Sunday, May 10, 2015

Bangsa & Bangsat

Tak bertanah,dihalau,miskin.Semua ini akan dinikmati oleh anak cucu kamu bila sekarang kamu dan kamu tidak bergerak untuk membela nasib generasi kamu akan datang.



Apabila nasib sesuatu bangsa menjadi bangsat,adalah amat sukar untuk memulihkannya,biasanya mengambil masa bertahun-tahun.

Tanda-tanda sesuatu bangsa menjadi bangsat ialah apabila ia hilang kuasa ekonomi dan politik.

Kuasa ekonomi boleh jahanam apabila ada pihak yang diamanahkan supaya menjaga ekonomi,ia bersikap bangsat.

Dalam negara kita,ada beberapa badan awam yang jadi tabung duit rakyat macam KWSP,Baitulmal dan Tabung Haji.Badan-badan ini akan mula menjadi bangsat apabila dipaksa menjadi bangsat kepada masalah orang lain yang sememangnya bangsat.

Contohnya baru-baru ini masalah satu dana kerajaan telah diselewengkan oleh sekumpulan orang asing dan perasuah.Yang menyedihkan,yang kena tanggung semua 'dosa-dosa' mereka ini adalah Tabung Haji yang ada oportunisnya memiliki medulla oblongata di lutut-lutut mereka..

Dipaksarela untuk membeli sesuatu dengan harga tinggi adalah kaedah membodohkan Homo Sapien & Homo Erectus yang basi di mana Malaysia telah menjadi bengong kerana menjual air dengan harga rendah kepada Singapura dan membeli air terawat kembali dengan harga tinggi dari sana.

Hukum Pareto mengesahkan 20 peratus kesan akan menyebabkan 80 peratus kesan yang lain.20 peratus 'orang bijak' di dalam Tabung Haji mampu menyebabkan seluruh bangsa menjadi bangsat sepertimana orang Rohingya yang terpaksa memakan daun-daun kayu di dalam hutan di Thailand dan disembelih macam ayam oleh ejen penyeludup manusia apabila tiada duit nak bayar sewa 'kem konsentrasi' mereka.

Kenapa,bila dana awam diselewengkan oleh orang asing dan perasuah,yang kena tanggung adalah dana rakyat yang lain,terutama entiti orang Islam macam Tabung Haji?

Adakah kelembapan dan karenah birokrasi Pusat Zakat juga ada kaitan dengan benda-benda yang menyakitkan hati ini?





Kenapa kebodohan sekelompok manusia yang tamak,dipindahkan kepada Tabung Haji atau Baitulmal atau KWSP yang duitnya adalah duit dari majoriti golongan yang hidupnya siang malam berada di Rat Race dan di kuadran E dan S?

Nasib keluarga kamu tidak akan menjadi bangsat esok,tapi cucu-cicit kamu nanti bakal memakan daun-daun kayu macam pelarian Rohingya di Thailand jika kamu dan kamu tidak bersuara menekan para oportunis dalam badan-badan dana awam macam Tabung Haji atau KWSP dari memakan rasuah atau menjadi pengecut kepada 'tauke-tauke' yang memberi rasuah pula kepada ahli politikus yang sifatnya seperti tikus yang menggigit guni beras rakyat.

Bukankah lebih baik,jika masalah dana awam lesap dibebankan kepada 'tauke-tauke' yang menyelewengkan itu?Tidak boleh.Kenapa pula?Sebab tauke-tauke itu yang menyuapkan keluarga para pengkhianat itu api dan batu dari api neraka persekongkolan keji mereka.

Tanda-tanda nasib sesuatu keluarga itu menjadi bangsat ialah apabila ayah-ayah mencuri duit tabung masjid dan ibu-ibu mencuri di pasaraya.Jika kamu dan kamu tidak membetulkan semua kebodohan ini,kelak cucu cicit kamu akan memakan daun-daun kayu sebelum disembelih dan dicampak dalam kubur besar.

~SK




Monday, May 4, 2015

Sudirman & Leslie Cheung





Kita tahu bahawa Allahyarham Sudirman Hj. Arshad digelar 'Penghibur No. 1 Asia' ekoran kemenangan beliau dalam Salem Music Award pada tahun 1989 di Royal Albert Hall yang berprestij di tengah kota London.

Tetapi kemenangan beliau bukan mudah,beliau terpaksa bersaing dengan artis-artis terhebat pada zamannya dan penghibur-penghibur terhebat ini termasuk dirinya tidak pernah mampu diganti oleh artis-artis pada hari ini.

Antara saingan terkuat beliau adalah penyanyi bertahap diva di Filipina,Kuh Ledesma,Anita Sarawak dari Singapura ketika itu dan legenda Cantopop,Leslie Cheung.

Saya pada mulanya seakan tidak percaya mendiang Leslie Cheung turut menyanyi dalam acara itu kerana beliau ini memang cukup 'lejen' ketika itu dengan filem-filem kegemaran saya seperti The Better Tomorrow dan Once a Thief.

Walaupun di sana ada pepatah mengatakan 'yang patah tumbuh,yang hilang berganti' namun sehingga ke hari ini tiada seorang pun penyanyi di negara kita yang popularitinya merentas
segenap umur,bangsa dan zaman.Tiada yang berani membuat konsert percuma di tengah-tengah Kuala Lumpur jika tidak memiliki tahap seperti aura Allahyarham Sudirman Hj Arsyad.

~Srikandi

kredit: covenantartists.blogspot.com

p/s: dalam gambar ini kita boleh lihat Allahyarham Sudirman berada di tengah berkacamata hitam dengan mendiang Leslie Cheung berada di sebelah Anita Sarawak yang berada di kiri sekali.
 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore