Saya pasti ada di antara anda semua yang telah menonton filem terbitan KRU:Hikayat Merong Mahawangsa.Filem ini dibuat berdasarkan pengubahsuaian ke atas sebuah manuskrip purba bertulisan Jawi dan menggunakan bahasa Melayu Klasik dengan tajuk yang sama.Manuskrip bertulisan Jawi ini ditulis pada abad ke-16 hingga ke 19 dan dipercayai terdapat beberapa lagi manuskrip yang sama dan lebih awal,diduga ditulis pada abad ke 13 hingga ke 16.Ini kerana ketika Siam menjajah Kedah,beberapa manuskrip telah dibakar atau dirampas.Begitu juga ketika era penjajahan British,ada manuskrip yang dibawa ke Pulau Pinang dan Singapura selain ada yang disimpan di muzium-muzium Eropah.Seperti biasa,sebagaimana Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu),Hikayat Merong Mahawangsa juga di'klon' sebanyak-banyaknya oleh para bangsawan dan raja-raja Melayu yang telah berfikiran jauh,bagi menjaga riwayat bangsa Melayu.Jika manuskrip ini hanya satu,maka sudah pasti hari ini KRU bersaudara tidak menerbitkan filem ini.
Hikayat ini telah ditulis berdasarkan cerita turun temurun dan beberapa salinan manuskrip yang lebih tua,antaranya berasal dari zaman sebelum Islam.Hikayat Merong Mahawangsa menceritakan tentang Merong,sebagai watak utama telah bertindak sebagai pengiring kepada Putera Rom yang akan dikahwinkan dengan Puteri China.Merong telah membuka negeri Langkasuka dan di dalam hikayat ini dikatakan anak-anaknya telah membuka negeri Siam,Patani dan Perak.
Jadi persoalannya,adakah ada hikayat ini boleh dijadikan rujukan sejarah?Atau semata-mata fantasi atau dongeng?Dalam artikel yang ringkas ini,saya akan cuba membawakan kepada anda beberapa anekdot yang menakjubkan tentang hikayat ini yang sebenarnya adalah karya sejarah yang berselindungkan di sebalik mitos dan cerita rakyat.
Premis yang penting dan menjadi komersil dalam hikayat ini ialah Merong yang mengiringkan Putera Rom untuk berkahwin dengan Puteri China.Dalam mana-mana riwayat atau catatan sejarah,tiada tersebut tentang perkahwinan mana-mana kerabat Rom dan China.Jadi ini adalah dakwaan yang luar biasa dan unik.Jadi kreatif juga pengarang Melayu pada masa dahulu.Adakah pengarang Melayu berfantasi.Tidak semuanya.
Sebenarnya di Nusantara,beberapa kerajaan silam telah telah lama menjalankan perdagangan dengan Empayar Rom dan Parsi.Ini dibuktikan dalam The Geography karya Claudius Ptolemy (90 hingga 168 Masehi),seorang ahli geografi dan pemetaan Rom yang berbangsa Greek (Yunani).Di dalam karyanya,beliau telah menyebutkan tentang Kattigara (Cattigara),iaitu sebuah tempat persinggahan atau pelabuhan.Kattigara terletak di sebuah tanjung dan tanjung itu dipanggil Cape of Cattigara.Ptolemy menyebutkan bahawa Kattigara adalah pelabuhan yang terkenal di kalangan oleh orang Rom (Empayar Rom) dan ia merupakan pelabuhan penting bagi pedagang Rom di Timur Jauh.
Dalam catatan juga menyebutkan di Kattigara ini juga adalah pertemuan antara para pedagang Rom (Graeco-Roman) dengan pedagang-pedagang China.Kattigara dinyatakan oleh Ptolemy sebagai pelabuhan yang terletak di Sinus Magnus dan terletak paling tenggara Asia.Ia boleh dicapai dari Golden Peninsula (Golden Chersonese) melalui 20 hari pelayaran.Berdasarkan data-data ini,para sarjana merumuskan Kattigara ialah kawasan arkeologi Oc-eo yang terletak di Vietnam,di mana di sini telah dijumpai tapak pelabuhan purba yang mengandungi banyak artifak dari Rom,Greek,Parsi,China dan India.Sinus Magnus dipercayai adalah Teluk Siam (Gulf of Thailand).
Kawasan Oc-eo sebelum menjadi wilayah Vietnam adalah termasuk dalam wilayah Kemboja dan pernah di bawah kawalan Champa suatu ketika dulu.Sarjana dunia mengatakan kemungkinan besar Oc-eo adalah pelabuhan Funan.Namun saya beranggapan bahawa Oc-eo adalah pelabuhan 'city-states' Langkasuka atau kerajaan sebelumnya.Namun sejak Bhavavarman II,raja Chenla yang berjaya menyerap Funan ke dalam Chenla menamakan dirinya 'Mala Malayu iva Malayam raja' yang bermaksud 'raja Mala dari negeri Malayu' dalam inskripsi Han Chey,maka saya kuat mengatakan bahawa Bhavavarman maksudkannya bahawa beliau telah berjaya menjadi emperor bagi seluruh jajahan Funan,yang disebutnya sebagai 'Mala Malayu'.Maka Oc-eo juga adalah pelabuhan 'Malayam/Malayang' iaitu sebutan Khmer kepada negeri/city-states Melayu pada zaman purba.
Jika Ptolemy menyebutkan di Oc-eo adalah persinggahan pedagang Graeco-Roman dan China,dan orang Rom mengenal semenanjung Tanah Melayu sebagai 'Golden Chersonese' maka kita boleh lihat terdapat logik pada Hikayat Merong Mahawangsa.Sebelum sampai ke Oc-eo di selatan Vietnam,maka para pedagang Rom perlu melalui 'Golden Chersonese' dahulu melainkan mereka bergerak melalui Benua Amerika dan masuk ke Lautan Pasifik!
Sudah tentu,selain Oc-eo,terdapat banyak pelabuhan di sepanjang Golden Chersonese.
Kajian sarjana mengatakan bahawa kapal-kapal Rom secara umumnya tidak mampu bergerak melawan badai di Lautan Hindi dan kapal-kapal Rom biasanya ditarik oleh berpuluh-puluh pendayung.Jadi adalah munasabah jika pedagang Rom selalu meminta bantuan kapal-kapal pedagang Parsi dan India untuk ke Timur Jauh.Dan sudah pasti mereka juga memerlukan khidmat kapal-kapal pedagang Melayu sebagai antara 'the best seafarers' di dunia.Jadi Merong Mahawangsa dilantik sebagai panglima laut Rom untuk misi membawa kerabat diraja Rom ke Nusantara.Saya tidak hairan kerana dalam kisah Henry The Black (Enrique) juga iaitu seorang Melayu yang pada mulanya sebagai hamba Ferdinand Magellan telah dilantik sebagai nakhoda kepada salah satu kapal dalam rombongan ekspedisi Magellan (menariknya,ini disahkan dalam catatan Duarte Barbossa,salah seorang anak kapal) dan kapal inilah yang belayar memimpin kapal-kapal yang lain (3 kapal yang tinggal dari 5 kapal iaitu San Antonio, Conception, Victoria, Santiago dan kapal Magellan sendiri,Trinidad ) menuju Eropah.Ini adalah kerana selepas kematian Magellan,semua anak kapal beliau kehilangan arah dan semangat.Mereka tidak tahu dimanakah mereka berada.Hanya seorang sahaja yang tahu tentang selok-belok laut di situ dan jalan menuju ke Sepanyol.Ia adalah Hitam atau sesetengah riwayat mengatakan sebagai Awang.Hitam ini berasal dari Melaka dan dikatakan antara banduan perang Melaka-Portugis.Ia telah diambil oleh Magellan seterusnya kerana Magellan memerlukan seseorang yang boleh berbahasa Melayu kerana bahasa Melayu adalah lingua franca seluruh Asia Tenggara ketika itu hatta kerajaan Ayutthaya (ada raja-raja mereka yang boleh berbahasa Melayu) dan Kemboja memiliki penterjemah rasmi dalam bahasa Melayu.Keputusan Magellan tepat kerana ketika mengalami masalah komunikasi antara puak-puak di Kepulauan Filipina,maka apabila Hitam bersuara,ketua puak di Filipina dan orang-orangnya mendengar dengan teliti dan memahami pertuturan Hitam.
Jadi konsep 'perkahwinan Rom dan China' ini adalah munasabah.Mungkin bukan putera Emperor Rom atau puteri Maharaja China.Mungkin anak salah seorang gabenor Rom atau kerabat raja mereka.Puteri China itu mungkin salah seorang isteri atau gundik Maharaja China kerana kita maklum raja-raja China dahulu beristeri ramai dan menyimpan gundik.
Merong bermaksud 'Ular Besar' dalam bahasa Mon-Malayu purba.Dahulu orang Melayu Indochina bergaul dengan orang Mon di tengah Thailand.Sebenarnya orang Mon bukanlah asal Burma.Mereka penduduk asal tengah Thailand hingga ke Segenting Kra.Dari tengah Thailand mereka tersebar ke Chiang Mai di utara dan Pegu di Burma.Bersama-sama bangsa Malayu,mereka membina negarakota-negarakota di seluruh Indochina.Ketika itu orang Khmer masih berada di sekitar Laos kini.
Amat penting untuk kita 'READ BETWEEN THE LINES' karya-karya Melayu pada masa silam.Jika kita mahir dalam soal ini,kita akan melihat bahawa sebahagian besar hikayat-hikayat Melayu ini sebenarnya adalah dokumen sejarah,yang berselindung di sebalik 'mitos' dan 'cerita rakyat'.
Lama sebelum pelabuhan Oc-eo dijumpai dan kenyataan bahawa terdapat duit syiling Rom di sana serta artifak China,Hikayat Merong Mahawangsa telah berabad-abad lamanya mengungkapkan tentang hubungan Empayar Rom dengan China,sesuatu yang tidak terfikir oleh sarjana barat pada masa dahulu.
~The Naga King's Daughter
wow..
ReplyDeleterasa macam lama sudah tak membaca ilmuan dari cik seri. menarik artikel ini namum ada beberapa persoalan suka saya luahkan?
1. tidakkah mungkin adanya barang dagangan empayar Rom di oc-eo / Kattigara (Cattigara)bukan kerana rom pernah sampai di sini, tapi barangan ini dan peta ini di bawa balik dan di selia kembali selepas Ptolemy dapatknnya dari org Zabaj - Parsi - Rom??
2. Golden Cersonese tu merujuk pada seluruh semenanjung & segenting kra @ hanya kota-negeri tertentu je?? katakan mereka merujuk kepada city state spt Kedah Tua, Patani, Gangga Negara, Beruas, Chin Tu, Folaan & Sri Dharmaraja betul ke ia ambil masa 20 hari nak sampai ke Funan sana??
3. Raja Bedurai Putih yg merujuk kepada orang putih @ portugis di melaka penah di sebut dlm abad 16, ni bukan ke menunjukkan nusantara waktu tu masih belum lagi secara sepenuhnya mengenali bangsa caucasian / orang putih.. bagaimana pula boleh dlm abad pertama mereka dengan selamba boleh kenal putera Rom yang singgah di Gowa?? putera tu pulak bertolak dibawa oleh Merong dari Goa.. nie Goa India ke @ Gowa Sulawesi??
4. kalau ikutkan kronologi Cik Seri, abad pertama Zabaj masih lagi kerajaan terbesar dan sedang dlm kejatuhan, banyak city statesnya nak merdeka. negeri2 nie disambut dengan tangan terbuka oleh Srivijaya yang tengah naik..Cik Seri pula cakap Garuda adalah lambang yang sebenarnya merujuk kepada Srivijaya.. adakah bermaksud askar marine Srivijaya yang menyerang Merong and the geng?? dan kapal merong namanya Kunlun Po @ mungkin kapal keluarga Pau Ku Long dari kerajaan Champa ke??
5. Selain dari hikayat2 melayu, ada tak rujukan lain dari China ke (coz KRU tunjukkan askar cina ada menolong merong sama, so mesti ada rekod punya kan?? Puni ke?? Funan ke?? Khmer ke?? India ke?? yang boleh menyokong cerita ini??
6. Merong dikatakan keturunan Iskandar Zulkarnain @ Cyrus the Great. Cyrus dipercayai adalah pembina sebenar @ awal tembok-tembok di negeri China, bukannya Emperor Shih Huang Ti. Ini bermaksud jika Kerajaan Cyrus dan tau jalan nak ke China, maka kerajaan Rom juga pasti tau jalan ke sana... kenapa susah2 nak melalui Nusantara lagi??? kecuali rombangan ini 2 dalam satu..rombongan meminang dan shoping sekali di nusantara..beside dlm abad pertama Rom dan sampai pun di utara India, jadi melalui orang2 seperti Kushun, Kambuja, Parsi, Ksatrapas, Sunga..mesti diorang dah bagitau camne nak ke China potong jalan darat..
Ntah2 yang dikatakan puteri China kawin ngan Putera Rom tu kot mungkin bukan orang cina, tapi orang Khmer @ Dai-Viet.. dan putera Rom tu pula sebenarnya bukan orang Rom tapi orang Parsi..tak pun pasangan Rom + cina dari Liqian yang sesat kot minta Merong hantar balik ke kampung hahaha
Kesimpulannya,
Saya percaya Merong Mahawangsa nie wujud.tapi dia tidak mungkin keturunan Cyrus kerana kalau keturunan Cyrus dia tak mungkin jadi pelaut upahan..dia sekurang-kurangnya adalah ketua kampung ke, Dapunta hiyang ke.. tapi muingkin juga dia adalah susur galur dari keturunan sama Caldea cam Cyrus melalui menek moyang anak2 Keturah dari suku Kambojas @ Mon yang berkahwin dengan Melayu Champa yang berkampung di Katana sebab ambil upah bawak besi2 ke barat..ntah la
Penduga Arus
Assalamu'alaikum,lama sudah saya mencari kupasan ahli sejarah seperti cik seri or puan seri...saya antara peminat sejarah di sekolah satu ketika dulu namun tidak dapat teruskan dibidang yang sama atas faktor-faktor tertentu...saya amat menunggu kupasan sejarah Melayu daripada cik seri....
ReplyDeleteSalam Srikandi,
ReplyDeleteSeri setuju KRU gambarkan Geruda sebagai LANUN? Bukan Sriwijaya, bukan Sailendra, bukan Jawaka, bukan sebuah kerajaan?
Bagaimana dengan dakwaan Seri mengatakan bahawa Merong sebagai Dapunta Hyang?
M_M
Assalamualaikum,
ReplyDeleteAda juga sesetengah sejarahwan yang saya temui menganggap perkahwinan Putera Rom & Puteri China itu hanyalah metafora untuk melambangkan percampuran budaya di Nusantara... =)
Saya juga ternanti2 komen Srikandi tentang Geruda yang dianggap sebagai Lanun dalam filem KRU itu. Jika bukan Srivijaya, mungkin Jawaka. Tapi maklumat tentang Jawaka ini agak sedikit ditemui. Mungkin Srikandi boleh hurai dengan lebih lanjut tentang kerajaan sebelum pra-Srivijaya di tanah Melayu.
Salam hormat,
rasanya manuskrip melayu yg kt england tu lg besepah..tunggu nk study je..(syarat nk rujuk khazanah negara luar yg depa rembat)..nk bawa balik..haram..rasanya polisi krajaan britain skarang mmbenarkn individu (atas alasan munasabah) rujuk dokumen,manuskrip apa saja simpann kerajaan yg lebih 50 thn..cik sri tak brminat ke..?..
ReplyDelete--yon
Salam Srikandi...
ReplyDeleteSaya ada satu soalan yang agak lucu tapi seringkali berputar dalam kepala, agak2 cik seri ada jawapan. Kenapa omputih digelar 'mat salleh'?
apakah signifikan nama salleh ni? ada berkait dengan sejarah ke?
--erin--
--erin--
ReplyDeletesaya difahamkan oleh cerita sampai-menyampai(lisan) pelayar2 omputih ini asalnya dipanggil mad sailor... "pelayar gila" kerana konon ceritanya mereka bila berlayar berjauhan dengan keluarga dan suka bermabuk-mabuk dan melanggan/membayar pelacur. Dalam keadaan mabuk-mabuk, gurauan mereka kepada pelacur2 mereka menggelarkan diri gila pelayar gila atau "mad sailor". dari situ gelaran "mad sailor" lekat di kalangan pelacur-pelacur kepada pelayar-pelayar omputih ini sehingga tersebar juga kepada masyarakat sehingga menjadi mat salih.(faktor pelat dan lidah org tempatan)
Assalam
ReplyDeleteSaya mempunyai pandangan amat berbeza tentang Hikayat Merong Mahawangsa. Harap Cik Sri dan semua di sini dapat menjengok blog saya;
http://hmm-asal@blogspot.com
Boleh juga hubungi saya di hmmwangsa.asal@gmail.com
Salam,
ReplyDeleteSaya masih tidak jelas tentang identiti org Siam yang asal. Adakah mereka ini juga rumpun Melayu? Bagaimanakah bahasa mereka? Di manakah kelompok mereka ini sekarang?
Erin,
Tentang mat salleh, cuba rujuk Kamus Dewan, kata 'salih'. Di situ anda akan dapat jawapannya.
terima kasih hmmwangsa. sabar sungguh nak scan satu buku hikayat merong mahawangsa.
ReplyDeletetapi tengok gambar page yg cik seri post. lawa betul tulisan jawi orang dolu dolu.
hmmwangsa,
ReplyDeleteMaaf saya tidak dapat masuk blog hmm-asal@blogspot.com saudara. Sebaliknya, saya dapat mesej berikut:
"You are about to log in the site "blogspot.com" with the username "hmm-asal", but the website does not require authentication. This may be an attempt to trick you.
Is "blogspot.com" the site you want to visit?"
Apabila saya tekan butang "Yes" untuk memasukki blog saudara, saya dibawa kepada blog saya sendiri, bukan blog saudara. Jadi saya tidak berjaya memasukki blog saudara.
Apakah yang perlu saya buat untuk melayari blog saudara?
Terima kasih.
Maaf, saya silap taip blog add. saya. Ni yg sebenarnya;
ReplyDeletehttp://hmm-asal.blogspot.com
Salam Srikandi & semua pembaca.
ReplyDeleteHmmm... Merong MahaWangsa oleh KRU. Mase tengok iklan, teruja sangat2...
Mase tengok, terus patah hati sebab dinyatakan Goa yang di India & bukannya Gowa di sini.
Huh!
Suka2 je cakap sini 'Kingless Land'....
Ambil sangat le hati bangsa lain tu :-/
ARTIKEL DARI http://themalaypress.blogspot.com/2011/05/ayuthia-adalah-kerajaan-islam-melayu.html
ReplyDeleteAyuthia adalah kerajaan Islam Melayu
Kuala Lumpur 24 Mei - Pelancaran Ekspedisi Jejak Warisan Jawi 2 telah berjaya dilancarkan petang tadi oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Menterinya Dato Seri Utama Dr Rais Yatim berkata, Malaysia memerlukan anak-anak muda yang 'adventerous' dalam memperjuangkan sejarah bangsanya.
"Kita tidak boleh lagi melihat bangsa kita dalam ruang lingkup yang kecil, kita bukan sahaja bersendirian di Malaysia ini malah bangsa Melayu itu ramai lagi di luar dari negara kita, jadi kita perlukan anak-anak muda Malaysia yang 'adventerous' untuk menjalankan tanggungjawab dan membuktikan perkara itu."
Dalam perkembangan yang berkaitan Dr Rais juga mencadangkan agar di adakan satu dokumentari tentang perjalanan yang bakal dilalui oleh ekspedisi Jejak Warisan Jawi 2 anjuran Majma Budaya dan Warisan Jawi dan Kelab Putera 1Malaysia itu.
Disamping itu, Ekspedisi JWJ 2 ini juga mendapat perhatian para pengkaji sejarah bangsa Melayu daripada universiti tempatan. Mereka (pengkaji) yang telah lama membuat kajian tentang sejarah Bangsa Melayu itu turut sama menyokong usaha yang sedang dijalankan oleh pihak MAJMA. Mereka juga mendakwa, menurut hasil kajian mereka, kerajaan Melayu itu luas sehingga ke seluruh Indo-China.
"Kita akan mendedahkan satu sejarah baru yang berlainan daripada apa yang dipelajari disekolah dan perkara ini akan dibawa ke atas untuk perhatian menteri Pelajaran Malaysia," kata salah seorang dari pengkaji sejarah yang sebelum itu membuat 'presentation' tentang penemuan dan sejarah baru bangsa Melayu sebelum itu.
"Ayuthia adalah sebuah kerajaan Melayu yang telah di 'hijack' sejarahnya oleh bangsa Tai, dan kami sedang berusaha mendapatkan keputusan dari pihak Perancis untuk menyakinkan lagi kajian kami bahawa kompleks di Ayuthia itu adalah binaan masjid," kata pengkaji (Dr.) yang dirahsiakan namanya buat masa ini.
"Siam dan Tai itu dua bangsa yang berlainan, kajian linguistik membuktikannya, Siam, Champa itu adalah Melayu," tambahnya lagi.
Apabila ditanya tentang bangsa Mala dan sejarah mistik dan sebagainya, mereka mendakwa perkara seumpama itu tidak boleh diguna pakai kerana ia berasaskan khayalan semata-mata.
"Itu semua berasaskan khayalan," menurut Dr. itu lagi.
APA KOMEN SRIKANDI
Makhfi,
ReplyDeleteBaguslah,nak canangkan Ayuthia itu kerajaan Melayu Islam.Melayu ni memang luas dan besar.Bukan Siam ek.
:D
Bila nak masuk sejarah mainstream,baru nak mengaku Melayu.Ngaku Siam itu Melayu.Dahulu dok muhong kata Melayu ciptaan British,Melayu bangsa khayalan,rumpun Siam lah.Lawak...lawak.
Apabenda Bangsa Mala dan sejarah mistik tu?Pelik benar nampaknya.
:D
Cakap biar perjelas.Jangan berat sebelah.Panggil Dr. kangkung tu berdebat dengan saya dalam ni ha.Buktikan mana yang salah.Tunjuk prasasti yang Dr. Kangkung ada pasal bangsa Siam Sam-sam.Biar saya ajar satu benda.Bukti sejarah ialah bila ada bukti konkrit seperti bahasa,tulisan,manuskrip atau batu bersurat.Jika anda ada semua ini,sejarah anda tidak terkalahkan.
Jika nak angkat sejarah Melayu saya sokong.Tapi jika perguna sejarah Melayu untuk tembolok sendiri dan berangan nak jadi raja,saya akan tentang habis-habisan.
~Srikandi
katakanlah saudari srikandi adalah permai surinya.
ReplyDeletecik sri ini jawapan rakan saya daripada seorang rakan free thinker dan berfahaman komunis ttg artikel cik sri...
ReplyDelete"ohh...kalo nama "melayu" mungkin memang sudah dikenal oleh bangsa2 lain masa itu.
tapi tulisan ini masih ber-paradigma teori konspirasi : meng-asumsi-kan ada suatu desidn tertentu, untuk maksud tertentu, oleh pihak tertentu.
dan ini tidah ilmiah.
saya gak bisa kasih komen, karena tidak ilmiah :)
kita memang boleh berbangga hati, jika benar bahwa bangsa kita dahulu jaya".
-soalan saya,apa yang di maksudkan dengan tidak Ilmiah?
-soalan kedua."masih ber-paradigma teori konspirasi : meng-asumsi-kan ada suatu desidn tertentu, untuk maksud tertentu, oleh pihak tertentu."
apakah ini?
maaf cik sri kalau anak murid tumpang bertanya bisi mimit kekeliruan diau bak palak aku..
Mat mana Tuh,
ReplyDeleteFreethinker itu pun tidak ilmiah,sebabnya tidak menyatakan bahagian mana yang tidak ilmiah.Buktikan saya salah,baru saya respek anda.
Setakat mengomen teori konspirasilah,tidak ilmiah lah...budak darjah 6 pun boleh.
Terima kasih kerana ajukan perkara ini.
~Srikandi
asal sumer pakat pk pasal sumthin' jer msti kne ngan conspiracy theory pnyer...
ReplyDeletexleh nk pk positive sket ke???
payah betoi la hidup sekarang ni...
xboleh nk prcyer org lngsung...
mcm2 prob yg timbul...
nk cye xleh, xnk cye xleh... (-.-")
Hairan?
ReplyDeleteKenapa soalan2 saya masih belum terjawab?
1: Adakah Seri setuju KRU gambarkan Garuda sebagai Lanun Geruda dan bukannya kerajaan samada Sriwijaya, Sailendra atau Jawaka?
2: Adakah Seri yakin Burung Garuda di dalam Hikayat Merong bukan merujuk kepada Binatang/ Jin yang tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S tetapi meyakini Hikayat ini mengkiaskan sebuah Kerajaan/ sekelompok Lanun?
3: Adakah kuat bukti yang Seri katakan dahulu bahawa Merong itu ialah Dapunta Hyang sekadar berasaskan catatan Mantera Siam? Tiadakah bukti-bukti lain yang menyokong?
Saya masih menunggu soalan-soalan mentah ini dijawab oleh Seri.
M_M
Ahezeman,
ReplyDeleteTaknaklah!Orang Sie ni ganas-ganas.Saya lebih rela jadi permaisuri Ahazeman dari jadi permaisuri Benua Sie Cop Muhong.
;<
Diraja,sorry...
ReplyDeleteLangkasuka berakhir kerana ditakluk oleh Sriwijaya.Langkasuka berpecah menjadi Ligor,Setul,Singgora,Kelantan dan Pattani.Benua Siam yang disebut dalam HMM ialah Tambralingga atau Nagara Sri Darmaraja dengan Chaiya sebagai ibukotanya.Kerabat Sri Dharmaraja ada kaitan dengan kerabat raja-raja Kedah atau disebut dalam riwayat Khmer sebagai 'Ketomala'.Sebab itu dalam HMM,Raja Siam dan Kedah adalah bersaudara.Siam di sini bukan bangsa Thai yang membuka Thailand sekarang tau.Siam adalah nama wilayah,bukan bangsa.Asalnya ialah 'Syam' iaitu satu suku Melayu purba yang duduk di Lembah Menam.Kemudian negeri tempat tinggal mereka dinamakan 'Siam'.Ini berlaku sebelum 1 Masehi lagi.Jadi saya berpendapat,kapal HMM diserang oleh kuasa laut sama ada dari kerajaan Medang (Sailendra) atau Jawaka.Saya ada khilaf di situ.Saya mula sedar bahawa Sriwijaya muncul kemudian dari Langkasuka.Maksud saya masa pembukaan Langkasuka,Sriwijaya belum kuat untuk jadi empayar.Mungkin sebuah negarakota Melayu.Sebab dalam rekod Champa,apabila pantai-pantai mereka diserang oleh orang Jawa dari kerajaan Medang,digambarkan bahawa todak sedang menyerang dalam kesusasteraan mereka.
Saya tidak pernah mengatakan seperti dalam soalan 3 itu.Jika ada pada ATBM yang mana,tunjukkan.
Harap membantu.
^-^
~Srikandi
salam srikandi..
ReplyDeletemaaf nampak mcm ubah topik..boleh saya tahu prospek berjaya dlm bidang sejarah?Saya bercadang nak sambung pengajian dlm bidang sejarah,minat sangat,tapi ibu bapa mesti tanya boleh dapat kerja apa?harap semua membantu dan sekali lagi maaf.
Bidang sejarah bagi saya luas:
ReplyDelete-Sosiopolitik
-Antropologi
-Budaya
-Arkeologi
-Tamadun
Kerjaya yang popular ialah sebagai pensyarah atau guru,seperti yang saya lakukan sekarang.Majoriti sejarahwan adalah pensyarah.
Lain-lain seperti kurator atau ahli arkeologi.Namun mereka juga berasaskan kepada bidang pensyarahan juga.
Jadi pensyarah ni 'best'.Rileks.Tapi kena banyak membaca dan pandai 'bercerita'.Skil anda pada cara anda menyampaikan sejarah.Jika anda bosan maka subjek sejarah anda membosankan.
Sejarah adalah tentang cerita.Seperti mana 'history' adalah 'his story'.Jadi laluan anda adalah menjadi pensyarah.Tidak pernah pula saya dengan pelajar sejarah jadi juruteknik pula.Tetapi mungkin anda boleh gunakan ijazah anda untuk buka bisnes :)
~Srikandi
ulasan yg menarik dan tersusun,
ReplyDeletearap2 KRU bole terbitkan Si Bongkok Tanjung Puteri tentu boleh hit dari HMW kerana dlm kisah si bongkok tu lagi hebat kisah cinta, adik beradik, khianat, tanpa usul periksa pelayaran peperangan
Salam Seri,
ReplyDeleteSoalan saya yang terdahulu: Adakah kuat bukti yang Seri katakan dahulu bahawa Merong itu ialah Dapunta Hyang sekadar berasaskan catatan Mantera Siam? Tiadakah bukti-bukti lain yang menyokong?
Jawapan Seri: Saya tidak pernah mengatakan seperti dalam soalan 3 itu.Jika ada pada ATBM yang mana,tunjukkan.
Bukti saya: Cantuman dari dua artikel ATBM iaitu XX dan Temubual bersama Srikandi.
Pada Artikel XX, "Menariknya Dapunta Hyang Sri Jayanasa juga dikenali dengan Prabhasadharma,Raja Merong Mahawangsa,Maharaja Gegar Alam dan Maharaja Segenta Alam dalam hikayat-hikayat Melayu".
Pada Artikel Temubual Bersama Srikandi, "Saya juga menyimpan salasilah dinasti Sriwijayamala sebelum Dapunta Hiyang Jayanasa.Anda tahu dari mana saya mendapatinya? Seorang sami tua di sebuah wat Buddha di Ranong,Thailand.Salasilah itu ditulis dalam bentuk puisi dalam skrip Khmer Kuno dan dibaca sebagai satu mantera.Sami itu menyimpannya sejak turun-temurun dari warisan keturunannya".
Bagaimana Seri mahu ulas? Atau saya yang salah faham?
M_M
haha..jawab cik seri..jangan malukan kami semua..
ReplyDeleteOwh...itu dari riwayat Kelantan.Tapi saya berpendapat Merong dan Dapunta Hiyang Jayanasa dua individu berbeza.
ReplyDeleteSiam itu maksudnya Thai kah?Kalau anda maksud begitu salah lah.Mantera itu dalam tulisan dan bahasa Khmer.Saya tidak habis terjemah lagi.Lagipun amat sukar sebab ia ditulis dalam Khmer Kuno,bukan bahasa Khmer moden hari ini.Orang Kemboja pun tak faham.Tetapi menariknya ada perkataan Thai yang sebenarnya dari Khmer Kuno yang kini tidak lagi digunakan oleh orang Khmer sendiri.
Saya tak kata 'Mantera Siam' itu tulis Merong adalah Dapunta.Anda kena jelas di situ.
Harap membantu.
~Princess of Matahari
Salam Seri,
ReplyDeleteJika Seri dah kata Merong dan Dapunta Hiyang Jayanasa adalah dua individu berbeza walaupun dalam hikayat-hikayat Melayu iaitu riwayat Kelantan menyatakan Dapunta Hyang Sri Jayanasa juga dikenali dengan Prabhasadharma, Raja Merong Mahawangsa, Maharaja Gegar Alam dan Maharaja Segenta Alam... oklah, saya akan pegang kata-kata Seri itu.
Saya dahulunya beranggapan bahawa salasilah Sriwijayamala yang tertulis pada mantera kuno Khmer tersebut mungkin tertera nama Prabhasadharma atau Merong Mahawangsa atau apa-apa nama yang merujuk kepada Dapunta Hiyang Jayanasa, sekaligus melahirkan kenyataan seperti pada Artikel XX, "Menariknya Dapunta Hyang Sri Jayanasa juga dikenali dengan Prabhasadharma, Raja Merong Mahawangsa, Maharaja Gegar Alam dan Maharaja Segenta Alam dalam hikayat-hikayat Melayu".
Tapi saya masih tidak berpuas hati kenapa Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang juga dikenali sebagai Raja Merong Mahawangsa dalam riwayat Kelantan bukan merujuk kepada Merong Mahawangsa dalam Hikayat Merong Mahawangsa?
Sangat-sangat menghairankan...
M_M
Ada jugak yang suka tengok Seri tak dapat jawab soalan-soalan sejarah Melayu ye?
ReplyDeleteSelagi tak tengok Seri jatuh dari tempatnya, selagi tu hatinya memanjang je sakit hati...
Malang sungguh pemilik hati yang berpenyakit tu...
M_M
salam..
ReplyDeletetambralinga sebelum bergelar siam adalah "syam"..
adakah "syam" ini yg disebutkan dalam hadis nabi atau "syam" di syria sekarang..
any coment?!
salam,
ReplyDeletecik seri. saya ada ramai kawan berbangsa India. mereka semua percaya suatu masa dahulu Nusantara nie di bawah pengaruh India.
cik seri dah ceritakan argument nie. cuma yang saya harap tahu sedikit berkenaan Kerajaan Kalinga di India, Kerajaan Kalingga di Indonesia, sejarah penempatan org India di kota Melaka (zaman portugis) dan juga sekuat mana pengaruh kerajaan India di Nusantara.
adakah benar Raja Chola pernah memerintah Langkasuka, Kataha dan Perak?? Apakah benar dikatakan Keturunan Raja2 Melayu nie adalah keturunan raja2 dari India (mungkin bukan bangsa tamil) tapi dari kawasan yg sama??
harap di raja berpuas hati dengan jawapan cik sri.saya pun dah berdebor2 dah tunggu jawapan..lega rasa cik sri jawab sebab saya pun demikian juga seperti di raja.Tetapi dengan jawapan cik sri membantu memecah debaran saya yakin kat luaq sana pun berdebar menunggu jawapan cik sri.Terjawab sudah soalan En diraja.Jika ada sebarang soalan bertanya ajukan kan lah.Saya yakin cik sri sudi menjawabnya,berani keraNA yakin...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletemohon jasa baik Cik Sri membenarkan post ini menumpang di laman Cik Sri. Kepada sesiapa yang mempunyai akaun facebook, marilah sama2 LIKE page ini
http://www.facebook.com/pages/Melayu-Islam-Dunia-Konspirasi/215164655181053
page ini mengumpulkan semua artikel2 yang terbaik.
terima kasih
Info yang menarik. Time belajar Sejarah form 5 dulu tak banyak fakta yang diketahui. Baru sekarang sy jelas dgn Hikayat Merong Mahawangsa ni. Thanks Srikandi.
ReplyDeleteMenunggu orang kita buat movie mengenai kehidupan zaman batu yang sebenar...
PadangDiLalang
ha anony?
ReplyDelete"adakah benar Raja Chola pernah memerintah Langkasuka, Kataha dan Perak?? Apakah benar dikatakan Keturunan Raja2 Melayu nie adalah keturunan raja2 dari India "
itu lah asey ada beragama HIndu ja tanah ini milik mereka.aduh,
teman dulu ha ada jugk teman teruji tentang sejarah bangsa teman dengan soghang hamba Allah yg majoriti bangsanya menganut agama Hindu di tanah ini.Deme ni selain juga adalah penyokong/persimpati kepada hak hak rakyat Sri lanka yang tertindas,penyokong kepada perjuangan LTTE dan apa yang dia bagitau kat teman
"The peninsula was overrun in the 11th century. by the Cholas from the Coromandel Coast of India; after about 50 years, the Sailendras, somewhat weakened, resumed their sway. Sailendra rule ended in the late 13th cent.,
when Sumatra and some southern areas of the Malay Peninsula fell to a Javan invasion and when the Thai king of Sukhothai swept over the peninsula from the north. The Sumatran kingdom of Melayu next ruled over the south of the peninsula, to be followed in turn (late 14th cent.) by Madjapahit, which was the last Hindu empire of Java, and by the Thai king of Ayutthaya. The fall of Madjapahit opened the way for the primacy of a Malay state, Malacca (see Melaka). In the 15th cent., the Malays, beginning with the Malaccans, were converted to Islam (which remains the religion of most of malays.."
-----------teman x pecaya--------
Salam
ReplyDeleteBlog ini http://hmm-asal.blogspot.com mungkin dapat membantu kita menjawab adakah HMM realiti atau fantasi.
MAAF LARI TAJUK SIKIT..
ReplyDeleteFORUM NI CUBA MEMBINCANGKAN ASAL-USUL MELAYU & PEMBUKA TREAD CUBA NYATAKAN MELAYU ASAL DARI SIAM.
http://www.asiafinest.com/forum/lofiversion/index.php/t120602.html
HARAP CIK CERI BOLEH BERI SIKIT PENCERAHAN PADA MEREKA SEMUA.
P/S : SIAM SAM SAM PUN ADA KAT SANA!!
Penduga Arus
Hye cik siti...nak kenal lebih leh....kt mana cik siti belajar sejarah nie...saya pun tak tahu ke tahap nie cik siti weiii...emai k...
ReplyDeleteHai,saya belajar sejarah melalui deria ke 6 saya :D
ReplyDeleteSebenarnya saya ambil kursus luarnegara,tak perlulah saya beritahu kat mana.Di Malaysia,saya rasa UM atau UKM punya jabatan sejarah sendiri.USM pun bagus jugak,lihatlah aktiviti arkeologi mereka.
~Srikandi