Wednesday, March 23, 2016

Siri Para Haters dan Si Pencemburu Srikandi



Salam semua! Cik Seri di sini! huhu....dah lama Cik Seri tak berceloteh ye.

Dulu Cik Seri pergi berperang dengan Tok Bomoh, Naruto, Siam jadi-jadian dan macam-macamlah. Lepas Cik Seri buka fesbuk dulu, lagi banyak makhluk aneh yang muncul dan Cik Seri pun mempersiapkan diri untuk bertempur dengan mereka.

Siap boleh buat koleksi lagi dan Cik Seri dah compile-kan semua kompilasi para haters, buta sejarah, bongok sejarah (hihi) dan si pencemburu. Si pencemburu ni istilah baru, definisinya :



si pencemburu srikandi (noun) 1. Orang yang mencemburui apa jua gerak kerja dan kejayaan srikandi. Mereka ini adakalanya bukanlah termasuk dalam golongan benci sejarah namun tidak senang dengan srikandi dan benci dengan kemampuannya mematahkan hujah-hujah si buta sejarah dan bongok sejarah.



Faham ya! Apa beza buta sejarah dan bongok sejarah? Buta sejarah ni memang tak tau apa-apa pasal sejarah. Memang nerd dan newbie. Bongok sejarah ni buat-buat pandai sejarah. Dia ni dapat baca sikit pasal sejarah lepas tu merepek merapu meraban macam orang gila. Bahasa standardnya menyelewengkan sejarah.

Siri ini bukanlah bermusim, tapi berterusan selagi mana Cik Seri melibatkan diri dan karier pengkaji sejarah underground ni :)

Antara koleksi yang ada termasuklah :

- Orang yang kata semenanjung ni kosong tak de orang, pastu semua bangsa datang beramai-ramai serentak.
- Orang yang kata Malaysia asalnya Orang Asli punya
- Chola syok sendiri
- Pengkaji amatur dari seberang yang tak tau Prasasti Sungai Mas
- Orang yang kecewa dilahirkan sebagai Melayu oleh Tuhannya
- Orang yang tak percaya kajian saintifik pasal asal Melayu di Asia Tenggara, nak percaya juga mitos Melayu asal entah dari mana2 walaupun yg dok kaji tu omputeh yang dahulunya dipuja bagai dewa-dewi
- Orang tua yang merepek kata hadis nabi serupa dan setaraf dengan kitab-kitab legenda dewa-dewi Hindu
- Orang yang mengatakan Cik Seri punca perpecahan umat sebab mempertahankan sejarah Melayu, namun di lain tempat dia pulak yang bergaduh pasal hadis nabi dan UFO dengan seorang ahli akademik
- Seorang haters yang cemburu dengan kejayaan Cik Seri dan mengaku suka mengumpat belakang
- Seorang haters yang bencikan Cik Seri sebab selalu ke hadapan dalam mempertahankan sejarah, bukan seperti dia yang hanya poser sahaja.
- Seorang pengkaji amatur dari seberang yang merepek-repek menyatakan 'Malaya' itu slang orang belah utara semenanjung manakala belah-belah selatan macam Melaka,Johor panggil 'Melayu'
- Orang yang merepek membandingkan sejarah Melayu dengan buku-buku Sains yang membincangkan teori Fizik dan kejuruteraan
- Orang yang kata maksud 'Melayu' adalah 'orang yang berjalan-jalan'
- Seorang mamak malbari yang minat sejarah minang dan berpura-pura concern pasal sejarah Melayu tapi sebenarnya benci sejarah Melayu especially Kelantan dan cuba putaq sejarah Melayu ikut akai dia
- Orang yang mengutuk Melayu malas
-.....dan banyak lagi.


 Cik Seri akan tunjukkan bagaimana mereka ini berfikiran pelik dan berpenyakit dan Cik Seri cuba ubatkan mereka ini. Ada di antara mereka ini kononnya minat sejarah Melayu tapi bencikan Cik Seri sebab patahkan hujah dia yang merepek-repek. Siap tuduh Cik Seri fitnah dia pulak hehe.

Okay, Ladies and gentlemen, fasten your seat belts. Siapa sentap, Cik Seri tak tau...ayok. Jangan baca kalau hati tisu. 

: )

~Cik Seri















11 comments:

  1. yes!! teruskan cik seri!

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tunggu

    ReplyDelete
  3. haha rasa mcm nak kena je sorang tu nanti

    ReplyDelete
  4. mamak malbari? kahkahkahkah

    ReplyDelete
  5. cik seri,macammana dgn penemuan harta dimelaka tu betul ke?

    ReplyDelete
  6. siapa yg mengumpat cik seri tu hehe

    ReplyDelete
  7. Buat buku hentam haters pulak kak srikandi 😀

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore