Sunday, October 22, 2017

Batu Bersurat Terengganu Bertulisan Kawi?




Baru-baru ini ada seorang pembaca telah mengadukan satu isu buta sejarah yang paling pelik tahun ini. Saya tanya siapa yang berpendapat macam tu? Pembaca itu beri hint "ala yang macam muka artis drama TV3 tu."

Oh rupa-rupanya yang jual buku-buku sejarah itu. Memang dia ada masalah dalam analisis sejarah dan hanya menghafal bibliografi sahaja dan selalu makihamun saya apabila tidak dapat menjawab hujah-hujah saya, tapi kes yang ini TERAMAT FATAL!




Adakah Batu Bersurat Terengganu Yang Bertulisan Kawi?



Seorang pengunjung lamannya telah menanyakan tentang Batu Bersurat Terengganu kepada dia yang "tulisan Jawinya agak asing dari Jawi Moden."

Namun jawapan darinya adalah : TULISAN KAWI DAN JAWA KUNO.

Penanya tadi menjawab :  Oh memang bukan ahli tak tahu baca la jawabnya...



Jawapan:

Batu bersurat Terengganu bertulisan Kawi? Ini adalah kesalahan yang amat fatal. Batu Bersurat Terengganu sudah diketahui umum dan disahkan bahawa bertulisan Jawi, yakni tulisan Jawi lama era abad ke-14. Tidak pernah ada mana-mana sarjana di dalam dan luarnegara menemui bahawa sebenarnya prasasti itu rupa-rupanya bertulisan Kawi. Sebagai tambahan, Batu Bersurat Terengganu juga diukir dalam bahasa Melayu Klasik bukan seluruhnya Jawa Kuno seperti yang didakwa. Perbezaan pendapat di antara sarjana sekalipun hanyalah dalam perkataan-perkataan tertentu yang dipengaruhi ciri linguistik yang serumpun atau kata pinjaman dari Sanskrit.


Batu Bersurat Terengganu bertulisan Jawi lama abad ke-14


Di atas adalah foto Batu Bersurat Terengganu yang bertulisan JAWI.




Prasasti Singhasari yang bertulisan Kawi abad ke-14. Klik untuk BESARKAN.


Manakala foto di atas ini adalah contoh prasasti yang bertulisan KAWI.

Berbeza bukan?



Apakah Beza Jawi Dan Kawi?


Memanglah ada beza, dan budak-budak sekolah rendah pun mungkin dapat membezakan yang mana Jawi dan yang mana tulisan asing macam Kawi. Jawi diadaptasi dari huruf Arab manakala Kawi berevolusi dari sistem tulisan Brahmi cabang Pallava.

Setakat ini tiada mana-mana pihak mahupun sarjana yang sanggup menjadi gila menyatakan bahawa tulisan pada Batu Bersurat Terengganu adalah bertulisan Kawi. Malah jika kita buka buku "Batu Bersurat Terengganu Betulkah Apa Yang Dibaca Selama Ini?" (tulisan Profesor Emiritus Ahmat Adam) pada mukasurat vii bertajuk "Catatan Mengenai Transliterasi" ada mengesahkan bahawa transliterasi adalah dari Jawi ke Rumi sistem Library of Congress. TIDAK ADA sedikit pun disebut tentang TULISAN KAWI.

Kemungkinan besar dia menyangka Kawi dan Jawi adalah sama dek kerana bunyinya mirip-mirip.


Kesimpulan

Sejarah tidak boleh disembang kencang tanpa ilmu kerana ia adalah satu disiplin ilmu yang memerlukan pembacaan meluas dan analisis yang jitu. Kita tidak boleh main petik-petik saja dari buku itu dan buku ini dan hasilnya adalah penulisan yang bercanggah antara satu sama lain dan akhirnya kita pun tak tahu apa yang kita tulis. Kerja-kerja seorang ahli sejarah yang 'true' adalah analisis sejarahnya dan bukannya kerja-kerja malas menghimpun pandangan-pandangan orang lain ke dalam satu buku dan menjual dengan harga yang mahal dengan kualiti kertas yang buruk dan persembahan buku yang lintang-pukang. 


~Srikandi















 

11 comments:

  1. ini parah ni, agaknya dia ingat jawi dan kawi ni tulisan dia serupa

    ReplyDelete
  2. BBT ni takkan dia tak tahu? Hahaha lawak tul menagis aku jadinya

    ReplyDelete
  3. Aku dah agak dah mamat ni lagi haha bagi aku dia ni takde specialnya, masih teraba-raba cari arah. Boleh dikatakan poser jugaklah

    ReplyDelete
  4. Semakin lama semakin merepek,camne la dia boleh dapat kerja kt arkib tuh

    ReplyDelete
  5. batu bersurat tengganu bahasa jawa? biar betul? tulisan kawi tu apebende

    ReplyDelete
  6. haha biar betul kitab sejarah merepek ni
    jawi pun tak kenal!!

    ReplyDelete
  7. Dia bukan ahli sejarah pun, penulis cabuk je. Copypaste buku2 lain tanpa kajian. Sebab tu bila Cik Sri berhujah dgn dia pakai buku yg dia tulis, dia maki Cik Sri sbg bangang dan macam2 lah. Aku dah tergelak masa baca status dia ari tu. Macam jilat ludah balik. Aku tak hairan Cik Sri makin usik2 dia ni sbb jadi bahan fans Cik Sri je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak paham,yang aku baca dulu cik seri pakai buku mamat ni kan untuk balas pembohongan mamat ni,tapi mamat ni makihamun cik seri kaw2

      Delete
    2. Ya, maksud aku macam tulah. Cik Sri pakai buku dia untuk counter semua dakwaan merapu dia pasal sejarah, alih2 dia maki Cik Sri bangang padahal pakai buku dia hahaha

      Nampak dia sendiri tak taktau apa yg dia tulis dan kutip. Bagi aku dia ni sekadar seorang kapitalis Melayu yang menunggang sejarah hehe

      Delete
  8. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore