Kali ni Srikandi nak ulas sikit pasal filem HMM yang dibikin oleh KRU Studios.KRU ni dulu penyanyi lagu rap seangkatan dengan 4U2C.Ni apa yang Srikandi kaji sendiri sebab zaman tu Srikandi kecil lagi.Tapi Srikandi ingat lagi lagu Awas dan Mengerti.Bayangkan masa lagu rock dah mula mencapai tahap leleh,tetiba ada lagu macam Mengerti tu.Tetiba keluar 'industrial remix' ditengah-tengah pop dan rock leleh.Agak gempar juga kan.
KRU ni memang kreatif.Dari konsep lagu mereka sampailah filem-filem mereka.Memang mereka ada 'international value'.Berani berbeza.Saya suka Magika.Boleh pulak buat 'hikayat Melayu' dengan kostum yang hebat.Tapi saya sedih dengan kostum HMM.Macam orang gua.Tetapi Merong walaupun dari 'orang gua' itu,dia pandai berkomunikasi banyak bahasa dan merantau dari India sampai ke Jepun (dalam filem itu).Itulah beza orang Melayu dengan kaum-kaum Austronesia lain.Laut telah menjadikan mereka begitu 'international value'.
Filem Hikayat Merong Mahawangsa diadaptasi dari sebuah manuskrip kuno bertulisan Jawi,diduga ditulis pada abad ke-16 atau ke-17.Manuskrip itu juga bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa.Di dalam manuskrip ini terdapat gelaran-gelaran yang kita kata 'gelaran Siam' seperti Phra Ong atau Mahapudisat.Ini menimbulkan kekeliruan kadangkala,macam saya dulu memikirkan kenapa raja-raja Kedah dulu namanya berbunyi kesiam-siaman?Sebenarnya gelaran Phra Ong itu berasal dari gelaran dalam bahasa Khmer,bukan Thai.Phra berasal dari perkataan Preah.Mahapudisat berasal dari kata Sanskrit 'Maha Boddhisatva'.
Tiba-tiba ada gelaran Siam itu adalah sebab raja-raja Melayu di Segenting Kra dahulu memerintah rakyatnya yang bercampur dengan kaum-kaum Tai-Kadai dan Austroasiatic seperti Thai,Mon dan Khmer.Ada jurutulisnya dari keturunan Mon atau Tai.Ala...macam keturunan Nai yang buka blog Kedah Cyber Saiburi tu.Rakyat Mon dan Tai menggelar raja-raja Melayu dengan gelaran dalam bahasa mereka jadi jurutulis ini mengekalkan gelaran 'Siam' raja-raja Melayu.Bangsa Melayu memang unik.Belah-belah utara jumpa dengan Khmer dan Tai,maka adalah pengaruh-mempengaruhi sikit.Belah selatan jumpa dengan Jawa dan Bugis.Belah-belah Terengganu,Kelantan jumpa dengan orang Cham dan Tai.Melayu Borneo jumpa dengan orang Dayak dan Sulu.Jadi dunia Melayu ni luas.
Saya tertarik dengan gaya pakaian raja Muzaffar Syah yang muncul pada babak awal dan akhir filem.Yup,inilah gaya kostum raja-raja Melayu Segenting Kra dan Indochina pada zaman purba.Masalahnya hari ini orang Melayu didoktrinkan dengan kostum era Kesultanan Melaka.Nampak pelik sikit,dituduhnya dari Siamlah itulah inilah,padahal ahli sejarah tahu budaya Melayu Segenting Kra dan Khmer yang mempengaruhi budaya Siam/Thai.Mahkota berkerawang seperti yang dilihat dalam filem ini memang gaya khas raja-raja Melayu Indochina.
Bagi saya filem ini bagus sebagai permulaan.Adegan pertempurannya bolehlah...beratus kali lebih baik daripada filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang...maaflah,filem yang memang mengarut.Cuma tentera lanun lekeh sangat dan nampak macam sedikit sedangkan kata Kamawas 'beribu pahlawan'.Buatla CGI sikit 'duplicate' banyak-banyak jadi seolah-olah beribu-ribu tentera lanun.
Sebenarnya Merong Mahawangsa bukanlah pemuda gelandangan yang berlayar tanpa haluan.Merong berkhidmat dengan Maharaja Rom dan dia sendiri adalah raja di salah sebuah tempat di Tanah Melayu (Kedah la kat mana lagi).Saya sudah nyatakan bahawa 'Rom' dalam hikayat-hikayat Melayu bukanlah semata-mata Empayar Rom itu,kemungkinan Yunani (Greece) atau Parsi.Semua bangsa-bangsa Rom,Yunani dan Parsi dikenal oleh bangsa Melayu pada zaman purba sebagai 'Rom'.Bukti hubungan bangsa Melayu dengan empayar Rom pun memang ada,sebab di tapak arkeologi pelabuhan Champa dan Funan telah ditemui artifak dari empayar Rom,duit logam dan tembikar.
Saya percaya,Merong adalah berketurunan Mon-Malayu dan beliau ada kaitan dengan keturunan dinasti Ketomala dalam riwayat Khmer.'Keto' bermaksud 'Keta' iaitu Kedah pada hari ini manakala 'Mala' adalah nama purba bangsa Melayu.Oleh kerana beliau mahir dalam pelayaran maka saya berpendapat salah seorang raja Parsi atau Hellenistik (merangkumi kawasan utara India hingga ke Parsi,tinggalan empayar Alexander The Great) telah mengupah beliau menjadi panglima angkatan laut.
Merong adalah orang Melayu.Ini kerana orang Mon,Khmer dan Tai adalah bangsa-bangsa agraria (pertanian).Orang Melayu adalah rumpun Austronesia dan merupakan bangsa maritim (kelautan).Orang Melayu telah mula berlayar ke seluruh dunia sejak awal abad pertama masehi lagi.Saya suka dengan gambaran tentang Merong dalam filem ini yang menunjukkan Merong biasa berlayar sehingga ke Rom,India sampai ke Nagasaki!
Bukti paling sahih orang Melayu ahli pelayaran adalah ukiran kapal di candi Borobudur.Kapal ini mempunyai 'outrigger' yang merupakan ciri-ciri kapal dan perahu suku-suku Malayo-Polinesia.'Outrigger' ini berfungsi sebagai pengimbang.Hikayat-hikayat Tai,Khmer dan Mon tiada mengenai laut dan pelayaran,namun hikayat Melayu tidak sah kalau tidak menyebut tentang kapal dan laut.
Apa pun saya beri 4/5 untuk filem ini.1/5 kurang sebab kostum penduduk Golden Chersonese macam orang gua.Padahal masa abad ke-2 Masehi (ini kenyataan KRU) Funan,Gangga Nagara dan Champa sudah berdagang emas ke Rom dan Parsi.
~Srikandi
betol ke ni cik seri..
ReplyDeletetapi .. yang paling lawak (pada sayalah) senjata Archimedes tu.. mmg tak boleh blah, lagi pun senjata tu dah terbukti tak berkesan.. (mythbuster).. tapi sebgai permulaan untuk filem epik melayu. boleh la nak dibanggakan kot.. :D
ReplyDeleteSaya tonton HMM di panggung wayang dengan penuh semangat untuk menghayati sejarah Melayu seperti yang diceritakan oleh Srikandi. Tapi,kenapa artikel kali ini tak panjang sangat? Saya nak tahu ulasan pro dan kontra oleh Srikandi panjang-panjang...saya tak jemu membaca tulisan anda.!
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletecik sri...cik sri..jangan lah berenti lagi menulis..
perasaan menanti ni sangat perit Cik sri..
pulang kerja ku hari ini stress dengan trafic jem yang jahanam
TERUBAT seketetika...wah ada artikel baru...
Tapi bila cik sri dah stop...kena tunggu lagi..
kemaya lagik pengerindu hati ?
baka urang bersulu aku..menanti ngabang artikel baru
Phra Ong......Firaun......pharaoh.......perahu
ReplyDeleteSalam,lama sungguh menunggu kemunculan srikandi dengan sejarahnya,saya memang menunggu ahli sejarah seperti saudari untuk komen tentang isu ini. Srikandi ada pandangan ke tidak tentang sejarah melayu dan sejarah keris itu sendiri sebab saya difahamkan keris berasal dari sebuah tempat di besut terengganu yang mana ada kemungkinan muncul tamadun awal melayu di situ juga dan dikaitkan dengan gunung tebu di besut,adakah srikandi ada dengar pasal ni,saya lupa nama blog tu sebab sy sepintas lalu sahaja membacanya dulu.
ReplyDeleteist,,,,
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSetuju dengan pendapat Cik Srikandi. Saya ada satu kemusykilan. Harap cik srikandi boleh tolong huraikan. Saya ada terbaca tentang kewujudan sebuah tamadun/kerajaan yg dikenali sbg Sa Huynh yg wujud sebelum kerajaan Champa. Ia terletak di pesisir pantai Vietnam. Kerajaan ini adalah sebuah kerajaan Melayu.
kalau cik srikandi tidak keberatan boleh tolong kaji kerajaan tersebut. Jemput ke blog saya:
gerakanantidap.blogspot.com. TQ
Merong versi KRU adalah bimbingan boneka Thailand yang dirajakan yang mahu memperlihatkan satu fakta tak masuk akal yang semenanjung tanah melayu pusat perdagangan tertua yang telah lama wujud antara kilang logam tertua di dunia didiami oleh bangsa yang mundur dan tidak berpakaian.
ReplyDeletetertarik ngan quote 'raja kami yang akan jaga kami nanti, raja kami kelak akan kembali'
ReplyDeletemmg menyentuh hati..:)
Untuk Renungan Umat Melayu Islam : Kau Masuk Gerakan Islam Ingat Kau Dah Hebat?
wah tinggi gak rate srkandi kasi.. sri kandi xde versi ori ke nk citer asal usul Merong ke.. anak siapa merong ni.. betul ke langkasuka baru nak wujud selepas merong.. ce citer ce cite :D
ReplyDeletekelakar tengok struktur binaan tapak penempatan orang melayu. menggunakan batang2 kayu yang diikat seperti pondok. padahal teknologi kapalnya menggunakan kayu yang dipotong dan dipahat, agak tak seimbang dalam aplikasi teknologi. KRU perlu fikir perkara ini..
ReplyDeleteas salam buat srikandi
ReplyDeletediruangan mana saya boleh bertukar pandangan dengan srikandi agar persoalan saya dapat dijawab.
Usaha KRU boleh dipuji.Mengenengahkan filem berciri epik Melayu merupakan satu percubaan berani dlm industri hiburan di Malaysia.
ReplyDeleteCuma agak nakal bila tiba2 ada penggunaan
Archimedes Invention dlm filem ni.
Firaun......Phra Ong......Phra Ong Mahapudisat
ReplyDeleteSalam Srikandi.
ReplyDeleteEh? Mcm sikit sgt je ulasan ilmiah sejarah Seri pasal Filem Naga Bangsa Besar ni?
KRU kata Golden Chernosse (GC) pada zaman pra Langkasuka adalah tanah tak bertuan/ stateless?! Sbb tulah KRU gambarkan pribumi GC hanyalah org kampung n lanun laut semata2.
Adakah Seri bersetuju dgn perlambangan Garuda sebagai Lanun dan bukannya Sriwijaya/ Sailendra/ Jawaka?
Adakah Seri percaya Garuda itu wujud dan merupakan binatang/ jin dibawah perintah Nabi Sulaiman A.S sbgmana rekod asal hikayat?
Dulu Seri bgtau Merong adalah Dapunta Hyang mengikut rekod mantra Siam. Betul ke? Boleh Seri catitkan susurgalur Merong dlm mantra tersebut?
Apakah ulasan ilmiah sejarah Seri dlm mentafsir dan mendedahkan Hikayat Naga Bangsa Besar ini?
Dan jika Seri diberi peluang terbitkan filem ini, fakta rahsia sejarah apa yg Seri akan tekankan kpd penonton?
DiRaja
M_M
Hmm cik sri x sentuh pula pasal kaum geruda? x nak ulas apa2 ke?
ReplyDeletenampaknya tajuk ni krg menarik perhatian jiggers laa.. cik srikandi agaknya tgh panas demam isu politik skrg ni
ReplyDeletesaya nak tanya
1. Puteri Mayang mengurai
2. Cik Siti Wan Kembang nama lain dia Puteri Urduga Wijaya Malasingha Atau Raden Galuh Gemerenchang, Raja of Kelantan Selatan 1318 – 1348. kakak ipar Tuan syeikh Jamaluddin Al kubra
3. Stewart Wavell pergi mencari Langkasuka dalam perjalanan romantisnya digambarkan dalam The King's Daughter Naga, sebuah jurnal perjalanan budaya dari Pahang di Malaysia untuk Chaiya di Thailand pada tahun 1963. Wavell menggambarkan kegembiraan apabila bertemu seorang gadis bernama "Naga Emas" di Pattani. Naga Emas adalah seorang penari Manora yang dinyatakan Manora sebagai Tertua dari semua sihir dari negeri Lakawn Suka. Kami hanya membayar anugerah kita kepada Saadong Puteri.
Soalan no 1
adakah watak no 2 dan no3 adakah org yg sama
Soalan no2
adakah watak no1 ada sangkut paut atau kaitan dgn watak no 2 dan no 3
kalau tiada kaitan diantara mrk bertiga kalau ikut kronoloji siapakah no1 no2 dan no3 dan zaman kerajaan mana mayang mengurai hidup
Artikel SriKandi tangkap menjejes.
ReplyDeleteFilem KRU hanya tangkap meleleh.
Azizan Mrsj Mrsj
d(^^,) Sy belum tengok lagi filem tu, ehe
ReplyDeletecayalah sri! mmg betul pun!
ReplyDeleteSalam Cik Srikandi, tuan hamba diam-diam menulis rupanya. hehe
ReplyDeleteTerima kasih atas ulasan yang diberikan Srikandi =) tapi rasanya pendek sangatlah ulasan artikel kali ni.
ReplyDeleteMohon pandangan, pada saya, istilah 'China' dalam Hikayat Merong Mahawangsa tersebut juga tidak semestinya merujuk kepada dinasti2 di China, boleh jadi ianya adalah Champa, Dai-Viet, ataupun Kerajaan Khmer? Kerana pada saya, perkahwinan antara dua empayar besar barat dan timur, antara putera 'Rom' dan puteri 'China', sudah pasti sepatutnya dicatat dengan jelas dalam sejarah China.
Lagi satu, saya secara peribadi juga tidak bersetuju apabila KRU memilih tarikh 120 Masihi, bagi latar belakang filem tersebut. Saya faham yang penulis skrip filem itu memulakan filem itu pada tarikh tersebut atas alasan bahawa Merong Mahawangsa mengasaskan Kerajaan purba Langkasuka, yang dikira wujud sekitar tarikh tersebut. tapi bagi saya, Langkasuka adalah di Patani moden, bukannya Kedah. saya lebih setuju bahawa kedatangan Merong Mahawangsa ke Kedah adalah sekitar tahun 600-700 masihi.
mungkin Srikandi ada pandangan berbeza?
Salam hormat,
Ibnu Rusydi,
ReplyDeleteTidak,ia benar-benar China.Kerajaan Khmer muncul lewat,tambahan pula juga Dai-Viet.Lagipun Dai-Viet tidak pernah berdagang atau membuat hubungan dengan Rom.Mereka hanya sibuk berperang dengan Champa dan China (Monggol-Yuan).Pengarang Melayu dapat bezakan Champa dengan China.Cuba semak Sulalatus Salatin.
Tetapi Parsi,Yunani dan Rom pada masa dahulu mempunyai kebudayaan dan kostum yang hampir sama.Malahan pula Parsi pernah di bawah Yunani melalui penaklukan Alexander The Great.Jadi tidak hairanlah Parsi juga dikenal sebagai Rom.
Pandangan saya ialah,kejadian Merong ini berlaku dalam jarak kira-kira 20 tahun Sebelum Masehi sehingga abad ke 2 Masehi.Timeline KRU itu saya setuju sebab ketika ini empayar Rom sedang berada di kemuncak.Bukti di pelabuhan Oc-eo di selatan Vietnam menunjukkan terdapat syiling Rom dan artifak Greek dan Parsi di sana.Oc-eo ialah pelabuhan purba dan setakat ini diyakini dimiliki oleh Funan.Melalui catatan Ptolemy,di Kattigara adalah pertemuan para pedagang dari empayar Rom dan China.Kattigara ini terletak di sekitar Golden Chersonese.Kattigara inilah yang dicadangkan sebagai Oc-Eo itu.Dan kita tahu Funan adalah kerajaan Melayu melalui inskripsi Han Chey di Kemboja walaupun pendapat popular mengatakan ia kerajaan Khmer.
Saya akan ulas tentang perkara ini dan bukti bahawa manuskrip Merong Mahawangsa mempunyai nilai sejarah yang konkrit dalam artikel akan datang.
~Srikandi
kak seri, adakah kak seri rasa yang garuda itu betul2 binatang? sbb sampai sekarang xpernah org buktikan secara realiti tntang kewujudan garuda dan naga. adakah merong mahawangsa itu bkn kelompok? sbb pd saya, merong mahawangsa itu blh ditafsir sebagai bangsa naga yang besar.
ReplyDeleteutk islamic neutron. pada pndapat aku, mayang mengurai tu bkn cerita didaerah pemerintahan langkasuaka, tapi cerita dikawasan indonesia (sekarang). cuma pada kajian aku, aku musykil adakah cik siti wan kembang itu adlah salah satu ratu2 yg memerintah langkasuka dulu (ratu hijau, ungu, biru dan kuning)
Org intelek,
ReplyDeleteSoalan no 1:Tidak sama.Naga Emas hidup era abad ke-20.Cik Siti Wan Kembang (CSWK) kira-kira abad ke-14.
:D
Soalan no.2:Tidak,Puteri Mayang Mengurai hidup lebih awal kira-kira era penubuhan Funan dan era pertengahan pemerintahan raja-raja Cham di Indochina.
Jadi:
1.Mayang Mengurai
2.CSWK
3.Naga Emas
Harap membantu
~The Naga King's Daughter
ingin memimta pendapat kak seri tentang kajian saya. harap kak seri dapat jawap.
ReplyDeletesaya ada kaji tentang ratu hijau,ungu,biru dan kuning, serta cik siti wan kembang. ratu 4 ini dikatakan dari keturunan sultan mansur shah. adakah sultan mansur yg dimaksudkan adalah sultan mansur shah dari kerajaan melaka? kerana dalam artikel mengenai sultan mansur syah tidak ada cerita pasal puteri2 sultan mansur shah memerintah langkasuka, tapi artikel pasal ratu biru ada psal sultan mansur shah.
adakah kerajaan langkasuka ada pertalian dengan kerajaan melaka?
dalam cerita queen of langkasuka ada mengatakan yang ratu ungu kahwin dengan anak sultan pahang iaitu abdul gafur muhyidin. tapi apa yang saya dpti, abdul gafur muhyidin ni berkahwin dengan raja bonda. siapa raja bonda? adakah raja bonda ini ratu biru atau orang lain?
sama juga dengan cik sitio wan kembang. cik siti wan kembang adalah hasil dr perkahwinan antara sultan ahmad (raja ahmad) dengan cik banun puteri nara d'raja. diceritakan juga yang sultan ahmad ini dalah dari keturunan sultan mansur shah.
lol..kawan baca yang atas dulu baru bawah.. haha
ReplyDeletebtw, errrrr Puteri Mayang Mengurai hidup tika zaman Funan (antara 200bc - 200ad????).. maksudnya jika benarlah Puteri Mayang Mengurai ni adalah Keturah.. maka Nabi Ibrahim hidup pada zaman nie jugaklah??? zaman2 AD confirm2 salah coz Nabi Isa dah lahir..hmmmm. Mungkin Puteri Mayang Mengurai nie zaman Punt kot (4000bc - 1500bc)..
Penduga Arus
Salam,
ReplyDeleteSaya belum berpeluang menonton HMM. Jika dikhabarkan KRU berlaku adil pada epik ini, maka, saya berpuas hati. Dulunya, saya risau hikayat ini dimomokkan hanya kerana penekanan pada nilai produksi dan komersial sahaja, bukan isi.
byk percanggahan HMM versi KRU dan asal. khususnya pada pakaian dan struktur binaan penempatan org melayu dan merong mahawangsa itu sendiri. HMM asal mengatakan MM adalah seorang raja, baginda diminta mengiringi Putera Rom utk meminang Puteri China, oleh kerana Raja Rom tidak dpt turut serta. baginda sudah digelar Raja Merong Mahawangsa dlm bab awal hikayat asal ini.
ReplyDeleteHMM asal adalah mengenai Islam. mitos garuda yg berpendapat perkahwinan 2 benua ini tidak patut terjadi, yg ingin menghalang takdir Tuhan dlm soal jodoh. Bagaimana Nabi Sulaiman a.s. mengatakan yg jodoh, rezeki adalah dr tgn Allah. tapi garuda tetap ingin menghalang perkahwinan itu.
Ada kemungkinan tak orang Kunlun yang disebut Catatan China bukan merujuk kpd orag melayu tapi nenek moyang orang melayu (kambujas) yang duduk kat sana .Kunlun Mountain yang juga terkenal dengan Gunung para dewa-dewinya, naganya, dan jade..semua ada dlm mitos melayu kecuali budaya jade..hmmm
ReplyDeleteAs salam
ReplyDeletePendapat tentang HMM ni memanglah bercanggah dari 1 dgn yg lain sebab ada yg membaca versi Sturrock, ada yg membaca versi Wilkinson. Siapakah mereka ini? Kalau nak tahu HMM asal, sila lihat di blog saya;
http://hmm-asal.blogspot.com
Ada 14 bab semuanya - dlm arkib blog April.
Selamat membaca.
Berkenaan dengan perihal burung Ababil/Azazil yg membawa batu-batuan berapi untuk menghancurkan tentera bergajah yg hendak menyerang Ka'abah, maka ianya benar dan tiada mustahil akan kewujudan burung garuda.Maha Kuasa Allah Keatas Sekalian MakhlukNya. Manakala perihal Naga, awal Tahun 1900-192* ada mengatakan di Banjaran Titiwangsa, Gunung, yang tertakluk dibawah kekuasaan kerajaan Pahang telah keluar seekor Naga dari pertapaannya dan menjulang dengan seribu cahya sebelum masuk kedalam satu ruangan yg dibentuknya sendiri dengan kekuasaannya diantara gunung dan sungai lalu dikatakan terus menyelusuri sungai untuk ke Lautan Samudera. Adalah panggilan keatas Naga ini selaku "Naga Seribu Cahya". Wallahu'alambissawab.
ReplyDeleteBetul tu Adam. Bayangkan kalau kita hidup di zaman mereka, dengan tidak mengetahui tentang Allah yang Maha Esa, ada kemungkinan juga kitapun menganggap makhluk pelik2(Garuda, Naga) sebagai Tuhan. Na'uzubillah..
ReplyDeleteKalau Adam dah baca HMM asal di blog saya, Bab Sheikh Abdullah mengembara dengan Penghulu Iblis ada menceritakan Sheikh Abdullah nampak sendiri Ketua Iblis tu saja bersuara dalam berhala supaya mereka percaya berhala tu boleh bercakap. Kesian..manusia dgn senangnya diperdaya oleh syaitan!
-Time of The Malay-
ReplyDeleteMy new entry, and there's a gift for you Cik Seri Srikandi. Hope you like it. Semoga baik-baik selalu hendakNya keatas kamu. Wassalam
hmmwangsa, adalah Allah SubhanahuwaTa'ala itu senantiasa mengerakkan perjalanan para hambaNya mengikut ketentuanNya yang sesuai bagi diri hambaNya itu setelah hambaNya mengenali akan KekuasaanNya yang meliputi segala sesuatu. Maka tiadalah kesesatan yang nyata bagi hamba-hambaNya itu dan akan terselamatlah dari fitnah akhir zaman.
ReplyDeleteSaudari Srikandi, Insya'Allah suatu hari nanti dengan keizinan Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akan saya bawa saudari ke Beijing bagi tujuan pengkajian saudari di China demi untuk merungkai rahsia Umat Melayu yang berada di dalam simpanan 'The Secret Chamber of The Emperor'. Adalah yang demikian jikalau dengan izin Tuhan yang Maha Berkuasa keatas sekalian hamba-hambaNya.
apa kaitan dajjal dengan orang melayu??
ReplyDeleteraja perahu, firaun dengan melayu??
pancasila,1malaysia??
perjanjian iblis..
dajjal akan datang dari sebelah sini
alam melayu??
BAGAIMANA MELAYU ITU WUJUD DAN APA KAITAN NYA DENGAN ISLAM?
ReplyDeletePerbicaraan ini memerlukan perkupasan yang panjang lebar. Kita harus tahu permulaan sejarah dan tamadun Melayu itu sendiri.
Kebanyakan ahli sejarah yang terkenal di negara ini hanya tertumpu sejarah Negeri Melaka.Kerna mereka menganggap Islam di negara ini bermula di negeri tersebut. Adakah kita pernah terfikir kenapa Melaka tumpuan bagi kebanyakkan ahli sejarah sedangkan negeri itu hanya ujud di sekitar kurun ke 13?
Apakah tidak ada lagi negeri2 lain yang telah ujud sebelum keujudan negeri Melaka di tanah semenanjung ini? Bukan kah sebelum Kerajaan Melaka di dirikan itu sudah pun ujud kerajaan2 yang besar yang menakluki nusantara ini dalam kurun2 sebelum nya?
Kenapa tidak di kaitkan Kerajaan Melaka tamadun2 yang terdahulu seperti Kerajaan Champa,Ayuthia,Seriwijaya,Langkasuka yang ujud sebelum Kerajaan Majapahit dan Melaka,Johor,Aceh,Siak,Kampar dan lain nya yang ujud terkemudian itu?
Apakah Ahli2 sejarah itu hanya mahu menjadikan buku2 sejarah yang yang di karang dan tersimpan di perpustakaan penjajah sebagai rojokan bagi membina ketamadunan Teragung untuk generasi masa kini? Dalam penulisan ringkas MELAYU ITU ISLAM,ISLAM ITU MELAYU itu ada terdapat beberapa nama kerajaan tertua di nusantara ini.
Satu2 nya tanah tinggi yang ujud di pinggi laut hanya lah Gunung Jerai. Ini menjadikan setiap pelayar dan kapal2 dari Lautan Hindi, Selat Melaka dan Laut Andaman tertumpu ke sini. Kuala Muda,Lembah Bujang menjadi pelabuhan bebas terbuka sehingga menjadi ttumpuan pedagang2 dari seluruh dunia.
Dikaki Gunung Jerai ini lah terbina nya beberapa empayar yang telah terluput dari catitan sejarah yang sengaja di benamkan oleh penjajah2 yang pernah menguasai bumi ini bagi mengekalkan keagungan Tamadu nya sendiri.
Sebelum Tanah melayu,bumi ini terkenal dengan nama Suvarna Bumi. Dalam Bahasa Sanskrit bermakna Semenanjung Emas. Diwaktu itu Raja dan rakyat nya beragama Hindu yang memakai tulisan Sanskrik. Kemudian dari itu ujud pula Kerajaan Champa yang beragama Budha. Manakala tulisan nya masih dalam tulisan yang sama. Bila satu kerajaan jatuh dan lenyap tamadun nya maka bangun lah Kerajaan lain yang menguasai nusantara ini.
Ayuthia dan Serivijaya juga pernah menguasai semenanjung dan nusantara ini. Kerajaan Hindu dan Budha berkuasa silih berganti tidak ada Kerajaan Islam yang pernah menguasai nusantara ini sebelum itu.
Sebelum ujud nya Kerajaan Kedah Darulaman,negeri ini adalah di bawah Jajahan takluk Kerajaan Langkasuka Nagara yang menguasai seluruh Asia Tenggara yang dulu nya di sebut sebagai Nusantara. Langkasuka Nagara menjadikan Daerah Kota Kuala Muda itu sebagai pusat pemerintahan nya.
ReplyDeleteBermula dari Raja Merong Maha Wangsa, Langkasuka terus maju dan berkuasa.Jajahan takluk makin luas kerna pelabuhan dan pusat perniagaan yang pesat dagangan nya.
Raja Merong Maha Pudisat menggantikan bapa nya memerintah bila Raja itu mati. Baginda menyambung pentadbiran Langkasika yang kian maju dan terkenal. Pedagang dari berbagai2 benua menyeberangi lautan untuk datang berniaga di sini. Sehingga ada yang terus tinggal dan bermastautin dengan berkahwin dengan rakyat tempatan. Langkasuka menjadi kerajaan yang paling pesat dan makmur di waktu itu.
Sampai waktu, Raja Merong Maha Pudisat pula yang mati.Maka anak nya yang bernama Pra Ong Maha Pudisat mengambil alih pemerentahan empayar itu. Kerajaan yang berkembang menjadi lebih ramai penduduk nya. Berbagai2 bangsa datang dari segenap pelusuk bumi. Masing2 membawa cara hidup dan agama nya sendiri. Sesungguh nya,segala kemajuan yang ujud di nusantara ini berkembang sejak kurun ke 10 masihi. Fakta2 dan bukti2 sejarah yang sekian lama terpendam itu dapat di buktikan dengan kesan2 yang dapat di gali untuk di saksikan oleh mata kepala kita di hari ini.
Apakah kita tidak pernah terfikir bagaimana keadaan di barat sewaktu itu. Mungkinkah di sana belum ada manusia yang tahu memakai kasut atau baju. Mungkin juga mereka di sana masih berada di zaman gelap. Kerna ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa Tamadun Barat bermula di sekitar Kurun Ke 14 Masihi.
Semua orang tahu bahawa sejarah Melaka yang di agungkan itu hanya berlaku di sekitar Kurun ke 13. Parameswara Yang beragama Hindu telah lari dari Palembang yang di serang oleh Majapahit. Setelah mendirikan negeri Melaka,Parameswara memeluk Islam. Baginda menukar nama nya kepada Raja Iskandar Shah. Kerajaan Melaka berkembang baik hingga terkenal di Asia. Sehingga Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po. Melaka akhir nya kecundang di bawah pedang2 dan senapang Portugis. 1511 menjadi titik akhir kegemilangan Empayar Melaka.
Betapa jauh jarak nya masa yang terjadi antara sejarah Kedah dan Melaka itu. Tetapi mengapa kita masih mengagung2kan sejarah baru ini sehingga membenamkan sejarah yang lebih agung bertamadun?
Sebelum ujud nya Kerajaan Kedah Darulaman,negeri ini adalah di bawah Jajahan takluk Kerajaan Langkasuka Nagara yang menguasai seluruh Asia Tenggara yang dulu nya di sebut sebagai Nusantara. Langkasuka Nagara menjadikan Daerah Kota Kuala Muda itu sebagai pusat pemerintahan nya.
ReplyDeleteBermula dari Raja Merong Maha Wangsa, Langkasuka terus maju dan berkuasa.Jajahan takluk makin luas kerna pelabuhan dan pusat perniagaan yang pesat dagangan nya.
Raja Merong Maha Pudisat menggantikan bapa nya memerintah bila Raja itu mati. Baginda menyambung pentadbiran Langkasika yang kian maju dan terkenal. Pedagang dari berbagai2 benua menyeberangi lautan untuk datang berniaga di sini. Sehingga ada yang terus tinggal dan bermastautin dengan berkahwin dengan rakyat tempatan. Langkasuka menjadi kerajaan yang paling pesat dan makmur di waktu itu.
Sampai waktu, Raja Merong Maha Pudisat pula yang mati.Maka anak nya yang bernama Pra Ong Maha Pudisat mengambil alih pemerentahan empayar itu. Kerajaan yang berkembang menjadi lebih ramai penduduk nya. Berbagai2 bangsa datang dari segenap pelusuk bumi. Masing2 membawa cara hidup dan agama nya sendiri. Sesungguh nya,segala kemajuan yang ujud di nusantara ini berkembang sejak kurun ke 10 masihi. Fakta2 dan bukti2 sejarah yang sekian lama terpendam itu dapat di buktikan dengan kesan2 yang dapat di gali untuk di saksikan oleh mata kepala kita di hari ini.
Apakah kita tidak pernah terfikir bagaimana keadaan di barat sewaktu itu. Mungkinkah di sana belum ada manusia yang tahu memakai kasut atau baju. Mungkin juga mereka di sana masih berada di zaman gelap. Kerna ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa Tamadun Barat bermula di sekitar Kurun Ke 14 Masihi.
Semua orang tahu bahawa sejarah Melaka yang di agungkan itu hanya berlaku di sekitar Kurun ke 13. Parameswara Yang beragama Hindu telah lari dari Palembang yang di serang oleh Majapahit. Setelah mendirikan negeri Melaka,Parameswara memeluk Islam. Baginda menukar nama nya kepada Raja Iskandar Shah. Kerajaan Melaka berkembang baik hingga terkenal di Asia. Sehingga Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po. Melaka akhir nya kecundang di bawah pedang2 dan senapang Portugis. 1511 menjadi titik akhir kegemilangan Empayar Melaka.
Betapa jauh jarak nya masa yang terjadi antara sejarah Kedah dan Melaka itu. Tetapi mengapa kita masih mengagung2kan sejarah baru ini sehingga membenamkan sejarah yang lebih agung bertamadun?
BERMULA NYA ISLAM DAN MELAYU DI KEDAH DARULAMAN.
ReplyDeleteIslam Bermula di Kedah Darulaman. Raja Pra Ong Maha Pudisat yang membina tamadun akhir Langkasuka telah mangkat. Anak nya Pra Ong Maha Wangsa telah mengantikan takhta kerajaan Langkasuka Nagara yang pesat dan makmur. Ibu Kota Langkasuka penuh dengan keseronokan dan keriangan yang berbagai2. Siang Malam penuh hiburan yang mengasyikan. Rakyat nya yang terdiri dari berbagai bangsa dan kaum itu di lingkungi oleh berbagai2 kemeriahan siang dan malam nya. Berbagai maksiat menjadi resam hidup seharian di kota ini.
Anak Pra Ong Maha Pudisat iaitu Raja Pra Ong Maha Wangsa juga tak terkecuali. Baginda juga sentiasa di kelilingi oleh berbagai hiburan yang lebih hebat dari rakyat jelata. Arak dan wanita2 menjadi satu perkara yang biasa di istana. Mewah dengan segala juadah yang tidak di jamah itu tidak pernah di hitung akan halal dan haram nya. Segala macam agama dan adat resam ujud di sini. Tidak ada hukum yang yang melarang atau menegah segala perbuatan dan lakuan penduduk2 yang bermastautin di situ.
Setiap sesuatu berlaku dengan takdir. Syeikh Abdullah Al Qumairy Al Yamani datang dari Baghdad ke Langkasuka. Beliau adalah murid dan utusan Sultan Wali Syeikh Abd Qadir Al Jilani. Di tugaskan oleh guru nya untuk misi dakwah di Nusantara ini. Dengan Sebelas Sahabat yang lain mereka berjaya mengunjungi Raja Pra Ong Maha Wangsa dalam istana nya. Selelah menyampaikan dakwah,raja itu berjaya di yakinkan. Ucapan Dua Kalimah Syahadah telah memasuki diri sang raja. Lalu baginda menganut Islam. Ditukarkan nama manjadi Sultan Muzafar Syah. Sebelum ini,hanya raja2 yang memerintah negeri. Baginda lah yang pertama2 nya di nobatkan gelaran SULTAN. Lalu di tukar nama kerajaan Langkasuka kepada KEDAH DARULAMAN.
Setelah menganut Islam, Baginda Sultan menitahkan segala pembesar negeri nya untuk menerima Agama Islam itu. Seluruh rakyat mengikuti nya memeluk Islam yang suci melalui ucapan Dua Kalimah Syahadah yang mulia. Akhir nya seluruh penduduk Kedah Darulaman menjadi Islam. Bangsa dan kaum yang berbagai2 itu di satukan dengan nama MELAYU. Yang di ertikan sebagai MANUSIA AGUNG. Sejak itu nama Melayu jadi terkenal. Orang2 yang tidak mengucap Dua Kalimah Syahadah tidak layak di gelar Melayu. Mereka terus kekal dengan gelaran kaum nya yang di panggil DURBAR DURBAR.
ADAKAH ISLAM ITU MELAYU?
ReplyDeleteKebanyakan orang akan berkata Islam itu agama dan Melayu itu bangsa. Jarang atau mungkin tiada yang akan berkata Melayu itu agama dan Islam itu bangsa.
Tapi bila kita tanya kapada orang2 itu apakah beza agama dan bangsa? Dan apa beza bangsa dan agama? Mungkin ada yang boleh dan ada yang tak boleh menjawap soalan itu. Dan,mungkin yang boleh menjawab soalan itu akan menjawap nya dengan kupasan dan andaian nya sendiri. Sedangkan kupasan dan andaian yg di beri mungkin pula berbeza2. menjadikan permasaalahan itu tidak menemui hakikat dan kebenaran nya.
Jadi,kita harus bermula dari titik mula untuk mempastikan yg tepat dan benar dalam perkara yang di bincangkan ini untuk mencapai makna makni yang total.
Islam bermula dengan DUA KALIMAH SYAHADAH. Orang2 yang mengucap Syahadatain itu dengan sempurna dengan syarat dan rukunnya di kira sah Islam nya dan,haramlah bagi seseorang mukmin itu menumpahkan darah nya. Malah,setiap mukmin wajib membantu nya dalam apa jua masaalah yang di hadapi nya samaada kecil atau besar sekadar yang termampu. Tak mungkin di kira sebagai orang Islam sekira nya seseorang hamba itu tidak mahu mengucap dua kalimat tersebut.
Dan,samaada sedar atau tidak Islam akan hilang dan lenyap dengan sendiri nya dari orang2 yang terbatal dua kalimah syahadah yang di ikrar melalui lidah,di tasdik pada hati dan yang di amalkan dengan anggota nya.
Untuk huraian panjang lebar mengenai Islam maka wajib lah bagi seseorang itu mencari dan menimba ilmu2 yang berkaitan dengan nya melalui guru yang mahir di bidang tersebut. Tersalah pilih guru akan membawa kesan yang buruk pada agama nya sendiri. Kerna agama itu bukan terletak dalam kitab2 atau lain nya. Sesungguh nya agama itu terletak pada hati, lidah dan anggota setiap hamba Nya yang beriman dan beramal soleh mengikut sunnah rasulullah yang di terima melalui pewaris2 nabi yang ahli dalam bab2 nya lagi muktabar.
Maka adalah di sarankan kepada setiap individu supaya mendalami sungguh2 akan ilmu2 yang berkaitan dengan Islam supaya mereka dapat mengenal pasti sesuatu yang benar atau salah dan sesat. Kita telah pun membincangkan tentang permulaan atau pangkal Islam itu. Dimana,tidak akan jadi Islam jika tidak bermula dengan Syahadah.
Justeru itu,termaklum lah kepada kita bahawa Islam semesti nya Mermula dari titik pertama yakni Syahadah Erti nya tiada syahadah maka tiada lah Islam. Gugur syahadah bermakna gugur Islam nya. Cacat Syahadah bererti cacat lah Islam nya. Batal syahadah maka terbatal lah Islam nya.
""Saya tertarik dengan gaya pakaian raja Muzaffar Syah yang muncul pada babak awal dan akhir filem.Yup,inilah gaya kostum raja-raja Melayu Segenting Kra dan Indochina pada zaman purba.Masalahnya hari ini orang Melayu didoktrinkan dengan kostum era Kesultanan Melaka.Nampak pelik sikit,dituduhnya dari Siamlah itulah inilah,padahal ahli sejarah tahu budaya Melayu Segenting Kra dan Khmer yang mempengaruhi budaya Siam/Thai.Mahkota berkerawang seperti yang dilihat dalam filem ini memang gaya khas raja-raja Melayu Indochina.""
ReplyDeleteSaya tertarik dengan petikan Cik Srikandi seperti diatas yang mengatakan kemunculan Sultan Muzaffar Syah. Apa yang saya pahami dengan sejarah KEDAH TUA, Sultan Muzaffar Syah adalah nama ISLAM Raja Pra Ong Maha Wangsa setelah beliau memeluk ISLAM hasil dari dakwah Syeikh Abdullah Al Qumairy Al Yamani yang datang dari Baghdad ke Langkasuka dimana beliau adalah murid dan utusan Sultan Wali Syeikh Abd Qadir Al Jilani. Raja Pra Ong Maha Wangsa atau Sultan Muzaffar Syah adalah anak kepada Raja Pra Ong Maha Pudisat, cucu kepada Raja Merong Maha Pudisat dan cicit kepada Raja Merong Maha Wangsa iaitu generasi ke-4 selepas Raja Merong Maha Wangsa mula memerintah Langkasuka atau KEDAH pada masa sekarang. Sebelum kedatangan ISLAM, rakyat di Langkasuka mengamalkan gaya hidup bebas dengan keseronokan dan keriangan yang berbagai2. Siang Malam penuh hiburan yang mengasyikan. Rakyat nya yang terdiri dari berbagai bangsa dan kaum itu di lingkungi oleh berbagai2 kemeriahan siang dan malam nya. Berbagai maksiat menjadi resam hidup seharian di kota ini.
Anak Pra Ong Maha Pudisat iaitu Raja Pra Ong Maha Wangsa juga tak terkecuali. Baginda juga sentiasa di kelilingi oleh berbagai hiburan yang lebih hebat dari rakyat jelata. Arak dan wanita2 menjadi satu perkara yang biasa di istana. Mewah dengan segala juadah yang tidak di jamah itu tidak pernah di hitung akan halal dan haram nya. Segala macam agama dan adat resam ujud di sini. Tidak ada hukum yang yang melarang atau menegah segala perbuatan dan lakuan penduduk2 yang bermastautin di situ.
PERSOALAN SAYA, bagaimana boleh Sultan Muzaffar Syah diwujudkan pada era moyang beliau??bagaimana juga kita boleh mengiktiraf filem ini sebagai filem sejarah dikalau cerita yang diolah teramatlah LARI dari fakta sebenar. Bukankah kita secara tidak langsung akan membawa kepada PENDUSTAAN kepada generasi akan datang?
Film trsebut hanya sekadar hiburan..bkn bahan sejarah...
Deletehello semua
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteUsaha utk menaikkan filem epik Melayu patut dipuji. Tapi buatlah betul2. Semenanjung Emas cukup terkenal, takkan tanahnya tak beraja, hanya dihuni lanun2. Sebab tu la agaknya kaum pendatang mendakwa Melayu pun pendatang jugak, kerana tanah ni tak bertuan walaupun namanya terkenal. Patutnya, Cik Sri komen la sikit tang ni. Yg mana patut dipuji, kita pujilah. Yg mana patut diperbaiki, berikanlah teguran.
Pewaris Takhta Sebenar Merong Mahawangsa
ReplyDeleteKenapa tempat ni dah sunyi..
ReplyDeletehttp://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1635190
ReplyDelete