Salam dan selamat sejahtera!
Bertemu kembali bersama cikgu sejarah anda,Cik Seri yang lawa...(perasan nyer).Okla...hari ini Cik Seri nak bawa anda semua,peminat Cik Seri yang paling disayangi kepada satu prasasti tembaga yang amat penting.Penting lagi...kenapa penting?Sebabnya ini adalah prasasti tertua pernah dijumpai di Filipina.Prasasti ini ditemui pada tahun 1989 di Laguna de Bay di Manila (nama 'laguna' ini popular gak di sini,salah satunya kat Sungai Petani,Kedah).Prasasti ini ditulis dalam huruf Kawi dalam bahasa Melayu Kuno yang bercampur istilah Sanskrit,Jawa Kuno dan Tagalog Kuno.
Ini dia Laguna Copperplate,Filipina:
Swasti Shaka warsatita 822 Waisaka masa di(ng) jyotisa. Caturthi Krisnapaksa somawara sana tatkala Dayang Angkatan lawan dengan nya sanak barngaran si Bukah anak da dang Hwan Namwaran dibari waradana wi shuddhapattra ulih sang pamegat senapati di Tundun barja(di) dang Hwan Nayaka tuhan Pailah Jayadewa.
Di krama dang Hwan Namwaran dengan dang kayastha shuddha nu diparlappas hutang da walenda Kati 1 Suwarna 8 di hadapan dang Huwan Nayaka tuhan Puliran Kasumuran.
dang Hwan Nayaka tuhan Pailah barjadi ganashakti. Dang Hwan Nayaka tuhan Binwangan barjadi bishruta tathapi sadana sanak kapawaris ulih sang pamegat dewata [ba]rjadi sang pamegat Medang dari bhaktinda diparhulun sang pamegat.
Ya makanya sadanya anak cucu dang Hwan Namwaran shuddha ya kapawaris dihutang da dang Hwan Namwaran di sang pamegat 'Dewata'...
Ini grang syat syapanta ha pashkat ding ari kamudyan ada grang urang barujara welung lappas hutang da dang Hwa ...
Tafsiran dalam Bahasa Melayu Moden:
Swasti. Tahun Saka 822, bulan Waisakha, menurut tarikh. Hari keempat setelah bulan mati, Isnin. Di saat ini, Dayang Angkatan, dan saudaranya yang bernama si Bukah, anak-anak dari Sang Tuan Namwaran, diberikan sebuah dokumen pengampunan penuh dari Sang Pemegang Pimpinan di Tundun (Tondo sekarang), diwakili oleh Sang Tuan Nayaka dari Pailah (Pila sekarang), Jayadewa.
Atas perintahnya, secara tertulis, Sang Tuan Namwaran telah dimaafkan sepenuhnya dan dibebaskan dari hutang-hutangnya sebanyak satu Katî dan lapan Suwarna di hadapan Sang Tuan Puliran Kasumuran di bawah petunjuk dari Sang Tuan Nayaka di Pailah.
Oleh kerana kesetiaannya dalam berbakti, Sang Tuan (Yang Terhormat) yang termasyhur dari Binwangan mengakui semua kerabat Namwaran yang masih hidup, yang telah didakwa oleh Sang Penguasa Dewata, yang diwakili oleh Sang Penguasa Medang.
Ya, oleh sebab itu seluruh anak cucu Sang Tuan Namwaran sudah dimaafkan dari segala hutang Sang Tuan Namwaran kepada Sang penguasa Dewata.
(Pernyataan) ini, dengan demikian, menjelaskan kepada siapa pun setelahnya, bahawa jika di masa depan ada orang yang mengatakan belum bebas hutangnya Sang Tuan ...
Ulasan:
Prasasti ini mengandungi pengakuan perlepasan hutang.Prasasti ini menarik kerana pertamanya,ia mengaitkan masa lalu Filipina dengan kerajaan-kerajaan besar Nusantara seperti Sriwijaya dan Mataram Kuno (Medang).Ia juga memberitahu kita bahawa Bahasa Melayu adalah lingua franca Asia Tenggara.Ia juga memberitahu kita asal-usul penduduk Filipina sebelum kedatangan Sepanyol.
Have a nice day!
*Laman terbaru M.O:Koleksi Jigsclue.Ini linknya:
http://jigsclues.blogspot.com/
Sementara MF tutup,bolehlah ulangkaji sikit dan mengubat rindu pada tulisan beliau.
terbaekkkk...
ReplyDeleteterima kasih cikgu lawa.
nnt jgn lupe sambung lagi
salam cekgu..bilanye nak cite tentang sejarah kemerdekaan malaya ni..kan dah janji aritu...sakit ni sgt sakit..
ReplyDeleteArtikel paling pendek. Cik Seri dah pecah rekod.
ReplyDeleteoh cikgu lawa.. nape blog mistisfile xleh bukak?
ReplyDeleteSalam Cik Serikandi
ReplyDeleteBagus betul blog ni, satu pembongkaran kapsul masa yang membongkarkan segala-galanya.
Satu pembongkaran tentang keagungan Bahasa Melayu yang menjadi lingua franca Asia Tenggara.
Semoga Cik Seri terus ceria menghadapai hari hari mendatang dan terus menulis sejarah tentang keagungan bangsa dan bahasa melayu
ape kate cik sri tampilkan secebis gambar raut wajah cik sri yg ayu tu..
ReplyDeletejanganlah syok sendiri..baru lah interaksi mudah dimengerti..jodoh dtg sendiri..
pape hal pun informasi yg terbaik..harap diteruskn..
Terima kasih semua ya datang baca.
ReplyDeleteAda ke cikgu janji nak cerita pasal kemerdekaan Malaya?Rasanya takde pula.Lagipun cikgu gemar fokus pada sejarah Melayu sebelum era kedatangan kuasa Eropah.Era penjajahan dan kemerdekaan banyak dicerita dalam buku teks.
Tapi takpe kalau Erol sakit di sini ada ubatnya.
:D
MF ditutup sehingga diberitahu kelak.Tak tahu bila,M.O kata pertengahan tahun depan.
~cikgulawa
Tak sabar nk tunggu prasasti dan batu bersurat yang lain lain tu...
ReplyDeleteassalam, cik seri nak tny, ada kaitan ke antara raja matahari dan iskandar zulkarnain?
ReplyDeletesang mata hari2 mau
saya peminat penulisan kamu http://mistisfiles.blogspot.com/ ..
ReplyDeletemaaf ya, hmm perlu invitation kah?bagaimana ye?=] :(
artdeep1
http://art-deep.blogspot.com/
bosanye mistifiles dah xde..nak tau cter ratu hati..raja matahari..punt.
ReplyDelete-fais-
assalamualaikum..
ReplyDeleteCik Sri..mcm mana nak hantar email kat cik sri ..???
ntah cikgu lawa ni.. citer la skit teori before century.. tu mmg cikgu ada janji! :p xnak sebut matahari or punt ke.. pndai2 la cikgu lawa kene citer! ni kunun2 inteligent mesia punye psal la ni,, cikgu leh citer secara santai mcm dogengan so org gomen tu xleh tuduh pembongkaran cikgu.. tlg la cikgu.. nk tau sgt sape nenek moyang salendra n dapunta
ReplyDeletesalam
ReplyDeletekiter org tgh tunggu ATBM v4.. agak2 biler ekk leh bacer :)
Azri
Salam Cikgu yg 'lawa'.
ReplyDeletesejak2 akhir2 bahasanya berubah sikit ya.
hee..
tak mengapa.. mungkin ini yang dipanggil .. tanda usia 'meningkat'. err... (mgnkn kut)
usia semangkin meningkat maka perwatakan walaupn dinafikan tidak berubah tetapi hakikatnya ada perubahan dlm dirimu.
^_^
uit uit.. jgn dilayankan perasaan itu nnt tidak boleh fokus pada matlamat. hati2 ya.
hee
Assalamualaikum wbt
-
Dengan ucapan salam hamba mula bicara,terima kasih hamba ucapkan kepada tuan hamba kerana telah mencerah kan persepsi hamba yang kekurangan banyak maklumat ini,hamba harapkan semoga diteruskan lagi.
ReplyDeleteyeah..ade update baru..bile nk kaji sejarah salasilah keluarga,jumpe kt sejarah riau nama kerajaan dhamasraya,kerajaan pagar ruyung,kerajaan inderapura..ape semua nie?arghh..makin sakit otak di buatnye..tlg la huraikan wahai budayawati cik serikandi..
ReplyDeleteAssalam alaikum
ReplyDeletedan selamat hari raya Idul Adha cik.seri.kandi. SriKandiNagara
saya memerlukan invitation dari seri ntuk memasuki blog kegemaran saya Mistisfiles yg saya kunjungi dari awal kemunculannya 2009 lagi..
kalau tidak, saya akan terminate broadband saya. dah 3 tahun saya melabur(broadband)semata2 mistisfiles. huhu:D
semoga mendapat perhatian pihak CikSeri adapun MO.
sekian dari saya.
semoga Seri sentiasa dilindungi Allah dr segala perkara yang tidak baik.
salam semua...
ReplyDeletecik seri,saya ada info nak berkongsi dengan cik seri & berharap kiranya cik boleh memberi ulasan sedikit..
ia berkenaan tentang sebuah filem yang bakal ditayangkan kemungkinan awal tahun depan keluaran negara china hasil arahan pengarah terkenal john woo yang selalu buat filem aksi itu..
yang menariknya,filem itu tentang puak puak suku asli yang berada di taiwan pada masa penjajahan jepun ke atas pulau itu & negara china dahulu..
tetapi apa yang memusykil & mendatangkan perasaan ingin tahu saya, puak puak asli berkenaan bukan macam orang berketurunan cina,jauh sekali berketurunan han..
mereka lebih kepada macam orang asli di semenanjung,tetapi pemakaian mereka mirip bangsa mon atau sedikit khmer,tetapi macam bercampur dengan red indian.malah bahasa yang mereka gunakan pun amat mirip bahasa melayu lama pertuturan orang asli semenanjung..
senjata yang mereka gunakan pun banyak kepada golok atau parang pendek,tidak banyak pedang atau parang panjang.sedikit busur & sudah menggunakan senjata api..
apa pendapat cik seri..??
~k'rock~
Yup,K'rock...
ReplyDeletePenduduk asli Taiwan ialah suku-suku Melayu purba.Mereka memang beribu tahun di sana macam kita di sini.Penduduk asli Taiwan setaraf dengan puak Ainu kat Jepun.Boleh baca artikel Ibnu Rusydi yang menarik pasal kaum asli Taiwan ni bilamana seorang pelancong Malaysia keturunan Cina melawat Taiwan,dia disambut dengan ucapan 'Selamat Pagi'.
Bila ditegur tak perlulah memberi ucapan dalam bahasa Malaysia (bahasa Melayu) hanya kerana dia datang dari Malaysia,wanita suku asli Taiwan itu mengatakan itu memang bahasa mereka!Menarik tau,mungkin saudara K'rock dah baca:
http://ibnurusydi.blogspot.com
/2009/09/bahasa-melayu-di-taiwan.html
ja...
ReplyDeletegross werk...
gross stein...
wunderbar...
melayu itu ada di mana2 pun...
tanda2 melayu... di mana2 saja
so, kat russia, eropah, kat arab,kat afrika mesti ada tanda2 kewujudan org2 melayu...
benua amerika ???.....
tapi apa yg lebih penting adalah melayu yg PANDAI JAGA agama islam nya, jati diri nya, perpaduan nya, pertahanan nya, tanah dan kawasan nya...
MESTI !!!
WAJIB !!!
survivor series nya.....
vielen leute
veilen mann
malaisch ist die fuhrer...
der soldaten...
weissmann....
fur die vaterland
fur der welt.....
fur Gott
fur islam..........................
HEILL !!!
kampfer
==yeop==
--> Hadiah utk Cik Sri dikala boring
ReplyDeletekita claim semua benua ada org melayu.. red indian, org asli taiwan, org afrika, org asli australia, org kuno mesir, hatta org eskimo pun kita mo claim melayu.. tapi yg peliknya, org jawa, minang, bajau, bugis, suluk, dll kita buang melayunya.. pelik2..
ReplyDeleteBulan bin Tang
Salam kalian semua dan juga CikSeri,
ReplyDeleteMalaysia telah diterima sebagai Ahli WHC dibawah Pertubuhan UNESCO dibawah PBB.
Tahniah Malaysia!
Semoga dengan ini para ahli pengkaji sejarah (terutama Srikandi) dapat membawa pulang kembali khazanah-khazanah milik nenek-moyang orang Melayu yang bertebaran di serata dunia serta segala khazanah yang telah dibawa lari oleh para penjajah keparat.
wassalam.
kenapa berhenti .... teruskanlah ada banyak koleksi tulisan lama.
ReplyDeleteAlo..cekgu..buku teks tak best le cite sejarahnye....mcm tak lengkap dan byk yang tak berape jelas n byk menimbulkan tandatanya..ooo tak janji ye ..kalu gitu saya memohon lai sekali cekgu cite juga le ye...boleh kot...doa cekgu terus berceloteh...dapat ilmu sejarah di sini...terimekaseh...lai satu..nak tanya cekgu kat semanjung tanah melayu ni takdak ye candi besejarah mcm borubudur tu ye...
ReplyDeletesalam cik seri, beberapa tahun dulu atok saya ader terjumpe serpihan batu yang kelihatan pelik mcm ade tulisn yg sukr dirungkaikan...ada 2 jenis batu yang pertama bentuk batu macm binaan sebuah bangunan...yg kedua pula senang dilihat sebab tulisn die terdpt ukiran kalimah Allah...dijumpai dlm sungai, sebuah hutan di hulu besut, trg.
ReplyDeleteSalam Srikandi.
ReplyDeleteBoleh tak Srikandi elobrate kan atau selidik asal usul dan pengertian frasa lagu pantun rakyat Melayu dulu - dulu yang kalau tak silap bunyi seperti ini :
"Jong - Jong Inai Pak Ipong Rajawali",
"Sepak Tunggul Inai Berdarah Ibu Kaki"
Apa yang saya tahu "Jong" itu adalah bahtera, perahu, kapal laut...
...dan Rajawali adalah satu nama watak yang terdapat dalam Hikayat Merong Mahawangsa...
Diharap Srikandi dapat membongkar frasa - frasa ini...
Pengetahuan dan perhatian Srikandi amat dihargai...
salam semua..
ReplyDeleteterima kasih banyak banyak atas perkongsian tersebut cik seri..terus terang saya katakan,memang saya terlepas pandang akan blog en.ibnu rusydi tersebut..
terima kasih sekali lagi..
kepada saudara bulan b. tang,bukan kita yang membuang melayunya suku suku yang saudara katakan itu,tetapi mereka sendiri memilih untuk tidak mengaku sedemikian rupa..
bagi rakyat indo melayu hanya ada di sumatera dan semenanjung malaysia sahaja..
percaya lah kata saya,kerana saya sendiri pernah berada di pulau jawa dan sumatera agak lama atas urusan kerja,dan itu lah realiti yang saya lihat..
sebenarnya masalah kekaburan identiti bangsa di indo adalah amat amat parah,berbanding negara kita.sejarah bangsa mereka terlalu mudah untuk dibeli...
~k'rock~
Cuba cari2 kat tanah Sulawesi, manalah tau jumpa prasasti2 yg lebih kukuh...
ReplyDeletesape sangka "resit" lepas hutang boleh jadi artifak sejarah yg sangat2 penting...
ReplyDeleteAssalam. Selama 6 bulan tahun ini saya telah membuat kajian atas kaitan Nabi Sulaiman a.s. dgn Raja Merong dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Kajian saya akhirnya menemukan pula asal-usul org Melayu. Gelombang pertama, 5 ribu thn dahulu digelar Rakhshasa di India, Rakhine di Myanmar dan 'gergasi' dlm Hikayat Merong Mahawangsa. Gelombang kedua, 3 ribu tahun dahulu iaitu di zaman Raja Merong Mahawangsa dan Nabi Sulaiman a.s.. Sudi-sudilah membaca blog saya hmm-asal.blogspot.com
ReplyDeletePencarian saya bermula dari pos 'Mengapa Hikayat Merong Mahawangsa asal perlu didedahkan' hingga pos terakhir 'HMM- senjata dakwah difitnah penjajah'
Selamat membaca.
haha...cik srikandi nh...kat MO lain gaya penulisan dia sini lain plak..klakor plak kat sini..ekeke
ReplyDeletetp syok baca..lama dah follow srikandi kat MO..
mcm mana Srikandi baca tulisan2 lama tue?ada cara kah?ajor ler sket... :D
Cik Srikandi... kenapa guna cogankata..'alang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'.. kenapa tidak guna cogan kata..'genggam bara api biar sampai jadi arang...'?.., jika kita bandingkan antara dua peri bahasa di atas, cuba kita kupas setiap perkataan, contoh: pekasam - masam - dendam, marah, dll sedangkan bara api itu - merah, panas, tenaga, semangat.., walau pun mula nya sakit, namun akhirnya demi kecekalan memegang nya ianya akhirnya menjadi satu bahan yang neutral iaitu arang.. sejuk, nyaman,menenangkan.... he.. he.. he.. sekadar bertanya, ini posting saya yang kedua, yang pertama di jigclue...sebentar tadi... cerita pasal galaxy... maaf tak bagi salam... terussss masuk...guna anon pula, ..
ReplyDeleteAssalamualaikum...Satu pertanyaan buat M.O...Kenapa Blog M.F perlu ditutup?? kenapa x sambung je kat situ?? adakah sebab M.O baru tersedar bahawa terdapat sihir yahudi dan jin-jin yahudi yang sudah menyihir umat-umat Islam melalui blog M.F??
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKalian semua, persiapkanlah diri kamu semua demi untuk menyatakan bahawa kalian tergolong dari kalangan orang-orang yang benar dan orang-orang yang menegakkan kebenaran Ilahi. Rasulullah Nabi Muhammad saw. telah berpesan kepada kalian semua akan tiba hari-hari yang sememangnya telah berlaku keadaannya yang mana kalian semua boleh melihat akan keadaannya dengan mata kepala kalian semua. telah berlaku gempar-gempa keatas bumi ini dalam waktu yang berpanjangan dan berterusan. telah berlaku juga akan apa yang telah diSabdakan oleh Nabi yang Ummi yang mana keterangan telah ada didalam kitab Taurat dan Injil. denganNya jua datang keterangan yang jelas terang lagi nyata akan kebenaran Allah Azza Wajalla yang mana telah disempurnakan bagiNya agama yang telah disempurnakan oleh Allah swt. Dia Nabi yang mendapat tingkatan Ulul Azmi, yang juga Maksum, yang juga Penghulu segala Nabi. Segala puji bagi Allah yang sentiasa memberikan salam kepada Nabi Muhammad saw.
ReplyDeletePersiapkanlah diri kalian semua, dan sampai-menyampaikanlah apa yang benar semata-mata. jangan diperbesarkan akan apa yang kecil, dan jangan pula memandang ringan akan apa yang besar. kelak demi sesungguhnya akan kalian semua dipertanggungjawabkan dihadapan Allah Azza Wajalla akan apa yang telah kalian perlakukan keatas diri kalian serta kepada yang lain.
semoga akan berjayalah sekalian Umat Muhammad saw, demi rintihanNya tatkala ingin meninggalkan dunia...bersatulah kalian semua dan berjuanglah mempertegakkan kebenaran Ilahi.
sampai disini sahajalah daku berkata-kata kerana Ilahi, dan demi sesungguhnya telah daku menyampaikan apa yang menjadi hak kalian semua yang berada disini.
Ingatlah kalian semua, demi sesungguhnya kaum yang kafir ingkar itu tidak akan senang dengan kalian semua, senantiasa akan memecah-belahkan kalian semua dari cahaya kebenaran, dan akan senantiasa memusuhi kebenaran Ilahi. nyatakan niat kalian bilamana telah kalian semua bersedia diri.
akan tiba waktu Islam itu akan diterima tanpa apa-apa bilamana telah nyata akan keserdahanaannya. yang demikian akan aman seketika, akan tiba pula waktu berangkara, tiba pula aman sentosa, sebelum tiba musnah segala.
SEMOGA SELAMATLAH UMAT MELAYU DAN UMAT ISLAM SERTA SEKALIAN UMMAH YANG INGIN BERSATU ATAS NAMA INSANI DARI KALANGAN BANI ADAM SEHINGGA KE HARI KIAMAT.
LillahiTa'ala.
demi sesungguhnya daku hanyalah adalah hambaNya, dari anak-anak hambaNya.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tahniah atas artikel yang menarik ni.. Semoga Cik Seri akan terus sukses..
ReplyDeleteasssalamualaikum....
ReplyDeletedah lama tak jenguk laman srikandi..
ingatkan berehat jugak..
apepun all the best
...
(apsl pendek no artikel ni...)
Syukur bangsa Melayu Purba diatas anugerah ketamadunannya yang mesra alam, dibina seluruh bangunan dan gerbang termasuk segala ukiran-ukiran bertulis, hanya pada bahan yang dinamakan KAYU. Kayu menjadi makanan dan perumah bagi anai-anai yang sesuai hidup di iklim khatulistiwa. Justeru itu semua binaa-binaan hebat, segala penulisan, ukiran dan maksud-maksud terpahat pada kayu kayan, akhirnya mereput dan dimamah anai-anai. Natijahnya, biarlah yang barang yang berlalu itu tidak memenuhi kepadatan muka bumi dewasa ini.
ReplyDeletewow..
ReplyDeletesoalan berkaitan Jong2 Inai mak ipong Rajawali tu sangat menarik.. aper cerita yer
yang kedua berkenaan artifak jumpa di besut tu.. apakata bawa ke muzium megeri terengganu..mudah nak decoded dan senang utk semua org lihat..lagipun utk pengetahuan sehingga dari sekarang hingga 31/12/2011 ni Muzium Negeri Terengganu sedang buat pameran Arkeologi..
assalamualaikum warahmatullah..
ReplyDeletesaya salah seorang peminat blog mistisfiles dan dua-dua blog cik seri. baru-baru ni saya tak boleh akses, jadi mohon jasa baik cik seri agar saya di'invite' ke blog cik seri. ini emel saya, zoey115155@gmail.com. terima kasih
Salam semua pembaca,
ReplyDeleteMaafkan saya,kerana dalam pertengahan bulan ini semua laman di bawah Mistis Organization akan di 'shutdown'.
Terima kasih kerana hantar emel,kesian anda semua,saya tak boleh buat apa-apa.Insya Allah tahun depan mungkin akan dibuka semula.
Ikhlas dari,
~Srikandi
salam..
ReplyDeletealahai..dah la information ni rare
lg plak cikgulawa nk tutup.
bukan matlamat asal nk sedarkn bangsa ke?
biarkan saje medium ni..walau xnk update artikel..tolong laa..xmo shutown.
blog riwayatmelayu pn jgn la diapa2kan..
cikgulawa makin lawa kalau x shutdown.
terima kasih..
.
.
"̮
Cikgulawa kena tutup sebab hari-hari tengok muka cikgu nanti anda semua bosan.Jadi Cikgulawa tutup la kejap bagi anda semua rindukan cikgu...
ReplyDelete:)
Takde lah...gurau je.Yang tutup bukan cikgu,tapi M.O.Ini pun buka sebab cikgu dah propose kat beliau nak buka sekejap.
Ikhlas dari,
~cikgulawasejarah
I've sent you an email with a new email account. please check it in boxbe wait list if you did not receive it.
ReplyDeletesubject: for Srikandi eye only.
my old one, jeopardize.
thanks. _ampuzzler.
as salam cik serikandi
ReplyDeletenak tanya sikit ni..
apakah bahan2 dan sumber2 rujukan terbaik untuk mengkaji sejarah KEDAH
tq
CikSeri, ada email baru buat kamu. sila baca akan ia.
ReplyDeleteterima kasih.
"hidup berkenala di negeri orang, menumpang kasih pada yang ada di negeri sendiri, hujan dan panas silih berganti, disangka hujan rupanya ribut yang menanti, kendati air mata darah bukanlah pengubat hati, tidak sehingga bangkit berjati-diri nusa yang berbakti untuk pertiwi, hanyasa kerana Ilahi"
_aa.
Buat sesiapa yang bertanya ,
ReplyDeletePantun jong2 inai tu pantun orang terengganu .
Jong - jong inai mak ipong raja wali ... ipong adalah loghat terengganu membawa maksud himpun .
pantun tersebut merupakan pantun amaran kepada anasir2 jahat seperti golongan penjajah supaya tidak membuat kacau di negeri tersebut . Jika mereka buat kacau segala raja segala wali akan dihimpun bagi melawan dan membinasakan mereka .
Cuba membuat kacau di sana di anggap sebagai menyepak tunggul inai atau peribahasa melayu yang seerti dengannya seperti sarang tebuan jangan dijolok .
Kalau sarang tebuan dijolok atau tunggul inai di sepak , tentulah buruk padahnya .
Gabungan raja dan wali Allah berlaku semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin di Terengganu . Pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin , Tokku Paloh sering dilantik oleh sultan untuk berunding dengan pihak british dan dengan bantuan Allah S.W.T , pada zaman tersebut bukan sahaja pihak british tidak dapat menjajah negeri terengganu , bahkan untuk kapal mereka menghampiri pesisiran pantai terengganu pon tidak berjaya kerana akan berlakunya ribut dan taufan .
Begitulah karamah yang Allah kurniakan kepada Walinya yang mulia serta keberkatan negeri yang diperintah oleh seorang raja yang alim lagi adil dan memandang mulia kepada golongan alim ulama .
Mengikut cerita orang2 tua , pernah satu ketika , dengan izin Allah , kapal askar british menjadi senget dan hampir tenggelam apabila tokku paloh sengetkan serbannya semasa berunding dengan pihak british .
Wallahua'lam
Insan
saudara Insan, dari keturunan ataupun dari anak berguru dari to'ku paloh kah kamu?
ReplyDeletesaya sekadar bertanya. tahu akan perihal to'ku paloh dengan sahabat seguru beliau seperti to' khamis / to' pulau manis?
boleh kita susur serba sedikit..
wassalam.
_aa.
add saya myglobalmind@gmail.com
ReplyDeletesalam cik sri ...
ReplyDeleteselamat menjelma kembali ...
teruskan perjuanganmu dengan sokongan pembacamu ...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerbaekk !!
ReplyDeleteSalam Cik Seri..
ReplyDeletebila baca hasil tulisan Cik Seri tentang sejarah Melayu, rasa teruja sangat. Pastu bila tengok perkataan2 dulu2 mmg terfikir, mcm mana bahasa Melayu boleh "evolve" jadi macam skrg ye?
Teringat saya pada novel RAM, Hijab Sang Pencinta. Laksamana Sunan tak paham bahasa Melayu kita bila dia "tercampak" ke abad 21. hehe...
Oh ye Cik Seri, Laksamana Sunan dlm karya RAM tu mmg betul2 wujud ke ye? ;P Harap Cik Seri dapat kupas... heeehehee
teruskan menulis cik seri.. sejarah bangsa Melayu memang cukup misteri.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSejujurnya.. bahasa Melayu yg diguna pakai oleh Diraja dan kalangan bangsawan adalah bahasa melayu yg di pakai oleh penduduk indonesia setakat ini. Sebagaimana halnya anda datang bertemu orang baru. tentu anda akan menggunakan bahasa melayu dengan dialek yang betul dan sopan.
ReplyDeleteSeperti itulah bahasa yang di pakai oleh para diraja, bangsawan, pedagang bahkan utusan raja melayu pada masa ekspansi/perluasa wilayah kuasa juga perdagangan keseluruh wilayah yang kita sebut Nusantara. Jadi, bahasa melayu kalangan diraja lah yg diguna pakai oleh penduduk diwilayah Jawa, Kalimantan,Sulawesi bahkan Sulu. Tapi tidak di sumtra.Karena hampir keseluruhan orang melayu di summatra (Melayu Deli(sumatra utara)/Melayu Siak(provinsi Riau)termasuk Batam dan Bintan/Melayu Jambi(provinsi jambi)/melayu bengkulu (provinsi Bengkulu)termasuk bangka belitung/Melayu Palembang(provinsi bengkulu)/Melayu Lampung(prvnsi Lampung. Berbeda dengan Melayu Minang/Melayu Acheh yang memiliki dialek Melayu yang khas tersendiri sebagai mana Melayu negeri9/Melayu Kelantan/Melayu terengganu.
Bahasa Melayu murni orang lampung sebetulnya hampir serupa dengan bahasa penduduk terengganu. tapi pemakai bahsa asal ini hanya tinggal segelintir sahaja.
Dan perlu di ingat..penduduk Melayu Sumatra daripada utara Acheh
sehingga selatan Lampung dalah dipastikan beragama islam.
Melayu adalah Islam di sumatra. Sama dengan Melayu di semenanjung daripada utara Perlis sehingga selatan Johor.
Dan lagi perlu diingat. Pusat Kerajaan Melayu terbesar SRIWIJAYA adalah berpusat di kawasan sungai MUSI PALEMBANG SUMATRA. Pangkalan Pemerintahan Sriwijaya selain berpusat di palembang, juga ada di Sungai Batang Hari di Jambi serta di Pahang(Malaysia).
Jikalau Bahasa Melayu Menjadi Bahasa Lingua Franca di seluruh wilayah Nusantara yg disebarkan pada masa Kerajaan Sriwijaya, maka dapat difahami wilayah Melayu manakah yang berperan besar dalam penyebaran Bahasa melayu ke seantero Nusantara ini...Melayu Semenanjung atau Melayu Sumatra...???
Hati yang ikhlas dan jujur tentu dapat menyatakannya.
Sekian dan terima kasih
Salam cik seri. Nape xleh akses mistisfiles? Leh invite saya x? lg satu, cik seri ada join x g kat palekbang, tumpat,kelantan. Dengar cite ada penemuan terowong bawah tanah seluas 3 padang bola dan sejauh 100 batu. Pihak bomba tengah sedut keluar air dr terowong tu skang. Ada pakar sejarah dah g sana. Xpasti samada kubu askar jepun atau kubu purba kota kubang labu.
ReplyDeletemakin bi baca sejarah 2 melayu mmg makin nampak saling kait antara satu kerajaan..btoi kata puan seri srikandi ni makin di kaji makin misteri dan makin menarik puzzle makin bercantum .. truskan usaha...
ReplyDelete* camne nk joint mistifiles tu ek..
terbaik la puan seri ..makin di baca makin tercantum puzzle ni.. dan makin misteri + seronok plak..
ReplyDelete3 cane nk joint mistifiles tu ek ..mmg minat sgt nk joint..
Assalaamualaikum cik seri. rindu pada mistisfiles agak berat rasanya, mujur cik seri buka ruang ke jigsclues.tapi nampaknya kena minta izin untuk masuk.jadi saya dengan rendah hati minta cik seri berikan laluan jika tak keberatan.azlansaibi5@gmail.com.
ReplyDeletesalam cik seri.. saya pembaca tegar ruang mistisfiles.. tapi sekarang hanya untuk pembaca invited saja.. saya biasa guna nick joe labu.. saya mohon untuk laluan.. ini emel saya.. mfbo78@gmail.com tq byk..
ReplyDeletekemaih dah...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSaya telah membaca isipati catatan Cik Seri. Syukur, saya menemui intisarinya. Bahawa Melayu adalah bangsa besar dan unik. Bangsa ini sebaik-baik ciptaan Allah SWT kerana mereka mendapat hidayat, memelihara hukum dan perintahNya. Saya adalah saksi hidup untuk layak melontarkan kalimat ini kerana saya telah membuat perjalanan yang panjang dengan izinNya. Selama lebih 20 tahun saya merantau seluruh Indonesia hingga Thailand, Kemboja dan Filipina. Alllah SWT telah makbulkan doa saya sebelum melangkah ' Ya Allah, berkatilah perjalananku. Temukan daku dengan orang-orang yang soleh dan yang Dikau beri hikmah. Tutuplah pandangan mataku akan keburukan mereka serta peliharalah daku'Alhamdulillah saya dipertunjukkan bermacam-macam kesaktian, kehebatan dan rahasia2 ummat Melayu. Dan saya yakin ummat inilah yang akan bangkit cemerlang tidak lama lagi...wasssalam
Salam cik seri srikandi...masih adakah anda sekarang...mungkin masanya dah tiba untuk kemali bersama-sama mistisfile...sesungguhnya perjalanan yang dilalui masih lagi panjang...one of your followers since 2009...sekarang terasa seperti kembali semula...mungkinkah mistisfile jugak akan kembali? kerna perancangan iluminati tak pernah ada asa terhadap melayu islam...
ReplyDeleteSerikandi dah hilang lama...
ReplyDelete