Thursday, October 20, 2016

This Stoner is Pening-pening Lagi





Ada pembaca melaporkan kelibat mamat ini yang sekali lagi 'high' di dalam satu komen di sebuah fanpage perkongsian ilmu. Mamat ini mengomen di dalam satu artikel yang menyebutkan tentang 200,000 tentera Jawa menyerang Singapura Purba.


Klik untuk lebih jelas


Sebenarnya maklumat itu berasal dari Sulalatus Salatin:


Sulalatus Salatin versi A. Samad Ahmad



Dari maklumat dalam perenggan di atas kita tahu bahawa:

1) 300 jong terlibat
2) Kapal-kapal jenis lain seperti banting, jongkong, kelulos yang banyak, ini digambarkan dengan frasa "tiada berbilang lagi".
3) Dua keti rakyat Jawa yakni askar-askar yang pergi berperang.

Keti bermaksud ratus ribu:

Klik untuk lebih jelas

 Jadi dua keti bermaksud : 200,000.

Jadi secara langsung kita tahu bahawa sebanyak 200,000 orang askar pergi berperang dengan menggunakan 300 jong dan berserta kapal-kapal jenis lain iaitu banting, jongkong, kelulos yang tidak disebut berapa jumlahnya namun amat banyak.



Jadi mari kita lihat apakah yang menjadi masalah yang menserabutkan kepala otak mamat ini:



Dari sini kita tahu bahawa mamat ini bebel pasal :

1) mempersoalkan 200,000 askar dibawa dalam 300 jong.
2) Something tentang 'sampan'.
3) Jarak dan berapa kali trip dan masa perjalanan.
4) 'Spirit of Majapahit' hanya 14 orang boleh muat, yang mamat ni sangka kononnya 'jong'.

Pertamanya, kita kena tahu bahawa selain 300 jong itu ada kapal-kapal kecil yang amat banyak terlibat di dalam ekspedisi itu. Lihat kembali:


Klik untuk lebih jelas


Jadi, oleh kerana jumlahnya tidak diberitahu dalam sumber asalnya, maka ia menjadi satu nilai yang subjektif. Apabila ini terjadi paling tidak pun, jumlah askar akan ditampung oleh kapal-kapal kecil ini, jika 300 jong itu sudah penuh.

Kita akan kembali kepada 300 jong tadi.

Poin nombor 3 tidak relevan, sebab sekarang kita membincangkan bolehkah 200,000 askar Jawa di bawa dengan 300 jong + kapal-kapal kecil seperti banting dan lain-lain.


 


Adakah Majapahit diberi tempoh masa tertentu untuk berperang dengan Singapura Purba? Sudah tentu tidak, jadi berapa lama sekalipun ia bukan persoalannya. Begitu juga dengan jarak yang mempengaruhi masa perjalanan, juga tidak relevan atau tidak mempengaruhi jumlah askar dan kapal yang terlibat.

Poin keempat, 'Spirit of Majapahit' sebenarnya diambil dari model 'Kapal Borobudur' dimana ia bukanlah dari jenis jong untuk tujuan peperangan tetapi sebaliknya adalah kapal layar bercadik bagi tujuan perdagangan.

Klik foto untuk lebih jelas


Spirit of Majapahit


Main sebat sahaja mamat ini sebenarnya. Namun sesetengah worshipper-nya melulu percaya dengan temberangnya tanpa mahu menyelidik terlebih dahulu. Nampak sangat para worshipper-nya adalah dari jenis pemalas dan tingtong juga. Makin mamat ni mencarut makin kagum pulak.

:D

Jadi adakah 300 buah jong boleh muat untuk 200,000 askar?

Malangnya...MEMANG BOLEH.

:D :D :D

Malah lebih dari itu.



Sekarang mari kita lihat kapal galleon Mary Rose yang terkenal sekitar abad ke-16:






Kapal ini boleh muat sehingga 700 anak kapal.


Klik foto untuk lebih jelas




Sekarang mari kita lihat perbandingan jong dan galleon:


Klik untuk lebih jelas



Terkejut?

Ada lagi...lagi mengejutkan...


Klik untuk lebih jelas

Jong boleh muat 6000 hingga 7000 orang. Setakat 666 orang apa la sangat. :D

Bila kapal-kapal ni ada? Sejak abad ketiga dan kelapan lagi dah ada.

Jadi sekali lagi mamat ni bila sentuh lagi bab kapal dan pelayaran memang fail. Jong pun tak tau. Merepek sejarah Johor seciput macam nak paksa orang percaya dia tengah tulis sejarah Bumi.

Moralnya. dia memang tak layak langsung cakap pasal bab ini sebab banyak merepek dan tahyul kuat. Pakai bahasa carutan ala-ala koboi gitew ingat orang takutla. Nampak uncivilised ada la.

Orang-orang yang bodoh sahaja boleh cepat percaya dan kagum temberang dia. Mungkin takut kena carut dengan mamat ini agaknya. So, memang layaklah pengikut-pengikutnya mendapat carutan itu sebab sebenarnya mamat ini sedang mengelengtong orang-orang yang bodoh ini.

Hehe.






Idiot,i rest my case.


19 comments:

  1. haha checkmate lagi morazzi dgn cik seri

    ReplyDelete
  2. Memang best aku baca.Betulla mamat ni tak dapat beza antara jong dengan kapal layar berdagang Borobodur tu.

    Kipidap Srikandi!

    ReplyDelete
  3. Aku tengok semakin lama si unek ni semakin mengarut.

    Dah xde idea agaknya

    ReplyDelete
  4. unek ni aku seronok juga baca tulisan dia.
    tapi dia masih takboleh lawan srikandi hehe

    ReplyDelete
  5. Jong memang besar.
    Razi ni kena belajar lagi jenis2 kapal.

    ReplyDelete
  6. oh.. budak seeking attention ni,aktif kt satu forum...dekat group pewaris khurafat dia ni disembah mcm dewa atau pendeta hehe kt sini senang2 kena pancung

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas penerangan Cik Srikandi.

    ReplyDelete
  8. Kepada Malaya Bersatu sini semua yg komen setakat ni dan penulis semua orang Malaysia, jngn kau nak cop kami sebagai jawa hihihihi luaskan pengetahuan tu...jngn jadi bodoh sombong

    ReplyDelete
  9. kepada Malaya Bersatu, kami yg pengkomen semua sini orang Malaysia , penulis Blog pon oramg Malaysia. Jangan kau nak cop kami Jawa ye. Hiduo Melayu!!!

    ReplyDelete
  10. haha betul st. Loco...kat grup pewaris khurafat budak ni disembah dan dipuja2 walau diorang kena maki kena carut dengan budak ni kikihkih

    ReplyDelete
  11. srikandi win!
    aku suka cara kau jawab balik org2 yg konon berlagak bijak ni but actually stupid

    ReplyDelete
  12. Ohh, mamat "I'm partying like animal" bookworm Nerd ni...setakat jd bahan scoobysnack je pun kt forum Cari.

    ReplyDelete
  13. Well.. bukan nak cakap ape lah ye.. at least si morazzi ni attacking his opponent in foreign turf.. xde kat wall dia sendiri, debating his way in dalam MHHC, JMBRAS. Real global player. Ape kate cik Sri pegi sane confront him rather than layan perasaan kt padang sendiri ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. real global player? kahkahkah ko baca tak posting kat atas? ko sedar tak morazzi temberang ko? debating his way in dalam MHHC, JMBRAS??? high kuat ni kahkah

      Delete
  14. Hi srikandul. Bacul jugak ker?? x brani publish statement yg u berani kt dalam page sendiri jer. huhuuuuu

    ReplyDelete
  15. bro morazzi tu cuma soal jer, mungkin dia takde ilmu pasal kapal jong.

    tapi salah gak dia sebab kata orang idiot. kalau lawan debat baru bukak mulut morazzi ni kena kick dari arena profesional..

    ReplyDelete
  16. Screenshot fanpage atas sekali tulis '300 kapal perang'
    Kesilapannya dia tak tulis '300 jong' nampak tak? Perkataan 'kapal' itu umum, 'jong' spesifik. Kalau dari awal ditulis 'jong' pembaca akan google cari maksudnya. Bukan semua orang ada naskhah Sulalatus Salatin atau hafal isi kandungannya 100%. Perkataan '300 kapal perang' itu yg mengelirukan.

    Bak kata orang tua-tua yang telus mata
    Yang menampi padi antah dan sekam
    Yang mengail di lubuk dalam
    Sekilas ikan di air
    Tahu jantan betinanya

    Kalau guru kencing berdiri
    Anak murid kencing berlari
    Kalau guru berak di tangga
    Murid berak atas kepala

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ditulis jong lagi tidak spesifik sebab ada jong untuk perdagangan. Tapi ini jong untuk berperang,lain spec dia.

      Jadi 'kapal perang' itu lebih spesifik dan jika begini, saiz jong itu akan dibikin sesuai seperti sebuah kapal perang.

      ~Srikandi

      Delete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore