Hai....salam semua!
Kali ni Cik Seri nak tunjuk satu prasasti yang penuh misteri dan teramat penting bagi para pengkaji sejarah Sailendra.Apa itu Sailendra?Sailendra ialah nama sebuah dinasti pemerintah paling berkuasa di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.Nama dinasti ini ditemui sejauh India,Kemboja dan Burma.Dinasti ini pernah menjalinkan tali perkahwinan dengan Sriwijayamala,sebuah dinasti pemerintah yang menubuhkan empayar maritim Sriwijaya yang terkenal itu.
Nama Sailendra ini begitu misteri dan agung sehingga para sejarahwan India dan Kemboja berebut-rebut mendakwa dinasti ini berasal dari negara mereka.Ini kerana diyakini ketika pemerintahan dinasti ini di bawah nama empayar Sriwijaya,Borobudur iaitu candi Buddha terbesar dunia telah dibangunkan.Prestij dan kemampuan dinasti ini mengendalikan perdagangan antarabangsa antara India dan China mengagumkan banyak pemerhati sejarah Asia Tenggara.Namun anehnya,tiada prasasti atau manuskrip yang menceritakan kisah atau keturunan Sailendra dalam bahasa mereka,kecuali dalam bahasa Melayu!
Ini dia Prasasti Sojomerto,yang mengandungi nama pengasas dinasti paling agung Asia Tenggara,Dapunta Sailendra dan nama keluarganya,ditulis dalam bahasa Melayu Kuno,bertulisan Kawi,yang ditemui di daerah Batang,Jawa Tengah,Indonesia:
- ... – ryayon çrî sata ...
- ... _ â kotî
- ... namah ççîvaya
- bhatâra parameçva
- ra sarvva daiva ku samvah hiya
- – mih inan –is-ânda dapû
- nta selendra namah santanû
- namânda bâpanda bhadravati
- namanda ayanda sampûla
- namanda vininda selendra namah
- mamâgappâsar lempewângih
Tafsiran dalam Bahasa Melayu Moden:
- Sembah kepada Siwa Bhatara Paramecwara dan semua dewa-dewa
- ... dari yang mulia Dapunta Selendra
- Santanu adalah nama bapaknya, Bhadrawati adalah nama ibunya, Sampula adalah nama bininya dari yang mulia Selendra.
Ulasan:
Sudah tentu apabila kita berpeluang menuliskan sesuatu yang penting tentang sejarah keluarga contohnya,maka kita akan menulis dengan penuh megah dalam bahasa kita sendiri,bagi menunjukkan tradisi keluarga zaman-berzaman.Pengasas dinasti ini,Dapunta Sailendra memang bijak kerana sempat memahatkan bukti terpenting ini pada batu bersurat.Maka dinasti ini adalah tulen dari sebuah keluarga Melayu.Gelaran 'dapunta' itu sendiri adalah tradisi raja-raja Melayu Purba,sebagaimana gelaran 'dapunta' pada Hiyang Jayanasa,maharaja Sriwijaya pada Prasasti Kedukan Bukit.
salam..
ReplyDeleteterima kasih Cik Seri
Doktor sejarah dah bg ubat
ramai yg kronik..yg nazak pn bleh tahan :D
.
.
Yg Benar
salam cekgu, saya keliru...budaya sailendra kah yang mempengaruhi india atau budaya india yang mempengaruhi asia tenggara...saya agak lost tamadun india yang terawal ke tamadun asia tenggara yang terpaling awal..he..terima kasih..doa cekgu terus menulis tentang berkaitan sejarah ni...setelah MF dah tutup ...terimakaseh
ReplyDeleteLega dpt makan ubat dah... selesema dekat 6 bln.. hihihi
ReplyDeletePrasasti Gandasuli juga berkaitan dengan kerajaan Sailendra
ReplyDelete