Monday, February 7, 2011

Hikayat Naruto 2


Hikayat Naruto 2







Ok,kita berhibur lagi dengan hikayat Naruto oleh Asreesulu.Kali ini beliau cuba untuk merendahkan sejarah Melayu dari segi bahasa.Modal yang digunakan tetap sama,MENAFSIRKAN BAHASA DAN TEMPAT-TEMPAT MENGIKUT PANDANGAN/LOGHAT KAUM SENDIRI.Padahal kita tahu bahawa kaum Tausug lahir dari asimilasi pribumi Kepulauan Sulu dengan orang-orang Melayu.Islam dibawa ke Jolo pun daripada Orang Melayu keturunan Arab-Johor.Jadi sudah pasti bahasanya dicedok dari BAHASA MELAYU sebagai lingua franca Asia Tenggara dan bahasa standard perhubungan dan perdagangan kaum-kaum Austronesia.Tetapi Asreesulu berdegil mengatakan bahasa Melayu berasal dari bahasa Tausug.Apakah Tausug?Ramai yang tidak kenal Tausug ini.Emperor China pun tidak kenal nama ini.Tetapi nama 'Mo-lo-yu' memang ada dalam rekod Emperor China.Portugis dan Belanda pun kenal nama 'Malayo'.Namun catatan Portugis yang dibangga-banggakan oleh Asreesulu yang kononnya menceritakan tentang Tausug TIADA PUN MENYEBUT 'TAUSUG'.Yang ada ialah Visayas,Luzon,Lucoes atau Malayos.Kita kena faham,bahawa etnik-etnik Filipina juga berbagai-bagai dan Tausug adalah salah satu daripada sekian banyak suku-suku Filipina.Bukan semua etnik-etnik ini namanya Tausug.Kaum Ati,Kepampangan,Pengasinan,Visaya dan lain-lain bukanlah Tausug.Bahasa Tagalog bukanlah bahasa Tausug.Lain syeikh...Asreesulu boleh kencing budak-budak sekolah dan mereka yang buta sejarah tetapi bukan SAYA dan mereka yang faham sejarah Filipina.Nama Tausug itu sendiri hanya muncul sekitar abad ke-20 sahaja.Asreesulu jadi bangga sebab ada Kesultanan Sulu,itu sahajalah modalnya.Itu sahajalah kerajaan kaum Tausug yang ada.Jadi memang tidak padanlah nak banding dengan sejarah pengurusan orang Melayu.Orang Melayu bina berpuluh-puluh negarakota (city-states) yang pada hari ini menjadi negeri-negeri Melayu dan kerajaan-kerajaan bersifat empayar seperti Sriwijaya,Melaka dan Johor-Riau.


Peminat sejarah Melayu,anda boleh belajar bagaimana untuk menepis hujah-hujah 'nyamuk' yang cuba mahu menacapkan muncungnya pada kulit gajah atau seluar jeans jenama Levi's.Anda tak perlu pening.Hujah beliau akan patah sendiri atas 'point of view'nya yang berdiam diri di dalam tempurung dongeng Nabi Adam a.s turun di Jolo.Sebab itu saya mahu bertanya Asreesulu,bagaimana pula Nabi Adam mahu bertemu Siti Hawa di Padang Arafah?Naik kapal?Ya?Naik UFO?

:D


Cuba untuk menyerang sejarah Melayu bersenjatakan teori bahasa?Memang silaplah,kawan...

Dalam link ini=http://tausug-global.blogspot.com/2011/02/keagungan-kepincangan-dunia-melayu.html,Asreesulu cuba untuk 'downgrade' bahasa Melayu.Mula-mula beliau mengaku tanpa Malayu,Sulu tidak akan menjadi seperti hari ini (mungkin masih berburu dihutan-hutan atau menyerang kapal-kapal seperti yang terjadi di Somalia),namun selepas itu cuba-cuba untuk mencucuk kulit gajah sejarah Melayu dengan menggunakan lalang.Hai...nak jugak...

Macam biasa,kita petik...jangan tak petik:

"Inilah kepincangan yang melanda Melayu yang kehilangan punca. Dengan mengklasifikasikan bahasa Melayu lama yang ditulis dalam tulisan Sanskrit yang juga bernada Sanskrit itu sebagai BAHASA MELAYU PURBA (bahasa kitab kuning dipanggil Bahasa Klasik dan bahasa Melayu hari ini sebagai bahasa moden) maka apa pula istilah bahasa Melayu sebelum muncul Bahasa Melayu Purba? Ini memerlukan kerja keras secara bersepadu mengkaji dari mana asal bahasa itu diambil. Kajian linguistik bukan sahaja pada Sistem Numeral (angka) tetapi perlu mengkaji adat budaya, sifat dan sikap sesuatu bangsa. Sebagai contoh Prof. Nik Safiah Karim walau pun beliau seorang Melayu Kelantan namun telah berjaya menyenaraikan bahasa dan pengucapan Bahasa Sulug dengan tepat malah lebih tepat berbanding sebutan Sulug sendiri. Jurnal linguistik beliau telah berjaya membuka minda dan menambah pengetahuan kami terhadap bahasa Sulug tidak lama dulu"

Ulasan:

Apa pula istilah bahasa Melayu sebelum muncul Bahasa Melayu Purba?Bahasa Melayu Proto,Bahasa Melayu Kuno,Bahasa Melayu Pra-Purba,Bahasa Melayu Awal bla...bla...senarai akan berterusan.Pilih saja nak yang mana.

Itu hanya istilah ahli linguistik sahaja berdasarkan bukti bertulis.Apabila dikumpulkan bukti bertulis seperti prasasti dan manuskrip maka boleh diketahui perubahan-perubahan dari segi gaya bahasa dan istilah.Istilah sahaja syeikh...yang PASTI BUKAN BAHASA TAUSUG yang hanya muncul sekitar abad ke-15.Manuskrip pun tiada,prasasti lagi tiada.Lepas itu curi tulisan orang Visaya pula tempel label tulisan Tausug.Ambil istilah tulisan Bugis 'Lontara' dan gabung dengan 'Sug' jadi Luntarsug.Asreesulu dan Neldy Jolo pun 'mencipta' tulisan baru hasil rompakan tulisan kaum-kaum Visayan,Kapampangan dan lainnya.Saya kadang-kadang kesian dengan mereka ini.Pada sesetengah bahagian,Asreesulu mengaku kekurangan kaumnya dari segi tamadun dan kemajuan dan mengaku lemah berbanding tamadun Melayu,namun selepas itu,bila naik syok menulis secara tiba-tiba jadi 'gila' mendakwa itu dan ini.Dari kaum yang banyak menumpang budaya dan sejarah kaum lain bertukar menjadi 'super race' pula.

Usaha menyenaraikan istilah bahasa Sulug pun orang Melayu yang tolong.Kemudian tiba-tiba kata bahasa Melayu berasal dari Sulug.Betul-betul seperti melepaskan anjing tersepit.Sebab itu Asreesulu bangga kononnya kaumnya suka merompak kapal-kapal,melanun,bunuh orang,culik orang dan dijadikan hamba.Asreesulu bangga kaumnya memperhambakan manusia.Agaknya sebab itu kaum Tausug di'bala' Tuhan sampai terumbang-ambing sekarang.Tetapi bangsa Melayu,Tuhan makmurkan sampai hidup aman mewah pada hari ini.Orang Melayu tidak keluar dari bumi Malaysia mencari sesuap nasi dinegara orang lain,TETAPI ORANG LAIN TERHEGEH-HEGEH DATANG MALAYSIA CARI SESUAP NASI.Tiada sebab orang Melayu mahu keluar Malaysia terhegeh-hegeh cari nasi sebab buminya dilimpahi rahmat dan berkat.Orang Tausug pun terhegeh-hegeh menyempitkan bumi Sabah sampai orang Sabahan naik marah.Bila disumbat dalam Rumah Merah,disebat dan dihalau keluar...mak aii..MARAH PULA.Pergilah korek EMAS SULU yang katanya sampai kiamat tak habis tu.Cakap berdegar-degar tapi habuk pun tarak.

Petikan seterusnya,ialah bermulalah modal yang asyik digunakan,iaitu mendakwa ISTILAH-ISTILAH MELAYU BERASAL DARI BAHASA SULUG,padahal bahasa Suluglah yang mencedok bahasa Melayu dan disesuaikan mengikut lidah Tausug.Sejarah bahasa Melayu lebih tua dari Tausug.Orang Sepanyol nak berbincang dengan ketua-ketua tempatan di Luzon,Visaya dan Mindanao terpaksa mengambil orang Melayu sebagai orang tengah.KENAPA?SEBAB HANYA BAHASA MELAYU YANG MAMPU DIFAHAMI OLEH SUKU-SUKU KAUM FILIPINA TERMASUK TAUSUG.Kenapa tak gunakan orang Tausug sebagai perantaraan?Kononnya bahasa Sulug adalah bahasa asal-usul Kepulauan Filipina malah asal-usul bahasa manusia termasuk Nabi Adam.Siapa nak gunakan bahasa Sulug?Kalau gunakan bahasa Sulug,Sultan Sulaiman,raja Luzon pun tak faham.Lapu-Lapu pun tak faham (Lapu-lapu didakwa orang Tausug).Jadi orang Eropah terpaksa gunakan orang Melayu sebagai perantara kerana BAHASA MELAYU ADALAH INDUK BAHASA SUKU-SUKU AUSTRONESIA DAN LINGUA FRANCA.

Hang Tuah pun didakwa dari Tausug dan perkataan 'Hari' pun dari Tausug.Tiba-tiba terselit hasil kajian saya tentang Hari/Heru.Sungguh memalukan.Rompak kajian saya kemudian diselewengkan.

Saya begitu hairan mengapa Asreesulu begitu memandang hina pada Orang Laut dan Bajau.Selepas sering buat kenyataan bahawa orang Melayu berasal dari Bajau dan Orang Laut.Padahal kaum-kaum itu memang mengadaptasi bahasa dan budaya Melayu sama seperti orang Tausug.

Saya cabar sekali lagi,tunjukkan prasasti atau manuskrip yang menggunakan tulisan Luntarsug atau berbahasa Sulug.Orang Bugis yang dihina oleh Asreesulu pun punya La Galigo,takkan bangsa 'super race' macam Tausug tidak ada manuskrip langsung.Pelik.

Kononnya Tausug kaum yang 'berbangsa' atau 'bangsawan'.Kaum yang punya tamadun mesti ada bukti bertulis.Kalau tidak mengaku sajalah,awak menumpang sejarah Melayu dan puak-puak Visaya.


(Kandungan artikel ini bukan bertujuan menjatuhkan imej kaum Tausug.Bagi orang Melayu,orang Tausug adalah sebahagian rumpun Melayu Nusantara dan saudara SeIslam.Artikel ini lebih untuk menyentuh tulisan Asreesulu yang gemar menghina kaum-kaum nusantara lain)


~Srikandi.

29 comments:

  1. Sekarang ni, orang2 berbangsa Tausug menggunakan bahasa apa?

    ReplyDelete
  2. Andaian saya Sulug,Tausug, Orang laut, Urak Lawu, Bajau dan seumpamanya adalah keturunan panglima laut pengikut setia kepada keturunan gahara titihan Srivijaya yg tak mau tunduk pada ketrunan Bugis apabila keturunan terakhir keturunan Sultan Melayu Johor melepaskan kuasa pada Temenggung Bugis yg setaraf dengan mereka saja....mereka berserak diseluruh Nusantara tak mau bersahabat dengan portugis dan mau tunduk pimpinan Johor Riau yg bukan turunan Srivijaya.....betul tak Asree

    ReplyDelete
  3. salam

    makin saya kenal dan faham asal usul bahasa melayu, makin byk bukti "hidup" yg saya temui utk melayakkan bahasa melayu sbg bahasa lingua franca zaman berzaman. ia bahasa yg sgt fleksible ttp masih utuh dr segi asasnya sehingga kini terutama di tanah melayu.

    dek kerana ia sgt mudah diadaptasi mengikut keperluan etnik2 atau kaum yg mahu menuturkannya, sampaikan ada org melayu sendiri berlidah pendek cakap slang cino atau berlidah berlipat cakap slang omputih macam iklan raya adibah nor jadi pemandu teksi tu.

    saya suka memerhati etnik2 lain bertutur dlm dialek masing2 bila bertemu sesama mereka terutama yg datang dr negara seberang - mak aiii...suku patah pun saya tak faham, tapi semua org boleh bertutur dlm bahasa melayu dgn mudahnya.
    saya juga suka tengok saudara senegara kita org india berbual dgn org cina dlm bahasa melayu - it's so cute and amazing...
    so encik asreeSULU terpaksa menerima hakikat bhw bahasa melayu adalah bahasa induk nusantara.
    saya tak pernah pun dengar dialek tausug ni...dan mungkin saya sendiri tak faham dielak tersebut.

    ReplyDelete
  4. asreesulu hanya memalukan suku kaum tausug saja!!!! byk bermimpi dgn cerita karutnta!!! menyampah saya dibuatnya!!
    sya sdri ble bertutur dlm bhsa tausug...tp moyang sya adalah bugis makasar yang berhijrah ke sulu.. tausug bagi sy adalah rumpun melayu...
    mengkaji sejarah konon... mabuk ka asreesulu??

    ReplyDelete
  5. tadi tengok awani astro. bincang pasal penemuan tamadun manusia usia sekitar 1.83 juta tahun berdasarkan pentarikhan karbon di bukit bunuh perak. tamadun lebih tua dari afrika dan di georgia. bakal merubah sejarah dunia..cuba bagi komen ckit.

    pasal tausug biaq pi la. Datu akjan kebanggan orang sulu mengaku sultan sulu minggu lepas. kecoh satu sabah.

    ReplyDelete
  6. Jiraya,itu cerita dua tahun lepas.Dr. Mokhtar Saidin yang menemuinya saya memang kenal.Saya tidak hairan dengan tamadun di sebelah Kedah dan Perak.Sebab memang tamadun kita yang paling tua.

    Cuma sekarang saya mahu bermain-bermain dengan Encik Asreesulu.Menyeronokkan.Bikin dia panas lagi.

    Dalam artikel terbaru dia,ada sebut pasal saya dan artikel saya di MF.Bukan main hangin lagi dia :DDD

    Suvarnadvipa adalah Sulu?Lawak-lawak.Tiada prasasti atau manuskrip yang menyebut Suvarbadvipa ialah Sulu.Tetapi dalam manuskrip Atisa,sami Tibet yang melawat Sriwijaya menyebutkan Suvarnadvipa terletak di Sumatera.Nak saya ulas manuskrip Atisa?Beres!

    ~Pemusnah Musuh-Musuh Perwira

    ReplyDelete
  7. Anon February 13, 2011 10:10 AM,

    Anda orang Tausug ya?Terimakasih kerana bertandang.Saya harap anda maklum bahawa saya menegur Asreesulu sahaja.Kaum Tausug tetap sebahagian saudara SeIslam orang Melayu,tidak lebih tidak kurang.

    Namun Asreesulu telah mengambarkan orang Tausug sebagai lanun,perompak dan suka menghambakan manusia.Ini ciri-ciri barbarian.

    ~Srikandi

    ReplyDelete
  8. saya membesar dengan bertutur bahasa tausug dan melayu..keturunannya asalnya dari makasar,menetap disulu..saya dilahirkan di sabah,datuk dan bapa saya juga dilahirkan disabah. kami mengaku melayu!! datuk dan bapa saya ada menyimpan banyak buku agama, bahasa dalam buku tu 80% bahasa melayu dan hanya 20% sahaja tausug..bapa saya cakap kandungan buku2 tu semua asalnya moyang saya yang punya..
    saya selalu jenguk blog asree, sangat lucu baca blognya.. memalukan sangat! untuk pengetahuan cik srikandi, saya peminat setia blog mistisfile..ehe

    pada pandangan saya, tausug adalah campuran pelbagai kaum yang datang menetap di kepulauan sulu..dan nama tausug sendiri diberi oleh orang melayu..
    sangatlah benar jika asree mengaku tausug sebagai barbarian. pada pendapat saya penduduk di sulu sebelum zaman kesultanannya yang diasaskan oleh orang melayu memang tidak bertamadun. sekarang ni pun masih tidak bertamadun!!! hidup dalam bala' tuhan..berbunuhan dan bermusuhan sesama sendiri, masih mengamalkan kepercayaan2 karut.
    banyak lagi yang saya nak jelaskan tapi mals nak layan..
    untuk pengetahuan cik srikandi, perjuangan asree dan sekutu2nya pun banyak ditentang oleh tausug di sulu dan di sabah..
    nak kaji sejarah konon, belajar cara mengkaji sejarahlah dulu asree!!! tak layak pun asree ni jadi pengkaji sejarah!!
    terima kasih pada cik sri sebab menegur asree yang memalukan tausug..

    ReplyDelete
  9. da 2 tahun rupanya penemuan di bukit bunuh tu. dulu masa kat U minor antropologi. minat gak kajian manusia ni. teori paleolitik neolitik tu semua memang mengarut. ora putih ramai xsokong tapi org kita ramai pulak sokong.

    sy pun dok sabah. orang tausug ni mengaku ada kaitan dgn org bugis. xtau la btol ke tak. ada org sulu simpan kad keahlian rakyat kesultanan sulu. ada yg kena tangkap polis. jadi kes mahkamah. org bajau palauh pulak mengaku satu keturunan dgn org kuala di gelang patah johor. muka xda beza langsung. ni pun xkaji lagi.

    ReplyDelete
  10. emmmm....menarik sangat isu yg dketengahkan...mana sambungannye...

    ReplyDelete
  11. Saya ni pun ada berketurunan suluk juga. suluk+bajau. saya kurang bersetuju dengan asree moro ni. bg sy:

    1. org suluk adalah SEBAHAGIAN rumpun melayu. tak tau lah mcm mana asree tergamak tesiskan teorinya sampai melayu jd sbhgn suluk.
    2. asree cuba sulukkan semua etnik di selatan filipina. seolahnya semuanya ada berkaitan dgn sumbangan org suluk. sikit-sikit suluk..suluk oh suluk.
    3. apalah sgt mau dibanggakan sejarah yg agung kalau realitinya mcm habuk dan buih. skrng ni d sabah sdiri, bnyk msalah jenayah dan pati yang tidak beradab pun berpunca dari org suluk. bukan mau menghina bangsa sendiri tapi nilah hakikatnya.
    4. tidak kurang juga yang bersekongkol dgn ejen2 asing, berjuang atas nama agama dan bangsa konok....haprak
    5. jgnlah buang masa dan tenaga kaji antropologi sampai menggelincirkan kesatuan akidah. sbg org islam, biar kt kaji antropologi @ sosiologi utk kuatkan lg akidah kt dan kesatuan sama2 rumpun melayu. tp yg d bawa asree ni bersimpang siur.

    ok lah, bnyk lg mau d bg tau tp nanti jak.

    assalamualaikum.

    ReplyDelete
  12. Sy sambung entri sy yg atas ni..

    FEBRUARY 26, 2011 8:13 PM

    1. asree ni satu contoh model mcm mana orang yg bukan ahli dlm sesuatu bidang menjabat bidang tersebut..ada satu lg contoh yg mcm blog, yg org siam tu..habis di siam kan satu nusantara..

    2.ni baru dlm bidang sejarah belum lg dlm bidang ilmu lain. bertumpuk-tumpuk orang-orang parasit ni. bukan bidang ilmunya tapi pandai-pandai masuk mangkuk orang lain.

    3. sama lah dengan segelintir ahli-ahli hadis yg pandai-pandai mengulas isu fiqh walhal langsung tiada belajar bidang fiqh. lain lah kalau bidang hadis dan fiqh kedua-dua sekali dibelajar.

    4. barangkali kalau orang ni mengkaji isu bidang biologi, tidak mustahil manusia ni boleh dikatanya berasal dari beruk.

    5. tidak tau lah apa lg mau cakap, memang dunia sudah mau kiamat.

    6. sama2 kita perbaiki usaha iman dan tauhid. jgn ikut org yg bawa haru biru dan pecah belah mcm "mata satu hijau" dan "mata satu biru". sendiri mau pikir.

    7. islam hanya akan naik dgn kekuatan iman dan tauhid. org yg beriman yg memperjuangkan islam adalah org yg kenal dan arif akan Tuhannya dan tipu daya musuh-musuhNya..bermula dari musyrik, kafir, munafik dan akhir sekali fasik.

    wallah a'lam. assalamualaikum!!!!

    ReplyDelete
  13. salam Sug.... inilah assobiyyah membuat dongeng kebathilan atas nama bangsa...

    takutlah kepada Allah. kelak atas setiap perbuatan. sedih dengan sulug di Jolo yg masih terinaya dengan amalan syirik kerana cintakan dunia.

    bang kami dumapit ha tausug sabah.bang sila sukutun giikan kagiikan da isab kami...

    ReplyDelete
  14. queen elizabeth pun di sulukkan oleh si asreemoro..alahaiii macam mana la kita ini...mau kiamat sudi ini

    ReplyDelete
  15. salam, tuan/puan/cik, saya baru beberapa hari ini membaca kembali berkenaan sejarah melayu yg berselerakkan di beberapa blog... terakhir lebih 25 tahun dulu iaitu ketika zaman sekolah...

    Alhamdulillah, umumnya hebat dan berkat bangsa melayu ini walau banyak versinya, bahkan sebahagiannya bersalah-salahan...

    masing-masing menyiarkan versi merekalah yang lebih tepat dan benar... namun masing-masing akui bahawa sejarah melayu ini banyak diselewengkan / disembunyikan oleh DAJJAL "bangsa/pertubuhan/konpirasi asing" DJINS yang berkepentingan agar bangsa melayu kekal kabur akan sejarah asal-usul kegemilangan bangsa melayu sendiri...

    saya berpandangan para sejarawan dan pengkaji sejarah melayu itu haruslah ;
    1. berusaha merungkai bukti sahih-fakta sejarah melayu ini dgn sifat IKHLAS dan BENAR dan berjuang mereka kerana Allah,
    2. carilah persamaan yang menuju kesejahteraan dan keselamatan,
    3. jauhilah perbezaan yang menghampiri permusuhan dan pertelingkahan sesama sendiri,

    saya jua berpandangan adalah lebih penting dan utama agar anak bangsa melayu-ISLAM agar mempersiap-sediakan diri dan keluarga utk menghadapi 'cabaran-dugaan-ujian' masakini dan akan datang...

    muga tuan/puan/cik, para sejarahwan dan peminat/pengkaji sejarah melayu senantiasa dirahmati Allah dalam usaha-juang kalian, insyaAllah

    wassalam,
    ibnutamin albanjari aljawi
    aswj, bersama berkasihsayang, meraikan cinta, menyebarkan salam

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Cik Siti,

    Macamana saya nak access ke mistisfiles ye?
    sya peminat blog mistisfiles.

