Saturday, November 26, 2016

Kajian Kes : Melawan Pembohongan Sejarah Dengan Kritis











Mukaddimah :

Satu laman Facebook (fanpage) telah menaikkan status pembohongan sejarah berunsurkan penghinaan dan perkara-perkara yang tidak benar kepada orang Melayu. Ini menimbulkan respon negatif daripada netizen dan kebanyakan anak-anak muda Melayu menjawab dengan hujah-hujah namun dipadamkan oleh admin page tersebut.

Oleh kerana admin page itu menyekat hujah-hujah secara sihat dan ilmiah maka, jawapan kepada penyelewengan dan pembohongan sejarah Melayu ini telah dinaikkan di page The Patriots Malaysia, satu page perkongsian ilmu yang diuruskan oleh majoritinya anak-anak muda Malaysia berlatarbelakangkan dari pelbagai kaum, pandangan politik dan bidang. Ia dengan cepat telah dikongsi lebih 600 perkongsian walaupun masih baru dinaikkan.

Admin kepada page yang membuat pembohongan sejarah tadi tidak mampu menyangkal jawapan-jawapan ini dan apa yang mereka mampu buat ialah report kepada Facebook dengan mengatakan post yang berisi jawapan-jawapan menyangkal pembohongan sejarah tersebut bersifat rasis. Mempertahankan sejarah sendiri dituduh rasis? Belum lagi jika kita mempertahankan nyawa atau tanah, adakah kita nanti akan dituduh 'teroris' sebagaimana yang terjadi di luarnegara?

Di bawah ini adalah jawapan kepada pembohongan tersebut yang memang dibuat salinan. Semua hujah-hujah ini mengambilkira pandangan ahli akademik dan ada rujukannya.


~saya hanya bantu menyebarkannya.


_________________________________________________________________



DAKWAAN DANGKAL DAN CETEK MENGENAI SEJARAH ASAL USUL NAMA #MELAYU DAN RAJA CHOLAN OLEH ADMIN PAGE MALAYSIAN INDIAN FORUM


1. ASAL USUL MELAYU DARI RAJA RAJENDRA CHOLAN?

Dakwaan :

Kaum Melayu yang kamu semua bermegah-megah dan angkuh itu, adalah nama berian RAJA RAJENDRA CHOLAN (ராஜ ராஜேந்திர சோழன்) seorang India Tamil,dalam abad ke 5 yang bermakna Malai (மலை)=Gunung ; Kaum Gunungan yang beragama HINDU and animisma)

Ulasan :

Walaupun terdapat teori popular yang mengatakan perkataan "Melayu" yang dinisbahkan kepada bangsa Melayu ini berasal dari perkataan "Malai" atau "Malaya", tetapi perlu diingatkan bahawasannya tiada bukti kukuh yang menunjukkan nama "Melayu" itu diberi oleh Raja Rajendra Cholan.

Perkataan "Melayu" yang tertua direkodkan dalam sejarah dicatatkan dalam buku atlas Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis yang dilukis oleh seorang Greek bernama Claudius Ptolemius pada sekitar tahun 150 AD.
Dalam peta Aurea Chersonese (diterjemahkan sebagai Semenanjung Emas) yang terdapat dalam atlas tersebut, anda akan menemui perkataan yang disebut sebagai Maleu-kolon atau Malaiu-kolon di mana menurut pendapat Gerolamo Emilio Gerini, kawasan yang dilabelkan sebagai Maleu-kolon itu terletak di sebuah tempat bernama Tanjung Kuantan di Semenanjung Tanah Melayu (Malay Peninsula) kini.

Persoalannya jika nama "Maleu-kolon" sudah dicatatkan dalam peta seorang pengembara Greek yang diterbitkan sejak tahun 150 AD lagi, bagaimana anda boleh mengatakan yang nama Melayu ini diberi oleh seorang raja Tamil yang hidup pada abad ke 11 Masihi?

Dari sini terbukti nama "Melayu" yang merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu kini sudah wujud 1000 tahun sebelum Rajendra Chola lahir ke dunia lagi.

Satu lagi, kami tidak menafikan bahawa ada sesetengah pakar sejarah dan etimologi yang berpendapat bahawa nama Melayu berasal dari perkataan "Malai" atau "Malaiur" dalam bahasa Tamil atau Sanskrit. Namun perlu diingatkan juga bahawa terdapat juga pendapat lain mengenai asal usul etimologi Melayu yang banyak diutarakan oleh pakar sejarah lain.

Ada pendapat yang mengatakan perkataan "Melayu" atau "Malaya" berasal dari perkataan Himalaya di mana dalam bahasa Sanskrit bermaksud Tempat Bersalji. dan ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari perkataan "Malaya" dalam bahasa Tagalog yang bermaksud "bebas".

Setakat ini saya pernah belum mendengar pendapat yang menyetujui bahawa nama Melayu itu diberi oleh Rajendra Chola, melainkan pendapat karut tersebut hanya dibuat oleh orang syok sendiri sahaja.






Nota : Perkataan Κώλον pada "Μαλεου Κώλον" (Maleou Kolon) pada peta Ptolemy itu memang terdapat dalam kosakata Greek Purba dan muncul dalam dialek Greek Purba yang disebut Attic Greek seawal 500 tahun sebelum Masehi. Kemudian ia muncul dalam teks-teks era abad pertama Masehi pada zaman pendudukan Rom di Mesir Purba, ketika era Cleopatra, Octavian dan era Aegyptus. Kemudian muncul sekitar abad ke-4 dalam dialek Koine Greek terutama sekitar Alexandria.
 
Kemudian tercatat pada abad ke-10 Masehi dalam bahasa yang digunakan ketika era Byzantin dan seterusnya di Constatinople pada abad ke-15.

Etimologi untuk Κώλον atau Kolon adalah variasi dari maksud induknya iaitu ‘bahagian dari’.Ia digunakan seperti bahagian dari tubuh badan (jantung,usus,limpa) atau organisasi (ahli) atau bangunan (dinding,tingkap). Malah,dari perkataan colon yakni usus besar dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan Κώλον ini yang membawa maksud ‘sebahagian dari anggota badan’ dalam kes ini adalah organ usus besar.
Dalam kes Μαλεου Κώλον pula,ia menjadi ‘Malayu-kolon’ yang membawa erti ‘bahagian dari Malayu’. Dalam konteks geografi,ia membawa maksud sebagai ‘Tanah Malayu’,’Semenanjung Malayu’ atau ‘wilayah Malayu’.

Ini terbukti dalam peta Ptolemy berbahasa Latin, ia ditulis ‘Prom' (promunturium) yang bermaksud ‘tanjung’ (Maleou-Kolon Prom), bersesuaian dengan bentuk geografi semenanjung Malaysia yang menganjur berbentuk sebuah tanjung yang besar.








2. RAJENDRA CHOLA MEMBUKA KEDAH TUA?

Dakwaan :

Raja Raja Cholan ayanda Rajendran Cholan adalah Raja terunggul dunia yang pernah wujud : Mengujudkan kerajaan Kadaram (கடாரம்-Kedah ) di lembah bujang (பூஜாங் பள்ளதாக்கு) dan di selatan Kota Kalinggi ( di sorokan kewujudanya )

Sehingga itu, kaum kamu tidak bernama atau bertamadun langsung. Saya tidak berminat untuk memperkecilkan kaum kamu tetapi ingin memperjelaskan fakta dan sejarah semata-mata. Maaf kalau tersinggung. Kalau kamu inginkan rujukan janganlah buat rujukan sejarah dari text gubahan Malaysia yang karut dan dongeng semata-mata. Tetapi rujukan sejarah dari text Thailand, Indonesia, India, Austraia, Singapura, England and Dunia.

Ulasan :

Saya sedikit rasa lucu melihat dakwaan syok sendiri yang dibuat oleh admin page tersebut yang mengatakan Raja Raja Cholan dan Rajendra Chola sebagai "raja terunggul dunia yang pernah wujud". Dakwaan ini nampak melampau dan seolah-olah memperkecilkan banyak raja agung dalam sejarah dunia, yang jauh lebih agung dari raja-raja Chola seperti Alexander The Great, Aurangzeb, Khalifah Harun al Rasyid, Shih Huang Ti, Peter The Great dan banyak lagi.

Rajendra Chola bukanlah pengasas kerajaan Kedah Tua, jauh lagi mengasaskan Kota Gelanggi. Dalam sejarah, Rajendra Chola hanya melakukan penjarahan sahaja ke atas kerajaan Kedah Tua yang pada masa itu sudah lama wujud dan mempunyai tamadun yang tersendiri. Berdasarkan Prasasti Tanjore yang mencatatkan tempat-tempat yang dijarah oleh Rajendra Chola, tiada disebut langsung nama yang merujuk kepada Kota Gelanggi atau Kalinggi.

Kaum Melayu sudah lama membina tamadun yang gemilang jauh sebelum kelahiran Rajendra Chola lagi. Tamadun tertua yang dibina oleh bangsa Melayu direkodkan terletak di Sungai Batu, Kedah yang sudah wujud sejak tahun 500 SEBELUM MASIHI. Ini kemudian diikuti oleh kerajaan Funan (abad pertama Masihi), Champa (abad pertama Masihi), Sri Dharmaraja (abad pertama Masihi) dan Empayar Srivijaya (abad keenam Masihi). Semua nama ini ialah nama-nama kerajaan yang dibina oleh bangsa Melayu dan sudah wujud sejak Rajendra Chola lahir ke dunia lagi.










3. AGAMA ISLAM DI KEPULAUAN MELAYU DIBAWA OLEH ORANG TAMIL SAHAJA?

Dakwaan :

Agama Islam di tanah "Malai" ( மலை நாடு-Malai Nadu) adalah usaha Ustaz-Ustaz dan pendakwah-pendakwah Tamil yang datang ke "Malai Nadu" - Tanah Melayu untuk berdagang sambil berdakwah lebih kurang dalam abad ke 14/15 semasa
pemerintahan Parameswara (பரமேசுவரன்) and keturunanya.

Ulasan :
Sangat lucu membaca dakwaan semberono yang dibuat oleh anda sendiri, seolah-olah seperti ingin mengatakan bahawa penyebaran agama Islam di Asia Tenggara hanya dibuat oleh orang Tamil sahaja walhal anda hanya membuat andaian tanpa bukti kukuh.

Penulisan rekod-rekod klasik orang Melayu sendiri kebanyakan menceritakan bahawa pengIslaman raja-raja di Kepulauan Melayu dilakukan oleh pendakwah-pendakwah berketurunan Arab. Hal ini menjadi bukti kukuh bahawasannya penyebaran Islam di Asia Tenggara secara majoritinya dilakukan oleh orang orang dari Timur Tengah. Walaupun begitu, kami tidak pernah menafikan yang ada pendakwah dan ulama dari India dan China dalam sejarah, yang bertanggungjawab menyebarkan agama Islam di sini, sehingga akhirnya agama ini menjadi agama Persekutuan Malaysia kini mengikut peruntukan dalam Perlembagaan negara kita sendiri.

Sulalatus Salatin (The Malay Annals) dengan jelas menceritakan bahawa Raja Kechil Besar pemerintah Melaka telah memeluk Islam oleh Sayyid Abdul Aziz dari JEDDAH. Raja Kechil Besar kemudiannya menukar namanya kepada Sultan Muhammad Shah (1424 - 1444 M).
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, pengIslaman raja Kedah yang bernama Raja Phra Ong Mahawangsa telah dilakukan oleh seorang syeikh dari BAGHDAD yang bernama Syeikh Abdullah Yamani. Phra Ong Mahawangsa kemudiannya menukarkan namanya menjadi Sultan Mudzaffar Shah (1136 - 1179 M).

Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai, pengIslaman pemerintah kerajaan Samudera-Pasai di Sumatera, Raja Merah Silu (atau Merah Silau) dilakukan oleh Syeikh Ismail yang berasal dari MAKKAH. Baginda kemudian menukar namanya kepada Sultan Malikus Salleh (1267 - 1297 M).
Semua tempat yang disebut itu terletak di Timur Tengah, bukannya dari India.

Jadi admin page Malaysian Indian's Forum selepas ini mohon jangan suka sangat menyebarkan tulisan-tulisan syok sendiri, terutamanya tulisan-tulisan yang memuatkan perkara-perkara palsu dan tidak mempunyai bukti sejarah yang kukuh.










4. BAHASA MELAYU HANYA BERUSIA 600 TAHUN?

Dakwaan :

Usia Bahasa Melayu hanyalah lebih kurang 600 tahun sahaja tetapi Tamil berusia 20 ribu tahun berasaskan benua Kumari (குமரி காண்டம்)( Bahasa pertama dunia - digelar bahasa klasik antarabangsa) : Kalau tidak kerana orang India, Tanah Melayu mungkin masih seperti Bali beragama Hindu.

Ulasan :

Adakah anda mengetahui tentang kewujudan Prasasti Dong Yen Chau (Dong Yen Chau Inscription), Prasasti Kedukan Bukit (Kedukan Bukit Inscription), Prasasti Talang Tuwo (Talang Tuwo Inscription) dan Batu Bersurat Terengganu (Terengganu Inscription)? Kesemua batu-batu bersurat (prasasti) tersebut ialah bukti bertulis yang menunjukkan Bahasa Melayu sudah wujud sebelum zaman Kesultanan Melaka lagi.
Prasasti Kedukan Bukit (ditemui di Kampung Kedukan Bukit, Palembang, Sumatera Selatan) yang mencatatkan peristiwa tahun 605 Saka (682 Masihi) ini diukir dalam Bahasa Melayu Kuno dengan banyak kosakata dari bahasa Sanskrit. Prasasti milik kerajaan Srivijaya ini mempunyai banyak kosakata bahasa Melayu Kuno yang masih digunakan dalam bahasa Melayu Moden sehingga kini. Berikut merupakan petikan yang terdapat di atas batu bersurat Kedukan Bukit tersebut ;

svasti śrī śakavaŕşātīta 605 (604?) ekādaśī śu-
klapakşa vulan vaiśākha ḍapunta hiyang nāyik di
sāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşa
vulan jyeşţha ḍapunta hiyang maŕlapas dari minānga
tāmvan mamāva yaṃ vala dualakşa dangan ko-
duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu
tlurātus sapulu dua vañakña dātaṃ di mata jap
sukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula<n>
laghu mudita dātaṃ marvuat vanua
śrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa

Perhatikan banyak perkataan bahasa Melayu Kuno dalam petikan prasasti ini yang masih lagi digunakan sehingga sekarang.

vulan = bulan
ḍapunta hiyang nāyik di sāmvau = Dapunta Hiyang naik di sambau (kapal)
marlapas dari minānga tāmvan = berlepas dari Minanga Tamvan
mamāva yaṃ vala dualakşa dangan ko- = membawa bala dua laksa (dua ribu) dengan
duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu = dua ratus pawang di sambau (kapal) dengan jalan seribu
tlurātus sapulu dua vañakña dātaṃ di mata jap = tiga ratus sepuluh dua banyaknya datang di Matajap
mudita dātaṃ marvuat vanua = mudik datang membuat benua
(nota : perkataan yang mengandungi huruf V dalam bahasa Melayu Kuno akan ditukar kepada huruf B dalam bahasa Melayu Moden)

Kewujudan perkataan bahasa Melayu Kuno dalam Prasasti Kedukan Bukit yang berusia 1400 tahun ini menunjukkan bahawa hipotesis anda bahawa bahasa Melayu hanya berusia 600 tahun adalah salah dan mengarut sama sekali.

Tidak kurang daripada itu, sarjana berpendapat bahawa Bahasa Proto-Austronesia, iaitu nenek moyang kepada Bahasa Melayu telah wujud sejak 5000 SM, iaitu 7000 tahun yang lalu!



Perkataan-perkataan Melayu yang muncul dalam Prasasti Dong Yen Chau (Champa)




5. 70% PERKATAAN BAHASA MELAYU BERASAL DARI TAMIL


Dakwaan :

Perbendaharaan kata Bahasa Melayu itu sekali banyak berasal dari Bahasa Tamil(தமிழ்), Sanskrit(சமஸ்கிருதம்),
Hindi(இந்தி), Telegu(தெலுங்கு), Urdu(உருது): Lebih Kurang 70% daripada Bahasa Melayu adalah bahasa pinjaman dari bahasa-bahasa berasal dari India. Kalau tak silap bahasa Melayu hanya mewarisi 3 perkataan asal sahaja. satu daripadanya adalah perkataan "babi"(பன்றி).

Ulasan :

Tidak hairan apabila Bahasa Melayu mempunyai banyak kosakata pinjaman dari bahasa-bahasa asing termasuklah Sanskrit, Arab, Inggeris dan Cina. Lokasi Kepulauan Melayu itu sendiri terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antarabangsa antara India dan China.

Tetapi pinjaman sebuah bahasa dari bahasa lain tidak pernah menjadikan darjat sebuah bahasa direndahkan. Faktor utama yang mewujudkan kepada pinjaman ini adalah kerana sebuah bahasa itu merupakan lingua franca. Sebagai contoh, bahasa Inggeris sering didabikkan sebagai bahasa antarabangsa telah meminjam daripada bahasa Melayu itu sendiri apabila terdapat pertembungan antara tamadun Inggeris dan juga Tamadun Melayu.

Mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu hanya mempunyai 3 buah perkataan, izinkan saya untuk matikan fantasi dan mimpi basah admin page Malaysian Indian Forum.
Mari saya kongsikan kepada anda antara perkataan-perkataan asli dalam bahasa Melayu.

~~air, akar, aku, alu (pasangan kepada lesung), alur, anak, api, balai, **barat, bara, baru, bau, bayang, benua, beras, beri, besi, betina, bibir, bintang, buah, bukit, bulan, bulu, bunuh, cucuk, dahi, danau, dapur, darah, darat, daun, dekat, dendam, dengar, duri, ekor, gatal, habuk, hampar, hanyut, hantar, hantu, hari, hati, hidung, hirup, hujan, hulu, huma, ikan, induk, ini, itu, jahit, jarum, kail, kanan, kayu, kerbau, ketawa, kiri, kita, kuku, kulit, kutu, labah-labah, labuh, langit, laut, layar, leher, lelap, lesung, lintah, liput, luar, ludah, makan, malam, mati, mentah, mimpi, minum, nanah, nasi, nyiur, orang, padi, pahit, paku, palu, panah, peha, penuh, puluh, putih, ratus, rumah, tahi, tampi, tanah, tanak, tanam, tangis, telinga, telur, timur, tiup, tua, tuli, ubi, udang, urat, yu (ikan).~~




Bahasa Melayu terkelompok secara linguistik dalam bahasa-bahasa Malayo-Polinesia atau keluarga Austronesia





6. KETURUNAN RAJA-RAJA MELAYU MELAKA BERASAL DARI INDIA

Dakwaan:

Keturunan and warisan Raja Raja Melayu adalah warisan dari Raja Raja berasal dari Raja Parameswara seorang Putera Hindu Majapahit yang berasal dari India. Tapi kita tahulah Sejarah Malaysia ingin mengaburi minda muda telah mengubal sejarah untuk memajukan agenda "ketuanan Melayu" secara palsu and mengkhianati sejarah sebenar Malaysia. HARAM semata-mata.

Ulasan:

Bercakap pasal entiti Parameswara ini, ianya sebenarnya merujuk kepada dua entiti. Apa yang dipaparkan dalam buku teks adalah salah kerana ianya memetik catatan Tom Piresyang menceritakan tentang seorang putera raja dari Sumatera lalu ke Singapura dan membuka kerajaan baru. Konon putera raja ini membunuh seorang pentadbir Singapura bernama Temagi sebelum melarikan diri lagi dan membuka Melaka.
Versi kedua pula adalah Sri Tri Buana atau juga dikenali dalam sejarah Melayu sebagai Sang Nila Utama yang tiba di Sungai Singapura. Dan tahukah anda bahawa Sri Tri Buana atau Sang Nila Utama ini adalah daripada Srivijaya.

Dari keturunan Sang Nila Utama inilah lahirnya pemerintah Singapura Purba yang akhirnya bersambung pada Iskandar Shah pembuka Melaka. Diceritakan bahawa kota ini diserang oleh Majapahit atau Singgahsari yang lebih awal ketika itu kalau kita ikut timeline. Dan ketika itulah Iskandar Shah ini lari ke Melaka dan membuka kota Melaka.

Dari kerajaan yang manakah asalnya Parameswara sebab India bukan sebuah kerajaan yang kecil sahaja tetapi sebuah kerajaan yang besar. Jadi, tiada penjelasan yang kuat. Ada banyak kerajaan yang berdiri di India ketika itu dan perlunya menyebut sebuah kerajaan dari Benua India itu sendiri.

Perlu juga diketahui bahawa sesungguhnya Majapahit itu sendiri merupakan kerajaan orang Jawa dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana putera raja India. Adalah sebuah pembohongan yang terlalu bebal apabila tidak mampu untuk membezakan antara sebuah kerajaan orang Jawa dan juga India. Kami orang Melayu yang merupakan adik-beradik serumpun dengan orang Jawa dan juga terdapat orang Jawa yang sudah berasimilasi ke dalam bangsa Melayu agak terkilan apabila kerajaan Majapahit yang menjadi kebanggaan orang Jawa pun mahu di-India-kan hanya kerana beragama Hindu suatu masa dahulu.
Sebelum kita ke point seterusnya, hadam kata-kata dibawah:

“It is clear that he (Parameswara) was a prince of Malayu and that he was a Malay. This fact is corroborated in Tome Pires’ account where the Parameswara himself acknowledged that he was a Malayu. His father was a king or ruler, the Sang Aji, of Palembang.”
(al-Attas, 2011; hlm 43)




7. SEMUA BUDAYA MELAYU BERASAL DARI INDIA

Dakwaan:

Seni permainan seperti congkat, adalah berasal dari India : Peralatan musik seperti Kompang, Gendang, Gong and lain lain lagi juda mempunyai asal usul India : Seni mempertahakan diri seperti Silat itu adalah berasal dari "Silambam & Kalari " : Adat Perkahwinan - seperti Tepung Tawar,Bersanding, Berinai, Hantaran, Sirih/Pinang and pelbagainya adalah adat istiadat India berasakan Hindu. : Seni Logam, Logam hiasan, Tarian and pelbagai lagi adalah tempisan adat India-Hindu.

Permakanan : Kaum Gunungan ( Melayu) - Di abad Ke 5 : Cara pemakanan mereka adalah beraskan Ulam, Rebusan, Tumbukan Sahaja dan tangkapa sungair/Laut ataun Hutan. Cara pemasak beresepi, pengunaan minyak, tumisan, rempah ratus, cili, beras dan sebagainya mempunyai hubungan dari benua India-Hindu.Kuih-kuih seperti Roti Canai, Kari,Muruku, Kuih Ros,Thumbi, dan banyak lagi adalah berasakan permakanan dari India. Yang Benarnya tak terkira dan melaului masa semua bercampur aduk.

Dalam abad ke 18 datanglah ramai orang dari India untuk memajukan Tanah Melayu and sekaligus membangunkan ekonomi tempatan : Lebih kurang 1.2 juta orang India berkorban dalam jangga masa 100 tahum bermula 1850 ke 1950 untuk meneroka tanah ini. Pengorbanan kerana - gigitan ular, penyakit tropika, Malaria and kekurangan pemakanan berkhasiat ,Kalau tidak kerana orang India tidak adalah adalah estet-estet yang mendokong ekonomi kita lebih dari satu kurun. Orang Indian sahaja melalui estet menyumbangakan lebih daripada 50% GDP dari 1850 to 1950.


Ulasan:

Ini sebuah dakwaan yang tidak berasas. Untuk membuat sebuah dakwaan bahawa sebuah budaya atau adat itu datang daripada sebuah tamadun, ianya memerlukan analisis yang mendalam. Sebagai contoh, anda mengatakan bahawa silat berasal daripada seni bela diri silambam. Maka di sini saya mahu melihat apakah falsafah-falsafah silat itu masih mampu dapat dipenuhi di sini ataupun tidak. Sekurangnya falsafah keris itu mesti wujud di mana-mana tempat di India.

Falsafah Keris itu juga sangat tinggi. Sebagai contoh, umumnya, orang Melayu mensisipkan keris di pinggang, iaitu dibahagian hadapan badan dengan menaruhkan harapan dan ketuahan kepada keris lebih utama daripada diri mereka sendiri. Apabila dilihat dari hadapan, musuh atau lawan sudah berandaian bahawa si pemakai keris sebenarnya sudah siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Manakala bagi orang Jawa, keris disisipkan dibahagian belakang badan mereka dengan niat untuk sentiasa berwaspada dan keris dicabut daripada sarung apabila diperlukan. Lantaran itu, keris yang disembunyikan dibelakang badan juga bertujuan untuk mengelirukan lawan.
Apabila hulu keris dihadapkan ke arah badan, iaitu sama ada dibahagian hadapan atau pun belakang si pemakai, ia membawa maksud ‘aku datang dengan aman’.
Sekiranya, hulu keris dihadapkan keluar, ia merupakan tanda amaran kepada musuh atau lawan dan memberi pengertian ‘aku siap untuk bertarung’.

Terdapat 10 simbol dan falsafah keris itu dalam masyarakat Melayu wahai saudara. Keris dalam masyarakat Melayu ialah sebagai lambang maruah, kejantanan, harga diri, jati diri, daulat, senjata, batang tubuh, penjaga diri, pembantu dan pakaian.

Itu belum lagi saya menceritakan mengenai Falsafah pembinaan keris, falsafah bilah keris, falsafah adab dan rahsia dan falsafah anatomi keris. Apakah di India mempunyai sesuatu yang seumpama dengannya? Apakah Silambam menggunakan senjata yang tinggi falsafahnya? Itu saya bicara mengenai soal keris sahaja tuan. Belum lagi soal semua budaya-budaya yang didakwa datang dari India. Dakwaan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya tuan. Anda perlu berdasarkan analisis dan bukti yang jitu.

Itu belum lagi kami bicarakan sesuatu seperti gendang misalnya. Untuk pengetahuan semua, gendang yang wujud di Nusantara adalah berusia 600 SM, kira-kira 400 ratus tahun sebelum permulaan era Sanggam di selatan India. Gendang Dong Son namanya. Gendang Dong Son banyak ditemui di seluruh Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Gendang Dong Son di Malaysia ditemui di Batu Buruk, Terengganu dan Sungai Lang, Selangor.

Atau kami bicarakan mengenai perbezaan penggunaan rempah dalam masakan, tentang rempah masakan India adalah rempah kering manakala di Nusantara menggunakan rempah-rempah basah. Bahkan Nusantara ini adalah tempat asal kepada rempah seperti cengkih, kayumanis, dan pala.
Dari segi musik, paling mudah mematahkan hujah kerana alat muzik India lebih tertumpu pada jenis drums, string instrument dan flute.

Ini jauh berbeza dari alat muzik Nusantara/Melayu yang menggunakan jenis bronze ensemble termasuk gong, gamelan yang merangkumi sauron, demong, kenong dan bonang. Alatan seperti canang juga unik di Nusantara.

Kalau soal seperti tarian, ianya lebih kompleks kerana ada tarian yang memang lokal genius tempatan, tetapi dalam masa yang sama bercampur dengan pengaruh Parsi, india, Arab, China dan banyak lagi.
Oh ya, nak bagitahu makanan dari India seperti maruku, capati dan roti canai sememangnya dari India, tidak pernah pula didengar ada orang Melayu klaim bahawa itu makanan tradisi kami. Tetapi adalah tidak munasabah apabila mengatakan bahawa semua makanan yang dibuat oleh orang Melayu berasal dari India? Adakah belacan dan tempoyak misalnya berasal dari India juga?

Perlu diketahui bahawa Kepulauan Melayu merupakan sebuah wilayah yang menjadi rebutan kerana kekayaan rempahnya. Adalah tidak munasabah apabila pribumi yang sudah selalu bergelumang dengan rempah-ratus yang kaya ini tidak tahu untuk memasak? Kalau macam tu, sebelum orang India datang ke sini, kami di sini memang tak pandai memasak makanan sendiri la ya? Kebuluran gitu?
Menarik betul logik akal saudara.

Terakhir...

Boleh kami dapat rujukan kepada sumbangan 50 peratus GDP pada tahun 1850 negara kita?
 
-HE dan RAD-


Rujukan:

1. Gerini, Gerolamo Emilio (1974), Researches on Ptolemy's geography of eastern Asia (further India and Indo-Malay archipelago, Oriental Books Reprint Corporation, pp.101
2. Arokiaswamy, Celine W.M. (2000). Tamil Influences in Malaysia, Indonesia, and the Philippines. Manila s.n. pp. 37, 38, & 41.
3. Guy, John. (7 April 2014). Lost Kingdoms: Hindu-Buddhist Sculpture of Early Southeast Asia. Metropolitan Museum of Art. p. 21
4. Abdul Rashid Melebek; Amat Juhari Moain (2004), Sejarah Bahasa Melayu (History of the Malay language), Utusan Malaysia. Pg 27
5. Abdul Rahman Al-Ahmadi (1991), "Old Malay scripts (pre-Jawi) of Champa and Srivijaya", Excerpta Indonesica, Centre for Documentation on Modern Indonesia, Royal Institute of Linguistics and Anthropology, 42-48
5. Shahrir Mohd Zain (2003). Penyebaran Orang Rumpun Melayu Pra-Islam dan Perkembangan Tulisan Bahasa Melayu. pp129-146
6. Dr. Md. Salleh Yaapar. (2014) Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu: Ke arah Pencerahan yang Dinantikan oleh Prof. Dato’ Seri Dewan Bahasa Dan Pustaka
7. Paul Michel Munez. (2004) Early Kingdom Of The Indonesian Archipelago And The Malay Peninsula
8. Mohd. Zariat Abdul Rani, Antara Islam dan Hinduisme di Alam Melayu : Beberapa Catatan Pengkaji Barat dalam Jurnal Sari edisi 23 (2005), p.67 – 82
9. Ahmad Jelani Halimi (2008), Sejarah dan tamadun bangsa Melayu pg. 24 – 50
10. Mahyudin Al-Mudra (2009). Melacak Asal-Usul Keris dan Peranannya Dalam Sejarah Nusantara. Sari 27-44.
11. Khamid Mohamad & Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman (2013). Falsafah dan Isu Masa Kini. International Journal of the Malay World and Cilivization (Iman): 45 – 43.
12. Video Pembentangan Prof Mokhtar Saidin Tentang Sungai Batu (Link: https://www.youtube.com/watch?v=OSZU3JxDcxY)
13. http://www.tagalogtranslate.com/tl_en/13635/malayo
14. http://www.tagalogtranslate.com/tl_en/13633/malaya




Thursday, October 20, 2016

This Stoner is Pening-pening Lagi





Ada pembaca melaporkan kelibat mamat ini yang sekali lagi 'high' di dalam satu komen di sebuah fanpage perkongsian ilmu. Mamat ini mengomen di dalam satu artikel yang menyebutkan tentang 200,000 tentera Jawa menyerang Singapura Purba.


Klik untuk lebih jelas


Sebenarnya maklumat itu berasal dari Sulalatus Salatin:


Sulalatus Salatin versi A. Samad Ahmad



Dari maklumat dalam perenggan di atas kita tahu bahawa:

1) 300 jong terlibat
2) Kapal-kapal jenis lain seperti banting, jongkong, kelulos yang banyak, ini digambarkan dengan frasa "tiada berbilang lagi".
3) Dua keti rakyat Jawa yakni askar-askar yang pergi berperang.

Keti bermaksud ratus ribu:

Klik untuk lebih jelas

 Jadi dua keti bermaksud : 200,000.

Jadi secara langsung kita tahu bahawa sebanyak 200,000 orang askar pergi berperang dengan menggunakan 300 jong dan berserta kapal-kapal jenis lain iaitu banting, jongkong, kelulos yang tidak disebut berapa jumlahnya namun amat banyak.



Jadi mari kita lihat apakah yang menjadi masalah yang menserabutkan kepala otak mamat ini:



Dari sini kita tahu bahawa mamat ini bebel pasal :

1) mempersoalkan 200,000 askar dibawa dalam 300 jong.
2) Something tentang 'sampan'.
3) Jarak dan berapa kali trip dan masa perjalanan.
4) 'Spirit of Majapahit' hanya 14 orang boleh muat, yang mamat ni sangka kononnya 'jong'.

Pertamanya, kita kena tahu bahawa selain 300 jong itu ada kapal-kapal kecil yang amat banyak terlibat di dalam ekspedisi itu. Lihat kembali:


Klik untuk lebih jelas


Jadi, oleh kerana jumlahnya tidak diberitahu dalam sumber asalnya, maka ia menjadi satu nilai yang subjektif. Apabila ini terjadi paling tidak pun, jumlah askar akan ditampung oleh kapal-kapal kecil ini, jika 300 jong itu sudah penuh.

Kita akan kembali kepada 300 jong tadi.

Poin nombor 3 tidak relevan, sebab sekarang kita membincangkan bolehkah 200,000 askar Jawa di bawa dengan 300 jong + kapal-kapal kecil seperti banting dan lain-lain.


 


Adakah Majapahit diberi tempoh masa tertentu untuk berperang dengan Singapura Purba? Sudah tentu tidak, jadi berapa lama sekalipun ia bukan persoalannya. Begitu juga dengan jarak yang mempengaruhi masa perjalanan, juga tidak relevan atau tidak mempengaruhi jumlah askar dan kapal yang terlibat.

Poin keempat, 'Spirit of Majapahit' sebenarnya diambil dari model 'Kapal Borobudur' dimana ia bukanlah dari jenis jong untuk tujuan peperangan tetapi sebaliknya adalah kapal layar bercadik bagi tujuan perdagangan.

Klik foto untuk lebih jelas


Spirit of Majapahit


Main sebat sahaja mamat ini sebenarnya. Namun sesetengah worshipper-nya melulu percaya dengan temberangnya tanpa mahu menyelidik terlebih dahulu. Nampak sangat para worshipper-nya adalah dari jenis pemalas dan tingtong juga. Makin mamat ni mencarut makin kagum pulak.

:D

Jadi adakah 300 buah jong boleh muat untuk 200,000 askar?

Malangnya...MEMANG BOLEH.

:D :D :D

Malah lebih dari itu.



Sekarang mari kita lihat kapal galleon Mary Rose yang terkenal sekitar abad ke-16:






Kapal ini boleh muat sehingga 700 anak kapal.


Klik foto untuk lebih jelas




Sekarang mari kita lihat perbandingan jong dan galleon:


Klik untuk lebih jelas



Terkejut?

Ada lagi...lagi mengejutkan...


Klik untuk lebih jelas

Jong boleh muat 6000 hingga 7000 orang. Setakat 666 orang apa la sangat. :D

Bila kapal-kapal ni ada? Sejak abad ketiga dan kelapan lagi dah ada.

Jadi sekali lagi mamat ni bila sentuh lagi bab kapal dan pelayaran memang fail. Jong pun tak tau. Merepek sejarah Johor seciput macam nak paksa orang percaya dia tengah tulis sejarah Bumi.

Moralnya. dia memang tak layak langsung cakap pasal bab ini sebab banyak merepek dan tahyul kuat. Pakai bahasa carutan ala-ala koboi gitew ingat orang takutla. Nampak uncivilised ada la.

Orang-orang yang bodoh sahaja boleh cepat percaya dan kagum temberang dia. Mungkin takut kena carut dengan mamat ini agaknya. So, memang layaklah pengikut-pengikutnya mendapat carutan itu sebab sebenarnya mamat ini sedang mengelengtong orang-orang yang bodoh ini.

Hehe.






Idiot,i rest my case.


Sunday, July 31, 2016

Nak Spam Foto-foto Candi Lagi? No problem...




Beberapa fans dari seberang dan pembaca saya sudah banyak kali mempersoalkan facebooker ini. Facebooker terutama dari Melayu Riau dan sekitarnya ada yang mengadu dengan saya tentang seorang yang bernama 'Mak Lampir'. Ada apa dengan 'Mak Lampir'?

Mak Lampir ini terlalu Jowo-centric dan tidak gemar dengan apa-apa kelebihan atau keunikan pada sejarah Melayu dan budayanya, tidak suka mendengar apa-apa tentang sejarah Melayu terutama dari  semenanjung dan apa-apa yang ada persamaan atau hubungan antara sejarah Melayu dengan Pulau Jawa (yang berlaku akibat serumpun atau pertalian sejarah), dituduh 'klaim' dengan melulu.

Di zaman moden ini, masih ada orang yang bersifat demikian. Sebab itulah, pertembungan antara pemerintahan Jakarta yang Jowo-sentric masih ada dan saya selalu membaca luahan orang Melayu di Sumatera terutama di Riau, Medan, Aceh dan sekitarnya tentang diskriminasi pihak Jowo-centric di Jawa dengan wilayah-wilayah sekitar. Ini bukan main-main, malah isu ini merebak menjadi pertumpahan darah dan peperangan, yang paling terkenal ialah di Aceh dan Timor-Timur. Yang terkini ialah di Papua, menyaksikan kekerasan pemerintah Jowo-sentric ke atas pribumi Papua.

Untuk sesetengah facebooker baru di Malaysia, Mak Lampir akan mempromosikan sejarah dan budaya Jawa dengan manis dan ramah. Facebooker yang baru kenal Mak Lampir akan rasa 'international' sebab dapat berkawan dengan 'orang oversea' (orang seberang jer pon). Namun orang yang sudah faham sepak terajang dan rahsia dirinya yang sebenar terutama yang pernah bergasak pendapat dengan dia, atau pernah diserang oleh Mak Lampir kerana tidak berpuashati dengan sejarah Melayu, akan tahu hatibudi dan luar dalam Mak Lampir ini

 :)

Jeng...jeng...jeng...




Spam Gambar Candi-candi 

Antara kegemaran Mak Lampir adalah men-spam gambar-gambar candi apabila habis modal nak berdebat atau takde idea nak merepek pasal sejarah Melayu sambil memaksa audien mengakui kehebatan Kejawen.

Mak Lampir apabila sudah naik marah dan kehabisan hujah akan mengaktifkan senjata pemusnah besar-besarannya yakni men-spam gambar-gambar candi supaya dengan harapan dapat menundukkan lawannya terutama dari Malaysia kerana sangkaannya bahawa Malaysia tiada peradaban mahupun tamadun seperti negaranya (berdasarkan benchmark Mak Lampir, ada banyak candi=ada tamadun)

Ia akan jadi seperti ini:








 
Saya tahu sebab saya pernah berdebat dengannya dan akhirnya dia akan keluarkan gambar-gambar candi yang berturut-turut seperti di atas. Ketika itu, walaupun saya tahu bahawa di Sungai Batu, Kedah terdapat candi-candi yang lebih tua dari apa yang ditemui di Jawa (ketika itu usia Monumen Sungai Batu diketahui 110 Masehi) namun oleh kerana belum ada pengiktirafan antarabangsa maka saya diamkan dulu dan biarkan Mak Lampir seronok men-spam foto-foto candinya.

Apa yang saya buat, ialah mensaiko Mak Lampir ini yang mudah marah, dan dia terus-menerus menspam dengan marah-marah dan foto-foto candi sehingga nampak kebudak-budakan. Menyedari dirinya dipermainkan saya, akhirnya dia akan men-tag seberapa ramai facebooker seberang ke dalam komen, bertujuan untuk mendapatkan sokongan. Men-tag ramai-ramai untuk bersama-sama mengecam adalah taktik sama yang dipakai oleh Erwin, yang merendah-rendahkan pengkaji sejarah dari Kemboja.

Ini berlaku biasanya apabila, dia merasa terancam dan terganggu emosinya.






Taktik men-spam foto candi-candi banyak menjatuhkan semangat facebooker-facebooker dari Malaysia yang newbie dan kesannya, ada di antara mereka terus mengalah dan habis kecut maruah dirinya, mula mengutuk-ngutuk sejarah sendiri dan mencium tangan Mak Lampir dengan kata-kata, "Terima kasih atas pencerahan." :D :D

Tetapi hari ini, apabila Tamadun Sungai Batu diiktiraf sebagai tamadun tertua di Asia Tenggara, maka foto-foto candinya ia adalah useless dan tak relevan lagi :D :D :D







Ia hanya perlu satu foto sahaja untuk melenyapkan semua di atas:





Mak Lampir mungkin akan marah-marah dan tidak dapat menerima kenyataan.



Ini bukan main-main Mak Lampir...ini betul-betul... ( macam dialog dalam filem Pendekar Bujang Lapuk)...

Mungkin dia tidak percaya sebab dia fikir hanya tempat dia saja ada candi-candi bagai. Spam lagi foto candi? NO PROBLEM.... hehe




 


Nah...ambik ni.






:D :D :D


Jangan marah ya...tenang-tenang saja.
Kita kan 1Nusantara.

hehe...





Monday, June 20, 2016

Umpama Ketek Mendapat Keyboard






Ramai fans saya mengadu tentang sikap jelek facebooker bernama Erwin yang menghina Tuan Semantani Jones (SJ) yang merupakan penulis dan pengkaji sejarah Melayu Nusantara. SJ yang ada mengalami sakit tertentu, di mana penyakitnya dijadikan makihamun dan dihina-hina oleh Erwin bersama-sama Via Dicky yang saya sentuh tentang kekeliruannya berkenaan dua travelog I-Tsing di SINI.

Tidak tahu mengapa Erwin begitu benci dengan SJ sehingga sanggup menghina penyakit yang dihidapi SJ, sedangkan Erwin mengaku berpuasa.Jika berbeza pendapat sekalipun, adalah tidak profesional mengeji orang lain begitu rupa. Nampak Erwin adalah manusia yang kurang matang dan keanak-anakan.

Siapakah Erwin ini? Dia adalah yang telah mengkondem sarjana lain sebagai 'pseudo' dalam kes minahselfie yang lepas:




Menariknya, apabila orang menegurnya bahawa perkataan 'Mala Malayu iva Malayam raja' itu adalah cara bacaan seorang sarjana Kemboja, Erwin terkentut-kentut membuat U-turn:









Perhatikan di bawah ini...berbelit-belit dia menafikan, kemudian diputaqnya nama orang lain (nasha) di situ untuk mengalih topik. Dia... masalahnya bukan kemampuan Nasha atau siapa-siapa, tetapi Erwin sendiri yang mengatakan cara bacaan sarjana Kemboja tersebut sebagai 'pseudo'. Erwin fikir saya yang menciptanya, padahal itu cara bacaan Chuck Moth, seorang pengkaji sejarah Kemboja.

Erwin telah terperangkap dengan kecetekan pengetahuannya tentang bidang epigrafi di Asia Tenggara. :D






Perhatikan, dia menafikan mengatakan sarjana Kemboja itu sebagai 'pseudo'  namun masalahnya, cara bacaan 'Mala Malayu iva Malayam raja' adalah dari sarjana Kemboja itu sendiri, bukannya dicipta oleh saya dan peminat sejarah yang lain. :D

Seperti biasa, apabila dalam keadaan panik, dia akan tag orang lain, dalam kes ini, dia tag 'minahselfie'. Masalahnya, sebab minahselfie-lah dia terperangkap dalam masalah yang dia sendiri terjun ke dalamnya. Very funny.

:D

Ini ibarat, saya telah memberi PISAU kepada minahselfie, untuk mencucuk Erwin. Apabila Erwin terperangkap, dia tidak tahu nak tag siapa untuk membantunya, melainkan orang yang mencucuknya, yakni minahselfie, menggunakan 'pisau' saya.

Okay, memang dia ada sebab untuk menghina dan mengeji SJ, ini adalah kerana SJ kerap menulis tentang sejarah Melayu Nusantara yang mana, tidak disukai oleh Erwin yang masih berfikiran bahawa sejarah itu di sempadani oleh batas geografi yang dibikin oleh Belanda dan Inggeris. Namun adakah dia layak untuk menghina SJ sedemikian rupa? Bukan sahaja tidak layak dan sikap yang amat jelek malah perbuatan itu adalah sangat tidak profesional. Namun ini tidak menghairankan kerana Erwin ini bukanlah siapa-siapa, cuma gemar bermain Facebook sahaja malah tidak mengenal prasasti yang mana satu walaupun cuba berlagak seolah-olah ahli arkeologi dengan alasan "banyak bergaul dengan ahli arkeologi" (di dalam fesbuk).

:D





Prasasti Buddhagupta atau Prasasti  Sungai Mas?






Lihat bagaimana kekeliruannya dibetulkan oleh ahli arkeologi dari Malaysia. Namun, dia tetap berdegil mengatakan dia mengutipnya dari satu buku. Buku benarkah atau ahli arkeologi yang mana prasasti itu terdapat di negaranya? Sama seperti kes sarjana Kemboja itu yang mana prasasti itu berada di negaranya, namun Erwin sewenang-wenangnya menuduhnya sebagai 'pseudo'. Saya akan kupas kekeliruan Erwin dalam masalah ini, yang mana ia terkandung dalam statusnya, ya status rasminya, bukan dalam komen atau chat yang mungkin ada typo atau kesalahan lain, tetapi dalam status yang mana meletakkan gambar prasasti yang salah kemudian dia merepek-repek sesukahati dengan prasasti yang salah itu.


*foto-foto kredit kepada fans dan pembaca.









Selamat menstalker hehe...




Saturday, June 18, 2016

Apabila Sejarah Dibebel Oleh Yang Bukan Ahlinya







Salah seorang fans dari seberang telah mengadukan kepada saya tentang masalah di atas, di mana seorang facebooker bernama Via Dicky menyatakan bahawa: 

"Ternyata yang melakukan perjalanan dari Sriwijaya-Melayu-Kedah BUKANLAH I-Tsing melainkan Wu Xing".


Adakah kenyataannya benar?


Sebenarnya kenyataannya SALAH SAMA SEKALI kerana I-Tsing (Yijing) sendiri juga mengikut route yang sama. Dicky sebenarnya tidak tahu bahawa I-Tsing sebenarnya mengeluarkan dua catatan travelog yang terkenal iaitu:


1) Account of Buddhism sent from the South Seas (Record)
2) Buddhist Monk's Pilgrimage of the Tang Dynasty (Memoir)

Catatan di dalam statusnya itu adalah dalam 'Memoir' manakala catatan perjalanan I-Tsing sendiri, juga mengikut route yang sama seperti Wuhing (Wuxing), tercatat dalam 'Record'.





Sriwijaya-Malayu-Kedah Route



Catatan I-Tsing dalam 'Record' :



Lihat, dalam catatan perjalanannya sendiri, dia melaporkan sampai di 'Bhoga' kemudian dihantar ke 'Malayu' kemudian berlayar je 'Ka-cha'.

Lihat pula catatannya dalam 'Memoir' :




Wuhing pula sampai ke 'Sribhoga' dahulu, kemudian berlayar ke Malayu. Kemudian berlayar ke Ka-cha. Bukankah sama dengan route yang diambil oleh I-Tsing? Jadi bagaimana dikatakan kononnya :

"Ternyata yang melakukan perjalanan dari Sriwijaya-Melayu-Kedah BUKANLAH I-Tsing melainkan Wu Xing".

:D

Sribhoga/Bhoga adalah nama lain bagi Srivijaya dan Ka-cha ialah Kedah pada hari ini.

Oleh kerana di dalam 'Record', I-Tsing tidak menyatakan secara terperinci tempoh perjalanan ketiga-tiga tempat itu, namun, bertuahnya dia ada memberi clue dalam 'Memoir' dan berdasarkan ini para sarjana menyimpulkan bahawa perjalanan dari 'Sribhoga/Bhoga' ke Malayu dan dari Malayu ke Ka-cha masing-masing adalah mengambil masa 15 hari.




Sebab itu di dalam banyak buku yang memerihalkan tentang perjalanan I-Tsing, umum mengetahui bahawa perjalanan Wuhing itu adalah menjelaskan/petunjuk kepada perjalanan I-Tsing sendiri kerana menggunakan route yang sama. Apatah lagi I-Tsing sendiri pernah bertemu dengan Wuhing di sekitar Nalanda dan Srivijaya. Jadi tidak hairanlah I-Tsing sendiri 'seolah-olah menurut' route yang diikuti oleh Wuhing.




Menarik bukan?

:)



Kesimpulan


Sejarah bukanlah boleh dikutip-kutip seperti sampah di jalanan tetapi ia perlu dilayan sepertimana disiplin ilmu yang lain. Sejarah memerlukan cross-reference dan deduksi yang pelbagai. Satu lagi, sejarah tidak boleh dikupas dengan sentimen sempadan politik yang ditentukan oleh para imperialis. Jika sejarah dikupas mengikut minda yang terperangkap dengan sempadan politik pada hari ini, maka ia akan merepek-repek dan sesat barat tidak ketahuan punca.


kredit: I-Tsing, J. Takakusu, Keith Weller Taylor, Marwati Djoened Poesponegoro.





 

Selamat menstalker... hehe


Saturday, May 21, 2016

Terlajak Perahu Boleh diundurkan, Terlajak Selfie Memori Kong

foto gettyimages




Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, adalah pepatah yang memberi pengajaran kepada kita bahawa kita mestilah berfikir dahulu dengan berhati-hati sebelum membuat apa-apa tindakan. Orang yang kurang matang dan terlebih dayatujah emosinya sahaja yang kurang akal untuk mengawal perlakuan, perangai atau keangkuhan sendiri. Bertuahnya, kita ada contoh yang baik di sini :)

Ingat tak kisah minahselfie yang lepas? Selepas membaca artikel Cik Seri yang lepas, minahselfie dilaporkan begitu marah dan terganggu kerana semua keangkuhannya musnah bagaikan api yang disiram air. Mari kita perhatikan apa lagi rungutan minahselfie yang bermasalah ini :




Minahselfie telah menegaskan di sini bahawa dia tidak pernah menggelarkan mana-mana sarjana sebagai 'pseudo-historian'.Adakah benar demikian?


Mari kita lihat apa yang telah dinyatakannya :









Minahselfie telah menyatakan di situ bahawa : Ayat yang diterjemahkan oleh Dr. Nasha ialah 'manamalumam damalam'. Tetapi ayat itu telah ditafsir oleh pseudo historian sebagai 'MALA MALAYU IVA MALAYAM RAJA'  dan seterusnya...

Soalannya: Adakah tafsiran 'Mala Malayu iva Malayam raja' itu adalah direka-reka sahaja atau ditafsir oleh
apa yang digelarnya sebagai 'pseudo-historian'?

Jawapannya : SALAH sama sekali

Frasa 'Mala Malayu iva Malayam raja' itu ditafsir oleh seorang sarjana dari Kemboja yang bernama Lem Chuck Moth. Saya ada memetik cara bacaannya di dalam artikel yang lepas. Mari kita ulangkaji :

1) RC Majumdar : mala malu ivamalam -raja
2) M. Honda :  mala-malum ivamalam -raja
3) Lem Chuck Moth : mala malayu iva malayam-raja
4) Kou Nari : mala malayu iva malaya-raja
5) Nasha Rodziadi Khaw (menurut petikan)  : manamalumam damalam
(perkataan yang diwarnakan untuk menunjukkan kontra antara perkataan)


Analisis ringkas: Jika kita perhatikan, cara bacaan (1) (2) (3) & (4) memiliki konsep bacaan yang mirip dan 'serumpun' antara satu sama lain, menunjukkan tafsiran dari sarjana-sarjana Kemboja bukanlah direka-reka atau syok sendiri.

Kesimpulan: Frasa 'Mala Malayu iva Malayam raja' bukanlah ditafsir oleh apa yang digelar oleh Minahselfie sebagai 'pseudo-historian' tetapi ditafsir oleh seorang pengkaji dari Kemboja, yakni tempat di mana Prasasti Hanchey ditemui.

Apabila Minahselfie menuduh dengan angkuhnya tafsiran 'Mala Malayu iva Malayam raja' itu ditafsir oleh 'pseudo-historian' maka secara langsung dia telah menuduh Lem Chuck Moth sebagai pseudo-historian, juga sarjana-sarjana Kemboja yang berkongsi cara bacaan, juga melecehkan secara tidak langsung tafsiran-tafsiran dari RC Majumdar, Honda, Nari, Seam malah Barth dan Kern sekadar menamakan beberapa nama.

Minahselfie rupanya tersalah tembak. Dia ingatkan frasa tu main-main dan direka-reka oleh orang-orang yang tidak disukainya, yakni peminat sejarah Melayu. Terlajak Perahu Boleh diundurkan, Terlajak Selfie Memori Kong.


Sebagai hiburan tambahan, 'boyfren' Minahselfie yang memakai nama 'Erwin' juga sudah terheret sama angkara durjana kekeliruan dan stupidity yang melanda Minahselfie :




Erwin secara emosi membutatuli menebak bahawa: "perkataan mala malayu iva malayam raja adalah kata-kata pseudo historian...".

Erwin juga menambah "...tak perlu teori diikuti teori pseudo historian yang menyesatkan.."

Wow! Ini lebih berani dari 'girlfren'-nya. Ini sudah lebih sudu dari kuah. Sangat memalukan apabila dia mengheret nama seorang pensyarah arkeologi Malaysia dalam sikap terburu-buru dan memberikan kepercayaan 100% kepada Minahselfie yang sebenarnya pun sesat jalan.

Kesimpulannya tuduhan 'pseudo-historian' yang dilemparkan kepada para sarjana lain adalah sangat berat. Sebaliknya tuduhan tersebut sesuai dibalikkan ke mukanya. Maka jadilah seorang 'pseudo-historian' menuduh orang lain sebagai 'pseudo-historian' mengatakan bahawa dia menuduh sarjana lain sebagai 'pseudo-historian'. Berapa banyak 'pseudo-historian' daaa...

:D






~CS

Thursday, May 19, 2016

Menafsir Sejarah Bukanlah Semudah BerSelfie







Apa khabar semua...kali ini ada hiburan baru. Setiap kali ada kekeliruan dan kebingungan, maka ini memberikan hiburan-hiburan baru kepada kita dan bolehlah Cik Seri update ruangan Cik Seri Berceloteh ni :)

Kali ini datangnya dari seorang pembaca yang mengirimkan beberapa foto screenshot dari seorang yang digelar pembaca itu sebagai 'minahselfie'. Whateverlah. Saya tanya kenapa, dia pun tunjukkan gambar-gambar 'minahselfie' tengah berselfie. Hmmm...biarlah dia nak buat apa, asalkan bahagia :D

Yang penting, kita tengok dahulu apa yang minahselfie rungutkan:







Sebenarnya, masalah penafsiran pada Prasasti Hanchey adalah terdapatnya tulisan-tulisan Pallava yang diubahsuai, atau huruf  'Khmer Kuno' yang menyebabkan tafsiran ayat-ayatnya berbeza antara satu sama lain antara sarjana. Sarjana-sarjana yang cuba menafsirkan prasasti ini sama ada membuat suggestion atau meninggalkan perkataan-perkataan yang sukar untuk diterjemah dek kerana terdapatnya huruf yang tidak terdapat dalam sistem huruf Pallava khasnya skrip Kadamba. Tambahan pula, prasasti ini bukanlah sepenuhnya berbahasa Sanskrit kerana terdapat perkataan-perkataan Khmer Kuno bercampur aduk di dalamnya. Jadi penafsiran prasasti ini melalui dua kesukaran:

1) Huruf Pallava yang diubahsuai
2) Perkataan Khmer Kuno

Setelah mengetahui keadaan atau situasi Prasasti Hanchey tersebut, maka kita lihat siapa yang cuba menafsirkannya. Sememangnya ramai sarjana yang cuba menafsirkan prasasti ini, antara lain adalah Kern, Barth, Honda dan termasuk sejarahwan India yang terkemuka, RC Majumdar.

Trivia, tafsiran setiap sarjana yang cuba menafsir prasasti ini tidak sama antara satu sama lain.

Ini adalah kerana setiap sarjana ada kepakaran dan pengalaman masing-masing. Terutama pada fragmen yang kontroversi ini: " mala (?) iva mala (?)." Tanda (?) menunjukkan entiti yang menjadi perdebatan antara sarjana.

Apa kata sarjana Kemboja sendiri? Menariknya, sarjana Kemboja seperti Saverous Pou, Lem Chuck Moth, Long Seam dan Kou Nari memiliki tafsiran mereka yang berbeza dan tersendiri. Saya akan bagi contoh beberapa perbezaan tafsiran sarjana pada fragmen yang sama:

1) RC Majumdar : mala malu ivamalam -raja

2) M. Honda :  mala-malum ivamalam -raja

3) Lem Chuck Moth : mala malayu iva malayam-raja

4) Kou Nari : mala malayu iva malaya-raja

5) Nasha Rodziadi Khaw (menurut petikan)  : manamalumam damalam

(perkataan yang diwarnakan untuk menunjukkan kontra antara perkataan) 

Anda nampak perbezaan antara sarjana-sarjana ini? Jadi menurut minahselfie mana-mana pendapat yang tidak mengikut tafsiran yang disyorkan dikecam sebagai 'pseudo-historian'. Soalannya:

Adakah Majumdar, Honda, Chuck Moth dan Nari hanya berbohong dan layak ditabalkan sebagai pseudo-historian dek kerana berdegil tidak mahu mengikut arahan minahselfie? :D

Adakah RC Majumdar, seorang sejarahwan India yang amat dihormati, yang dikoin sebagai 'dean of Indian historians' ini salah atau tak reti membaca tulisan-tulisan Pallava? Tepuk dada tanyalah Iphone. 

Perlu diingat, RC Majumdar dan lain-lain tidak menafsir fragmen ini sebagai 'manamalumam damalam'. Mereka semua ada tafsiran masing-masing.

Persoalan di atas tersangat-sangatlah mudah. Bagi Cik Seri, semua pandangan sarjana adalah mengikut kemampuan dan kepakaran masing-masing. Jadi dalam kes ini, Cik Seri dengan senang hati mengikut pandangan sejarahwan Kemboja, kerana mereka sendiri lebih faham tentang sejarah mereka sendiri, tulisan dan hubungan sejarah Kemboja dengan wilayah-wilayah serantau.

Bukan nak kata tafsiran 'Nasha' (dipetik dari minahselfie) itu salah, cuma Cik Seri dan lain-lain ada pandangan sendiri. So, rileks la. Kenapala nak marah-marah? Memori habis ke takboleh nak selfie lagi? :D

Lainlah tafsiran semua sarjana adalah sama, tiba-tiba Cik Seri buat kepala sendiri, ini bolehlah dipertikaikan. Tetapi kenyatannya, tafsiran sarjana berbeza-beza. Jadi minahselfie ini hanya membuang boreh saja. Cik Seri kekal dengan pandangan dari sarjana tempat prasasti itu ditemui, yakni Kemboja. 

:)




Tiada terjemahan, yang diulas lain pula


Satu lagi yang kita boleh perasan, minahselfie tidak beritahu apakah maksud 'manamalumam damalam'. Dia hanya memberitahu tafsiran dari prasasti tapi maksudnya dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sekalipun tiada. 

Sebab itu pada perenggan seterusnya, dia mengulas pula pasal 'malaya-raja'. Dok mana pulak 'malaya-raja' dalam 'manamalumam damalam'? Rupanya dia nak kondem tafsiran dari Kemboja itu (digelar minahselfie sebagai pseudo-historian).

Menurut Chuck Moth, tafsirannya yakni "mala malayu iva malayam raja" berkait dengan entiti Malayu yang sinonim dengan Srivijaya dan Sri Dharmaraja, juga kebudayaan Dvaravati yang sehingga kini masih diperdebatkan sarjana sama ada berasaskan Mon-Khmer atau Austronesia atau campuran kedua-duanya. Kou Nari pula mengulas perkataan 'malayu' dalam tafsirannya "mala malayu iva malaya-raja" menyatakan bahawa ia berkait rapat dengan hegemoni raja-raja Melayu yang sinonim dengan ras yang berbahasa Malayo-Polinesia seperti Cham, orang Melayu dari Malay city-states itu sendiri dan pengaruh Srivijaya ke atas Chenla, kemudiannya Angkor. Hubungan antara orang Melayu dan Khmer pada masa silam ini telah disahkan oleh pakar linguistik Khmer iaitu Saverous Pou yang terkenal dengan karyanya Vocabulaire khmer relatif aux éléphants dan A Lexicon Khmer Morphology, berpendapat terdapat kata pinjaman dari bahasa Melayu dalam bahasa Khmer yang berpunca dari transaksi perdagangan pada masa silam.

Kenapa minahselfie ini macam buat-buat tak nampak perkataan 'malayu' dalam tafsiran sarjana Kemboja "mala malayu iva malayam/malaya raja" itu? Yang sepatutnya di-highlight-kan adalah perkataan 'Malayu' bukanlah 'malayam' atau 'malaya raja'. 

Jadi perenggan seterusnya semuanya ke laut dan sepertinya meracau-racau atau merengek-rengek laksana tidak diberi selfie. Out of context.


 





Lain kali ulas perkataan 'malayu' bukannya 'malaya'. Ada beza kat situ. Banyak sangat selfienye sampai rabun. Ish..ish...

Apa pun kesimpulannya, tak payah menyibuk nak paksa orang lain ikut kekeliruan sendiri. Dalam kes Prasasti Hanchey yang mengandungi huruf-huruf Pallava yang diubahsuai dan bercampur-aduk dengan perkataan bukan Sanskrit, sarjana lain juga ada kredibiliti dan pandangan masing-masing. Anda boleh berselfie sampai kiamat, tapi takpayahlah cuba mengelirukan orang lain dengan mengulas sejarah dari dalam emosi sendiri kerana kalau betul takpe tapi makin lama makin ke laut, jadi teruskanlah berkecimpung dalam bidang selfie-menyelfie itu.





~CS
















 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore