Wednesday, April 20, 2016

Surat Dari Sarawak

Sila klik untuk besarkan





Emel ini datangnya dari saudara Leo yang tinggal di Sarawak. Beliau bertanyakan tentang Orang Iban dan kaitannya dengan Orang Banjar dan Orang Melayu.

------------------------

Salam sejahtera,

Terima kasih ya kerana membaca tulisan2 saya.
Berkenaan dengan buku, buku yang mana yang telah dibaca oleh saudara Leo?

Saya cuba menjawab soalan sdr Leo tentang orang Iban berdasarkan ilmu saya.

Orang Iban umum diketahui salah satu cabang dari Dayak, dimana sering
disebut Iban itu Dayak Laut dan Bidayuh itu Dayak Darat.

Oleh kerana Iban berkait dengan Dayak, maka sudah tentu ia berkait
dengan Banjar kerana suku Banjar itu adalah hasil percampuran Orang
Melayu dan Orang Dayak.

Dari segi saintifik, Dayak, Iban dan Melayu itu adalah saudara
serumpun dalam keluarga Malayo-Polinesia dari segi linguistik, yakni
ilmu bahasa. Serumpun kerana memiliki corak bahasa yang sama. Malah,
bukan sahaja bahasa, budaya dan ciri-ciri sosial juga memiliki
perkaitan antara satu sama lain.

Iban misalnya disebut Dayak Laut, memiliki sejarah panjang dengan
Orang Melayu yang dahulunya juga merupakan pelaut dan pedagang
maritim. Jadi orang2 Melayu mesti berhubung dengan orang2 Bajau, Iban,
Sulu (Tausug) dan sebagainya untuk kelancaran pentadbiran dan urusan
perdagangan.

Jadi hubungan antara orang Melayu dan Iban adalah berdasarkan dari
keluarga bahasa yang sama dan lingkungan geografi yang sama.


Harap membantu :)


--------------------------------

Setiap hari boleh dikatakan lebih 20 emel yang berisikan pertanyaan seputar sejarah dihantar ke inbox saya. Ada yang sempat saya balas, ada yang lewat. Ada juga pertanyaan dihantar ke blog saya.

Dari jumlah tersebut, purata 5 orang dari sekitar Borneo menghantar emel kepada saya. Untuk Kalimantan, banyak yang dari Kalimantan Barat.

~Cik Seri



Buku terbaru saya akan datang, belum masuk pasaran lagi tau, nanti dah keluar kilang cetak saya bagitau.

2 comments:

  1. terimakasih cik seri :)

    ReplyDelete
  2. org banjar hasil dari pertemuan orangmelayu dan orangdayak...wah,isteri aku orangbanjar patutla manis aku pandang selalu hehe rupanya mix

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore