|
Gambar hiasan: Buku Teknologi Kesultanan Melaka yang mendapat sambutan hangat dan tersenarai dalam 10 Judul Terlaris di reruai Kafilah Buku semasa PBAKL2017 |
Ada pembaca memberitahu saya seorang penulis buku yang sedang bergelut dalam dilema, mengambil inisiatif untuk mengkritik satu bab dalam buku terbaru saya. Bagi saya ini bagus kerana ini menunjukkan populariti buku ini begitu baik sehingga sampai ke pengetahuannya dan terpaksa 'mengulasnya' sebagaimana insiden seorang pengacara radio menyebut-nyebut nama saya dan buku-buku saya tepat di hadapannya ketika ditemuramah tempoh hari.
Sebelum itu, buku terbaru saya itu telah lakukeras 10 hari berturut-turut no. 1 di kaunter penerbit saya semasa pestabuku tempoh hari, malah kehabisan stok pada akhir pestabuku dan terpaksa dicetak semula. 10 hari licin stok.
Okay. sekarang kita akan jawab kritikannya jika ada.
Apa Yang Dikritik Itu?
|
KLIK UNTUK BESARKAN |
Perhatikan:
" ...saya belum baca lagi buku
beliau."
Hai, belum baca buku itu ada hati nak kritik? Betapa tidak profesionalnya pengkritik ni. Kalau belum baca habis, beria-ria nak kritik juga, dia nak kritik macam mana? Berdasarkan cakap-cakap orang? Kritik pakai tin kosong?
It's funny.
Dia tulis, mungkin betul 'dakwaan' itu, siap ada premis dia pasal 'siri-siri kematian Birch' tapi dia nak tegaskan berkali-kali dengan ayat, "apakah benar dakwaan penulis?"
Kita tengok sejauh mana kritikannya yang nak mengkritik tapi belum membaca buku yang hendak dikritiknya itu.
Kritik Atau Sokong Tanpa Sedar?
|
KLIK UNTUK BESARKAN |
Perhatikan ayat, " Diakui oleh para orientalis
bahawa memang Sultan ini seorang yang menentang.."
Sudah, tadi mengaku "mungkin betul dakwaan" sekarang "Diakui..."
Memanglah diakui oleh sejarahwan kolonial bahawa Sultan Abdul Malik Mansur Shah ini memang tegas dan menentang desakan dari pihak Siam. Ini tercatat dalam sejarah malah ini juga premis kuat dalam buku saya yang menyatakan orang Perak dan sultannya ketika itu MEMANG MELAWAN ANCAMAN SIAM.
|
KLIK UNTUK BESARKAN: Petikan dari Rentaka Sekalian Bijasura bab Seven Year's War |
Perhatikan 'kritikan' seterusnya :
Malah sewaktu Siam memberi amaran untuk menyerang Perak melalui Kedah,
Sultan Malik mencadangkan agar Perak-Kedah bergabung melawan Siam namun
cadangan ini telah ditolak oleh Sultan Kedah yang akhirnya membawa
penawanan Perak pada tahun 1818. (Isu ini diperdebatkan begitu panjang
oleh para sejarawan dan sehingga kini belum dapat dipastikan secara
jelas bahawa Perak benar-benar ditawan seluruhnya kecuali sebuah surat
yang diterima oleh SG Bonham, Gabenor Pulau Pinang (Booney:79:1974). Apa
pun isunya Perak telah pun menghantar bunga emas/perak kepada Siam.
Perenggan ini tidak bernada kritikan. Bahkan ini juga premis yang menyokong ketegasan dan kecekapan cara berfikir sultan Perak tersebut. Sultan Abdul Malik mencadangkan penggabungan, bersatu melawan Siam. Memang ini pemikiran yang ke depan sebab hanya
DENGAN BERSATU, KITA MAMPU MENCABAR kuasa musuh yang sememangnya bersatupadu sejak dari awal.
Lihat benda yang sama sudahpun tercatat dalam buku Rentaka Sekalian Bijasura:
|
KLIK UNTUK BESARKAN |
It's funny, ini semua sudah ada dalam buku saya. Saya setakat ini tak nampak kritikan yang benar-benar kuat ke atas bab Perang Perak-Siam ni. Semua premis si pengkritik hanya mengulang poin-poin dalam buku saya sahaja. Soalannya, dia ni nak kritik ke nak sokong hujah-hujah dalam buku saya?? Lainla dia
quote kelemahan sultan Perak, contohnya ada catatan pihak Inggeris menyatakan sultan Perak sukahati tido lepas makan durian ketika negerinya diserang Siam, atau sultan Perak menyembah kaki raja Siam tanpa melawan sedikit pun, barulah betul-betul mengkritik premis 'melawannya' sultan Perak ketika itu. Tapi semua poinnya menyokong betapa tegas dan melawannya sultan Perak dan ini juga menjadi asas kepada pelajaran sejarah di dalam bab Perang Perak-Siam tersebut.
Apa yang pengkritik ni nak sebenarnya? Dia faham tak benda yang dia nak kritik ni? (Okay, ini masalahnya belum baca tapi nak kritik)
Kita lihat lagi, mungkin ada satu kritikannya yang benar-benar 'mengkritik'. Yang benar-benar layak menyokong ayatnya, " Jadi sekali lagi saya tegaskan apakah benar dakwaan penulis?" Wow..seram ne.
|
KLIK UNTUK BESARKAN |
Premis "Perak di bawah jajahan Kedah" adalah satu premis masih belum konkrit dan dipertikaikan kesahihannya. Malah sebenarnya pada tahun 1821, Perak juga diserang oleh Siam dan tahun berikutnya Perak berjaya mengusir pencerobohan Siam itu hasil bantuan dari Selangor. Malah penulis sendiri mengatakan ia patut dikaji semula sebagaimana petikan di dalam bukunya sendiri:
|
KLIK UNTUK BESARKAN |
"Oleh itu kajian Booney harus dikaji semula pada perihal ini..."
Perlu dikaji semula katanya tapi masih pakai pendapat si Booney. Apakah sebenarnya yang bermain di fikiran sang pengkritik. Ini semua hanya membuang masa. Di dalam buku tulis lain. Bila nak mengkritik tulis lain. Penduduk Perak yang ditemubualnya pun tak tahu menahu sebarang bentuk pendudukan Kedah di tempat mereka. Orang Kedah datang nak merantau berniaga atau nak bercinta kahwin dengan orang tempatan ada lah.
Sebenarnya masalah ini telahpun terjawab di dalam buku Cempakasari Negeri Perak tulisan
M. A. Fawzi Basri
(1986) terbitan Yayasan Perak bahawa pasukan Kota Lama Kiri di bawah Che Panjang Talib bin Maharaja Lela Uda Tahir
(Tok Janggut) telah
berjaya mengadakan rundingan damai antara Perak dan Kedah supaya berhenti
berperang sesama sendiri melalui diplomasi perkahwinan
Ada lagi hujahnya tapi tetap bukan kritikan malah juga premis yang menyokong buku saya :
"Sultan Perak
menghantar Bunga Emas dan Perak serta 205 bahar timah kepada Ligor namun
di rampas oleh angkatan tentera Selangor." (Gullick:74:1998)
Ini memang benar, angkatan tentera Selangor tiba-tiba muncul dan merampas timah dan persembahan ufti yang kononnya hendak dihantar ke Bangkok. Bagaimana angkatan tentera Selangor boleh tahu kedudukan tentera Ligor tersebut dan memintasnya? Sebab itu R.O. Winstedt dan R.J. Wilkinson sendiri keliru dengan strategi dan siasah sultan Perak ketika itu dan dalam percubaan mereka untuk memahami permainan politik Sultan Abdul Malik Mansur Shah ini mencatatkan situasi itu sebagai
“trying to play off Siam against Selangor and Selangor against Siam” dalam buku mereka A History of Perak.
Poin peristiwa Selangor merampas 205 bahara timah dari tentera Ligor ada dicatatkan dalam buku saya:
|
KLIK UNTUK BESARKAN |
Nah, ini semua disebut dalam buku saya sebagai salah satu peristiwa penting di sepanjang tujuh tahun peperangan Perak dan Siam. Sekali lagi, penulis buku ini mahu kritik atau sokong sebenarnya? Paling menarik, dia mengaku belum baca buku saya, namun semua premisnya sudah pun ada dalam buku saya.
Habis semua hujah (yang sebenarnya menyokong tanpa disedarinya) lihat kesimpulannya si pengkritik:
Ada
banyak lagi faktor dan hujah yang dapat saya huraikan disini. Naum
cukuplah saya memberi sedikit pandangan saya dalam perihal bab yang
beliau tulis berkaitan Perak. Apa pun bagi saya Perak terselamat kerana
Siam terpaksa melalui Pulau Pinang dari arah laut dan British juga telah
memikirkan bahawa seandainya Perak ditawan oleh Siam maka mereka akan
kehilangan sumber makanan dan bijih timah. Oleh itu pelbagai perjanjian
telah dibuat oleh British dengan Siam agar dapat melindungi Perak bagi
kepentingan Pulau Pinang.
Semua faktor dan hujahnya tidak jelas untuk mengkritik betapa melawannya sultan Perak dan rakyatnya. Malah hujahnya seolah-olah menyokong pula premis dalam buku saya. Mengapa ini terjadi?
1)
Pengkritik belum pun membaca buku yang hendak dikritiknya.
Ini dibuktikan dengan ayatnya sendiri, "mungkin, sebab saya belum baca lagi buku
beliau"
Pengkritik ini ada reputasi terus memberikan komentar tanpa membaca dahulu bahan bacaan yang mahu dikomennya. Ini terjadi sebab gagal mengawal emosi.
Padahal saya pernah mengulas buku seorang penulis
chapter by chapter lagi,
promote lagi buku tersebut secara profesional. Buku itu berakhir dengan tragis di pestabuku yang lepas akibat penulisnya menyerang penulis buku lain di reruai yang sama di samping memburuk-burukkan buku penulis lain itu mengakibatkan masyarakat bersikap dingin dengan buku-buku penulis yang menyerang tadi. Sebaliknya buku yang diserangnya mendapat sambutan hangat.
2)
Apabila belum membaca, si pengkritik mengkritik tanpa tujuan dan sasaran.
Niatnya hanya mahu mengkritik namun tidak tahu sasaran atau apakah intipati kritikannya. Ia ibarat orang menembak sambil matanya ditutup.
3)
Apabila mengkritik tanpa tujuan dan sasaran, kritikannya lemah dan goyah malah seolah-olah menyokong pula subjek yang asalnya mahu dikritik itu.
Ada tak orang mengulas sesuatu buku tanpa menyentuh atau membaca buku tersebut? Tapi si pengkritik ni boleh buat! Apa yang dipelajarinya setelah bergelumang dengan semua 'buku-buku sejarah itu'? Ini aneh sekali. Apabila terjadi macam ni, dia sangka mengkritik tetapi sebenarnya tidak malah kenyataannya mengelirukan. Dia hanya boleh kelentong audien yang turut sama sepertinya - tidak pernah menyentuh atau membaca buku itu. Mengulas dari balik angin yang nipis dan kosong...
Lihat ini:
"Apa pun bagi saya Perak terselamat kerana
Siam terpaksa melalui Pulau Pinang dari arah laut ..."
Ini salah kerana Siam bukanlah bodoh mahu menyerang dengan menggunakan satu jalan yakni jalan laut 'yang terpaksa melalui Pulau Pinang'. Contohnya dalam salah satu konflik, pada November 1826, seramai 30 orang askar Siam telah dihantar dan tiba di Pulau Kemiri di Sungai Pelus. Umum mengetahui terdapat jalan darat dari Hulu Perak ke Patani malah dari Kedah ke Ligor. Tambahan pula, Kedah sejak 1821 telahpun total di bawah penjajahan Siam. Kenapa pula mesti kena lancarkan serangan dari Trang atau Phuket contohnya? Sedangkan pangkalan Siam semasa menyerang Kedah adalah di Alor Ganu. Lebih baik serang Perak dari arah Kedah yang sudahpun ditawan. Tambahan pula kedudukan pusat pemerintahan Perak juga bukanlah di tepi pantai namun jauh ke darat di tebing Sungai Perak.
Apapun analisis sejarah adalah penting, bukan sekadar copy-paste bibliografi. Bibliografi ni fungsinya sebagai rujukan sahaja tetapi analisis dan kajian kena buat sendiri.
Perak bukan terselamat by chance tetapi by force. Itu hakikatnya. Tanpa desakan dan surat-surat para pemerintah Perak kepada pihak Inggeris maka Inggeris mungkin tidak dapat dipengaruhi untuk menyalurkan senjata api dan bantuan dengan alasan 'melindungi perdagangan Perak dengan orang Inggeris'. Sultan Perak juga berusaha membeli kelengkapan persenjataan dengan pendapatan negeri sendiri malah semasa perang 1821, Inggeris tidak mahu menolong walaupun sultan Perak memohon bantuan kapal perang. Maka sultan Perak berusaha bersekutu dengan Selangor sehingga berjaya dalam peperangan itu pada tahun berikutnya. Sultan Perak juga tegas melawan adat Bunga Emas itu yang mana wakil Inggeris mendesak sultan mematuhi saja desakan Siam pada awalnya. Ini terbukti apabila dalam Perjanjian Burney 1826, Perak satu-satunya negeri utara yang diberi pilihan (option) atau kebebasan untuk menghantar atau tidak, ufti kepada Siam. Sudah tentu Perak tidak menghantarnya. Ini bola tanggung buat Perak.
Bonus
Saya tertarik dengan sikap dan pandangan pada akhir tulisannya:
"Sejarah perlu dilihat secara holistik bukan sekadar hendak mencetuskan
semangat cintakan sejarah tanah air. Apakah dengan cara menyembunyikan
fakta akan menyebabkan orang melayu merasa bangga?, mungkin hari ini
ya.. tapi bagaimana pula di masa depan?, kajian sejarah hari ini memberi
kesan yang mendalam kepada generasi mendatang maka kita perlu
berhati-hati dalam membuat penulisan. Sudahlah kita marahkan buku teks
yang dianggap tidak menyebelahi orang Melayu dalam masa sama kita cuba
menyelindungi kisah sebenar dalam sejarah Melayu.
Sejarah ini pedih,keras dan pahit dan itulah hakikatnya. Tiada yang
boleh diubah, kecuali pandangan yang dilontarkan. Apa yang sudah
tertulis itulah ia samada suka atau tidak."
Semua faktanya ada dalam buku saya. Apakah saya hendak menyembunyikan fakta? Malah kisah Perang Perak-Siam ini boleh dikatakan tiada yang mengupasnya secara terperinci malah seolah-olah tiada peristiwa Perak melawan Siam yang mana kisah Perang Kedah-Siam (Perang Musuh Bisik) begitu popular dan ditulis oleh ramai pengarang. Padahal data-data perang Perak melawan Siam ini ada namun berterabur dalam pelbagai tulisan termasuk di dalam buku Cempakasari Negeri Perak, apatah lagi dalam karya-karya penulis kolonial. Apa yang saya buat ialah menggali balik semua data-data ini termasuk Syair Raja Ahmad yang popular dikaitkan dengan perang tersebut dan ini adalah bukti lisan dan bukti tempatan menunjukkan perang tersebut benar-benar ada dan diwariskan syair ini turun-temurun. Maka ini bukan menyembunyikan fakta seperti yang didakwa si pengkritik ini tetapi MENAMPILKAN FAKTA yang sebenarnya.
Sebab itu bila penerbit buku ini mahu cuba-cuba mengkritik, kritikannya lemah dan pi mai pi mai tang tu sebab semua premisnya tidak mampu menentang data-data dari pihak kolonial yang mana amat disukai si penulis dan menjadi sumber utama penulisannya. Apabila data-data dari pihak kolonial gagal membantu kritikan untuk menjadi lebih solid mengkritik buku saya, maka akhinya semua hujahnya seperti menyokong buku itu.
UPDATE:
Ini adalah reaksi si pengkritik baru-baru ini apabila membaca artikel ini yang menjawab kekeliruannya:
|
SILA KLIK UNTUK BESARKAN |
|
|
|
Beginilah sikap aneh seorang yang dikatakan seorang penulis buku sejarah dan penerbit buku-buku sejarah. Setakat inikah kredibiliti yang mampu ditampilkan kepada
public? Hanya perkataan 'bangang' dan 'gila' mampu dijawab oleh seorang lelaki yang sepatutnya mampu mengawal kemarahan apatah lagi sedang berpuasa. Abaikan semua itu kerana ada satu lagi perkara yang lebih menarik.
Pengkritik ini kalut sangat nak bibliografi, logiknya,
kalau dah semua premis dia semua dalam buku saya, apa dia nak expect lagi?
Rujukan Perang Perak-Siam ini antaranya:
1) Cempakasari Negeri Perak, M.A Fawzi Basri
2) Sejarah Negeri Perak, Buyong Adil
3) A History of Perak, Winstedt & Wilkinson
4) A History of Phuket and the Surrounding Region: Second Edition, Collin Mckay
5) Bahan-bahan dari Pejabat DYMM Sultan Perak
dan banyak lagi. Senarai bibliografi ini ada disertakan di belakang buku saya sebagaimana biasa.
Fakta lawanlah dengan fakta. Pernah tak jika anda menonton satu seminar atau temubual akademik, bila diajukan pertanyaan, bukan jawapan yang diberikan, tetapi senarai bibliografi? Tak ke pening tu?
Soalan matematik bukan dijawab dengan penyelesaian namun dijawab dengan senarai rumus matematik. Masalah Fizik bukan dijawab dengan penyelesaian sains, tetapi dibalas dengan senarai formula Fizik.
Kepada pengkritik, belajar buat analisis sejarah dari sekian banyak bibliografi,
BUKANNYA MENYALIN BULAT-BULAT ATAU COPY-PASTE SEKERAT-KERAT LEPAS TU SEMUA CANTUM BANYAK-BANYAK SAMPAI JADI SATU BUKU.
Ada lagi yang lebih menarik, pengkritik ini menyuruh pula membaca tentang satu 'bab' :
"Tak baca ke bab Nakhoda Udin Kuala Kurau tu...aihh.."
Menariknya, kisah mengenai Nakhoda Udin ini memang ada dalam buku saya! Contohnya pada mukasurat 419 mencatatkan:
|
KLIK UNTUK BESARKAN |
Semua premisnya tanpa disedari adalah data-data kolonial yang sebenarnya menyokong kewujudan Perang Perak melawan Siam selama tujuh tahun itu. Dia tidak boleh lari ke mana. Pi mai pi mai tang tu. Semua hujahnya sudah ada dalam buku saya. Dia jadi begini sebab terlampau sombong dan angkuh dengan beranggapan semua itu tiada disebut dalam buku saya. Lain kali bacala buku sebelum kritik, pakcik.
KESIMPULAN
Lihat pendapatnya mengenai sejarah:
"
Sejarah ini pedih,keras dan pahit dan itulah hakikatnya.."
Ini salah, sejarah bukanlah boleh ditafsirkan melulu semuanya pedih, keras dan pahit. Kenyataan ini menutup langsung apa itu fungsi sejarah yang sebenarnya kepada manusia. Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang kita boleh jadikan iktibar dan pelajaran untuk menghadapi masa kini dan masa depan. Orang yang menafsir melulu begini adalah orang yang
down teruk, seolah-olah seluruh kehidupannya telah musnah sehinggakan dia buta dalam melihat pelajaran dan hikmah di sebalik sejarah. Siapa yang belajar sejarah dari orang begini akan mengalami simptom yang sama -
down teruk, menangisi masa lampau, berpenglipurlara, meratap dan meraban tidak kesudahan.
Jika orang Jepun yang baru lepas dibom atom belajar sejarah cara begini, sudah tentu mereka juga akan
down teruk dan sampai kini mereka tidak
move on sepertimana hari ini sehingga umum dikatakan pasti ada barangan buatan Jepun di dalam rumah-rumah kita. Orang Jerman jika bergurukan sejarah dengan orang yang bersikap begini, maka masa depan mereka hancur sebagaimana negara mereka hancur selepas Perang Dunia Kedua malah dihukum seluruh bangsa-bangsa Eropah dan dunia akibat era Nazisme-nya. Hari ini Jerman adalah salah satu negara maju dan pemimpin dalam dunia teknologi.
Ingatlah, walau
hitam atau putihnya sejarah itu, ia mesti mendidik kita menjadi berani dan
kuat. Sejarah bukan lagi untuk berpenglipurlara mengalir airmata, tetapi sebagai
azimat perjuangan membantai kelesuan hidup, mengalir sebagai adiwira.
Sedikit Teguran Untuk Menambahbaikan...
*Anggaplah ini adalah lontaran
pandangan saya kepada isu yang diketengahkan oleh pengkritik. Saya dimaklumkan bahawa penulis ini selalu merajuk dan marah-marah dek kerana
follower-nya yang hanya bersuka-suka melihat gelagatnya di media sosial tapi haram taknak sokong beli buku-bukunya (korang belila buku dia, bantu la dia). Berpijaklah di dunia realiti. Satu lagi, mengumpul haters saya sebagai
follower adalah silap besar, sebab majoriti haters saya adalah anti-sejarah Melayu, pro-negara asing atau tidak berminat baca buku sejarah,
that's why ada buku sejarah yang terkeluar carta dan tidak laku. Sebaliknya buku seorang ustaz yang diserangnya dan difitnahnya, lakukeras pula. Duduk satu
booth lagi.
It's good karma for him. Takutnya nanti ibarat menanti planet Zargus di tengah panas terik.
Followers lebat tapi tak support tak guna jugak. Si penulis ini kena belajar mengumpul
followers yang berkualiti, yang benar-benar minat sejarah Melayu. Seperti para fans dan pembaca saya, mereka benar-benar berkualiti dan peminat sejarah Melayu yang tulen sebab itu setiap buku-buku saya
bestseller dan dicetak berulangkali.
* Bulan puasa ni elok bersilaturrahim. Pergila jumpa bersemuka mana-mana yang diperasankan diri sedang bergaduh dengan mereka (dia perasan bergaduh dengan anak-anak muda ni, padahal diorang
steady je, pergila ziarah di pejabat baru tu). Sebagai pangkat abang kepada anak-anak muda, sepatutnya lebih matang dan mampu bertindak secara berhikmah. Dah tua bangka pun nak gaduh-gaduh lagi. Malu dengan anak-anak muda ni. Malah sesama Islam pulak tu. Laungkan penyatuan, seolah-olah sayangkan bangsa tapi diri sendiri buat sebaliknya. Hidup ini terlampau singkat untuk tabur fitnah kepada anak-anak muda ini. Ini cakap tak serupa bikin. Pedih mengulang sejarah begini, pakcik.
Rujukan: http://kitabsejarahmalaya.blogspot.my/2017/05/perang-perak-7-tahun-buku-rentaka.html