Friday, August 13, 2010

Kajian Kes:Shahabudeen Jalil dan Hang Tuah








Hari ini ramai yang mengalami penyakit buta sejarah.Orang yang buta sejarah lebih menyusahkan dari orang yang buta matanya.Orang yang buta sejarah mampu meruntuhkan sejarah dan peradaban sesuatu bangsa.Orang yang buta sejarah mampu menggadaikan tanahairnya kepada orang lain.Jika kita di zaman raja-raja dahulu,orang yang buta sejarah ini mungkin patut disula kerana memporak-perandakan salasilah dan hikayat bangsa.Jika anda bertemu dengan ular dan orang yang buta sejarah pada masa yang sama,anda patut ketuk kepala orang yang buta sejarah ini dahulu ;D

Dalam artikel santai ini,saya akan tunjukkan kepada anda contohnya pendapat orang yang buta sejarah apa kesannya kepada sejarah bangsa.Kita akan kaji satu persatu pendapat mereka.Kemudian saya akan ulas.Dari sini,kita boleh belajar cara-cara berfikir orang yang buta sejarah.Bahasa saya santai dan tidak serius.Tidak semestinya kita belajar sejarah dengan bahasa skema yang terlampau saintifik serius-mius.Janji rock.
; )

Saya petik dari artikel oleh Shahabudeen Jalil di blog Suara Anum:


"Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan ‘manusia mati meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu"

Ini adalah pendapat yang dangkal dan kurang berpengetahuan luas.Nama tidak semestinya menunjukkan sesuatu bangsa.Nama si penulis sendiri menunjukkan percanggahan yang jelas.'Shahabudeen Jalil',jika dikaji oleh seorang penulis lain 500 tahun akan datang kemungkinan menganggap beliau ialah seorang lelaki Arab atau dari Timur Tengah,atau dari keturunan Mamak.Bagaimana dengan seorang lelaki Cina yang tinggal di Thailand atau Indonesia?Jeneral Sonthi Boonyaratglin adakah benar-benar seorang Thai?Bob Hassan atau Sudono Salim,adakah seorang lelaki Melayu atau Indonesia?Tidak,mereka adalah 'Chinese Indonesian'.Bagaimana dengan Agnes Monica?

Bagaimana dengan Parameswara?Adakah beliau seorang lelaki dari India yang menubuhkan Melaka?Srivijaya adalah sebuah kerajaan orang Telegu di Nusantara?Tidak.Dvaravati adalah kerajaan orang Tamil di Thailand Tengah?Bukan,ia kerajaan orang Mon.Adakah Fan Shih Man adalah seorang raja China?Salah,beliau raja Funan.

JADI NAMA TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN BANGSA.Yang penting kita kena kaji dari pelbagai aspek.Jika nama penulis sendiri mampu menyelindungkan keturunannya,bagaimana pula dengan nama-nama orang Melayu lain?Jika nama Munshi Abdullah ada juga di antara kita terkeliru mengenalinya,apatah lagi lelaki bernama Shahabudeen Jalil ini.

"Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya"

Bagaimana Shahabudeen Jalil mengatakan "bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya",siapa yang kata?Mungkin dari pemikiran dangkal penulis kerana asal-usul Hang Tuah telah diceritakan dalam dua sumber terbesar yang mempopularkannya,iaitu Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.Bagaimana si penulis boleh mengakui kewujudan Hang Tuah,namun menolak premis tentang asal-usul Hang Tuah sedangkan sumber cerita Hang Tuah adalah dari punca yang sama?Penulis mengakui kewujudan Hang Tuah namun tentang asal-usulnya,beliau terpaksa mereka-reka cerita lain.Apa motifnya?Kajian hipotesis?Siapa yang jalankan?Sudah pasti Shahabudeen Jalil yang menjalankannya sendiri.Hanya hipotesis sahaja?Hipotesis ialah agak-agakan atau andaian dalam sesuatu eksperimen di mana ia BELUM TERBUKTI LAGI.Sekiranya ia terbukti,ia akan menjadi SATU TEORI.Dan jika ia menjadi satu teori yang sukar disanggah atau mustahil ditumbangkan,ia akan menjadi satu FAKTA.Asal-usul Hang Tuah HANYA dikaji berdasarkan 'nama' manusia sahaja?Ini kerja pemalas namanya.Kajilah asal-usul Hang Tuah berdasarkan aspek-aspek lain.Ibu-bapanya,tempat beliau dilahirkan,rakan-rakannya.Jika ibu-bapanya adalah orang Melayu dari Sungai Duyong atau dari keturunan Bugis,takkanlah nak berkeras juga mengatakan bahawa Hang Tuah adalah 'orang Cina' semata-mata terdapat nama 'Hang' itu.

"Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya"

Inilah hasil karya dari seseorang yang kurang membaca,atau banyak membaca namun hanya membaca majalah gosip dan komik Hong Kong seperti Dewata Raya atau Pedang Setiawan.Bagaimana Shahabudeen Jalil mendapat 'perbendaharaan' nama-nama orang Melayu zaman Kesultanan Melaka?Cuba siarkan 'senarai' perbendaharaan nama-nama itu kalau ada.Masalahnya si penulis kurang membaca sumber yang juga adalah punca kepada cerita Hang Tuah.Sebenarnya selain Hang Tuah,Hang Jebat,Hang Kasturi dan lain-lain terdapat juga Hang Isap,Hang Hassan,Hang Iskandar dan sebagainya yang merupakan pahlawan-pahlawan Melaka.Jika 'Hang Tuah' Shahabudeen Jalil memusingnya kepada 'Hang Too Ah',Hang Lekir kepada 'Hang Lee Ker',bagaimana pula 'Hang Iskandar'?Hang Isap?Hang Ali?

Adakah Hang Ali menjadi 'Hang A. Lee?'.Encik Shahabudeen Jalil ini sebenarnya amat melucukan!

Shahabudeen Jalil juga menyatakan nama-nama Cina bangsa Cina bermula dari Hang,Tan,Maa dan Lee.Saya nak sentuh tentang 'Hang' dan 'Tan'.Berapa banyak orang Cina pada masa dahulu mempunyai nama bermula dari 'Hang'?Sila nyatakan satu tokoh Cina zaman monarki yang punya pangkal nama 'Hang'.Tentang 'Tan' pula,bagaimana dengan gelaran 'Tan' (digandingkan dengan 'Sri') yang dianugerahkan oleh raja-raja Melayu sekarang?Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari contohnya,adakah 500 tahun kemudian,sekiranya ada seorang penulis yang sama spesis dengan Shahabudeen Jalil,akan menyangka beliau adalah berketurunan Cina?

Lihat kedangkalan hipotesis beliau:

"Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya"

Jika sekarang gelaran 'Tan Sri' boleh diterima oleh sebagai gelaran pada masa sekarang,bagaimana pula gelaran 'Hang' tidak boleh?Adakah menunggu sehingga orang-orang Melayu dahulukala hanya punya pangkal nama 'Mat','Tun','Pandak' dan sebagainya barulah dikatakan benar-benar Melayu?Sumber utama cerita tentang Hang Tuah adalah dari Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Hikayat Hang Tuah,jadi saya menyeru Shahabudeen Jalil sambil-sambil memborong ke China berusahalah menyelongkar semua arkib-arkib negeri China mencari tokoh bernama 'Hang Too Ah' itu (padahal sebenarnya nama itu dicipta sendiri oleh beliau)

:DD

"Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika"

Nak petik sumber biarlah sampai habis.Jangan tangkap muat semata-mata buktikan teori dangkal sendiri.Bagaimana dengan Seri Bija Diraja?Tun?Shahabudeen Jalil perlu dihantar kursus belajar sistem gelaran Kesultanan Melaka pada zaman dahulu,atau nama-nama orang Melayu zaman dahulu.Pangkal nama 'Hang' kerapkali ditemui pada para pahlawan Melaka.Ini adalah sama seperti kita menyelusuri keturunan pahlawan Bugis yang kerap memakai pangkal nama 'Daeng'.Ini berbeza dengan sistem nama orang-orang Cina di mana pangkal nama mereka adalah merujuk kepada nama keluarga.Adakah Shahabudeen Jalil tidak tahu tentang ini?Atau buat-buat tidak tahu?Sia-sialah duduk di Malaysia bertahun-tahun bersama-sama dengan kaum Cina di sini.Bertambah sia-sialah berulang-alik ke China memborong barangan namun tidak mahu belajar beza antara pangkal nama orang Cina dengan pangkal nama orang Melayu.Jadi adakah 'Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew' adalah adik-beradik ataupun satu keturunan?Bagaimana Maharaja Cina boleh mengumpulkan keturunan 'Hang' untuk dihantar ke Melaka?Shahabudeen Jalil bolehlah mengkaji di perpustakaan Beijing sambil-sambil memborong untuk mencari sejarah keturunan 'Hang' yang 'dipaksa' berkhidmat kepada Sultan Melaka.

:DD

Saya petik lagi:

"Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.


Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka"

Ulasan:
Nampaknya kenyataan Shahabuden Jalil menjerat dirinya sendiri.Sungguh melucukan.Beliau berkata tidak pula Paduka Mamat dinamakan Paduka Hang Mamat kerana ibunya adalah Hang Li Po.Jadi katanya,ini membuktikan 'Hang' bukanlah gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan (atas alasan untuk menghargai Paduka Mamat kerana ibunya juga dapat gelaran 'Hang')

Saya akan jawab,ada dua sebab mengapa ia tidak jadi demikian:

1)Jika benar pangkal nama 'Hang' pada Li Po adalah nama keluarga beliau yang asli,anaknya iaitu Paduka Mamat tidak boleh dinamakan 'Hang' kerana nama keluarga (surname) hanya boleh diwarisi dari belah lelaki.Jadi poin "tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po" adalah 'doesn't make sense' :D

2)Sebenarnya 'Hang' adalah gelaran yang diberikan oleh Sultan Melaka.'Surname' puteri dari Cina itu ialah 'Li' (Lee).'Surname' Li adalah satu nama keluaga yang terhormat dalam ranking 'surname' masyarakat Cina.Bagaimana pula ada dua 'surname' dalam nama orang Cina?Shahabudeen Jalil masih bertatih-tatih rupanya untuk memahami budaya orang Cina.Ini bukan satu '1Malaysia' namanya :D

Lain kali bertegur sapalah dengan jiran Cina sebelah.

Jadi gelaran 'Paduka' adalah gelaran yang sesuai bagi anak baginda,bukannya 'Hang' kerana 'Hang' adalah gelaran yang dianugerahkan untuk orang kebanyakan.Bagaimana pula Sultan mahu menganugerahkan gelaran 'Paduka Hang' kepada anak baginda?Ini adalah sesuatu yang janggal dalam sistem gelaran Sultan Melaka.'Paduka' tidak boleh digandingkan dengan 'Hang'.Sila nyatakan siapa dalam sejarah Melaka yang punya nama 'Paduka Hang' pada pangkal namanya?MEMANG TIADA.Bagaimana pula Sultan mahu menganugerahkan gelaran 'Hang' pula menjadi 'Hang Mamat'?Jatuhlah standard anak Sultan dan orang Melaka pun menjadi keliru.'Paduka' adalah gelaran untuk keturunan/kerabat raja.'Hang' untuk orang kebanyakan yang terpilih.

Selepas itu bermulalah aktiviti mereka-reka,menyesuaikan dan mencinakan nama-nama pahlawan Melaka oleh Shahabudeen Jalil:

"Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu"

Ulasan:

Saya nasihatkan supaya berhentilah melakukan kerja-kerja pembohongan ini.Janganlah jadi hamba politik sampai sanggup menjadi alat untuk pihak lain yang punya agenda tertentu.Bagaimana pula Hang Kasturi diragui pula padahal beliau adalah salah seorang kawan seperguruan Hang Tuah?Sebab lebih 3 perkataan,jadi nama Hang Kasturi diragui?Sebenarnya JARANG ORANG CINA PUNYA SURNAME DI DEPAN SURNAME 'LEE'.Surname 'Lee' (atau Li) itu sendiri adalah nama keluarga yang banyak melahirkan tokoh-tokoh dan bijak pandai.Siapa Lee Kuan Yew?Siapa Li Desheng?Amat jarang orang Cina memakai surname 'Hang'.Cuba google perkatan 'Li surname' anda akan dapat keputusan yang amat memberansangkan.Cuba google 'Hang surname' anda akan dapat keputusan yang berkisar pasal Hang Tuah!
Jadi 'Hang' adalah ekslusif kepada isu Hang Tuah dan Melayu sahaja!

Lihat kajian hipotesis yang mencapai tahap merapu komik Dewata Raya:

"Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau."

Ulasan:
Hipotesis pertama adalah umum.Kemungkinan ada orang Melayu yang berkawan dengan rombongan Hang Li Po.Namun MASALAHNYA KISAH HANG TUAH TELAH ADA SEBELUM TIBA PLOT TENTANG KEDATANGAN ROMBONGAN HANG LI PO.Sekiranya dalam Sejarah Melayu menampilkan kisah Hang Tuah lima sekawan selepas cerita rombongan Hang Li Po,mungkin Shahabudeen Jalil ada poin yang bagus.Tetapi realitinya tidak.

Hipotesis kedua amat teruk.Shahabudeen Jalil menulis bagaikan hendak mengarang cerita kanak-kanak untuk darjah dua.Orang Cina tidak sewenang-wenangnya memberi 'surname' mereka kepada orang lain.Sesama orang Cina sendiri pun tidak melakukan perbuatan begitu apatah lagi terhadap bangsa lain.Contohnya seorang yang memiliki surname Li tidak boleh sewenang-wenangnya 'menganugerahkan' nama keluarga 'Li' kepada seorang yang punya nama keluarga Zhao.Jika namanya Zhao Jingshen,dia tidak boleh tiba-tiba digelar Li Jingshen atau Li Zhao Jingshen!

NAMA KELUARGA ADALAH IBARAT MARUAH KEPADA ORANG CINA.

Shahabudeen Jalil kena belajar lagi budaya orang Cina sebelum memporak-porandakan budaya Cina dan sejarah Melayu.

Susah sangatkah menyebut nama Cina sampai terpaksa memberikan nama Melayu kepada 'Hang Kasturi'?Hipotesis ketiga adalah rekaan yang amat memalukan.Sungguh tinggi imaginasi Shahabudeen Jalil.

Seterusnya penulis hipotesis terus berhipotesis secara melulu dan merapu-rapu tanpa berpijak di bumi yang nyata.Kemudian:

"Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah"


Ulasan:
Shahabudeen Jalil percaya kisah Hang Tuah dan MENGAKU HIKAYAT HANG TUAH lebih banyak kelebihan tetapi menentang asal-usul Hang Tuah seperti yang ditegaskan oleh Hikayat Hang Tuah.Bagaimana kajian secara hipotesis sahaja boleh membuktikan sesuatu?Hipotesis tidak boleh menjadi fakta,ia perlu dibuktikan dahulu.Adakah Hang Tuah telah di 'Melayu'kan?TIDAK SAMA SEKALI.Hang Tuah memang orang Melayu.Adalah sia-sia sahaja untuk meMelayukan Hang Tuah.Lebih baik pengarang Hikayat Hang Tuah meMelayukan Maharaja Ming atau Laksamana Cheng Ho,sudah tentu ini akan menjadi satu kemegahan yang dasyat :D



Rumusan

Shahabudeen Jalil hanya berhipotesis sahaja.MASALAHNYA ada orang lain yang melihat hipotesis Shahabudeen Jalil sebagai FAKTA.Contohnya Dr. Mujahid Yusof Rawa melihat semua ini sebagai fakta tanpa mengkajinya terlebih dahulu.Apabila ada orang bertaraf Dr. melihat hipotesisnya sebagai FAKTA,Sahabudeen Jalil semakin syok sendiri.Beliau semakin percaya cerita yang direka-rekanya adalah FAKTA kini,dan terlupa bahawa sebenarnya semua itu adalah hipotesis sahaja seperti yang berulangkali diberitahu dalam artikelnya.Dr. Mujahid Yusof Rawa yang memegang Lajnah Perpaduan dalam parti politiknya terpaksa melacurkan sejarah bangsa sendiri demi menarik perhatian orang Cina.Beliau perlu berbuat sesuatu untuk menampakkan 'kewujudannya' dalam jawatan yang dipegangnya.Malangnya,demi perpaduan sesama kaum dalam Pas,orang Melayu terpaksa menyerahkan maruah sejarahnya untuk diperkosa habis-habisan.Malangnya yang melacurkan sejarah sendiri adalah orang Melayu juga,kemudian perlahan-lahan bangsa lain tumpang sekaki sama-sama menikmati 'hidangan' yang disediakan.

Kerana marahkan Umno,sejarah Melayu dibakar.Melayu dan sejarahnya seolah-olah DOSA dan NODA bagi sesetengah pemimpin Pas dek kerana Umno yang memanipulasikannya.Mungkin selepas Umno di'Cina'kan barulah Melayu dan sejarahnya dibiarkan hidup.

Sudahlah Umno menjadi dungu dan buta sejarah demi politik Ketuanan Melayunya,Pas pula terpaksa melacurkan sejarah bangsa demi mencari sesuap nasi dalam politik negara.Yang rugi adalah Melayu sendiri.Padan muka.

Ini adalah politik Pak Kaduk.Menang sorak,kampung tergadai.Seseorang yang bertaraf Dr. tidak semestinya celik sejarah.Malah buta sejarah mereka kadang-kadang lebih kroniknya daripada mat despatch di ibukota.

Dr. Mujahid dan Dr Hj Mohd Hasyim mahu buat seminar tentang kecinaan Hang Tuah akibat terjangkit penyakit Shahabudeen Jalil.Lepas itu semua orang Cina yang Ultrakiasu (bukan semua ya,yang Ultrakiasu sahaja) akan bangkit semangat mereka untuk sama-sama berganding bahu memporak-porandakan sejarah bangsa.Orang Melayu akan terpinga-pinga.Kemudian kitab-kitab seperti Sejarah Melayu dikatakan fantasi padahal di universiti-universiti luar negara,kitab ini dianggap masterpiece sastera sejarah yang diakui keunggulannya.Apabila Sejarah Melayu dikatakan fantasi,Kesultanan Melaka juga fantasi dan selepas itu orang Melayu adalah fantasi.Kemudian Tanah Melayu dikatakan kepunyaan Maharaja Cina dan sebenarnya orang Melayu itu adalah pendatang...entah dari mana (dari planet Zargus mungkin) yang tiba-tiba merampas Tanah Melayu dari orang Cina.Orang Melayu akan hilang rasa prestijnya,hilang semangat dan maruahnya.Produktiviti dan kreativiti bangsa Melayu semakin menurun.Lama-lama orang Melayu Malaysia akan hilang kuasa politik dan akhirnya menyertai saudara-saudara mereka di Singapura dan selatan Thailand yang dijajah di bumi sendiri.Proses ini tidak berlaku dengan cepat,namun mengambil masa berpuluh tahun.

Apabila cucu-cicit kita membaca sejarah,mereka pasti akan menyumpah-nyumpah kebodohan moyang mereka walaupun moyang mereka bertaraf Dr. ataupun usahawan berjaya.Sebab moyang mereka,akhirnya bangsa Melayu menjadi hina dan dina.

Menariknya dalam medium yang sama,dikhabarkan seorang Cina bernama Kenny Chee telah mengemukakan pendapatnya yang jauh lebih bernas dari hipotesis Shahabudeen Jalil:

"Ayah Hang Tuah adalah batin kepada Orang Laut Bintan, dan seorang panglima perang Sultan Iskandar Shah, sultan Melaka yang pertama (baginda yang bergelar Parameswara atau Permaisura sebelum beragama Islam). Hang Mahmud terlibat dalam pembukaan negeri Melaka oleh Sultan Iskandar, yang sebelum itu bersemayam di Kelang, Palembang, Singapura dan Muar, sebagai maharaja empayar Sri Vijaya atau Selangor Tua"

dalam perenggan yang lain:

"Mengenai Hang Li Po, puteri dinasti Ming di China itu adalah Li Po sahaja dan panggilan Hang diberi kepadanya oleh Sultan Mansur Shah, yang mengahwininya. Hang adalah panggilan rakyat jelata yang berkhidmat untuk Sultan Melaka menerusi sistem kerah. Ini melibatkan ketua-ketua orang Asli (Melayu Proto) dan orang bukan Melayu, termasuk yang menjadi isteri muda raja-raja Melayu. Anak Sultan Mansur dengan Li Po bergelar Paduka Tun Mamat kerana dilantik sebagai pembesar yang menjaga daerah Kelang (sekarang Selangor moden), satu daripada ibu negeri kedua Melaka, selain daerah Johor.

Hang Tuah bukan pengikut Hang Li Po kerana Hang Tuah adalah menteri pertahanan atau Laksamana Melaka semasa Sultan Mansur Shah melawat negara China untuk meminang puteri Li Po. Hang Tuah mengiringi Sultan Mansur Shah ketika melawat negara China kerana dia adalah Laksamana Melaka, yang anggota tenteranya adalah Orang Laut Bintan"

Adakah Kenny Chee hanya polemik sahaja,padahal sebenarnya artikelnya ditulis oleh seorang Melayu?Jika beliau benar seorang Cina,nampaknya ini amat memalukan Shahabudeen Jalil dan Dr. Mujahid Rawa kerana masih buta sejarah walaupun disedarkan oleh orang Cina sendiri.

Kepada Dr. Mujahid Rawa dan Dr Hj Mohd Hasyim,saya ingin beritahu satu rahsia asal-usul Hang Tuah (jangan beritahu sesiapa ya!)

Hang Tuah sebenarnya ialah Maharaja Ayutthia.

:DDDDDDDDDD
;DDDDDDDDDD

(saya sebenarnya bergurau sahaja,dakwaan Hang Tuah adalah seorang Maharaja Siam adalah teori saudara Anai-anai and the geng,ini pun satu lagi masalah)

Sebab itu pakar sejarah Malaysia (dan Melayu juga!) yang terkenal adalah dari kalangan Cina.Siapa tidak kenal Tan Sri Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim?Ahli sejarah Malaysia yang tersohor.Saya tidak hairan jika Kenny Chee adalah benar-benar orang Cina,kerana orang Melayu sendiri ramai yang buta sejarah bangsa sendiri.Bila orang lain mempertikaikan sejarahnya,mereka mula goyang dan gayat.Kemudian,seperti biasa...mengalami 'inferiority complex' perasaan rendah diri yang tiba-tiba.Kemudian meracau-racau.Merapu.Meraban.Kemudian terkeliru sampai diri sendiri pun tidak kenal.Dikata berasal dari orang Cina.Angguk.Dikata dari orang gua.Angguk.Dikata bodoh.Angguk lagi.

Angguk angguk.Geleng geleng.









~Srikandi

28 comments:

  1. kalau hang tuah itu org cina kenapa beliau tak sebut" takkan cina hilang didunia"

    ReplyDelete
  2. Hang Tuah sebenarnya berbangsa Portugis. Ia adalah agen Portugis yang diletak di dalam istana Sultan Melaka. Misi utama Hang Tuah ialah untuk membuka jalan supaya Portugis dapat menguasai Melaka pada tahun 1511.

    Pada tahun 1511, pegawai-pegawai dan pengikut-pengikut Hang Tuah telah membantu Alfonso d Albuquerque menawan Melaka. Bantuan itu berbentuk tentera, makanan, kapal perang, senjata dan sebagainya. Kebanyakan pegawai dan pengikut Hang Tuah berbangsa Melayu.

    ReplyDelete
  3. hang tuah berbangsa portugis?? ni sejarah mai kot mana plop neh? kasi bukti la kalo hang tuah tu berbangsa portugis jgn men tulis ikut suka jer..

    ReplyDelete
  4. perluasan kuasa dan ekspidisi portugis adalah dari inspirasi Prince Henry the navigator..tetapi Prince Henry meninggal pada 1460..dan Tuah mula berkhidmat pada kerajaan Melaka pada 1460-an..sudah tentu Hang Tuah tidak pernah berjumpa dgn Prince Henry dari portugal itu...dan pangkalan Portugis di Asia adalah di Goa, India, dan jikalau Hang Tuah belayar ke india dan berjumpa dgn org Portugis di India, itu juga tidak masuk akal kerana Goa hanya ditawan oleh Portugis pada 1498, dan menurut riwayat Sejarah Melayu, Hang Tuah meninggal sebelum 1497..Jadi, bagaimana saudara/saudari boleh ada bukti mengatakan Hang Tuah adl agen portugis??..

    ReplyDelete
  5. Hang Tuah agen Portugis?.... Karut!!!!!!.... kepada penulis yang bagi kenyataan pada awal tu insaf2lahhhh.... jangan menyesatkan orang lain sekiranya ilmu belum cukup di dada... jangan diduga lautan dalam sekiranya kail baharu panjang sejengkal... tolonglah jangan rosakkan sejarah Bangsa kita, Bangsa Melayu ni... ok?

    ReplyDelete
  6. makin hari mengikuti blog ini, sy mnjadi sgt taksub utk mlihat sejarah bangsa saya. rupanye terlalu byk bnda yg disembunyikn drp pengetahuan anak bangsa Melayu..
    kpd yg ckp Hang Tuah tu agen Portugis, harap anda tidak terbawa2 dgn dakyah yg anda reka. sgguh kasihan...

    ReplyDelete
  7. aku rasa hang tuah tu org cina ..
    tapi dye dah duduk kat melaka lama ..
    pastu dye pun taat kat sultan melaka ..
    sultan melaka pn jadikan la dye anggota istana ..

    kalau nak ikutkan .. melayu bermula pada masa tu la .. org kita kata hak melayu ..
    tapi kita x fikir yang buka tanah melayu ni parameswara .. parameswara berasal dari mana ?

    maka pada zaman itu melayu mula terbentuk ..
    sebab tu la ada muka melayu yang macam cina sikit2 .. kat indonesia lagi la muka cam cina .. sbb dah kahwin campur2 ..

    hak melayu zaman kini di malaysia ..
    hmmm .. aku rasa zaman kini mana ada lagi org yang original melayu ..

    ntah nenek moyang kita dah kahwin bangsa2 lain ..
    org cina islam yang dah bercucu cicit .. cicit dye dpt hak melayu ..

    kesimpulannya , melayu itu aku rasa la .. campuran juga .. org melayu mmg kaya dgn sopan dan budi yang tinggi .. ( tapi sekarang , bila barat dgn medianya mempengaruhi masyarakat melayu , maka makin pudarlah sifat2 terpuji melayu yg asal .. )

    takkan melayu hilang di dunia .. aku sedih .. aku sedih ..
    kenapa remaja kita suka merosakkan diri dengan hiburan yg melalaikan ..
    mengapa negara kita menghalalkan yang haram ..
    ya Allah .. aku dah x kisah pasal kaum kita ..
    tapi yang aku paling kisah ni pasal malaysia la ..

    apa nak jadi ngn malaysia ..
    mana hukum islam ..
    malaysia negara islam ke .. aku rasa sedih .. nak menangis hari2 .. x guna juga T__T''
    aku cuma rakyat .. nak mengundi .. dah undi tapi pemimpinnya wat hal lak .. peh

    kenapa mengharamkan yang halal ..
    kenapa negara kita mesti menjana ekonomi dgn arak .. judi ..
    bapak besar kilang arak aku tgk kat malaysia ni .. masjid pun besar , tapi solat jumaat je pnuh .. tmpt hiburan siap ada kat atas bukit la gi dgn judi .. aku rasa cam ragu2 nak terima gaji kerajaan aku ni .. takut2 duit yang aku terima hasil ladang babi ke ..

    da la babi byk kat malaysia ..
    kat singapura pun dorang amik babi malaysia ..
    sedap kut .. huhu ..

    maaf la .. aku saja nak luahkan perasaan di hati je ..
    kita kan negara demokratik ..
    pilihlah mana yang anda rasa benar ..

    minta maaf kalau ada tersalah fakta .. aku x tahu sgt pasal sejarah ..
    aku xtahu berpolitik ..
    tapi yang aku tahu kiamat nak dekat ..

    wahai malaysia ku yang tercinta ..
    marilah kita menuju jalan yang halal ..
    jalan yang diredhaiNya .. wallahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebal jugak ichigo ni... paresmeswara tu asal dr palembang bukit saguntang... dan tentu la melayu.. tapi nama parameswara tu sebelum kedatangan islam... atau sebelum dia masuk islam... abis kau ingat nama pareswara tu asal india? bingai tul ko ni... pastu nak cerita bab islam la ape la... sejarah bangsa pendukung agama pun kau tak lulus lagi... mesti ko ni dah kacuk 100kali... melayu tua jugak yg tahu siapa dan dimana melayu tu sebenarnya...

      Delete
    2. ni aku setuju... kalau hang tuah tu org bugis anak raja bugis atau sesetengah cakap yg habg tuah dah ada kerajaan di pulau bintan, ape ke halnya nak duduk dibawah raja melaka... sedap sutt je org bugis... ape ko ingat org melayu(minang) org jawa org aceh org banjar ni takde pahlawan ke...

      Delete
  8. Sejarah tidak boleh ikut rasa-rasa saja encik Ichigo.Bila sudah ada fakta begini kena kritis.Tidak boleh ikut rasa-rasa.

    Sebab ikut rasa-rasa lah anak-anak Melayu ingat mereka bangsa baru terbentuk,bangsa pemalas,bangsa mundur,bangsa pendatang dan senarai pemikiran negatif ini berterusan....

    Bila ada fakta menunjukkan bangsa Melayu itu pernah bina empayar,pernah hebat dan sebagainya...anak Melayu tetap main rasa-rasa juga.Akhirnya diketawakan bangsa lain.

    ReplyDelete
  9. aku yakin hang tuah org melayu..orait??

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. kah kah kah keling ropenyer mike...kah kah kah

      Delete
  11. Hang Tuah mmg orang Melayu.Asal keturunan dari Indonesia.Orang melayu mmg banyak dari Indonesia.Buat apa nak gaduh2.Tak malu ke nak ambik Pahlawan Melayu jadi pahlawan sendiri. Dah ada Bruce Lee ngan Jackie Chan udah le.Ngape tamak sangat.Bodo punya Shahabudeeeeeeeeeeen Jalil.Aku agak dia ni mamak tongkang la....

    ReplyDelete
  12. Agen2 asing dah bergerak nak menghancurkan bangsa melayu.Bangsa melayu jugak yang digunakan.....

    ReplyDelete
  13. Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

    Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

    Menurut Yayan Indriatmoko (2003), Hang Tuah berketurunan Orang Laut. Orang Asli melibatkan diri secara aktif dalam sosioekonomi Tanah Melayu pada zaman dulu.

    ReplyDelete
  14. Apa Khabar..keliru juga membaca artikel ini mungkin kerana pengetahuan yang cetek..bijaksana tuhan mencipta banyak perkara untuk dibincangkan oleh manusia yang berakal. Boleh jadi macam macam hal yang menarik, bagi saya Hang lebih bersifat nama gelaran dihadapan nama atau satu panggilan hormat. Tapi kalau kita ke utara..depa kata hang jugak..hang la..awat hang ni..hang juga boleh jadi kata ganti kepada kau atau awak. Macam macam ada..wasalam

    ReplyDelete
  15. Salam..sori la mengacau sikit...Yang aku tahu Hang Tuah tu berketurunan orang laut..Orang Laut yang aku tahu dari suku Orang Bugis. Macamna boleh jadik Cina ni..

    Kalau kita baca kitab-kitab lama ada menyebut tentang Raja Bugis mengucapkan terima kasih kepada Sultan Melaka kerena mengangkat Hang Tuah menjadi Laksamana. Maknanya Hang Tuah itu adalah dari keturunan Raja Bugis.

    Kalau kita telusuri sejarah nama Hang Tuah itu asalnya dari perkataan Mempawah. Anak yang membawa tuah. Pada zaman tersebut bahasa Melayu memang bahasa pengantar tetapi tidak semua etnik Melayu pandai berbahasa Melayu.

    Sultan Melaka mungkin pada masa itu tidak suka pada nama Mempawah lalu baginda memanggilnya Tuah.

    Jika kita lihat sejarah pun bangsa Bugis ini adalah bangsa yang suka belayar dan suka duduk di pesisiran pantai Nusantara. Keluarga Hang Tuah tinggal di pesisir Muara sungai Duyung.

    Orang Bugis juga handal dalam peperangan baik di darat atau di laut. Hang Tuah juga pandai berperang.

    ReplyDelete
  16. นารายณ์ ศรี ปราสาททองDecember 27, 2011 at 6:08 AM

    Hang Tuah pegi mane lepas Portuguese datang?

    ReplyDelete
  17. Hang Tuah sudah meninggal dunia sebelum kedatangan Portugis.

    ~Srikandi

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Maafkan saya yang musykil ini, Saudari Srikandi menyebut tentang Puteri Li Po diberi Gelaran Hang. Timbul 2 persoalan kepada saya,

    Pertama, adakah Hang diberi kepada Li Po kerana kepahlawanannya?

    Kedua, saudari Srikandi menyebut Gelaran Hang diberi kepada rakyat jelata. Adakah Li Po itu rakyat jelata sedangkan beliau berketurunan baik2 dari Kerajaan China dan disebut Puteri serta berkahwin dengan Sultan?

    Boleh saudari jelaskan sedikit untuk memantapkan maklumat dalam benak saya ini, kerana saya bukanlah arif di dalam sejarah, bukan juga niat saya untuk pertikaikan fakta ini.

    Saya juga memegang fakta yang sama tentang identiti Hang Tuah ialah Melayu dan Hang Li Po tiada kena mengena dengan Hang Tuah dari aspek pertalian darah.

    Terima kasih.

    Dari
    Rahmat Syah

    ReplyDelete
  19. orang laut tak sama dengan bugis laa.... memandai je. nak kenal keturunan orang laut, kat malaysia ni masih ada, di johor mereka dipanggil orang kuala. orang laut ni ada beberapa pecahan clan, tapi banyak yang dah menyerap jadi orang melayu. orang laut ni setia kepada keturunan srivijaya, kesultanan johor asalnya dari dinasti srivijaya, jadi setelah melaka jatuh orang laut taat setia kepada kesultanan johor, dan kesetiaan ni berterusan sepanjang pertukaran dinasti dari dinasti bendahara hinggalah dinasti temenggung sekarang ni.

    tentang orang bugis pula, mereka sebenarnya hanya mula aktif sebagai pelaut setelah perang saudara di sulawesi antara makasar dengan bone, dan hal ini berlaku jauh setelah melaka jatuh. kalau anda selidik sumber2 sejarah, takde disebut nama orang bugis sebelum perang saudara tersebut memaksa mereka menebar ke nusantara. jadi saya kira kebarangkalian hang tuah orang bugis adalah tipis

    ReplyDelete
  20. sebnarnnya yang cakap hang tuah tu portugis nak melawak jer.... nak tengok ada ke tak orang gelak kat lawak dia. memang betul. lawak lah kenyataan tu. hahaha!

    ReplyDelete
  21. Mungkin ramai yg tak tau.. shahbudeen ni keturunan india. sooo sendiri faham. Saya pernah terkena. Krusus bedegar degar.Diajar lain dah pegi china jadi lain. Barang tak dapat lepas tangan. 3 taun tunggu nak settle. hampehhhhhh

    ReplyDelete
  22. Kini pewaris Hang masih wujud, terutama yang tidak memahami sejarah Hang itu sendiri... Jadi golongan Hang itu sekarang dikenali sebagai...
    "Hang Bodo laa kalau dok merapu-rapu mcm tu!!!"
    Bwahahahaha...

    ReplyDelete
  23. Orang minang ckap kau adalah 'ang' dan dlm bahasa melayu ada engkau.. Jadi.. Perubahan eng menjadi ang..
    Dan dari 'ang' menjadi 'hang'..
    Perubahan ini terjadi sebab kemudahan/keselesaan mulut menyebut 'h'+ang berbanding 'ang'
    Dan samalah jugak halnya ang dgn eng .. Lagi satu.. Jebat bukanlah namanya jebat.. Kerana jika 'jebat' namanya je+bat erti perkataan ini adalah "pekerjaan lelaki yg memutuskan" dan kita tahu, jebat memutuskan silaturahim dgn tuah.. Nampak sangat akn unsur rekaannya..
    .. Ini hanya pendapat dari segi bahasa..
    Maaf, xbaca abis.. Panjang sangat tulisan anda..
    D.S

    ReplyDelete
  24. Nampak tak korang kesan bila hilang sejarah? Tiada sejarah diri melemahkan minda dan memudahkan dijajah semula tanpa pertumpahan darah sedikitpun...Pandai penjajah dulu bersilang kata sampai kita x perasan dah kena main... Adakah anda sedar sejarah kita DIHILANGKAN?

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore