Ada satu sindrom di kalangan sesetengah (bukan semua) orang Melayu (baca: mengaku Melayu) yang berdarah campuran atau istilah lainnya 'mix'.
Berdarah campuran ini istilah klasik dia ialah keturunan peranakan. Asalnya dicantum pada perkataan lain untuk membentuk frasa seperti :
1) Peranakan India
2) Peranakan Cina
dan sebagainya.
Sama ada anda berdarah campuran atau pure sesuatu bangsa, itu bukanlah masalah besar, dan anda boleh teruskan hidup seperti biasa dengan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Namun, masalah timbul apabila ada orang yang berdarah mix ini tiba-tiba menjadi gila isim lantas memaksa orang lain yang bukan berdarah campuran atau peranakan pasrah mengaku bahawa mereka juga berdarah mix dan tiada siapa yang berdarah asli, contohnya berdarah pure Melayu.
Dalam konteks bangsa Melayu, terdapat 3 kategori darah keturunan yang umum :
1) Melayu Asli : Orang Melayu yang tidak ada percampuran atau tidak dapat dikesan bercampur darah keturunannya dari mana-mana suku Austronesia lain apatah lagi bangsa-bangsa lain yang bukan serumpun dengannya. Termasuk dalam kategori ini ialah Orang Kedah pedalaman, Orang Kelantan pedalaman, Orang Perak (terutama Perak Tengah dan Lembah Sungai Perak) dan termasuk Orang Laut, Jakun dan Melayu Aborigine yang lain ( Proto Melayu). Salah satu tanda keaslian mereka ialah dialek khas mereka yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana suku atau kaum lain.
2) Melayu keturunan serumpun/nusantara : Orang Melayu yang berdarah campuran suku-suku Nusantara. Sebagai contoh Orang Melayu keturunan Jawa, Orang Melayu keturunan Bugis, Orang Melayu keturunan Rawa dan sebagainya.
3) Melayu peranakan : Orang Melayu berdarah campuran bangsa-bangsa lain yang tidak serumpun sebagai contoh orang India dan Cina.
Tambahan: Untuk peranakan bangsa-bangsa Barat ('orang putih') trend sekarang gemar melabelkan sebagai 'pan asian' atau 'mix'.
Sebenarnya, jika kita luas perjalanan maka luaslah pengalaman. Jika kita duduk di dalam mangkuk megi kita sahaja, kita tidak akan nampak kepelbagaian bangsa-bangsa dan keunikan bangsa-bangsa itu.
Isu ini timbul kadang-kadang di sepanjang karier saya seperti contoh kes ini:
Pembaca di atas mempertikaikan kajian sekumpulan saintis yang mengesahkan bahawa MAJORITI ORANG MELAYU berasal dari sebuah kawasan geografi yang dipanggil PENTAS SUNDA yang wujud sebelum Zaman Ais berakhir kira-kira 15,000 hingga 7,000 tahun lalu. Ini bermaksud, induk Melayu telah berada lama lebih 15,000 tahun lalu di Asia Tenggara. Adakah kajian ini dibuat oleh profesor-profesor Melayu Malaysia? Oh tidak, jika diajukan begini sudah tentu akan mencebik bibir mengejek-ngejek. Kajian ini dibuat oleh pakar-pakar dari seluruh dunia, majoritinya orang putih yang biasanya disanjung-sanjung bagaikan dewa-dewi yang sempurna ilmunya. Ini link kajian mereka (ingat saya penglipurlara dok muhong?) :
(http://
(https://
Oleh kerana semua teori saya sebelum ini tentang asal-usul Orang Melayu telah menjadi saintifik dengan munculnya kajian ini maka apabila pembaca ini menyatakan bahawa Orang Melayu bukan penduduk asal sini tetapi Orang Asli maka saya ajukan kajian genetik ini dan dia mula bungkam!
Kemudian merepek-repek minta 'genetic marker' bagai, padahal dalam kajian itu lengkap semua genetic marker, mtDNA, analisis arkeogenetik dan sebagainya. Nampak sangat malas nak baca atau takut nak baca sebab kajian tu akan musnahkan semua tahyul-tahyul yang disayang-sayang dibelai-belai selama ini di dalam kepala otaknya.
Kemudian dia mengaku berdarah mix dan percaya semua Melayu tiada yang asli dan semua berdarah campur dari ntah mana-mana. Saya nyatakan, kajian ini melibatkan genetik dan genetik ini tidak boleh ditipu-tipu dan ditahyul-tahyul. Memang fakta bahawa genetik Melayu telah berada lama sebelum Zaman Ais berakhir di Pentas Sunda kira-kira 15,000 tahun yang lalu.
Kesimpulan dia, bukan semua Orang Melayu berdarah mix macam dia. Ada Orang Melayu yang memang tak dapat nak kesan pun darah campur kat mana, jadi jangan paksa dengan reka-reka cerita nenek moyang dia pun kahwin bangsa ini dan itu. Orang Jakun, Orang Laut, Seletar, Temuan, Orang Lembah Sungai Perak, Kinta tu semua Orang Melayu Asli yang duduk kat tempat mereka zaman-berzaman.
Ada orang kona kot lain, dia provok: penting ke darah pure tak pure? Jawab saya, kalau tak penting kenapa ada makhluk nak terlompat-lompat bermatian paksa orang lain percaya dia darah mix? hehe
Jadi, kena hormat mereka yang berdarah pure k? Kenapa nak kiasu sangat? Takut apenye? Takut Malaysia terlepas dari tangan korang, sebab bukan darah pure? Nonsense la.
~CS