Sunday, June 26, 2011

Awat hang dok muhong?


Awat hang dok muhong?






Hiburan datang lagi!Kali ini Cik Seri nak cerita pasai orang dok muhong.Ini bukan muhong sebarang muhong,ini muhong Siam punya.Cik Seri tak tahu pasai pa puak ni suka sangat dok muhong.Dok putar belit.Dok lok lak sana lok lak sini.Ini muhong sampai orang yang dok muhong pun boleh peninnnn.Candi Prambanan dan Borobudur dikatakan masjid kerajaan Siam Mongol.Huargggh!Gelak berguling-guling geng 'Pendatangness'.Saya pun dok malu pasai puak Siam Mongol ni kekadang pakai nama Melayu bila dok muhong.Sat pakai Melayu sat pakai Siam.Bila rasa bahaya pakai topeng Melayu sat.Bila dah naik tonggek mencanak-canak...buang topeng Melayu pakai topeng Siam pulak.Pengecut,penakut.Buat malu kaum saja.

Maghi dengaq ceghita,haa...ini hikayat Negeri Pasai Pa.Bukan Pasai Ma.Mana ada negeri Pasai Ma.Pasai Pa adalah,pasai negeri ni buat orang tertanya-tanya...pasai pa?pasai pa?

Contohnya pasai pa hang dok muhong?Hang bodoh ka atau hang terencat akai?Kalau hang terencat akai,pasai pa hang dapat masuk universiti Jordan?Gila ka apa pak arab Jordan terima orang terencat akai cam hang.(nanti keturunan mulia Megat Merong sumpah ana).Apa?Ahhhh!Pi mampuih la dengan keturunan mulia anta tu.Cik Seri tak takut sikit pun.Apa nak takut dengan keturunan mulia.Ahli Bait kunun...ni bukan ahli bait,ini ahli dok muhong.

Cuba lihat artikel terbaru Encik Tarmizi:SESI SOAL JAWAB MEGAT DOK MUHONG BERSAMA DENGAN BLOGGER FAIRUS

Hangpa semua akan jumpa gambaq runtuhan bangunan macam ni:



Kemudian Encik Tarmizi pi bubuh ayat dok muhongnya tang bawah gambaq:

RUNTUHAN KERAJAAN MELAYU ISLAM DI BENUA SIAM KEDAH BERHUBUNG RAPAT DENGAN PERANCANGAN SULIT MUSUH-MUSUH ALLAH UNTUK MENGHANCURKAN KEWIBAWAAN KELUARGA NABI S.A.W. SEBAGAI PEMERINTAH YANG UNGGUL

Kesampingkan penyalahgunaan atau eksploitasi perkataan-perkataan seperti "MELAYU ISLAM" atau "KELUARGA NABI S.A.W".Lihat bagaimana Encik Tarmizi terkantoi buat kali yang seterusnya (saya tak ingat berapa kali dia ni terkantoi,memang banyak).

Gambar ini sebenarnya di ambil dari laman web earthdocumentary.com.Ini adalah foto sebuah runtuhan purba Khmer iaitu Mangalartha.Pautannya ialah di:http://www.earthdocumentary.com/mangalartha_angkor.htm
Saya petik dari laman web itu:

"Mangalartha is a small, insignificant, and difficult to find Angkor ruin that will appeal mainly to hardcore enthusiasts. It is also called Monument 487 as well as Prast Top (East). To find Mangalartha, go along the road between the Bayon and the Victory Gate. About 200 meters before arriving at the Victory Gate, look for a forest path on the right. Mangalartha is located 300 meters into the jungle.

Mangalartha holds the distinction of being the last known monument of the Angkor period. It was built in the late 13th century, during the reign of King Jayavarman VIII, and was constructed to honor a Brahmin scholar called Jayamangalartha, who was the son of one of the gurus of the king. According to inscriptions, the temple was consecrated at 8:45am on Thursday, 28 April, 1295 AD.

Broken pediments lying on the ground show carvings of reclining Vishnu as well as the Three Steps of Vishnu, depicting the deity stepping over the ocean"


Ini runtuhan candi Khmer tuan-tuan dan puan-puan.Pertama kali saya tengok kat blog Tarmizi ni pun saya dak tergelak dah.Saya memang 'familiar' dengan senibina Angkor dan Khmer.Tak leh tipu la kawan.Budak-budak hingusan boleh la kena tipu.Dengan saya sorry la nak muhong.Peminat-peminat blog hangpa boleh la kena kencing.Ini Srikandi,pewaris Maulimalaraja kebal dari segala tipuan sejarah,faham?Insaflah ustat Tarmizi.Awat dok muhong??Mungkin Encik Tarmizi kata bekas masjid yang di'candi'kan.Macammana kat masjid ada tertulis batu bersurat 4 penjuru yang terpahat tarikh dibina dan keterangan tentangnya pasai Siva,Vishnu dan Krishna?Ini nama dewa-dewa Hindu bukan nama nabi-nabi.

Ini bukan sebarang buta sejarah ni.Ini spesis nyanyuk ni. :DDDD

Saya bukan nak mengagungkan candi Hindu-Buddha tetapi saya tak mahu agama Islam yang suci ini dipermainkan oleh pihak yang tamakkan takhta macam budak-budak main tampal gambar.Penganut agama lain pun rasa kesian tengok kebingungan dan kebiolan puak yang mengaku Islam ini namun mempermainkan Islam.Mereka meletakkan Islam di tempat yang salah.Islam di tangan mereka dipermainkan sesedap rasa asalkan sesuai dengan cerita muhong mereka.

Kalau letak gambar masjid Krisek di Pattani dan dakwa ini runtuhan Kerajaan Siam Islam saya respek la jugak.Ini semua candi dan kuil disebatnya jadi masjid.Awat hang biol sangat ni?Saya pun naik hairan dengan Encik Tarmizi ni.

Encik Tarmizi yang menyamar jadi Megat Jefri ni sebenarnya hanya serkap jarang sahaja.Tetapi anehnya ada manusia yang rela kena kelentong dan sanggup jadi pacal yang hina kepada si dok muhong ni.Mengaku jadi hamba rakyat kepada Encik Tarmizi.Awat bodoh sangat?

AlSemantani (blogger Melayu Nusantara) yang demam biasa dikatakan terkena buasir!Saya yang muda remaja ni dikatakan makcik tua Manjalara,asal Surabaya kat Indonesia nun.Hang ni betui ke tak betui ni?Saya asal Perak la.Awat hang melalut sampai Surabaya nun sana.Awat hang dok muhong??

Mereka kutuk habis-habis AlSemantani dengan pelbagai hinaan.Lihat peminat pacal yang hina dina Encik Tarmizi bernama Sofea Umudi menulis:

"Hati-hati abe Megat, dia puji artikel ada makna tu, dia bukan orang biasa tapi Mat Lembut, separuh Jantan. Penyakit buasir yang dia kena tupun senonim dengan benda yang di belakang tu,tu."

Mengapa keturunan ini suka makihamun dan mencarut,saya benar-benar tak faham.Perjelas elok-elok tak boleh ke?Dia bukan pernah jumpa pun AlSemantani atau saya sendiri tetapi buat tuduhan macam duduk serumah sampai punggung (dengan maaf) AlSemantani pun dikajinya.Pelik...pelik.

Sofea Umudi,awat hang bodoh sangat?Ketak-ketuk ketak ketuk taip komen caci orang bukan main pandai,tapi ang kena kencing ngan Tarmizi  ang tak tau.Hang tau tak senibina Khmer macam mana?Tulisan Siam ngan tulisan Khmer dapat beza ka?Ada ka tulisan Siam?Jangan amik tulisan Thai ramakhameang ngaku itu tulisan Siam Mongol sudahlah.Atau ang ni Tarmizi menyamar jadi pondan nama Sofea Umudi? :DDDD

Menariknya sorang lagi puak mereka yang sampai hari ini kompius dengan diri sendiri,Encik Herman Malaypress akhirnya lepaskan komen saya yang diperamnya sebab takut dikritik.Tahu pun takut.Ingat saya apa?Ini waris mutlak anak cucu Nabi Adam a.s tau.Bukan wangsa Harimau atau Monyet.Saya perlawak saja...jangan marah nooo...

Saya gertak sikit baru lepas komen.Ini nak berjuang untuk Bani Jawi?Awat tak lepaih awai-awai?Dah kena malu baru nak lepaih,kan dah malu dua kali?Geng Ultrakiasu pun saya bantai sampai mereka komen dalam MF dengan pelbagai kutukan dan provokasi terhadap saya.Mereka ugut saya dengan mengatakan akan cabut Islam dari dada-dada orang Melayu.Wat lu?Dah lama idup?

Ini kan pula Encik Tarmizi kita ni.Saya jentik sikit aja tuuu diaaa berpusing-pusing sampai peninn.Dah tak tau beza mana masjid mana tokong.Silap aribulan dia pi semayang dalam tokong,huhuhuhu....

Awat hang dok muhong?Hang tak takut Tuhan ka?Mai sini berentap ngan saya kalau betul anak jantan Siam.Jelaskan pembohongan gambar di atas.Bubuhla raja Boromokot Syah Al-Monggol ka atau Po Chan Nai Luang Al-Muhong ka lengkap dengan salasilah kerabat pun tak apa.Muhongla...saya nak dengar muhong apa pulak kali ni.Macam orang gila tahap muhong dia ni.Memang hang kantoi kali ni.

Hang dok muhong pasai pa?







~CikSeri


(Semua artikel berkaitan kritikan terhadap 'sejarah realiti' tajaan mereka yang mendakwa keturunan Siam Nai tidak bermaksud menghina rakyat Malaysia keturunan Siam mahupun keturunan Raja Ligor.Kritikan ini hanyalah sindiran kepada pihak yang berkenaan yang mempermainkan imej Islam sesuka hati dan membuat penyelewengan fakta sejarah demi mendapatkan takhta yang tak kunjung tiba)

38 comments:

  1. salam srikandi

    baru baru ini, mb pahang ada memberi ceramah . menariknya, didalam ceramah tersebut, beliau mengatakan alam melayu bukan sesempit malaysia tetapi dari indochina, filipina, malaysia dan indonesia. nampak gayenya, usaha srikandi berhasil!

    ReplyDelete
  2. salam..walaupon saya bukan pakar sejarah,namun saya juga tidak rela asal usul sesuatu perkara diputarbelitkan.Kemuliaan agama islam perlu dipelihara sebaik mungkin.

    Saya minta kiranya dapat cik serikandi mengupas berkenaan banjaran titiwangsa yg merentangi semenanjung tanah melayu.

    ReplyDelete
  3. Tarmizi @ Megat al-Jefri sebenarnya tahu blog dia tak laku. tu sebab dia dok attack blogger lain cam MF, Srikandi, Radzi Sapiee, Ibnu Rusydi & Al-Semantani.

    sapelah yang bangang nak hantar comment kat blog macam tu. So, untuk pastikan blog dia nampak macam ada pembaca, si Tarmizi ni pon create la lagi 2 identity, iaitu Che Wood & Sofea Umudi. Pastu letak gambar awek posing ayu gitu. Cheewahhh!!!! Cayalah Tarmizi...

    so, kesimpulannya, Megat Al Jefri = Tarmizi Tabligh = Che Wood = Sofea Umudi

    Hangpa semua tak perasan ka gaya tulisan depa ni semua sama ja? & yang hantar komen pon, orang yang sama jek?

    Tak caya lagi? aku cabar korang periksa sendiri ID Megat, Che Wood & Sofea Umudi (^_^) cakap banyak pon tak guna...

    ReplyDelete
  4. Best Cik Seri. Kasi taruk kaw2 punya... Sy sokong 100%. Jgn bagi chance kat depa ni.

    ReplyDelete
  5. cik seri,

    muhong sunnat dapat pahala.'Aisha tuu asyik dok kena muhong sunnat jer...ngeee

    ReplyDelete
  6. :D Apa nak heran.... kan dah maklum En. Megat mmg mcm tu. Kalu dia nak ngaku Red Indian America tu asalnya kaum Siam pun sy tak heran.... apatah lagi kalau dia nak ngaku dia seorang super saiya......

    ReplyDelete
  7. Megat Al Jefri = Tarmizi Tabligh = Che Wood = Sofea Umudi

    nampak gayanya pembohongan Siam Celup ni dah terbongkar... =)

    Awas Srikandi, lepas ni tak mustahil Tarmizi create lagi ID palsu untuk ngutuk Cik Seri & rakan2.. =)

    susah payah si Tarmizi ni, sampai create 2,3 ID just untuk ngutuk orang lain... sian nengoknye...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    1nya, baik punya balun!!! hahaha. tapi Dewi mindaku.janganla garang sangat, dah nak ter'takbur sikit tu kikiki.

    gambar tu kalau tgk bayang matahari pun dah tau tak kena dengan kiblat. pintu masuk biasa membelakangkan kiblat..arah bayang matahari manpak seperti pintu masuk mengiring kiblat. kesian

    p/s Cik Seri, kalau boleh next artikel boleh tak cik seri buka topic berkenaan KRONOLOGI KEJATUHAN MELAKA KPD PORTUGIS. rasanya ada topic menarik untuk kita bincangkan terutamanya berkaitan BERMUKA2, PENGKHIANATAN, KEBODOHAN, KEJURUTERAAN PERKAPAKALAN, SENJATA & TEKNIK PEPERANGAN SILAM.


    Penduga Arus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la lalink .. Anje takut la keras sgt lalink.. Jadi la mcm air tu lembut2 pun jahanam juge batu tqvm

      Delete
  9. cik seri...

    biag pi depa kutuk saya lembut ka, main belakang ka apa ka, yg penting saya berani menyampaikan kebenaran yg realiti, itu baru namanya tabligh. tak semestinya dlm bab agama saja kita boleh tabligh tapi ilmu2 dunia juga.

    dia mengaku ahli tabligh tapi pada masa yg sama mencarut barut, pasai tu tabligh dia tak berkesan dan asyik kena hentam dgn cik sri..:)

    kita juga sedang bertabligh cik sri...tabligh alam maya, mengetuk pintu web dan blog untuk menyampai kebenaran.

    semoga Allah membalas apa yg keluar dari mulut mereka. saya tak pelik sngt pun dia kata saya lembut. sebab memang kelembutan adalah salah satu ciri kenabian ( bukan lembut nyah ye)...kalau dia rasa keras sangat, tunjuk semua komen kitorang dlm blog dia, jgn nk sorok2 macam pondan dan balas hujah2 kami yg menghentam hujah siam merong, barulah boleh tabligh...:)

    A Semantani~kelembutan adalah ciri-ciriku tapi aku bukan pondan! aku pejuang sejarah! rela ku tumpahkan darahku demi sejarah bangsa!!akan ku tusuk keris dan rencong ku ke belikat pembohong sejarah!!

    ReplyDelete
  10. Yang mempermainkan kesucian agama dan kesucian bangsa Melayu harus lah di tekan sampai muka dan batang hidung mereka menyembah bumi agar mereka ini patuh dan taat kepada Allah, dan menginsafi akan apa yang telah mereka ada-adakan. Semoga perjuangan yang berada dalam kebenaran akan tetap terpelihara. Dan semoga baik-baik sentiasa hendak-Nya keatas saudari.
    Keris pusaka berbungkus kuning hampir bergetar, batu langit telah tiba. Takut tiada, mengundur pantang. Anak Melayu berjiwa bangsa, bangsa Melayu pantang durjana. Durjana Melayu, hancur lah ugama.

    Wassalam.

    _ampuzzler.

    ReplyDelete
  11. Salam semua, kepada semua ummat Islam
    Masanya akan tiba, diiringi bisikan2 ilusi, memotivasi tindakan.

    Janganlah kamu semua merasa rugi meluang masa/harta-benda/fikiran/fizikal dalam membina diri walaupun ditasir gagal oleh penilai-nilai yang hanya pandai mengilai.

    Kejayaan ini bukanlah atas nama seseorang pemimpin tetapi dari seluruh dan setiap warga-marga, dan juga paling penting Kul-warga atau dalam bahasa moden famili yang berjiwa tinggi dan maju.

    Kemenangan ini mungkin mudah diraih. namun selalulah ingat di dalam hati yang bersih. bahawa kemenangan itu nanti perlu diisi dengan segala kebolehan dan kejujuran, agar menjadi kemenangan yang bakal disudahi dengan kesudahan yang baik di akhirat bagi setiap diri pelaku. malahan diwarisi ke anak cucu menerus amal yang bermanfaat semoga menjadi pahala berterusan si pemula, bahagia dan dipandang di sisi Allah. Tempat kita akhirnya kembali.



    Telah diberi Akal dan fikiran dari Allah kepadaku, buat menyampaikan segala catitan. takkan mampu aku memberi hidayah dan pentujuk walau secantik mana bahasa. Semoga Nazam ini memberi azam kepada semua. Dengan kekuatan dan keizinan Allah jua.

    ReplyDelete
  12. tabligh?! korang nak cakap tabligh?
    ini doktrinasi, korang sampaikan ideologi bukan kebenaran!
    hurm, sbb aku bukan mat tabligh, aku sampaikan je, so watpa aku nak jage adab kalo korang pun takde adab? hihihi, terase suci lak tu, dah la amal pahala pun x betul lg, so jgn bajet sgt la wei!

    hahahaa, seronok jadik badboy!

    ReplyDelete
  13. aku rase aku leh kategorikan golongan kerabat. Secara umum ada dua iaitu yang PEGANG ADAT dan juga TINGGAL ADAT. PEGANG ADAT biasanya berkait dengan golongan istana dan pembesar. Sedang ramai juga daripada keturunan kaum kerabat yang tidak lagi tahu asal usul dan tidak menggunakan lagi sebarang title seperti Tun,Engku,Syed, dan sebagainya.

    Walaupun daripada dua kerabat ini, mereka masih ada maklumat keturunan samada samar atau jelas. Perlu diingat budaya di nusantara itu berbeza-beza identiti mereka. Contoh Syeikh biasanya berkait dengan Melayu Jawi (campur Arab), Megat dan Tuan (pembesar Kelantan), Tengku,Tun,Engku (darah Bendahara), dan Nai, Long semua itu mungkin gelaran darah Raja Ligor.

    Malah ramai daripada kami ini adalah rakyat marhaen. Kami tidak terkesan pun dengan krisis istana Kelantan. Kami kini hamba ekonomi, bukan hamba feudal. Sultan itu memang budaya saja, kerana itulah ramai antara kami tidak berbangga pun dengan darah keturunan kami. Malah ada yang tidak tahu langsung.

    Kami rakyat marhaen punya kisah yang mudah, keturunan kami punya sejarah yang kompleks, dikhianati, dan dinafikan. Berapa ramai Raja yang bekerja promoter? Berapa ramai Engku yang menjadi pekerja kilang?

    Terimalah situasi hari ini
    Usahlah meminta sesuatu yang telah tiada
    Si Megat nie rasanue dari kerabat yang TINGGAL ADAT tetapi cuba mencari identiti. Dalam mencari diri disebabkan tiada guru, menjadi taksub dengan bacaan yang dengkel dan cetek. Kita hidup saling tegur menegur. Namun jangan berlagak nabi! Kita ini semua "kotor". Terimalah hakikat itu sedalam-dalamnua

    ReplyDelete
  14. terbaek cik seri... saya sentiasa menyokong cik, tegakkan kebenaran, hapuskan kebathilan ;)

    ReplyDelete
  15. aiikk.. peacock ada lg kamu ye
    suspek betul aku dibuatnya

    ReplyDelete
  16. Ada yang selalu guna fakta tak jelas/lengkap kemudian bercampur aduk dengan nilai agama dan sejarah...tu yang tak sedap tu..

    Bukan apa... nanti musuh akan guna cerita tu untuk pecah perintah kita semula.Ingat,jangan pula kita lupa...Semasa Belanda nak takluk Aceh atau Nusantara dulu mereka serang budaya dan adat resam bangsa.

    Mereka pelajari kekuatan bangsa nusantara terutama kekuatan orang daerah kepulauan kita.Mereka membeli dan sanggup mengumpulkan babad ,manuskrip, tetambang dan berbagai artifak bangsa kita....beli ke,curi ke,rompak ke,tipu helah ke dan mereka kaji habis2...mulanya mereka nampak macam nak berniaga lalu kemudian habis kita semua di BELInya.

    Dah faham budaya kita...baru serang psikologi...Bila dah masuk jarum baru mereka pecah dan perintah.Kalau setakat ikut kekuatan fizikal tak semudah itu untuk hancurkan bangsa nusantara sebab kita sudah berkerajaan dan ada kolektif kebudayaan serta adat bangsa.

    Sebab itu ada falsafah :~ "Barangsiapa Yang Menguasai Kebudayaan Sesuatu Bangsa Maka Dia Akan Menakluk Bangsa dan Kebangsaan Itu"...

    Ada musuh yg bermuka tebal tetapi hati hitam legam.Muka tebal tetapi menyembunyikan hasrat dan kebusukkan hatinya.Mulut manis tapi beraja dimata bersultan di hati...

    Al Quran:"Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir/ musyrik itu) padahal KALAU mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan MULUT mereka, sedang hati mereka MENOLAKnya(menipu); dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." (At-Taubah 9:8) |

    Jadi sesama kita ambil ikhtibar darinya. :)

    ReplyDelete
  17. sayang kak seri,,bro semantani and ibnu rusydi :)

    may Allah bless all of us..keep up ur excellent jobs

    -fais-

    ReplyDelete
  18. Yg dok kutuk, caci maki tu bkn org tabligh tu.. yg tu org "tak balik @terbalik". Jgn ingat org "tak balik@terbalik" ni semuanya elok. mcm yg lain jugak, ada sebahagian tu masuk sbb nk lari dr masalah duniawi dia ja. yg nk lari dr kna lokap pon ada.

    sia-sia mengaji tinggi2, tp akal dok kt basement jugak.

    ReplyDelete
  19. oiii!!!!merambus laa peacock.x abis2 dgn bendahara ko tue..ko masuk je la team anai2 magkuk tue!!!menyirap laa aku dgn ko nie...

    -Raja Iskandar Zulkarnain-

    ReplyDelete
  20. Peacock,

    Kesimpulannya, kau cuba menganjurkan gagasan Republik Malaysia ke?

    M_M

    ReplyDelete
  21. haha, sudah aku kalis provokasi
    rasanya cukuplah aku menjadi seorang jerk! nyampah lak bila bace balik komen2 aku sblmnya, wahahahaha

    Ok, kalo korang nak cite sangat Melayu, aku kasi persoalan yang aku pernah utarakan di blog Ibnu Rusydi, jika Sultan itu lambang penyatuan Melayu:

    Kenapa isu Aceh dan Patani dipandang sepi Sultan-Sultan Melayu dan mufti negeri? Kenapa tidak ada tekanan dari kaum ulamak terutamanya dalam menyelesaikan isu serumpun Melayu?

    Ye la, dalam negara sendiri pun berpecah, camne nak bersatu, ye dak? hah, nampak kenapa selagi korang rasis, selagi itu Patani dan Aceh tenggelam.

    Sulu bernasib baik kerana campurtangan Inggeris hanya bersifat swasta iaitu di bawah syarikat konglomerate dengan Brunei, yakni bukan di bawah kerajaan British secara langsung. Uniknya di Sabah kerana Tawau dan Sandakan itu memang asalnya di bawah Kesultanan Suluk. Maka itulah ditolongnya Mindanao oleh kerajaan Malaysia disamping meramaikan PROJEK MYKAD di Sabah supaya penduduk Islam melebihi penduduk Kristian.

    Ops! Sori, itu salah kuasa UMNO! Tetapi aku secara dasar menyokong apa yang dilakukan cuma tidak menyeluruh serta berkepentingan. Satu lagi persoalan:

    Limbang di Sarawak jika dilihat merupakan kontroversi Malaysia dengan Brunei. Sejarah Brunei merakamkan ketika di bawah pemerintahan Sultan Bolkiah, Brunei merupakan sebuah negara yang digeruni. Mereka pernah menewaskan Sepanyol dalam Perang Kastil.

    Disebabkan baginda ketika itu ditekan oleh dua pengaruh Eropah iaitu British dan Sepanyol, baginda mewartakan Undang2 Tubuh Negeri Brunei akan kawasan pengaruh Brunei yang sudah pasti berada di dalam pengaruh Kesutanan Brunei meliputi Limbang hari ini

    Namun, Charles Vyner Brooke menawan Limbang pada 1890 atas dasar pemberontakan. Sedang telah jelas bukti bertulis kerajaan Brunei menyatakan Limbang itu hak milik mereka. Kerana itu kerajaan Malaysia tidak mengusul isu ini ke Mahkamah Dunia, kerana mereka tahu pasti tewas!

    Jadi, isu Limbang ini seharusnya diselesaikan bagaimana?

    ReplyDelete
  22. si peakok yg sengaja atau tidak membutatulikn diri membebel lg..dgn mimpi besar utk menidakkan sistem beraja melalok tak sudah2..

    sipekok mengarut mengatakn"jika Sultan itu lambang penyatuan Melayu"..bengong..

    ko tak baca ke tulisan panjang lebor cik sri sblum ni pasal kpentingn kefahaman sejarah..atau ko ni tak gheti baca..

    oleh sebab tu aku sarankan kpd semua tak yah baca abis komen sipekok meroyan..kita hentam je..kalo dia lebih..kita hentam keturunan dia pulak..amacam..

    ReplyDelete
  23. oleh sebab tu aku sarankan kpd semua tak yah baca abis komen sipekok meroyan..kita hentam je..kalo dia lebih..kita hentam keturunan dia pulak..amacam..


    walaupun aku kesian kat peacock ni tp lawan tetap lawan

    ReplyDelete
  24. orang yang bijak tak akan mudah melatah.
    Bila anda melatah , menampakan anda mudah di pegaruhi.
    Setiap komen yang negetif biarkan ajer .
    kerna ada orang yang tegah meneguk di air keruh dan cuba menitik nila dalam belanga susu ..... kalau anda paham maksud saya.
    Begini lah permulaannya bagaimana musuh dapat menguasai Melaka dan tanpa disedari
    mereka menyucuk jarum dengan melagakan kita sesama sendiri .
    Ayam jantan kalau berkokok ... biarkan ..
    berapa lama bertahan ...
    kalau anda layan ...hehehe masuk perangkap ..
    sejarah itu sentiasa berulang dalam zaman berlainan .
    Kalau lihat sekarang ... cuba bandingkan malaysia sekarang sesuai dengan sejarah zaman bila ?
    cuba cari dan huraikan ....( cari serata dunia )
    ini boleh menjadi pengajaran.

    ReplyDelete
  25. Salam.

    Kpd En. Peacock.

    Saya faham anda cuba utk berfikiran kritis untuk mencabar sesuatu pendapat.Apa yg sy dpt fahamkan anda seolah2 menganggap kewujudan Sultan/Raja Melayu sudah tidak relevan pada masa sekarang.

    Jika anda bukan seorg Melayu,anda boleh abaikan sahaja tulisan sy ini.Jika benar anda Melayu,sy sudi faham anda seorang Melayu yg seolah kecewa akibat peredaran zaman.

    Sy maklum anda mengaku berketurunan bendahara.Jika anda sudi menjawab dgn jujur,sy ingin bertanya.Adakah anda kecewa kerana kini jawatan bendahara sudah tiada kedudukan ekslusif dan penghormatan dlm masyarakat Melayu sepertimana keturunan Sultan sekarang?

    Seterusnya adakah anda faham mengapa org Melayu mesti mempertahankan jawatan kesultanan Melayu ini?

    Saya tidak nafikan ekonomi sgt mempengaruhi kehidupan manusia sekarang, tetapi bg hati umat Islam yg beriman tidak akan sesekali mengaku menjadi HAMBA EKONOMI.Pemahaman anda tentang perubahan masyarakat dari hamba feudal kepada hamba ekonomi agak aneh.Adakah anda tahu cara anda berfikir lebih sesuai dimiliki oleh seorang penduduk Malaysia yang bernama Ah Chong.

    Sy harap sy tak mkn budu siam kali ni.

    ReplyDelete
  26. trimas kepada srikandi kerana berjaya menyedarkan remaja remaja melayu tentang kebenaran sejarah tentang bangsa melayu ini....

    baru baru ini saya di kuantan pahang untuk menyelesaikan beberapa perkara kerja..ketika menjamah selera disebuah retoren mamak di tengah bandar kuantan...terdengar meja disebelah saya perdebatan antara remaja melayu(dan juga remaja cina)...tentang sejarah melayu...

    segala pertanyaan remaja cina itu dengan mudah dijawab oleh remaja melayu itu...
    saya mencuri dengar apa yang diperdebatkan oleh mereka...

    remaja cina itu menanyakan bahawasanya orang melayu itu asalanya indonesia...remaja melayu hanya tersenyum dan menjawab soalan remaja cina itu...

    dari indochina,sehingga ke thailand dan ke semenanjung,borneo,indonesia,filipina adalah istana melayu itu...
    remaja cina itu mengerutkan dahi..seperti tidak mengerti...
    diteruskan semula oleh remaja melayu itu...
    bahkan di taiwan juga ada melayu itu...iaitu pribumi taiwan itu yang mempunyai dialek dan budaya yang amat mirip etnis di kepulauan melayu...seperti iban,melanau antaranya..
    remaja cina tidak berpuas hati..dan mengatakan remaja melayu itu gila...
    kelihatan tenang lagi remaja melayu itu..dan kemudian berkata....

    memang aku gila..gila sejarah..rupanya sebelum ini aku sangkakan bangsa aku ini tidak bertamadun seperti yang diwar warkan oleh penjajah barat dan orang bukan melayu...tapi ternyata semuanya adalah salah belake...ketemadunan melayu itu adalah jauh lebih lama dari tamadun cina....
    remaja cina itu gelak...remaja melayu itu membuka laptop dan menunjukan sesuatu kepada remaja cina itu...
    terdiam mereka sekejap....
    kelihatan seperti remaja cina itu seperti bersalah dan tersenyum paksa...
    saya cuba mengintai apa yang dilihat oleh mereka itu di laptop...
    rupanya penemuan keris dan pyramid di dasar laut jepun(okinawa)...
    remaja melayu itu terus berkata kata....
    selama ini aku sudah bosan dengan apa yang diperkatakan bangsa lain kepada bangsa MElayu....bangsa yang selama ini hanya senyap dan penuh berbudi besabar dengan karenah dan penghinaan oleh bangsa lain....bangsa yang ramah dan terlalu baik hati membenarkan bangsa lain menjadi warganegara di tanah melayu ini...tapi sekarang dibalas dengan penuh penghinaan...
    mencabar hak kami,mencabar raja raja kami,mencabar agama kami....
    dan sekarang cuba pula mencipta sejarah palsu untuk mengklaim tanah kami ini...berapa tamak bangsa kau...
    remaja cina itu terdiam dan hanya menundukkan kepala sahaja...
    walaupun sejarah kami banyak dibakar dan dihapuskan penjajah...tapi bangsa bangsa lain seperti mon-khmer antaranya begitu banyak menyimpan perihal tentang bangsa kami...dan bangsa kami jua meninggalkan banyak monumen sejarah yang kini menjadi hak milik bangsa lain...bagaimnpon kebenaran tetap tidak boleh disorok..prasati2 dan batu besurat banyak tertinggal yang menciptakan serba sedikit tentang kerajaan bangsa kami yang ditulis dalam bahasa MELAYU purba di indochina..jadi aku mahu kasi tahu kau...melayu yang tahu sejarahnya bangsanya adalah melayu yang tidak takut dan selalu menang....

    dan itulah kenangan yang masih lagi dalam kepala otak saya...
    penemuan sejarah bangsa oleh srikandi and the gang..telah menyebabkan ramai jua anak anak melayu kini mula berani pertahankan hak bangsa dan tidak takut dengan bedilan putar alam ultrakiasu and the gang...


    salam............

    ReplyDelete
  27. bila cik nak buat susunan sejarah melayusecara kronologi dari awal hingga akhir,,,...supaya anak bangsa ada rujukan dan tak lupa jati diri....tolong la saya kehausan

    ReplyDelete
  28. Dipetik dari Anoy June 29, 2011 7:58pm; melayu yang tahu sejarahnya bangsanya adalah melayu yang tidak takut dan selalu menang....

    Meremang bulu roma.

    ReplyDelete
  29. IMAN itu bukan milik orang-orang Islam, nyata ia menjadi milik buat mereka yang menCARI TAUHID

    TAUHID itu ditemui jika ditemui QADA'& QADAR

    apakah PERCAYA QADA'& QADAR itu merupakan salah satu daripada "THE BIG INNER 6"?

    sedang luaran itu cuma pada "THE BIG OUTER 5".

    aku tanya, sudah mencari 5 dan 6 itu dalam diri kalian? selamat berusaha semua!!!!!!

    salam terakhir, percayalah, Iblis itu telah mati, Dajal kini bersendiri, Sedang menanti Sang Mahdi, hadir beliau dalam Bani JAwi itu sendiri



    Aku doakan buat mereka yang menemui nur itu teruskan mencari. Semuanya di depan mata. Allah berikan kamu lindungan, Muhammad berikan kamu keberkatan. InsyaAllah, hari kiamat itu adalah HAK!

    ReplyDelete
  30. Salam peacock.

    Bagaimana kau tahu dengan pasti IBLIS telah pun MATI? Dari perkhabaran mana kau dapat?

    M_M

    ReplyDelete
  31. kamu sungguh unik peacock. :)

    bagaimana hendak ketahui bahawa nur itu seperti nur yg kamu tahu? jika, saya mengatakan.. mungkin benar atau tidak waallahualam. saya telah jumpa nur itu, dan tak sama dengan nur yg kamu jumpa bagaimana?

    adakah saya sesat ataupun kamu?

    ataupun... kita telah tersesat keduanya?

    semoga saya dan kamu tidak tersesat dijalan menuju redha Allah swt. insyaAllah.


    saya hanya mengusik. kerana tidak ada sapa pun tahu apa yang didalam isi hati masing-masing kecuali Dia yang Maha Esa itulah Allah Azza wa Jalla.

    ReplyDelete
  32. BENDAHARA PETIR BERKATA ....
    SALAM PEACOCK......BELASAH MEREKA....DEME SMUO DUK CARI AGAMA HINDU ,BUDDHA...DAN MACAM MACAM TOKONG MAU KASI HENTAM MELAYU...SEMUA USUL MELAYU..PENYANGAK LANUN LANUN SEJARAH INI....WAJIB BANTERAS,,DEME CARI DUNIO JER,BUKAN CARI NAK MENGENAL ALLAH...TERUSKAN PERJUANGAN BENDAHARA PEACOCK...MUSNAHKAN PERANCANGAN PENGIKUT TERBALIK RASUL INI...CATATAN DAN KOMEN DIAORANG KASI SAYA KETAWA SIPUT SAHAJA.....

    ReplyDelete
  33. kadang-kadang rasa pelik manusia ini, ingin berapa terang lagi yang ingin ditegaskan.


    tiada siapa pun yang sedang menaikkan tokong/hindu/buddha/kuil ..


    aiyo yo.. cuba terima dengan hati yang tenang , xde sape bincang kebenaran agama buddha/hindu , cuma ingin menjelaskan bahawa agama ini telah dirosakkan dan dinisbatkan namanya kepada "sesuatu" yang batil.


    sepertimana juga yahudi dan nasrani / kristian. adakah diwaktu 'itu' mereka menganut 'agama' Yahudi? atau agama yang dianut bani Israel? dan juga dengan masalah kristian ,.. adakah mereka menganut 'agama' kritian/al-masih ataupun menganut agama yang diajar Al-Masih?


    dan kebenaran ini tidaklah penting bagi sesetengah pihak tidak mengapa, tetapi sejarah tetapi sejarah pekara yang xboleh diubah .


    -

    ReplyDelete
  34. Demo nie....ore buke nok banggakan Hindu/Buddah/Yahudi/Kristian...kite mengkaji sejarah. Kalau dah terang2 si Megat tuh salah takkan kite nak kate die betul semata-mata sebab kononnya die pejuang Isle? Jangan jadikan Isle perisai untuk menutup kelemahan dan kesilapan sendiri!

    ReplyDelete
  35. Cik Srikandi, minta ulas tuntutan atas takhta oleh Raja Ahmad Nasir http://rajaahmadnasir.blogspot.com/

    Kalau betul berani lerrrr.....



    Yours truly,
    -Kulop melungkup

    ReplyDelete
  36. sapa tau kat nusantara ni sbb apa ada bugis,jawa dan lain2......tp xsmua terima dipanggil melayu kecuali di malaysia disebabkan hak-hak orang melayu..adakah ini dinamakan alam melayu atau menyatukan pelbagai suku .....hehehehehe

    ReplyDelete
  37. peacock,Nabi Muhammad bkn adik2 hang..jgn sebut Muhammad sj,sbut Nabi.. X kira hang blajaq ilmu hakikat apa pon,Nabi Muhammad S.a.w tetap Istemewa, dn tinggi martabat.. Pemalas bti nk taip perkataan Nabi..

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore