Monday, August 23, 2010

'Bangsa' Sayyam Puasa mengamuk di bulan puasa!




'Bangsa' Sayyam Puasa mengamuk di bulan puasa!




Saya telah diberitahu oleh seorang peminat akan satu artikel dalam blog ini yang nadanya seperti melampiaskan kemarahan yang terbuku sejak sekian lama.Yess...inilah yang saya nantikan kerana saya mahu tahu sejauh mana ilmu agama yang ditimba di bumi para anbiya mampu dihayati oleh penulis.Saya sudah lama maklum akan 'style' penulis-penulis syok sendiri bangsa Sayyam Puasa al-Merong apabila diusik sedikit...fuh!anda akan menerima akibat yang amat dasyat.Segala sumpah seranah akan menyerang anda bertubi-tubi.Ini diibaratkan apabila anda menjentik telinga mereka dengan lembut,tiba-tiba anda akan menerima pukulan siku terbang,lutut terbang ala Tony Jaa secara bertubi-tubi kiri dan kanan tanpa anda sempat berbuat apa-apa dan dengan terpinga-pinga apakah dosa anda yang sebegitu besar sehingga 'dibelasah' sedemikian rupa ;)

Ini kajian kes di mana mereka yang punya sejarah yang diragui dan mengelirukan akan merasa terancam jika diganggu gugat.Ini sama seperti orang yang berbohong,mereka akan takut dengan bayang-bayang sendiri.Ingat perkara ini jika anda mahu menegur kelompok peminat Teori Siam Islam Merong Ayutthaya,ANDA MUNGKIN AKAN MENERIMA MAKIAN DAN SUMPAH SERANAH walaupun anda menegur dengan baik.Ini adalah 'clue' dan 'trademark' mereka.

Tanpa membuang masa mari kita analisis 'kemarahan' penulis kepada saya:

"Walaupun ana di beritahu ada tentangan dari setengah pihak terutamanya golongan pensyarah-pensyarah sejarah yang sudah lama di hidangkan dengan kajian-kajian palsu barat, terutamanya pensyarah yang menyamar sebagai masih anak dara, siap dengan tangan anak muridnya dan artis yang menulis padahal beliau sudah tua kerepot dan mempunyai cucu tiga orang. Tetapi perjuangan tetap diteruskan demi survival Umat Melayu Islam dan dunia amnya. Pembohongan beliau ini dengan mengerah anak-anak muridnya di kuliah menghantar puluhan malah ratusan ulasan tanpa nama untuk menunjukkan kononnya mereka berpengaruh dalam dunia penulisan blog, sebenarnya tidak memberi kesan kepada golongan Merong yang bila membuat perhimpunan pernah mencatat hingga tiga ribu orang"

Ulasan saya:

Siapa yang menyamar jadi anak dara?Anak murid yang menulis?Artis?Serius...saya ketawa terbahak-bahak bersama-sama rakan-rakan sepejabat membaca artikel penulis ini.Memandai dia kata saya sudah tua kerepot,main belasah saja mamat ini ;DDDD

Paling saya tidak tahan,dia serkap jarang kata saya sudah ada cucu tiga orang.Lagi berderai ketawa rakan-rakan saya.Nampak sangat dia menulis dengan perasaan yang amat marah dan geram.Sabar cik abang...hilang ilmu agama cik abang kalau buat begini.Malulah sebab tunjuk gambar Mekah Madinah dan war-warkan keluar 40 hari lah itulah inilah.Tapi bila bab sejarah...bukan main bercerita sampai lupa dunia.Yang hitam kata putih yang putih kata hitam.Yang halal jadi haram yang haram jadi halal...semua sapu bersih ;DDD

Macam mana penulis kata dia berjuang untuk survival umat Melayu Islam?Yang saya nampak penulis berjuang untuk survival umat Siam Islam al-Merong dan TAKHTA SULTAN KEDAH UNTUK NAI LONG KASSIM (bukan Kedah saja sebenarnya,malah satu Nusantara sebab Empayar Siam Islam amat luas sehingga mencakupi Albania,Australia dan Jordan) ;DDDDDDDDDDD

Seterusnya dia mengomel kata saya mengerah 'anak-anak murid' saya menghantar ulasan.Saya nak bagitahu sikit,jeling-jelinglah follower MF itu,dah berapa banyak.Itu baru follower,pembaca senyap dan pemerhati kat luar tu macam mana?Saya tidak perlukan anak-anak murid saya hantar komen untuk saya...buang masa lah.Tak pro lah macam tu cik abang.Analisis trafik MF ialah purata setiap 2 saat ada pengunjung yang baca!Adakah saya mengarahkan 'anak-anak murid' saya supaya hantar komen atau jenguk MF setiap 2 saat?Nonsenselah brader ;DDDD

Buatlah perhimpunan sampai sejuta orang pun,tiada siapa yang kisah.Tulislah cerita hikayat keturunan raja-raja Sayyam Puasa al-Merong di internet,tiada siapa yang peduli.Tapi kalau buat perhimpunan lepas itu buat demonstrasi tuntut takhta Kedah atau Yang Dipertuan Agong,saya rasa nak cari nahas saja.

Lagi bebelan penulis:

"Malah ia mengajar pula tuan punya blog yang ia dijemput membuat artikel, cara mendapat banyak ulasan tak bernama untuk sebagai denak agar orang mengganggap artikelnya antara kononnya terbaik. Taktik kotor ini tidak dapat menyekat kemaraan golongan keluarga Merong Mahawangsa untuk terus maju membuka pekung musuh-musuh Allah di dalam penipuan sejarah mereka bukan saja di Nusantara, negara-negara Arab malah seluruh dunia amnya. Kita tidak pernah memaksa saudara mara yang hadir di perhimpunan keluarga Merong Mahawangsa ini menghantar ulasan ke blog-blog ini seperti sesetengah mokcik pensyarah siap menjanjikan markah jika anak-anak murid kuliah dan tutorialnya menghantar ulasan di artikelnya. Ini kerana ramainya penghantar ulasan bukan bukti blog kita antara yang benar, betul dan terbaik. Penipuan ini dapat dikesan bila di tinjau di tahun 2007 dan 2008 bilangan ulasan macam biasa sekitar 7 orang dan 17 orang malah sesetengah artikel mereka tiada ulasan lansung. Tapi bila mak cik sri mulut joyah tiba, rancangan untuk memaki hamun keluarga Merong Mahawangsa pun bermula dengan memperbanyakkan puluhan malah ratusan ulasan palsu di buat. Dulu mengaku Jawa dan sekarang mengaku orang Semenanjung pula. Innalillah... bawa istighfar"
Ulasan saya:

Kenapa penulis ini fokus kepada komen-komen artikel saya?Jawab sajalah persoalan Teori Siam al-Merong yang saya persoalkan.Kritik saya balik secara akademik.Dalam hal ini saya tabik spring pada Krizalid,salah seorang yang agak cenderung dengan teori-teori mereka.Beliau tetap cuba menjawab kritikan saya secara berilmu dan rasional.Tetapi penulis blog ini tidak rasional.Dia gemar meleret-leret kepada perkara-perkara yang tidak penting;jumlah komen dalam artikel saya,kerepot atau anak darakah saya,ulasan-ulasan yang dihantar dan entah saya pun tidak faham mengapa dia suka sentuh hal-hal sebegini.Mengapa tidak sanggah saja artikel saya,persoalkan,kritik...bentangkan hujah...baru orang respek.Ini tidak,jumlah ulasan,jumlah komen yang dia persoalkan.Nak buat macam mana dah blog popular,ramai orang suka ;) janganlah jeles cik abang...

Bila masa pula saya mengaku Jawa kemudian orang semenanjung?Saya memang orang semenanjung.Habis itu orang Melayu keturunan Minang,Boyan,Rawa,Mendailing atau Jawa kat Malaysia ini bukan orang semenanjung?Ini satu lagi bahan ketawa dalam pejabat saya.Lainlah keturunan penulis yang berubah-rubah sekejap Siam,sekejap Yunnan,sekejap Xian,sekejap haiwan Merong,sekejap haiwan Harimau lepas tu jadi manusia balik menjelma jadi Melayu kemudian tiba-tiba jadi bani Jawi ;DD Lawak...lawak.

Kita 'enjoy' lagi bebelan penulis:

"Malah pembohongannya makin terserlah bila menggandaikan di hadapan pembaca blog yang dirinya masih muda dan tidak berkedut bila meletak gambar-gambar batil wanita muda di artikelnya untuk menyokong artikelnya yang bulat-bulat di ambil dari kajian universiti-universiti barat yang ditunjangi oleh musuh-musuh Allah. Kerja menghina, memaki hamun dan mengfitnah bukan kerja anak dara yang pemalu, tapi kerja seorang tua Joyah yang penuh dengan hasad dengki kerana tidak sama dengan kajian sejarah dongeng yang di pelajarinya dan bercanggah dengan apa yang dihidangkan dari kawan-kawannya dari kalangan sejarawan-sejarawan barat musuh-musuh Allah. Semoga Allah taala memberi hidayat kepada mereka daripada menjadi murid dan pengikut pihak barat dan alat musuh-musuh Allah berkenaan. Memang ada permintaan dari mok cik sri ini yang hendak pencen itu untuk berjumpa dengan Yang Teramat Mulia Nai Long Kasim untuk mengetahui keadaan pergolakan sebenar di Indo-China atau Benua Siam dan lain-lain daerah serta wilayah tengah dan selatan Nusantara"
Jawab saya:

Cik abang ini puasa ke tak puasa ni?Sedap mulut dia kata saya berkedut kerepot,dia pernah nampak saya ke?Saya hairan dengan akhlak penulis sebegini sebab dia ni merupakan graduan UKM Bangi di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam yang sebelum ini belajar di Ma'ahad Mahmud Kedah. Pernah belajar di Kolej Universiti Al-Haram di Masjidil Haram Mekkah dan Universiti Yarmuk Jordan (saya ambil dari profailnya).Belajar agama di tempat yang hebat-hebat...tapi sedih...output yang keluar macam ini,suka menuduh yang bukan-bukan.Sebab itu saya tak hairan seorang pengikut Ayah Pin adalah seorang ustazah lulusan universiti Al-Azhar.Ilmu agama yang tinggi tidak menjamin akhlak mulia 100%.

Bayangkan,kita persoalkan saja ketepatan sejarah rekaan mereka,itu sahaja...tetapi mak aii dituduhnya kita jadi alat musuh-musuh Allah.Ke situ pulak.

Kita layan lagi:

"Tapi permintaan itu tidak dapat di penuhi kerana untuk keselamatan YTM Nai Long Kasim dan keadaan baginda pula sekarang ini yang semakin uzur. Ini menyebabkan pensyarah mok cik sri ini semakin mengamuk dan memapar sifat keji beliau di setiap penulisan untuk membalas dendamnya terhadap keluarga diraja ini walaupun di bulan ramadhan yang mulia ini. Sebarang pujian dan ulasan yang baik terhadap keluarga Merong Mahawangsa ini akan menimbulkan kemarahan beliau menyebabkan beliau masuk kemana-mana blog untuk memberi kutukan huduh dan memaki hamun, malah tidak cukup dengan artikelnya yang penuh kebencian terhadap golongan Ahlul-Bait ini, malah menyamar sebagai gadis muda agar pembaca blog lain tertarik dan ingin berkhayal dan berkahwin dengannya. Taktik konspirasi yang di pelajari beliau dari musuh-musuh Allah ini di gunakan sebanyak dan sehabis yang mungkin untuk memberi kepuasan nafsu amarah hasad dengki beliau. Pembaca-pembaca blog jangan risau tentang perkara ini sebab musuh ada di mana-mana malah nabi s.a.w. yang wajahnya cukup mubarak dan bercahaya pun ingin di bunuh oleh Yahudi, Munafikin dan kafir Musyrikin. Semoga Allah memberi hidayat kepada golongan yang semacam ini"
Jawab saya:

Bukan main marah cik abang ustaz Siam ni.Dia kata saya memaparkan 'sifat keji' di setiap penulisan.Saya tidak marah.Cuma kesian tengok perangai penulis.Saya jadi insaf,betapa pendidikan agama yang ditimba di Mekah dan Jordan tidak dapat membantu membentuk sahsiah yang baik dalam penulisan blognya.Dia kelihatan hilang arah.Saya rasa blog yang dimaksudkannya ialah blog al-Semantani.Lebih baik dia jawab saja komen saya dari memaki hamun macam ini.Mungkin dia hantar saudara Krizalid,tapi tak jalan juga ;) Akhirnya dia mengamuk satu dunia sebab impian untuk bergelar keturunan diraja yang diiktiraf oleh orang Melayu dicabar dan semakin kelam.Kesian.

Saya nasihatkan...itu semua dunia...pangkat dan gelaran...itu semua dunia saudara.

;DD

Adakah saya menuduh tanpa bukti?Ok,kali ini mari kita analisis apa yang saya paparkan nanti.Pertamanya tentang TAKHTA KEDAH.Yup,mereka amat inginkan keturunan mereka duduk atas TAKHTA KEDAH itu.Ada ceritanya dan kronologinya.Saya sudah khatam sejarah keturunan mereka ini tahun lepas.Siap dengan asal-usul bahasa Siam mereka dan sejarah Undang-undang Kedah dan Merong Mahawangsa kebanggaan mereka itu.Tapi saya akan ceritakan semua ini dalam artikel pengiring ATBM v3.5 nanti.

Petikan dari soalan pembaca dalam artikel "CERITERA SEORANG GURU BERNAMA MUNSYI ABDULLAH DAN PERISTIWA PENGEBOMAN KOTA-KOTA DI BANDAR HILIR":

Kawie2020>>

"terima kasih tuan megat diatas ulasan anda.

diharap persoalan2 yg dikemukakan oleh saya tidak mengjengkelkan pihak tuan.

Ini adalah kerana saya masih terfikir2 dan mencari jawapan yg jelas.

1. Dari pembacaan saya, terdapat beberapa blog yg menyatakan bahawa keluarga tuanku nai long kassim cuba menuntut hak kesultanan kedah. Adakah ini benar ataupun ianya merupakan satu tohmahan semata2.

2. tuan menyatakan bahawa kedah darul aman hanyalah sebuah daerah sahaja. persoalannya mengapakah hanya perlis menggunakan gelaran raja, sedangkan negeri2 beraja melayu yg lainnya menggunakan sultan?

3. adakah kesultanan perak sekarang ini merupakan keturunan kedah tua merong mahawangsa?

sebenarnya saya berasa bangga dengan pendedahan tuanku nai long kassim tentang sejarah realiti nagara kedah ini. dan saya amat berminat untuk menyertai perhimpunan keluarga nai kerana saya mahu mendengar sendiri kisah2 ini dalam ucaptama tuanku nai long kassim.

Adakah org awam seperti saya boleh menyertainya ataupun hanya ahli keluarga kedah tua sahaja yg boleh menghadirinya.

terima kasih"

Ok,penulis yang menggelar dirinya Megat al-Jefri membalas,perhatikan baik-baik jawapannya:

Megat al-Jefri>>

"sama-sama saudara kawie

ya tuntutan dibuat agar bekerjasama mmbaiki sejarah bangsa yg telah rosak padahal melayu itu penghulu sgala bangsa dan raja-raja melayu pula berketurunan iskandar zulkarnain dan nabi s.a.w. Kita juga perlu meletakkan shah alam nai long kasim d tempat yg layak dgn baginda. tuntutan juga mewujudkan jawatan shah alam utk seluruh nusantara kedah syburi langkasuka bukannya kedah darulaman dan ayahanda sultn abd halim ialah lantikan para nai dan yg teramat mulia nai long mahmud boss kpd badlishah dan panglima nayan.

mereke mmg tidak layak dgn title sultan sbb ia milik mutlak kedah tua, lagipun dlm bahasa arab sultan itu brmaksud org yg memegang kekuasaan tapi depani cuma makan gaji jaga kwsn dan layak sebagai raja daerah mcm tenku razaleigh org asli panggil dia raja iaitu raja daerah dlm klantan.yg sedar diri diatu raja daerah cuma perlis sahaja iaitu penghulu kayang.

raja-raja perak skrg nisemuanya mutlak keturunan penderhaka kedah tua dlm bahsa mudah geng-geng lanun talibarut inggeris.juga pelingkup raja selama, kinta dan larut.

yang tu kena refer kat nai cau dr afifuddin bekas YB kuala nerang.kalau ada rezki dia panggil la mai majlis.


salam saudara herman

sebenar merong takkacau dia pun maklumlah rakyat jelata, tapi dia yg kacau merong dulu siap buh dlm blog dia lagi.

tahniah kawie, kalau boleh ambillah gambar telaga tu sekali"

Lihat,penulis mengiakan bahawa sememangnya mereka MENUNTUT dan memasang impian meletakkan Nai Long Kassim ke takhta...oppss bukan Kedah sahaja tau malah seluruh Malaysia (Yang Di Pertuan Agong sebab semua sultan dan raja Melayu cuma raja daerah sahaja kepada raja Siam Merong ini).Malahan kalau boleh wujudkan jawatan Shah Alam untuk seluruh nusantara!Woo...wooo...jangan tamak haloba encik Megat al-Jefri...orang tamak selalu rugi,bagai anjing dengan bayang-bayang ;D

Perhatikan tuduhannya bercampur fitnah yang amat berat kepada sultan-sultan Perak:

"raja-raja perak skrg nisemuanya mutlak keturunan penderhaka kedah tua dlm bahsa mudah geng-geng lanun talibarut inggeris.juga pelingkup raja selama, kinta dan larut"


Ok,kali ini kita lihat pula siapa yang dikatakan 'mengacau Merong',dimana saudara Herman dari MalayPress telah menimbulkannya dalam satu komen.

Beliau ialah saudara Radzi Sapiee,pemilik blog Berpetualang ke Aceh.Radzi Sapiee juga peminat sejarah dan salasilah raja-raja Melayu.Beliau pernah menterjemahkan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris.

Saudara Radzie Sapiee ada menghantar komen dan persoalan secara baik dan akademik kepada Megat al-Jefri (penulis ustaz lulusan agama ini):

"Salam semua. Tentang nasab Al-Jefri harap para pembaca budiman merujuk pada badan-badan diiktiraf yang menjaga nasab Ahlul Bait seperti Rabitah Alawiyah di Jakarta atau Persatuan Asyraaf di Malaysia sendiri. Ini adalah badan yang dianggotai keturunan Rasulullah SAW yang diiktiraf, bukan Komunis Yaman apalagi penyamun sejarah realiti. Jadi orang yang adil, jangan taksub hendak menegakkan benang basah. Cuba masuk ke sini...

http://forum.asyraaf.net/forumdisplay.php?fid=44

Tanya mereka dengan hati terbuka...

1. Apakah sudah wujud keluarga Al-Jefri pada tahun 700 hingga 800 Masihi?

2. Kalau betulpun ada orang bernama Sharifah Mariam Al-Jefri pada zaman tersebut, adakah anak dan keturunannya layak lagi dipanggil Al-Jefri jika mereka adalah keturunan si Sharifah yang berkahwin dengan lelaki yang bukan keturunan Nabi Muhammad SAW?

Tentang buku Undang-undang Kedah yang konon menjadi rujukan mutlak, fikirkan. Bagaimana sebuah buku yang isi penulisannya bermula dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku abad ke 17 Masihi diikuti abad ke 18 boleh berakhir dengan dakwaan yang menyebut isi buku itu tamat ditulis pada tahun 222 iaitu abad ke 3 Masihi.

Tanya soalan-soalan ini dengan jujur, bukan dengan ketaksuban dan sifat pembohong. Wassalam"

Sekarang perhatikan baik-baik JAWAPAN DARI USTAZ SIAM INI:

"salam kembali pak dee mulut merah...

rujukan yg anta minta tengok itu mcm buku dongeng kesultanan melaka yg lawan penjajah hanya dgn golok dan lembing sehingga harun yg mai dari thai cenak dikatakan confirm darah nabi dari buku rujukan kesayangan anda kononnya diiktiraf, jad si lanun harun cenak tu pakai dgn gelaran raja syed putra jamalullail semua angguk kepala.

1 ttg nasab al-jefri ana syor anta rujuk dgn tun mahathir dan dr rais yatim habis cerita.

2 gelaran itu boleh diguna pakai sbb darah mereka ini spt husin r.hu dari maknya fatimah r.ha mengandungi berkat darah nabi s.aw. mengalir. tapi ahlul bait nusantara d sini mmbentuk ajam dari campuran darah nabi s.a.w dan darah nabi iskandar zulkarnain melalui merong maha wangsa.

ttg buku 'uuk' seelok anda rujuk dgn mariyam salim sbb nmpk sangat anta tak pernah baca buku ini sbb ia mgandungi 4 bhg pnulisn.
kecetekan anta ttg sejarah terbonkar apabila anta sanggup meletakkan nama anak anta yg tak brdosa dgn nama lebai malang AMIN AR RASYID yg mati d bunuh dlm keadaan bogel.mungkin bisikan makluk halus yg mendiami kubur2 lanun yg anta sangkakan kubur2 raja mengilham dan mengajar anta nama sedih itu.dan jika benar anta keturunn lanun2 perak yg d aggap british sbagai raja2 perak,maka tidak pelik anta menghina dan mengeji dgn prkataan bodoh dan lain-lain sbb itu mmg sifat lanun yg suka melanun dan mmberontak sesuai pulak dgn nama amin arrasyid yg bersifat melanun dan memberontak jawatan putra mahkota milik abgnya makmun khalifah abasiyyah slps itu.

nampak gayanya ana kena buat artikel dari baghdad ttg arrasyid ni sblm ana pulang ke negeri(semenanjung) melaka.wsslm"


Radzi Sapiee,apabila sudah menjangkakan jawapan yang keluar dari ustaz Siam:

"Terima kasih. Peribadi anda begitu terserlah dengan jawaban ini. Tamat cerita.:] "


Lihat sumpah seranah Megat al-Jefri yang tidak layak dengan kelulusannya dalam bidang agama,perhatikan sehingga peribadi saudara Radzi Sapiee dan nama anaknya pun boleh dijadikan bahan sumpah seranah:

"kecetekan anta ttg sejarah terbonkar apabila anta sanggup meletakkan nama anak anta yg tak brdosa dgn nama lebai malang AMIN AR RASYID yg mati d bunuh dlm keadaan bogel.mungkin bisikan makluk halus yg mendiami kubur2 lanun yg anta sangkakan kubur2 raja mengilham dan mengajar anta nama sedih itu.dan jika benar anta keturunn lanun2 perak yg d aggap british sbagai raja2 perak,maka tidak pelik anta menghina dan mengeji dgn prkataan bodoh dan lain-lain sbb itu mmg sifat lanun yg suka melanun dan mmberontak sesuai pulak dgn nama amin arrasyid yg bersifat melanun dan memberontak jawatan putra mahkota milik abgnya makmun khalifah abasiyyah slps itu."

Ingat pesanan saya,SIAPA YANG TERASA TERANCAM DAN CEPAT PANIK APABILA DIPERSOALKAN SEJARAH BANGSANYA,MAKA ADA 'SOMETHING WRONG' DI SITU.Dalam bahasa kasarnya,dia pembohong.Orang yang cepat panik ini tidak jawab hujah si pengkritik,dia akan menjadi tidak tentu hala menyumpah seranah membabi buta.

Ini 'trademark' mereka.Ingat baik-baik tentang ini.Sebab itu jika anda komen blog mereka,tidak kiralah dalam MalayPress,blogsejarahnagarakedah atau lain-lain maka jangan menangis jika komen anda tiba-tiba ghaib!Jika mereka pening nak jawab mereka akan hilangkan komen anda.Jika rajin...mereka akan sumpah seranah anda tanpa menjawab kemusykilan anda.Jika nasib baik,komen anda akan dijawab dengan versi sejarah putar belit mereka.Candi Buddha dikatakan istana Islam.Orang yang hidup pada zaman selepas sahabat nabi boleh 'back to the future' naik mesin masa ke masa belakang.Undang-undang Kedah yang ditulis pada abad ke-17 boleh naik mesin masa ke tarikh sezaman Champa dan Gangga Negara.Haru-biru dibuatnya.

Yang terakhir,perhatikan 'hadis riwayat Al-Hakim Nai Syburi' yang terletak di'banner' atas.Sebenarnya dia ni terlampau obses dengan 'Nai' dan 'Saiburi'.Nama sebenar periwayat hadis itu ialah Hakim al-Nishaburi atau Abu Abd-Allah Muhammad ibn Abd-Allah al-Hakim al-Nishaburi dan Nishabur (bukan Naisaiburi) adalah satu bandar di timur laut Iran.Tiada kena mengena dengan Nai Siam Luang ;DDD

Buat  pengetahuan pembaca,Saiburi adalah nama yang diberikan oleh kerajaan Thai ketika menjajah Kedah.Hanya Siam Merong sahaja bangga dengan nama yang diberikan penjajah Thai ini sebab satu kaum dengan mereka.Tapi orang Kedah Tulen tetap memanggil negeri mereka Kedah.

Dan satu lagi,saya kritik hanya dari segi sejarah sahaja,tidak lebih dari itu.Kepada semua umat Islam tidak kira Siam Islam atau Melayu Islam,saya ucapkan Selamat Berpuasa...tak terlambat rasanya kan? ;D



Ok,geng itu sahaja pelajaran kita hari ini.

Bangun sahur tau.Jangan puasa yang yok ; D




46 comments:

  1. Salam Srikandi

    Inilah penyebab saya akan terus setia belajar dengan Srikandi, setiapkali ada hujah dari pihak lawan dapat ditangkis dengan dengan hujah yang bersifat akademik dan rasional.

    Walaupun ilmu Sejarah saya hanya 'level' SPM sahaja dan tidak pernah memasuki mana-mana universiti untuk mendapat sekeping kertas yang bernama Ijazah dalam bidang sejarah tapi saya dapat membezakan mana sejarah yang ditulis itu benar atau tidak benar. Mungkin saya banyak membaca dan dapat mengenalpasti karakter si penulis tersebut berbohong atau mahu menyampaikan ilmu yang hak.Wallahualam.

    Srikandi pernah menonton Filem The Book Of Eli tak?

    Dalam filem tersebut menceritakan tentang keadaan manusia selepas perang nuklear dimana pada masa itu kehidupan manusia kembali menjadi primitif. Semua orang tidak tahu membaca apatah lagi rasa ingin belajar maka orang yang pandai membaca adalah orang yang boleh memerintah.

    Dalam filem tersebut menceritakan betapa ilmu sejarah sangat penting untuk mempengaruhi manusia supaya menjadi pengikut yang setia. Ya,menjadi 'pengikut yang setia'...akhirnya tiada apa yang setia sekiranya 'niat' itu cenderung ke arah keburukan.

    Selamat berjuang Srikandi,aku hanya mampu menyokong dan menyumbang idea yang tidak seberapa...

    Kalau sahur Srikandi suka makan apa pula yer??
    ;-D

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan Srikandi.

    Jika pembaca-pembaca umum melayari kedua-dua blog; blog Alter Terahsia Melayu ini dan blog Kedah Cyber Syburi Kota Star Gate, tanpa penelitian dan ilmu sejarah yg baik, ini akan mencetuskan dilema Sejarah Melayu sekaligus mencipta pertarungan ilmu antara sarjana-sarjana sejarah yg mengasyikkan! Mazhab Siam Islam vs Mazhab Mala.

    Semoga ATBM terbaru dpt dipaparkan secepat mungkin demi kebenaran sejarah Melayu.

    M_M

    ReplyDelete
  3. salam..boleh tak srikandi terangkan hujah untuk memangkas dakyah-dakyah oleh sarjana upahan seperti Michael Chick?

    ReplyDelete
  4. Salam

    Rasanya tak usahlah dipedulikan sangat kata-kata dan sifat buruk siam nai nai tu. Ni pun dah kira dia sangat bernasib baik kerana takde lagi individu buat laporan polis bila dia hina keturunan Sultan @ Raja Melayu dengan perkataan-perkataan yang tak sepatutnya. Kita bersyukur ajelah sebab orang macam dia ditakdirkan Allah hanya layak berangan nak tuntut jadi raja dan tak lebih dari itu.

    Kalau "istana" pudu masih ada... pasti sy cadangkan kerajaan sumbat je siam nai nai ni kat situ. Biar dia berkubu buat kerajaan siam dia puas puas kat dalam tu.

    Selamat Berpuasa :D

    ReplyDelete
  5. apakah benar sri kandi dah kerepot?..akekeke....kerepot tak kerepot tu belakang kira...yg penting aku tak nak jd siam...aku melayu...

    ReplyDelete
  6. salam,
    gambar ikon wanita muda pun kena ungkit....!
    sahlah.,golongan2 ini takboleh dijadikan rujukan.
    selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  7. salam srikandi

    nak layan salah, tak layan pun salah.
    bila nak update ATBM v3.5
    lutut dah menggigil, lama tak dapat candu ( ilmu )ni

    ReplyDelete
  8. Srikandi,

    Tk perlu layan lar siam nai2 tue. Pembaca skang nie bijak dan boleh berfikir. Baik Srikandi tumpukan utk menyiapkn ATBM 3.5 tue cepat2.

    Soalan:- ari tue ada kata Srikandi tahu 1% apa yg berada di bawah kaki kita sekarang nie (pentas sunda). Share lar skit, sy membayangkn mcm kartun Atlantis tue dulu.

    ReplyDelete
  9. Salam Srikandi..

    Tahniah di atas hujah kilas yang sungguh memuaskan hati. Lega rasanya, reda sudah kemarahan di hati dengan puak2 yang tak beretika ni. Kita hantar komen, bukannya nak siarkan. Maklumla tak kena dengan selera depa. Mengaku keturunan ahlul bait la, kerap dok kondem saudi dan orang lain yang tak sama amalan dengan depa tu wahabi la (dia ni sokong syiah kot???), tapi dia tak kondem pulak puak2 ultra nasionalis, SIS, komunis, dan lain2 yang cacmerba tu... (sebab depa tak kacau puak2 siam kot ki.. ki.. ki..) Apapun syabas sekali lagi srikandi, semoga Allah swt menambahkan pahala puasa buat srikandi dari si pengutuk sam-sam yang tak beretika ni. Teruskan pembongkaran

    ReplyDelete
  10. megat al jefri ni elok dipakai kebaya pas tu letak kat Sister in Islam belajar jd feminin...hahaha

    ReplyDelete
  11. awas Srikandi... jgn sampai terletak gambar gadis afrika.... nanti jadik Srikandi = gadis Afrika yg kerepot yang perasan keturunan Jawa semenanjung... hihihi....

    artikel nie bagus untuk merehatkan minda sekejap... :)

    -abuhakeem-

    ReplyDelete
  12. salam srikandi...

    mcm ada 'peperangan' pulak dlm post kali ni. meletup2 pulak bunyinya...

    saya cuma terfikir (bukan menyebelahi sesiapa), kadang2 ada sesetengah penulis terlalu ikut perasaan dlm menilai sesuatu fakta/info yg diperolehi. seharusnya sebelum keluarkn kenyataan/post secara rasmi, kan ke lebih baik bertanya dulu pada mana2 penulis yg lebih arif?apa salahnya minta pendapat/pandangan/buat rujukan dulu sblm mengeluarkan kenyataan? jgn main 'serang' jer...

    ttg srikandi tua kerepot ker mcm mana rupa tu, saya xtau...itu semua org jer mengata! xde keje lain, mengutuk org jer..kurang pahala puasa tau..

    ReplyDelete
  13. erk...

    teruk betul geng nai nai tu hentam puan yea..

    tak salah saya lah, prinsipal sy tak mention lansung pun pasal geng2 nai ni layak dpt takta, apatah lagi utk memerintah seluruh persekutuan malaysia ni

    srikandi bkn tua tp masih ngam ngam je.. ni mesti geng nai nai jumpa wak dukun tuan kelaris scan pakai jin mabuk meroyan hehe

    ReplyDelete
  14. salam....

    srikandi...
    biarkan saja si anai anai dgn labu labi nya itu...
    ahaks...i'm sorry.....

    ReplyDelete
  15. Salam

    Provokasi oleh media indonesia mungkin sudah agak keterlaluan....

    Sejarah adalah salah satu cabang pengetahuan yang boleh menyatupadukan nusantara kita selepas agama.

    Moga ramai yang sedar dan muhasabah slps ini.

    ReplyDelete
  16. walaupun kerepot sy tetap syg awk srikandi. :D

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum srikandi

    Saya ingin bertanya

    1) kenapakah sejarah malaysia yg di ajar di peringkat sekolah ditulis begitu simple dan seakan cerita komik sahaja?

    2) Kenapakah tiada penekanan dari agensi kerajaan untuk mennghebahkan sejarah realiti sebenar tentang keagungan bangsa melayu ini?

    3) Sy masih blajar lg dan amat cetek ilmu tentang sejarah bangsa yang agung ini , dari mana harus saya bermula bg mengetahui keagungan bangsa melayu yg amat sy cintai ini?

    *pada pandangan saya yg tidak sebrapa ini, saya lihat kurangnya penghebahan secara tepat mngenai sejarah bangsa ini mnyebabkan ramai anak melayu yg terutamanya generasi muda( >25 thn) kurang menghargai ilmu dan kepentingan sejarah itu sendiri dan yg paling mnyedihkan ada yg malu mengaku sbg melayu.

    ReplyDelete
  18. salam
    biaq pi la depa sri kandi....kalu layan sgt pun buat tension hang ja...aku baca mula nak tegelak pun ada ,macam gosip artis la plak hahhaha..tapi depa nie tak da adap langsung dah la bulan ramadan nie...hang ni dah rajin senyum selalu kira awek muda la tue hahahaha.....

    ReplyDelete
  19. salam seri kandi

    biasa la serikandi mgkinn depa rasa jadi sultan ni seronok, depa taktau nak jawab kat sana sok camna, brapa ramai keturunan sultan yang asal dan asli sanggup lepas takhta untuk jalani hidup sufi kerana rasa semua tu hanya dunia.

    wasalam

    ReplyDelete
  20. Srikandi,
    Tak sabar nak dapat input baru ni. Saya ni peminat sejarah dan silent reader Srikandi & Mistisfiles :)

    Setuju dengan komen yang anak melayu sekarang tak hargai sejarah. Berkenaan Teori Hang Tuah bukan keturunan Melayu tu, saya dah dengar dari tahun 2001 lagi. Waktu tu ada pensyarah jemputan ajar Malaysia Studies sebut pasal benda ni. Student campur2 Melayu, Cina, India dll. Memang rasa tercabar sangat2, tapi waktu tu ilmu masih cetek, artikel macam Srikandi dan Mistisfiles pun tak pernah jumpa lagi. Rasa geram dan marah rasa membuak2 sebab saya sangant2 tak setuju dengan pensyarah Melayu dari Selatan Negeri tu. Tapi saya senyap...sebab ilmu sangat kurang disamping "inferiority complex" - masuk U yang medium bahasanya Omputih. Dulu tak reti nak berhujah.

    ReplyDelete
  21. salam

    puan

    http://muslioli.blogspot.com/2010/03/asal-usul-nama-tanah-melayu-ialah-barr.html

    "tulisan Micheal Chick yang mengatakan asal-usul nama Semenanjung Tanah Melayu ialah Semenanjung Barr Xin atau Barr Chin. Chin ialah merujuk kepada China. Bermakna nama asal ialah Tanah China atau land of the Chinese."

    serang sedang bermula, hati hati lah wahai org melayu malaysia..

    kita sedang diprovokasi dari dalam dan luar negara, mohon semua bersedia utk sesuatu tempoh tertentu....

    and next provokasi terbaru akan melanda

    ReplyDelete
  22. wink3 prof srikandi..ehe
    v(^.^)v

    -puasa yang yok, pagi2 bukak periuk-

    ReplyDelete
  23. Aku rasa kau orang dua-dua merepek.... srikandi pun menulis seperti seorang yang kangkung dan tak akademik...yang siam tu pun sama...gila lah korang.

    ReplyDelete
  24. yerlah, apa punya peribadi camni, prof kangkung ler, tulis mencaci cerca org di bulan posa. Sama2 carik dosa. Profesor cap ayam.

    ReplyDelete
  25. baguslah srikandi dah ada blog sendiri, boleh korang semua boleh dok merepek dan mengarut kat sini puas2, takyah nak menyemak kat blog mistisfiles lagi dengan tulisan sampah korang tu...
    kat sini korang nak bertekak sampai putus urat beris takper, serikandi pun nak kembang bontot pun takper... sebab kamu semua dah ada ruang sendiri sekarang syabas... lantak lah korang semua disini...

    ReplyDelete
  26. merepek tak merepeklah tu belakang kira...tapi aku suka baca.....anon 12 dan anon 148...kau bagi lah bloq kau...aku nak baca...mungkin tulisan dan idea kau tahap gaban...

    ReplyDelete
  27. anon 12 dan anon 148, hangpa ni orang kuat ultrakiasu dan sam-sam ka.. pi baca dulu sumber penulisan puak2 tu, pastu baru hangpa baca balik tulisan srikandi..

    ReplyDelete
  28. like comment atas ni...


    slamat hari raya prof srikandi..

    ReplyDelete
  29. bestnyer dpt hiburan pengubat penyakit lame xgelak smpai guling2...superb srikandi...walaupun sy msih nerd dalam sejarah bangsa melayu nih...;-))))))

    waaaaaaargh....nak ATBM v3.5....!!:-(((
    =P

    ReplyDelete
  30. all the best srikandi...

    anon2 yg anti srikandi....bulan puasa nie...

    tulis la nama...berani kerana benar..

    ReplyDelete
  31. agak2 ble ATBM ni boleh difilemkan ye..?? ehe
    =P

    -daripada tgk citer melayu yg smkin hari ntah ape2 ntah, mengarut bagai-

    sigh:bosan

    ReplyDelete
  32. Salam srikandi...

    atok tak tahu pun dah buka bolg sendiri, bila atok nak tengok blog Mistisfile ternampak blog ni, wah... tentunya meriah nanti rumah cucu nia ya. Atok tumpang gembira dan memberi sokongan tak berbelah bagi pada cucu. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman cucu yg tak terhingga tu. Banyak sangat yg kita tak tahu...jadi tahu sebab cucu. Atok doakan cucu sentiasa dirahmati Allah atas usha cucu ni. Tak terbalas jasa cucu sampai keakhir hayat...?

    Syabas dan selamat menyambut MERDEKA 53.

    ATOK ZAMANY

    ReplyDelete
  33. Selamat Hari Raya Aidifitri kepada Puan Profesor Srikandi dan Peminat MistisFiles dan Alter Terahsia Bangsa Melayu

    Kita raikan hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran

    ReplyDelete
  34. salam srikandi...

    saya masih sabar menanti artikel anda seterusnya terutamanya tentang hubungan naim firdausi dan nai long kassim tentang toeri-teori mereka...

    selamat hari raya aidilfitri

    ReplyDelete
  35. salam srikandi dan rakan2 semua..

    sy baru sahaja bertemu dengan blog ini secara tidak sengaja.. dan sy juga amat menggemari sejarah... mmg blog ini amat menarik pada saya secara peribadi...

    sy sebenarnya tidak pernah tau wujud juga puak merong mahawangsa yang melucukan ini.. namun baik juga mereka dengan sikap yang begitu, sekurang-kurangnya kependekkan akal mereka semakin terserlah... cuma ya.. saya agak ragu2 dengan profile mereka (sepertimana yg cik srikandi nyatakan) dan agak menjengkilkan pabila menyedari mereka menggunakan agama untuk objektif mereka tu...

    apa-apa pun.. diharap cik srikandi dan rakan-rakan sentiada tabah n berjaya.. :)

    ReplyDelete
  36. Assalammualaikum?
    boley anda bg sy tajuk buku atau sumber dr mana kajian anda ni?
    sy nie susah nak caya dgn hanya penuisan blog.. boleh kah anda penuhi permintaan sy??
    klu dgn anda.. boley sy tgok??
    boley msj sy kat email sy fizy_mai@ymail.com

    ReplyDelete
  37. macam-macan tul dunia ni..sibuk dengan bangsa-bangsa dan puak.. amalan jahiliah.. Islam tak ajar suruh bergaduh sesama muslim..

    ReplyDelete
  38. Sri kandi, megat tu kate perak tu penderhaka kedah tua.

    Hari mase Sultan Kedah jadi agong elok je sembang ngan Sultan Perak

    =Jamal Arif=

    ReplyDelete
  39. Megat tu saya tak faham.Bila tanya tak tahu jawab.Jawab dengan makihamun.

    ~Srikandi

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum warahmatullah

    Sebeum saya berjumpa dengan blog MF dan juga blog ni..dah dah membaca pelbagai artikel karya hasil penulis MF dan ATBM/srikandi ni. (hasil copy and paste blogger2 lain ke dalam blog mereka). Saya tercari2 sehinggalah saya akhirnya jumpa dgn blog penulis asal. Salah satu blog yg saya baca ialah blog yg disebutkan ni lah..(jika anda bukan ahli sejarah seperti saya..anda mungkin akan terpesona diperingkat awal hasil karya mereka, ini adalah kerana saya membaca karya dari awal). Setelah meneliti beberapa artikel berserta komen...anda akan mula terperasan tentang kecelaruan fakta bercampur baur dgn emosi. Oleh kerana saya bukanlah pengkaji sejarah Kedah (dan bukan org kedah) jadi saya abaikan dan biarkan Si Luncai terjun dgn labunya. Misi saya adalah menjejak bangsa saya. Misi saya adalah untuk mencari jatidiri dengan mengetahui sejarah Melayu yg selama ini saya abaikan.

    terima kasih, usaha srikandi nampaknya lebih berbanding pengkaji yang lain. Tahniah serta saya doakan Allah permudahkan segala usaha Saudari Srikandi ini, InsyaAllah.

    Yang Ikhlas
    Rahmat Syah

    ReplyDelete
  41. huhu...patulah bila baca blog sejarahnegarakedah tu pening semacam...macam ada yang tak kena...tapi bila baca blog MF, takde pulak rasa pelik, mungkin kerana hujah2 bersandarkan bukti2 yg benar dan boleh dipercayai

    saya pembaca yang (amat) jarang memberi komen sebab selalu saya tergamam seusai membaca...lagi pula mentaliti saya seperti budak sekolah rendah pula, jadi agak sukar..saya faham, tapi tak berapa faham..selalu begitulah. :D

    saya orang melayu yang tak berapa nak melayu. ibu jawa, ayah banjar, jadi saya Banjarwa (ibu yang sering memberi gelaran begitu kepada kami beradik, berlawak) jadi saya bukanlah melayu betul2 yg asal dari Kesultanan Melaka. Malah moyang kepada moyang ibu adalah org arab yang berkahwin dgn org jawa di indonesia (saya tak pasti sumatera atau apa). Jadi tak salah jika saya katakan yang saya berdarah arab...hehe
    keturunan ibu juga bukan calang2 keturunan. kata ibu, kami berketurunan Raden, tapi moyang yang telah berpindah ke tanah Melayu enggan menggunakan gelaran tersebut. Keturunan Raden moyang adalah dari pihak ibunya.

    Seronok mendengar ibu bercerita selalunya. Tak pernah bosan walau berulang. Saya selalu berfikir, kalau moyang mengekalkan nama Raden, tentu nama saya ada Raden juga, tentu rasa bangga itu ada. Tapi bagus juga tiada gelaran itu, tiada siapa tahu, hanya empunya diri yang tahu, takkan berasa bangga akan sejarah lama yang gah sedangkan diri tak seberapa. Tiada riak.

    Tapi saya tahu, saya Melayu dan saya bangga menjadi Melayu.

    ReplyDelete
  42. Macam sakit jiwa pun ade si Megat Al Jefri tuh, takleh jawab terus emo..pelik!

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore