Wednesday, March 23, 2016

Disebabkan Mix, Paksa Pula Orang Lain Percaya Keturunan Mix Macam Dia





Ada satu sindrom di kalangan sesetengah (bukan semua) orang Melayu (baca: mengaku Melayu) yang berdarah campuran atau istilah lainnya 'mix'.

Berdarah campuran ini istilah klasik dia ialah keturunan peranakan. Asalnya dicantum pada perkataan lain untuk membentuk frasa seperti :

1) Peranakan India
2) Peranakan Cina

dan sebagainya.

Sama ada anda berdarah campuran atau pure sesuatu bangsa, itu bukanlah masalah besar, dan anda boleh teruskan hidup seperti biasa dengan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Namun, masalah timbul apabila ada orang yang berdarah mix ini tiba-tiba menjadi gila isim lantas memaksa orang lain yang bukan berdarah campuran atau peranakan pasrah mengaku bahawa mereka juga berdarah mix dan tiada siapa yang berdarah asli, contohnya berdarah pure Melayu.

Dalam konteks bangsa Melayu, terdapat 3 kategori darah keturunan yang umum :

1) Melayu Asli : Orang Melayu yang tidak ada percampuran atau tidak dapat dikesan bercampur darah keturunannya dari mana-mana suku Austronesia lain apatah lagi bangsa-bangsa lain yang bukan serumpun dengannya. Termasuk dalam kategori ini ialah Orang Kedah pedalaman, Orang Kelantan pedalaman, Orang Perak (terutama Perak Tengah dan Lembah Sungai Perak) dan termasuk Orang Laut, Jakun dan Melayu Aborigine yang lain ( Proto Melayu). Salah satu tanda keaslian mereka ialah dialek khas mereka yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana suku atau kaum lain.

2) Melayu keturunan serumpun/nusantara : Orang Melayu yang berdarah campuran suku-suku Nusantara. Sebagai contoh Orang Melayu keturunan Jawa, Orang Melayu keturunan Bugis, Orang Melayu keturunan Rawa dan sebagainya.

3) Melayu peranakan : Orang Melayu berdarah campuran bangsa-bangsa lain yang tidak serumpun sebagai contoh orang India dan Cina.

Tambahan: Untuk peranakan bangsa-bangsa Barat ('orang putih') trend sekarang gemar melabelkan sebagai 'pan asian' atau 'mix'.

Sebenarnya, jika kita luas perjalanan maka luaslah pengalaman. Jika kita duduk di dalam mangkuk megi kita sahaja, kita tidak akan nampak kepelbagaian bangsa-bangsa dan keunikan bangsa-bangsa itu.

Isu ini timbul kadang-kadang di sepanjang karier saya seperti contoh kes ini:









Pembaca di atas mempertikaikan kajian sekumpulan saintis yang mengesahkan bahawa MAJORITI ORANG MELAYU berasal dari sebuah kawasan geografi yang dipanggil PENTAS SUNDA yang wujud sebelum Zaman Ais berakhir kira-kira 15,000 hingga 7,000 tahun lalu. Ini bermaksud, induk Melayu telah berada lama lebih 15,000 tahun lalu di Asia Tenggara. Adakah kajian ini dibuat oleh profesor-profesor Melayu Malaysia? Oh tidak, jika diajukan begini sudah tentu akan mencebik bibir mengejek-ngejek. Kajian ini dibuat oleh pakar-pakar dari seluruh dunia, majoritinya orang putih yang biasanya disanjung-sanjung bagaikan dewa-dewi yang sempurna ilmunya. Ini link kajian mereka (ingat saya penglipurlara dok muhong?)  :


(http://mbe.oxfordjournals.org/content/25/6/1209.short)
(https://ueaeprints.uea.ac.uk/31813/1/Soares_et_al__Epaper.pdf)


Oleh kerana semua teori saya sebelum ini tentang asal-usul Orang Melayu telah menjadi saintifik dengan munculnya kajian ini maka apabila pembaca ini menyatakan bahawa Orang Melayu bukan penduduk asal sini tetapi Orang Asli maka saya ajukan kajian genetik ini dan dia mula bungkam!

Kemudian merepek-repek minta 'genetic marker' bagai, padahal dalam kajian itu lengkap semua genetic marker, mtDNA, analisis arkeogenetik dan sebagainya. Nampak sangat malas nak baca atau takut nak baca sebab kajian tu akan musnahkan semua tahyul-tahyul yang disayang-sayang dibelai-belai selama ini di dalam kepala otaknya.

Kemudian dia mengaku berdarah mix dan percaya semua Melayu tiada yang asli dan semua berdarah campur dari ntah mana-mana. Saya nyatakan, kajian ini melibatkan genetik dan genetik ini tidak boleh ditipu-tipu dan ditahyul-tahyul. Memang fakta bahawa genetik Melayu telah berada lama sebelum Zaman Ais berakhir di Pentas Sunda kira-kira 15,000 tahun yang lalu.

Kesimpulan dia, bukan semua Orang Melayu berdarah mix macam dia. Ada Orang Melayu yang memang tak dapat nak kesan pun darah campur kat mana, jadi jangan paksa dengan reka-reka cerita nenek moyang dia pun kahwin bangsa ini dan itu. Orang Jakun, Orang Laut, Seletar, Temuan, Orang Lembah Sungai Perak, Kinta tu semua Orang Melayu Asli yang duduk kat tempat mereka zaman-berzaman.

Ada orang kona kot lain, dia provok: penting ke darah pure tak pure? Jawab saya, kalau tak penting kenapa ada makhluk nak terlompat-lompat bermatian paksa orang lain percaya dia darah mix? hehe

Jadi, kena hormat mereka yang berdarah pure k? Kenapa nak kiasu sangat? Takut apenye? Takut Malaysia terlepas dari tangan korang, sebab bukan darah pure? Nonsense la.


~CS










25 comments:

  1. first! haha lama tak buat benda ni

    ReplyDelete
  2. aiseh...bukti saintipik dah ade,apa pening2 lagi...tahyul betulla diorang ni hehe

    ReplyDelete
  3. awesome srikandi

    ReplyDelete
  4. dah beribu tahun dah moyang melayu dok sini...itu kenyataannya

    ReplyDelete
  5. dah ada bukti kajian international pun xpercaya lagi kahkah

    ReplyDelete
  6. seronok baca...banyak ilmu disamping sentapan dari cikseri huhu

    ReplyDelete
  7. good job srikandi !!

    ReplyDelete
  8. Kedah + siam + jawaka + sumatra @ jawa + yaman = Melayu Perak.��

    Cik sri pula...? Nk tahu jg...��

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini mix keturunan anda ke?
      mesti keluarga anda hensem2 dan cantik2
      :)

      ~Cik Seri

      Delete
  9. assalam cik srikandi...salam perkenalan

    ReplyDelete
  10. assalam....tak pasai pasai,jangai buat pasai

    ReplyDelete
  11. Saya pun darah mix. Ini sume salah ameno

    ReplyDelete
  12. bapak saya orang kampung menora (sebelah sungai perak) sebelum tahun 80'an dahulu orang kampung menora cuma kawin dengan orang kampung berdekatan jer. kata bapak dulu2 mana ada highway macam sekarang semua kena naik rakit atau perahu. tok saya pernah tangkap landak kemudian bagi kat sultan. orang istana tak pandai bela, mati lepas 2 minggu.



    mak saya pula orang kedah, tapi tok jantan belah mak saya orang sumatera. belah tok pompuan pula dari johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang menora...ini menarik perhatian saya,boleh jelaskan pasal ni

      ~Srikandi

      Delete
  13. Cik sri....mungkinkah dlm 20 thn kedpn kita dah masuk alam perjuangan akhir zaman....satu dunia berperang...ini bermakna juga dlm 10 kedpn dan seterusnya, kita dan dunia akan masuk fasa yg mengejutkan...

    Jika ya....bersedialah kita semua, hanya ada dua kata, munafik ikut dajjal atau imam yg kita nanti nantikan...

    Ini juga bermakna dia juga telah berada disekitar kita....sapalah org tu yaaa, jgnlah kita termasuk dlm golongan munafik akhir zaman, 2/3 penduduk dunia termasuk kelompok munafik/dajjal....

    ReplyDelete
  14. Cik sri clever....kita tau perak ada ramai raja...sampai sekarang org mencari dan pertikai darah raja/waris sebenar...sepengetahuan sri, ada tak kisah perak, dulu ada raja perak yg hanya ada puteri, dikata ada sekor binatang, kalau tak silap, kerbau mengamuk buat huru hara mcm gajah naik minyak..tak tau laaa kerbau tu beso mana..kononnya diceritakan, pengawal pengawal raja takde yg dpt menaklukkan kerbau tu...abis kg rosak, sultan bertitah sesiapa yg dpt mengalahkan kebo tu akan dikahwinkan dgn puterinya.

    Tetiba ada la seorg rakyat biasa yg gagah dpt menundukkan kebo tu, apa lagi kena la tunai janji walaupun puteri menolak, tak cintaaaa...akhirnya lahirlah seorg putera, bakal waris sultan perak yg sebenar....

    Hanya nak tau fakta sejarah jeee.. Kemanakah putera itu pergi????? Mungkin cik sri ada dengar kisah ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cik sri...hahaha..kebo..

      Selama ni kita ada dgr, putera raja yg hilang, dikatakan waris sebenar raja,....tetapi jika benar cerita di atas, bermakna yg hilang adalah cucu raja, pewaris sultan ketika itu...

      .....menantu sultan org biasa yg kuat dpt kalahkan kebo..hehehe... Sultan tdk ada anak lelaki hanya puteri...yg ada hanya cucu lelaki.. Sultan dah rasa tua, ketika sultan nak tabal cucu sebagai pewaris, tengku mahkota laaa...tetiba dikata puteri sultan jatuh sakit pulak...tak lama kemudian puteri punnn mangkat.. Mulalah sekeliling dah sok sek sok sek, nak berebut jd pengganti sultan....cucukan masih kecil, tentulah ramai pembesar dan keluarga sultan tak setuju jika manantu sultan, org biasa tu jadi pemangku jika tetiba je sultan wafat pulak..

      Dah mula buat rancangan dibelakang, byk yg dengki, mcm politik lak hihihi.....menantu dah mula rasa ada pakatan jahat, nak bunuh dirinya dan anaknya iaitu cucu sultan.....

      Mungkinkah cik sri boleh dpt tau kebenaran citer ni atau ada pihak di perak atau org lama perak boleh mengesahkan kebenaran citer ni????

      Kebo..hehehehe

      Agak agaknya apa laaa yg dilakukan menantu sultan pahlawan yg berani tu utk menyelamatkan anaknya, cucu sultan....

      Delete
    2. jika kita membaca kisah istana dulu2,mmg kompleks dgn kisah perebutan takhta dan bersekongkol dgn org luar.

      Namun ini tidak eksklusif di sebelah sini,di eropah dan india juga sama

      ~Srikandi

      Delete
  15. Melayu ini rumpun ka bangsa.. ?
    Jika kita ambil suatu perkataan seperti 'besok" saya pasti org dayak batak acheh gayo sunda makassar tambulu bajau butun banjar lagi2 jawa ada perkataan 'sok" ..
    Saya bukanlah ahli sejarah, cuma seorang yg meminati bahasa.. Bagi saya melayu ini rumpun..dan kita memakai akar suku kata yg sama cuma musnah akibat dialek(loghat kedaerahan) .. Saya harap cik srikandi dpt membuat mengenai kajian sejarah bahasa melayu dan kesinambunganya dgn bahasa austronesia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehkah saya simpulkan?
      Bangsa=Jawa, Rumpun=Melayu.
      Bangsa=Melayu Rumpun=Melayu.
      Zzzzzzz

      Delete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore