun ianya bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ianya tetap merupakan suatu kelemahan pada diri saya sendiri. Betul tak Srikandi?...

    ReplyDelete
  18. Terima kasih kerana tegur saya pasal bahasa.Sebenarnya saya nak tulis secara santai.Dan sebenarnya saya bukan nak maki,tetapi nak jadikan isu ini sebagai tidak serius.Sebab tahap merapu geng Siam ini semakin serius,macam main-main pun ada.Mungkin sebab mereka tahu orang Melayu ni majoriti buta sejarah,jadi ini peluang untuk tipu orang Melayu.Dalam kes ini,poin saya ialah mereka tidak bawa sistem khalifah seperti yang diwar-warkan,TETAPI SISTEM MONARKI berasaskan keturunan.

    Tentang Beting Beras Basah,ia adalah satu ritual dalam perlantikan seorang Sultan di Perak.Ia macam adat sahaja,mengenang satu peristiwa lama.Kononnya di sini mahkota Sultan tercampak ke laut (bukan mencampakkan).Mahkota itu adalah salah satu warisan Kesultanan Melaka selain keris dan pedang.

    Nazri,saya sebenarnya pencinta Bahasa.Tetapi dalam keadaan tidak serius dan santai,saya guna bahasa pasar.Sebenarnya isu ini adalah isu terpencil.Cuma saya nak bagi contoh orang yang putarbelit sejarah dan agama untuk dapatkan takhta dan habuan dunia.

    ReplyDelete
  19. Sejak bila pulak nama permaisuri agong jd Syarifah Nur Zahirah al-Jefri ???? :-\

    "tentera upahan Portugis Islam yang bertugas mengawal Selat Melaka" ... ape kebende ni???

    Pelik tul mamat ni... ibarat membaca karya pesakit mental.... pastu bersungguh pulak nak tuntut takhta malaysia....dan terasa sedikit loya bila dia perasan kononnya surat tuntutan dia gempar satu negara. Alahai... sadisnye anak bini ko......

    Rasa2nya beberapa komentar terutama Salahaddin tu saje2 je komen panjang2 sekadar menyakat dan layankan otak si megat yang dah iras2 3 suku ni. Sebaliknya kalau Salahaddin serius dgn komennya, itu agak luar biasa. Sy x dgr lagi kes gangguan mental yang boleh berjangkit melalui internet.

    Agaknya kenapa megat leh jadi camtu ye...??? Kurang perhatian ibu bapa??? Pengaruh rakan sebaya??? Mental disorder??? Paling kurang pun ...adakah kerana tertelan biji nangka??? huhuhu.... kita nanti cik sri 'terjah'.

    Apa yg dikesalkan,kalau nak buat cite fantasi pun, x payah la menumpang glemer perkataan "Ahlul Bayt". Bikin panas je bila baca....Memang betul2 kurang ajar mendakwa begitu begini utk meraih kepercayaan pembaca.

    Amik la nama artis kalu nak glemer sangat. Megat suka perkataan star kan??? Amik nama hero Star Gate contohnya richard dean anderson ... pastu ubahlah jadi nama Nai Long Richard binti Nai Long Dean al-Anderson merangkap raja gerbang bintang sejauh Madagaskar hingga ke planet Livira... megat kan ada kemampuan imaginasi yg power.... Papepun resultnya tetap sama, tade sbb utk org siuman percaya.

    Yang pasti karyanya bertaraf fantasi luar sedar separa siuman tahap superb super saiya.

    Ntah lew.. tatau le nak komen camne si megat ni. Baik layan cite gaban z potong 2....at least x sakit hati.

    ReplyDelete
  20. nga nga nga
    heh heh heh

    mengucap panjang lebar bile terbaca menuntut sampai ke oceana.. apetah punya merapu tahap org gile, kalau pun ade genetik melayu sampai ke new zealand tak kan lah nak dakwa sampai ke sana mereka nak tuntut...

    gile babi tahap sawan peringkat akhir

    semoga ramai yang sedar dengan cite merapu geng siam ni.. lagi elok tgk barney and friends hehe

    ade juga yg nk belajar scan dgn srikandi...
    apa2 pun ia adalah gift, utk memecahkan kod normal matrix memerlukan daya minda yg tinggi
    klau silap jin akan join dan bole sesatkan minda kite.. utk melepasi sesuatu pekara kite kena bawa minda kite melepasi halang2 logik yg ade diminda

    takpe nnti boleh sambung matrix kat MF sebelum sambung alte yg terbaru.. biar mereka suspen dan menanti dengan sabar... spt mane ahli politik yg biase lakukan

    salam hormat kpd srikandi

    oracle

    hehe

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum...

    Huu...huuu...baca kisah ni teringat plk kat Mahadaya. Adakah mereka ni ada mental disoder? tertelan bijik nangka??? Ntah..tp rasanya mereka ni normal. Mungkin sebab tertalu taksub dan bangga dgn sejarah nenek moyang. Pastu iblis/setan pn ambik kesempatan le. Sapa x bangga klu ada darah keturunan bangsawan. (aku keturunan org kebanyakan jek..)

    Tapi rasanya ni smua kerja cucu-cicit nih, yg veteran2 cool jek...

    Dulu rasa syok jgk ngan blog sejarahkedahsiamislam ni bcoz aku org kedah...tapi aku suka part Hang Tuah ligan Raja Bersiong tu jek.. :):):) "Aku sapa ? Aku pak menakan hang la" kata Hang Tuah kpd Raja Bersiong. Haa..haaa...sampai la ni dok igt2 lg ayat tu. Bangga kejap aku Hang Tuah org Kedah...tp x kisah la,yg penting Hang Tuah tetap org Melayu cam aku dan rakan2 sekelian.

    Skang dh mai stargatesaiburiakubelajarkatjordan plak dah...

    Actually memang dari dulu dampai skrang ex-budak2 jordan ngan ex-budak2 mesir x ngam. Yg lain x tau la tp klu Made in Maktab Mahmud mostly itu la hasilnya. Pakat2 tuduh hang aku pro kapiaq.

    Ermm...ckp banyak plk...apa sumbangan aku ntuk Melayu, Malaysia dan Islam haa..???...Apa??? tolong promote wikileaks...????..mana ada...

    ReplyDelete
  22. tq ats jawapn srikandi...tp perkabaran yg sy dpt sblk nyer berkaitan beting nie..dikatakn kpl para pewaris kesultanan perak ini telah ditahan oleh jin yg menjaga laluan itu...klau srikandi merasakan tidak sesuai utk berbicara disini nie email sy nikz5535@gmail.com.
    kerana sy perlukn kepastian

    ReplyDelete
  23. tengah aku syiok baca artikel srikandi ni..
    tetiba terhambur gelak aku, bila sampai tang part kat bawah ni..
    mesti jiran2 sebelah dengar aku gelak..
    hahahahahaha..


    Acid Burn

    Lepas tu siap crop gambar lelaki sedang berdiri dalam satu peta Perancis dan tulis:

    "SUDAH TERANG LAGI BERSULUH GAMBAR RAJA SIAM KEDAH SYBURI MERONG MAHA WANGSA DI DALAM PETA PERANCIS 1754 M JELAS TERPAMPANG MEMAKAI SERBAN, BERJUBAH DAN BERJANGGUT"

    What's your problem?Ada tulis situ "Hai...saya Raja Siam Cadbury.Nak coklat?Ini no. tel saya 010-12345678.Call ye jangan tak call...bye..."

    ReplyDelete
  24. kesimpulannya, tak bole amik ati ngan si siam ni. dia mmg dah tiga suku. menyesal marah2 dia dulu hahahahaha...

    walimaya

    ReplyDelete
  25. "Sekian dan dengan ini di persembahkan Surat Tuntutan dari Dato' Bendahara iaitu Yang Teramat Mulia Tuanku Nai Long Kasim ibni Almarhum Nai Long Ahmad, semoga..."

    Salam,

    tgk tang ni saja dh cukup utk gelak guling-guling. Dia sendiri menjatuhkan martabat maharaja Siam-puasa dia. apa barang tok bendahara yang nak tuntut hak. hak nak jd YDP Agung plak tu. Camni Sultan bola opps!! maaf Sultan Ahmad Shah bleh bid lebih la, psl dia pon keturunan bendahara.

    Alang-alang dok kata hak keturunan tok kasim dia sampai ke timur jauh, baik tuntut seluruh dunia ni terus. yg dia nak tu pon dh dekat separuh.

    ReplyDelete
  26. salam...

    budak prodigy yg boleh bacer kod-kod sejarah yang pelik dari pelbagai tamadun tu..

    kalau x silap ..

    cik puan Srikandi betul x ??

    ilmu psikik adalah anugerah khas untuk orng-org tertentu.. yg x de xyah nak belajar ilmu psikik nie..takut jadi 3 suku....

    para pengkaji otak manusia masih merungkai misteri KUASA MINDA..

    APA PUN KUASA MINDA YANG PALING ASAS ADALAH..

    BERFIKIR SEGALA KEBESARAN DAN KEAGUNGAN ALLAH..

    artikel kali boleh dimasukkan ke majalah ujang atau majalah yang sewaktu dengannya....

    salam...

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum wrt..

    nak tanya srikandi,keturunan raja perlis hari ini tue datang dari mana ea?kesultanan perak ada raja dihilir,boleh tak terangkan?td srikandi ada cakap sultan perak satu2nya raja berdaulat,boleh tak huraikan?kalau tak silap sy la,dahulu raja yg memerintah perak dan johor adalah adik-beradik dari sultan melaka.betul ker srikandi??plzz huraikan...kalau boleh ceritakan satu-persatu keturunan raja2 kat malaysia yg ada skrg...nasha

    ReplyDelete
  28. salam Srikandi....

    :)

    betul2 terhibur... hujung2 tahun yg sibuk ini direhatkan sebentar dengan hiburan ini...

    terima kasih....

    dan sebenarnya selalu gak saya lawat blog nagara kedah dan blog sdr megat.... pernah gak bagi soalan kat mereka.... tp mungkin disebabkan nama ini tak kroni dengan mereka...

    so berhiburla dengan dongeng level Onepiece mereka.... harap2 mereka leh buat buku dongeng yg menghiburkan lagi! semoga mereka berjaya...

    ...sabo jer.....

    -abuhakeem-

    ReplyDelete
  29. Salam Srikandi,

    Pengkaji sejarah di Australia menjumpai lukisan perahu besar dari kepulauan Melayu di Djilurri rock art yang dilukis ole Aborigine sekitar awal tahun 1600an.

    http://www.archaeology.org/1101/web/aus_video.html

    Video ini terkandung dalam 5 siri... Siri 4 yang banyak khusus tentang sejarah kunjungan orang Melayu ke Australia

    http://www.youtube.com/watch?v=3dOX94qe6Zk&feature=player_embedded#!

    Harap ini dapat membantu kajian Srikandi serba sedikit.

    ReplyDelete
  30. Salam Cik Srikandi n semua...

    Wah,wah,wah....bukan men punya kutuk kat geng2 siam tu Cik Sri...sampai terbahak-bahak ketawa...
    nak kena awak ni....

    Nasib bek aku bukan keturunan siam hahaha....(tumpang gelak skali)...

    ReplyDelete
  31. keh keh... ketawa guling2 sampai merah mata dahh aku nie... xDD stop stop stop it!!! Jgn buat lawak lagi kak.... x tahan nak ketawa nie.... Masa nengok blog nagarakedat tu, lagi laa ketawa tak hengat donia... xDDD

    ReplyDelete
  32. salam prof srikandi..

    terima kasih sgt2 sbb membuka mata tentang sejarah melayu..saya nak tanya satu perkara mengenai chanelling. Saya ada baca beberapa buah buku mengenai kuasa minda. Macam kata prof byk yg mengarut. Ada buku tu pulak macam bercampur dgn spirit guidance...erk..jadi saya takut nak practice. Saya takut terpanggil geng2 setan pulak..hehe..

    mm..saya berminat nak belaja pasal kuasa minda ni tapi sbgai budak2 yg tersangat lah kurang ilmu jadi baik lah saya tanya pada sifu..boleh share tak valid resource untuk belaja mind power dan channeling ni..harap2 prof dapat membantu.

    ReplyDelete
  33. salam.....

    x silap ade bberapa lagi prodigy pelik yang ade di Malaysia..

    n antaranye mungkin beberapa individu yg telah dikenalpasti...MEREKA BERADA DI BLOG MISTISFILES..N ADE LAGI DI BLOG LAIN..

    ilmu yang ade pada prodigy nie BAGUS NTUK DITERIMA..TAPI JANGAN IKUT SEBIJI-SEBIJI MACAM MEREKA..

    kami sarankan kepada yang nak belajar ilmu chanelling nie,anda boleh belajar

    ISTILAH N CONCEPT YANG DIMAKSUDKAN PROF SRIKANDI SEBAGAI..

    CROSS REFERENCE

    prodigy nie ANUGERAH X TERHINGGA DARI ALLAH NTUK TANAH MELAYU ....ONE IN A MILLION..

    MEMANG GEMPAK DAPAT BERTEMU DENGAN ORANG-ORANG MACAM NIE..

    yg nak belajar ilmu chanelling..kami minta belajar dulu KURSUS PENGURUSAN JENAZAH...AMACAM .. .. :)

    thanx...

    ReplyDelete
  34. PERINGATAN KHAS NTUK PROF SRIKANDI..

    taraf artikel nie x sepatutnyer dengan taraf keilmuan yang ada pada prof..

    kena belajar bentuk sikap yang lebih ADIL DAN SAKSAMA LAGI..

    ANDA X SOMBONG DENGAN ILMU SERTA KELEBIHAN YANG ANDA ADA TAPI ANDA CUME TEGAS DENGAN PERKATAAN HUJAH ANDA..KAMI TERIMA ITU...

    BANYAKKAN LAGI BERSYUKUR PADA ALLAH,AMALAN KENA ISTIQAMAH,BACA QURAN..AMALAN TAHAJUD KENA BUAT SELALU OK..

    KAMI FAHAM DAN MERASAI SENDIRI BILE MANA TERPAKSA MEMIKUL BEBAN (ILMU SEJARAH )YANG SEDEMIKIAN BESAR....

    SEMOGA ALLAH DAMPINGI ANDA DENGAN ORANG-ORANG YANG LAYAK...

    oh ya..

    prof ble baca kod kod yang x terlibat dengan bahsa Melayu x??

    nak tanyer..agak-agak dari perkiraan prof, usia permulaan ketamadunan Melayu yang katanyer sama dengan kerajaan Nabi Sulaiman,berapa jarak dengan tamadun Nabi Adam...

    setakat pemerhatian prof sendiri..pencapaian tamadun lain betul ke dah pernah ade tamadun lama yang mencapai setaraf dan setanding dengan tahap pencapaian tamadun manusia hari ini..

    ble jelaskan dan maaf jika soalan tersalah...

    just nak tau..

    salam...

    ReplyDelete
  35. anon,

    terima kasih utk info cross reference.

    "yg nak belajar ilmu chanelling..kami minta belajar dulu KURSUS PENGURUSAN JENAZAH...AMACAM .. .. :)"

    terima kasih utk ingatannya..saya dah pergi kursus pengurusan jenazah tu 2 kali. 1. time skolah 2. time metriks :)

    ReplyDelete
  36. Chanelling?
    Didalam makrifah ada dua bahagian , satu qalbi dan kemudiannya fuad.

    Maka fuad itu anasirnya tanah air api dan angin, ibarat kepompong -makrifah kepada dunia sahaja, letaknya atas antara dua kening .

    Tuan pemegang Ilmu Bahasa itu dari kalangan rijalul ghaib. Pentafsiran coding-decoding 'prodigy' atas saluran batas lingkungan terhad.

    annon~

    ReplyDelete
  37. 1- pada yang suruh pergi belajar ilmu pengurusan jenazah tu diri sendiri pernah pergi ke? Jangan sekat orang lain yang berminat nak menimba ilmu.

    2- Cik Sricandy (dah terikut dari MF). Apa khabar. Saja je tanya khabar.

    3- Saya rasa ok je bahasa santai yang digunakan dalam blog ni. Kalau semua asyik nak serious guna bahasa buku teks sebab nak tunjukkan "takat ilmu", susahlah. Semua orang kena loose sikit. Santai.

    4- Tuntutan Aljefri tu mengarut. Tapi saya rasa diorang just nak cuba nasib untuk mendapatkan harta. Tengok kat dalam blog dia, bukan sahaja ada tuntutan, malah sapa yang nak beli keris pun boleh. Tak mahal baru RM9000.

    ReplyDelete
  38. 'mereka' bertaya tetang channeling ,


    jadi tukang jawab... jawablah dengan baik.


    bukan suruh kne blaja itu dulu, ini dulu...


    seolah-olah kamu tahu semua..


    'mesti' kne itu step ini aku dah lalui.. aku tahu ... hmm x boleh la begitu betul x ? :)


    lain orang lain permahaman , mungkn mereka mmg tahu tetapi ingin tahu dari pengalaman dan cara orang lain.


    mohon maaf jikalau terasa .. hanya teguran. :)

    ReplyDelete
  39. what the fuck??? oh shit!!!!....
    ..........

    ReplyDelete
  40. tetiba aku teringat. Jigs clue.

    Maka tersebutlah kisah sang kancil pergi mengadap sultan firaun.....

    -pendekar ajis bujang lapok.

    ReplyDelete
  41. salam...dgn tangan kanan :)

    bersemperna hari baik bulan baik baik sokmo,
    saya selaku pembentang kedat negara pewaris bertuah,
    langsungnya dengan kerjasama seluruh blog di malaysia (sementara mendapat nama baru berserta huruf m pada hujung pangkal later, ok!),
    badan penyiaran sedunia,
    wikileaks, wikicracks, wikibrokes,
    bakal mantan raja seluruh dunia,
    dgn ini dengan izin dipertua sekolah pagar baru : membaca tuntutan ayah menakan hang untuk menuntut seluruh dunia,
    bersamaan dgn cadangan dari seorang pengomen tadi.

    sekian tuakung,

    mohon beredar, tak baik dol aku mengutuk dgn sengaja.. :Daaaaaaa

    ReplyDelete
  42. sesekali bicara santai camni ok gak srikandi..... saya suka...... relexxxxx jer

    ok gud luk 2 u....

    ReplyDelete
  43. salam semua.
    (maafkan saya cikgu,lama saya ponteng kelas.harap cikgu tak report kat parent saya)
    celoteh srikandi kali ni,dah mcm gaya saya merepek plk.bezanya celoteh srikandi penuh dgn ilmu,merepek saya plk penuh dgn merepek semata2.haha

    ReplyDelete
  44. salam seri,

    berkenaan blog dari sulu, adakah byk persamaan dengan kajian seri , kerna menarik juga ilmu dari sulu-global.


    insyaAllah saya ada keinginan berjumpa dengan kamu semua membincangkan "apa nk hendak kita lakukan esok" .


    duduk bersama-sama orang yang punya matlamat dan visi yang jelas dari pelbagai cabang dan tampa membawa nama 'jemaah' , yang hanya adalah jemaah ISLAM yang berada didalah hati setiap insan yang ingin berjuang.


    waallahualam.


    saya tidak berkata-kata tatapi saya dalam usaha.


    insyaAllah.


    -"segan rasa menulis nick juga berkata besar camni. insyaAllah kamu tahu siapa saya. sama-sama kita berjuang dijalan masing2 tetapi Visi dan Malamat yang sama"

    "Jalan itu banyak tetapi biarlah tujuan jalan itu hanya menuju yang satu."

    ReplyDelete
  45. Cik Seri kandi,

    siapkah Pn Sharifah , ?

    ReplyDelete
  46. cik or puan srikandi,
    boleh anda bagi jawapan untuk ini

    naga emas padu,
    pontoh emas,
    helang emas padu bertenggek diats jed hijau bulat,

    'beting beras basah'

    jika benar apa yg sy lihat,masa kebenaran semakin hampir

    ReplyDelete
  47. Itu syair atau kata-kata pujangga?

    Dari mana anda dapat?

    ReplyDelete
  48. Salam.

    Apa khabar Sri?

    Saya nak tanya sesuatu yang mungkin anda tahu. Siapa Seh Malaya dan siapa Sunan Hangus?

    ReplyDelete
  49. bukan sy dpt dan bukan pujangga.
    adakah dlm kajian cik puan ader berkaitan dgn item2 ini.

    ader satu insan sdg mencari diri

    ReplyDelete
  50. Maaf,saya tidak faham apa yang anda mahu.Jawapan yang bagaimana yang anda mahukan.Jika anda berasal dari Perak sudah tentu anda tahu tentang Beting Beras Basah.Sila nyatakan dari sudut mana anda mahu saya tafsirkan nanti saya cuba membantu.

    Is,

    Sunan Hangus ini pernah hidup sezaman dengn Sunan Kalijaga,Seh Malaya ini saya tidak berapa pasti.

    Harap membantu

    ReplyDelete
  51. sangat menarik, pencarian semua telah bermula. srikandi, merah silu, anai-anai, itu nama-nama yang kita tahu kerana mereka menulis di blog... ramai lagi yang mencari sudah ada di setiap negeri. yang pasti pencariannya sama. tetapi ada di antara pencarian itu yang tersesat dan terpesong dan kita sendiri dapat lihat dari tulisan-tulisan mereka. bayangkan kalau 10 pencarian ke arah hala tuju yang sama, tetapi hanya dua terpesong ...adakah yang dua itu betul? mungkin juga berlaku sebaliknya.
    tetapi apa yang ditulis oleh srikandi telah menjelaskan banyak perkara yang diterima dari alam satu lagi. memang lumrah pencarian, setiap kali kebenaran ingin timbul akan muncul watak2 jahat yang memesongkan.

    terima kasih kepada srikandi kerana catatan srikandi banyak membantu dalam pencarian malah telah menyatukan titik salasilah yang telah putus selama beberapa ratus tahun ... jika srikandi ini salah dan hanya merapu mengapakah penyatuan nerlaku diantara pencari salasilah di johor, melaka, perak, kelantan dan pahang. semuanya telah nampak perkaitan dan cuba menyambungkan semula titik yang telah putus selama beberapa abad.
    Jika awal2 dulu pencarian berdasarkan keturunan mengatakan mereka yang benar, tetapi sekarang mereka telah beralih ke arah penyatuan satu bangsa yang lebih besar disebalik satu-satu keturunan.
    yang utara itu sebenarnya degil untuk mengakui apa yang telah terpampang didepan mata mereka.
    Ini ada satu kisah seorang rakan yang agak taksub dengan kenyataan mereka yang diutara, kata saya jangan terburu-buru mempercayainya... lihat betul-betul dan akhirnya satu demi satu bukti dari palembang, acheh dalam simpanan keluarga mereka muncul ...
    Bukan menidakkan apa yang mereka cari, mungkin apa yang mereka cari itu, agak terpesong ..kerana kelihatan hanya mereka yang lain dari pencarian2 di setiap negeri sedangkan bukti yang besar ada terpampang di negeri mereka sendiri. Bayangkan gajah yang besar ada di depan mata tetapi mereka masih ingin mengalih pandangan ke arah yang lain ....

    ReplyDelete
  52. sang adiputra, ratu sri kenchana, ahmad sajid, nur hussein & puteri adawiyah nur ridhana.

    Off topic japs.. Hehe..

    Keep up the good works, seri..

    ReplyDelete
  53. Smua org sedang mencari diri skrg...betapa kita hidup dlm zaman yg tanpa kita sedari dlm masa kurang daripada 5 tahun sahaja terlalu banyak perubahan berlaku...sosial umat islam semakin teruk, bukan hendak ujub atau riya' kerana sy sendiri tidak sempurna ,cuma mengingati sesama kita. Sedihnya sy ketika pulang ke ibu negeri bergelar serambi mekah. Muda-mudinya hancur rosak binasa. Yg mmg tak smua rosak tp dr pandgn sy mrk lebih mendhului muda-muda ibu negara kita.Kembali tegakkan tiang agama yg semakin runtuh. Ayuh sahabat2 ku. Kerana hanya ini dpt menyelamtkan kita. krn hidup diakhir zaman bg org yg ingin megikut jln yg benar bagai berjln diats bara api.
    Selama ini aku hidup dlm kepompongku sndri, bersama teman dan keluarga yg sejlnku. namun bila ku lihat hidup sahabtku diluar sana,aku sedih, inikah yg kita gelar umat Islam. krn drpd 1000, 999 akn ke tempat yg smua org tak ingin pergi. layakkah aku,atau kamu, atau kamu untuk jadi yg 1.

    dan trima kasih kpd cik sri..coretan beliau sangt mencerahkan jln sy untuk mengenal jati diri.

    krn tak kenal maka tak cinta,
    tak cinta rosak binasa.

    ttg item yg sy sebut terdahulu cuma ingin ketahuan jika dlm kajian cik sri ader terjumpa akn info2 tentangnya.

    ReplyDelete
  54. Pencarian itu FITRAH, mau bersifat duniawi atau akhirah, mau ghaibiyyah atau zahiriyyah. Kerana cahaya CINTA.

    Kira sudi CSK, minta kami kamu susunlah akan jawapan bagi Silsilah para Raja, dan bagaimana satu-satu bangsa itu mengangkatnya, qawaid penggantiannya, bagaimana saling terkait aqaid sosial seluruh institusi di muka bumi ini. Hingga lah mengaitkan jurai benih mana yang jatuh ke rantau ini, dan bertembung dimana dengan jurai benih cahaya alam.

    Ketika mana lelaki itu berdoa baginya kerajaan yang tiada UMPAMA selepasnya seorang pun jua. Ketika seorang anak nelayan ingin menjadi isterinya. Ketika isteri yang datang tunduk bawah takluknya berdoa agar sekian anak cucunya menjadi benih gahara

    ReplyDelete
  55. Jua kamu susunlah jua akan jawapan kisahnya dari selepas Adum, Adam jadi bapa, kembang pecah dari satu jadi dua, kembang pecah jadi berbilang berbangsa bangsa. Dari bangsa pertama, hingga apa sedia . Jawab manakah susunannya , bangsa melayu kita.

    ReplyDelete
  56. salam buat cik sri.....
    saya mahu cik sri komen sikit tentang blog kesultanan sulu...
    apa pendapat cik sri...
    apa resonalnya melayu pada pandangan dia dari turunan tausug????
    _tolong buat pencerahan.....

    tolonglah....

    ReplyDelete
  57. nanti saya ulas ya...sabar

    ReplyDelete
  58. hikayat naruto??wahahahaha
    hikayat ni cerita pasal tamadun konoha ke?kakakakaka

    srikandi......biarla diorg tu....karut je lebey....phuii
    all da best 2 u....;-))))

    ReplyDelete
  59. srikandi, give me your email or i give you my email...sya nk berbncang dgn awk...hanya kita brdua...firadiyana@yahoo.com

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikum wbt.

    Saya hendak mewarwarkan satu konvensyen iaitu Konvensyen Kejatuhan Empayar Melayu Melaka 1511 (KEMM 1511) bersempena 500 tahun kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka yang gagah nan perkasa itu.

    Konvensyen ini bertujuan untuk menyedarkan Umat Melayu Islam akan jatidiri mereka yang asalnya dari bangsa yang gagah, hebat dan terbilang. Mereka melemah akibat dari penyelewengan sejarah dan agenda barat.

    Konvensyen ini dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

    Bertempat di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) bertarikh 29 Januari 2011.

    Maklumat lanjut boleh didapati di:

    http://kemm1511.net/melaka/

    Moga dapat disebarkan kepada teman teman yang lain.

    "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat"

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  61. tq cik sri.....
    saya rasa cukup cerah pasal kes tausug 2
    saya dah agak ada sesuatu yg x kena bila dia kata queen dr british 2 kaum dia...
    lagi satu saya tengok gambar masa naikkan bendera sulu 2 cuma ada bebudak-budak ja.... betul ka diorang nie...
    bina negara cam main-main ja...
    apapun dah cerah....
    tq...

    ReplyDelete
  62. saya nk tnya lah adakah tuntutan Raja noor jan shah itu salah ? or ada muslihat yg seri tau,,,mgnkin leh jelaskan,, yg saya dapat tau yg beliau mmpunyai harta yg bnyak dalam bentuk sijil2 emas dari kerajaan lama...dimanakah salah tuntutan beliau ?? tlong saya untuk fahami lebih dalam... or emailkan ke daud_jihad@yahoo.com

    ReplyDelete
  63. assalamualaikum Cik Seri Srikandi,
    di dalam entry ini menampakkan sifat ceria kamu, amat bercahaya dan berseri. So because of that loveliness, this is for you.. http://youtu.be/RS_ux2H473I
    my 2nd gift to you. untuk menghiburkan hati saudari, hanya kerana Allah Ta'ala. (mb_aa.ampuzzler)

    ReplyDelete
  64. Sejarah adalah keadaan..sejarah kejatuhan melaka apakah akan berulang?. Pengulangan sejarah apakah berlaku? Syria,iraq,iran dah mengulangai sejarah baghdad dan hulagu,apakah mungkin berulang dimalaysia? Hahahahahahaha

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore