Wednesday, March 23, 2016

Harapkan Buku Sejarah Melayu Bincangkan Big Bang Theory?





Masa saya dan kawan-kawan keluarkan buku Melayu Pribumi Asia Tenggara awal tahun lalu, ramai yang panas punggung sebenarnya dan bertubi-tubi menyerang saya dalam emel dan chat di media sosial, namun kesemuanya hanyalah luahan sakit hati dan kutukan sahaja, tiada hujah-hujah bernas yang mampu disuakan kepada saya. Yang ada pun, terus saya rujukkan pada buku itu dan selepas 'tersedar' hanya makian dan ketidakpuashatian sahaja yang dihujahkan balik.

Jika melihat chat saya dan POM itu, sebenarnya sebelum sampai ke 'punchline' di atas, dia tidak habis-habis menghentam sejarah Melayu dan menyatakan itu fake, ini fake, Melayu malaslah, mundurlah..sebijik dengan apa yang dingomelkan oleh para orientalis dan sejarahwan penjajah dahulu.

Kemudian dia mempersoalkan buku kami itu, kalau hebat kenapa tak bincangkan pasal Big Bang Theory, Algebra, Relativity atau Moore's Law...bla...bla...

:D

Ingat ini buku Matematik Tambahan ke? Buku Fizik Tingkatan Enam? Gila ke apa orang ni? Buku kami itu adalah fokus kepada sejarah Melayu, bukan nak merewang ke dunia sains dan teknologi pulak.

Lihat mentaliti inferior yang mewarisi saka penjajah. Bila buku-buku sejarah luar sekalipun buku hikayat fairytales kanak-kanak, orang semacam ini akan tabik spring dan tunduk menghormati kekayaan sejarah dan penulisan orang luar itu. Bila buku yang membincangkan sejarah Melayu, wow!!! terus kondem dan suruh buku sejarah Melayu keluarkan topik Bing Bang, Kuantum, Relativity bagai, hukum-hakam Fizik dan rumus-rumus addmath...gilo...

Bila saya selidik, rupanya orang ini bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang dan obses dengan peralatan elektronik, solder dan timah solder tu. Mungkin bau timah solder tu yang disedut hari-hari telah menjadikannya high umpama heroin. 

Kita tak boleh bias sampai menampakkan kebodohan sendiri. Penjajah selamat di alam barzakh, apa nak takut sampai tercirit-cirit lagi?





10 comments:

  1. lama betul cik seri tak update page ni,tup-tup ada 2-3 artikel baru yeah

    ReplyDelete
  2. hehe memang salahlah suruh buku sejarah sembang fizik pula

    ReplyDelete
  3. terbaik srikandi!

    ReplyDelete
  4. ada juga posting akhirnya!kipidap cik seri

    ReplyDelete
  5. buku sejarah buku sejarahlah,nak lain baca la buku lain

    ReplyDelete
  6. Kepala Engineer ni pelik terutama kalu diorang try wat lawak. Terlalu Robotik n normal people susah nak faham ngan lawak golongan Left Brain.

    ReplyDelete
  7. tang omputeh semua tabik spring...tang melayu...kelam kelibut nak suruh keluar teori sains bagai baru leh established apa daaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. Ukm ek.. Hahaha.
    Masing2 membawa persepsi berbeza dari bidang masing..

    ReplyDelete
  9. In Sha Allah di masa akan datang POM akan dapat lihat sendiri dan pasti takkan bertanya lagi kepada kami soalan2 begitu : )
    CC:POM

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore