Saturday, January 5, 2019

'Ahli Sejarah' Mengamuk & Mengugut Semata-mata Perjanjian Inggeris-Siam 1909? BHG I





Baru-baru ini seorang pembaca saya telah menunjukkan kepada saya bahawa 'Poser' (rujuk Batu Bersurat Terengganu Bertulisan Kawi?) cuba bangkit selepas 'dibelasah' saya atas kekeliruannya tentang sejarah Perang Perak-Siam 1821-1828 yang masih tidak difahaminya.

Sebelum itu saya telah menaikkan satu status berkenaan negeri Perak yang tidak pernah dijajah oleh kerajaan Siam secara bukti sejarah, perjanjian mahupun jika disorot dalam tradisi Bunga Emas negeri-negeri Melayu. Kajian tentang ini saya telah rumuskan dalam topik Seven Years' War: Perang Perak-Siam 1821-1828 dalam banyak tulisan saya sama ada dalam media sosial, blog, laman web mahupun buku-buku saya.






 Perkara ini memang jelas apabila direkodkan Sultan Abdul Malik Mansur (sultan Perak ke-19) sendiri menegaskannya di sekitar tahun 1818, apabila wakil politik kepada gabenor Inggeris di Pulau Pinang datang kepada baginda  untuk memberi nasihat dan amaran tentang tuntutan Siam melalui Kedah, baginda menjawab dengan tegas:

“Tidak ada adat sebegitu yang diturunkan kepada beta sejak dahulu yakni menghantar Bunga Emas kepada Siam atau Kedah.”


Apabila di sebelah pihak negeri Perak sendiri menafikan autoriti Siam ke atas wilayahnya (melalui perlambangan ufti Bunga Emas) maka kemerdekaan Perak tidak boleh disangkal lagi. Kekeliruan Poser adalah kerana dia terlalu percaya kepada sumber-sumber kolonial malah percaya juga pembohongan dari sebelah pihak Siam, sementelah Inggeris dan Siam adalah 'partner-in-crime' dalam drama tuntutan Siam ke atas negeri-negeri Melayu, khasnya negeri Melayu utara. Poser hanya mampu mencanangkan dia membaca sekian banyak buku, namun kefahamannya ke laut dan analisisnya tiada.




Poser Marah-marah


Bila membaca fakta-fakta yang saya kemukakan, si Poser tiba-tiba mengamuk dan marah-marah. 


 


Bayangkan, kerana kemarahan yang amat sangat, bagi salam pun tak, apa pun tak terus membodohkan orang. Jadi kita tengok sejauh mana ilmu dia boleh pergi.

Kesalahan fakta pertamanya ialah tentang sejarah Kelantan. Kelantan memang umumnya di bawah pengaruh Siam dan fakta ini paling jelas adalah dalam Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Malah ini direkodkan bahawa selepas Istana Balai Besar siap dibina pada tahun 1845, upacara pertama kali diadakan ialah Istiadat Menyambut Surat Sejabat atau pengiktirafan daripada Raja Siam kepada Sultan Muhammad II. Surat tersebut mengesahkan bahawa Tuan Long Senik Bin Long Tan sebagai sultan Kelantan yang bergelar Sultan Muhammad II diiktiraf oleh Raja Maha Besar Siam yang menjadi penaung Kelantan. Siam juga memberikan gelaran kepada Sultan Muhammad II sebagai 'Pia Lecha Kelantan'.

Rujuk: Sumber Arkib


Penjajahan Siam ke atas Kelantan ini memang ada perjanjian dan faktor-faktornya, bukannya tiada sebab. Ini berpunca dari perang  saudara berlaku antara Tengku Muhammad (menantu Long Yunus) dan Long Muhammad (putera Long Yunus). Dalam pergolakan tersebut, Tengku Muhammad telah tewas dan berundur ke Terengganu. Pembesar Kelantan telah  menabalkan Long Muhammad sebagai sultan dengan gelaran Sultan Muhammad I.   Walau bagaimanapun baginda diancam oleh  Terengganu dan demi menjaga keselamatannya, Sultan Muhammad I mendapatkan bantuan daripada Siam. Malah ini disahkan sekalipun oleh persatuan sejarah Kelantan, sebagai contoh Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan dalam artikel ini.



 Jadi penguasa Kelantan ketika itu memilih untuk menerima pengaruh Siam atas sebab mahu membebaskan diri dari pengaruh Terengganu.

Namun Poser tidak faham sejarah Kelantan dan marah-marah kerana saya menyuruh dia baca dahulu isi Perjanjian Inggeris-Siam 1909 yang mana hubungan Kelantan-Siam di dalam perjanjian itu berpunca dari hubungan Kelantan-Siam di masa lalu sejak pembebasan Kelantan dari pengaruh Terengganu.











Maka poin saya mudah saja, Poser menegaskan Kelantan tidak pernah dijajah Siam, ini adalah aneh dan berlawanan dengan fakta sejarah Kelantan itu sendiri. Malah berlawanan dengan sumber Arkib Negara Malaysia. Oleh kerana saya mendapat 'bola tanggung', maka saya tekankan dulu supaya dia membaca isi Perjanjian Inggeris-Siam 1909 yang mana umumnya berkaitan dengan Kelantan, Siam menyerahkan pertuanannya ke atas Kelantan kepada Inggeris.

Ini jauh dari sentimen itu dan ini, fakta sejarah tetap fakta sejarah. Salah tetap salah. Kita tidak boleh menyeleweng fakta sejarah atas sebab dengki, dendam atau benci. Maka Poser mula memakihamun saya, merepek-repek, melalut-lalut entah ke mana dan dia juga mengedit komennya sendiri, setelah sedar dia salah fakta! 😂




Poser Koyak!





Akhirnya, Poser telah koyak dan mengugut untuk 'angkut' saya dengan amaran kononnya dia telah berjaya mengesan alamat IP saya.  Tiada hujah akademik yang mampu ditampilkan lagi. Poser masih tidak mampu menyanggah hujah saya yang berdasarkan Perjanjian Inggeris-Siam 1909 itu. Saya mengharapkan dia mampu menyanggah hujah saya menggunakan perjanjian yang sama atau fakta lain, namun tiada!

Poser memberi amaran keras: "Tidoq bagi lena sementara boleh". 😂😂 








Bayangkan, semata-mata disuruh baca isi Perjanjian Inggeris-Siam 1909, maka saya diugut dan diancam. Apa bende lah mamat ni.




Kesalahan Fakta Lain


Kesalahan  seterusnya ialah kononnya 'sultan (Kelantan) terpaksa akur dengan paksaan Siam sebab tiada bekap British'. 

INI SALAH. 

Hubungan Kelantan dan Siam di mana Siam berpeluang meluaskan pengaruhnya ke atas Kelantan adalah kerana permintaan dari pemerintah Kelantan sendiri secara sukarela demi untuk mengusir pengaruh Terengganu. Akur apekebendanya.

Kesalahan lain ialah tentang Perak. Perak bukan bernasib baik sebab Inggeris. Malahan semasa Perang Musuh Bisik 1821 ketika Siam juga menghantar angkatan perang untuk menyerang Perak, Inggeris di Pulau Pinang tidak pun membantu Perak. Siapa yang bantu Perak ketika itu? Selangor!

Perak berjaya mengusir penjajahan Siam sebab kuasa Allah yang gerakkan akal pemerintah-pemerintahnya ketika itu untuk bijak mempertahankan kemerdekaannya dari dijajah Siam. Para pemerintah Perak mengumpulkan angkatan tentera dan pergi berperang dengan Siam, menjalinkan sekutu dengan Selangor dan berdiplomasi dengan Inggeris melalui surat-surat. Pernyataan 'bernasib baik' itu adalah amat menghina disiplin ilmu sejarah. Ilmu sejarah ni macam ilmu sains juga, dia ada faktor-faktor dia, sebab-sebab dia, analisis dia atau kajian dia. Bukan main taram "...bernasib baik..." Kalau main nasib-nasib ni pergilah jadi tukang tilik.

Makanan dan bijih timah? Huhu... ingat Kedah, Siam tak boleh bekalkan makanan dan bijih timah ke pada Inggeris? Makanan dan bijih hanya ada kat Perak? Ini hujah yang lemah. Kalau Inggeris benar-benar nak 'secure' makanan dan bijih dia, dia akan bantu Perak masa Siam serang Perak pada 1821. 

Selepas berkali-kali dibelasah oleh saya dengan menyuruhnya balik rumah baca Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Poser pun terus koyak sepertimana yang telah didedahkan di atas dan berterusan mengamuk-ngamuk. Apa yang terjadi kepadanya selepas itu saya tak ambil tahu kerana banyak kerja-kerja sejarah saya menanti untuk diselesaikan.




Poser Cuba Menjawab

Menariknya, baru-baru ini seorang pembaca saya melaporkan bahawa Poser telah cuba repeat dengan cuba menjawab hujah saya dalam media sosialnya. 

Namun seperti biasa, perkara yang memang memalukan telah ditemui dalam hujah balasnya. Nak tau? Tunggu...


~Cik Seri 


8 comments:

  1. Haha belasah dia Cik Seri!

    ReplyDelete
  2. Semua salah faktanya. Nampak benar dia mengomen sebab marahkan Srikandi

    ReplyDelete
  3. Koyak habis haha jaga2 Cik Seri, dia nak mai angkut bawak lari Cik Seri jadi bini no. 2 hahaha

    ReplyDelete
  4. Nak ngurat tapi tak pandai.....

    ReplyDelete
  5. Bo layan je la cikgu, Orang banyak ilmu ni patutnya banyak jua lah adabnye....

    ReplyDelete
  6. Dia tak tahu pape sbenarnya, hanya cuba mengingat2 apa yg dibaca

    ReplyDelete
  7. Agaknya Poser tu Orang Kelante cik seri, Mat Kelante biasa lah bersifat macam tu..

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore