Monday, October 31, 2011

Grahi Inscription,Kemboja






Salam,

Malam ni Cik Seri ngantuk sangat.Lepas makan oat tadi Cik Seri cergas balik.Baca majalah sekejap lepas tu mula menaip.Apa yang Cik Seri nak taip?Haa...ini dia Cik Seri nak bagitahu satu prasasti yang unik.Kenapa unik?Sebabnya ia ditemui di Thailand,namun ditulis dalam bahasa Khmer.Yang peliknya lagi ia bukan menceritakan tentang raja Siam atau Khmer,tetapi tentang raja Melayu!

Raja Melayu itu dikenalpasti oleh pakar sejarah Asia Tenggara sebagai raja pemerintah kerajaan Dharmasraya,sebuah hegemoni politik yang menguasai seluruh Sriwijaya selepas menakluk pusat pentadbiran terakhir Sriwijaya,menghalau sisa kuasa politik Chola dari Nusantara dan membuka kembali laluan perdagangan kapal-kapal dari seluruh dunia yang merentas Selat Melaka.

Kerajaan ini ada kaitan dengan penubuhan Majapahit,dengan sebahagian kerabat dirajanya adalah bangsawan dalam istana Majapahit.

Ini adalah isi yang terkandung dalam Prasasti Grahi:

... bahawa pada tahun Saka 1105 (1183), atas perintah Kamraten An Maharadja Srimat Trailokya raja Maulibhusanawarmadewa, hari ketiga bulan naik bulan Jyestha, hari Rabu, mahasenapati Gelanai yang memerintah Grahi menyuruh mraten Sri Nano membuat arca Budha. Beratnya 1 bhara 2 tula, dan nilai emasnya 10 tamlin.

-Slamet Muljana (Sriwijaya,2006)

(Nota: Ini adalah cara bacaan lama Coedes (1918), manakala dalam
Journal of The Greater India Society (1941) beliau menyebutnya sebagai 'Talanai'. Casparis juga menyebutnya begitu dan ini diikuti oleh US Epigraphy, sumber Kemboja dan lain-lain)



Ulasan:

Gelaran 'Kamraten' adalah gelaran raja Khmer namun nama raja itu,Srimat Trailokya raja Maulibhusanawarmadewa adalah nama raja Dharmasraya dari dinasti Mauli.Ini kerana ditemui gelaran akhir yang seakan sama iaitu 'Maulibhusanawarmadewa' pada nama raja Dharmasraya yang dipahat pada Prasasti Padang Roco di Sumatera.Nama raja yang tercatat pada Prasasti Padang Roco itu ialah Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa.

Bukti paling sahih tentang kerajaan Dharmasraya mewarisi takhta empayar Sriwijaya berserta bisnes perdagangan lautnya ialah dalam catatan pengembara China,Zhao Rugua ada menyebutkan wilayah empayar Dharmasraya ialah dari sebahagian Kemboja,Chaiya di selatan Thailand,semenanjung Tanah Melayu,Sumatera hingga ke Sunda.

Moral of the story,raja Melayu pada zaman dahulu pernah memerintah wilayah Kemboja,atau kawasan yang berpendudukan kaum-kaum Mon-Khmer.Prasasti raja Melayu dalam bahasa Khmer ini membuktikan perkara ini.Saya belum lagi memaparkan banyak lagi khazanah prasasti Angkor yang menyebutkan aktiviti raja-raja Melayu terutamanya Suryavarman I yang membina Preah Vihear itu.Sejarah Melayu memang mengasyikkan dan penuh misteri.

8 comments:

  1. salam cekgu...bile nak cite sejarah kemerdekaan malaya..kan cekgu dah janji..hehe

    ReplyDelete
  2. Gelanai? Macam Telanai je bunyi.... Gelaran pemerintah Terengganu dolu2. Correct me if wrong, tq
    Pembaca

    ReplyDelete
  3. Tun Telanai???

    ikut sejarah..

    1225 - Terengganu di bawah Palembang (Srivijaya), catatan Cina, Chao Ju Kua.

    1365 - Trg di bawah Majapahit, dicatat dlm Negarakartagama, tulisan Prapanca.

    abad 16 - trg di bwh Pattani D Salam

    1708 - bermula Trg di bwh keturunan Sultan skrg..

    - keturunan pemerintah Terengganu memang banyak berkait dgn kerajaan Johor-Riau..
    - dlm sjrh Jambi, abad 15 (1400sm-+) pun ada pemerintah nama Tun Telanai, yg dikatakan keturunan asalnya bukan dari Jambi @ Palembang tapi dari Brunei, borneo, srwk @ bugis..
    - dlm sejarah Bentan, juga sekitar 14sm, pun ada juga raja bernama Tun Telanai

    Jadi,

    - Dlm abad 13-14 dikatakan ada puteri Brunei yg kahwin dengan pemerintak Temasek.
    - Gelaran Tun bukanlah gelaran biasa org Sumatera, tapi biasanya org2 keturunan Bugis.
    - Keris2 lama Terengganu banyak yang ada ciri2 Keris2 Bugis..sebagaimana juga keris kebanggaan org pantai timur terutamanya Pattani, Keris Tajung dn bilah Pandai Saras. dikatakan Tok Saras nie dulunya adalah asal dari Jawa @ Bugis sebelum dtg ke Pattani.. menunjukkan ada hubungan yg kuat di antara utara dan selatan nusantara.

    kesimpulan saya, Tun Telanai adalah seorg pembesar dari salah satu kerajaan pecahan Srivijaya yg berpusat di bawah naungan Melaka yang ditempatkan mengawal selia wilayah pantai timur serta kepulauan sumatera.

    P/s : mungkinkah Tun Telanai Trg adalah TUN Telanai yg sama diceritakan di dlm Salatus Salatin, seorg rakyat kerajaan Melaka (pembesar) yang ditugaskan memantau hubungan antarabangsa antara Melaka, Siam (Patani), Brunei, melayu2 sumatera etc..tapi kwsn utama jagaan nya adalah Jambi..dikatakan Jenazahnya dikuburkan di kg halamannya di Siam, wallahuallam.

    sy tak pasti sjrh trg Tun Telanai bagaimana ceritanya???

    ReplyDelete
  4. Salam
    Saya ada terjumpa laman web menceritakan Batu Bersurat Gangga Negara (web catatan merah silu)dan Batu Bersurat Gunung Ledang (tak ingat web mana). Adakah Cik Seri mengetahui tentang kedua-dua Batu Bersurat ini benar atau tidak?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Tolong invite nk baca x boleh dlm mistisfiles.blogspot...... ni email sy matttenang@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Dalam catitan yang sama juga ada menyebut SAN FO TSI...merujuk pada SAN JA YA...kenapa pulak DARMASRAYA??? Konsepsi Sanjaya jauh lebih hebat dari Sriwijaya dan Darmasraya.

    ReplyDelete
  8. Apakah kaitannya Kerajaan Kandis dengan Kedah Kandis dan Kedah Jambi...Tamadun Kedah Tua (Sungai Batu) jauh lebih tua dari Kerajaan Kandis, begitu juga dengan Pahang Tua atau Kuantan...apa pula kaitannya dengan Kerajaan Kuantan Sengigi di Sumatera, yang nyata Kerajaan Pahang Tua juga lebih tua dari Kerajaan Kuantan Sengigi dan apa pula hubung-kaitnya Kerajaan Terengganu Tua dengan Kerajaan Terengganu Riau...Kerajaan Johor Lama dengan Johor Riau...Kerajaan Kelantan Siak dengan Kala Tana/Tana Kala atau Kelantan???

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore