Thursday, May 19, 2016

Menafsir Sejarah Bukanlah Semudah BerSelfie







Apa khabar semua...kali ini ada hiburan baru. Setiap kali ada kekeliruan dan kebingungan, maka ini memberikan hiburan-hiburan baru kepada kita dan bolehlah Cik Seri update ruangan Cik Seri Berceloteh ni :)

Kali ini datangnya dari seorang pembaca yang mengirimkan beberapa foto screenshot dari seorang yang digelar pembaca itu sebagai 'minahselfie'. Whateverlah. Saya tanya kenapa, dia pun tunjukkan gambar-gambar 'minahselfie' tengah berselfie. Hmmm...biarlah dia nak buat apa, asalkan bahagia :D

Yang penting, kita tengok dahulu apa yang minahselfie rungutkan:







Sebenarnya, masalah penafsiran pada Prasasti Hanchey adalah terdapatnya tulisan-tulisan Pallava yang diubahsuai, atau huruf  'Khmer Kuno' yang menyebabkan tafsiran ayat-ayatnya berbeza antara satu sama lain antara sarjana. Sarjana-sarjana yang cuba menafsirkan prasasti ini sama ada membuat suggestion atau meninggalkan perkataan-perkataan yang sukar untuk diterjemah dek kerana terdapatnya huruf yang tidak terdapat dalam sistem huruf Pallava khasnya skrip Kadamba. Tambahan pula, prasasti ini bukanlah sepenuhnya berbahasa Sanskrit kerana terdapat perkataan-perkataan Khmer Kuno bercampur aduk di dalamnya. Jadi penafsiran prasasti ini melalui dua kesukaran:

1) Huruf Pallava yang diubahsuai
2) Perkataan Khmer Kuno

Setelah mengetahui keadaan atau situasi Prasasti Hanchey tersebut, maka kita lihat siapa yang cuba menafsirkannya. Sememangnya ramai sarjana yang cuba menafsirkan prasasti ini, antara lain adalah Kern, Barth, Honda dan termasuk sejarahwan India yang terkemuka, RC Majumdar.

Trivia, tafsiran setiap sarjana yang cuba menafsir prasasti ini tidak sama antara satu sama lain.

Ini adalah kerana setiap sarjana ada kepakaran dan pengalaman masing-masing. Terutama pada fragmen yang kontroversi ini: " mala (?) iva mala (?)." Tanda (?) menunjukkan entiti yang menjadi perdebatan antara sarjana.

Apa kata sarjana Kemboja sendiri? Menariknya, sarjana Kemboja seperti Saverous Pou, Lem Chuck Moth, Long Seam dan Kou Nari memiliki tafsiran mereka yang berbeza dan tersendiri. Saya akan bagi contoh beberapa perbezaan tafsiran sarjana pada fragmen yang sama:

1) RC Majumdar : mala malu ivamalam -raja

2) M. Honda :  mala-malum ivamalam -raja

3) Lem Chuck Moth : mala malayu iva malayam-raja

4) Kou Nari : mala malayu iva malaya-raja

5) Nasha Rodziadi Khaw (menurut petikan)  : manamalumam damalam

(perkataan yang diwarnakan untuk menunjukkan kontra antara perkataan) 

Anda nampak perbezaan antara sarjana-sarjana ini? Jadi menurut minahselfie mana-mana pendapat yang tidak mengikut tafsiran yang disyorkan dikecam sebagai 'pseudo-historian'. Soalannya:

Adakah Majumdar, Honda, Chuck Moth dan Nari hanya berbohong dan layak ditabalkan sebagai pseudo-historian dek kerana berdegil tidak mahu mengikut arahan minahselfie? :D

Adakah RC Majumdar, seorang sejarahwan India yang amat dihormati, yang dikoin sebagai 'dean of Indian historians' ini salah atau tak reti membaca tulisan-tulisan Pallava? Tepuk dada tanyalah Iphone. 

Perlu diingat, RC Majumdar dan lain-lain tidak menafsir fragmen ini sebagai 'manamalumam damalam'. Mereka semua ada tafsiran masing-masing.

Persoalan di atas tersangat-sangatlah mudah. Bagi Cik Seri, semua pandangan sarjana adalah mengikut kemampuan dan kepakaran masing-masing. Jadi dalam kes ini, Cik Seri dengan senang hati mengikut pandangan sejarahwan Kemboja, kerana mereka sendiri lebih faham tentang sejarah mereka sendiri, tulisan dan hubungan sejarah Kemboja dengan wilayah-wilayah serantau.

Bukan nak kata tafsiran 'Nasha' (dipetik dari minahselfie) itu salah, cuma Cik Seri dan lain-lain ada pandangan sendiri. So, rileks la. Kenapala nak marah-marah? Memori habis ke takboleh nak selfie lagi? :D

Lainlah tafsiran semua sarjana adalah sama, tiba-tiba Cik Seri buat kepala sendiri, ini bolehlah dipertikaikan. Tetapi kenyatannya, tafsiran sarjana berbeza-beza. Jadi minahselfie ini hanya membuang boreh saja. Cik Seri kekal dengan pandangan dari sarjana tempat prasasti itu ditemui, yakni Kemboja. 

:)




Tiada terjemahan, yang diulas lain pula


Satu lagi yang kita boleh perasan, minahselfie tidak beritahu apakah maksud 'manamalumam damalam'. Dia hanya memberitahu tafsiran dari prasasti tapi maksudnya dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sekalipun tiada. 

Sebab itu pada perenggan seterusnya, dia mengulas pula pasal 'malaya-raja'. Dok mana pulak 'malaya-raja' dalam 'manamalumam damalam'? Rupanya dia nak kondem tafsiran dari Kemboja itu (digelar minahselfie sebagai pseudo-historian).

Menurut Chuck Moth, tafsirannya yakni "mala malayu iva malayam raja" berkait dengan entiti Malayu yang sinonim dengan Srivijaya dan Sri Dharmaraja, juga kebudayaan Dvaravati yang sehingga kini masih diperdebatkan sarjana sama ada berasaskan Mon-Khmer atau Austronesia atau campuran kedua-duanya. Kou Nari pula mengulas perkataan 'malayu' dalam tafsirannya "mala malayu iva malaya-raja" menyatakan bahawa ia berkait rapat dengan hegemoni raja-raja Melayu yang sinonim dengan ras yang berbahasa Malayo-Polinesia seperti Cham, orang Melayu dari Malay city-states itu sendiri dan pengaruh Srivijaya ke atas Chenla, kemudiannya Angkor. Hubungan antara orang Melayu dan Khmer pada masa silam ini telah disahkan oleh pakar linguistik Khmer iaitu Saverous Pou yang terkenal dengan karyanya Vocabulaire khmer relatif aux éléphants dan A Lexicon Khmer Morphology, berpendapat terdapat kata pinjaman dari bahasa Melayu dalam bahasa Khmer yang berpunca dari transaksi perdagangan pada masa silam.

Kenapa minahselfie ini macam buat-buat tak nampak perkataan 'malayu' dalam tafsiran sarjana Kemboja "mala malayu iva malayam/malaya raja" itu? Yang sepatutnya di-highlight-kan adalah perkataan 'Malayu' bukanlah 'malayam' atau 'malaya raja'. 

Jadi perenggan seterusnya semuanya ke laut dan sepertinya meracau-racau atau merengek-rengek laksana tidak diberi selfie. Out of context.


 





Lain kali ulas perkataan 'malayu' bukannya 'malaya'. Ada beza kat situ. Banyak sangat selfienye sampai rabun. Ish..ish...

Apa pun kesimpulannya, tak payah menyibuk nak paksa orang lain ikut kekeliruan sendiri. Dalam kes Prasasti Hanchey yang mengandungi huruf-huruf Pallava yang diubahsuai dan bercampur-aduk dengan perkataan bukan Sanskrit, sarjana lain juga ada kredibiliti dan pandangan masing-masing. Anda boleh berselfie sampai kiamat, tapi takpayahlah cuba mengelirukan orang lain dengan mengulas sejarah dari dalam emosi sendiri kerana kalau betul takpe tapi makin lama makin ke laut, jadi teruskanlah berkecimpung dalam bidang selfie-menyelfie itu.





~CS
















57 comments:

  1. memang win cik seri

    ReplyDelete
  2. tunggu dok tunggu post terbaru...hehe...thanks cik seri

    ReplyDelete
  3. haha aku tau sape minah ni

    ReplyDelete
  4. ilmu baru dipagi hari...terbaekkk cik sericandy hehe

    ReplyDelete
  5. salam cik seri,

    Kebudayaan Dvaravati itulah yang disebut sebagai 'Siam' atau terkadang dipanggil 'syama'. Hubungan kerajaan ini meliputi negeri2 sekitarnya seperti Tambralinga, Chihtu, Pan-pan dll

    ReplyDelete
  6. wow artikel baru! paling xtahan ada pulak minahselfie kihkih

    ReplyDelete
  7. minahselfie ni betul2 memalukan dr. nasha, musibat betulla

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju,dia ni selalu nak heret nasha ni dlm apa jua benda

      Delete
  8. cik seri,tulisan dlm prasasti ni sama tak dengan yang had kedukan bukit tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam rumpun yang sama

      ~Cik Seri

      Delete
  9. manamalumam damalam malammalam maumamam

    ReplyDelete
  10. kudos srikandi! mmg sentap habis

    ReplyDelete
  11. huhu tengok komen2 dlm tu...kebanyakannya indon2 yg tak suka sejarah melayu,buta sejarah dan antiserikandi

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang bekas2 mangsa kena slap dgn cik cerry,ada badut sarkas mcm atiqah ni bolehlah tumpang berteduh dan mengadu huhu

      Delete
  12. Perbezaan pendapat itu perkara biasa.Cuma kita tidak boleh menuduh sejarahwan yang lain itu sebagai pseudo semata2 tidak menurut pendapat kita

    ReplyDelete
  13. kesian nama dr. nasha dilibatkan bersama demi ketidakpuashatian kpd cik seri hehe

    ReplyDelete
  14. si atikah tu ke? kah kah kah popcorn pls!

    ReplyDelete
  15. nama minahselpi tu atiqah.dia mmg keturunan siam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko kawan dia ke panglima nayan?apesal siam ni tak abis2 dengki dgn orang melayu sejak perang musuh bisik dulu?siot tul lah

      Delete
  16. manamaluman= Mana pi malu hang man?
    damalam= dah malam

    ReplyDelete
  17. very sad when Dr. Nasha's name was hauled by this Atiqah in this stupid street fight

    ReplyDelete
  18. haha steady je srikandi patahkan hujah minahselfie

    ReplyDelete
  19. atikah kah kah kah

    ReplyDelete
  20. cik cerry... atikah tuduh ko buat serangan peribadi kt dia pastu dia melarikan diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok lari pasaipa minah siam? jawabla...pengecut sungguh

      Delete
    2. tak tido malam lah nampaknya atikah kahkahkah

      Delete
  21. terimakasih srikandi,pencerahan yang bagus

    ReplyDelete
  22. Pada masa inilah orang-orang Siam telah menyerbu naik keatas Balai Air dan mengenakan pasung keatas Dato’ Bendahara. Tangan dan kaki beliau telah terikat. Datuk-Datuk lain serta pengiring-pengiring yang berhimpun di tawan, kaki dan tangan diikat seperti Dato’ Bendahara juga. Orang-orang Siam tidak berselindung lagi mengatakan hasrat mereka hendak menduduki Kota Kuala Kedah dan meminta orang-orang Melayu supaya jangan melawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. woi jgn hang baca riwayat ni,menyirap darah pahlawan aku!

      bangsat siam!

      Delete
  23. atikah lari cik seri...yg tinggal nasionalis indon mcm erwin terpinga2 diruangan komennya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha panglima erwin pulak dipass nye tombak...atikah kahkah lari entah mana menjawable xtentu hala le panglima erwin sastrowidoyo kekekeh

      Delete
  24. atiqah ni memang selalu menyorok belakang nasha bila geram kt srikandi.dok ngadu kt nasha.pastu laga-lagakan nasha dengan peminat sejarah.memang palat perangai

    ReplyDelete
    Replies
    1. damalam, camne ko tau?tak baik kata org mcm tu

      Delete
  25. cik cherry...mamat indon nama erwin minta paperwork mala malayu iva malayam raja

    ReplyDelete
    Replies
    1. manamalumam damalam ade ke paperwork dia? dasar ganyang malaysia erwin ni,takleh pakai otak dia

      Delete
    2. bukanke si erwin ni malu besar setelah ditegur nasha bila dia buat kepala tau main sebat je nama satu prasasti malaysia?aku terbaca kt satu post

      Delete
  26. terbaik cik seri! 2 thumbs up!

    ReplyDelete
  27. hehe lawak2 thorbaeeeekkkkk !

    ReplyDelete
  28. atiqah nadwa ini selalu mengongkong nasha.aku dapat merasakan dia ni berharap sangat menjadi girlfren nasha hehe

    ReplyDelete
  29. manamalumam = mana incik Malumamsanker?
    damalam = suda malamka?

    ReplyDelete
  30. ntahapaapa jadinya dr.nasha ditangan atiqah nadwa.sebab tu profesor dan ahli akademik tak emosi dan selalunya FB pun takde

    ReplyDelete
  31. 1) RC Majumdar : mala malu ivamalam -raja

    2) M. Honda : mala-malum ivamalam -raja

    3) Lem Chuck Moth : mala malayu iva malayam-raja

    4) Kou Nari : mala malayu iva malaya-raja

    5) Nasha Rodziadi Khaw (menurut petikan) : manamalumam damalam

    jauh benar dekoding no.5 tu dari yg atas-atas huhu

    ReplyDelete
  32. Komen Nasha Rodzaidi Khaw berhubung cara bacaan epigrafi pada prasasti Han Chey:

    "Nasha Rodziadi Khaw Ok ttg huruf2 yg ada perdebatan. Huruf kedua, utk saya seperti open mouthed 'ņa'. Kemungkinan besar bukan 'la', sebab bentuk 'la' telah wujud dlm bentuk spiral dlm aksara ke-4 dan ke-8.
    · 4 · 4 hrs

    Nasha Rodziadi Khaw Lihat huruf ke-5 dan ke-6 pula. Huruf ke-5 boleh dibacakan sebagai 'mi', tetapi, sebab bentuk bulat dibahagian atas saiz nya kecil, kemungkinan juga boleh jadi 'mam'.
    · 4 · 4 hrs

    Nasha Rodziadi Khaw Aksara ke-6 pula, boleh dibacakan sebagai dā, tapi mungkin juga 'vā'.
    · 4 · 4 hrs

    Nasha Rodziadi Khaw Dari situ, saya boleh simpulkan, ada 2 kemungkinan. 'māņamālumam dāmalām' atau māņamālum=iva=amalām'. Harap jelas"

    Walau bagaimanapun,beliau:

    1. Tidak pula mengambil kira keseragaman bentuk-bentuk karakter aksara tersebut yang digunakan pada keseluruhan prasasti tersebut.

    2. Tidak pula memberikan maksud terjemahan kepada frasa 'māņamālumam dāmalām'.

    3. Tidak pula mengambil kira sekiranya maksud frasa 'māņamālumam dāmalām' itu bersesuaian dengan konteks yang cuba disampaikan oleh Prasasti Han Chey tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila lihat cara bacaan yang saya buat di ruangan komen artikel:

      Maksud perkataan 'Melayu'

      di facebook Srikandi https://www.facebook.com/srikandisejarah/

      ~ Kataha Suvarnabhumi

      Delete
  33. terimakasih Cik Seri
    penerangan yang cukup jelas walaupun pedas :)

    ReplyDelete
  34. huhu banyaknya komen. mulut cik cerry memang xde insuran tapi kali ini aku setuju dengan pandangan dia

    ReplyDelete
  35. thanks srikandi, brilliant

    ReplyDelete
  36. Yang saya faham,memang jelas setiap sarjana ada bacaan masing2.Tapi yang buat saya merasa aneh,bacaan Nasha jauh berbeza dari bacaan2 sarjana lain.Majumdar itu sekalipun,memang diakui pakar sejarah india.

    Apapun raikanlah perbezaan cara sarjana2 itu membacanya.Jangan dituduh yang bacaannya itu sebagai pseudohistorian.Pemilik akaun social media itu memang seorang kurang cermat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dituduh pseudo-historian tu bukannya Nasha tetapi orang-orang yang memilih cara bacaan sarjana Kemboja seperti Lem Chuck Moth dan Kou Nari.

      "Mana (tahu) malu Mem (Minah Selfie). (Dah-dah), dah malam."

      Delete
  37. good job srikandi!

    ReplyDelete
  38. bagus sekali penjelasan cik seri.cuma boleh kurangkan perkataan2 tidak formal.apa pun terima kasih

    btw,saya dah dapat buku cik seri :)

    ReplyDelete
  39. memang superb hujah srikandi.
    btw org yg kritik ni mcm katak dibawah tempurung.
    rupanya banyak cara baca sarjana lain,bukan satu sahaja.masing2 kepakaranlah.

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore