Yang berwarna hijau itu adalah kerajaan Lanxang |
Siam Lancang dalam HMM:Realiti atau Fantasi?
Salam semua!
Kali ini saya mahu mengajak anda mengkaji lagi rahsia di dalam Hikayat Merong Mahawangsa (HMM).Saya nak ajar anda bagaimana 'READ BETWEEN THE LINES' dalam konteks menterjemah maksud tersirat dalam HMM.Di akhir artikel ini anda akan dapat pencerahan secara akademik bagaimana plot yang diambil dari HMM ini sebenarnya adalah bayangan kepada kisah sejarah yang sebenarnya terjadi di Indochina,beribu-ribu tahun dahulu melalui 'cross-reference' dengan riwayat-riwayat asing,catatan atau ulasan dari sejarahwan.Saya akan ajak anda kaji secara akademik dan logik,bukan angguk-angguk cakap wasiat orang mati yang dah ditokok tambah dari mulut ke mulut atau percaya repekan 'pendatangness' yang buta sejarah.
Orang Melayu semenanjung sebenarnya telah lama berada di tanah besar dan bukannya berasal dari Sumatera.Sebahagian besarnya berada di Indochina dan Segenting Kra,melalui negarakota-negarakota mereka (city-states).Orang Melayu yang menubuhkan Langkasuka bukanlah Melayu Sumatera.Langkasuka ada kaitan dengan Funan,dan orang Melayu semenanjung pada zaman purba punya hubungan dengan Khmer,Pyu,Mon,Burma,Dai-Viet dan Tai;satu hubungan istimewa yang tidak dipunyai oleh Melayu Sumatera mahupun Borneo.Sebab itu prasasti-prasasti yang mencatatkan salasilah raja-raja Melayu Indochina ditemui sejauh Vietnam (Prasasti Dong-doung,contohnya),apatah lagi di Kemboja.Sebab itu jika ada orang gila yang mengatakan kepada kita bahawa Melayu berasal dari Sumatera,jangan layan.Sebab kita tahu bahawa Langkasuka dan Tambralinga yang wujud sezaman dengan Funan iaitu lebih kurang 1 Masehi beratus-ratus tahun lamanya sebelum kemunculan Sriwijaya dan Melaka yang seringkali dikaitkan dengan Melayu Sumatera.
Kini para pengkaji telahpun mengesan sejarah awal Sriwijaya di utara semenanjung.
Hikayat Merong Mahawangsa ini sebenarnya amat penting kerana dapat menyelamatkan kita yang berada di semenanjung ini dari dicap sebagai 'pendatang dari Sumatera'.Sebab itu sebagai usaha untuk menghilangkan jatidiri orang Melayu,hikayat ini pernah diburu untuk dimusnahkan oleh kerajaan Thai dan British.Namun seperti biasa,raja-raja Melayu bijak membuat beberapa salinan dan disebarkan ke beberapa orang.Raja Thai telah membakar naskah HMM manakala British pula merampasnya dan membawanya ke England.Namun hari ini kita masih dapat menatap rahsia dari hikayat ini.Usaha mereka gagal sepenuhnya untuk melenyapkan bangsa Melayu.
Raja Thai telah hampir mempupuskan orang Mon dan mengecilkan saiz tanah orang Khmer seperti yang kita lihat hari ini.Ketika menawan Segenting Kra dan menjajah Kedah,serta berjaya membakar HMM,raja Thai ketawa besar kerana menyangka telah menakluk seluruh dunia Melayu,seperti mana yang dilakukannya ke atas orang Mon dan Khmer.Namun raja Thai terkejut besar apabila hikayat ini masih wujud dan orang Melayu masih berada di selatan semenanjung,Sumatera,Borneo malah ke Filipina!
Jadi boleh dikatakan bahawa Melayu asal semenanjung kebanyakannya berasal dari Indochina,Segenting Kra hingga ke utara Malaysia.Sebab itu kita lihat orang Kedah dan Kelantan mempunyai 'originaliti' yang ketara terutama dari segi loghat.Orang Melayu Indochina turun ke semenanjung Malaysia setelah ditekan oleh perluasan kuasa oleh Thai dan Dai-Viet.Baca baik-baik ya,Melayu Indochina.Ini kerana di semenanjung,orang Melayu telah ada,kebanyakannya tinggal di pesisir pantai.Saya suka namakan orang Melayu Indochina ini sebagai 'Melayu Darat'.Sebab mereka bina 'city-states' jauh ke darat dan pakar dalam bidang pertanian.Negeri Jelapang Padi di mana?Melaka?Sebab itu Kedah adalah salah satu negeri yang teramat penting.Ini kerana nama purbanya,'Ketah' adalah nama yang tercatat dalam banyak tradisi Khmer purba.Saya telah menjumpainya dan ia benar-benar mengejutkan!
Berbalik kepada HMM,saya ingin fokus kepada pembukaan negeri-negeri Melayu oleh keturunan Merong Mahawangsa.
Saya amat tertarik kepada sebuah negeri yang dibuka jauh ke utara iaitu negeri Siam Lancang.Saya petik dari HMM m/s 49:
"...Maka di situlah sekalian berbuat istana dengan kota parit serta dihimpunkan segala orang yang duduk bertaboran pechah belah itu.Maka di satukan sekaliannya,maka menjadi besarlah.Maka dinamai negeri itu Siam Lancang,tempat membuat kota istana itu.."
Saya 'highlight'kan perkataan 'Siam Lancang',kerana ia adalah perkataan yang sangat penting.Dalam HMM,negeri Siam Lancang dibuka oleh anak Raja Merong Mahapudisat yang tua,bersama-sama Pra Chisim dan isterinya Nang Sutaman,pemerintah rakyat gergasi.Saya tidak pasti apakah 'gergasi' ini,namun di dalam HMM,pengarangnya membezakan bangsa Melayu dengan gergasi ini.Lihat ayat ini pada m/s 47:
"Setelah didengarnya oleh Raja Merong Mahapudisat sembah menteri itu,"Jikalau demikian hendaklah saudara kerahkan segala kaum gergasi himpun sekaliannya dan panggil penghulu Pra Chisim dan penghulu Nang Sutaman itu ke mari,kita beri ia pergi bersama-sama anak kita dan orang kita Melayu,setengah kita suroh pergi bersama anak kita yang tua ini kita hantarkan ka hulu di sebelah utara barat laut.Maka tanah bumi itu lanjut jauh jua perjalanannya"
Perhatikan nama Pra Chisim dan Nang Sutaman.Yang lelaki memakai pangkal nama Pra manakala isterinya Nang.Pra adalah nama yang juga digunakan oleh orang Khmer merujuk kepada sesuatu yang suci;Preah.Dalam sistem penggelaran Thai terdapat juga perkataan Pra dan ini sudah pasti hasil cedokan dari gelaran Khmer,Preah atau kemungkinan besar dari Melayu Indochina iaitu Prah.
Dalam riwayat Sri Dharmaraja dan beberapa riwayat Khmer lain ada menyebutkan keturunan Sri Dharmaraja (Ligor) yang memakai pangkal nama Nay (Nai) bagi lelaki dan Nan (Nang) bagi perempuan.Saya telah sentuh perkara ini dalam artikel ATBM "Maulimalaraja dan Sri Dharmaraja".
Tetapi HMM menyebutkan asal-usul Pra Chisim ialah berbangsa Melayu:
"Adapun Pra Chisim itu anak Melayu.Ia beristerikan Nang Sutaman gergasi.Maka ia beroleh anak saorang laki-laki Parak namanya.."
Maka gelaran 'Pra itu adalah sebutan Siam kepada 'Preah' dalam bahasa Mon-Khmer,berasal dari kata Praoh atau Prahu.Apakah Prahu?Perahu ialah bot orang-orang Melayu!HMM telah mengesahkan bahawa gelaran Pra berasal dari bahasa Melayu dan gelaran raja Melayu Indochina.Lihat,inilah namanya 'cross-reference'.Kajian saya mengenai Raja Parahu yang terpahat namanya di Luxor,Mesir punya kaitan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa.Saya tidak perlu mereka-reka cerita dari wasiat orang mati untuk menipu orang ramai,maaf,seperti yang dilakukan oleh saudara Tarmizi dari Blog Kedah Cyber Cadbury.
Saya berpendapat bahawa gergasi adalah satu rumpun lain selain bangsa Melayu.Kemungkinan bangsa Kamboja yang baru bermigrasi dari Asia Tengah atau campuran Khmer-Kamboja.Dalam sejarah Khmer,ada menyebutkan rumpun Kam,satu kaum yang menjadi asas bangsa Khmer.Kam ini berasal dari suku Kamboja atau Saka yang datang dari Asia Tengah,membawa kebudayaan Veda dan Sanskrit.'Gergasi' adalah perlambangan tubuh badan yang besar.Jadi adalah munasabah kaum Kamboja lebih tegap dan besar dari kaum-kaum sebelah timur ini.
Gelaran Nai dan Nang adalah gelaran Melayu dari negeri 'city-states' Tambralinga.Tambralinga adalah nama lama bagi Sri Dharmaraja yang dikenali sebagai Ligor.Nai digunakan bagi lelaki manakala Nang bagi perempuan.Dalam rekod Khmer ia disebut sebagai 'Nay' dan 'Nan'.
Apa yang ingin saya beritahu anda ialah nama Siam Lancang itu.Adakah ia punya 'cross-reference' dengan sumber lain,sebagaimana negeri Langkasuka yang juga disebut dalam rekod China dan India?Dua negeri lain yang dibuka oleh keturunan Merong iaitu Perak dan Kedah juga punya 'cross-reference' dengan sumber lain.Jadi mari dengar ini cerita.
Dalam HMM,perjalanan dari utara semenanjung ke Siam Lancang itu mengambil masa 200 hari perjalanan (berjalan kaki),iaitu kira-kira 6 bulan.Bagi saya adalah munasabah.
Adakah nama Siam Lancang itu hanyalah fantasi?Berita baiknya,tidak.
Di dalam sejarah Indochina pernah berdiri satu kerajaan yang bertempat di Laos kini iaitu kerajaan Lanxang.Sebutan Lanxang dalam sistem sebutan Mandarin (han yu pin yin) ialah 'Lan-chang' bukan 'Lan-zang'.Dalam sejarah kontemporari,kerajaan Lanxang telah ditubuhkan pada tahun 1354 oleh seorang putera raja bernama Fa Ngum.
Lanxang mengikut sejarah Laos adalah bermaksud 'sejuta gajah' (lan=sejuta,Xiang=gajah).
Apakah kaitan Lanxang dengan Siam Lancang dalam HMM?Kaitannya ialah gelaran yang diambil oleh Fa Ngum merujuk kepada kerajaan dan kedaulatannya.Dalam riwayat Lanxang ada menceritakan apabila Fa Ngum mencapai umur 37 tahun,dia diberi gelaran "Phragna Fah-La-Thorani Sisatanakanahud".Gelaran ini sebenarnya sebutan Lao kepada "Pongna Prah Dharnindra Sri Santan Naga Nahud" di dalam bahasa Sanskrit.Apa yang menjadi trivia ialah gelaran "Sri Santan Naga" itu adalah gelaran raja-raja Melayu Champa dan Sri Dharmaraja!
Mengapa Fa Ngum mengambil gelaran raja-raja Melayu?
Sri Santan Naga juga ditulis sebagai Sri Siantan Naga dalam rekod-rekod Khmer dan Vietnam.Pernah dengar mitos Sri Siantan?Syair Siantan?
Penggunaan gelaran raja Melayu ini benar-benar terbukti apabila seorang raja Lao dari keturunan Fa Ngum,Setthathirath telah menggunakan gelaran 'Maulimalayu' ketika mengutus surat kepada raja-raja di sekitarnya.Salah satunya ialah utusan yang dihantar kepada Borommaracha IV,Raja Lovek dari Kemboja terkandung gelaran purba raja Melayu ini yang bermaksud "Mahkota dari orang-orang Mala".
Ini bukan rekaan saya.Anda boleh merujuk kepada buku History of Laos oleh Maha Sila Viravong,juga Le Laos Francaise yang ditulis oleh Eugene Picanon.
Mengapa semua keanehan ini terjadi?Jika raja Laos mengambil gelaran raja Melayu,apa motifnya?Mengapa?
Perkara ini sebenarnya amat memeningkan saya dan ulasan dari sejarahwan Laos dan Khmer juga tidak jelas dan mereka juga berada dalam kekeliruan bagaimana mahu mengaitkan mana-mana sejarah Malaysia atau Indonesia (yang diketahui mereka mewakili 'dunia Melayu') dengan gelaran raja-raja Lao awal ini.
Pada pendapat saya,Fa Ngum telah membina kerajaan Lanxang di atas bekas wilayah Siam Lancang yang disebut dalam HMM.Fa Ngum juga telah mengahwini seorang puteri Khmer dan saya menganggak dari isterinya itulah,Fa Ngum yang berketurunan Tai mempelajari gelaran raja-raja Melayu purba yang ketika itu berpengaruh dalam istana Khmer.Pendapat kedua saya ialah Fa Ngum telah membina Lanxang selepas mengalahkan raja Melayu terakhir di wilayah Siam Lancang itu kemudian menubuhkan kerajaannya sendiri.Ini kerana ketika itu juga kerajaan Sukhotai juga sedang meluaskan pengaruhnya.Seperti biasa,kebudayaan awal negeri-negeri Tai akan meniru atau mengasimilasikan kebudayaan negeri-negeri yang ditakluknya.Untuk mengetahui kebudayaan bangsa Tai yang sebenar,kita boleh lihat budaya sukukaum Zhuang di China dan Shan di Myanmar.Kerajaan Sukhotai juga menjadikan Buddha Theravada sebagai agama rasmi selepas mengimport ramai sami-sami Melayu dari Tambralinga (Sri Dharmaraja) bagi mengajar aliran itu kepada bangsa Tai.Ini samalah juga bagaimana U-Thong,membina kerajaannya di atas wilayah Sri Dharmaraja.Maka saya berpendapat Fa Ngum membina kerajaannya di atas wilayah Siam lancang.
Maka tidak hairan kerajaannya dinamakan sebagai Lancang,berbetulan pula dalam bahasa Tai-Lao bermaksud 'seribu gajah'.Lancang dalam bahasa Melayu bermaksud kenaikan,yang selalunya digunakan untuk kapal dan perahu.Pernah dengar tentang Lancang Kuning?Iaitu bahtera kenaikan sultan Siak dan Melaka.
Dalam syair Siantan ada menceritakan tentang negeri Champa:
"Tinggi-tinggi Gunung Siantan
Dew Perkase Hulubalangnya
Tidak setia kepada Bantan
Negeri Champa Konon asalnye"
Sejarah Kepulauan Riau ada menceritakan tentang lanun-lanun dari negeri Champa menyerang kampung-kampung.Saya lihat ada kaitan dengan 'Siantan' dan 'Champa',sejak seorang raja Champa bernama Simha Jayavarman memakai gelaran 'Sri Siantan'.
Sungguh,sejarah Melayu begitu mengasyikkan!
~Srikandi
'Mala Malayu iva malayam raja'
(ayat ini diambil dari Prasasti Han Chey di Kemboja bertarikh abad ke-6 Masehi,dipahat oleh Bhavavarman II,raja Chenla yang berjaya menakluk seluruh Funan.Ayat di atas bermaksud 'Raja Mala dari Negeri Melayu'.Ini adalah gelaran yang dipakai oleh raja Chenla itu setelah menundukkan Funan,empayar yang terkenal dalam sejarah purba Indochina)
Nampaknya semakin dalam sejarah indochina dikaji, nasionalis khmer, laos dan thai semakin terhimpit dgn DILEMA MELAYU!!! Dgn pembukaan dan pendedahan sejarah MELAYU DARAT yg menduduki BENUA MELAYU, nasionalis BUKAN MELAYU LAUT di KEPULAUAN MELAYU akan turut sama dihimpit oleh DILEMA MELAYU!!! Dlm masa yg sama, DILEMA MELAYU yg menghantui MELAYU SEMENANJUNG selama ini, pada hari ini menjadi ironik! Dari RACUN PEROSAK JIWA MELAYU berubah menjadi UBAT TONIK JIWA MELAYU! Itulah DILEMA MELAYU YG BAHARU...
ReplyDelete"Saya tidak perlu mereka-reka cerita dari wasiat orang mati untuk menipu orang ramai,maaf,seperti yang dilakukan oleh saudara Tarmizi dari Blog Kedah Cyber Cadbury."
ReplyDeleteTarmizi = Megat Al-Jefri???
Boleh Cik Srikandi dedahkan sape sebenarnya "Tarmizi" ni? =)
Untuk makluman Cik Seri, dalam ruangan comment di artikel latest blog kedahcybersyburi, Megat & beberapa follower tegarnya mencaci Cik Seri & Ibnu Rusydi habis2san. Mungkin Cik Seri tak sedar kot...
Pelik nengok perangai graduan lulusan pengajian Islam macam Megat @ Tarmizi tu. Buat buruk nama orang tabligh jek... =(
gud article... keep it up =)
ReplyDeletetak la fening tp tak leh nk susun line mana dulu..mana kemudian..
ReplyDeleteharap cik sri terus post artikl seminggu skali kalo bleh..recycle pn jadilh..sbagai aktiviti mingguan pemint sejarah realiti melayu..
moga allah berkati usaha cik sri..amen..
Pelancaran Ekspedisi Jejak Warisan Jawi 2 telah berjaya dilancarkan 24 mei bertempat di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
ReplyDeleteTak tau la yg mana betul ni bila ada seorang pakar sejarah menyatakan-
"Ayuthia adalah sebuah kerajaan Melayu yang telah di 'hijack' sejarahnya oleh bangsa Tai, dan kami sedang berusaha mendapatkan keputusan terkini dari pihak Perancis untuk menyakinkan lagi kajian kami bahawa kompleks di Ayuthia itu adalah binaan masjid," kata pengkaji (Dr.) yang dirahsiakan namanya buat masa ini.
"Siam dan Tai itu dua bangsa yang berlainan, kajian linguistik membuktikannya, Siam, Champa itu adalah Melayu," tambahnya lagi.
Apabila ditanya tentang bangsa Mala dansejarah mistik dan sebagainya, mereka mendakwa perkara seumpama itu tidak boleh diguna pakai kerana ia berasaskan khayalan semata-mata.
"Itu semua berasaskan khayalan," menurut Dr. itu lagi.
Harap cik seri leh bg pendapat ttg knyataan Dr.? tu..
memang sangat mengasyikkan.. sejarah bangsa melayu semua nya terpecah-pecah dalam sejarah bangsa2 lain..ahhh... kalaulah sy dapat membantu dalam decode semua ini..hehe... ada can tak srikandi?
ReplyDeleteanyway..thanx 4 gud article as ever...
Artikel Untuk Renungan Bersama : Hikayat Lubang Najis : Kita Semua Di Dalam Lubang Najis, Ayuh Bangkit!
kepada saudara amid :
ReplyDeleteapa yang saudara petik itu adalah kenyataan daripada Herman Abdullah @ TheMalayPress dalam blognya.
Seorang pengunjung blog saya, saudara Asri Al-Baker maklumkan kenyataan sebenar yang dibuat oleh pengkaji tersebut jauh berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh Herman. Boleh baca diruangan comment artikel blog saya di http://ibnurusydi.blogspot.com/2011/05/jejak-bani-siam.html
Salam hormat,
IBNU RUSYDI
salam buat srikandi
ReplyDeletedulu saya ada mengatakan yang Buddha Theravada merupakan mazhab buddha aliran melayu tapi telah ditemplak oleh pembaca yang lain. terima kasih atas info ini.
1. 'Dua negeri lain yang dibuka oleh keturunan Merong iaitu Perak dan Kedah juga punya 'cross-reference' dengan sumber lain'.
saya ingin mendapatkan penjelasan srikandi mengenai pembukaan negeri perak. Adakah maksudnya keturunan merong yang pertama membuka dan menamakan negeri tersebut sebagai'PERAK '?
Bagaimana dgn GanggaNegara yang mungkin lebih lama dari itu ?
Atau jika diambilkira pendapat kerajaan Raja Perahu dan Raja naga berasal dari situ berdasarkan pendapat perak merupakan sebuah pulau pada masa dahulu atau lebih tepatnya, pendapat kedua srikandi mengenai 'PUNT' selain brunei.
Atau pembukaan negeri perak selepas kejatuhan Gangganegara ditangan Raja Suran? pendapat yang ini seakan kena dgn zaman merong.
apa pendapat srikandi dan boleh ceritakan sedikit tentang pembukaan perak tersebut.
dulu merong maha merapu..la ni tebalik kot pulak..hantam sajalah labu.
ReplyDeletehmmm Siam Lancang..
ReplyDelete1. Fa Ngum yang beristerikan puteri Khmer (Nang YordKeo) dikatakan cucu kepada Souvanna Khamphong yang diusir dari tanah lancang (luang phrabang @ Muang Sawa - ni nama lama tanah Lanxang ) bersama bapanya oleh datuknya (Souvanna Khamphong).
2. Souvanna Khamphong (raja ke 15 Muang Sawa) dikatakan berasal dari keturunan Khun Burom Rasathirath (raja dewa yg) yang menitahkan 7 orang anaknya buka 7 kerajaan di Indochina/suvarnabhumi (hmmm cam pernah dgr kisah raja yang suruh 7 anaknya merantau ni kan..). (Lancang adalah kerajaan anak sulong dari 7 anak Khun Burom, Khun Lor).
3. FaNgum (raja ke 16 Muang Sawa dari keturunan Khun Borum, yg juga raja pertama Lanxang) dengan bantuan askar khmer (coz lepas diusir atuknya, dia dan ayahnya bermukim & berkawin dgn kerabat khmer) bila dah besar serang balik LuangPhrabang dan menang. pastu barulah kerajaan Lancang terbentuk.
4. menurut cik seri, dlm HMM kerajaan Siam Lancang dibuka oleh anak Merong Mahapudisat (yg juga anak merong mahawangsa) Pra Chisim dan isterinya Nang Sutaman, yakni pemerintah rakyat gergasi (gergasi mungkin merujuk keturunan dari asia tengah, pembawa ajaran veda @ mungkin lost tribe of Israel tu etc yg berintegrasi & asimilasi dgn org asal Mon).
tp dlm satu teori lain, Lanxang (@ nama lamanya Muang Sawa) nie diperintah oleh anak pertama Khun Burom (Khun Burom juga dikatakan sbg anak kepada Raja Naga, Lạc Long Quân @ Hun Hien Vrong (semua bapa dan keturunan Hun Hien nie pakai suffix Vrong @ mungkin merong yg juga merujuk kepada raja) & Au Co puteri kayangan dari kerajaan gunung Biyue - p/s biyue nie juga dikatakan antara lost tribe of Israel). Lepas Hung Hien Vrong & au Co bercerai, Hun Hien & 50 anaknya belayar dan buka kerajaan di pulau2 & Au Co & 50 lagi anaknya buka kerajaan di pendalaman & pergunungan. pening gak nie, yang nama satu @ memang ada kaitan nie??
Soalan saya??
a. siapa sebenarnya Khun Burom Rasathirath ni, jika benar wujud kerajaan Siam Lancang, mesti inilah rajanya Siam Lancang ni coz raja ni dan keturunannyalah yang memerintah Luang Phrabang sebelum FaNgum datang balik..
b. kalau ikutkan susur galur Khun Burom ni hingga zaman FaNgum (1353), ada lebih kurang 16 keturunan. Jadi separuh teori cik seri dah terbukti, bermakna mungkin Khun Burom nie hidup dlm 20BC - 30AD. (sezaman dengan akhiran Jawaka, Langkasuka & kerajaan Merong)
c. mungkin tak gelaran Mauli Malaraja nie dulu digunakan seperti gelaran Sultan kini, yang bukan merujuk kepada bangsa..tetapi kepada kepercayaan setempat???
Penduga Arus
Terimakasih kerana membaca,
ReplyDeleteTentang Megat Jefri,saya tidak mahu dedahkan siapa dia.Buat pengetahuan,latar belakang dia semua dalam pengetahuan saya.Saya dah jumpa kaum kerabat dia di Anak Bukit.Macam-macam cerita ada.
:D
Saya cuma berminat untuk bincang sejarah sahaja.Biarlah dia kutuk saya.Itu maknanya dia tahu dia takdak modai dah.
Terimakasih Ibnu Rusydi,Marhaen dan lain-lain.Teruskan setia bersama saya.
Din,
Tambralingga mengamalkan Buddha Theravada manakala Srivijaya Buddha Mahayana.Sebab itu ada 'clash' di antara mereka.Tambralingga ataupun Ligor banyak mengimport fahaman Buddha dari selatan India iaitu Sri Lanka tetapi Sriwijaya terus dari utara India tempat asal Buddha,sebab itu beraliran Mahayana,iaitu aliran yang menitikberatkan keaslian ajaran Buddha,lebih kurang macam puak Salafi lah dalam Islam.
1.Jika anda baca HMM anda akan faham.Saya malas nak ceritalah.Itu konteks HMM.Bukan pendapat peribadi saya.Gangga Nagara sezaman dengan Funan dan Langkasuka.
2."Atau pembukaan negeri perak selepas kejatuhan Gangganegara ditangan Raja Suran? pendapat yang ini seakan kena dgn zaman merong"
Ini menarik.Sebab banyak pendapat yang mengatakan ayat tentang peperangan Andanum dan Sri Rama dalam HMM mewakili serangan Rajendra Chola.Tetapi dalam HMM,itu berlaku sebelum pembukaan Langkasuka.Ketika serangan Chola,Langkasuka memang sudah wujud malah dipahat lagi dalam Prasasti Tanjore di India sebagai 'Ilangasoka'.Jadi peperangan Andanum dan Sri Rama itu adalah peperangan lain.
Tentang pembukaan Perak itu,nanti saya kupas kalau ada masa ;>
Penduga Arus,
Mengikut ulasan sejarahwan Khmer,Khun Borom itu tidak lain adalah seorang raja Srivijaya.Nama Srivijaya amat terkenal di kalangan sejarahwan Kemboja dan mereka kurang mengenal tentang Merong Mahawangsa dan Langkasuka.Dalam HMM,kita lihat konsep seorang raja besar menurunkan keturunannya untuk membuka beberapa negeri.Maka konsep ini diulang dalam hikayat Khun Borom.
Hikayat Khun Borom ini hanya wujud pada dua bangsa Tai yang berhijrah ke tengah Indochina iaitu Thai dan Lao.Rumpun Tai yang lain seperti Ahom dan Zhuang contohnya tidak memiliki mitos Khun Borom ini.Maka sejarahwan Khmer berpendapat kisah ini dicedok dari sumber lain (baca:HMM) sebab itu ketika menjajah Kedah pada abad ke-19,HMM diperintahkan dibakar oleh kerajaan Thai Chakri.
Maulimalaraja adalah gelaran diraja.Ia ditambahkan pada nama seseorang raja macam Sri Siantan Naga Nahud yang dipakai oleh raja-raja Melayu dahulu.Kemudian dicedok oleh raja Lao menjadi Sisattanakhanahut.
Harap membantu
~Srikandi
Wan Azri,
ReplyDeleteSy igin menanyakan soalan yg lari dr topik skit...Sipakah yg membuka negeri Pahang pd awalnye (sebelum Siam memerintah Pahang.)
Pahang mesti mempunyai sejarah tersembunyi kerana Pahang merupakan negeri yg paling besar di Semenanjung
Ade sumber dr blog wzwh.blogspot.com/2010/08/pahang-negeri-tua.htmlMaharaja China telah mengisytiharkan raja ini sebagai raja dalam negeri Pahang. Dalam TM 451 dan 456 Seri Palavarman mengutus pula ke China seorang ahli sejarah negerinya yang bernama Danapati TM 459 dengan satu bingkisan dan juga hadiah-hadiah. Danapati telah dikurniakan gelaran "Panglima Gagah Perkasa" slia lawat link di atas utk bacaan selajutnya
Jika ini benar kerjaan beraja Pahang telah wujud lebih lama dari Sriwijaya ke... Diharapkan Cik Srikandi dpt memberikan pencerahan utk menghuraikan kekeliruan yg sy hadapi
Kena jelas sikit bahawa yang memerintah Pahang bukan etnik Thai tetapi Melayu Sri Dharmaraja (Ligor).Mereka ini disebut Siam.Siam berasal dari kata 'Syam' merupakan nama sebuah suku Melayu purba yang tinggal di Lembah Menam pada era sebelum Masehi.Syam ni sezaman dengan suku Lawa dan Cham.Mereka ni semua asal Austronesia (Melayu dalam kelompok ini).Kemudian suku Lawa terasimilasi ke dalam rumpun Mon-Khmer.Ya saya setuju bahawa Pahang wujud lebih lama dari Sriwijaya.Malah Gangga Nagara dan Kedah Tua juga wujud lebih lama.Sriwijaya ialah sebuah 'federation' atau empayar.Selepas menakluk negeri-negeri,maka barulah wujud Sriwijaya.
ReplyDeleteAda ralat sikit tentang agama Buddha era Srivijaya.Srivijaya mengamalkan Buddha aliran Vajrayana (subset Mahayana).Ini macam aliran kerohanian atau nama lainnya Tantra.Ajaran ini terkenal dikaitkan dengan Buddha Tibet.Catatan sejarah mengatakan aliran ini berkembang pesat ketika abad ke-7 dan 8 Masehi,ini ketika era Srivijaya.Aliran ini mencapai era keemasan sehingga sami dari Tibet berlayar jauh sehingga ke Sumatera untuk mendalami hakikat Tantra tahap tinggi yang dicapai oleh pendeta Melayu.Apa yang kita lihat di Tibet pada hari ini adalah hasil pembaharuan oleh Atisa,sami Tibet tersebut selepas belajar dari pendeta Melayu.Boleh kata aliran Vajrayana ini Melayu yang pelopornya.Sebab itu saya kata orang Melayu ni 'special' sikit dalam hal mistik dan kerohanian.Pernah dengar nama Syeikh Mahmud Al-Majzub?Ini syeikh yang pakar dalam zikir dan dihormati oleh ahli-ahli zikir dari seluruh dunia.Khalifah tarikat Naqsyabandi yang terkini pun dari kerabat raja Perak.
~Srikandi
salam buat srikandi
ReplyDeletenampak gayenye memang kena beli buku sejarah la lepas ni. biasanya tunggu srikandi yang suapkan.
saya ada terfikir yang sufi ni dipelopor oleh org melayu ;
1. org melayu merupakan ahli kitab sejak turun temurun.
2. ada kisah Nabi SAW melihat sekumpulan jemaah yang berzikir di masjid dan Nabi SAW tidak menegur bahkan menyukai perbuatan tersebut. perbuatan tersebut dilihat seperti kesinambungan dari amalan dari syariat lama dan diserap ke syariat baru.
ini cuma pendapat saya
Assalam
ReplyDeleteTerima kasih Cik Sri kerana menerangkan tentang Siam Lancang. Boleh saya link pos ini ke blog saya?
Tentang gergasi, saya akan terangkan di pos2 akan datang InsyaAllah.
Bg peminat sejarah Melayu, HMM asal(yg bukan diputarbelit oleh penjajah British) ada di blog saya.
http://hmm-asal.blogspot.com
Terkini saya sedang masukkan Peta2 lama dari Indonesia dan terbaru, ada 3 mukasurat dari Rekod I-Tsing. Harap terus bersama saya hingga 'Kejutan Terakhir' saya. InsyaAllah akan tiba ke situ dalam 2-3 pos lagi.
Assalam
ReplyDeleteM.O. meragui saya ke? Boleh buat pengesahan dgn Pengarah PPAG,USM. yang juga pemilik blog; arkeosungaibatu.blogspot.com
Saya hanya bertindak ikut arahan.
Boleh apa salahnya.
ReplyDeleteRagu?Tak adalah.
~Srikandi
Wan Azri
ReplyDeleteDalam TM 451 dan 456...Pahang dibawah pemerintahan kerajaan ape
Tq M.O.
ReplyDeleteSama-samalah kita kongsi ilmu ok. Yg penting ikhlas.
Quote : Saya berpendapat bahawa gergasi adalah satu rumpun lain selain bangsa Melayu...'Gergasi' adalah perlambangan tubuh badan yang besar.
ReplyDeletePernah tak Cik Sri terfikir bagaimanakah bentuk tubuh Iskandar? Sekadar memberi cadangan .. hanya terus meneliti .. teruskan
BUKTI SAINTIFIK ASAL-USUL BANGSA MELAYU NUSANTARA..
ReplyDeletesuatu fakta ang diluar dari kebiasaan..menurut saudari adah kah fakta ini diluar keboleh kepercayaan..??
http://lokalgenius.blogspot.com/2010/07/bukti-saintifik-asal-usul-bangsa-melayu.html
Joe, maaf tapi saya x nampak mana bukti saintifik yang dimaksudkan itu.
ReplyDeleteHarap ke blog saya. Pos terbaru; B. Melayu-B.Sanskrit mungkin dapat membuktikan asal-usul Melayu secara lebih saintifik dan juga tentang 'gergasi'. WAllahua'lam.
hmm-asal.blogspot.com
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSudah lama saya tidak membaca analisa sejarah, Baru ja tadi kawan bagi tau pasai blog ni, saya tersenyum membaca aneka ragam dalam tulisan cik seri ni, banyak fakta menarik untuk meluaskan dimensi pemahaman dan maklumat, padahal saya tak ada semangat nak meneliti sejarah ni.
Tentang negeri Siam Lancang, saya pernah diberitahu oleh guru saya, Almarhum Dato' Ismail bin Haji Salleh, Siam Lancang adalah tempat lahir Manjalara, dekat dengan Bangkok. Tapi pusat kerajaan Siam pada zaman itu rasanya di Ayuthiya, bukan di Bangkok.
chemritsu neng sri..=)
ReplyDeleteminta tolong buat jadual persaman antara bahasa melayu dengan mon-khmer yang masih di guna pakai sehingga kini..tqvm
Salam
ReplyDeleteBilakah sejarah ini hendak dibukukan supaya dapat dipelajari?
Saya tertanya-tanya apa kaitan pantun dibawah:
ReplyDeleteTinggi-tingg Gunung Siantan
Dewa Perkasa hulubalangnya
Tidak setia pada Bentan
Negeri Champa konon asalnya
dalam sejarah negeri Lanxang ini.
Setahu saya pantun itu merujuk sejarah pembukaan Pulau Siantan, Kepulauan Anbambas (Laut China Selatan- sekarang milik Indonesia) oleh hulubalang keturunan lanun yang bernama Dewa Perkasa yang berkerja dibawah Kesultanan Johor sewaktu ibu negeri Johor dipindahkan ke Bentan.
Jadi saya tercari-cari dari mana dapat dikaitkan pantun itu dengan gelaran Sri Siantan yang dipakai raja-raja di Lanxang itu.
Mohon penjelasan
Ok,jika anda mengkaji sejarah Champa,anda kena tahu bahawa dahulu wilayah raja Champa sehingga sebahagian Laos sekarang.Ada satu bandar nama Champassak dan ini adalah salah satu wilayah purba Champa.
ReplyDeleteVat Phou (terletak di Laos),iaitu tapak arkeologi yang menempatkan kuil purba itu asalnya adalah ibukota seorang raja Champa,Bhadravarman.Kemudian raja Chenla menakluknya (atas nama Funan).Jadi kuncinya disini adalah raja Champa,dan kita tahu orang Cham budaya dan bahasanya mirip Melayu.
Jadi kaitan gelaran raja Melayu itu diwarisi dari Champa>>Chenla>>raja-raja Lao.
Harap membantu.
~SK
Nampak gaya SK kaya dengan precised infos...apakah MERDALONG dengan MEDANG itu merujuk pada kerajaan yang sama dan apakah kaitan Kerajaan Merdalong Kamulan dan Merdalong Gana dengan Kerajaan Medang di Tanah Jawa???
DeletePerghhhh...mmg A+ bila dapat baca sejarah melayu..aku dah lama musykil dgn asal usul melayu ni..yg pling musykil bila dikatakan kaum melayu kaum yg membangsat Dari tanah Sumatra..ttg Funan,aku baru jer terbaca ni..mmg agak menarik..apa2 pun,jutaan terima kasih share ilmu..
ReplyDeletekalau .. kawen dengan bangsa raksaksa ..( plains of jar di laos .... phonsavan ..)mengikut lagenda laos dibuat oleh kaum raksaksa 2000. tahun lepas ...lan xang ( luang prabang ) sebelum kejatuhan kerajaan nanzhaou abad ke 12 di yunnan bangsa lao dan tai tidak dominasi dataran asia tenggara
ReplyDelete