    - parti jahat -

    ReplyDelete
  17. Hang Tuah dan Hang Jebat keturunan Orang Asli

    ReplyDelete
  18. Hehehe..gelihati baca respon balas srikandi terhadap artikel asree. Mmg betul lah tu, kalau nak menuntut suatu sejarah tu milik suatu kaum tu, paling tidak kenalah ada bukti sahih. Kalau tak, susah lah nak percaya kan. Hehehehe

    ReplyDelete
  19. kelmarin, orang siam, nama seri neng buah diwawancara kat rtm, cerita ttg 3 fasa orang siam di tanah melayu iaitu zaman kerajaan gangayu???, temasik, ayuthia kmdn zaman sebelum perjanjian bangkok, kmdn zaman sekarang ini...

    yang peliknya, yg geng siam ni buddha, yang si 'NAI' pula siam islam, apakah raja pemerintah siam itu beragama islam sedangkan rakyat kebanyakannya buddha???

    orang siam ni bahasanya bahasa thai ke? adake bahasa asli siam?

    bila pula ya m.o ke, hermit ke, srikandi ke untuk memperjelaskan sejarah melayu ini secara yg lebih terbuka kepada seluruh rakyat malaysia dan dunia umumnya... kaitan hubungan orang siam dan malayu dialam melayu...

    guna kaedah panglima 'ninja' ya srikandi, dibalik tabir mayang mengurai?

    wassalam
    marengJulak

    ReplyDelete
  20. Kesiannya org tausug kemukakan teori abis kena kutuk oleh bangsa melayu yg komunitinya cipot shj. Ramai lagi bangsa.

    Kepada tausug yg membaca blog ni, klu mau berhenti d hina baliklah ke negara asal sendiri dan janganlah perjuangkan Islam lagi yg telah memusnahkan generasi bru skunk ni atas perjuangan org2 tua tedahulu mau menjaga Islam. Akhir umat islam dan negara islam jiran sendiri yg menghina dan memusnahkan tausug sendiri.

    Aku dah 3 kali kena halau kat SABAH. 3 kali kena halau tu, ndak serik lagi mau masuk kan, sebab lebih baik tinggal secara tidak sah berbanding diperintah dibawah kuasa christian. Rupa2nya lebih baik hidup ngan christian berbanding umat islam sendiri. Marilah para tausug kita masuk christian berbanding islam. Tiada makna lagi kita mempertahankan islam yg dianuti oleh org2 tua kita, akhirnya kita generasi baru yang musnah.

    Para tausug, datanglah ke mana-mana gereja d Zamboanga.
    God bless we all, Tausug. The true of Jesus Christ.

    ReplyDelete
  21. Apa yang merepek ni.Takkan pasal saya kritik teori 'jatuhkan kaum lain,naikkan kaum sendiri' anda nak masuk Kristian pula.Iman bukan boleh buat main,macam biskut Chipmore,kejap on kejap off.Dendam dengan saya dah boleh goyang iman?

    :D

    C'mon la...cuit sikit dah nak murtad.Macam ni lebih baik jadi lalang.Sebab lalang takkan dipersoalkan diakhirat.Nanti kalau ditanya di akhirat nanti,kenapa kamu keluar dari agama Allah?Jawabnya,sebab Srikandi buat saya marah dan sedih.Sebab kena halau dengan kerajaan Sabah.Dah 3 kali halau.Sedih.

    Pasal itu je?Coward.

    Lawaklah. :D

    Pergilah masuk Kristian bergabung dengan bangsa Moro.Moro tu nama yang diberi Sepanyol,sebagai menghina orang Filipina.Walaupun masuk Kristian.Saya tahu sejarah kamu sebelum dikristiankan Sepanyol dan jadi 'half Spaniard,half Austronesia'.Nama2 pun ambik macam nama Latin.Wannabe la tu.Takde identiti.

    Kalau balik negeri Sulu,kan best.Kan dah ada sultan sekarang?Apa yang nak merepek masuk Kristian pula?Dapat nikmat Islam dan kekalkan identiti sebagai salah satu suku Nusantara yang gagah berani,ini tidak,nak masuk Kristian pula,kan dungu tu...lepas kena baptis mulalah ambik nama Sepanyol,Ferdinand...Gloria...Rosalinda...hilang identiti...

    Jadi macam kami...kekalkan tradisi sultan,kekalkan wilayah,kekalkan identiti...DAN YANG PALING PENTING..KEKALKAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN YANG SATU.ALLAH S.W.T.Pemilik jiwa saya dan semua manusia.

    Belajar macam mana kami bina empayar dan survive dari penjajahan.Kalau Melayu Brunei dapat kalahkan Sepanyol dalam Perang Kastil dan lain2,kenapa tidak kamu?Belajar..jangan nak merepek-repek.Inilah punca kamu dijajah oleh Sepanyol.Nama negara pun ambil nama raja Sepanyol,pehal?

    Tukarla nama sendiri.Dah merdeka berapa tahun?Pelik.

    (cara saya tegur memang kasar,sebab saya tahu orang Nusantara ni kena ketuk,baru tersedar)


    ~SK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bukan sulu itu otang tagalog yang letak nama spanyol.. sulu mana ada letak nama spanyol.. jangan memandai

      Delete
  22. Betul2 cik seri.. :)

    ReplyDelete
  23. I have rad sso many articles or reviews concerning the blogge lovers except this piece of writing is actually a fastidious paragraph, keep
    it up.

    ReplyDelete
  24. Nama pun sejarah edentiti sulu dihapus.. Yg pasti kebenaran kelak akan kita tahu bangsa siapa yg benar menegakkan keadilan.. Lamabat atau cepat je.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. tausug = suq= sulug = sooloo=sulu=sulu archipelago
    Sabah call suluk = sulug is tausug now philipines call tausug = bangsa moro sulu jolo=holo tausug/sulug/sulu/suluk this is call for tausug language SALAAMUN PARAHA KAYMU meaning
    GOOD LUCK TO YOU
    Do you think kitab TAURAT = TAUSUG !!!!???????
    Tausug language KITAABA meaning LOOK AT THIS
    Tausug language YAASUWU meaning CONVEY SOMETHING OR
    TELL ME
    Tausug language USUWAHA meaning ASK SOMETHING

    Munkin juga takpe sekadar mengkaji

    ReplyDelete
  27. Belajar bahasa suluk/sulu/tausug

    Yadtu ra san didtu = dekat sana juga tu
    Kita'a ba = tengok,lihat
    Kitaan ta man = kita lihat nanti
    Arap pa'ka in = arah kemana
    Diara'a san siyn lahasia ku = sepupu aku tu yang bawa
    Ma'ukab mu ka = awak boleh buka tak
    Ukawa ba = bukakan
    Ya'un na sila = mereka dah sampai
    Na ka kadtu kau pa hula amu siyn mataud ta'u = kau ada pergi ke negeri yang dipenuhi orang

    Ma banus in maanusia grabi in banus = terlalu ramai manusia sangat ramai.
    Bissarahun mu atawa bissarahan ku na = kau nak cakap atau aku yang cakap.
    Asawa ku yan = isteri aku tu
    Bana ku yan = suami aku tu
    Ha ruhul bayan = dekat hujung tu
    Unu in baita nia = apa yang dia bagi tahu
    Unu in diara mu = apa yang kau bawa
    Kakitaan mu = kau nampak
    Unu in nakita mu = apa yang kau nampak

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore